teks pengerusi majis

8
1 Ketibaan vip Mengumumkan ketibaan Pengetua SMK Datuk Muhammad Yusof, Tuan Haji Ramli Bin Othman, 2 PENDAHULUAN Yang berusaha ,Pengetua SMK Datuk Muhammad Yusof, Tuan Haji Ramli Bin Othman, Yang dihormati, YDP PIBG SMK Datuk Muhammad Yusof, Yang dihormati 1. Penolong Kanan Pentadbiran SMK Datuk Muhammad Yusof, En.Shafie Bin Haji Mohd Nor 2. Penolong kanan hal ehwal murid En. Abdul Rahim Bin Endut 3. Pengerusi kelab guru en. Shazni bin mohd daud Guru-guru kanan dan rakan –rakan seperjuangan sekalian. 3 Pembuka majlis Melayang serindit di atas permatang Merbah berkicau di hujung muara Pemanis kata selamat datang, Awal Bismillah pembuka bicara Assalamualaikaum w.h.t, salam sejahtera dan salam 1 malaysia. Alham dulillah. Bersyukur kita ke hadrat ilahi,kerana d i petang yang berbahagia dan penuh keberkatan ini, dapat kita bersama-sama berkumpul bagi memeriahkan majlis jamuan akhir tahun 2014….hadirin sekalian…tujuan majlis ini diadakan,bukan sahaja untuk

Upload: ammarsyahmi

Post on 29-Sep-2015

221 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

mc

TRANSCRIPT

1Ketibaan vipMengumumkan ketibaan Pengetua SMK Datuk Muhammad Yusof, Tuan Haji Ramli Bin Othman,

2PENDAHULUANYang berusaha ,Pengetua SMK Datuk Muhammad Yusof, Tuan Haji Ramli Bin Othman,

Yang dihormati, YDP PIBG SMK Datuk Muhammad Yusof,

Yang dihormati

1. Penolong Kanan Pentadbiran SMK Datuk Muhammad Yusof, En.Shafie Bin Haji Mohd Nor

2. Penolong kanan hal ehwal murid En. Abdul Rahim Bin Endut

3. Pengerusi kelab guru en. Shazni bin mohd daud

Guru-guru kanan dan rakan rakan seperjuangan sekalian.

3Pembuka majlisMelayang serindit di atas permatang

Merbah berkicau di hujung muara

Pemanis kata selamat datang,

Awal Bismillah pembuka bicara

Assalamualaikaum w.h.t, salam sejahtera dan salam 1 malaysia.

Alhamdulillah. Bersyukurkita kehadratilahi,kerana di petang yang berbahagia dan penuh keberkatan ini, dapat kita bersama-samaberkumpul bagi memeriahkan majlis jamuan akhir tahun 2014.hadirin sekaliantujuan majlis ini diadakan,bukan sahaja untuk majlis makan-makan ,iajuga menjadi medan terakhir bagi kita untuk beramah mesra sesamakita, demi mempereratkan silaturrahim antara satu sama lain setelah berpenat lelah dengan penglibatan dlm pelbagai aktiviti yang dianjurkan sepanjang 2014 ini.

Ibarat pantun yang berbunyi

anak monyetanak kera

anak siangbernamatahim

sambil berkumpul beramah mesra

mempereratkan lagi silaturrahim

Selamat datang diucapkan kepada hadirin sekalian

4Bacaan DoaBunga mawar cantik tersemat

Dipetik gadis di tepi titi

Doa dibaca memohon rahmat

Moga majlis sentiasa dirahmati

Bagi memberkati perjalanan majlis pada hari ini, dengan segala hormatnya dipersilakan

Untuk memimpin bacaan doa. Majlis mempersilakan.

Amin amin Ya rabbal alamin Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada

Yang telah memimpin bacaan doa sebentar tadi.

5Ucapan Pengerusi Kelab GuruPa ra hadirin sekalian.seterusnya,majlis dengan segala hormatnya menjemput

En. Muhammad Shazni Bin Daud selaku pengerusi kelab guru SMK Datuk

Muhammad Yusof 2014 untuk memberikan ucapan alu-aluan. Dengan hormatnya

majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan penghargaan terima kasih kepada En. Muhammad Shazni Bin

Daud di atas ucapan itu tadi.

6Ucapan Pengerusi PengetuaMajlis seterusnya, dengan penuh takzimnya mempersilakan yang berusaha,

Tuan Pengetua Tuan Haji Ramli Bin Othman ke pentas untuk menyampaikan ucapan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan

Begitulah ucapan yang berusaha Pengetua SMK Datuk Muhammad Yusof Tuan Haji

Ramli Bin Othman. Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas ucapan beliau sebentar tadi.

