teks pidato

134
TEMA 5 : AMALAN GOTONG – ROYONG Tajuk : Kebaikan Amalan G otong-Royong Dalam meniti kehidupan yang bertunjangkan nawaitu materialistik dan individualistik marcapada ini, kita seyogianya memahami maksud amalan bergotong royong. Amalan ini merupakan budaya yang dipraktikkan sejak generasi dulu dan amalan ini dianggap tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Peribahasa ini menunjukkan warisan budaya atau amalan bangsa wajar dilestarikan agar sentiasa releven dan diingati oleh masyarakat Malaysia, terutamanya generasi alaf baru ini. Yang berlaku sekarang, budaya yang diingini hanyalah keseronokan dan keselesaan yang tidak mahu dipertanggungjawabkan. Fenomena ini melunturkan semangat memupuk amalan bergotong-royong. Tepuk dada, tanya selera; berapa ramaikah yang menghayati maksud gotong-royong dan melaksanakannya? Berapakah peratus daripada golongan muda generasi kini yang telah bergotong- royong untuk membersihkan sesuatu tempat? Oleh hal yang demikian, kita mestilah mengenali faedah bergotong-royong dan menjalankan kegiatan bergotong-royong ini. Kebaikan amalan bergotong-royong yang paling signifikan ialah dapat memperindah tempat tinggal . Kebersihan tempat tinggal merupakan keperluan asas untuk hidup dengan selesa. Dengan amalan kemasyarakatan ini, tempat tinggal kita tidak akan menjadi sekadar indah khabar daripada rupa. Sebagai insan biasa, kita tentu mahu akan kecantikan tempat tinggal kita dipuji oleh orang lain. Dengan melaksanakan amalan gotong–royong, kita dapat memperindah sendiri kawasan tempat tinggal dan memahami jiran dengan lebih mendalam. Fenomena ini persis peribahasa tak kenal maka tak cinta. Apabila kawasan tempat tinggal kita sentiasa bersih dan indah, rakan-rakan sendiri akan menyukai kawasan tempat tinggal kita secara langsung dan akan sentiasa menziarahi kita. Sebagai seorang penghuni bumi, kita boleh mengaktifkan diri dalam amalan bergotong-royong untuk menghijaukan bumi. Bak kata peribahasa, sambil menyelam minum air. Dengan mengaktifkan diri dalam amalan bergotong– royong, kita juga dapat lebih memahami kepentingan kegiatan bergotong-royong dan akan mewujudkan masyarakat yang bekerjasama. Benarlah kata peribahasa, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh . Kita harus mengapresiasi amalan ini sebelum kewujudannya dipandang sepi oleh masyarakat. Janganlah kita lupa bahawa di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya. Selain itu, amalan bergotong-royong seyogianya menjadi satu daripada aktiviti kehidupan yang penting sebagai langkah membersihkan

Upload: chiengsuiyien

Post on 27-Dec-2015

602 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

teks pidato

TRANSCRIPT

Page 1: teks pidato

TEMA 5 : AMALAN GOTONG – ROYONG

Tajuk : Kebaikan Amalan G otong-Royong

Dalam meniti kehidupan yang bertunjangkan nawaitu materialistik dan individualistik marcapada ini, kita seyogianya memahami maksud amalan bergotong royong. Amalan ini merupakan budaya yang dipraktikkan sejak generasi dulu dan amalan ini dianggap tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Peribahasa ini menunjukkan warisan budaya atau amalan bangsa wajar dilestarikan agar sentiasa releven dan diingati oleh masyarakat Malaysia, terutamanya generasi alaf baru ini. Yang berlaku sekarang, budaya yang diingini hanyalah keseronokan dan keselesaan yang tidak mahu dipertanggungjawabkan. Fenomena ini melunturkan semangat memupuk amalan bergotong-royong. Tepuk dada, tanya selera; berapa ramaikah yang menghayati maksud gotong-royong dan melaksanakannya? Berapakah peratus daripada golongan muda generasi kini yang telah bergotong- royong untuk membersihkan sesuatu tempat? Oleh hal yang demikian, kita mestilah mengenali faedah bergotong-royong dan menjalankan kegiatan bergotong-royong ini.

Kebaikan amalan bergotong-royong yang paling signifikan ialah dapat memperindah tempat tinggal. Kebersihan tempat tinggal merupakan keperluan asas untuk hidup dengan selesa. Dengan amalan kemasyarakatan ini, tempat tinggal kita tidak akan menjadi sekadar indah khabar daripada rupa. Sebagai insan biasa, kita tentu mahu akan kecantikan tempat tinggal kita dipuji oleh orang lain. Dengan melaksanakan amalan gotong–royong, kita dapat memperindah sendiri kawasan tempat tinggal dan memahami jiran dengan lebih mendalam. Fenomena ini persis peribahasa tak kenal maka tak cinta. Apabila kawasan tempat tinggal kita sentiasa bersih dan indah, rakan-rakan sendiri akan menyukai kawasan tempat tinggal kita secara langsung dan akan sentiasa menziarahi kita. Sebagai seorang penghuni bumi, kita boleh mengaktifkan diri dalam amalan bergotong-royong untuk menghijaukan bumi. Bak kata peribahasa, sambil menyelam minum air. Dengan mengaktifkan diri dalam amalan bergotong– royong, kita juga dapat lebih memahami kepentingan kegiatan bergotong-royong dan akan mewujudkan masyarakat yang bekerjasama. Benarlah kata peribahasa, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh . Kita harus mengapresiasi amalan ini sebelum kewujudannya dipandang sepi oleh masyarakat. Janganlah kita lupa bahawa di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya.

Selain itu, amalan bergotong-royong seyogianya menjadi satu daripada aktiviti kehidupan yang penting sebagai langkah membersihkan tempat tinggal daripada menjadi vektor penyakit. Dengan berbuat begitu, kita dapat mencegah dan menjauhi penyakit kerana mencegah lebih baik daripada mengubati. Secara peribadi, saya berpendapat bahawa kegiatan ini amat berfaedah dan mesti diamalkan sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Dengan menjadikan amalan ini sebagai aktiviti penting dalam kehidupan, kita dapat banyak memperoleh pengalaman dan pengetahuan daripada amalan tersebut. Kita juga dapat mengetahui betapa senangnya untuk menyelesaikan sesuatu kerja dengan tenaga kerja yang ramai jika kita mengaktifkan diri dalam kegiatan bergotong-royong. Oleh hal yang demikian, amalan ini harus diingati dari satu generasi kepada satu generasi. Amalan ini juga boleh dipraktikkan untuk mengekalkan kesihatan dan keadaan yang selesa di kawasan tempat tinggal .

Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Kegiatan bergotong-royong memainkan peranan yang amat penting sebagai agen perpaduan . Hal ini dikatakan demikian kerana kajian yang dijalankan oleh Jabatan Perpaduan Negara yang mendapati jurang pemisah antara kaum semakin lebar dari setahun ke setahun kerana rambut sama hitam, hati lain-lain. Dengan menjalankan kegiatan bergotong-royong kita dapat menghapuskan sikap masyarakat yang seperti enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Apabila seseorang yang berlainan kaum berinteraksi dengan

Page 2: teks pidato

seseorang yang berlainan kaum, kita dapat mengenali kebudayaan kaum-kaum masing-masing kerana masuk ke kandang kambing mengembek, masuk ke kandang kerbau menguak. Melalui kegiatan bergotong-royong, kita akan lebih mempercayai masyarakat sekeliling dan menghormati sesama insan. Dengan ini, kita akan hidup saling membantu bagai aur dengan tebing .

Melalui kegiatan yang afdal ini , kita dapat memupuk nilai murni dalam sanubari kita. Hal ini seperti yang dikatakan oleh Tun Dr.Mahathir, mantan Perdana Menteri ke-4 pernah menegaskan bahawa dengan melibatkan diri dalam kegiatan bergotong-royong, kita berupaya menerapkan pelbagai nilai murni dalam diri. Fenomena ini sama seperti sambil menyelam ,minum air. Jelas beliau semasa merasmikan kempen bergotong-royong pada peringkat nasional, awal tahun 2003. Nilai murni yang diterapkan akan mentransformasikan kita sebagai orang yang lebih disukai dan diterima oleh masyarakat. Amalan ini juga mampu memasyarakatkan rakyat Malaysia oleh sebab bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.

Aktiviti bergotong-royong sememangnya dapat menghidupkan semangat kejiranan. Dengan berbuat demikian, kita dapat mengenali jiran secara mendalam. Selepas terlaksananya aktiviti ini , kita akan terpanggil untuk membuka hati kita lalu menegur jiran kita. Pembahagian tugas akan dapat dijalankan semasa aktiviti bergotong-royong dijalankan dan semua orang akan merasai semangat bersatu padu. Sebagai contoh, aktiviti yang boleh diadakan secara bergotong-royong ialah membersihkan kawasan taman, menyediakan hidangan untuk kenduri-kendara, dan sebagainya. Melalui cara ini, kita dapat menjalin dan meningkatkan hubungan sesama jiran. Bak kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Jiran ialah orang yang tinggal di sekitar rumah kita, iaitu di sebelah, di hadapan, dan juga di belakang rumah kita. Jiran sangat penting kerana merekalah yang akan menjadi sahabat kita dan orang yang pertama akan membantu apabila kita menghadapi kesusahan nanti. Tidak percaya? Janganlah lupa bahawa pepatah Melayu ada mengatakan bahawa Jiran sepakat membawa berkat".

Intihanya, amalan bergotong-royong membawa faedah yang banyak. Dengan mengamalkan semangat ini, bumi akan menjadi sebuah tempat yang lebih indah secara tidak langsung. Bak kata pepatah, ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni. Amalan ini tidak akan dilupai. Sebagai penutup wacana, amalan gotong-royong merupakan tanggungjawab yang penting bagi setiap orang untuk mewujudkan kualiti kehidupan yang optimum. Marilah kita belajar amalan yang baik dan amalkannya dalam kehidupan harian. Bak kata pepatah, yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan

Tajuk 2 : Usaha-usaha mewujudkan perpaduan kaum di Malaysia

Page 3: teks pidato

Isu perpaduan kaum merupakan satu usaha berterusan yang perlu dipikul dan dijunjung bersama-sama oleh semua pihak. Sekiranya terlerai ikatan silaturahim dan musnah perpaduan dalam masyarakat, nescaya pelbagai impak negatif akan menimpa masyarakat khususnya dan negara amnya. Oleh sebab itu, pelbagai usaha perlu diambil bagi memupuk dan membaja agar perpaduan terus subur dan mewangi dalam kehidupan masyarakat.Usaha pertama untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat adalah dengan mengadakan aktiviti gotong-royong. Aktiviti gotong-royong merupakan saluran dan peluang kepada masyarakat di sesuatu kawasan perumahan untuk bertemu dan mengenali antara satu sama lain. Di samping itu, aktiviti ini dapat memupuk semangat bekerjasama untuk membersihkan dan mengindahkan kawasan persekitaran tempat kediaman mereka sesuai dengan slogan Negara Bersih Rakyat Sihat. Sebagai contoh, aktiviti gotong-royong yang boleh dijalankan ialah membersihkan kawasan perumahan, taman permainan, tanah perkuburan dan sebagainya. Seterusnya, aktiviti gotong-royong dapat meringankan serta memudahkan kerja yang sukar dilakukan ibarat kata peribahasa yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing serta ke bukit sama di daki, ke lurah sama dituruni.Selain itu itu, perpaduan kaum di Malaysia boleh dicapai dengan meraikan sambutan perayaan kaum-kaum di Malaysia secara bersama-sama. Melalui aktiviti kunjung-mengunjung yang dilakukan akan dapat mengeratkan silaturahim antara jiran serta rakan daripada pelbagai kaum. Sebagai contohnya, sambutan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali merupakan perayaan utama yang boleh diraikan oleh seluruh masyarakat pelbagai kaum. Melalui kunjungan sambutan perayaan sesuatu kaum dapat menerbitkan perasaan hormat-menghormati terhadap adat dan kepercayaan kaum lain. Di samping itu, budaya ini dapat mengukuhkan perpaduan akibat kurangnya syak wasangka antara kaum di Malaysia. Sekiranya perkara ini dapat dipraktikkan nescaya masyarakat Malaysia akan mampu menghadapi apa-apa sahaja cabaran yang datang dari luar atau masyarakat antarabangsa, ibarat kata peribahasa bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat serta bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.Seterusnya, aktiviti sukan dan permainan yang dijalankan boleh mewujudkan perpaduan kaum di Malaysia. Sukan dan permainan yang dijalankan dapat dijadikan tali penghubung atau gelanggang pertemuan pelbagai kaum di Malaysia. Dalam hal ini, satu perkara yang perlu diselesaikan adalah dengan memecahkan monopoli sukan dan permainan yang dikuasai oleh sesuatu kaum sahaja seperti permaian bola keranjang, ping pong, sepak takraw dan sebagainya. Kita berharap pada suatu masa nanti pasukan bola keranjang negara misalnya, mampu diwakili pelbagai kaum di Malaysia dan bukan sahaja dimonopoli oleh kaum Cina sahaja. Dalam konteks ini, sukan bola sepak, badminton, hoki dapat dijadikan contoh dan teladan. Dengan bermain bersama-sama dalam sesuatu sukan dan permainan serta seterusnya mewakili pasukan kebangsaan di peringkat antarabangsa, akan dapat menanamkan semangat cinta akan negara. Usaha ini tentu dapat mengharumkan nama negara sekali gus meningkatkan imej negara di peringkat antarabangsa.Sebagaimana yang semua telah ketahui tanggal 31 Ogos 1957 merupakan tarikh keramat kemerdekaan negara. Sambutan Hari Kebangsaan sesungguhnya membuka satu lagi jalan dalam usaha memupuk perpaduan di Malaysia. Pada kebiasaannya, pelbagai kaum akan menyertai upacara sambutan tersebut pada setiap tahun. Melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan nescaya dapat menambahkan ukhwah dan permuafakatan antara masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Di samping itu, penghayatan tema sambutan Hari Kebangsaan, misalnya Keranamu Malaysia diharap dapat menanam semangat cinta akan negara sekali gus mengukuhkan amalan peribahasa di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Sesungguhnya, semua kaum di Malaysia perlu memahami bahawa kemerdekaan yang digapai pada hari ini perlu dijaga kerana Malaysia hanya satu, dan tiadak ada duanya. Peribahasa hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baiklah di negeri sendiri perlu direnungi oleh setiap warganegara Malaysia agar perpaduan bukanlah menjadi duri dalam daging dalam usaha negara mencapai Wawasan 2020.

Intihanya, semua pihak perlu sedar akan pentingnya memupuk dan menjaga perpaduan masyarakat di negara kita. Sesungguhnya, sekali kita leka dan lali serta memandang enteng akan perpaduan kaum, nescaya kita akan menyesal untuk selama-lamanya kerana terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata dan tindakan buruk padahnya. Kini, kita berada dalam era globalisasi dan liberalisasi. Pelbagai usaha dijalankan adalah demi menuju ke arah membentuk sebuah masyarakat majmuk yang bersatu padu. Walaupun

Page 4: teks pidato

terdapat beberapa cabaran, tetapi dengan adanya perancangan yang teliti, usaha yang gigihdan strategi yang lebih berkesan dan dilaksanakan pula dengan penuh tanggungjawab danbersifat proaktif oleh semua pihak sudah pasti keharmonian, perpaduan kaum dan integrasi nasionalakan tercapai dengan restu dan perkenan Tuhan Yang Maha Berkuasa

Page 5: teks pidato

TEMA 8 : FAEDAH MENABUNG

Tajuk 1 : Faedah Menabung Sejak Kecil

Dalam meniti kehidupan yang bertunjangkan nawaitu materialistik dan individualistik, kita seyogianya memahami kemaslahatan wang. Cendekiawan memfasiqkan bahawa dengan wang, kita dapat melakukan segala-galanya tetapi wang tidak dapat membeli segala-galanya. Oleh hal yang demikian, menabung memang sinonim dengan wang dan masa depan. Orang yang mengabaikan amalan ini diumpamakan orang yang menagak cabaran pada hari muka. Realitinya, peribahasa Melayu ada menjelaskan bahawa sediakan payung sebelum hujan.

Marcapada menyaksikan bahawa tabiat menabung dikatakan dapat mendisiplinkan diri kita. kesabaran dan kesanggupan berkorban demi masa depan menjadi titik tolak seseorang menabung. Apabila menabung, prinsip sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit. Wang tabungan ini dapat mengekang diri kita daripada lalai dalam merancang masa hadapan. Disiplin diri yang terbentuk dalam amalan menabung dapat diaplikasikan dalam kehidupan sehari-hari. Ringkasnya, menabung merupakan rencah untuk mengawal diri daripada memboros.

Walakin begitu, amalan yang dituntut agama ini dapat memupuk pemikiran yang mengapresiasi kesusahan mencari wang . Ibu bapa yang bekerja siang dan malam bagai lebah mengumpulkan madu demi membiayai kos kehidupan yang meningkat harus kita sedari. Baki wang saku yang diberi mestilah dimasukkan ke dalam tabung. Apabila kita memerlukannya pada kala kecemasan, pertolongan orang lain tidak diperlukan. Oleh sebab itu, nilai berdikari dapat ditanam di samping mengetahui setiap sen merupakan hasil titik peluh dan keringat yang bermakna.

Ibu bapa memainkan peranan sebagai mencorakkan amalan ini kepada anak-anak sejak kecil lagi kerana “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Anak-anak bagaikan kain putih, ibu bapalah yang harus mencorakkan dan mewarnakan kehidupan mereka dengan amalan murni seperti menabung. Dengan berbuat demikian, anak-anak dapat diajar tentang perancangan masa hadapan. Mereka akan menyedari hakikat kepentingan berjimat cermat. Anak-anak yang pandai berjimat-jimat nescaya dapat berusaha dengan lebih giat untuk menjamin masa hadapan kerana “asal ditugal, adalah benih”.

Wang tabungan yang dikumpulkan acap kali dibawa ke bank untuk disimpan. Di samping menabung, kita juga berpeluang untuk mempelajari perkembangan dunia perbankan . Hal ini secara tidak langsung menjadikan kita warga yang sentitif akan perkembangan ekonomi semasa. Dari perspektif ekonomi, kita dapat memainkan peranan sebagai penjana virus yang dapat membebaskan negara daripada serangan wabak kemelesetan ekonomi. Tegasnya, simpanan tidak seberapa yang kita laburkan dalam simpanan bank dapat digunakan oleh pihak bank untuk pelaburan mega lain sekali gus menstabilkan ekonomi negara.

Walhasil, sebagai anak bangsa yang bakal dibentuk menjadi modal insan kepada nusa tercinta, kita sewajarnya menjadikan amalan menabung sebagai rutin kehidupan. Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis merupakan kata-kata mutiara yang mesti kita hayati. Dengan

Page 6: teks pidato

menabung, kualiti kehidupan yang lebih baik dapat kita nikmati. Wang yang ditabung boleh menjadi modal melanjutkan pelajaran demi memberi pulangan kehidupan yang lebih baik kepada ayahanda dan bonda tercinta. Pulangan yang lumayan daripada amalan menabung dapat dirasai bukan sahaja untuk diri justeru kepada seantero jagatraya.

[436 patah kata]

Tajuk 2 : Amalan Menabung Perlu Dipupuk Sejak Kecil Lagi. Bincangkan Faedah-Faedah Yang Diperoleh Melalui Amalan Menabung Ini.

Amalan menabung dapat didefinisikan sebagai suatu budaya menyimpan wang yang dilaksanakan secara berterusan. Terdapat pelbagai jenis bekas tabung yang diperbuat daripada variasi bahan sama ada semula jadi atau tiruan seperti buluh daripada bahan semula jadi dan plastik daripada bahan tiruan. Namun, kebelakangan ini, amalan menabung kurang dipraktikkan oleh majoriti masyarakat di Malaysia dan ini jelas mengundang kerisauan kepada beberapa pihak yang telah bertungkus lumus mengadakan pelbagai kempen berkenaan amalan menabung ini. Mahu ataupun tidak, pihak yang terlibat haruslah memerah otak mencari alternatif lain bagi menjadikan amalan menabung ini merupakan suatu perkara yang sinonim dalam kalangan masyarakat Malaysia. Sekiranya penerangan tentang faedah-faedah yang diperoleh melalui amalan menabung mampu memberikan reaksi positif, mengapa tidak kita melakukannya?

Antara faedah yang diperoleh melalui amalan menabung ialah individu itu akan dapat memupuk diri menjadi seorang yang berjimat cermat. Hal ini berlaku demikian kerana individu tersebut akan sentiasa mengawal perbelanjaan harian agar dapat menyimpan wang di dalam tabung. Justeru, individu tersebut akan berjaya mengawal perasaan dan keinginan mereka untuk memperoleh sesuatu barangan walaupun pada hakikatnya mereka tidak menjadikan barangan tersebut sebagai suatu keperluan. Tamsilannya, seorang anak yang telah diajar untuk mengamalkan sikap berjimat cermat oleh ibu bapa mereka akan bijak menggunakan wang yang diberi dengan sebaik-baiknya. Oleh itu, pendedahan amalan menabung kepada anak-anak sejak kecil lagi umpama melentur buluh dari rebungnya akan memberikan kesan positif kepada mereka sekali gus menyematkan sikap suka berjimat cermat dalam diri mereka.

Selain itu, faedah lain yang diperoleh melalui amalan menabung yang dipupuk sejak kecil lagi ialah dapat menjamin masa hadapan yang cerah bagi anak-anak. Hal ini berlaku demikian kerana hasil tabungan yang dikumpul mereka daripada kecil sehingga dewasa akan dapat digunakan untuk tujuan tertentu apabila mereka dewasa kelak. Lantaran itu, jika anak-anak berkehendakkan sesuatu, mereka mampu untuk mendapatkannya tanpa perlu membebankan atau bergantung harap pada kedua-dua orang tua mereka. Tamsilannya, jika anak-anak mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading sama ada di dalam atau di luar negara, ibu bapa mereka tidak begitu risau dan akan menerima tawaran tersebut dengan hati yang terbuka tanpa perlu memikirkan soal pembiayaan pengajian anak-anak mereka. Oleh itu, amalan menabung yang dipupuk sejak kecil lagi jelas memberikan masa hadapan yang cerah buat cahaya mata mereka.

Bukan itu sahaja, amalan menabung yang disemat dalam diri individu sejak kecil lagi juga akan dapat menjadi penyelamat pada waktu runcing atau kecemasan. Hal ini berlaku demikian kerana hasil tabungan yang dikumpul dari usia setahun jagung sehingga dewasa akan dapat digunakan ketika

Page 7: teks pidato

berhadapan sesuatu kejadian yang tidak diduga. Bak kata peribahasa Melayu, malang tidak berbau. Impaknya, individu tersebut tidak berada dalam keadaan terdesak apabila terjadi sesuatu perkara yang tidak diingini sekiranya mereka menjadikan aktiviti menabung sebagai suatu amalan. Tamsilannya, hasil tabungan yang dikumpul dari usia muda dapat digunakan untuk membiayai kos rawatan yang dikenakan pihak hospital sekiranya salah seorang ahli keluarga penabung berdepan masalah seperti kemalangan, menghidapi penyakit dan sebagainya sekali gus dapat memupuk sikap saling membantu dalam ahli keluarga. Oleh itu, amalan menabung yang dididik sejak anak-anak kecil lagi jelas membantu meringankan masalah keluarga ketika berdepan situasi rumit.

Intihanya, jelaslah bahawa amalan menabung perlu dipupuk dalam diri anak-anak sejak mereka kecil lagi. Dengan demikian, ibu bapa, pihak sekolah serta masyarakat sekeliling haruslah sentiasa memberikan sokongan kepada anak-anak muda masa ini dalam usaha membudayakan amalan menabung dalam diri mereka. Sekiranya semua pihak menjalankan kewajipan mereka dengan sebaik-baiknya, tidak mustahil suatu hari nanti anak-anak yang diasuh supaya membudayakan amalan menabung ini akan menjadi individu yang pemurah, berjimat cermat serta seorang pekerja yang amanah terutamanya apabila melibatkan urusan kewangan. Jelaslah, amalan menabung ini juga merupakan usaha untuk menyediakan payung sebelum hujan dan juga suatu amalan yang mendatangkan banyak kebaikan kepada individu itu sendiri, keluarga, masyarakat juga negara

Page 8: teks pidato

Contoh Karangan : Peranan Warga Tua

Jun 23, 2007 — mindabahasa

Di Malaysia, orang tua mempunyai gelaran tertentu seperti warga emas atau golongan veteran. Takrifan ‘warga emas’ adalah mereka yang berusia 60 tahun ke atas. Pada usia ini, orang selalu beranggapan bahawa mereka sepatutnya berehat sahaja dan tidak perlu menyumbang ke arah pembangunan diri dan masyarakat sekeliling. Ini merupakan satu tanggapan yang salah. Walaupun tua, mereka sepatutnya bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti agar dapat menabur bakti ke arah pembangunan negara dan bangsa.

Pada 6 Oktober setiap tahun, sambutan Hari Warga Tua peringkat kebangsaan diadakan. Sambutan ini merupakan satu pengiktirafan kepada golongan tersebut agar mereka tidak lagi dilihat sebagai satu golongan yang membawa beban. Tanggapan sebegini haruslah dikikis, malahan golongan muda haruslah menghargai jasa mereka selama ini. Semua agama mewajibkan agar golongan muda menghormati dan menghargai segala jasa baik golongan tua. Kita perlu sentiasa beringat bahawa kita juga akan menjadi tua dan pada ketika itu, kita juga mahu agar orang lain menghormati dan menyayangi diri kita. Apakah sumbangan yang boleh diberikan oleh warga emas ini? Sebenarnya banyak perkara boleh dilakukan oleh mereka ke arah pembangunan bangsa, agama dan negara. Golongan ini boleh terus melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dengan menyumbang idea yang bernas berdasarkan pengalaman yang telah dilalui. Yang utama ialah semangat untuk hidup dan memberikan sumbangan yang berguna kepada manusia di sekeliling kita.

Bagi generasi muda, mereka masih bergantung harap kepada golongan tua dalam memberikan nasihat dan tunjuk ajar dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang penuh mencabar ini. Tanpa tunjuk ajar dan nasihat dari mereka, generasi muda akan mudah goyah dan diperalatkan oleh anasir luar yang mempunyai niat yang jahat. Jika ini berlaku, keharmonian sebuah negara boleh tergugat. Oleh itu, golongan tua hendaklah terus membimbing golongan muda berdasarkan pengalaman mereka agar hala tuju hidup golongan muda ini terjamin dan lebih bermakna.

Di samping itu, warga tua juga sebenarnya boleh menyumbang sedikit tenaga dengan melakukan kerja-kerja yang bersesuaian dengan kemampuan mereka. Contohnya, seorang bekas guru boleh mengajar kelas tambahan kepada pelajar-pelajar di kawasan kejirannannya ataupun seorang profesor boleh menulis artikel-artikel ilmiah yang bersesuaian dengan bidangnya agar tulisan beliau itu dapat dijadikan bahan rujukan oleh masyarakat umum. Bukan itu sahaja, bekas-bekas guru agama boleh juga mengajar bacaan al-Quran kepada anak-anak di sekitar rumahnya. Bagi yang mempunyai kemahiran, misalnya mahir bertukang, melukis atau menjahit, boleh menggunakan kemahiran itu untuk mendapatkan sedikit pulangan. Beberapa contoh yang disebutkan di atas hanyalah beberapa saranan yang boleh dijadikan panduan bagi warga emas untuk terus memberikan sumbangan kepada negara, bangsa dan agama.

Page 9: teks pidato

Sesungguhnya, warga tua lebih bijaksana dalam menentukan apa yang ingin mereka sumbangkan kepada masyarakat sekeliling dalam menelusuri hari tua mereka. Walaupun sumbangan yang diberikan itu kelihatannya kecil, golongan ini tidak perlulah berasa rendah diri atau merasakan usahanya sia-sia kerana semua yang besar dan hebat itu bermula dari yang kecil kerana sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit. Hal ini kerana sumbangan yang diberikan itu akan mempunyai impak yang besar pada kemudian hari. Walaupun begitu, mungkin ada sesetengah warga tua yang berpendapat bahawa masa tua ini adalah masa untuk mereka berehat setelah sekian lama bekerja atau membesarkan anak-anak. Namun begitu pendapat sebegini tidak tepat kerana sikap tersebut akan hanya mensia-siakan kebolehan dan ilmu yang mereka ada sedangkan ilmu di dada mereka itu amat berguna dan diperlukan dalam membantu membangunkan negara.

Lagipun, ramai yang berpendapat bahawa jika golongan warga emas ini hanya mahu berehat, mereka akan lebih mudah ‘sakit’. Untuk menjamin sumbangan yang lebih berkesan, kesihatan warga tua ini perlulah diberikan perhatian. Di samping itu, penjagaan makanan dan pengambilan makanan tambahan juga adalah amat digalakkan. Mereka harus prihatin dengan apa yang dimakan kerana sesuatu yang dimakan itu akan menjadi darah daging dan seterusnya mempengaruhi tingkah laku dan pemikiran seseorang. Dalam masa yang sama, golongan warga emas ini perlulah sentiasa bersikap terbuka, senang didekati dan bersedia bertukar-tukar idea dengan golongan muda agar percambahan ilmu antara mereka dan golongan muda dapat berjalan dengan lancar dan berkesan.

