teks ucapan pengerusi big 5

4
TEKS UCAPAN PENGERUSI PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) FASA 5 IPG PERLIS SEMPERNA LAWATAN PENANDA ARAS (BENCHMARK) 29 JANUARI 2013, 1.00 PETANG SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JITRA, KEDAH Bismillahirrahmanirrahim, Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Terima kasih Saudara/Saudari Pengacara Majlis, Yang Berhormat Tuan Hj Abu Seman B. Sareh Md Isa Pengetua SMK Jitra Yang Berbahagia Pn. Mozlina Bt. Osman Penyarah Pembimbing BIG FASA 5 IPG Perlis Guru-guru SMK Jitra, penyarah-penyarah pengiring, para peserta BIG fasa 5 Hadirin yang saya hormati sekalian. 1. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin limpah dan kurnia-Nya dapatlah kita semua berhimpun dalam Majlis Penutupan BIG fasa 5 Lawatan Penanda Aras.

Upload: petal-winds

Post on 09-Aug-2015

414 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

teks ucapan pengurusiprogram

TRANSCRIPT

Page 1: Teks Ucapan Pengerusi BIG 5

TEKS UCAPAN PENGERUSI

PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) FASA 5 IPG PERLIS

SEMPERNA LAWATAN PENANDA ARAS (BENCHMARK)

29 JANUARI 2013, 1.00 PETANG

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JITRA, KEDAH

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,

Terima kasih Saudara/Saudari Pengacara Majlis,

Yang Berhormat Tuan Hj Abu Seman B. Sareh Md Isa

Pengetua SMK Jitra

Yang Berbahagia Pn. Mozlina Bt. Osman

Penyarah Pembimbing BIG FASA 5 IPG Perlis

Guru-guru SMK Jitra, penyarah-penyarah pengiring, para peserta BIG fasa 5

Hadirin yang saya hormati sekalian.

1. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana

dengan izin limpah dan kurnia-Nya dapatlah kita semua berhimpun dalam Majlis

Penutupan BIG fasa 5 Lawatan Penanda Aras.

2. Sebelum saya meneruskan ucapan, terlebih dahulu saya selaku pengerusi

Jawatankuasa BIG fasa 5 IPG Perlis ingin merakamkan penghargaan dan terima

kasih di atas kerjasama yang telah diberikan oleh pihak SMK Jitra dalam

menjayakan program kami ini. Secara peribadinya, saya amat terharu dengan

sinergi yang diberikan oleh pihak sekolah kerana memberi sambutan yang meriah

kepada semua peserta BIG fasa 5 ini malah menerima kami dengan tangan yang

terbuka. Sekolah ini dipilih berdasarkan pencapaian cemerlang dalam semua bidang

seperti kurikulum, kokurikulum,disiplin dan sahsiah terpuji dikalangan semua ahli

warga SMK Jitra. SMK Jitra merupakan sebuah sekolah yang berpotensi untuk

Page 2: Teks Ucapan Pengerusi BIG 5

melahirkan adiwangsa yang mampu mengharumkan nama sekolah dan negara di

mata dunia kelak.

3. Penganjuran lawatan ini secara khususnya adalah bertujuan untuk

mendedahkan kepada guru pelatih dengan situasi sebenar apabila bertugas di

sekolah kelak. Melalui perkongsian bersama warga sekolah daripada pengetua

hinggalah kepada para pekerja awam. Diharapkan para guru pelatih telah dapat

menimba pengalaman dan ilmu baharu berkaitan pengurusan dan pentadbiran

sekolah secara menyeluruh. Dalam usaha untuk menghasilkan golongan pendidikan

yang bukan sahaja cemerlang juga syumul serta mahir dalam pelbagai bidang serta

membawa kepada penghasilan modul yang berkesan. Lawatan ini dibuat ke sekolah

yang telah mendapat pengiktirafan Sekolah Cemerlang oleh Kementerian Pelajaran

Malaysia. Oleh yang demikian, sedikit sebanyak kejayaan yang diperolah dapat

dikongsikan dan dinilai agar menjadi panduan untuk kejayaan bidang pendidikan di

Malaysia. Semoga program sebegini akan menjadi wadah pencetus semangat

inovasi agar perjuangan pendidikan akan sentiasa berlaku sepanjang hayat.

4. Objektif program ini ialah :

i. Memenuhi keperluan pakej kursus wajib WAJ 3114 Bina Insan Guru Fasa 5.

ii. Memberi pengetahuan dan menimba pengalaman tentang bentuk pengurusan

dan pentadbiran sekolah cemerlang.

iii. Mengenalpasti maklumat-maklumat yang diperlukan dan berkaitan bidang

pendidikan.

iv. Membina perwatakan guru pelatih yang mempunyai sahsiah yang sepadu,

beretika, berdisiplin, berpotensi dan berketerampilan.

v. Membina interaksi sosial antara guru pelatih dengan komuniti masyarakat

dan persekitaran.

vi. Membentuk keperibadian nilai-nilai murni dalam kalangan guru pelatih.

vii. Memahami dan mengaplikasi bentuk pengurusan cemerlang.

5. Hasil daripada penanda aras ini semua peserta telah dapat memenuhi semua

objektif yang ditetapkan. Program ini telah membantu guru-guru pelatih bagi

mengumpul segala maklumat berkaitan dengan kursus ini. Program ini juga telah

dapat memangkin serta menyemarakkan semangat untuk menjadi pendidik yang

Page 3: Teks Ucapan Pengerusi BIG 5

cemerlang, gemilang, dan terbilang dalam kalangan guru pelatih dan akhirnya akan

memberi impak positif yang membanggakan. Kesan akhir yang kita inginkan adalah

untuk melihat sistem pendidikan kita mencapai taraf unggul dan setanding di

peringkat global. Semua ini bermula dengan pemupukan semangat dan daya usaha

yang tinggi dalam kalangan bakal-bakal guru agar mereka ini berupaya

menyumbangkan sesuatu yang bermakna kepada sistem pendidikan negara kita.

Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada warga SMK Jitra yang sanggup berkongsi

segala maklumat dengan kami. Segala info yang diperolehi umpamakan sebutir

belian yang sangat berharga kerana ia tidak boleh diperolehi dimana-mana sahaja

melainakan daripada pengalaman dan usaha gigih bersama. Selain itu, segala

urusan bersama warga SMK Jitra sangat efisien dan ini telah memudahkan kami

bagi melaksanakan tugasan yang diberikan. Kerjasama dan komitmen sepenuhnya

dari semua pihak adalah amat dihargai bagi memastikan kejayaan program ini.

Akhir sekali, saya mewakili semua peserta program mengucapkan berbanyak-

banyak terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan di atas layanan yang diberikan

oleh semua warga SMK Jitra. Kami juga turut mendoakan agar SMK Jitra menjadi

sebuah sekolah yang terkenal dijagatraya sebagai sekolah bertaraf dunia. Insya

Allah. Harap kita dapat bertemu lagi dalam program yang lain kelak.

Sekian, Wabillahi Taufiq Wal Hidayah,

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.