7Cabutan bertuah sesi pertamaHadirin yg dihormati sekalian

Majlis dihangatkan lagi acara cabutan bertuah pusingan yang pertama.dengan ini majlis

mempersilakan Yang berusaha Tuan Pengetua Tuan Haji Ramli Bin Othmnan Untuk

membuat 10 cabutan. Dipersilakan.

8Makan Pulau pandan jauh ke tengah

gunung daik bercabang tiga

doa sudah ucapan pun sudah

tiba masa menjamu selera

Tanpa melengahkan masa majlis sekali lagi mempersilakan ______________________ utk membacakan doa makan.

Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kpd ______________________________________________

9Cabutan bertuah sesi keduaUntuk makluman para hadirin sekalian

ACARA cabutan bertuah sesi kedua akan diteruskan

sebentar lagi. Dengan itu majlis mempersilakan pengerusi Kelab Guru En. Muhammad Shazni untuk membuat 10 cabutan bertuah

10Cabutan bertuah sesi ketigaAcara cabutan bertuah akan diteruskan lagi dengan menjemput Yang Dipertua PIBG

Untuk membuat 10 lagi cabutan bertuah. Dengan itu, majlis mempersila kan.

11Cabutan bertuah sesi keempatSeterusnya majlis menjemput Penolong Kanan Pentadbiran

Encik. Shafie Bin Haji Mohd Nor untuk membuat 10 lagi cabutan bertuah.

Majlis mempersilakan

Cabutan bertuah sesi kelimaACARA cabutan bertuah sesi terakhir diteruskan

Dengan i mempersilakan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Encik Rahim Bin Endot untuk membuat 10 cabutan bertuah

Majlis mempersilakan

Penyampaian Hadiah..Hadirin sekalian

Majlis diteruskan dengan acara penyampaian Anugerah Kelas Terbersih bagi

sesi persekolahan 2014. Majlis mempersilakan Tuan Pengetua SMK Datuk

Muhammad Yusof Tuan Haji Ramli Bin Othman diiringi oleh Encik Rahim Bin

Othman untuk menyampaikan hadiah ..

Dipersilakan ..

Tempat ketiga dimenangi oleh

Tempat kedua dimenangi oleh kelas

Johan Kelas Terbersih Bagi tahun 2014 dimenangi oleh

Penyampaian hadiah PerpisahaanHadirin dan hadirat sekalian majlis seterusnya adalah penyampaian cenderamata sebagai tanda kenang- kenangan buat rakan rakan yang yang akan berpindah ..

Dengan itu, majlis menjemput dan mempersilakan

Yang berusaha Tuan Pengetua untuk menyampaikan cenderamata buat kenang-kenangan kepada:

1. En .Muhammad Shazni Bin Daud

2. Pn.Woon Pei Poo

Dan

3. Pn. Nor Azariah Hassan

Kain Songket Cantik Kilauan

Ditenun oleh orang Kenamaan

Tak terbalas budimu kalian

Kami merakam setinggi-tinggi penghargaan

Terima kasih diucapkan kepada yang berusaha Tuan pengetua atas kesudian menyampaikan cenderamata itu tadi

Cenderamata kepada VVIP / YDP Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderamata kepada yang Dipertua PIBG

Majlis mempersilakan Tuan Pengetua En.Rahim Bin Othman diiriingi oleh En,.Muhammad Shazni Bin Daud untuk menyampaikan cenderamata kepada

Yang dipertua PIBG ________________________________________________

. Dipersilakan.

Seterusnya majlis mempersilakan En.Muhammad Shazni Bin Daud untuk menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada yang berusaha Tuan Pengetua Tuan. Haji Ramli Bin Othman.

Dipersilakan

Majlis mengucapakan ribuan terima kasih

Penutup Hadirin sekalian

Dengan berakhirnya penyampaian cendermata itu tadi, maka berakhirlah Jamuan Akhir Tahun SMK Datuk Muhammad Yusof sesi 2014. Sekali lagi majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada semua warga SMK kerana sudi memeriahkan majlis ini.

Bunga seroja di atas para,

Jatuh ditimpa buah berangan

Andai kata tersilap bicara

Kemaafan juga kami pohonkan.

Kalau ada suur di lading

Boleh kita menumpang mandi

Kalau ada umur yang panjang

Insya Allah tahun depan jumpa lagi

Sekianwabilla