Kesimpulannya, proses penuaan merupakan satu perkara semulajadi. Tidak ada sesiapa pun yang dapat lari daripada proses ini. Walaupun meningkat usia, sebenarnya kita masih mampu memberikan sumbangan-sumbangan yang tertentu kepada bangsa, agama dan negara. Marilah kita bersedia mulai sekarang untuk menghadapi usia emas dengan penuh gemilang.

Page 10: teks pidato

Karangan SPM 09: Warga Emas di Negara Kita

Tajuk: Warga tua di negara ini terus bertambah saban tahun terutama di kawasan bandar.

Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk memudahkan kehidupan warga tua di negara ini.

Contoh Jawapan:

Warga tua sering dikaitkan dengan mereka yang berumur lebih daripada 55 tahun yang juga dikenali sebagai warga emas. Populasi warga ini semakin hari semakin bertambah di negara ini terutama di kawasan bandar. Pertambahan jumlah penduduk warga tua ini menyebabkan negara memerlukan satu perancangan baru untuk menjadikan kehidupan warga ini lebih baik dan ceria setelah penat bekerja memajukan negara. Maka, ada beberapa langkah yang boleh dilakukan oleh kerajaan, swasta dan masyarakat untuk menceriakan kehidupan warga emas ini.

Kerajaan boleh mengumumkan bahawa semua warga tua boleh menikmati pelbagai kelebihan yang boleh meringankan beban kewangan mereka seperti pemberian diskaun tambang pengangkutan awam, kos hospital dan juga pembelian barangan yang sering diperlukan oleh mereka. Langkah kerajaan ini sudah pasti akan meringankan beban kewangan mereka terutama kos rawatan yang begitu mahal dan risiko mereka yang juga tinggi kerana sudah berusia lanjut.? Pengumuman dasar ini sudah pasti akan menjadikan warga tua lebih ceria kerana sedar bahawa negara terus menghargai mereka walaupun mereka sudah tidak lagi bekerja. Jelaslah, kerajaan harus mengumumkan satu dasar yang boleh menjadikan kehidupan warga emas lebih ceria.

Selain mengumumkan hari warga tua, kerajaan juga boleh menganjurkan pelbagai aktiviti yang melibatkan mereka. Penganjuran lawatan ke tempat-tempat menarik khas untuk warga tua harus dilakukan dengan kerap seperti setiap hujung minggu dan sebagainya.? Aktiviti seperti ini mampu menjadikan kehidupan warga tua lebih menarik dan tidak menjemukan mereka serta dalam masa yang sama mampu untuk meningkatkan semangat mereka untuk meneruskan sisa-sisa kehidupan kerana mereka bergaul dengan rakan-rakan seusia. Sebenarnya, usaha melakukan lawatan ini menjadikan kehidupan mereka lebih berharga dan mampu memberikan satu matlamat untuk mereka meneruskan kehidupan.

Page 11: teks pidato

Pembinaan rumah warga tua harus diperbanyakkan terutama di kawasan bandar kerana sudah ada peningkatan permintaan terhadap ruang buat warga emas ini. Keadaan kehidupan bandar yang penuh cabaran dan tekanan hidup yang tinggi menjadikan warga emas sasaran mudah segelintir anak yang menggunakan alasan terlalu sibuk untuk menghantar ibu bapa mereka ke rumah bantuan kerajaan ini. Kemudahan yang disediakan di rumah orang tua ini juga perlulah lengkap dan bersesuaian dengan keadaan fizikal dan kemampuan kewangan warga tua supaya kehidupan mereka lebih ceria. Sesungguhnya, semakin banyak rumah orang tua didirikan semakin bermaknalah kehidupan warga tua kerana mereka mempunyai tempat untuk berlindung pada masa akan datang.

Namun langkah yang paling efektif untuk menjadikan kehidupan golongan ini bermakna ialah sikap masyarakat terhadap kumpulan umur ini harus berubah menjadi lebih positif. Kita sering menyaksikan banyak pihak terutama golongan muda yang menganggap orang tua sebagai penyibuk, tidak memahami perasaan orang muda, lambat bergerak dan sebagainya. Pandangan yang sebegini menyebabkan sering berlaku perbezaan pendapat antara golongan muda dengan tua yang membawa renggangnya hubungan antara mereka. Jelaslah, masyarakat terutama warga belia harus menerima hakikat bahawa lumrah hidup akan menyaksikan yang tua menjadi muda lalu belajar memahami golongan tua ini.

Kesimpulannya, warga tua bukanlah sampah masyarakat yang harus dibuang setelah penat menabur budi selama ini kepada negara dan golongan muda. Kumpulan masyarakat ini berhak menerima layanan yang terbaik mungkin daripada negara dan masyarakat tanpa sebarang alasan. Semua pihak harus sedar dan menerima kenyataan bahawa tanpa warga tua tiadalah warga muda. Bayangkan jika anda sudah tua dan disisihkan oleh anak.

PELAJAR PERLU FIKIR

Sikap masyarakat terhadap warga tua

Masih ada yang tidak peka dengan nasib mereka dengan mencemuh dan tidak menghormati warga tua

Malah ada anak yang sanggup menghantar ibu bapanya ke Rumah Orang-orang Tua Menganggap mereka boleh hidup tanpa warga tua

Kebaikan membantu warga tua

Usaha membalas jasa dan pengorbanan mereka terhadap golongan muda Menunjukkan jasa mereka amat dihargai Memastikan kehidupan warga tua terpelihara dan tidak melarat memberikan imej yang baik kepada masyarakat dan negara

Page 12: teks pidato

Karangan Warga Emas Harus Disayangi

Warga tua semakin ramai di negara ini ekoran tahap kesihatan negara yang semakin baik. Cuma jumlah yang banyak ini telah menimbulkan pelbagai masalah pula.

Nyatakan langkah-langkah yang patut dilakukan oleh kerajaan untuk memastikan kehidupan warga tua semakin baik.

Warga emas merupakan golongan yang semakin ramai di negara ini kerana tahap kesihatan negara yang semakin baik. Jadi tidak hairanlah kalau kita sering ternampak warga emas ini. Namun, keadaan ini turut menyebabkan kita terdesak untuk mencari jalan membantu golongan ini semakin ramai supaya mereka mampu menikmati kehidupan dengan lebih baik. Apakah langkah-langkah yang mampu kita lakukan dalam isu ini?

Kerajaan seharusnya memberi mereka lebih banyak insentif dalam menjalani kehidupan harian. Tambang separuh harga untuk pengangkutan awam negara merupakan satu langkah awal. Begitu juga dengan pengangkutan udara dan kereta api. Dalam perkhidmatan kesihatan, kerajaan seharusnya memberikan potongan harga atau rawatan percuma kepada golongan ini dalam penyakit-penyakit tertentu. Maka, langkah ini mampu memberi keselesaan hidup kepada warga emas ini.

Malah, kerajaan harus menyediakan lebih banyak rumah khas untuk warga tua ini. Rumah yang dibina mestilah sesuai dengan mereka yang memerlukan kawasan yang luas, berhampiran taman, laut atau dilengkapi kemudahan kesihatan yang lengkap. Rumah yang disediakan ini harus secara percuma dan didiami oleh beberapa warga tua yang lain untuk menjadikan suasana di rumah itu lebih ceria dan menarik. Reka bentuk rumah tersebut haruslah moden dan tidak nampak membosankan.

Selain itu, kerajaan harus mengadakan satu majlis khas atau tarikh untuk warga emas ini. Pada hari yang sudah diumumkan cuti umum itu, kerajaan perlulah mengadakan pelbagai aktiviti yang bercorak warga emas. Aktiviti beramah mesra dengan generasi muda harus dijalankan terutama untuk memberi kesedaran betapa warga emas dan muda saling memerlukan antara mereka. Interaksi ini turut memberi remaja satu peluang mendengar pengalaman yang dialami oleh warga emas.

Lantaran itu, kerajaan perlu mengadakan program bercorak ekonomi yang mampu menjana pendapatan kepada warga emas ini. Pendapatan itu pula boleh disalurkan untuk kepentingan warga tersebut. Semua aktiviti yang dijalankan mestilah bersesuaian dengan keadaan fizikal warga emas. Langkah ini turut menjadikan kehidupan mereka lebih menarik dan tidak membosankan. Warga emas turut berpeluang untuk menggunakan idea mereka ke arah sesuatu yang lebih bermakna.

Jadi, warga emas seharusnya dibelai dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat. Warga emas mempunyai satu pengalaman yang mampu dipelajari oleh semua orang. Warga emas mampu memberi nasihat dan pandangan terhadap sesuatu perkara yang berlaku kerana mereka telah mengalami semua perkara yang bakal dialami oleh masyarakat. Kita harus menjaga warga emas setelah mereka menjaga kita selama ini.

Page 13: teks pidato

WARGA EMASISU PENJAGAAN WARGA TUA

•Ramai yang telah memperkatakan peningkatan kualiti hidup diserata dunia, danini termasuklah bagi negara-negara yang sedang membangun seperti Malaysia.Peningkatan pada perkhidmatan kesihatan telah banyak mempengaruhipeningkatan umur dan dalam masa dua dekat banyak pengaruh daripadaperkhidmatan kesihatan telah menjamin akan hayat yang lebih daripadadahulunya.

•Kajian terdahulu menunjukkan bahawa trend warga tua telah meningkat darisatu masa ke satu masa, contohnya di Malaysia sendiri, peratus warga tuakepada keseluruhan populasi yang melebihi tahap umur 65 semakin meningkatdari masa ke masa. United Nation (1987) telah membuat perjangkaan bahawaperatusan warga tua di Malaysia akan meningkat daripada 3.3 peratus padatahun 1980 sehingga 7.4 peratus pada tahun 2020. Peningkatan ini adalah lebihdaripada sekali ganda dalam masa 40 tahun.

•Peningatan ini boleh dikatakan agak signifikan walaupun agak rendah jikaberbanding dengan negara-negara yang lain, seperti Singapura dan Jepun.Warga tua adalah satu golongan yang istimewa yang pernah menjanakan tenagamereka dalam membimbing generasi kini dengan jayanya. Maka tidak perludinafikan lagi bahawa pertolongan kepada golongan tersebut perlu digiatkan

.•Dengan jangkaan peningkatan populasi warga tua nanti, sudah tentu akanmemberi sedikit tekanan kepada masyarakat secara umumnya bagimenyediakan kemudahan, seperti penjagaan, rawatan dan sebagainya.Penyediaan kemudahan kepada warga tua nanti sudah semestinya akanmengunakan sumber kewangan yang dijanakan daripada kutipan kerajaan atasmasyarakat dan juga daripada sumber kewangan peribadi atau persendirian.Masyarakat sekarang harus menanam semangat bertanggungjawab kepadasemua warga tua. Perancangan yang sempurna perlu diadakan untuk menanganimasalah yang akan dihadapi oleh warga tua.

•Ramai telah memperkatakan usaha-usaha ke arah penjagaan warga tua dalammasyarakat sekarang. Konsep penjagaan warga tua masih lagi dianggap tidakmempunyai ketentuan yang tetap iaitu masyarakat dan pihak berkuasa seolah-olah beraggapan bahawa penjagaan warga tua hanya perlu dilakukan kepadaaspek fizikal sahaja tanpa menitikberatkan aspek emosi mereka. Masyarakatdan pihak berkuasa seharusnya perlu lebih peka terhadap konsep penjagaanwarga tua dengan menyediakan program penjagaan yang lebih sempurna dalamsemua aspek baik fizikal mahupun spiritual kerana hakikat bahawa manusiatercipta daripada dua unsur tersebut tidak dapat diketepikan sama sekali. Danini bermakna program penjagaan yang komprehensif dan menyeluruh sifatnyaperlu disediakan untuk mereka.

•Masyarakat di kawasan Asia masih lagi mengamalkan keutuhan konsepkekeluargaan di kalangan ahlinya.Walaupun begitu, didapati bahawa konsepkekeluargaan ini semakin pudar ditelan zaman. Ramai di kalangan anak yangtidak sanggup untuk memelihara ibu-bapa yang telah tua. Ada kala warga tuaitu sendiri yang tidak mahu tinggal bersama keluarga dan anak-anak merekadengan alasan akan menyusahkan keluarga dan anak-anak mereka sendiri.

Page 14: teks pidato

Sebaliknya mereka lebih rela tinggal di rumah-rumah penjagaan warga tua.Satu kajian dan tinjauan telah dilakukan olehASEAN Ageing Surveypada tahun1986 mendapati bahawa kebanyakan (91.6 peratus) warga tua di Malaysia masihtinggal sama ada bersama pasangan atau ahli keluarga mereka. Inimenunjukkan anak-anak dan saudara- mara masih lagi menjadi tempatpergantungan utama warga tua di Malaysia buat masa sekarang. Persoalannya,adakah konsep pergantungan kepada keluarga akan terus menjadi teras utamadi dalam isu 'penjagaan warga tua' pada masa akan datang? Telah diperkatakanterdahulu tadi diaggarkan bahawa Malaysia mempunyai tigapuluh hinggaempatpuluh tahun lagi untuk melakukan perancangan untuk menyediakanprogram-program yang terbaik di dalam aspek penjagaan warga tua. Anggaranini dilakukan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berdasarkanpeningkatan tahap mutu kesihatan yang baik di Malaysia dengan mengambilkira faktor-faktor kadar kelahiran yang meningkat dan kadar kematian yangsemakin menurun.•Berdasarkan faktor-faktor ini, sudah sampai masanya masyarakat dan pihakberkuasa di Malaysia menyusun program-program dan dasar-dasar yang lebihrealistik untuk berhadapan dan seterusnya menangani situasi ini dengan carayang terbaik. Daripada pengalaman negara-negara yang telah menjalankanprogram ini, berbagai cara yang baik dapat dilaksanakan. Contoh programdaripada pihak kerajaan yang berjalan lancar di negara membangun adalahseperti keterlibatan oleh pihak kerajaan di dalam perkhidmat kesihatan danperuntukan pendapatan saraan yang munasabah untuk warga tua. Manakalamasyarakat pula boleh memberikan sumbangan mereka menerusi kerja-kerjaamal yang dilakukan tanpa memikirkan sebarang bentuk balasan. Amalan-amalan yang berbentuk altruistik ini perlu dititikberatkan agar berbudaya didalam masyarakt Malaysia. Ini bersesuaian dengan seruan kerajaan ke arahmewujudkan masyarakat penyayang. Dengan lain perkataan, sumbangan yangdiberikan bukan kerana kebimbangan suatu hari nanti kita akan memerlukanprogram penjagaan kepada kita akan tetapi kita melaksanakan programtersebut kerana nerupakan budaya dan tanggungjawab masyarakat kita untukmembela mereka yang pernah berjasa kepada nusa dan bangsa.•Didalam melaksanakan perancangan program penjagaan warga tua, aktiviti-aktiviti tertentu perlulah digarapkan sekali agar warga tua dapat menghabiskanumur tua dalam keadaan yang boleh dianggap berjaya, setidak-tidaknya padadiri sendiri. Aktiviti-aktiviti seperti pendedahan dan pengamalan penjagaankesihatan yang dapat menjauhkan diri daripada penyakit perlu sekali diberikeutamaan. Selain daripada itu aktiviti-aktiviti yang dapat menjayakan dirisendiri seperti memupuk semangat warga tua untuk terus hidup sertakesedaran mengenai kemampuan kapasiti fungsi fizikal mereka membolehkanwarga tua terus bergiat aktif menyertai pelbagai kegiatan luar yangbersangkutan dengan 'moral boosting' (Rowe and Kahn, 1987).•Bercakap mengenai penjagaan warga tua sudah sememangnya penjagaanterhadap kesihatan mereka merupakan agenda utama dalam perlaksanaannya.Gregg (1987) menyarankan bahawa penjagaan kesihatan terhadapt warga tuaadalah elemen utama dalam segala program untuk warga tua. Tetapi, padamasa kini teknologi yang digunakan dalam aspek kesihatan telah terkedepandan kos yang mahal perlu ditanggung untuk mendapatkan perkhimatankesihatan. Beliau mencadangkan agar pihak kerajaan perlulah mengambilinsiatif dengan memberi bantuan pada peringkat awal perlaksanaan sistem

penjagaan warga tua. Satu sistem yang lebih sempurna perlulah diperincikanselepas itu bagi membolehkan warga tua atau mana-mana agensi menanggungkos kesihatan mereka sendiri.•Malaysia boleh mengikut jejak langkah yang telah dijalankan oleh negaramembangun dalam penjagaan warga tua. Amerika Syarikat misalnya, adalahsebuah negara yang menyediakan bantuan

Page 15: teks pidato

sepenuhnya terhadap kepentingandan keselesaan warga tua. Dengan kekayaan yang ada Amerika mampu untukmenyara warga tua mereka yang berumur lebih dari 65 tahun keatas, bantuanyang diberi adalah d ibawah peruntukan 'Social Security Act'. Berbagai akta lagitelah diperuntukan bagi warga tua, antaranya seperti 1) Akta Warga TuaAmerika 1965; di bawah akta ini berbagai agensi dilantik bagi memastikankeberkesanaan program saraan warga tua Amerika berjalan dengan baik, 2)Akta Penjagaan Kesihatan 1965; yang menyara semua pembelanjaan kesihatanwarga tua Amerika and 3) Diskreminasi Umur dalam Akta Pekerjaan 1967; aktaini menamatkan umur pesaraan bagi semua rakyat Amerika dan mengharamkanpemberian kerja berasaskan umur. Walau bagaimana pun Amerika Syarikatbukanlah antara negara yang mula-mula melaksanakan program bagi warga tua.Antara negara yang telah terdahulu dan berjaya dalam perlaksanaan programpenjagaan warga tua adalah Great Britain (Cockerham, 1997). Malaysia mampumenjayakan program penjagaan warga tua ini dengan melihat akan program-program yang telah dijalankan oleh negara yang telah berjaya dalamperlaksanaannya tetapi mestilah mengikut acuan kita sendiri.

•Great Britain mempunyai sejarah yang banyak dalam perlaksanaan programpenjagaan warga tua. Pada mulanya penumpuan cuma diberikan dari segikewangan dimana pada 1908 Akta Pencen diadakan bagi pembuat penyedianpenyaraan pada masa tua. Pada tahun 1995, lelaki yang berumur 65 danperempuan yang berumur 60 boleh mendapatkan sumbangan pencen sebanyak$355 sebulan dengan syarat mereka tidak mempuyai pergantungan lain(Cockerham, 1987). Elemen kesihatan mula timbul dalam penjagaan warga tuadalam Akta Perkhidmatan Kebangsaan 1948 dimana pihak kerajaan menjadipemilik kepada semua hospital. Dari situ semua perkhidmatan kesihatan yangdiperuntukan kepada warga tua diberi percuma.

•Banyak lagi negara yang telah menjalankan pelbagai program penjagaan wargatua yang telah berjaya menghasilkan keselesaan dan kepuasan kepada wargatua. Berdasarkan sejarah, kebanyakan daripada negara ini juga melakukankesilapan dalam pelaksanaan program-program tersebut tetapi dapatdimantapkan dari masa ke masa. Contohnya negara Sweden yang padamulanya memberi bantuan kepada semua lapisan masyarakat dengan harapandapat menolong mereka yang miskin dan juga warga tua. Tetapi selepasdidapati tidak berkesan selepas beberapa lama dan program bantuan itu diubahsuai dengan peruntukan kepada mereka yang betul-betul memerlukannyaseperti warga tua dilebihkan. Dan warga tua telah menjadi penerima utamadalam program bantuan rakyat.

•Kebanyakan negara juga mengadakan institusi bagi warga tua yang tidakmempunyai tempat untuk tinggal. Malaysia juga telah mempunyai beberapainstitusi untuk warga tua. Memang telah diakui bahawa dalam perancanganuntuk menubuhkan institusi warga tua sangat rumit. Pelbagai perkhidmatanterpaksa di adakan bagi membolehkan mereka tinggal dengan selesa, walaubagaimana terancangnya penubuhan institusi warga tua sudah pasti tidak akan

bertepatan dengan kehendak penghuninya. Tidak ada satu jenis perkhidmatanyang sesuai untuk semua jenis orang. Sesuatu yang perlu ditekankan adalahkualiti yang bagus pada keselamatan dan kesihatan penghuni. Kart dan Manard(1979) ada menyarankan beberapa langkah yang perlu diambil bagi mengatasimasalah kemudahan perkhidmatan yang tidak sesuai bagi semua penghuni.Mereka berpendapat bahawa institusi warga tua paling elok jika dapat disegregasikan menurut faktor-faktor tertentu yang ada pada penghuni itu.Elemen yang pertama adalah tuan punya institusi tersebut dan siapa yangmenguruskannya, elemen ini juga menjadi faktor yang agak ketara di dalampenyediaan perkhidmatan yang bersesuaian. Keduanya faktor saiz. Dari segipsikologi, saiz rumah penjagaan yang

Page 16: teks pidato

kecil tidak mampu untuk menyediakanperkhimatan yang sesuai dan sudah tentu akan mengalami kesesakan kepadapenghuni. Ketiga adalah status sosioekonomi. Status sosioekonomi juga bolehmenentukan jenis perkhimatan yang bersesuai .Jika kebanyakan penghuninyaadalah dari golongan sosioekonomi yang tinggi, kemudahan dan perkhidmatanyang diberi adalah jauh lebih baik daripada yang lainnya dan institusi ini bolehbergantung kepada sumber kewangan yang lebih berbanding dengan cumabergantung kepada bantuan daripada pihak berkuasa. Keempat adalah faktorintegrasi sosial. Penghuni yang tinggal harus mempuyai takat integrasi sosialyang dapat membolehkan mereka bergaul dengan penghuni yang lain danpergaulan mereka juga tidak berhenti hanya dengan penghuni yang lain tetapijuga dengan pekerja dan juga masyarakat. Yang akhir sekali ialah tahapprofesionalisme. Di sini pihak berkuasa harus mengambil inisiatif awal di dalammengadakan latihan kepada pekerja institusi agar dapat melayan semuapenghuni dengan baik. Mereka ini boleh dilatih dengan mengadakan satu pusatlatihan khas atau mendapat latihan sambil bekerja dengan diperhati danditunjukajar oleh pekerja yang telah cekap.

•Walaupun terdapat kebarangkalian untuk membangunkan program penjagaanwarga tua sebagai satu tanda perhargaan kita terhadap mereka yang telahterlebih dahulu menyumbangkan jasa mereka di dalam proses pembangunanagama, bangsa dan negara sehingga kita sampai ke tahap sekarang, kita jugaperlu berhati-hati di dalam memberikan saranan ke arah pembentukan programpenyaraan dan institusi penjagaan warga tua. Tidak semua prgram dan institusiyang disarankan boleh berjaya. Perancangannya sudah tentu akan mengambilmasa yang agak lama, tidak terkecuali juga tenaga dan komitmen yang jituamat diperlukan sekali.

•Bakal penghuni selalu akan menanyakan institusi mana yang paling bagusapabila mereka ingin menyertainya. Jawapannya mudah, institusi yangmempunyai perkhidmatan yang canggih, tidak begitu besar, sumber kewanganyang mantap, suasana sosial yang baik dan pekerja yang cekap mengendalikaninstitusi tersebut sudah pasti akan menjadi pilihan yang utama.

•Tetapi perlu juga diingat bahawa tiada suatu program atau institusi yang dapatmemberi kepuasan kepada seluruh penghuninya. Yang paling penting ialahuntuk mengenal pasti bahawa perkhidmatan keselamatan dan kesihatan adalahunsur yang perlu sekali diutamakan

Page 17: teks pidato

Soalan 1. Menerusi “Konsep 1 Malaysia” kerajaan berhasrat untukmenyatupadukan masyarakat tanpa mengira kaum bagi membolehkan merekamenikmati kemajuan dan kemakmuran negara secara adil dan saksama.Sebagai remaja yang berwawasan, bincangkan peranan anda untuk mencapaikonsep 1 Malaysia tersebut.Catatan : Kemungkinan soalan ini boleh keluar dalam dimensi masyarakat negara –sila rujuk soalan ini dalam bentuk dimensi masyarakat dalam buku saya, MODULPEMBELAJARAN KENDIRI BM KERTAS 1 EDISI 2010 muka surat 74.Sampel pendahuluan : Tanggal 3 April 2009, tarikh tersebut akan terus terlakardalam sejarah negara apabila Perdana Menteri Malaysia yang keenam denganrasminya mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri. Beliau ialah Dato SeriMohamed Najib Tun Razak yang meneruskan legasi kepimpinan ayahandanya TunAbdul Razak bin Dato Hussein. Bukan sekadar itu sahaja, malah tarikh tersebut telahmenjadi mercu tanda baru satu lagi gagasan Malaysia moden dilancarkan. Gagasan1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan kini menjadi landasanpenting untuk pemimpin dan rakyat Malaysia menentukan arah tuju kejayaanMalaysia dalam pelbagai bidang menjelang hari-hari yang mendatang. Oleh hal yangdemikian, dalam merealisasikan matlamat keramat itu, sebagai wargenagara yangsedar akan tanggungjawab terhadap negara, saya beriltizam untuk memainkanperanan yang aktif supaya matlamat murni tersebut menjadi kenyataan.Isi-isi cadangan :Isi 1 : Mengutamakan amalan kepimpinan melalui teladan – apabila saya menjadiseorang pemimpin saya perlu menunjuk teladan yang baik - maju atau mundursesebuah negara terletak atas kebijaksanaan pemimpin yang menentukan dasar danhala tuju negara- melaksanakan tugas mengurus negara dengan sifat ketelusan,bertanggungjawab, dan bijakIsi 2 : Memastikan kerjasama yang terjalin kukuh antara pemimpin dan rakyat – sayaakan menyeru supaya;- mewujudkan suasana harmoni dalam negara – sikap saling menyokong dansaling hormat- pemimpin menyerlahkan kepemimpinan yang berwibawa – rakyat menyokongdan mematuhi pemimpin tanpa berbelah bahagi- (Peribahasa ke gunung sama didaki dan ke lurah sama dituruni)Isi 3 : Memperlengkap diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran teknologi yangtuntas - mahu menjadi remaja yang bervisi dan boleh dicontohi11Isi

Isi 4 : Menjalinkan perpaduan yang sejati dalam kalangan rakyat pelbagai kaum –

saya akanmenjalankan usaha dan kempen kesamarataan dalam kalangan

masyarakat – berusaha mengubah nilai ketaksuban terhadap kaum hendaklah

digantikan dengan ketaksuban terhadap bangsa Malaysia – mencari jalan agar

semua pihak mempertingkatkan nilai hormat terhadap kepercayaan agama, adat

Page 18: teks pidato

resam, dan kaum

Isi 5 : Mempertingkatkan daya usaha dan kesungguhan semua pihak untuk

memajukan negara

- mempelbagaikan potensi ekonomi negara

- memaksimumkan daya usaha sama ada dalam cara berfikir, cara bekerja,

dan kreativiti

- memaksimumkan bidang kemahiran dan teknologi – bangkit bersaing dengan

negara-negara maju

- memaksimumkan daya pengeluaran negara terutama ke pasaran

antarabangsa

Sampel kesimpulan : Memetik lirik-lirik dalam lagu patriotik “Malaysia Berjaya” yang

berbunyi “Dari Perlis hinggalah ke Sabah, kita sudah berjaya” memaparkan betapa

pentingnya kita bersatu dan berusaha untuk membentuk sebuah negara yang

berdaulat dan merdeka. Kini kejayaan tersebut hendaklah direalisasikan oleh

generasi baru Malaysia agar segala agenda yang telah dirancang oleh pemimpin

yang terdahulu dapat mengimpakkan manfaat yang berganda kepada seluruh rakyat

Malaysia. Oleh itu, gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian

Diutamakan harus saya teruskan dengan pengisian dan keterlibatan menyeluruh

oleh rakyat Malaysia.

Page 19: teks pidato

Pidato "Gagasan 1 Malaysia Aspirasi Menjana Perpaduan Kaum"

Posted by Faizul Idham 9:50 PG, under | 1 comment

Bissmillahirahmanirahim.. Hadirin dan hadirat, tuan-tuan dan puan-puan yang saya kasihi sekalian.

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada pengerusi majlis. Yang saya hormati, barisan panel hakim yang adil lagi bijaksana dalam menegakkan panji-panji keadilan, barisan penjaga masa yang setia dengan masanya untuk melihat detik-detik berharga, dif-dif kehormat yang disanjungi serta para hadirin pencetus arus kegemilangan Negara yang dikasihi, dekat dihati.

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam 1 malaysia buat anda yang sudi melapangkan masa. Apa khabar, penutur bahasa melayu tercinta?Andai patah sayap rajawali, bertongkat jua saya kemari bukan untuk menjual pantun, tetapi semata-mata ingin membawa diri saya sendiri dan anda semua untuk kita sama-sama memahami, menyelami dan mendalami maudhuk bicara yang bertajuk, “Gagasan 1 Malaysia Aspirasi Menjana Perpaduan Kaum”.

Masih terngiang di telinga kita petikan kata-kata Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak di Dewan Rakyat pada 15 Jun 2009 yang berbunyi:

“1 Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia”.

Hadirin sidang saksi warga berintegriti,

Gagasan 1 Malaysia Aspirasi Menjana Perpaduan Kaum.

Maudhuq bicara hari ini sungguh indah. Oleh itu, marilah bersama kita telusuri dan hayati bersama agar segala yang menjadi persoalan terjawab dan terungkai. Sebelum itu, adalah lebih baik jika pemahaman menurut Kamus Dewan menjadi pembuka utama agenda, agar pemahaman kita menjadi jelas dan nyata. Pada tarikh 3 April 2009 yang lalu bermulalah detik pemerintahan Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak yang telah dilantik menjadi Perdana Menteri yang ke-6 menggantikan kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Dengan berbekalkan tujuan yang satu, beliau telah memperkenalkan satu konsep gagasan yang baru iaitu gagasan satu malaysia. Menurut epistimologi kamus dewan, gagasan membawa maksud buah fikiran yang dijadikan saranan. Maka timbulnya gabungan indah frasa-frasa ”rakyat didahulukan pencapaian diutamakan” menjadi wadah utama dalam memacu pentadbiran negara dan perpaduan kaum.

Pembentukan gagasan ini bertujuan untuk menyemarakkan semula semangat perpaduan dan persaudaraan antara kaum yang semakin pudar. Dengan itu, saya cerakinkan kepada 3 teras iaitu Prinsip Penerimaan, Prinsip Kenegaraan dan Prinsip Keadilan Sosial utama yang terdapat dalam gagasan 1 malaysia buat tatapan minda kita semua.

Page 20: teks pidato

Hadirin dan hadirat sekalian,

Berpaksikan cetusan idea saya yang pertama, Prinsip penerimaan membawa maksud walaupun rakyat Malaysia mempunyai cara hidup, amalan atau agama dan kebudayaan yang berbeza, tetapi kita menerima antara satu sama lain sebagai satu masyarakat yang harmoni. Kita sudah sedia maklum bahawa Malaysia mempunyai tiga kaum terbesar iaitu, kaum Melayu, Cina dan India yang sudah lama bertapak di negara tercinta ini. Kaum masing-masing mempunyai cara hidup, amalan dan kebudayaan yang berbeza. Oleh yang demikian, Prinsip Penerimaan telah diwujudkan bagi menyatu padukan ketiga-tiga kaum ini sekaligus merealisasikan Wawasan 2020 yang menjadi impian negara dalam mencapai negara maju dan setaraf dengan neagara-negara lain di mata dunia. Dengan kehadiran prinsip ini sekaligus dapat melonjakkan amalan kebudayaan kaum masing-masing malah secara tidak langsung dapat merapatkan jurang perbezaan antara kaum.

Pastinya, tuan-tuan dan puan-puan, hadirin dan hadirat sekalian mengetahui. Peristiwa berdarah 13 Mei 1969 masih segar dalam ingatan setiap insan di Malaysia. Peristiwa berdarah yang melibatkan rusuhan kaum pada ketika itu perlu menjadi iktbar bagi setiap generasi. Sesungguhnya peristiwa 13 Mei 1969 yang mencatatkan titik hitam dalam sejarah perpaduan kaum di Malaysia wajar direnungi agar pisang tidak berbuah dua kali. Perpaduan kaum amat penting dipertahankan agar Malaysia dapat mengorak langkah menuju kearah pembentukan negara bangsa dan menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

Jadi, sudah terang lagikan bersuluh, konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan dapat mengatasi masalah perpaduan kaum yang pernah terumbang-ambing di Negara kita suatu ketika dahulu.

Hadirin yang dihormati,

Gagasan 1 Malaysia Aspirasi Menjana Perpaduan Kaum.

Meniti isi lembayung saya yang kedua iaitu Prinsip Kenegaraan memupuk semangat nasionalisme. Cuba kita lihat masyarakat Malaysia sekarang dimana semangat nasionalisme mereka sudah semakin rapuh. Jika ditanyakan kepada kanak-kanak atau remaja pada hari ini hanya beberapa orang sahaja yang dapat memberi jawapan, apa itu semangat nasionalisme? (anda jawab) Oleh itu, kerajaan mengambil inisiatif meletakkan Prinsip Kenegaraan sebagai teras di dalam Konsep 1 Malaysia dengan harapan semangat nasionalisme dan perpaduan kaum lebih utuh.

Tidak dapat dinafikan lagi, Tun Hussien Onn yang sememangnya terkenal dengan usaha-usaha yang dilakukan untuk memupuk perpaduan di kalangan rakyat sehingga diberi gelaran ‘Bapa Perpaduan’. Bak kata pepatah “ sikit-sikit lama jadi bukit”.

Sidang pendengar yang setia,

Page 21: teks pidato

Prinsip Keadilan Sosial menjadi cetusan minda yang terakhir. Setiap kaum di negara ini tanpa mengira latar belakang atau agama diberi keadilan yang sebaik mungkin dari segi kebajikan dan aspek-aspek sosial yang penting. Melalui Konsep 1Malaysia, setiap wakil rakyat bertindak melepasi sempadan kaum masing-masing dan melebarkan khidmat mereka kepada kaum lain. Namun begitu, Konsep 1Malaysia yang mempunyai prinsip keadilan sosial bukanlah platform bagi mana-mana pihak untuk membuat tuntutan yang keterlaluan dan bukan-bukan

Hadirin sekalian,

Secara konklusinya, berdasarkan tiga cetusan minda yang telah dicanang-canangkan oleh saya sebentar tadi melalui prinsip teras iaitu Prinsip Penerimaan, Prinsip Kenegaraan dan Prinsip Keadilan Sosial, jelaslah disini bahawa konsep 1 Malaysia menjadi Aspirasi meningkatkan hubungan kaum.

Tuan-tuan dan puan-puan, pada pemuda harapan bangsa sekalian, marilah kita bersama-sama merealisasikan cita-cita murni ini agar kaum di Malaysia dapat bersatu, bekerjasama, saling bantu-membantu selaras dengan fitrah kita sebagai manusia yang inginkan keamanan.

Wahai warga Malaysia sekalian, sudah tiba masanya untuk kita meletakkan satu matlamat. Kita hidup bermuafakat dalam kepelbagaian budaya masyarakat, yang ringan sama dijinjing yang berat sama dipikul. Hati gajah sama dilapah hati kuman sama dicecah. Gunung sama didaki lurah sama dituruni, semoga… kesedaran kita hari ini dapat memberikan ruang dan peluang kepada anak-anak kita untuk menari, menyanyi dan hidup dalam keadaan harmoni. Semaikanlah satu cita, satu impian, satu perpaduan, SATU MALAYSIA! Hidup Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Sekian, Wabilah hi taufiq wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullah hi ta`ala wabarakatuh. Terima kasih.

Page 22: teks pidato

PROGRAM KECERIAAN SEKOLAHPengenalanPersekitaran sekolah yang ceria dan bersih memberi keselesaan dan mengambarkankecintaan serta kerjasama yang tinggi dalam kalangan warga sekolah. Keceriaan dankebersihan kawasan sekolah adalah penting bagi meningkatkan mutu pendidikan .Mempunyaiiklim sekolah yang ceria, tenang dan selesa penting ke arah tercapainya visi dan misi sekolahserta Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Suasana dan persekitaran sekolah yang bersih, ceria,tenteram amat perlu bagi meningkatkan keselesaan pelajar bagi melahirkan insan yangseimbang dari segi emosi, rohani ,jasmani dan intelek.

Program keceriaan sekolah mempunyai matlamat untuk mewujudkan sebuah sekolah yangmempunyai persekitaran yang bersih, ceria, cantik, dan mempunyai kemudahan yangmencukupi untuk pelajar iaitu selaras dengan visi kebanyakan sekolah iaitu bagi mencapaikegemilangan akademik, kokurikulum dan sahsiah warganya yang berteraskan ilmu, iman danamal. Objektif Program Keceriaan Sekolah#Mewujudkan kawasan sekolah yang lebih ceria dan harmonis.#Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pelbagai kemudahan dan prasarana dikawasan sekolah.#Memupuk sikap bertanggungjawab pelajar dan seluruh warga sekolah terhadap kewujudan#institusi pendidikan mereka.#Mewujudkan kerjasama antara warga sekolah.#Menjadikan kawasan sekolah selesa dan kondusif hingga mendorong sikap dan motivasipositif pembelajaran dalam kalangan pelajar.Perancangan Strategik Program Keceriaan#Mengenal pasti kawasan sekolah dan kelas yang perlu diperindah dan diceriakan.#Memberi tumpuan terhadap taman yang kurang ceria .#Membahagikan tugas menceriakan kawasan dan taman kepada persatuan dan badanberuniform.#Menceriakan kawasan persekitaran sekolah dengan menambahkan pokok-pokok hiasan.#Menyediakan kemudahan kepada pelajar terutama pondok ilmu, tempat istirahat , wakaf diskusi dan laluan pelajar dengan lebih banyak.#Mewujudkan dana keceriaan sekolah daripada pelbagai pihak.#Memberi tumpuan kepada kawasan padang yang perlu diceriakan dan meningkatkankemudahan untuk keselesaan pelajar.#Meminta nasihat dan bantuan daripada konsultan atau pihak luar yang lain yangberpengalaman bagi meningkatkan keceriaan landskap kawasan sekolah.#Memberi tumpuan kebersihan kawasan sekolah dengan menanam sikap atau menghayatislogan seperti “Sekolahku Rumahku” , “Cintailah Sekolah Kita” dan sebagainya dalamkalangan warga sekolah.#Membaiki dan menceriakan kawasan pembuangan sampah , tapak pelupusan dan kawasanpembersihan dengan lebih baik.#Menambahkan bilangan pokok bunga yang sesuai untuk memperindah kawasan sekolah.#Menambah kerusi batu di tempat-tempat yang sesuai bagi tempat rehat pelajar.#Menjaga kesuburan pokok bunga supaya kelihatan segar.#Mengadakan kempen keceriaan secara berterusan termasuk aktiviti gotong royongmembersih kawasan sekolah dalam kalangan warga sekolah seperti kempen sumbanganpokok dalam kalangan warga sekolah,membina papan kenyataan berinformasi di setiaptaman, mengecat pasu bunga, tiang larit dan sebagainya di kawasan sekolah, membina arca

di kawasan taman,membina menara jam, membina kolam dan air terjun dan membina laluanberbumbung di kawasan taman dan membina taman herba baru.Keceriaan Bilik Darjah Atau Kelas#Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah adalah berkait rapat denganiklim dan suasana dalam bilik darjah. Untuk mencapai kecemerlangan , sekolah mestilahmemastikan bahawa bilik darjah atau kelas sentiasa dalam keadaan yang bersih dan ceria.#Kebersihan dan keceriaan bilik darjah seharusnya dikekalkan malah dipertingkatkan darimasa ke masa. Untuk mencapai tujuan ini, pertandingan bilik darjah bersih dan ceria amatsesuai diadakan secara berterusan bagi memastikan pelajar sentiasa berada dalam keadaanyang selesa dan seterusnya dapat mengikuti pelajaran dengan baik.#Suasana pembelajaran yang sentiasa bersih dan

Page 23: teks pidato

ceria hasil daripada kerjasama danpertandingan yang sihat antara pelajar tentunya akan menghasilkan kecemerlangan dalamakademik dan disiplin pelajar . Ini adalah sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara yangmementingkan penghasilan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani danintelek.PROGRAM KECERIAAN SEKOLAH1. Program 3K atau Program Peningkatan Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan AlamSekitar Sekolah telah diadakan selama lebih 18 tahun sejak tahun 1991. Program ini telahmemberi impak yang besar terhadap pembangunan pendidikan di sekolah-sekolah di seluruhnegara.2. Sekolah-sekolah lebih ceria dan selamat malah kadar kemalangan di kawasan sekolah jugaamat berkurangan.3. Program ini telah mengubah budaya warga sekolah dan masyarakat setempat kepadabudaya yang lebih baik apabila kadar ponteng sekolah menurun, kes vandalisme berkurangdan prestasi akademik meningkat.4. Kerja berpasukan dalam kalangan warga kerja sekolah dan kepimpinan pengetua telahmembuahkan hasil dengan meningkatnya prestasi kecemerlangan pendidikan di sekolah-sekolah berkenaan.5. Terdapat sekolah yang memberi tumpuan kepada aspek keselamatan sebagai komponenutama Program 3K. Rasional polisi keselamatan diperkenalkan ialah untuk memberipendedahan kepada warga sekolah mengenai keselamatan fizikal, emosi, sosial dan teknikal.6. Program ini dapat menjana keinginan pihak sekolah untuk terus meningkatkan kemajuansekolah kerana melalui 3K, mereka berpeluang menilai kedudukan dan pencapaian sekolahberkenaan.7. 3K juga memberikan ruang kepada para pelajar untuk berinteraksi sesama mereka melaluikerja-kerja yang dilakukan di luar bilik darjah menyediakan taman dan landskap di kawasansekitar sekolah.Melaluinya para pelajar dapat mengenal pasti potensi dan keupayaan merekasebagai pemimpin selain membentuk disiplin diri apabila dilantik mengetuai sesuatu projek.8. Melalui 3K , pelajar, guru dan guru besar dapat berinteraksi dalam suasana yang lebihmesra sekali gus menjalin hubungan baik antara mereka dan memudahkan pelaksanaansegala urusan berkaitan pendidikan di sekolah itu.

Page 24: teks pidato

BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA 2 - KEPENTINGAN

KEPENTINGAN MEMBELI BARANGAN TEMPATAN

Zaman beralih musim bertukar, kini Malaysia berdiri gah sebaris dengan negara-negara maju selepas tamat penjajahan asing selama 446 tahun. Dasawarsa ini, Malaysia telah menjejakkan kaki ke satu ambang yang rancak sekali dan telah mengalami pelbagai anjakan paradigma. Kerajaan mula membuka kawasan perindustrian dalam pelbagai lapangan bagi merancakkan ekonomi negara yang pesat membangun. Situasi ini juga memungkinkan pengeluaran barang buatan Malaysia lebih berkualiti dan setaraf dengan barangan import. Bagi menggapai visi kudsi Wawasan 2020 seperti yang diwara-warakan oleh bekas perdana menteri yang keempat, wajarlah sektor perindustrrian disokong sepenuhnya untuk dinaik taraf bagi memenuhi kehendak pasaran. Oleh itu, kepentingan dalam membeli barangan buatan Malaysia perlu diuar-uarkan dan dipergiat bagi membuka mata rakyat tempatan agar mereka tidak menganaktirikan produk sendiri.

Kepentingan dalam membeli barangan buatan Malaysia yang paling dominan ialah dapat mengelakkan pengaliran mata wang negara kita ke luar negara. Mata wang Malaysia tidak akan mengalir keluar jika rakyat Malaysia sendiri mengutamakan dan membeli barangan tempatan dalam memenuhi keperluan harian mereka. Dana utama negara juga akan meningkat sekali gus akan dapat membendung masalah inflasi. Sudah sampai masanya rakyat Malaysia mengubah tanggapan negatif yang beranggapan bahawa barangan import lebih baik daripada barangan tempatan. Jelaslah bahawa apabila semua rakyat tempatan memilih dan membeli produk tempatan, kita sebenarnya telah berjaya mengawal mata wang kita daripada mengalir ke luar negara.

Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa pembelian barangan tempatan dapat menjimatkan pembelian seseorang. Umum mengetahui bahawa membeli barangan import jauh lebih mahal berbanding membeli barangan tempatan. Ramai yang memberikan persepsi biar papa asal bergaya dan alah membeli menang memakai. Pengguna yang mementingkan jenama sanggup berhabis wang untuk membeli barangan import berjenama dengan memandang sebelah mata sahaja bagi barangan tempatan yang sama. Bagi mereka, harga yang mahal itu setanding dengan kualiti sesuatu produk. Sesungguhnya, barangan tempatan lebih murah malah kualitinya juga setanding dengan barangan import. Sebagai contoh, kereta-kereta nasional yang berkualiti seperti Myvi, Viva kini Inspira. Tuntasnya, pembelian barangan tempatan dapat menjimatkan perbelanjaan rakyat Malaysia.

Pembelian barangan buatan Malaysia juga membuktikan bahawa rakyat Malaysia mampu berdiri di atas kaki sendiri. Hal ini adalah kerana Malaysia telah berjaya menghasilkan enjin kenderaan berkuasa tinggi untuk perlumbaan Formula Satu (F1). Fenomena ini jelas menggambarkan bahawa Malaysia mampu mengeluarkan produk bertaraf dunia sejajar dengan wawasan negara. Kalau bukan

Page 25: teks pidato

rakyat Malaysia yang menyokong dan membeli barangan buatan Malaysia, siapa lagi yang boleh kita harapkan? Tepuk dada, tanya selera. Dalam hal ini, bagi menunjukkan semangat patriotik rakyat Malaysia haruslah menjayakan kempen Belilah Barangan Malaysia dalam merealisasikan aspirasi negara menjelang 2020 nanti.

Berbangga dengan barangan Malaysia sebenarnya dapat membantu anak bangsa kita sendiri. Cuba kita bayangkan jika rakyat Malaysia mengagung-agungkan produk asing? Apakah yang akan terjadi kepada pengusaha tempatan? Sudahlah kita tidak membantu anak bangsa sendiri malah kita mencurahkan pasir ke periuk nasi mereka. Oleh itu, insaflah anak watan yang begitu memandang tinggi terhadap barangan import sehingga memperlekehkan barangan tempatan. Sedarlah bahawa barangan tempatan pun sama hebatnya dengan barangan import. Jadi, belilah barangan tempatan kerana secara implisitnya dapat membantu anak bangsa sendiri.

Sebagai intihanya, mengutamakan barangan tempatan banyak mendatangkan kepentingan kepada rakyat tempatan. Sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai jati diri dan bermaruah, mereka hendaklah mengikis sikap ego agar negara kita tidak runtuh. Rakyat Malaysia perlulah menyokong kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia demi kebaikan rakyat dan negara. Marilah kita bersama-sama berganding bahu, menggemblengkan usaha dalam menjayakan kempen ini kerana Bersatu teguh, Bercerai Roboh. Tanpa komitmen dan sokongan daripada rakyat Malaysia, sudah tentu sukar untuk mengangkat martabat produk tempatan apatah lagi untuk menembusi pasaran antarabangsa.

[568 patah kata]

Page 26: teks pidato

SOALAN:

Sikap mengutamakan barangan buatan tempatan banyak memberikan manfaat kepada rakyat. Dengan berdasarkan hakikat ini, tulis rencana yang menyentuh pelbagai manfaat amalan tersebut kepada rakyat dan negara ini.

Faedah Mengutamakan Barangan Buatan Tempatan

Oleh : Noor Azmi bin Hashim

Kejatuhan nilai ringgit sejak bulan Julai 1997 yang Ialu telah menjerumuskan Malaysia dalam kancah kegawatan ekonomi yang agak teruk. Nilai ringgit yang pada suatu ketika dahulu hanya sekitar RM2.50 bagi setiap AS$1.00 kini mencecah angka RM3.80 bagi setiap AS$1.00. Keadaan sebegini memberikan impak yang buruk kepada ekonomi negara. Harga barang semakin meningkat, manakala harga saham semakin menjunam hingga menyebabkan banyak syarikat yang terpaksa gulung tikar. Sebagai akibatnya, ribuan pekerja menjadi penganggur.

Untuk berdepan dengan situasi begini, pelbagai langkah perlu diambil. Salah satu caranya ialah mengamalkan sikap berjimat cermat. Setiap rakyat Malaysia daripada segenap lapisan perlu mempraktikkan amalan berjimat dalam perbelanjaan harian mereka. Jika selama ini sikap terlalu mengagung-agungkan barangan luar negara begitu ketara, kini tibalah masanya mereka memartabatkan barangan buatan tempatan. Dengan kata-kata lain, rakyat Malaysia perlu mengubah persepsinya terhadap barangan buatan tempatan.

Tak kenal maka tak cinta. Sebenarnya, banyak manfaatnya mengutamakan barangan buatan tempatan ini. Dari segi harga, temyata bahawa barangan buatan tempatan lebih murah jika dibandingkan dengan harga barangan import. Hal ini dapat dibuktikan dengan harga motosikal buatan tempatan, iaitu Kriss. Harga motosikal tersebut, yang berkuasa kuda 110 ialah sekitar RM4500.00 sebuah. Sebaliknya harga sebuah motosikal buatan Jepun yang mempunyai kuasa kuda yang sama melebihi RM5000.00. Hal ini bermakna bahawa dengan membeli barangan buatan tempatan, seseorang itu dapat menjimatkan perbelanjaan untuk memiliki barangan yang sama.

Selain harganya murah, kualiti barangan buatan tempatan setanding juga dengan kualiti barangan import, malah ada yang lebih baik mutunya sehingga menarik minat pelancong asing dan pelbagai pihak di luar negeri. Barangan daripada kulit, seperti kasut, beg, dompet, dan sebagainya mendapat tempat yang istimewa di hati para pelancong dan para pengimport luar negeri. Kasut Bata keluaran Malaysia, misalnya, pernah mengalahkan kasut buatan negara lain dalam suatu pertandingan kualiti

Page 27: teks pidato

kasut dalam satu pesta antarabangsa di ltali. Lebih daripada itu, Malaysia adalah antara pengeluar alat pendingin hawa yang terbaik di dunia dan diberikan pengiktirafan oleh banyak badan standard kualiti antarabangsa. Jika orang luar memandang tinggi terhadap barangan buatan tempatan, sepatutnya rakyat Malaysia lebih menghargai dan mengiktirafnya.

Dengan membeli barangan buatan tempatan, rakyat Malaysia dapat juga membantu perkembangan industri setempat. Sambutan yang diberikan terhadap sesuatu barangan tempatan akan memungkinkan syarikat tersebut meluaskan pasarannya sehingga ke luar negeri. Keadaan ini akan meningkatkan kemakmuran negara dan sekali gus akan meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia juga. Sambutan yang diberikan terhadap kereta Proton, misalnya, telah memungkinkan pengeluarnya memasarkan kenderaan tersebut hingga ke Britain, Filipina, Singapura, Brunei dan negara-negara lain.

Perkembangan industri tempatan akan menyediakan peluang pekerjaan yang lebih banyak kepada rakyat setempat. Apabila barangan buatan tempatan mendapat sambutan, maka pengeluaran atau produktivitnya tentulah meningkat. Industri akan bertambah maju dan secara tidak langsung keadaan ini akan mengurangkan kadar pengangguran yang dihadapi negara. Sedikit banyak perkembangan ini dapat mengurangkan masalah sosial yang berpunca daripada masalah pengangguran. Di samping itu, perkembangan yang sihat ini dapat juga membantu rakyat Malaysia menikmati pelbagai prasarana yang diperlukan.

Manfaat yang lebih penting daripada amalan membeli barangan buatan tempatan, khususnya dalam keadaan ekonomi yang muram sekarang, ialah tindakan itu dapat membantu negara mengurangkan kesan kegawatan ekonomi. Hal ini demikian kerana, amalan ini dapat menyekat pengaliran keluar mata wang tempatan dan mengurangkan import. Sebagai hasilnya, nilai ringgit dapat distabilkan daripada kedudukannya sekarang.

Dengan nilai ringgit yang rendah, harga barangan import sekarang secara relatif menjadi lebih mahal daripada harganya dahulu. Keadaan tersebut sudah tentulah meningkatkan perbelanjaan harian rakyat Malaysia. Untuk berdepan dengan situasi itu, alternatif yang terbaik yang sepatutnya diamalkan oleh rakyat Malaysia sejak dahulu lagi ialah memberikan sokongan terhadap barangan tempatan. Berikanlah kerjasama terhadap kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia yang dilancarkan oleh kerajaan bagi mengurangkan kesan kegawatan ekonomi yang melanda negara. Barangan buatan Malaysia kebanggaan kita bersama. (600 patah perkataan)

Page 28: teks pidato

Kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia

MENTALITI PENENTU KEJAYAAN KEMPEN BELILAH BARANGAN MALAYSIA

JUMAAT lalu, kerajaan melancarkan kempen Belilah Barangan Malaysia Pilihan Bijak, serentak di tiga lokasi berasingan seluruh negara untuk menggalakkan rakyat menggunakan barangan tempatan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melancarkannya di Mydin Mall USJ Subang Jaya.

Di Sarawak pula, pelancarannya disempurnakan oleh Ketua Menteri, Tan Sri Patinggi Abdul Taib Mahmud di Boullevard, Kuching, manakala di Sabah dilancarkan oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Joseph Pairin Kitingan di pusat beli-belah 1Borneo, Kota Kinabalu.

Pelancaran kempen terbaru itu, selepas kali pertama diadakan pada 1998, menandakan komitmen serta kesungguhan kerajaan untuk menggalakkan rakyat mengutamakan barangan tempatan.

Kempen itu dianggap bertepatan dalam suasana ekonomi global yang tidak menentu dan diramal bertambah gawat dalam tempoh mendatang ini.

Dengan membeli barangan tempatan, ia bukan saja menyekat aliran wang ke luar negara, tetapi lebih penting menggalakkan pembangunan industri atau perusahaan tempatan.

Rakyat negara ini mempunyai banyak pilihan produk tempatan. Daripada barangan elektronik, keperluan rumah dan perhiasan, sehinggalah kepada barangan keperluan harian seperti makanan.

Sebagai negara membangun, Malaysia sebenarnya telah banyak menghasil dan mengeluarkan pelbagai barangan serta produk sendiri.

Mungkin sudah tiba masanya bagi rakyat kita tidak lagi mengagungkan barangan luar. Sebabnya, barangan keluaran tempatan kini sudah setanding dengan produk luar dari segi kualitinya, malahan sesetengah produk keluaran negara kita dijamin lebih baik lagi.

Page 29: teks pidato

Dalam menghadapi cabaran globalisasi, kita perlu mengikis sikap ego yang sememangnya pun tidak menguntungkan.

Demikian juga sikap prejudis memandang rendah barangan tempatan, ia perlu dibuang jauh dari sudut pemikiran kita dan sebaliknya membina semangat “Malaysia Boleh” dari serba-serbi, termasuk soal kualiti dan standard barangan sendiri.

Sebut saja jenis produk, Malaysia mempunyai segala-galanya. Misalnya kereta, kita telah merintis lebih awal industri automotif, malahan kenderaan keluaran negara kita telah banyak yang menembusi pasaran luar negara.

Barangan elektronik seperti televisyen, peti sejuk, penghawa dingin dan kipas juga semakin banyak jenama buatan Malaysia membanjiri pasaran.

Ini tidak termasuk barangan berasaskan kain seperti pakaian, pelbagai jenis produk telah dihasilkan oleh pengusaha untuk menandingi produk luar negara.

Yang penting sebenarnya ialah perubahan dari segi mentaliti dan sikap orang kita sendiri, untuk beralih kepada barangan tempatan.

Selagi sikap dan mentaliti tidak diubah dan kita terus mengagungkan barangan luar, maka selagi itulah kita tidak dapat mengembangkan produk tempatan negara ini.

Kita perlu memulakan usaha, kita perlu mencuba dan mempraktikkannya sebagaimana yang disarankan oleh Perdana Menteri ketika melancarkan kempen berkenaan, Jumaat lalu.

Dalam ucapannya itu, Datuk Seri Abdullah mahu rakyat mengutamakan barangan buatan Malaysia serta mengikis sikap prejudis terhadap barangan tempatan.

Kenyataan Perdana Menteri itu seharusnya menginsafkan kita semua, kerana dengan mengutamakan barangan tempatan, ia membawa manfaat serampang dua mata kepada pelbagai pihak.

Pertama, ia akan mengelak aliran keluar wang negara ini. Kedua, ia menggalakkan pembangunan industri tempatan yang berkaitan untuk menghasilkan produk lebih berkualiti dan berdaya saing.

 

 

 

Page 30: teks pidato

 

Sumber: BERNAMA

Belilah Baranagn Buatan Malaysia

Selama ini kerajaan dan menteri hanya menggalakkan rakyat membeli barangan buatan Malaysia dalam usaha mengatasi kesan kejatuhan nilai ringgit di samping mengurangkan bahan import.

Bagaimanapun, katanya, rakyat dan pengguna tempatan tidak diberikan maklumat lengkap serta tidak tahu mana satu barangan buatan tempatan atau diimport bagi memudahkan mereka membuat pilihan.

"Berikutan itu, Fomca dengan kerjasama semua gabungan persatuan pengguna di seluruh negara sedang mengumpul senarai bahan itu untuk diedarkan kepada pengguna.

"Senarai itu diperolehi daripada pelbagai sumber termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Lembaga Pemasaran pertanian Persekutuan (Fama) dan syarikat terbabit," katanya di sini, hari ini.

Marimuthu berkata, Fomca sejak dulu lagi menggalakkan tiga amalan diberi perhatian dalam pergerakan penggunaan iaitu beli barangan buatan Malaysia, amalan menabung atau berjimat cermat serta tidak membeli secara sewa beli.

"Jika rakyat Malaysia mengutamakan barangan buatan tempatan, terutama makanan, kita dapat menjimatkan RM1.9 bilion setahun untuk mengimport bahan itu," katanya.

Berikutan itu, katanya, pengguna dan rakyat perlu diberikan maklumat mengenai barangan buatan Malaysia dalam usaha membantu kerajaan mengatasi masalah kejatuhan nilai ringgit sekarang.

"Langkah Fomca itu dapat membantu kerajaan menggalakkan rakyat membeli barang buatan tempatan, serta kurang bergantung kepada produk import," katanya.

Beliau juga berkata tabiat pembaziran dan berbelanja melebihi kemampuan pendapatan dikalangan rakyat negara ini yang turut menyimbang kepada penurunan ringgit disebabkan merek mudah memperolehi kemudahan kredit.

Berikutan itu, rakyat perlu mengubah tabiat berbelanja dengan mengamalkan tabiat berhemat dalam perbelanjaan seperti menabung untuk mengurangkan kesan hutang.

Page 31: teks pidato

sumber: www.smartgeneration.com.my

AMANAT TAHUN BARU 2009 Y.B. DATO' SHAHRIR BIN ABDUL SAMAD MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNATARIKH: 6 JANUARI 2009

Timbalan Ketua Setiausaha (Konsumerisma dan Pengurusan) Ketua-Ketua Bahagian, Ketua-Ketua Agensi, Pengarah-Pengarah Negeri dan seterusnya anggota Kementerian yang saya hormati sekalian.

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah izinNya, dapat kita berkumpul pada pagi ini. Hari ini merupakan hari keenam kita melangkah ke tahun baru 2009 dan menjadi tahun pertama saya meraikan tahun baru bersama warga Kementerian. Selamat Tahun Baru saya ucapkan dan berharap anda semua berada dalam penuh keazaman untuk menghadapi cabaran-cabaran yang bakal kita tempuh pada tahun ini dalam memikul amanah yang dipertanggungjawabkan sebagai penjawat awam untuk terus berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

Pendahuluan Y.B. Menteri berpendapat KPDNHEP telah dapat mendidik orang awam mengenai tugas-tugas serta peranan Kementerian dalam pembangunan negara. Hakikat ini dapat dilihat dari sokongan orangramai dan media terhadap usaha yang dijalankan oleh Kementerian. Y.B. Menteri mengucapkan terima kasih kepada warga Kementerian atas sokongan yang diberi kepada beliau.

Peranan Kementerian Peranan KPDNHEP perlu dikaji semula kerana tanggungjawab Kementerian bukan hanya penguatkuasaan sahaja. Kementerian ini wajar dianggap sebagai "Kementerian Ekonomi" yang mempunyai peranan yang penting dari segi sumbangan kepada sektor permintaan domestik yang menjadi semakin penting dalam ekonomi negara. Dengan bertambahnya kepentingan permintaan domestik dalam ekonomi negara, peranan KPDNHEP juga bertambah penting. Sehubungan ini, pegawai-pegawai KPDNHEP harus memberi lebih perhatian kepada peranan pembangunan ini di masa hadapan.

Pembangunan Minda Masyarakat KPDNHEP memainkan peranan penting dalam pembangunan minda dan pemikiran masyarakat yang merupakan perkara lebih sukar jika dibandingkan dengan pembangunan fizikal. Y.B. Menteri berpendapat kepentingan KPDNHEP tidak seharusnya diukur dari segi saiz bajet atau jumlah projek fizikal Kementerian. Peranan dan kepentingan KPDNHEP wajar diukur dari segi pembangunan minda dan pemikiran masyarakat juga. Dalam hal ini, kesedaran masyarakat terhadap kepentingan permintaan domestik dalam pembangunan ekonomi negara merupakan

Page 32: teks pidato

salah satu pencapaian yang penting bagi Kementerian. KPDNHEP juga boleh menyumbang kepada pendidikan. Y.B. Menteri berpendapat pendidikan mengenai konsumerisme harus dimulakan di peringkat sekolah. Tujuannya ialah untuk menyediakan genarasi akan datang untuk mudah hidup dalam masyarakat konsumer.

Sokongan Media Pihak media telah memberi sokongan kepada Kementerian dalam usaha-usaha menerajui isu konsumerisme.  Y.B. Menteri memaklumkan perhimpunan bahawa pihak media bersedia membantu Kementerian dalam usaha membangunkan konsumerisme dari segi mengadakan halaman khas untuk berita-berita konsumerisme. Ini menunjukkan tahap kejayaan yang telah dicapai oleh Kementerian dari segi memberi pendedahan kepada pihak media terhadap fungsi dan tanggungjawab Kementerian. Usaha untuk memberi pendedahan kepada pihak media dan juga orang ramai ini harus diteruskan.

Cabaran Tahun 2009 Pada tahun 2008, isu inflasi merupakan isu utama yang perlu ditangani oleh KPDNHEP. Bagi tahun 2009 pula, tekanan inflasi dijangka akan berkurangan. Namun ini tidak bermakna peranan KPDNHEP tidak penting lagi dalam tahun 2009. Di sebaliknya, KPDNHEP dijangka akan memikul tanggungjawab lebih berat dari segi membangunkan ekonomi domestik ekoran dari kemelesetan ekonomi yang sedang dialami oleh negara-negara maju. Malaysia tidak terkecuali dari kemelesetan tersebut. Untuk memastikan pertumbuhan ekonomi negara akan terus mapan, KPDNHEP perlu berusaha untuk mewujudkan suasana kondusif yang boleh merangsang pertumbuhan ekonomi negara.

Kempen Beli Barangan Malaysia Sebagai usaha untuk membantu merangsang ekonomi negara, KPDNHEP akan melancarkan Kempen Beli Barangan Malaysia pada 16 Januari 2009. Kempen ini akan dijalankan sepanjang tahun dengan promosi untuk semua jenis barang buatan Malaysia. Kempen ini perlu diperluaskan ke seluruh negara untuk memberi impak kepada sektor ekonomi. Justeru itu, Pejabat-Pejabat Negeri dan Cawangan-Cawangan KPDNHEP harus memainkan peranan masing-masing untuk menjayakan kempen tersebut.

Harga Barang Dan Kebajikan Rakyat Y.B. Menteri menyaran supaya pegawai-pegawai KPDNHEP memberi perhatian kepada kebajikan rakyat, terutamanya mereka di luar bandar, dan tidak berpegang kepada kepercayaan bahawa penentuan harga harus diserahkan kepada kuasa pasaran bebas sahaja. Dalam hal ini, infrastruktur serta sistem pengedaran mempunyai implikasi besar ke atas harga barang tempatan. Di kawasan bandar, dengan infrastruktur yang baik, skala ekonomi yang besar dan persaingan yang sengit, penduduk sentiasa dapat menikmati harga yang lebih munasabah. Tetapi penduduk-penduduk di luar bandar serta kawasan dalaman terpaksa menghadapi masalah harga yang tinggi kerana kekurangan infrastruktur dan sistem

Page 33: teks pidato

pengedaran  yang kurang efisien. Pegawai-pegawai KPDNHEP perlu memberi perhatian kepada perkara ini dan mencari jalan untuk menangani masalah ini. Isu ini akan juga menjadi salah satu tugas utama Kementerian dalam tahun 2009.

Dasar Mengenai Lesen Pemborong Kementerian perlu mengkaji semula dasar pelesenan pemborong untuk menentukan sama ada pemborong telah memainkan peranan demi manfaat orang ramai, terutamanya dari segi mengedarkan barang-barang perlu kepada penduduk-penduduk di kawasan luar bandar dan dalaman. Pihak pemborong wajar sedar bahawa mereka mempunyai tanggungjawab untuk memastikan perkhidmatan pengedaran mereka perlu disampaikan kepada penduduk ini.

Penyebaran Maklumat Y.B. Menteri menyaran supaya pegawai/kakitangan KPDNHEP memainkan peranan lebih giat dari segi menyebarkan maklumat mengenai peranan dan bantuan Kerajaan kepada rakyat. Masih ramai penduduk tidak sedar kemudahan dan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan untuk mereka yang miskin atau mereka sedang menghadapi masalah. Dengan maklumat secukupnya, ini akan dapat membantu mereka menanganai masalah yang dihadapi. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab kakitangan KPDNHEP untuk menyebarkan maklumat penting kepada orang ramai, termasuk fungsi dan peranan KPDNHEP.

Y.B. Menteri menyaran kepada warga KPDNHEP supaya terus bekerjasama dan berusaha untuk menyempurnakan tugas-tugas Kementerian bagi tahun 2009.

UCAPAN MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNATARIKH: 6 JANUARI 2009

Iktiraf ciptaan tempatan - Rakyat jangan sangsi barangan buatan Malaysia – PM

PUTRAJAYA 8 Okt. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta rakyat mengubah sikap dan mengiktiraf pencipta tempatan yang menghasilkan produk berteknologi tinggi, sekali gus membuang rasa sangsi terhadap keupayaan mereka.

Menurut Perdana Menteri, rakyat perlu memberi peluang dan galakan kepada anak- anak tempatan dengan cara membeli serta menggunakan produk ciptaan mereka yang setanding dengan produk import.

Sehubungan itu, beliau mahu institusi kerajaan, swasta dan rakyat mengutamakan produk berteknologi tinggi rekaan anak tempatan bagi membolehkan reka cipta tersebut berkembang maju dan lebih berkualiti.

Page 34: teks pidato

Abdullah berpendapat, rakyat Malaysia agak sangsi untuk menggunakan produk tempatan tetapi akan menggunakan barangan import tanpa ragu-ragu terhadap kualitinya.

‘‘ Kita bersikap pemaaf apabila barangan import yang kita beli ada kecacatan tetapi kurang memaafkan apabila melibatkan barangan buatan tempatan.

“ Mari kita ubah sikap kita dan bersedia untuk mengiktiraf keupayaan pencipta kita sendiri dan produk mereka,” katanya ketika berucap melancarkan IRIS Oxy-Hydrogen Mobile Incinerator, di sini hari ini.

Insinerator bergerak mesra alam yang dijanakan oleh gas oksigen dan hidrogen itu dibangunkan oleh syarikat tempatan, IRIS Corporation Bhd. dan merupakan teknologi pertama seumpamanya di Malaysia.

Insinerator itu merupakan insinerator generasi baru yang boleh melakukan pembakaran bebas toksik terhadap sisa pepejal dan cecair domestik.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Pengerusi IRIS Corporation Bhd., Tan Sri Razali Ismail dan Pengarah UrusannAya, Datuk Tan Say Jim.

Pada majlis tersebut, Abdullah turut menyaksikan upacara menandatangani perjanjian pembelian antara IRIS Corporation dan PTJ Technology Co. Ltd. of Thailand yang telah memesan satu unit insinerator bergerak itu.

Menurut Perdana Menteri, rakyat perlu menukar sikap mereka yang lebih suka membeli teknologi tinggi yang direka oleh negara lain seperti Jepun dan Korea dan percaya tentang kebaikannya.

Beliau berkata, ini kerana peralatan berkenaan sebenarnya boleh dibekalkan oleh rakyat Malaysia sendiri.

Bagaimanapun beliau sedar bahawa terdapat produk di negara ini yang masih belum mencapai tahap teknologi yang lebih tinggi berbanding produk luar negara.

‘‘ Kita belum sampai lagi (tahap itu) kerana ada alat canggih kita kurang sempurna. Tetapi apa yang boleh kita boleh buat dan yang penting bagi kita ialah institusi kerajaan dan swasta memberi ruang dan peluang untuk anak tempatan memperkenalkan teknologi mereka,” katanya.

Dengan cara itu, menurut Abdullah, syarikat tempatan akan menerima maklum balas daripada pengguna mengenai sebarang kekurangan dan kelemahan produk tersebut.

Page 35: teks pidato

‘‘ Setelah itu, produk tersebut akan ditambah baik dan diperelokkan supaya nanti alat itu bertambah canggih dan lebih tinggi kapasitinya.

‘‘ R&D tidak dapat berkembang jika hasilnya tidak diberi pengiktirafan dan kerelaan untuk mencuba pakai,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mahu semua pihak memberi galakan kepada pembangunan kemajuan sains dan teknologi terutama berhubung kait dengan pelbagai produk peralatan dan jentera yang dapat digunakan oleh rakyat negara ini.

‘‘ Kalau kita tidak sedia membeli atau mencuba pakai, maka penyelidikan dan pembangunan (R&D) anak tempatan tidak dapat berkembang dan mereka akan rasa kecewa serta tidak ada keyakinan,” katanya.

Mengenai insinerator bergerak mesra alam yang dibangunkan oleh IRIS Corporation itu, Perdana Menteri melahirkan rasa gembira kerana produk berteknologi tinggi itu dihasilkan oleh anak tempatan.

Beliau juga yakin produk tersebut mempunyai potensi untuk berkembang maju.

‘‘ Apa yang menggembirakan, sebelum kita beli Thailand sudah beli dulu,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

Isu semasa : Kempen Beli Barangan Buatan MalaysiaKempen beli produk Malaysia perlu sokongan menyeluruh

KEMPEN Beli Barangan Buatan Malaysia yang buat pertama kali dilancarkan pada 1984, kini dihidupkan kembali oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bertujuan meningkatkan permintaan domestik terhadap barangan buatan tempatan dan merangsang ekonomi negara. Untuk menjayakan kempen itu, masyarakat pengguna, penjual, pengilang dan media perlulah membantu kerajaan dengan bersungguh-sungguh agar kempen kali ini benar-benar membuahkan hasil yang diharapkan.

Pertama, pengguna perlu terlebih dulu mengubah sikap dan tanggapan terhadap barangan buatan tempatan. Kita tidak boleh menafikan masih ramai rakyat Malaysia terutama golongan pertengahan dan atasan yang lebih cenderung untuk membeli barangan import. Jika sikap sedemikian berterusan, kempen yang dijalankan kerajaan ini akan terbantut.

Dengan membeli barangan tempatan, kita bukan sekadar menyokong industri tempatan malah membantu melestarikan ekonomi negara. Membeli barangan tempatan sekurang-kurangnya mengurangkan

Page 36: teks pidato

pengaliran wang negara keluar. Membeli dan menggunakan barangan tempatan adalah tindakan awal yang perlu kita ambil untuk bersama-sama menyumbang kepada pengukuhan ekonomi negara.

Kedua, masyarakat peniaga juga perlu memainkan peranan untuk menjayakan Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia. Peniaga perlu membuktikan bahawa mereka juga memiliki semangat cintakan negara. Sebagai contoh, pasar raya boleh bertindak memperluaskan pemasaran produk tempatan, mengadakan rak yang khusus bagi memperagakan produk itu atau memberikan mata ganjaran setiap kali pembeli membeli barangan tempatan. Kesemua ini juga adalah sebahagian tanggungjawab sosial peniaga.

Ketiga, pengilang atau pengeluar juga tidak boleh lari daripada memainkan peranan mereka. Pengeluar perlu memberi tumpuan lebih serius terhadap kualiti produk, pembungkusan, penjenamaan, kos pengilangan dan pengedaran. Kesemua ini perlu bagi meyakinkan pengguna tempatan bahawa produk tempatan juga setaraf dengan produk import.

Keempat, pihak berkuasa tempatan (PBT) serta KPDNHEP negeri juga boleh menyemarakkan lagi Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia pada peringkat daerah dan negeri. Tindakan perlu diambil agar kempen dijalankan tidak hanya hangat di sekitar Lembah Klang semata-mata tetapi turut tersebar ke seluruh negara.

Antara yang boleh dibuat ialah dengan membantu pengedaran dan pemasaran produk tempatan dengan memperbanyakkan lagi tapak niaga sementara khususnya untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) atau peniaga kecil. Di samping itu, tindakan boleh diambil untuk memastikan kedai dan pasar raya di bandar masing-masing turut serta berkempen dengan bersungguh-sungguh, menggalakkan PKS menggunakan logo buatan Malaysia secara meluas untuk barangan mereka, memperbanyakkan lagi program untuk mendidik masyarakat pengguna memahami kepentingan mengutamakan produk tempatan dan mempromosi produk tempatan yang kurang dikenali tetapi berpotensi.

Akhir sekali, peranan dan pengaruh pihak media tidak boleh diperkecilkan. Media perlu melipatgandakan usaha untuk memberi kesedaran dan mendidik masyarakat untuk turut serta menyokong Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia.

Apabila kita membelanjakan wang kita dengan membeli produk tempatan, kita akan memastikan wang kita terus berada di Malaysia. Kita juga boleh memastikan wang kita tidak digunakan oleh syarikat-syarikat asing untuk bersekongkol dengan negara tertentu bagi mengebom sesebuah negara atau menyokong peperangan.

Page 37: teks pidato

DR SHAIFUL ANNUAR KHALID,UiTM Perlis.

Sumber: Berita Harian

Abdullah Minta Rakyat Utamakan Barangan Buatan Malaysia

SUBANG JAYA 16 Jan. — Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu rakyat mengutamakan barangan buatan Malaysia dan mengikis sikap prejudis terhadap barangan tempatan.

Beliau berkata, walaupun banyak barangan buatan Malaysia diterima baik di luar negara kerana ia bermutu tinggi tetapi di Malaysia sendiri masih ada yang tidak berminat dengan barangan tempatan sebaliknya memilih barangan luar negara.

“Cubalah...kalau kita tidak cuba kita tidak tahu. Apabila mencubanya kita akan lebih sayang dan akan menjadi pengguna yang setia,” katanya ketika melancarkan kempen belilah barangan Malaysia pilihan bijak di Mydin Mall USJ di sini hari ini.

Pelancaran kempen itu dilakukan serentak di 1 Borneo, Kota Kinabalu dan di Boulevard, Kuching. Pada majlis itu Abdullah turut melancarkan logo Beli Barangan Malaysia, yang baru. Kempen itu pertama kali dilancarkan pada tahun 1998.

Abdullah berkata pengilang dan pengusaha di negara ini mengeluarkan pelbagai jenis barangan seperti makanan, solekan, perhiasan, ubat-ubatan, kraftangan dan pakaian.

Sumber: Bernama

Aktifkan Kempen Belilah Barang Buatan Malaysia

KEMPEN Belilah Barang Buatan Malaysia dilancarkan pada 4 April 1984 oleh Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad dengan pelbagai tujuan termasuklah menjana ekonomi industri tempatan tidak kira industri berat, sederhana mahupun industri kecil.

Ketika krisis ekonomi melanda negara 1998, dalam program Bersama Perdana Menteri 14 Julai 1998, antara lain ketika beliau ditanya oleh Presiden FOMCA, Prof. Dr. Hamdan Adnan mengenai langkah yang dimainkan oleh kerajaan mendepani krisis tersebut,

Perdana Menteri menjelaskan bahawa pada tahun 1998 juga dilancarkan satu kempen yang bernama Kempen Ekspo Cintailah Malaysia di mana sebanyak 400 gerai barangan tempatan dipamerkan untuk tontonan orang ramai dengan harapan dapat memperkenal dan menarik minat orang ramai terhadap barangan tempatan.

Page 38: teks pidato

Kempen Belilah Barang Buatan Malaysia sebenarnya tidak mati begitu sahaja kerana pelbagai program dan aktiviti dilakukan untuk memberi kesinambungan terhadap kempen tersebut, cuma orang ramai yang seolah-olah lupa akan kempen tersebut kerana kempen itu digembar-gemburkan ketika adanya sambutan hari-hari tertentu seperti Hari Peladang dan juga ketika negara menghadapi krisis ekonomi seperti sekarang.

Tegasnya, ketika ekonomi pulih dan stabil, ramai antara kita yang tidak memandang atau memperlekeh barangan tempatan hinggalah mengalih perhatian terhadap barangan import. Oleh itu, dengan mudah pula kita membantu mengukuhkan ekonomi negara lain dengan cara membeli barangan buatan mereka tanpa memikirkan kesan di sebaliknya

Sewajarnya kempen Belilah Barang Buatan Malaysia diaktifkan semula supaya masyarakat kita menghargai barang-barang yang kita hasilkan apatah lagi ada antara barang-barang tersebut yang berkualiti dan mampu menembusi pasaran antarabangsa. Maka, apabila Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mahu melancarkan semula kempen ini seluruh negara 16 Januari ini.

Rasa-rasanya tindakan ini tepat pada masanya demi mengawal pengaliran keluar wang kita ke negara luar, kecuali barang-barang yang memang tidak cukup bagi keperluan domestik.

Sejak dulu lagi, kempen ini secara simboliknya mahu mendidik pengusaha di negara kita memberanikan diri, mengubah persepsi dan meningkatkan keupayaan meneroka bidang yang selama ini dikuasai oleh orang luar, terutamanya barang-barang berasaskan perkilangan.

Kempen ini juga sebenarnya memberi dorongan kepada pengusaha tempatan meningkatkan kualiti barang yang dihasilkan supaya setanding atau menyaingi barangan dari luar, diyakini oleh masyarakat tempatan agar terus menyokong industri tempatan.

Tidak dinafikan juga bahawa sokongan masyarakat negara kita terhadap barangan tempatan sangat penting untuk menentukan jatuh bangun industri dan juga barangan tempatan.

Contohnya, jika sesuatu barang yang kita keluarkan mendapat sambutan menggalakkan, bermakna kita menghidupkan industri tempatan manakala di pihak industri pula, mereka tentulah melipatgandakan usaha untuk mengekalkan industri mereka, melebarkan perniagaan dan menambah baik mutu barangan yang dikeluarkan dengan harapan dapat memuaskan hati pengguna.

Menyokong industri tempatan bermakna kita dapat menyumbang ke arah kemantapan ekonomi negara dalam pelbagai aspek termasuklah peluang pekerjaan yang dapat dinikmati oleh penduduk tempatan.

Page 39: teks pidato

Kadar pengangguran yang dapat kita kurangkan akan mengecilkan juga risiko jenayah dan segala macam budaya yang menghimpit remaja masa kini.

Namun, tidak semestinya kempen ini menolak seratus-peratus barangan dari luar. Masalah cita rasa, kuasa beli dan keinginan memenuhi keperluan yang memang tidak ada di negara kita memerlukan kita bergantung juga kepada barangan dari luar.

Apa-apa pun, kempen ini akan dapat membendung tabiat menggila penduduk negara kita terhadap barangan dari luar. Adalah malang bagi kita jika kita mendewa-dewakan barangan dari luar sedangkan barangan tersebut ada di negara kita. Diharapkan kempen ini dapat dijalankan secara berterusan kerana sudah menjadi tabiat masyarakat kita yang mudah lupa dan perlu pula digerakkan melalui kempen.

Cara-cara menggalakkan pengguna tempatan membeli barangan Malaysia

Ketika  menyambut hari Kemerdekaan yang ke-53, sebagai rakyat Malaysia kita berasa bangga kerana ibu pertiwi kita telah berjaya melepaskan diri daripada belenggu penjajah dan berjaya menempa nama di persada dunia.  Salah satu kejayaan tanah air kita ialah barang buatan Malaysia telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa. Kereta buatan Malaysia seperti Myvi dan Proton telah dijual di banyak negara, termasuk England, Australia dan lain-lain lagi. Ironinya, rakyat Malaysia masih ragu-ragu terhadap kualiti barangan Malaysia. Lantaran,  semua pihak yang terlibat patut mengaturkan strategi yang bersepadu untuk

Page 40: teks pidato

menggalakkan rakyat kita membeli barangan Malaysia supaya mata wang Malaysia tidak mengalir ke luar negara.

Sesungguhnya, pihak media massa memainkan peranan yang signifikan untuk menggalakkan anggota masyarakat kita supaya membeli barangan Malaysia. Kempen Beli Barangan Malaysia harus dijalankan atas kerjasama media massa dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Pelbagai iklan, dokumentari, rancangan, wawancara dan sebagainya harus disiarkan dalam siaran televisyen, radio, surat khabar dan majalah. Pihak berkenaan harus mengadakan pertandingan kuiz, melukis poster,  menulis esei, dan lagu patriotik bersempena dengan kempen tersebut. Kata orang tua-tua, “di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.”  Dengan propaganda daripada pihak media,   kempen tersebut dapat mencelikkan minda pengguna kita supaya mengetahui kualiti dan kelebihan barangan Malaysia sehingga berminat untuk membeli barangan Malaysia, seperti peribahasa, “ tak kenal maka tak cinta.”

Untuk menjamin kualiti barangan Malaysia dan memberikan jaminan tentang mutu barangan Malaysia, para pengusaha sama  ada kaum petani, pengusaha industri kecil dan sederhana serta usahawan korporat harus memperuntukkan sekurang-kurangnya 20% pendapatan mereka sebagai belanjaan untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D).  Pengusaha kita harus mengaplikasikan budaya R&D sebagai budaya perniagaan mereka.  Mereka harus berusaha meningkatkan mutu barangan hasil mereka sama ada bahan pertanian, penternakan atau buatan kilang sehingga mencapai kriteria ISO atau SIRIM.  Dengan ilmu sains dan teknologi yang canggih, barangan Malaysia bukan sahaja perlu bermutu malah harus terjamin dari segi kesihatan, keselamatan dan mesra alam. Selain kualiti,  para pengusaha harus sentiasa meneliti, mengkaji dan menyiasat cinta rasa trend semasa, keinginan pasaran serta pembungkusan yang unik.  Perniagaan yang tradisional tidak dapat bersaing dalam dunia perdagangan yang penuh dengan cabaran dan kompetitif.   Salah contoh yang nyata ialah setiap tahun, Syarikat Nokia dan Apple telah berbelanja  berpuluh-puluh bilion ringgit dalam penyiasatan dan pembangunan supaya produk mereka sentiasa di takuk mercu di pasaran dunia. Lantaran R&D  merupakan pendekatan yang ampuh untuk mengadaptasikan barangan Malaysia kepada pasaran tempatan dan dunia. Seperti pepatah Cina, “ketika menongkah arus, kita  tidak maju ke depan bermaksud kita telah mundur.”

Pada masa yang sama, pihak swasta harus bertindak proaktif untuk mempromosikan barangan Malaysia. Salah satu tindakan yang maslahat ialah mengadakan ekspo di seluruh negara. Pengeluar harus bergabung tenaga untuk memperkenalkan barangan mereka kepada para pengguna.  Ketika ekspo diadakan, jurujual atau jurucakap syarikat tersebut dapat memperkenalkan produk syarikat secara langsung kepada pengguna tentang keistimewaan dan keunikan produk mereka. Sebagai contohnya, ekspo kosmetik  dan makanan herba tempatan boleh diadakan untuk memperkenalkan barangan buatan Malaysia yang juga tidak kurang mutunya dengan bahan kosmetik atau makanan kesihatan luar negara, seperti ditanggung halal, menggunakan bahan semula jadi dan boleh digunakan tanpa waswas. Sehubungan dengan itu, ekspo buah-buahan tempatan, ekspo fesyen  pakaian tempat dan ekspo industri kecil dan sederhana juga patut diadakan dari semasa ke masa.   Hakikatnya, Jom Heboh yang dianjurkan oleh TV3  telah  berjaya mengadakan ekspo barangan Malaysia kepada pengguna dan berjaya mendapat sambutan yang hangat. Pengeluar kita harus bersikap komitmen bagai genggam bara api biarlah sampai jadi arang.  Keikhlasan dan kesungguhan mereka pasti dapat menarik perhatian pengguna kita untuk membeli produk Malaysia.

Page 41: teks pidato

Di samping itu, Karnival Membeli-belah Malaysia yang dianjurkan oleh Jabatan Pelancongan Malaysia dengan premis perniagaan seluruh negara juga dapat menggalakkan pelancong asing dan pengguna tempatan untuk membeli produk Malaysia. Pihak berkenaan harus menetapkan bahawa hanya barangan Malaysia yang akan ditawarkan potongan harga yang istimewa. Atas tajaan pengeluar kilang, premis perniagaan seperti gedung beli-belah, pasar raya besar terutamanya Giant, Jasco, Tesco, Mertojaya, Parkson dan sebagainya boleh mengadakan jualan megah atau jualan murah  tentang barangan Malaysia secara besar-besaran. Jika harga barangan Malaysia sangat menawan, para pengguna pasti tertarik hari untuk membelinya.  Para pelancong juga turut terpukau oleh potong harga yang istimewa. Di samping memajukan industri pelancongan, Karnival Membeli-belah Malaysia juga dapat melariskan barangan Malaysia. Hal ini bagai menyelam sambil minum air.

Sementelahan pula,  pihak sekolah perlu menerapkan semangat patriotik dalam kalangan pelajar sejak kecil lagi bagai melentur buluh biarlah dari rebungnya.  Hal ini terjadi demikian kerana semangat patriotik patut diterapkan ke dalam sanubari remaja kita supaya mereka terpanggil untuk membeli barangan Malaysia sebagai tanggungjawab mereka. Melalui mata pelajaran Bahasa Malaysia, Pendidikan Moral dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, nilai cinta akan negara boleh disuntik kepada generasi muda kita.  Kita patut mencontohi warganegara Jepun dan Korea kerana rakyat mereka berasa bangga untuk membeli barangan negara mereka sendiri. Misalnya, dalam filem atau drama Korea, semua artis pasti menggunakan produk negara sendiri seperti jenama Samsung, LG dan Hunydai.  Jika pelajar kita telah diterapkan semangat cinta akan negara dan ingin membeli barangan Malaysia, amalan ini akan terbawa-bawa hingga mereka dewasa.  Tidak dapat dinafikan bahawa golongan remaja merupakan golongan pengguna yang banyak berbelanja. Jika mereka suka membeli produk jenama Malaysia, produk Malaysia pasti akan laris di pasaran.

Natijahnya,  rakyat Malaysia patut menghayati tema Hari Kebangsaan:  1Malaysia Menjana Transformasi. Seisi negara patut seia sekata sebagai satu bangsa yang ingin memperkasakan satu perubahan sikap dengan membeli barangan Malaysia. Negara kita, tanggungjawab kita. Marilah kita berbangga terhadap barangan Malaysia yang bermutu tinggi.

Baca petikan di bawah dan tulis rumusan tentang faedah-faedah membeli barang-barang buatan tempatan dan cabaran yang dihadapi oleh barang-barang tempatan. Panjang rumusan anda hendaklah tidak lebih 120 patah perkataan.

Page 42: teks pidato

_____________________________________________

Pada tahun 1986, Malaysia telah berjaya mengeluarkan kereta nasional sendiri yang dinamakan Proton Saga. Sejak tarikh tersebut, promosi secara besar-besaran dilaksanakan bagi menggalakkan rakyat negara ini membeli dan menggunakan barangan tempatan bukan sahaja terhadap kereta nasional tersebut malah bagi semua hasil keluaran industri tempatan. Promosi pertama mengajak rakyat membeli dan menggunakan barangan tempatan ini telah berjaya meningkatkan pasaran bagi hasil keluaran industri di Malaysia sekali gus menjana ekonomi negara.

Membeli barangan tempatan dan menggunakannya bukanlah sesuatu yang harus dipandang aneh. Hal ini disebabkan mutu atau kualiti barangan tempatan adalah setanding dengan hasil keluaran yang dijual oleh negara-negara lain. Malah keluaran tempatan mampu diakui kualitinya kerana pembikinannya adalah berkonsepkan kemalaysiaan. Pada masa yang sama, pembelian barangan tempatan dapat mengurangkan pembelian barang-barang yang setara dari luar Negara. Sebagai contohnya, dengan membeli kereta nasional, negara kita dapat mengurangkan pembelian kereta import dari Jepun dan Amerika syarikat. Dengan cara itu, negara telah berjaya mengurangkan aliran wang negara kita daripada keluar ke negara lain. Hal ini sudah pasti mampu menambah nilai tambah hasil industri di Malaysia.

Pembelian barangan tempatan oleh rakyat sendiri juga mampu menggalakkan pertumbuhan kilang-kilang dalam sektor perindustrian negara. Hal ini dapat menjamin kemajuan industri secara berterusan. Dalam keadaan seperti ini, kilang-kilang yang dibuka akan dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dan sekali gus mampu mengurangkan kadar pengangguran di negara kita. Memandangkan jumlah penduduk Malaysia telah mencecah 27 juta orang pada tahun 2008, perkembangan industri adalah amat penting bagi menyediakan peluang pekerjaan terutamanya kepada golongan lepasan sekolah dan lepasan pusat pengajian tinggi.

Usaha yang dimulakan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir untuk mempromosikan barangan buatan tempatan perlu diteruskan bagi memantapkan kepercayaan rakyat agar barangan tempatan terus diguna pakai. Pembelian dan penggunaan barangan tempatan sepatutnya menjadi kebanggaan rakyat. Mereka juga akan lebih beruntung kerana dapat membeli barangan tempatan dengan harga yang lebih rendah berbanding dengan harga barangan import, sedangkan mutu serta kualitinya adalah sama. Justeru, bagi rakyat yang cinta akan negara, saranan kerajaan agar menggunakan barangan tempatan perlulah disambut baik.

JAWAPAN:

Petikan membincangkan kebaikan-kebaikan membeli barangan tempatan.

Membeli barangan tempatan dapat meningkatkan pasaran hasil keluaran industri di Malaysia sekali gus menjana ekonomi negara. Kualiti barangan tempatan juga adalah setanding dengan hasil keluaran yang diimport. Apabila kita membeli barangan tempatan kita dapat mengurangkan

Page 43: teks pidato

pembelian barangan import. Pada masa yang sama, tindakan itu dapat mengurangkan aliran wang keluar negara. Selain itu, membeli barangan tempatan dapat menggalakkan perkembangan industri tempatan. Pembeli juga beruntung kerana harga barangan tempatan lebih murah.

Sementara itu, cabaran bagi barangan tempatan termasuklah sikap rakyat yang gemar mengagung-agungkan barangan import. Barangan tempatan juga sukar menembusi pasaran antarabangsa.

Kesimpulannya, rakyat Malaysia perlu mengutamakan barangan tempatan agar pasaran barangan tersebut mampu menempuhi pasaran antarabangsa

KARANGAN BM KERTAS 2 - PMR

-Belilah Barangan Buatan Tempatan. Bincangkan

Intan Nor Azah Binti Md Razak

Page 44: teks pidato

3 Alpha

Sebagai negara yang maju dan membangun, Malaysia sebenarnya telah berjaya mengeluarkan pelbagai produk serta barangan sendiri atas hasil keringat usahawan-usahawan Malaysia. Sudah tiba masanya untuk rakyat Malaysia membuka mata tentang barangan buatan tempatan yang ada di Malaysia, yang kualitinya setanding dengan barang luar negara, malah kemungkinan besar lagi baik daripada produk luar negara. Dalam menghadapi cabaran globalisasi, kita perlu membuang sikap prejudis yang ada dalam pemikiran untuk memandang rendah terhadap barangan buatan tempatan, dan sebaliknya membina semangat “Malaysia Maju” dalam semua aspek termasuk soal kualiti dan standard barangan sendiri.

Produk Malaysia telah miniti dari bibir ke bibir tidak kira rakyat Malaysia atau luar negara. Sudah banyak produk Malaysia yang telah dihasilkan. Misalnya kereta, kita telah merintis lebih awal industri automotif, malahan kenderaan keluaran negara kita telah banyak yang menembusi pasaran luar negara.Barangan elektronik seperti kipas, penghawa dingin dan televisyen juga telah banyak membanjiri pasaran luar negara.Ini tidak termasuk barangan berasaskan kain seperti pakaian.

Terdapat pelbagai cara untuk menggalakkan pembelian barangan buatan Malaysia. Strategi yang utama ialah perubahan dari segi mentaliti dan sikap orang kita sendiri, untuk beralih kepada barangan tempatan. Selagi sikap dan mentaliti tidak diubah rakyat masih mengagungkan barangan luar negara, selagi itulah produk di negara kita dibarat ‘katak bawah tempurung’. Apabila kita mengutamakan barangan tempatan, ia membawa manfaat serampang dua mata kepada kebanyakan pihak. Pertama, menggalakkan pembangunan industri tempatan yang berkaitan untuk menghasilkan produk lebih berkualiti dan berdaya saing. Kedua, akan mengelak aliran keluar wang negara ini.

Pengguna tidak boleh disalahkan juga, kerana mereka tidak mendapat maklumat yang lebih mendalam untuk membezakan produk Malaysia dan produk import. Berikutan itu, Fomca dengan kerjasama semua gabungan persatuan pengguna di seluruh negara perlu mengumpul senarai bahan itu untuk diedarkan kepada pengguna. Senarai bahan itu boleh diedarkan melalui media massa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Lembaga Pemasaran pertanian Persekutuan (Fama) dan syarikat-syarikat yang berkenaan. Pengguna perlulah diberikan maklumat mengenai barang buatan tempatan bagi membantu usaha kerajaan untuk mengelakkan kejatuhan ringgit Malaysia.

Selain itu, mengadakan Kempen Beli Barangan Malaysia haruslah diadakan secara berterusan. Tujuannya adalah untuk memperkenalkan barangan buatan tempatan kepada seluruh rakyat bagi membantu negara dalam sektor ekonomi. Kempen ini harus dijalankan sepanjang tahun dengan mempromosikan semua jenis produk buatan tempatan. Kempen ini haruslah diperluaskan keseluruh negara, terutamanya negara yang maju. Justeru, semua agensi, sektor swasta dan NGO harus memainkan peranan masing-masing.

Pihak kerajaan dan agensi swasta perlu memberi keutamaan yang lebih kepada barangan buatan Malaysia seperti produk berteknologi tinggi hasil tangan pencipta tempatan dan terus membuang rasa sangsi terhadap produk tersebut. Rakyat harus memberi peluang bagi pencipta tempatan ini,

Page 45: teks pidato

dengan membeli barangan tersebut dan sekaligus akan menaikkan barangan buatan tempatan tersebut.Institusi kerajaan dan swasta juga haruslah memberi peluang kepada barangan pencipta tempatan untuk berada di pasaran bagi membolehkan reka cipta tersebut berkembang maju, lebih berkualiti dan menaikkan nama produk Malaysia di persada dunia.

Tuntasnya, persepsi rakyat dan pemimpin berlu diubah dari segi mentaliti. Tidak perlulah kita sebagai rakyat Malaysia untuk mendewa-dewakan barangan import, sedangkan sudah terang lagi bersuluh, di Malaysia sudah ada barangan tersebut. Amatlah diharapkan supaya kempen belilah barangan buatan Malaysia ini dapat dijalankan secara berterusan kerana sudah menjadi tabiat masyarakat kita yang mudah lupa dan perlu pula digerakkan melalui kempen. Jikalau bukan kita rakyat Malaysia untuk menjulangkan produk buatan tempatan, adakah kita akan maju dan membangun? Selain itu, siapa lagi yang akan menjulangkan produk buatan tempatan ini?

Karangan Cemerlang Bahagian A - Percubaan SPM Johor 2011

SOALAN:

Page 46: teks pidato

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kebaikan membeli barangan buatan tempatan. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Sejajar dengan landaan gelombang globalisasi dengan pelbagai corak, roda pembangunan telah bergerak pantas bagai lipas kudung di nusa tercinta ini sehingga mengalami anjakan paradigm ke arah menggapai hasrat sebagai negara maju. Namun, di sebalik kemajuan tanah tumpah darah ini, terdapat lakaran suram yang terpahat di negara kita iaitu rakyat jelata Malaysia sentiasa mengagung-agungkan barangan import sehingga dapat menafikan kualiti barangan buatan tempatan yang sebenarnya mampu bertanding dan bersaing dengan barangan import bak peribahasa duduk sama rendah, berdiri sama tinggi. Pada hemat saya, anak watan Malaysia seyogianya mengikis sikap buruk ini sebaliknya mengubah stigma supaya menyokong dan membeli barangan buatan tempatan. Hal ini kerana kita sebagai rakyat Malaysia akan menerima pelbagai kebaikan dan faedah bagai menyelam sambil minum air sekiranya kita membeli barangan buatan Malaysia. Persoalannya, apakah kemaslahatan dan faedah yang diundang dengan menyokong barangan buatan tempatan?

Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun bahawa kita dapat menjimatkan perbelanjaan keluarga dengan membeli barangan buatan Malaysia. Sebagaimana yang kita ketahui, barangan import lazimnya lebih mahal daripada barangan buatan tempatan sedangkan barangan buatan Malaysia turut mempunyai kualiti yang baik malahan lebih bermutu tinggi daripada barangan import. Sebagai contoh yang paling ketara, kasut buatan Malaysia yang berjenama Bata telah mendapat anugerah kasut paling berkualiti di persada antarabangsa semasa bertanding di pasaran kasut di Itali. Sememangnya, hal ini jelas memanifestasikan bahawa barangan buatan tempatan bukan sahaja lebih murah harganya tetapi mempunyai jaminan dari kualiti barangan, Secara tidak langsung, kita dapat menjulang nama negara Malaysia ke puncak jagat sekali gus meningkatkan imej negara. Di samping itu, dengan harga yang lebih murah, anggota masyarakat dapat menjimatkan kos dan perbelanjaan semasa membeli barangan buatan Malaysia.

Tidak ketinggalan juga, sesuatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah semangat patriotisme yang tinggi dapat disemai dalam sanubari masyarakat sekiranya sikap sering mengagung-aguungkan barangan buatan tempatan yang luhur ini dipupuk dalam kalangan anak watan Malaysia. Mengapakah dikatakan demikian? Pada zaman serba moden yang penuh dan sarat dengan ranjau, onak dan duri ini, rakyat Malaysia khususnya golongan remaja mempunyai semangat cinta akan negara yang tipis bak senipis kulit bawang lantaran itu mereka tidak mengambil berat tentang perkara dan isu semasa yang berkaitan dengan ibu pertiwi. Malahan terlalu banyak barangan import telah membanjiri pasaran tempatan saban tahun. Oleh hal yang demikian, dengan menggalakkan angkatan muda membeli barangan buatan tempatan sejak kecil lagi, tentulah mereka dapat menyedari bahawa sebenarnya “Malaysia Boleh” yang dilaungkan oleh Perdana Menteri kita bukanlah sesuatu yang sia-sia sahaja persis kata-kata mutiara “kalau masih rebung, mudah dipatahkan, kalau sudah betung, tidak terpatah lagi.” Tegasnya, semangat patriotisme yang kuat dan mendalam dapat dipupuk dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Page 47: teks pidato

Sesungguhnya, seperti yang dikatakan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad, “membeli barangan buatan tempatan merupakan teras kejayaan Malaysia menggapai lonjakan masa depan dalam bidang industri.” Kata-kata hikmat tersebut jelas menunjukkan bahawa sememangnya industri tempatan negara kita dapat berkembang maju dengan menggalakkan rakyat jelata membeli barangan buatan Malaysia. Walaupun pelbagai barangan import yang terkenal di seantero dunia telah membanjiri pasaran tempatan, namun produktiviti dan pengeluaran barangan tempatan yang bermutu tinggi juga tidak kurang daripadanya. Hal ini dapat merangsang perkembangan industri tempatan untuk bersaing dengan barangan import. Peningkatan dalam pembelian barangan buatan tempatan dapat membantu merancakkan industri tempatan secara tidak langsung. Deduksinya, kita dapat memajukan industri tempatan supaya dapat mencapai aspirasi negara menjadi negara industri.

Sebagai penghias penutup bicara, sudah terang lagi bersuluh bahawa membeli barangan buatan tempatan dapat mengundang pelbagai kemaslahatan dan kebaikan kepada seluruh strata masyarakat bak peribahasa “bagai serampang dua mata” dan “bagai makan menanak nasi.” Oleh hal yang demikian, segenap lapisan masyarakat mestilah berganding bahu dan berikhtiar bertungkus lumus untuk menyokong dan membeli barangan buatan Malaysia supaya dapat merealisasikan Wawasan 2020 yang telah diidam-idamkan selama ini. Wahai, anak watan Malaysia, sahutlah cabaran dan hadapilah dengan semangat habis kapak berganti beliung untuk menunaikan impian nusa tercinta ini ke arah cemerlang, gemilang dan terbilang! Malaysia Boleh!

[610 patah kata]

SUMBER : PANEL PERUNDING BAHASA MELAYU JPNJ

Posted by Zainafsiah at 4:11 PM

KEPENTINGAN MEMBELI BARANGAN BUATAN TEMPATAN

Isi-isi penting

1. menjimatkan perbelanjaan

Page 48: teks pidato

2. Industri tempatan semakin berkembang

3. Peluang pekerjaan dalam bidang industri tempatan semakin berkembang.

4. Imej negara dapat ditingkatkan

5. Pengaliran mata wang keluar negara dapat dikurangkan

Kempen 'Beli Barangan Malaysia' bertujuan menggalakkan rakyat membeli barangan tempatan. Rakyat perlu menyokong kempen tersebut. Kini, sudah tiba masanya rakyat mengubah sikap dan menerima barangan tempatan. Rakyat perlu menjadi pengguna yang bijak. Terdapat pelbagai kepentingan dalam menggunakan barangan tempatan.

Kita dapat menjimatkan perbelanjaan jika kita membeli barangan tempatan. Harga barangan tempatan lebih murah berbanding barangan import. Sebagai contoh harga motosikal buatan tempatan, iaitu Kriss lebih murah berbanding motosikal import. Oleh itu, dengan membeli barangan buatan tempatan, kita dapat menjimatkan perbelanjaan untuk membeli barangan lain. Dalam hal ini, kita dapat menabung untuk masa depan, bak kata peribahasa sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.

Industri tempatan semakin berkembang. Banyak industri desa muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Sebagai contoh, industri batik, kraf tangan, songket dan tembikar. Industri ini dapat membantu rakyat hidup selesa. Dengan cara itu, industri tempatan dapat terus berkembang maju.

Peluang pekerjaan dalam bidang industri tempatan semakin berkembang. Rakyat mendapat peluang pekerjaan dan pengangguran dapat dikurangkan. Masalah sosial dapat dikurangkan. Rakyat dapat menikmati hidup yang lebih selesa. Oleh itu, rakyat dapat membantu perkembangan industri tempatan.

Imej negara dapat ditingkatkan. Negara dapat mengeluarkan barangan yang bermutu. Mutu barangan buatan tempatan sama dengan mutu barangan import. Sebagai contoh barangan daripada kulit, seperti kasut, beg, dan dompet. Barangan ini menjadi buah tangan pelancong yang datang ke negara kita. Malaysia dikenali dalam kalangan pelancong kerana menghasilkan pelbagai barangan yang berkualiti.

Pengaliran mata wang keluar negara dapat dikurangkan. Wang tersebut dapat digunakan untuk membantu rakyat. Sebagai contoh, kerajaan dapat menyediakan pelbagai kemudahan kepada rakyat seperti jalan raya, kemudahan kesihatan dan pendidikan. Rakyat dapat hidup dengan lebih sejahtera. Oleh itu, ekonomi negara menjadi lebih stabil.

Kesimpulannya, industri barangan tempatan memberi banyak kebaikan kepada pelbagai pihak. Kita perlu bekerjasama untuk memajukan industri barangan tempatan. Kita bertanggungjawab untuk memastikan Malaysia duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju. Belilah barangan buatan Malaysia kerana barang buatan Malaysia kebanggaan kita bersama

Page 49: teks pidato

BANGSA BERILMU BANGSA BERJAYA

Minggu sudah PABM berakhir dengan sorakan gembira penyokong-penyokong pemidato negara

apabila saudara Amiruddin dinobatkan sebagai johan kategori nusantara sekaligus

Page 50: teks pidato

mempertahankan gelaran tersebut untuk kali yang ke empat berturut-turut. Gelaran johan

Antarabangsa pula diraih oleh pemidato dari Turki saudara Halil Ibrahim yang juga merupakan

penuntut dari Universiti Istanbul.Tahniah kepada kedua-duanya.

Menariknya tahun ini berbanding tahun-tahun sudah adalah kita dihidangkan dengan teks pidato

yang penuh dengan isi dan fakta.Kali ini pemidato-pemidato dari luar negara sudah kurang

mengagungkan lenggok dan persembahan tapi lebih kepada isi dan bahan untuk dipertontonkan.

Pada hemah saya, ini merupakan suatu perkembangan yang sangat positif dalam perkembangkan

seni orator negara. Tahniah buat semua.

Di bawah saya sisipkan bersama salah satu teks ucapan pemidato PABM yang mungkin boleh buat

kita sedar tentang keindahan bahasa, tentang orator itu bukan sekadar suara, ia seni yang indah

untuk diterokai semua.

BANGSA BERILMU BANGSA BERTAMADUN

Firman-firman Tuhan yang menggetar jiwa dalam kitab paling mulia, Santun bahasa Pali yang

menggubah Tripitaka bacaan setiap penganut Budha, atau helai-helai Veda yang dialun jadi lagu

oleh pengamal ajaran Hindu, juga baris Injil yang cekal dihayati pengikut ajaran triniti. Semuanya

membentuk sebuah dogma yang sama. Ilmu wajib diteroka. Seawal Adam dicipta, saat itulah

penerokaan ilmu bermula dan terbinalah tamadun manusia.Kerana itu percayalah,

BANGSA BERILMU BANGSA BERTAMADUN.

Dr. Sayyid Wahid Akhtar dalam rencananya, The Islamic Concept of Knowledge mendefinisikan

ilmu sebagai teori, praktikaliti dan proses pendidikan tanpa henti.

Tamadun atau civilization diambil dari perkataan latin ‘Civilis’ yang bererti warganegara yang

berpadu dalam kerangka politik, ekonomi, social dan organisasi agama bagi membina Negara maju

dari setiap penjuru.

Maka, ‘Bangsa Berilmu, Bangsa Bertamadun’ mendesak atau untuk merungkai dan menilai

kemampuan ilmu untuk membentuk individu, masyarakat dan negara.Ketiga-tiga entity inilah yang

akan menjadi kerangka pembawaan pidato saya.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Hari ini, usia bumi sudah menjangkau 4.54 juta tahun dan dari awal kewujudannya hingga kini,

seramai 106.5 billion umat manusia telah menjadi penghuninya. Manusia pertama Adam A.S,

dicipta bersama semangat ingin tahu, hingga manusia terakhir yang lahir pun pasti akan memiliki

semangat itu. Kita sedar,ilmu manusia Cuma setitis berbanding ilmu Tuhan yang selautan.Tetapi

kerana percaya,di sisi Tuhan apa yang lebih berat timbangannya adalah tinta para ulama’

berbanding darah para syuhada’,maka kita masih meneruskan penerokaan ilmu. Kewujudan ilmu

tidak pernah membeza-bezakan siapakah penuntutnya.Dari golongan raja dan pemimpin tertinggi,

Page 51: teks pidato

hinggalah kelompok marhaen atau hamba abdi,ilmu tersedia untuk sesiapa yang gigih

mencari.Nilai sebenar ilmu terletak pada bagaimana kita melihat dan memahami falsafahnya.

 

Saudara dan saudari, anda pasti tidak percaya, 40 kali, Ibnu Sina mengulang baca kitab Metafizika

karya Aristotle yang memiliki 14 buku dan 13 bahagian. Gaius Plinius Secundus menghabiskan 2/3

dari umurnya semata-mata untuk menuntut ilmu, dan Imam As-Syafie terpaksa menulis dengan

menggunakan pelepah kurma, tetapi Berjaya mengarang 174 kitab sepanjang riwayatnya. Saya

bukanlah manusia paling layak untuk mengajar anda apa itu ilmu yang sebenarnya tetapi itulah

gambaran gigihnya tokoh-tokoh terdahulu menuntut ilmu.Hari ini berbeza, kita begitu taksub pada

segulung ijazah kononnya itulah lambang orang berilmu dan berhikmah. Ramai yang mengaku

tahu membaca tetapi buta pada hurufnya, mengaku tahu mengira tetapi tidak mengenal angka,

mengaku tahu menulis, tapi pandangan dan ideanya muflis.Bagi kita, ilmu sekadar dicari untuk

diaplikasi bukan diteroka kerana kecintaan kita terhadapnya.

 

Hadirin dan hadirat sekalian

Selepas kita memahami kepentingan ilmu untuk setiap individu, maka kita perlu lebih memahami

kepentingan ilmu dalam setiap lapis masyarakat.

Kerana itulah, sejarah Rom Kuno mampu bermula di sebuah desa kecil di Itali tengah.Desa yang

sederhana ini tumbuh menjadi sebuah metropolis dan Berjaya menakluk seluruh Itali, selatan

Eropah, dan Timur Tengah.Tamadun Mesir, tamadun China atau Tamadun India yang amat

gemilang juga berkongsi rahsia yang sama. Hatta Cristopher Columbus takkan kenal benua

Amerika tanpa 120 orang pelaut, Vasco Dagama takkan menjumpai laluan ke India tanpa 170

orang pengikut, dan Laksamana Cheng Ho takkan menjadi penjelajah terkenal tanpa 27 000

pengikut yang tajam akal.

Bagi memastikan ilmu terserak dalam nadi setiap rakyat, Jepun tidak pernah malu menggunakan

system pendidikan Hanko dan Terakoya, tidak malu menulis dengan tulisan Kanji dan Katagana,

maka bangsa Malaysia juga seharusnya percaya bahawa kita juga mampu untuk membina

tamadun dengan mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Kerana itulah kerajaan

berkobar-kobar bagi memastikan tiada keciciran dalam pendidikan, akhirnya kadar buta huruf

dikurangkan sehingga 7.4 %. Bahkan saya, anda dan kita semua percaya, tamadun takkan terbina

andai ilmu tidak dikongsi dan dibangunkan di kalangan masyarakat.

 

Saudara dan saudari,

Page 52: teks pidato

Raja Phra Bat Somdet Phra PoraminTharamaha Chulalongkorn Phra Chunla Chom Klao Chao Yu Hua

Pikness Surasunggat, Alfred Russel Wallace dan Karamchand Mohandas Mahatma Gandhi percaya

hanya ilmu yang bisa membebaskan kita daripada belenggu penjajahan, penindasan, kesempitan,

kedaifan dan kemiskinan. Pemimpin-pemimpin ini sudah tiada lagi dan adakah ini bermakna pucuk

ilmu dan akar budaya juga sudah mati?

Maka hari ini kita bimbang, ramai yang menuduh bahasa kita bahasa kampong, bukan bahasa

ilmu. Bahasa kelas kedua dan kita malu menuturkannya.Lalu, yang dihina, yang ditertawa, yang

diperkosa dan yang dipijak itu apa? Bahasa ibunda kita..

Kerana buta pada makna ilmu, dari bahasa, cara berpakaian, cara berfikir, cara bertindak, kita

angkat, kita puja, kita agungkan budaya luar.

Akhirnya yang kita bunuh yang kita kapan dan yang kita kuburkan itu apa? Bangsa dan Negara

kita.

Maka bangunlah. Siapa pun anda, orang Aborigin Australia, org asli Malaysia, Cebuano di Filipina

dan Garifuna Garinagu di Amerika.

Ilmu tidak pernah membeza-bezakan siapa penuntut dan siapa penyebarnya. Hanya melalui ilmu

kita mampu mengesat air mata anak2 kosovo, menghentikan tangisan anak palestin, merawat

alam yang semakin sakit dan sengsara.dunia dalam kegelapan.maka benar lah kalam pencipta,

ilmu adalah cahaya.

Maka akhirnya saya  tinggal kan anda untuk kita merenung seketika. Benar membina sebuah

ketamadunan tidak sesingkat awan menjadi hujan, api menjadi abu dan pasir menjadi debu. Tetap

iadalah lebih benar asas tamadun adalah ilmu, ilmu dan ilmu.

Page 53: teks pidato

FAEDAH MENYERTAI KEGIATAN KOKURIKULUM.

Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti di luar bilik darjah. Terdapat banyak jenis kegiatan kokurikulum di sekolah. Kegiatan tersebut termasuklah aktiviti badan beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan. Semua pelajar digalakkan menyertai kegiatan kokurikulum. Ada banyak faedah kegiatan kokurikulum.

Salah satu faedah kegiatan kokurikulum ialah aktiviti itu dapat memenuhkan masa lapang. Mereka tiada masa untuk terlibat dengan gejala sosial. Mereka sentiasa sibuk dengan aktiviti di sekolah. Sebagai contoh, jika mereka aktif dalam bidang sukan, mereka akan berlatih setiap petang. Oleh itu, kegiatan kokurikulum dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah.

Selain itu, kegiatan kokurikulum juga dapat melatih pelajar menjadi pemimpin. Ada berbagai-bagai jawatan dalam persatuan. Sebagai contoh, jawatan pengerusi, setiausaha, bendahari, ahli jawatankuasa dan ahli biasa. Apabila pelajar memegang jawatan pengerusi, mereka akan belajar menjadi ketua. Ahli jawatankuasa juga belajar menguruskan aktiviti persatuan. Ahli biasa juga boleh belajar daripada kawan-kawan yang ada jawatan. Oleh hal yang demikian, dengan menyertai aktiviti kokurikulum, pelajar akan belajar menjadi pemimpin.

Di samping itu, dengan menyertai kegiatan kokurikulum juga kita dapat membentuk disiplin diri. Disiplin sangat penting untuk mencapai kejayaan. Pelajar yang tidak berdisiplin susah untuk berjaya. Sebagai contoh, apabila hendak menjalani latihan sukan atau bahas, kita mesti menepati masa. Jika terlewat, kita akan rugi. Hal ini kerana masa latihan itu sudah dibazirkan. Dengan menepati masa, kita sudah mematuh disiplin. Oleh itu, kita akan menjadi lebih berdisiplin apabila terlibat dengan kegiatan kokurikulum.

Tambahan pula, badan kita akan menjadi sihat apabila menyertai kegiatan kokurikulum. Kita boleh menjadi ahli kelab sukan seperti pasukan bola sepak dan pasukan bola tampar. Untuk menang dalam pertandingan yang disertai, kita akan menjalani latihan. Sekurang-kurangnya latihan itu dijalankan tiga kali seminggu. Dengan latihan itu kita akan menjadi cergas. Kita akan mengeluarkan peluh. Badan kita akan menjadi sihat dan kuat. Kita tidak akan mudah sakit.

Akhir sekali, kegiatan kokurikulum akan mengukuhkan lagi perpaduan. Setiap persatuan dan kelab ada banyak ahlinya. Ahli-ahlinya terdiri daripada pelbagai kaum. Ada yang berbangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain. Dalam aktiviti yang dijalankan, semua ahli akan berkumpul. Mereka boleh berbincang untuk bertukar-tukar pendapat. Dengan ini akan mengeratkan hubungan sesama mereka. Oleh itu, dengan kegiatan kokurikulum, perpaduan kaum dapat diwujudkan.

Page 54: teks pidato

Kesimpulannya, terdapat banyak faedah menyertai kegiatan kokurikulum. Pihak sekolah hendaklah mengadakan aktiviti yang menarik untuk menggalakkan pelajar menyertainya. Ibu bapa pula hendaklah menggalakkan anak-anak mereka terlibat dengan kegiatan kokurikulum. Oleh itu, kita dapat menghasilkan pelajar yang cemerlang.

(385 patah perkataan)

PERPADUAN TERAS KEAMANAN NEGARA

Page 55: teks pidato

Negara Malaysia adalah sebuah negara yang aman dan damai walau pun penduduknya berbilang kaum. Keamanan dan kedamaian ini dapat dikekalkan kerana toleransi antara kaum utama di negara kita iaitu Melayu, Cina dan India. Justeru itu, kita seharusnya bersyukur dengan keamanan dan keharmonian yang membolehkan kita duduk bersama serta berbincang tanpa ada rasa perbezaan antara satu sama lain. Persefahaman yang telah berjaya dicapai ini perlu dikekalkan supaya tiada perasaan curiga antara kaum kerana ia akan menjejaskan serta merosakkan semangat perpaduan yang telah terjalin sejak sekian lama.

Dipetik dan diubahsuai daripada : http://pmr.penerangan.gov.my

Berdasarkan petikan tersebut, buat kajian dan hasilkan sebuah rencana berkaitan dengan perpaduan kaum di Malaysia. Panjang rencana anda hendaklah tidak kurang daripada 300 patah perkataan. Tugasan anda hendaklah mengandungi aspek berikut:

Draf awal nak buat ..............

1. Tajuk rencana (contoh - Perpaduan kaum di Malaysia/ apa sahaja yang sesuai daripada petikan di atas dianggap betul contohnya Perpaduan Teras kejayaan negara , bersatu teguh bercerai roboh , perpaduan rakyat di negara ini, dll )

2. Nama penulis – Nama kita

3. Isi kandungan: bahagikan isi kandungan berdasarkan konstruk yang dikehendaki

(a) Pengenalan – menjelaskan tentang isu-isu perpaduan kaum secara umum ( cadangan )

         Dasar pecah dan perintah British         Sistem pendidikan zaman British         Pendudukan Jepun         Peristiwa 13 Mei         Isu agama dan budaya- trend terkini

(b) Kepentingan perpaduan kaum ( cadangan )

         mewujudkan masyarakat harmoni dan aman         memelihara kedaulatan Negara         mewujudkan perasaan cinta kepada Negara/ patriotisme         meningkatkan imej Negara di mata dunia         membangunkan ekonomi negara         mengekalkan kestabilan politik         membina masyarakat yang saling menghormati

(c) Faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum ( cadangan )

         Peristiwa 13 mei         Sistem pendidikan penjajah/ sekolah vernakular

Page 56: teks pidato

         Penubuhan parti politik         Isu perkauman ( bahasa , budaya , pendidikan , agama , kerakyatan          Dasar pebdidikan kebangsaan

(d) Cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum ( cadangan )

         kewujudan pelbagai aliran sekolah         parti politik berasaskan kaum         kesan dasar penjajahan british         Sikap individulistik dalam masyarakat         Penyalahgunaan media sosial – menimbulkan isu sensitif          Campurtangan kuasa luar

(e) langkah-langkah untuk mengekal dan memantapkan perpaduan kaum di Malaysia ( cadangan )

         Kempen kerajaan         Program RIMUP         Gotong royong         Rumah terbuka         Sambutan perayaan          Program sukan          Slogan I Malaysia         Aktiviti kokurikulum

(f) Membuat rumusan ( cadangan )

Pengetahuan          Keamanan dan kesejahteraan negara sentiasa terjamin         Berdasarkan peristiwa sejarah lama ( apa peristiwanya ) kita wajar ........         Memahami dan menghayati peristiwa sejarah negara

Iktibar         Bersatu padu , bertolak ansur, hormat menghormati antara sesama angota masyarakat

Harapan ( saya berharap agar )         Sentiasa mematuhi undang-undang/ peraturan         Tidak terpengaruh dengan anasir luar         Menghargai jasa tokoh

(g) Menyenaraikan sumber rujukan- buku/ internet/ akhbar/ majalah/

Contoh Rencana dan Sumber Rujukan Tugasan Sejarah PT3 2014 Assalamualaikum.

Page 57: teks pidato

kredit foto dari cpiasia.net

Sudahkah calon PT3 (Pentaksiran Tingkatan 3) menerima soalan tugasan mata pelajaran Sejarah? Jika belum boleh klik di sini: Tugasan PT3 Sejarah. Baiklah, jika calon sudah menerimanya, sudahkah calon membaca dan meneliti soalan tugasan tersebut? Kemudian, faham betul-betul soalan dan cara bagaimana PT3 dilaksanakan. Selepas itu, barulah bertindak dengan bimbingan guru.

Apabila saya membuat carian tentang tugasan PT3 Sejarah umpamanya, saya ada singgah di beberapa blog yang berkongsi tentang tugasan ini. Kebanyakan calon yang meninggalkan komen pada entri tersebut meluahkan bahawa mereka tidak faham. Ada juga yang menyatakan bahawa bentuk rencana itu bagaimana? Jadi, saya cuba jelaskan secara ringkas.

Pelaksanaan PT3 melalui Tugasan

Hanya mata pelajaran Sejarah dan Geografi sahaja yang diberikan tugasan dalam PT3. Tugasan Sejarah PT3: Rencana Perpaduan Kaum di Malaysia. Calon dikehendaki menulis sebuah rencana yang panjangnya 300 patah perkataan dalam waktu Pengajaran dan Pembelajaran di sekolah.

Biarpun pelaksanaan itu dilakukan dalam waktu PdP di sekolah untuk menulis rencana 300 patah perkataan, calon juga dikehendaki membuat perancangan seperti yang dinyatakan dalam Kerangka Pelaksanaan Tugasan. Hal ini penting kerana mengikut Rubrik Penskoran markah perancangan dan penyediaan awal bahan membawa markah sebanyak (30 markah) dan penulisan rencana 300 patah perkataan itu pula membawa markah sebanyak (70 markah).

Rujukan Tambahan:(a) Pengenalan – menjelaskan tentang isu-isu perpaduan kaum secara umum (b) Menghuraikan kepentingan perpaduan kaum (c) Menghuraikan faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum (d) Menghuraikan cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum

Page 58: teks pidato

(e) Mencadangkan langkah-langkah untuk mengekal dan memantapkan perpaduan kaum di Malaysia (f) Membuat rumusan(g) Menyenaraikan sumber rujukan

KBAT dalam Tugasan PT3

Sekiranya calon PT3 hendak tahu, tugasan menulis rencana ini adalah soalan berbentuk KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi). Sekiranya sebelum ini, calon hanya menjawab soalan objektif tetapi kini, calon perlu berfikir dahulu sebelum bertindak.

Tidak banyak bezanya menulis karangan atau pun rencana. Seharusnya, calon PT3 tidak mengalami masalah untuk melaksanakan tugasan ini. Sekiranya dalam penulisan karangan calon hanya perlu menulis isi, huraian dan nyatakan contoh, tetapi untuk menulis rencana calon PT3 perlu memasukkan isi, huraian, contoh dan sumber rujukan. Dalam bahan Tugasan Sejarah PT3 telah diberikan contoh menulis sumber rujukan.

Contoh dan Sumber Rujukan  

Saya tertarik dengan perkongsian Cikgu Razak dengan draf awal untuk menyiapkan tugasan ini. Oleh itu, saya salin untuk dikongsikan dengan calon PT3 semua.

1. Tajuk rencana (contoh - Perpaduan kaum di Malaysia/ apa sahaja yang sesuai daripada petikan di atas dianggap betul contohnya Perpaduan Teras kejayaan negara , bersatu teguh bercerai roboh , perpaduan rakyat di negara ini, dll )

Page 59: teks pidato

2. Nama penulis – Nama kita

3. Isi kandungan: bahagikan isi kandungan berdasarkan konstruk yang dikehendaki

Pengenalan - Isu-isu Perpaduan Kaum Secara Umum

(a) Pengenalan – menjelaskan tentang isu-isu perpaduan kaum secara umum ( cadangan )

· Dasar pecah dan perintah British

· Sistem pendidikan zaman British

· Pendudukan Jepun

· Peristiwa 13 Mei

· Isu agama dan budaya- trend terkini

Kepentingan Perpaduan Kaum di Malaysia

(b) Kepentingan perpaduan kaum ( cadangan )

· mewujudkan masyarakat harmoni dan aman

· memelihara kedaulatan Negara

· mewujudkan perasaan cinta kepada Negara/ patriotisme

· meningkatkan imej Negara di mata dunia

· membangunkan ekonomi negara

· mengekalkan kestabilan politik

· membina masyarakat yang saling menghormati

Faktor yang Menyumbang kepada Pengukuhan Perpaduan Kaum

(c) Faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum ( cadangan )

Page 60: teks pidato

· Peristiwa 13 mei

· Sistem pendidikan penjajah/ sekolah vernakular

· Penubuhan parti politik

· Isu perkauman ( bahasa , budaya , pendidikan , agama , kerakyatan

· Dasar pebdidikan kebangsaan

Cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum

(d) Cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum ( cadangan )

· kewujudan pelbagai aliran sekolah

· parti politik berasaskan kaum

· kesan dasar penjajahan british

· Sikap individulistik dalam masyarakat

· Penyalahgunaan media sosial – menimbulkan isu sensitif

· Campurtangan kuasa luar

Langkah-langkah untuk mengekalkan dan memantapkan perpaduan kaum di Malaysia

(e) langkah-langkah untuk mengekal dan memantapkan perpaduan kaum di Malaysia ( cadangan )

· Kempen kerajaan

· Program RIMUP

· Gotong royong

· Rumah terbuka

· Sambutan perayaan

· Program sukan

· Slogan I Malaysia

· Aktiviti kokurikulum

Page 61: teks pidato

Rumusan

(f) Membuat rumusan ( cadangan )

Pengetahuan

· Keamanan dan kesejahteraan negara sentiasa terjamin

· Berdasarkan peristiwa sejarah lama ( apa peristiwanya ) kita wajar ........

· Memahami dan menghayati peristiwa sejarah negara

Iktibar

· Bersatu padu , bertolak ansur, hormat menghormati antara sesama angota masyarakat

Harapan ( saya berharap agar )

· Sentiasa mematuhi undang-undang/ peraturan

· Tidak terpengaruh dengan anasir luar

· Menghargai jasa tokoh

Sumber Rujukan

(g) Menyenaraikan sumber rujukan- buku/ internet/ akhbar/ majalah/

Kredit Sumber: Tugasan PT3 Sejarah @ Cikgu Razak

Oleh itu, adalah diharapkan penerangan secara ringkas tentang tugasan Sejarah PT3 ini sedikit sebanyak dapat membantu calon. Calon PT3 juga boleh merujuk contoh dan sumber rujukan semasa proses penyediaan bahan dan penulisan rencana Perpaduan Kaum di Malaysia itu nanti. Semoga berjaya.

CONTOH KARANGAN TEMA PERPADUAN Oleh sebab perpaduan sangat penting, pelbagai langkah perlulah diambil untuk meningkatkan perpaduan di negara kita. Bincangkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengukuhkan perpaduan. Perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum perlu dipupuk dari semasa ke

Page 62: teks pidato

semasa. Usaha ini amat penting dilakukan untuk memastikan keamanan negara sentiasa terpelihara. Pernahkah terlintas dalam benak kita tentang apakah yang dimaksudkan dengan ‘perpaduan rakyat’? Mengikut definisi yang diberikan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, perpaduan rakyat dapat diertikan sebagai rakyat berganding bahu untuk melakukan sesuatu dan sentiasa menyelesaikan masalah secara musyawarah. Persoalannya ialah apakah langkah-langkah yang perlu dilaksanakan bagi memastikan perpaduan rakyat dapat dikekalkan dan ditingkatkan?

Satu daripada langkah yang perlu dilakukan ialah rakyat Malaysia haruslah mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi terutamanya nilai toleransi. Hal ini amat penting untuk mengelakkan berlakunya sebarang pertelingkahan atau perselisihan faham yang akan memecahbelahkan rakyat Malaysia. Menurut Tun Dr. Mohathir Mohamad, mantab Perdana Menteri Malaysia ke-4, kita haruslah mengetepikan emosi yang akan menyebabkan perpecahan. Oleh itu, rakyat Malaysia haruslah meneruskan kehidupan dalam suasana yang aman dan saling membantu atau bekerjasama serta mengikis sikap ‘bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing untuk memastikan perpaduan dalam kalangan rakyat terus berkekalan.

Selain itu, badan bukan kerajaan (NGO) juga memainkan peranan yang penting dengan mengadakan pelbagai kempen untuk meningkatkan perpaduan. Dalam hal ini, mereka hendaklah menganjurkan ceramah yang bertajuk seperti “ Perpaduan Teras Kejayaan”. Aktiviti sebegini haruslah diadakan secara berterusan dan bukannya setakat hangat-hangat tahi ayam sahaja. Hal ini amat penting kerana melalui aktiviti tersebut, rakyat Malaysia akan terdedah dengan kepentingan perpaduan. Persengketaan dan perpecahan yang berlaku seperti di kebanyakan negara di dunia disebabkan mereka tidak sedar akan kepentingan perpaduan. Puncanya ialah ketiadaan kempen yang dijalankan secara berterusan. Oleh hal yang demikian, sesebuah negara yang dahulunya mempunyai perpaduan yang erat dalam kalangan rakyat, kini, mereka hidup porak-peranda. Adakah kita mahu agar perkara sebegini berlaku di negara kita? Jawapannya tentulah tidak!

Pertubuhan seperti Rukun Tetangga pula seharusnya mengadakan aktiviti-aktiviti yang melibatkan pelbagai kaum. Melalui aktiviti tersebut, rakyat pelbagai kaum akan dapat saling memahami budaya kaum yang lain. Dengan ini, perpaduan rakyat dapat dikekalkan. Sebagai contohnya, mereka haendaklah menganjurkan aktiviti Majlis Rumah Terbuka sempena hari perayaan supaya dapat dihadiri oleh semua penduduk. Melalui aktiviti seperti ini, perkara sensitif yang melibatkan kaum tertentu dapat dielakkan dan rakyat pula tidak akan membangkitkan persoalan tersebut dan seterusnya mengelakkan berlakunya pertelingkahan mahupun pertelagahan yang tidak diingini. Mereka juga harus memahami bahawa ‘ bersatu teguh bercerai roboh’.

Pernahkan terlintas dalam fikiran kita bahawa ibu bapa juga memainkan peranan yang penting bagi memastikan perpaduan rakyat dapat dikekalkan? Ibu bapa merupakan orang yang terdekat dengan anak-anak. Oleh itu, sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa mendidik anak-anak mereka dengan nilai-nilai yang murni seperti toleransi. Berbalik pada zaman tradisi, asuhan dalam keluarga merupakan pendidikan yang paling ampuh bagi kanak-kanak mempelajari nilai-nilai murni daripada ibu bapa mereka. Oleh sebab itu, ibu bapa hendaklah menunjukkan teladan kepada anak-anak mereka agar anak-anak bergaul dengan kawan-kawan daripada pelbagai kaum dengan harmoni. Pepatah Melayu mengatakan bahawa bagaimana acuan begitulah kuihnya. Melalui cara ini, anak-anak akan menjaga sensitiviti kaum lain dan tidak akan menimbulkan masalah atau pergaduhan yang akan menyebabkan perpaduan tidak dapat dikekalkan.

Page 63: teks pidato

Sebagai konklusinya, semua pihak haruslah berganding bahu ibarat ke bukit sama-sama didaki, ke lurah sama-sama dituruni untuk memastikan perpaduan dalam kalangan rakyat dapat dikekalkan. Janganlah meranapkan impian Malaysia untuk mencapai wawasan 2020. Biar matahari terus bersinar, biar pepohon terus menghijau dan biarlah Malaysia terus gemilang. Ingatlah bahawa sekali sahaja perpaduan hancur, maka sukarlah untuk kita membinanya kerana telur sesanggkak, pecah sebiji pecah semuanya.

Karangan terkini - Kepentingan Perpaduan Kaum “Lagi serangan bom di Selatan Thai”“Empat maut ditembak tentera Hamas”“Mahasiswa Perancis melancarkan tunjuk perasaan”Saban hari kita disogohkan dengan berita-berita kekacauan yang berkait rapat dengan tipisnya perpaduan kaum di sesebuah negara. Malahan, sejak sedekad yang lalu, antara sedar atau tidak kita dihidangkan dengan angka kematian yang menggerunkan berikutan peperangan yang meletus hampir di setiap empat penjuru alam. Bermula dari perselisihan faham yang kecil berlakulah kejadian pembunuhan yang kemudiannya melahirkan lebih banyak perasaan dendam. Seterusnya, tercetuslah perang saudara. Begitu mudah manusia hilang kewarasan. Nyawa seakan-akan tiada nilai dan maut dijadikan permainan yang akan menjelma pada bila-bila masa.

Resmi dunia yang tidak dapat diterima akal ini berpunca daripada perpaduan yang goyah. Perpaduan adalah asas kemakmuran masyarakat dan negara. Bersatu teguh, bercerai roboh, peribahasa yang dicipta oleh nenek moyang kita ini seharusnya dihayati dan dijadikan iktibar. Kita tidak mahu peristiwa kejatuhan Melaka berulang. Jangan sampai pisang berbuah dua kali. Memang tidak boleh dinafikan merudumnya era kegemilangan Melaka yang menandakan bermulanya era penjajahan di Tanah Melayu berpunca daripada kelicikan penjajah mengambil kesempatan atas kebaikan pemimpin tempatan. Namun, sedarkah kita bahawa perpecahan dalam kalangan pembesar telah memberi ruang kepada anasir jahat ini untuk menular dan menjadi barah yang menusnahkan. Justeru, bagi melestarikan kemerdekaan yang dikecapi hasil perpaduan rakyat dan pemimpin ini, semua pihak harus mengikis sikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.

Raja diibaratkan seperti pokok, sementara rakyat adalah akarnya. Seandainya rakyat saling bertelagah mampukah pohon kerajaan itu tetap bertahan? Tepuk dada tanya selera. Perpaduan yang disemai akan mewujudkan negara bangsa yang bukan sahaja makmur malahan berdaya maju dan disegani. Dengan perpaduan yang jitu, usaha kerajaan meningkatkan taraf hidup rakyat dan membangunkan negara setaraf dengan negara maju yang lain akan menjadi mudah danbukanlah sesuatu yang mustahil.

Bukan itu sahaja, perpaduan akan membawa kepada perkambangan bidang pendidikan. Orang yang menguasai ilmu akan menguasai dunia kerana mata pena itu lebih tajam daripada mata pedang. Seandainya Malaysia mampu mencontohi Singapura yang memiliki sistem pendidikan yang terbaik di dunia, bermakna Malaysia juga akan mempunyai sistem ketenteraan secanggih Singapura. Berbekalkan kemajuan teknologi dan ketenteraan ini, keamanan dan kemakmuran negara tidak akan tergugat. Di samping itu, selari dengan taraf mentaliti rakyat Malaysia, bidang ekonomi akan turut berkembang. Malaysia kini merupakan negara pengguna dan dengan perpaduan, Malaysia mampu menjadi negara pengeluar. Kuasa ekonomi yang dipegang akan menjadikan Malaysia negara yang terbilang dan berkuasa. Namun, untuk mengecapinya bukanlah sesuatu yang mudah. Yang bulat tak

Page 64: teks pidato

akan datang bergolek , yang pipih tak akan datang melayang.

Kebersihan merupakan sebahagian daripada iman. Ironinya, Malaysia yang merupakan negarta Islam mempunyai taraf kebersihan yang rendah dan sangat mengecewakan. Hal ini kerana, sikap segelintir rakyat yang bersikap endah tak endah dan ambil mudah aspek kebersihan. Anjakan paradigma perlu dilakukan bagi memastikan kemakmuran Malaysia terjamin. Rakyat perlulah bersatu hati menjaga kebersihan kerana melalui kebersihan, kesihatan yang baik diperoleh. Tanpa rakyat yang sihat, mana mungkin sesebuah negara mengecapi kegemilangan. Kesihatan merupakan nikmat hidup yang paling besar dan tidak sewajarnya dipandang enteng. Janganlah kita sudah terantuk, baru terngadah.

Konklusinya, perpaduan adalah asas kemakmuran masyarakat dan negara. Perpaduan secara tidak langsung telah meningkatkan pelbagai aspek termasuklah pembangunan, pendidikan, ekonomi, sosial dan kesihatan. Justeru, setiap warganegara perlu mengekalkan perpaduan bagi mengelakkan kemakmuran yang dikecapi kini sirna begitu sahaja. Tanpa perpaduan yang utuh, musuh negara akan mengambil peluang untuk menggulingkan negara. Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Seruan Perdana Menteri Malaysia 'Satu Malaysia', Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan perlulah direalisasikan agar visi kudsi negara dapat direalisasikan.[455 patah]

PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA

KEPENTINGAN MEMUPUK PERPADUAN KAUM

Malaysia sebelum berdiri teguh sebagai negara membangun telah melalui pengalaman pahit. Bermula penjajahan Portugis, kemudian Inggeris, Belanda, Jepun, kemudian Inggeris lagi, pengalaman tersebut tidak mahu diulangi lagi. Teriakan keramat ‘Merdeka’ pada 31 Ogos 1957, tidak semudah dilalui dan memaknakan kemerdekaan tersebut. Perpaduan kaum amat penting untuk memastikan negara tidak diganggu gugat oleh negara asing. Kita tiada Dol Said untuk menentang kemaraan penjajah pada tahun 1826 di Naning, atau Rentap menentang kubu Raja Brooke di Nanga Skrang pada tahun 1983, Dato’ Maharajalela membunuh J.W.W Birch 1875 di Pasir Salak, atau Mat Salleh yang gagah mengetuai gerakan menentang Inggeris pada tahun 1884 hingga 1900 di Sabah. Yang kita ada ialah barisan pemimpin negara yang diketuai oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak. Tanpa kegagahan seperti tokoh silam, yang perlu hanyalah kita

Page 65: teks pidato

bersatu padu tanpa mengira kaum dan agama berlandaskan semangat Malaysia, bak kata peribahasa bersatu teguh, bercerai roboh.

Semangat nasionalisme ialah perasaan cinta akan negara dan perasaan ingin membebaskan tanah air daripada belenggu penjajahan. Oleh itu, perpaduan kaum telah dapat memupuk semangat nasionalisme yang mendalam kepada semua kaum di negeri ini tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit. Berdasarkan senario hari ini, rakyat Malaysia haruslah bertanggungjawab menerima segala adat resam dan budaya yang berlainan agama dengan fikiran yang terbuka agar dapat membendung penindasan seperti di negara-negara Thailand, Afrika dan Indonesia. Kata peribahasa, melentur buluh biarlah dari rebungnya perlulah dipraktikkan dalam membentuk dan menanam semangat ini kepada anak-anak sejak kecil lagi. Sebagai contoh, nyanyian lagu kebangsaan dan menghayati Rukun Negara di sekolah sebagai ikrar untuk mendisiplinkan diri. Maka dengan itu, mereka akan sedar tentang kepentingan bersatu padu dan hormat-menghormati. Oleh itu, kita perlulah berganding bahu dan bukannya bersifat berat tulang dalam membajai semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat terutamanya anak-anak yang masih berada di bangku sekolah.

Selain itu, semangat perpaduan juga telah dapat menarik pelancong asing untuk melawat negara kita. Dengan keunikan masyarakat majmuk yang hidup dalam keadaan harmoni, para pelancong akan tertarik untuk mempelajari budaya rakyat Malaysia. Hal ini demikian kerana, mereka akan lebih selamat dan selesa apabila berada di negara ini walaupun Malaysia turut tergugat dengan kemunculan wabak influenza H1N1 yang menjadi perbualan hangat negara-negara di dunia ini, namun industri pelancongan tetap maju dan berkembang dari tahun ke tahun kerana adanya perpaduan kaum. Timbalan Menteri Pelancongan ada menyatakan bahawa dengan adanya layanan mesra yang diberikan oleh rakyat Malaysia kepada pelancong asing, industri pelancongan akan terus mendapat tempat yang tertinggi walaupun agak berkurangan dengan masalah penularan wabak H1N1. Tidak dapat dinafikan bahawa, rakyat Malaysia dapat berinteraksi dengan baik antara satu sama lain walaupun berbeza agama dan bangsa. Sebagai contoh, di sekolah menengah, para pelajar yang terdiri dengan pelbagai kaum dapat belajar dalam satu sekolah yang sama. Seperti peribahasa Melayu ada menyatakan bahawa muafakat membawa berkat. Oleh itu, jelaslah perpaduan kaum bukan sahaja dapat memupuk semangat patriotik malah dapat menarik lebih ramai pelancong asing ke negara kita.

Seterusnya, sebagai rakyat Malaysia yang juga merupakan golongan majoriti di negara ini tidak terlepas daripada masalah pergaduhan dan penindasan yang pernah berlaku di negara kita. Pastinya sudah ada tertanam dalam pemikiran kita tentang rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969 yang berlaku di negara kita. Pada masa itu, semua pemimpin dan rakyat telah berusaha untuk menamatkan masalah tersebut. Lantasan itu, semua penduduk di negara ini harus mengamalkan konsep perpaduan kaum dan bukan bersikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing untuk mengelakkan perpecahan kaum. Bahkan dengan perpaduan kaum juga dapat menjamin keamanan negara. Hal ini demikian kerana, masyarakat yang bersatu padu dapat hidup berbaik-baik dan menghormati kaum lain sejajar dengan dasar luar Malaysia yang digubal selepas Perang Dunia Kedua, hal ini sekali gus dapat menjamin keamaan setempat. Peribahasa ada menyatakan bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Perealiasasian pepatah ini dapat dibuktikan melalui kerjasama yang erat antara kaum. Sebagai contoh, kaum Cina menghormati adat dan budaya kaum Melayu dan India. Memang tidak dapat dinafikan, walaupun negara sudah mengamalkan

Page 66: teks pidato

konsep perpaduan, masih ada lagi rusuhan-rusuhan kecil yang berlaku di negara ini seperti demontrasi jalanan yang berkaitan dengan Akta ISA. Maka jelaslah bukan sahaja perpaduan kaum menjadi kunci kepada keharmonian dan keamanan yang dinikmati oleh rakyat bahkan minda dan pemikiran juga haruslah diisi dengan nilai-nilai yang positif agar tidak berlaku permusuhan.

Dasawarsa ini, pendidikan menjadi tunjang kepada perpaduan negara. Tidak dapat dinafikan bahawa sekolah dan pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembinaan dan pembentukan warga negara dan rakyat yang bersatu padu. Sememangnya telah dicatatkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan bahawa ‘Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembang lagi pontensi individu secara menyeluruh dan bersatu padu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kapada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkemampuan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.’ Secara tidak langsung, dasar ini dapat melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan berintegrasi seperti yang dihasratkan dalam Rukun Negara melalui penggunaan dan penghayatan kurikulum yang bersepadu, penggunaan bahasa dan sistem peperiksaan yang sama serta penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dirancang dan dilaksanakan sepanjang sesi persekolahan pelajar. Izharlah bahawa perpaduan kaum penting dalam menjana masyarakat Malaysia yang mengutamakan semangat bersatu padu dalam memenuhi konsep 1Malaysia seperti yang dihasratkan oleh kerajaan.

Kurikulum yang dibina bukan sahaja bertujuan untuk memberikan ilmu pengetahuan dan maklumat berbentuk akademik sahaja, bahkan memupuk semangat perpaduan. Kurikulum ini berorientasiakan suasana Malaysia dan dilaksanakan melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mulai tahun 1983. Mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah serta Pendidikan Moral yang diperkenalkan dapat mengukuhkan pegangan agama, menanam sifat-sifat mulia seperti tolong-menolong, bekerjasama dan berfikiran optimis serta membentuk tingkah laku yang bersopan santun dan saling menghormati sesama manusia. Mahukah rakyat negara kita bersikap seperti kacang hantu? Yang hanya menambahkan lagi masalah di negara kita secara tidak langsung mencemarkan nama baik negara. Janganlah kita semua memandang enteng terhadap peranan pendidikan dalam mewujudkan semangat perpaduan kerana pendidikan merupakan benteng utama insan daripada ditipu oleh musuh-musuh negara yang berhajat untuk menghancurkan perpaduan kaum di negara kita. Mahukah perkara ini berlaku kepada kita dan generasi akan datang? Fikirkanlah, sesungguhnya melalui pendidikan sahaja yang dapat menjamin keutuhan perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Intihanya, sistem pendidikan memainkan peranan penting dalam pemupukan semangat perpaduan agar negara terpelihara daripada tipu helah pihak musuh.

Sehubungan dengan itu, perpaduan juga dapat meningkatkan imej negara, hasil daripada kerjasama antara semua kaum tanpa timbul sebarang permasalahan. Sebagai contoh, pada musim perayaan terutamanya, semua rakyat negara ini sudah pasti akan mengamalkan kunjung-mengunjungi, bermaaf-maafan dan berbual mesra antara satu sama lain. Bertitik tolak daripada ini, semangat perpaduan sedikit banyak dapat diwujudkan. Marilah kita bersama-sama menjadikan negara Malaysia berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara maju seperti Jepun,

Page 67: teks pidato

Amerika Syarikat dan Hong Kong, di samping ekonomi negara yang semakin meningkat dengan drastiknya. Tidak mahukah kita mengecapi kejayan tersebut? Mengapa semua rakyat Malaysia masa kini bersikap membutakan mata dan memekakkan telinga masing-masing dalam menyahut seruan kerajaan untuk membangunkan negara agar nama Malaysia gah di seantero dunia? Sudah pastinya terdapat jawapan bagi kesemua persoalan tersebut walaupun jawapannya berbeza-beza. Konklusinya, imej negara dapat ditingkatkan jika seluruh rakyat bekerjasama bagai aur dengan tebing dalam melaksanakan dan menjayakan rancangan kerajaan yang telah bertungkus lumus untuk menyediakan perancangan kerajaan yang efektif seterusnya membawa imej negara terkenal di seluruh dunia.

Jika semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni insya-Allah perkara ini akan dapat direalisasikan lebih awal daripada jangkaan kita. Usaha Perdana Menteri kita dengan memperkenalkan konsep 1Malaysia sememangnya berbaloi dalam mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia. Sudah terang lagikan bersuluh, terdapat banyak kepentingan dalam memupuk perpaduan kaum sama ada kepada masyarakat ataupun negara. Kita sememangnya tidak dapat menjangka apa-apa yang bakal berlaku pada masa hadapan kerana semua itu terletak pada kekuasaan Allah s.w.t. Oleh itu, kita perlulah sediakan payung sebelum hujan dalam mendepani masa depan yang menjanjikan cabaran di luar jangkaan agar kita tidak ditimpa malang seperti peribahasa Melayu, sudah terhantuk baru nak tengadah. Masyarakat sepatutnya mempraktikkan elemen bertolak ansur dan memperteguh kefahaman antara satu sama lain supaya dapat membina impian negara pada masa depan yang lebih gemilang. Intihanya, semua rakyat perlulah mempertahankan semangat perpaduan di negara kita demi negara yang tercinta dan dapat menyambut gamitan negara impian.

KEPENTINGAN PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA

                                  Satu Malaysia jadi pegangan,

                                 Rukun Negara teras panduan,

                                 Satu Malaysia benteng negara,

                                 Rakyat Malaysia taat setia.

            Serangkap lagu satu Malaysia di atas menunjukkan betapa pentingnya

perpaduan kaum diamalkan oleh rakyat Malaysia. Sudah terang lagi bersuluh,

slogan kata “Satu Malaysia’’ yang menjadi pegangan wazir negara kita, Dato’ Seri

Najib Abdul Razak merupakan satu langkah yang jelas bagi memantapkan

perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia. Hal ini demikian kerana, banyak

kepentingan yang boleh kita peroleh daripada amalan perpaduan kaum di Malaysia.

            Antara kepentingan perpaduan kaum di Malaysia ialah mewujudkan

masyarakat yang harmoni. Sebagai rakyat Malaysia, pasti kita sudah tidak asing lagi

Page 68: teks pidato

dengan wujudnya masyarakat berbilang kaum di negara kita seperti Cina, Melayu,

India, Kadazan dan sebagainya. Peribahasa “ rambut sama hitam, hati lain-lain”

jelas menunjukkan walaupun manusia mempunyai warna rambut yang sama tetapi

sukma dan keinginan manusia adalah berbeza. Dengan mewujudkan perpaduan

kaum dalam kalangan masyarakat, barulah masyarakat harmoni yang mempunyai

aspirasi yang sama dapat tercapai. Oleh hal yang demikian, sebagai rakyat Malaysia

yang prihatin, kita hendaklah mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat

Malaysia,seperti kata peribahasa, “ bulat air kerana pembetung, bulat manusia

kerana muafakat”.

            Industri  pelancongan merupakan salah satu industri yang menjadi

penyumbang terbesar kepada pendapatan negara. Kunci utama dalam menarik

kedatangan pelancongan ke Malaysia ialah dengan rakyat Malaysia mengamalkan

perpaduan kaum. Perpaduan kaum yang wujud dalam kalangan rakyat Malaysia

akan menarik minat pelancong dari luar negara untuk melihat sendiri amalan

perpaduan kaum yang menjadi pegangan setiap rakyat Malaysia. Hal ini secara

implicit dapat memperkenalkan keindahan Malaysia kepada masyarakat luar

seterusnya menaikkan nama negara. Oleh itu, wajarlah rakyat Malaysia

mengamalkan perpaduan kaum kerana selain dapat menarik kedatangan pelancong,

perpaduan juga mampu menaikkan nama negara, seperti kata peribahasa,” sambil

menyelam minum air”.

            Selain itu, dengan mengamalkan perpaduan kaum, kita juga dapat

memajukan ekonomi negara. Apabila perpaduan kaum diamalkan oleh rakyat

Malaysia, penindasan ekonomi tidak akan berlaku kerana setiap kaum akan

bersaing dengan adil tanpa sedikit pun perasaan hasad dengki dalam diri mereka.

Contohnya, persaingan yang berlaku dalam dunia perniagaan. Bukan itu sahaja,

apabila rakyat mengamalkan peribahasa, “ bersatu kita teguh, bercerai kita roboh,”

nescaya rakyat juga dapat bersama-sama memajukan ekonomi negara.

            Keamanan negara turut dapat dipertingkatkan apabila amalan perpaduan

kaum telah meresap ke dalam jiwa setiap rakyat Malaysia. Seperti yang kita ketahui,

tanpa perpaduan kaum, keamanan tidak dapat diwujudkan kerana rakyat akan

bergaduh sesama sendiri sehingga menghancurkan keamanan sesebuah negara

Page 69: teks pidato

yang telah dibina itu. Pertelingkahan yang berlaku antara rakyat hanya akan

menghasilkan suasana hidup yang porak-peranda. Oleh hal yang demikian,

benarlah perpaduan kaum itu penting untuk meningkatkan keamanan negara.

            Konklusinya, semua pihak harus berganding bahu dan tidak mengharapkan

pihak kerajaan semata-mata dalam mewujudkan perpaduan kaum. Janganlah kita

bersikap evasif mahupun “ bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-

masing” kerana perpaduan kaum itu hanya akan wujud apabila semua kaum

menjalankan obligasi masing-masing dengan sempurna dan bersikap bertolak

ansur.

Kepentingan Perpaduan 'Bagai aur dengan tebing' merupakan peribahasa yang amat sinonim dengan kehidupan masyarakat Malaysia. Walaupun penduduk Malaysia berbilang kaum namun semangat tolong-menolong sesama masyarakat amat penting untuk melaksanakan sesuatu perkara. Bertitik tolak daripada sikap saling menolong ini, akan lahirlah masyarakat yang bersatu padu. Perpaduan merupakan aset terpenting Malaysia kerana tanpa perpaduan, tidak mungkin keharmonian dapat dinikmati ibarat 'bersatu kita teguh, bercerai kita roboh'.

Kepentingan perpaduan ialah perpaduan dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka. Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, pelbagai ranjau berduri yang dilalui oleh generasi terdahulu untuk menuntut kemerdekaan. Hasil perpaduan masyarakat Tanah Melayu ketika itu yang berganding bahu menuntut kemerdekaan telah membuka mata pihak Inggeris supaya memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Implikasinya, masyarakat kini hidup harmoni tanpa gangguan dan kongkongan penjajah. Perpaduan yang telah wujud kini adalah warisan daripada warisan nenek moyang yang harus dikekalkan agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

Selain itu, perpaduan kaum juga dapat mengelakkan semangat assabiah iaitu semangat kekitaan yang hanya mementingkan diri sendiri ala 'enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing'. Semangat assabiah ini akan menimbulkan permusuhan antara kaum. Hasilnya, Malaysia dapat menjadi contoh terbaik kepada negara lain seperti negara Amerika Syarikat yang mengamalkan Dasar Aparteid. Dasar Aparteid ialah dasar yang mewujudkan jurang perbezaan antara golongan berkulit putih dengan golongan berkulit hitam. Akibatnya, wujudlah pelbagai masalah sosial yang melibatkan perkauman berdasarkan warna kulit. Sebagai iktibar, masayarakat Malaysia wajar mengekalkan perpaduan demi mengelakkan semangat assabiah terjadi di atas bumi Malaysia ini.

Page 70: teks pidato

Di samping itu, kepentingan perpaduan yang lain pula ialah perpaduan dapat membangunkan ekonomi negara. Perpaduan yang ditunjukkan oleh masyarakat Malaysia akan menarik minat pelancong asing untuk mengenali dengan lebih dekat lagi budaya masyarakat Malaysia yang berbeza kaum dan agama tetapi dapat hidup dengan harmoni di bawah satu bumbung. Selaras dengan itu, ekonomi negara akan berkembang dengan kemasukan palancong asing. Masyarakat Malaysia juga dapat berkongsi ilmu antara satu sama lain dalam membangunkan negara. Pelabur dari luar negara juga akan berminat untuk melabur di Malaysia. Rentetan itu, perpaduan kaum yang mampu meningkatkan taraf ekonomi negara akan menjadikan Malaysia berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara lain.

Konklusinya, pihak kerajaan perlulah mengadakan pelbagai program atau aktiviti yang dapat memupuk semangat perpaduan kaum. Masyarakat Malaysia juga perlu memainkan peranan dalam memupuk perpaduan kaum supaya negara kekal dalam kemerdekaan. Semoga 52 tahun kemerdekaan pada tahun ini akan meningkatkan kesepakatan masyarakat untuk menobatkan Malaysia agar gah dan popular di seluruh sarwajagat ini. Laungan 'Malaysia Boleh' perlu diteruskan agar semangat warganegara Malaysia ini digeruni oleh negara luar.

Konsep “1 Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan”, telah diperkenalkan oleh

Dato’ Sri Najib Bin Tun Abdul Razak setelah beliau secara sah dilantik sebagai Perdana Menteri

Malaysia yang ke-6 pada 3 April yang lalu. Pelbagai persepsi timbul daripada pengenalan konsep

ini yang dikatakan menyamai konsep “Malaysian Malaysia” yang diperkenalkan oleh parti

politik DAP pada tahun 1960-an. Namun hal ini hanya merujuk kepada ideologi politik yang

diperjuangkan oleh individu yang bernaung dibawah pengaruh parti politik tempatan. Sesuatu

yang seharusnya menjadi debat dan forum percambahan minda ialah kaedah dan pelaksanaan

yang boleh diguna pakai untuk menterjemahkan ideologi kepimpinan beliau dan sejauh manakah

pelaksanaannya mempengaruhi penerimaan masyarakat terhadap konsep baru ini. Oleh itu,

definisi konsep yang seharusnya merangkumi pelbagai sudut pandangan perlu diperjelaskan

untuk membolehkan penerimaan konsep ini dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat di

Malaysia.

Secara umumnya, Malaysia yang berlatarbelakangkan kepelbagaian kaum dalam satu

naungan kuasa raja berperlembagaan amat menitikberatkan semangat perpaduan dan patriotisme

yang tinggi dalam setiap diri masyarakatnya. Hal ini perlu dijaga dan sering diberi perhatian bagi

menjaga keamanan dan keselamatan negara. Oleh itu, konsep 1 Malaysia ini secara sosiologinya

bermaksud kewujudan satu bangsa yang besar yang digelar “Bangsa Malaysia” dan

menggantikan dasar perkauman yang hanya menjauhkan hubungan antara kaum di negara ini.

Page 71: teks pidato

Bangsa-bangsa di negara ini harus membentuk satu budaya penerimaan pelbagai aplikasi adat,

budaya dan peraturan yang dipraktikkan sesebuah kaum bagi meningkatkan kesefahaman dan

menjayakan gagasan ini. Sikap hormat-menghormati dan mesra antara kaum amat penting bagi

menzahirkan jati diri Bangsa Malaysia. Oleh itu, pemupukan nilai murni ini bolah dilaksanakan

di peringkat awal lagi khususnya dalam membina kehidupan berjiran di kawasan perumahan agar

gagasan 1 Malaysia dapat diterapkan dalam kalangan masyarakat.

Dalam aspek politik pula, gagasan ini perlu tulus dan mencakupi pelbagai fahaman politik

negara. Pihak pembangkang mahupun pihak kerajaan bukan sahaja perlu bersama dalam

menjayakan gagasan ini malahan perlu mengetepikan ideologi dan kepentingan politik mereka.

Hal ini kerana keperluan dan kepentingan rakyat menjadi keutamaan negara yang harus

didahulukan sebelum kepentingan politik mengambil tempat. Parti-parti politik yang

berpengaruh perlu bersifat glokal bagi mancari usaha ke arah pembangunan modal insan yang

jitu dan mapan serta mampu bersaing dengan arus permodenan dunia. Persaingan politik perlu

diketepikan dan pembentukkan sahsiah yang baik merupakan contoh yang berguna kepada

masyarakat. Sikap suka menjatuhkan pula amat bertentangan dengan gagasan 1 Malaysia yang

lebih bersifat menggalakkan dan mendukung usaha ke arah pembentukkan Bangsa Malaysia.

Peristiwa hitam 13 Mei 1969 seharusnya menjadi pedoman dalam setiap kamus kehidupan

pemimpin mahupun rakyat di negara ini agar langkah menjaga Bangsa Malaysia dapat

diperkukuhkan.

Seterusnya, aspek ekonomi pula lebih memperlihatkan penghapusan dasar “Pecah dan

Perintah” yang diperkenalkan oleh penjajah barat sebelum Tanah Melayu (Malaysia) mencapai

kemerdekaan. Meskipun sudah 52 tahun, Malaysia mencapai kemerdekaan, namun kesan

daripada dasar ini masih jelas kelihatan. Oleh itu, menerusi gagasan 1 Malaysia ini, sektor

ekonomi lebih tertumpu kepada kesamarataan penguasaan ekonomi masyarakat. Jika dahulu

kaum Melayu lebih tertumpu kepada bidang pertanian dan perikanan, kaum Cina memonopoli

bidang perniagaan dan perlombongan serta kaum India hanya tertumpu kepada bidang

perladangan dan estet, kini pelbagai kaum mampu menceburkan diri dalam bidang yang mereka

mampu bangunkan. Monopoli bangsa tertentu ini mampu dipecahkan menerusi dasar-dasar yang

dibentuk oleh ahli-ahli Dewan Parlimen menerusi kaedah perlembagaan negara. Dalam hal ini,

bantuan dan sokongan daripada kerajaan mampu memberi peluang dan suntikan semangat

kepada individu yang berusaha untuk menceburkan diri dalam bidang yang berpotensi untuk

dimajukan. Kesannya, ekonomi negara mampu diperkasakan oleh rakyatnya sendiri yang

membentuk gagasan 1 Malaysia.

Dalam pada itu, aspek pendidikan turut menjadi fokus utama pengenalan gagasan 1 Malaysia.

Institusi-institusi pendidikan di negara ini yang berlandaskan kurikulum yang telah ditetapkan

Dasar Pendidikan Negara perlu memperkenalkan dan menerapkan nilai-nilai 1 Malaysia dalam

diri dan mentaliti pelajar agar memahami kepentingan dan kewajaran gagasan ini diperkenalkan.

Secara definisinya, konsep 1 Malaysia dalam pendidikan merangkumi pembentukan sistem

pendidikan yang ideal dan sesuai untuk keseluruhan masyarakat amnya. Penghapusan dasar

pendidikan yang hanya berkepentingankan sesebuah bangsa dan menafikan hak golongan

tertentu merupakan matlamat 1 Malaysia dalam pendidikan. Persaingan yang sengit antara

pelajar hari ini dalam memperoleh peluang pendidikan yang lebih tinggi menuntut kerajaan dan

Badan Bukan Kerajaan (NGO) bertindak bijak dan saksama agar peluang yang diwujudkan tidak

Page 72: teks pidato

menindas mana-mana pihak atau bangsa tertentu. Selain itu, pembentukan satu jenis sekolah

sahaja yang menggunakan satu bahasa penghantar yang rasmi iaitu bahasa Melayu mampu

melahirkan bangsa Malaysia yang mantap dari segi perhubungan antara kaumnya. Justeru itu,

tindakan-tindakan seperti ini amat membantu dalam melahirkan golongan pemimpin yang

berfikiran kreatif dan berpandangan jauh untuk masa depan negara mereka yang tercinta.

Selain itu, aspek agama dan kepercayaaan setiap bangsa di Malaysia turut diambil kira dalam

usaha menjayakan gagasan 1 Malaysia. Hal ini kerana, agama dan kepercayaan merupakan

pengaruh terbesar dalam menghasilkan keputusan yang melibatkan pertimbangan yang dilakukan

oleh aspek lain. Oleh sebab itu, 1 Malaysia dalam soal agama dan kepercayaan merujuk kepada

sikap keterbukaan masyarakat dalam menerima dan menghormati prinsip dan amalan agama

sesebuah bangsa. Agama Islam, Buddha, Hindu dan Kristian merupakan agama yang menjadi

anutan sebahagian besar masyarakatnya. Justeru itu, sensitiviti agama dan perkauman perlu

dijaga dan tidak boleh dipermainkan bagi menimbulkan kemarahan dan ketegangan yang

seterusnya menidakkan kejayaan gagasan ini. Pengenalan konsep rumah terbuka dan kunjung-

mengunjung yang semakin diguna pakai semasa musim perayaan oleh masyarakat tempatan

merupakan salah satu kaedah bagi mempelajari sesuatu adat dan memahami sensitiviti sesuatu

kaum seterusnya memupuk sikap saling menghormati antara satu sama lain. Langkah muhibah

ini mampu memperjelaskan lagi secara rohaninya konsep 1 Malaysia.

Kesimpulannya, gagasan 1 Malaysia bukan sahaja satu harapan untuk generasi akan datang

sebaliknya langkah ke arah pembentukannya perlulah bermula daripada sekarang. Seruan

pemimpin negara, perlu disahut semua pihak dalam usaha menjayakannya. Perkongsian ideologi

dalam menjayakannya perlulah bersifat mantap dan pelaksanaannya perlulah secara bersepadu

bagi merealisasikan harapan beliau kepada negara. Kesannya bukan sahaja melibatkan negara

secara umumnya, malahan meliputi pelbagai lapisan masyarakat di negara ini. Oleh itu,

semangat 1 Malaysia perlu didukung semua pihak untuk memacu negara ke peringkat yang lebih

tinggi dan menyiapkan negara dalam mengharungi arus permodenan, pembangunan, persaingan

dan globalisasi dunia. Diharap gagasan ini akan mencapai matlamat dan halatuju seperti yang

telah ditetapkan.

WAJ 3106 Bagaimana Cara Mengekalkan Perpaduan Antara Kaum Di Malaysia

Cara yang bernas untuk mengekalkan perpaduan negara agar peristiwa berdarah 13 Mei

1969 tidak berulang lagi adalah dengan meningkatkan penghayatan Rukun Negara.

Selepas peristiwa tersebut bagi mengelakkan peristiwa tersebut berulang Tun Abdul Razak

Perdana Menteri yang kedua ketika itu telah memperkenalkan Rukun Negara. Pihak yang

bertanggungjawab merangka Rukun Negara ialah Majlis Perundingan Negara (MAPEN)

yang dipengerusikan Tun Abdul Razak yang selepas itu menjadi Perdana Menteri Malaysia

kedua. Dengan adanya Rukun Negara, masyarakat yang sedang berpecah-belah ketika itu

ekoran perselisihan kaum mampu bersatu-padu dan membina semula negara sehingga ke

tahap hari ini.  Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada

Page 73: teks pidato

31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei

1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara. Terdapat lima prinsip

dalam Rukun Negara tersebut. Kepercayaan Kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan

Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang serta Kesopanan dan

Kesusilaan. Cuba kita hayati apakah maksud sebenar yang terselit disebalik Rukun Negara

tersebut.

Pertama, prinsip Kepercayaan kepada Tuhan. Prinsip ini menggambarkan bahawa asas

kehidupan beragama merupakan prinsip penting kehidupan rakyat di negara kita. Sebarang

bentuk ideologi atau ajaran yang menolak kepercayaan kepada Tuhan (atheis) seperti

fahaman komunis tidak akan mendapat tempat di negara ini. Ini adalah kerana agama telah

menjadi unsur penting dalam membentuk rohani (spiritual) masyarakat kita.

Di dalam Perlembagaan Persekutuan sendiri menetapkan bahawa Islam adalah agama

rasmi Persekutuan dan kepercayaan atau agama-agama lain boleh diamalkan dengan

bebas. Prinsip Kepercayaan kepada Tuhan seharusnya dapat menerapkan kepercayaan

beragama secara positif yang boleh membangun “pemikiran luhur” dalam hubungan

pelbagai kaum serta dapat membina jati diri yang padu.

Setiap penganut  agama sewajarnya menjadikan  agama masing-masing sebagai asas

membina  keharmonian dan perpaduan, bukannya menggunakan agama sebagai alat

mencipta permusuhan. Justeru, semua kepercayaan agama di negara ini harus menolak

sebarang bentuk ekstremisme agama, sebaliknya mengamalkan fahaman kesederhanaan

yang dapat menyubur sikap persefahaman dan bertolak ansur atau saling bertoleransi.

Kedua, prinsip Kesetiaan kepada Raja dan Negara. Di negara kita, Raja dan Negara

mempunyai kaitan yang sangat rapat. Ini adalah kerana negara kita mengamalkan sistem

demokrasi berparlimen dan Raja berpelembagaan. Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan

dengan jelas menyebut bahawa Yang di-Pertuan Agong (YDPA) adalah  ketua negara.

Perkara 44 pula menyebut bahawa YDPA adalah sebahagian daripada komponen yang

membentuk Parlimen di negara ini.

Justeru, prinsip kesetiaan dan ketaatan kepada Raja dan Negara menjadi unsur dan ciri

penting dalam soal kewarganegaraan di negara ini. Setiap warganegara Malaysia perlu

Page 74: teks pidato

menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Yang Dipertuan Agong dan

negara. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja

yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia

kepada Yang di-Pertuan Agong. Penghayatan terhadap prinsip kedua mampu membentuk

satu bangsa Malaysia yang patriotik dan bersatu padu kerana Raja adalah “payung negara”

yang menaungi seluruh rakyat di negara ini. Justeru, institusi raja tidak boleh dicemari,

diperlekeh  atau dihina serta ia tidak wajar dipolitikkan sama sekali.

Ketiga, prinsip Keluhuran perlembagaan. Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai

Perlembagaan Persekutuan. Prinsip Keluhuran Perlembagaan bermaksud ketinggian dan

keagungan undang-undang atau perlembagaan itu sendiri. Keluhuran Perlembagaan

Malaysia terletak kepada kedudukannya sebagai undang-undang tertinggi yang menjadi

sumber dan punca kepada semua undang-undang  seperti yang disebut dalam Perkara 4(1)

Perlembagaan Persekutuan.

Perlembagaan menjadi asas penting untuk menjamin keadilan, kerjasama, kesepakatan dan

kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Setiap rakyat

mempunyai kedudukan atau taraf yang sama di sisi undang-undang. Justeru, perlembagaan

memberi jaminan terhadap hak asasi, kebebasan rakyat dan keadilan sosial untuk semua

kaum di negara. Badan yang dipertanggungjawabkan memelihara keluhuran dan ketinggian

perlembagaan ialah badan kehakiman. Badan ini berkuasa menentukan kesahihan sesuatu

undang-undang.

Keempat, prinsip Kedaulatan undang-undang. Setiap negara mempunyai undang-undang

untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, tenteram, stabil dan

makmur. Justeru, kedaulatan undang-undang menjadi elemen penting bagi memastikan

undang-undang berjalan dengan lancar. Kedaulatan undang-undang  bermaksud setiap

rakyat adalah sama tarafnya di sisi undang-undang negara tanpa sebarang driskiminasi

kaum, gender mahupun kedudukan (status sosial).

Oleh itu, keadilan merupakan elemen penting dalam menegakkan kedaulatan undang-

undang.Kuasa kedaulatan dalam konteks undang-undang adalah merujuk kepada autoriti

perundagan ynag paling tinggi iaitu Perlembagaan Negara. Badan untuk menegakkan

kedaulatan undang-undang pula dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan

berwibawa. Ini penting bagi menjamin kebebasan asasi semua warganegara Malaysia.

Page 75: teks pidato

Namun, kebebasan asasi tidak bermakna kita bebas melakukan apa sahaja sehingga

melanggar undang-undang dan Perlembagaan Negara. Misalnya, adalah menyalahi

undang-undang dan Perlembagaan Negera apabila ada pihak yang mahu  menggulingkan

kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut

Perlembagaan kerana ia bukan termasuk dalam pengertaian kebebasan dan hak asasi.

Didalam Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyebut bahawa undang-

undang menentang perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam

dan sebagainya.

Kelima, Kesopanan dan kesusilaan. Prinsip ini  mempunyai kaitan yang rapat dengan

perkembangan dan pembangunan  personaliti individu  yang seharusnya dibina sejak kecil

lagi. Prinsip ini juga berkait rapat dengan nilai-nilai moral dan akhlak masyarakat. Prinsip ini

mesti menjadi panduan seluruh masyarakat supaya perilaku masyarakat sentiasa

terpelihara dan berkembang sesuai dengan kemajuan dan pembangunan tamadun negara

yang berasaskan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.

Kehidupan yang bersusila dan bersopan santun amat penting dalam konteks perhubungan

etnik, terutama  dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Dalam konteks ini, setiap

warga negara sewajarnya tahu menghormati orang lain dengan mengawal  diri daripada

membangkitkan persoalan-persoalan sensitif kepada sesuatu kaum berkaitan

kewarganegaraannya, asal keturunannya, bahasa, kebudayaan serta kepercayaan dan

agam yang dianutinya.

Kerajaan amat prihatin untuk membentuk masyarakat yang  bersopan santun, berdisiplin

dan bermoral tinggi. Justeru, kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dianjurkan

kerajaan  adalah bertujuan  mewujudkan sebuah masyarakat yang memiliki sifa-sifat mulia,

beradab, bersopan santun, bertoleransi, saling memahami dan cintakan kedamaian. Ia selari

dengan prinsip kelima Rukun negara itu.

Kesimpulan, Rukun Negara harus dilihat sebagai ‘internal cohesion’ atau kuasa dalaman

yang dapat mengikat perpaduan dan semangat patriotisme di kalangan rakyat. Objektif dan

prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara itu masih releven untuk membentuk jati diri

dan keperibadian rakyat.Apa yang perlu ialah penghayatan terhadap Rukun Negara mesti

disemarakkan kembali melalui gagasan 1Malaysia sebagaimana yang disarankan oleh

kerajaan.

Page 76: teks pidato

Cara yang kedua, menghormati Perlembagaan Negara. Perlembagaan negara Malaysia

ini berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang berkuatkuasa 31 Ogos

1957, dan digubal oleh Suruhanjaya Reid. Antara lain ia menyebut tentang pembentukan

kerajaan pusat yang kuat dan berkuasa ke atas negeri-negeri, kedudukan raja-raja Melayu,

memilih dan melantik Yang di-Pertuan Agong daripada kalangan Raja-Raja Melayu,

kedudukan istimewa orang Melayu, wujudkan satu rupa bangsa, menjadikan Bahasa Melayu

sebagai Bahasa Kebangsaan, dan lain-lain.

Antara aspek-aspek utama dalam Perlembagaan Negara Malaysia yang dirangkumi oleh

prinsip ketiga ini adalah berkaitan dengan kedudukan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan

Agong dan Raja-Raja Melayu, dan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi

Persekutuan. Sementara itu Hak-hak Keistimewaan Orang Melayu di Semenanjung dan Hak

Keistimewaan Bumiputera di Sabah dan Sarawak juga terkandung di dalam Perlembagaan

Negara Malaysia.

Walau bagaimanapun, hak-hak yang adil bagi kaum bukan Bumiputera tetap juga diberikan.

Antaranya, pemberian taraf kewarganegaraan Malaysia kepada mereka yang layak,

sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara itu sendiri. Walaupun bahasa

Melayu dijadikan bahasa rasmi, namun perkembangan bahasa-bahasa lain adalah tidak

dihalang, atau disekat. Malah bahasa Inggeris sendiri dijadikan bahasa kedua Malaysia.

Begitu juga halnya dengan agama Islam, walaupun secara rasminya telah menjadi agama

utama, namun orang bukan Islam juga bebas untuk menganuti dan mengamalkan agama

mereka, mengikut kepercayaan agama masing-masing. Manakala hak asasi rakyat juga

dijamin dan dilindungi oleh Perlembagaan Negara Malaysia ini. Pendeknya, tiada sesiapa

pun, atau mana-mana pihak yang boleh menggangu-gugat hak asasi rakyat di negara ini.

Sebagai undang-undang yang tertinggi sifatnya, maka Perlembagaan Negara Malaysia

mestilah dihormati, dijunjung tinggi, dan dimuliakan. Sesungguhnya, kalau Keluhuran

Perlembagaan negara Malaysia ini tercemar, bererti satu penghinaan kepada bangsa dan

negara sudah berlaku. Justeru itu, kestabilan negara juga akan tergugat sekiranya rakyat

tidak menerima dan menghormati keluruhan Perlembagaan Negara Malaysia ini.

Apa yang lebih mendukacitakan kita lagi andainya terdapat sebilangan rakyat negara ini

yang terus mempersoalkan dan mengkritik Perlembagaan Negara Malaysia ini tanpa

mengetahui langsung asal-usul dan sejarah penggubalannya. Justeru itu, menyanjung,

menjunjung tinggi, dan mendaulat serta mempertahankan Perlembagaan Negara Malaysia

Page 77: teks pidato

adalah satu tanggungjawab yang mulia dan terpuji bagi setiap warganegara Malaysia, tidak

kira bangsa, keturunan, agama, dan kebudayaannya.

Kestabilan negara menjadi pedoman kepada seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum,

ke arah pembentukan perpaduan nasional. Ketiga-tiga prinsip ini jelas kelihatan bertujuan

supaya rakyat Malaysia bersatu-padu di bawah satu negara yang mempunyai perpaduan

kukuh, sehingga sukar diganggu-gugat oleh apa juga anasir negatif yang cuba memecah-

belahkan kita.

Sesungguhnya, apabila wujudnya perpaduan nasional, maka barulah terjamin kesejahteraan

masyarakat majmuk, dan seterusnya akan melahirkan pula sebuah negara dan bangsa

Malaysia yang bersatu, demokratik, adil, liberal, dan saintifik tanpa mengira keturunan dan

kepercayaan. Pendeknya, jelas sekali prinsip ini merupakan kunci kepada masyarakat

pelbagai kaum di Malaysia ini, demi untuk memelihara serta mengekalkan keharmonian dan

perpaduan kaum bagi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara Malaysia itu sendiri.

Cara yang ketiga jangan membangkitkan isu sensitif kaum lain. Malaysia adalah Negara

yang berdaulat dan mempunyai masyarakat yang majmuk. Jadi sebagai masyarakat yang

harmoni, tidak salah jika menghormati antara satu sama lain. Jangan sesekali kita

membangkitkan isu sensitif sesuatu kaum. Sebagai contoh, masayarakat India tidak suka

dipanggil keling ataupun paria. Perkara tersebut akan membangkitkan kemarahan mereka.

Paria merujuk kepada kasta terbawah dalam masyarakat India.

Isu-isu perkauman bermaksud isu-isu yang melibatkan hubungan antara kaum dalam aspek

penggunaan bahasa, dimensi agama, tingkah laku sosial, perlakuan fizikal, sektor

pekerjaan, perbuatan buli, penulisan dan literatur, rasisme dan seumpamanya.

Dalam konteks Malaysia, isu-isu sensitif pula membawa erti isu-isu yang melibatkan

perkara-perkara yang sensitif dalam Malaysia berkaitan dengan hak-hak keistimewaan

Melayu, status Bumiputera, kontrak sosial, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,

sistem kuota dan perkara-perkara stereotype.

Isu-isu ini tidak boleh dibahaskan, didebatkan atau dibincangkan secara terbuka kerana ia

akan membawa kepada api permusuhan hasil daripada perasaan kurang senang dan tidak

berpuas hati. Isu-isu sensitif ibarat api dalam sekam yang menyala dalam diam-diam hingga

boleh membawa kepada kebakaran. Ini juga adalah salah satu sebab yang bakal membawa

kepada insiden konflik atau pergaduhan antara kaum. Isu-isu perkauman dan isu-isu sensitif

juga melibatkan perlakuan memperlekehkan dan merendah-rendahkan kaum lain serta

Page 78: teks pidato

mempertikaikan hak orang lain. Termasuk juga dalam ruang lingkup tafsiran isu perkauman

dan isu sensitif ialah ucapan, perbuatan, perkataan, penerbitan atau sebarang cara yang

boleh ditafsirkan sebagai kecenderungan menghasut (Akta Hasutan 1948).

Akta Hasutan telah menggariskan perkara-perkara yang menyentuh sensitiviti kaum di

negara ini. Kecenderungan menghasut mencakupi perlakuan ataupun kecenderungan

melakukan sesuatu yang membawa kebencian, penghinaan atau ketidaksetiaan kepada

Raja atau kerajaan, membangkitkan perasaan rakyat untuk mendapatkan perubahan

kerajaan yang memerintah dengan cara yang tidak sah, menimbulkan perasaan tidak puas

hati di kalangan rakyat, menyebarluaskan perasaan dan niat jahat serta konflik antara kaum,

mempersoalkan dalam apa jua bentuk atau sebarang perkara berkaitan Perkara 152, 153

dan 181 Perlembagaan Persekutuan (Akta Hasutan 1948).

Isu-isu perkauman dan isu-isu sensitif boleh menggugat perpaduan dan kesepakatan antara

kaum, mewujudkan huru-hara dan ancaman ketenteraman awam, mencetuskan konflik dan

perselisihan kaum dan konflik antara agama, mewujudkan suasana prejudis, prasangka, dan

hubungan tidak baik antara kaum, menghilangkan semangat toleransi, menimbulkan

suasana tidak aman serta mengurangkan persefahaman bangsa berbilang kaum. Kesemua

elemen-elemen negatif ini akan mengganggu-gugat keharmonian hubungan antara kaum

sehingga menjejaskan perpaduan, menghilangkan kesedaran tentang kepentingan

hubungan antara kaum, merencatkan keselesaan rakyat pelbagai kaum agar dapat hidup

dengan harmoni dan mengusutkan hubungan interaksi antara agama dan budaya.

Contoh yang ketara ialah ketika kempen Pilihanraya Umum  1969.

Semasa kempen tersebut, parti-parti politik pembangkang yang bertanding telah memainkan

isu-isu yang sensitif seperti kedudukan dan hak keistimewaan orang Melayu, soal bahasa

dan kerakyatan untuk memancing undi daripada orang ramai. Ini telah menimbulkan

pelbagai rasa tidak puas hati di kalangan orang-orang Melayu. Insiden ini disusuli dengan

perarakan sempena kejayaan pembangkang (DAP dan GERAKAN) yang memenangi kerusi

yang agak banyak dan berjaya menafikan majoriti dua per tiga Parti Perikatan. Orang-orang

Melayu pula telah mengadakan perhimpunan susulan. Keadaan menjadi tidak terkawal dan

akhirnya tercetuslah peristiwa hitam 13 Mei 1969.

Bukan itu sahaja, parti tersebut membangkitkan kemarahan orang melayu dengan

membawa penyau sebagai lambang untuk mengusir orang melayu keluar dari Tanah

Melayu. Bagi orang melayu penyapu merupakan tanda sial bagi mereka. Jadi perkara ini

juga mendorong menaikkan kemarahan orang melayu ketika itu.

Page 79: teks pidato

Cara yang keempat, rakyat haruslah bergaul dan memupuk persefahaman antara

kaum. Dalam keadaan tersebut, ibu bapa perlulah menerapkan nilai-nilai perpaduan dalam

diri anak-anak sejak kecil lagi. Persis kata mutiara, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.

Mereka digalakkan berkomunikasi dengan jiran yang berlainan bangsa dan membawa anak-

anak mengunjungi rumah jiran semasa hari lebaran. Dengan cara itu, ibu bapa dapat

menjadi suri teladan kepada anak-anak dan membolehkan mereka menghayati

keistimewaan masyarakat Malaysia yang mempunyai pelbagai jenis kaum dan etnik. Satu

lagi cara yang dapat diambil oleh ibu bapa ialah bergaul dengan anak-anak dalam pelbagai

bahasa, misalnya Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan bahasa-bahasa ibunda. Apabila

golongan muda menguasai pelbagai bahasa, mereka dapat berkomunikasi dengan rakan

yang berlainan bangsa dengan mudah. Pokoknya, nilai-nilai perpaduan dan permuafakatan

hendaklah didedahkan kepada generasi muda sejak awal lagi agar jiwa perpaduan dalam

diri mereka dapat berkembang dengan sempurna.

Seterusnya, institusi-institusi pendidikan perlu bertanggungjawab menerapkan

semangat bersatu-padu dalam kalangan pelajar berbilang kaum. Antara langkah yang

dapat diambil adalah dengan memberikan kerja-kerja berkumpulan. Dalam konteks ini, guru-

guru hendaklah membahagikan pelajar secara berkumpulan dalam melaksanakan projek-

projek sekolah, seperti kajian Sains, persembahan maklumat, dan sambutan-sambutan

dalam sekolah. Guru-guru juga haruslah membahagikan kedudukan pelajar dengan

sempurna untuk menggalakkan pelajar berkomunikasi dengan pelajar-pelajar yang berlainan

kaum dan bukannya sesama kaum sahaja. Dalam proses menjayakan inisiatif-inisiatif

tersebut, guru tidak boleh mencetuskan isu-isu sensitif semasa mangajar, misalnya dengan

mengagung-agungkan warisan budaya sendiri dan mengejek budaya kaum lain. Pendek

kata, pelajar-pelajar dan guru-guru perlulah bekerjasama “bagai aur dengan tebing” demi

menzahirkan semangat perpaduan di peringkat sekolah.

Di samping itu, pelajar-pelajar perlulah belajar dan menghayati sejarah negara agar dapat

memahami erti perpaduan negara. Sebagai satu daripada langkah untuk mewujudkan

permuafakatan bangsa, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mewajibkan pelajar-pelajar

agar lulus dalam mata pelajaran Sejarah di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Dasar

tersebut akan berkuatkuasa mulai tahun 2013. Langkah bijak tersebut diharapkan dapat

menyedari anak-anak bangsa tentang kesan akibat kurangnya perpaduan kaum dalam

kalangan masyarakat. Antaranya, dasar pecah dan perintah yang dilaksanakan semasa

Page 80: teks pidato

penjajahan British telah menyukarkan usaha menyatupadukan kaum menjelang

kemerdekaan negara. Pada masa yang sama, kita tentulah tidak mengharapkan peristiwa

13 Mei 1969 berulang dan menggugat kestabilan tanah air. Oleh itu, pelajar perlu mengenali

sejarah tanah air agar dapat menyemai semangat perpaduan dalam diri individu. Ahli

falsafah terkemuka, iaitu George Santayana juga menyatakan bahawa “sesiapa yang

melupakan sejarah pasti akan mengulanginya”.

Pada masa yang sama, rakyat Malaysia hendaklah menghindari sebarang tindakan

yang dapat mencetuskan provokasi kaum. Hal ini adalah kerana tindakan-tindakan yang

dapat membangkitkan isu perkauman dapat mengakibatkan pertelingkahan antara kaum,

seterusnya menjejaskan keamanan negara. Misalnya, Wee Meng Chee ataupun lebih

dikenali sebagai Namewee, iaitu seorang pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di

Taiwan, telah menimbulkan api kemarahan rakyat Malaysia dengan karyanya yang berjudul

“Negarakuku”. Lagu “rap” yang diubahsuai daripada lagu Negaraku berbaur unsur-unsur

yang menghina Perlembagaan Negara dan dasar-dasar pentadbiran negara. Sekiranya

banyak rakyat Malaysia yang bertindak sedemikian, ke manakah akan perginya perpaduan

negara dan maruah negara? Sesungguhnya, walaupun kita diberikan kebebasan bersuara,

kita janganlah mengambil kesempatan tersebut untuk mencetuskan isu-isu sensitif yang

dapat menghancurkan keharmonian dan kedaulatan negara.

Seterusnya, masyarakat setempat juga memainkan peranan dalam mengukuhkan

perpaduan kaum di negara ini. Mereka sewajarnya menganjurkan pelbagai aktiviti

kemasyarakatan seperti gotong-royong, Program Rukun Tetangga, dan kempen Bulan

Kemerdekaan untuk mengeratkan hubungan antara masyarakat pelbagai kaum. Melalui

aktiviti-aktiviti seperti gotong-royong dan Program Rukun Tetangga, selain daripada

menjamin kesejahteraan hidup warga setempat, rakyat juga berpeluang berkomunikasi dan

menghulurkan bantuan kepada jiran tetangga yang berlainan bangsa. Bak kata pepatah,

“serampang dua mata”. Smabutan-sambutan khas seperti Hari Keluarga dan Kempen Bulan

Kemerdekaan dalam pelbagai peringkat pula dapat membuka mata rakyat jelata tentang

adat resam dan budaya kaum lain. Program Hari Keluarga misalnya, menawarkan

rencaman jenis permainan dan aktiviti bersuka-ria yang memerlukan perancangan teliti dan

kerjasama yang erat antara ahli keluarga ataupun jiran tetangga. Sesungguhnya,

masyarakat setempat tidak ketinggalan dalam memainkan peranan yang penting untuk

melahirkan permuafakatan dalam kalangan masyarakat negara.

Page 81: teks pidato

Kerajaan pula harus memainkan tugas penting untuk menggerakkan rakyat ke arah

perpaduan yang jitu. Sebagai jentera pentadbiran negara, kerjaan perlulah berusaha

menerapkan gagasan Satu Malaysia dalam kalangan rakyat. Namun, apakah gagasan Satu

Malaysia sebenarnya? Gagasan Satu Malaysia yang diwara-warakan oleh Perdana Menteri

Malaysia, iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak ini bertujuan mewujudkan sebuah negara

bangsa yang merangkumi persefahaman dan perpaduan yang utuh dalam kalangan warga

Malaysia. Demi merealisasikan gagasan tersebut, kerajaan haruslah menganjurkan pelbagai

kempen untuk menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat. Antaranya

ialah pameran kebudayaan dan warisan masyarakat Malaysia. Langkah ini dapat menyemai

persefahaman dalam kalangan rakyat berbilang kaum kerana mereka dapat mengenali dan

menghayati budaya kaum lain dengan lebih lanjut. Kempen “Cintai Bahasa Kita” perlulah

digiatkan dengan lebih cergas lagi untuk memartabatkan penggunaan bahasa kebangsaan,

iaitu Bahasa Melayu. Hal ini adalah kerana bahasa kebangsaan merupakan wahana penting

yang dapat memudahkan komunikasi antara rakyat. Kerajaan turut telah mengambil langkah

menganjurkan Program Integrasi Nasional dalam kalangan pelajar sekolah. Program

tersebut sebenarnya bertujuan untuk menerapkan semangat bersatu-padu dalam diri bakal

peneraju negara. Tuntasnya, usaha-usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan perlu

dimanfaatkan oleh rakyat dan bukannya “seperti kera mendapat bunga” agar perpaduan dan

integrasi nasional dapat diwujudkan.

Salah satu langkah untuk mengekalkan keharmonian negara dalam menyokong aspirasi 1

Malaysia ialah dengan penubuhan sekolah wawasan. Sekolah wawasan merupakan

tempat yang terbaik untuk memulakan proses integrasi antara kaum. Sekolah wawasan

menyediakan ruang dan peluang untuk murid-murid pelbagai kaum berinteraksi secara

langsung kerana mereka berkongsi kantin, padang permainan, dewan dan kemudahan lain

di sekolah. Mereka berpeluang untuk saling mengenai dan memahami antara satu sama

lain. Dengan itu, mereka akan membesar dengan sikap toleransi dan hormat terhadap

budaya, kepercayaan dan agama kaum lain. Tegasnya, sekolah wawasan mampu

memupuk persefahaman kaum dan seterusnya mempercepat integrasi nasional.

Selain itu, pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) juga mampu

mengekalkan keharmonian rakyat serta negara. PLKN dapat merealisasikan perpaduan

nasional. Hal ini demikian, kerana aktiviti PLKN dilakukan secara berkumpulan dan segala

Page 82: teks pidato

aktiviti yang dilaksanakan memerlukan kerjasama antara semua peserta. Melaluinya, remaja

pelbagai kaum akan ditempatkan bersama di bawah satu bumbung. Mereka akan

menjalankan aktiviti bersama-sama, berinteraksi dan bergaul mesra. Mereka akan terdedah

kepada corak hidup masyarakat majmuk Malaysia secara mendalam. Persefahaman yang

lebih erat akan memupuk perasaan kekitaan. Dengan ini, tembok pemisah antara kaum

dapat diruntuhkan disamping mengekalkan keharmonian negara.

REFLEKSI.

Pada hemat saya, sudah tentu rakyat Malaysia tidak asing lagi dengan tema sambutan Hari

Kemerdekaan Negara ke-51, iaitu “Perpaduan Teras Kejayaan”. Jika slogan tersebut dibaca

dengan teliti, slogan tersebut sebenarnya membawa mesej bahawa masyarakat yang hidup

bersatu-padu dapat menjana kejayaan dan kecemerlangan negara. Sebagai pembuka

bicara, kita sudah sedia maklum bahawa perpaduan dan keharmonian merupakan elemen

yang sangat penting dalam mengekalkan kesejahteraan dalam masyarakat Malaysia yang

berbilang kaum ini. Tanpa perpaduan, nescaya kemerdekaan dan kedaulatan negara yang

telah diperoleh sejak sekian lama akan hilang dalam sekelip mata. Persoalannya,

bagaimanakah kita dapat mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini?

Perpaduan rakyat Malaysia amat penting dalam menjadikan negara Malaysia sebagai

negara maju menjelang tahun 2020. Perpaduan masyarakat Malaysia penting bagi

mencapai hasrat Wawasan 2020. Bekas Perdana Menteri Malaysia kita, Tun Dr. Mahathir

Mohamad, telah mengemukakan Wawasan 2020 dalam persidangan pertama Majlis

Perdagangan Malaysia pada tahun 1991. Dalam ucapannya, beliau mengemukakan

perpaduan rakyat Malaysia sebagai cabaran pertama untuk membentuk sebuah negara

yang utuh. Perpaduan hanya tercapai jika rakyat kita yang terdiri daripada berbilang kaum

dan agama mempunyai perasaan kekitaan sebagai warga Malaysia. Tanpa perpaduan

kaum, kita tidak dapat membawa negara kita ke tahap kemajuan yang optimum. Oleh itu,

Wawasan 2020 akan tercapai dengan adanya semangat perpaduan dalam kalangan rakyat

Malaysia.

Perpaduan negara merujuk kepada satu bentuk penyatuan pelbagai kelompok yang

mempunyai latar belakang sosial, agama, budaya, dan bahasa yang berbeza di bawah satu

bentuk identiti nasional yang lebih khusus serta dapat diterima oleh majoriti golongan etnik

di negara ini. Sejak merdeka sehinggalah mutakhir ini, pelbagai usaha telah dilaksanakan

yang bertujuan mencapai perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Di Malaysia,

Page 83: teks pidato

penghayatan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara dalam kalangan rakyat mampu

melahirkan masyarakat Malaysia bersatu padu dalam pelbagai aspek.

Meninjau kepada Penyata Razak dan Laporan Rahman Talib, telah memberikan penekanan

kepada sistem persekolahan yang sama; bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan

kurikulum sekolah yang sama dan bercorak kebangsaan. Jelaslah bahawa sistem

pendidikan ialah satu kaedah untuk mengekalkan perpaduan dalam kalangan kaum. Selain

itu, penekanan kepada sikap berbangga menjadi warganegara Malaysia perlu diterapkan

dalam jiwa pelajar. Hal ini boleh dilakukan melalui pelbagai pertandingan, sambutan bulan

kemerdekaan, dan hari patriotik.

Dalam situasi sekolah, memupuk semangat muhibah dan semangat toleransi antara kaum

sangat penting. Hal ini dapat membantu menimbulkan perpaduan kaum serta membolehkan

mereka berinteraksi sesama mereka. Setiap subjek yang diajarkan di sekolah juga harus

menitikberatkan aspek-aspek pendidikan yang harmonis. Nilai-nilai rohani dan budaya

bersama perlu diberikan keutamaan dalam setiap subjek. Maka, semangat perpaduan perlu

merentasi kurikulum untuk membentuk dan menguatkan peribadi dan moral para pelajar.

Penubuhan sekolah wawasan yang menggabungkan ketiga-tiga buah sekolah rendah, iaitu

SK, SJK (C), dan SJK(T) dalam satu kawasan mampu membentuk pelajar yang bertoleransi.

Pelajar akan menggunakan segala kemudahan yang ada seperti padang, kantin, dan

perpustakaan secara bersama-sama. Pelajar sekolah rendah akan bergaul secara langsung

apabila mereka bersukan, makan di kantin, dan semasa mengadakan hari terbuka sekolah.

Oleh itu, pemupukan semangat perpaduan dapat ditanam dan disemai pada peringkat awal

usia pelajar lagi.

Perpaduan boleh diterapkan melalui aktiviti kokurikulum. Aktiviti kokurikulum yang

dilaksanakan seperti sukan, kelab, dan persatuan, dan ceramah haruslah dipergiat dan

dipertingkatkan. Di luar sistem akademik, para pelajar harus dilibatkan dalam aktiviti

pelbagai kaum seperti keluarga angkat, persatuan, dan badan beruniform. Jelaslah bahawa

usaha yang diambil bagi mengukuhkan perpaduan dan integrasi perlu disahut oleh setiap

lapisan masyarakat, termasuklah pelajar.

Sebagai intihanya, “bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi”. Usaha-usaha untuk

mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini memerlukan sinergi dan dedikasi yang tidak

berbelah bahagi oleh oleh semua pihak, “seperti isi dengan kuku”. Janganlah mengizinkan

sejarah hitam akibat kurangnya persefahaman dalam kalangan masyarakat seperti peristiwa

13 Mei 1969 berulang di negara ini. Bak kata mutiara, “bersatu teguh, bercerai roboh”. Oleh

itu, marilah kita bergabung idea dan tenaga yang dihiaskan dengan sikap toleransi dan

Page 84: teks pidato

persefahaman yang kukuh demi mewujudkan integrasi nasional. Mulakanlah inisiatif-inisiatif

tersebut ke arah Wawasan 2020 kerana “perjalanan seribu batu bermula dengan langkah

pertama”. Majulah bangsa demi negara!

TEMA 7 : PERPADUAN – PERANAN PELBAGAI PIHAKTajuk 1 : Kaedah Dan Langkah Yang Telah Diambil Oleh Pihak Kerajaan Dalam Menyuburkan Integrasi Dan Perpaduan Di Malaysia

PERISTIWA BERDARAH 13 MEI 1969

Penjajahan British melalui dasar pecah dan perintah serta mementingkan kuasa dan ekonomi menyebabkan terjadi jurang perbezaan dan pengenalan ekonomi berbentuk etnik antara kaum dan wilayah. Pelbagai kaum terasa seperti tidak mendapat pembelaan dan peluang yang sewajarnya. Dalam kempen pilihanraya 1969 pula, terdapat parti-parti politik yang telah menimbulkan isu-isu sensitif yang menyentuh kaum tertentu. Kehilangan dua pertiga majoriti parti Perikatan dalam pilihanraya umum tersebut, diikuti kelantangan beberapa pemimpin parti pembangkang dan penyokong mereka yang menimbulkan perasaan saling membenci dalam kalangan rakyat berbilang kaum. Kemuncak manifestasi(perbuatan /ucapan yang memperlihatkan sesuatu(menjadi nyata) perkauman ini ialah peristiwa berdarah 13 Mei 1969.

Kerajaan bertindak pantas dengan menubuhkan sebuah badan khas yang dikenali sebagai Majlis Gerakan Negara (MAGERAN). Majlis ini dipertanggungjawabkan untuk mengembalikan keamanan dan undang-undang negara, menentukan pentadbiran yang licin, adil dan sempurna serta mengembalikan suasana keharmonian dan kepercayaan antara kaum.

Peristiwa ini menunjukkan bahawa perpaduan nasional sukar dicapai jika terdapat jurang perbezaan yang terlalu besar terutama dari segi ekonomi, politik dan sosial antara rakyat pelbagai kaum. Pada bulan Januari 1970, Majlis Perundingan Negara (MPN) ditubuhkan. Fungsi utama majlis ini ialah meneliti isu-isu perpaduan negara serta mencari jalan untuk menyelesaikannya. Antara hasil utama Majlis ini ialah Rukun Negara dan Dasar (Ekonomi Baru.

Perisytiharan Rukun Negara pada 31 Ogos 1970 sebagai ideologi kebangsaan negara adalahbertujuan agar fikiran, pendapat dan perasaan rakyat pelbagai kaum dapat dipersatukan secarapemuafakatan dan bijaksana tanpa membangkitkan isu-isu sensitif yang boleh mencetuskankeadaan yang tidak diingini.

Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Perpaduan Negara

Pendidikan menjadi tunjang kepada perpaduan negara. Tidak dapat dinafikan bahawa sekolah dan pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembinaan dan pembentukan warga negara dan rakyat yang bersatu padu. Sememangnya telah dicatatkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan bahawa ”Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani dan sosial berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkemampuan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.” Secara tidak langsung, dasar ini dapat melahirkan satu masyarakat

Page 85: teks pidato

Malaysia yang bersatu padu dan berintegrasi seperti yang dihasratkan dalam Rukun Negara melalui penggunaan dan penghayatan kurikulum yang bersepadu, penggunaan bahasa pengantar dan sistem peperiksaan yang sama serta penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dirancang dan dilaksanakan sepanjang persekolahan pelajar.

Kurikulum yang dibina bukan saja bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan dan maklumatberbentuk akademik sahaja, bahkan memupuk perpaduan. Kurikulum ini berorientasikansuasana Malaysia dan dilaksanakan melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mulai tahun 1983. Mata pelajaranPendidikan Islam, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al Quran Dan Assunnah danPendidikan Moral yang diperkenalkan dapat mengukuhkan pegangan agama, menanam sifat-sifat mulia serta membentuk tingkah laku yang bersopan santun dan saling menghormatisesama manusia.

Penubuhan Kelab Rukun Negara Di Sekolah

Semasa merasmikan sambutan Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2000 di Melaka, YangAmat Berhormat Dato’ Seri Abdullah Bin Hají Ahmad Badawi selaku Timbalan Perdana Menteripada ketika itu, telah menyarankan supaya Kelab Rukun Negara ditubuhkan di sekolah.Sebelum itu, dalam perasmian Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan 1999 di Pahang, beliaumenyeru seluruh rakyat Malaysia agar sentiasa berpegang teguh kepada prinsip-prinsip RukunNegara untuk menjamin perpaduan dan kemakmuran negara agar terus berkekalan. Dengantertubuhnya Kelab Rukun Negara di sekolah melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 17/2000yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia berkaitan Penubuhan Kelab RukunNegara Di Sekolah, maka pengetahuan, pemahaman, penghayatan warga sekolah terutamanyagolongan relajar terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara ke arah menjana semangat perpaduanyang lebih jitu dapat dipertingkat dan diperkukuhkan.

USAHA YANG BOLEH DIJALANKAN DI PERINGKAT MASYARAKAT SETEMPAT

Program Pemuafakatan Masyarakat

Program pemuafakatan antara masyarakat setempat boleh diadakan melalui program- program ilmiah seperti ceramah motivasi, aktiviti keagamaan, makan beradab, gotong royong, majlis perkahwinan dan sebagainya.

Hari Keluarga dan Sukan Rakyat

Program yang melibatkan seluruh ahli masyarakat boleh diadakan. Pelbagai acara dijalankan melibatkan semua peserta. Selain dapat menghilangkan perasaan tertekan dengan bebanan tugas, program ini dapat membina persefahaman, keteguhan perpaduan dan perasaan kasih sayang dalam kalangan seluruh warga masyarakat.

Acara kebudayaan dan kesenian

Pelbagai acara berbentuk kebudayaan dan kesenian rakyat boleh diadakan seperti permainan tradisi, boria, dikir barat, tarian singa, tarian bharathanatiyam, tarian bhangra serta pelbagai persembahan kebudayaan setiap kaum di Malaysia dan lain-lain lagi yang disertai oleh anggota

Page 86: teks pidato

masyarakat. Selain dapat berhibur, semua yang terlibat dapat memahami dan mematuhi peraturan yang digariskan.

Majlis Sambutan Hari Raya, Ucapan Tahun Baru Cina dan Hari Deepavali

Setiap kali menjelang hari perayaan, masyarakat melalui pertubuhan atau organisasi seperti JKKK atau NGO mengatur program yang melibatkan seluruh warga masyarakat. Beraneka jenis makanan yang dihidang dinikmati bersama. Sumbangan yang diperoleh daripada pelbagai pihak disampaikan kepada mereka yang kurang berkemampuan. Ucapan selamat yang diberikan, disambut dengan penuh kemesraan dan dapat membentuk perasaan kasih sayang dan perpaduan rakyat berbilang kaum dalam komuniti tempatan.

Aktiviti Riadah

Seterusnya, kerajaan perlu menggalakkan setiap ahli masyarakat mengambil bahagian dalam pelbagai program yang dianjur pelbagai pihak seperti Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Belia Malaysia, Jabatan Agama Islam, Rakan Muda, INMIND dan sebagainya. Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah senamrobik, mencari harta karun, Perarakan Sambutan Maulidur Rasul dan Ma’al Hijrah, Larian Merdeka dan sebagainya. Setiap ahli masyarakat dapat berinteraksi dengan peserta dari pelbagai kaum dan lapisan masyarakat. Mereka dapat memahami dengan lebih mendalam erti perpaduan dan perasaan hormat-menghormati sesama masyarakat.

KAEDAH DAN LANGKAH YANG BOLEH DI AMBIL DI PERINGKAT SEKOLAH

Sekolah Penyayang

Satu program yang dilaksanakan di sekolah dengan menekankan konsep ”Sekolahku Syurgaku” dan ”Yang Tua Dihormati, Yang Muda Disayangi” dengan penyertaan bersama ibu bapa pelajar melalui Persatuan Ibu bapa dan Guru. Amalan ini dapat mewujudkan golongan pelajar yang cinta akan sekolah, membentuk peribadi pelajar yang suka menolong dan menghormati orang lain, berbudi pekerti mulia, serta menimbulkan perasaan kasih sayang dan hubungan mesra antara warga sekolah dan sesama ibu bapa para pelajar.

Pelaksanaan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)

Sebagai sebuah sekolah berasrama penuh yang majoriti pelajarnya terdiri dari pelajar Melayu, namun mereka berasal dari daerah dan negeri yang berlainan termasuk dari Sabah dan Sarawak. Program RIMUP secara kelompok turut diadakan iaitu pelajar-pelajar dari sekolah ini terlibat dengan program yang dirancang bersama dengan sekolah–sekolah lain yang, mempunyai pelajar berbilang kaum. Jawatankuasa RIMUP peringkat sekolah dan kelompok dianggotai kaum yang pelbagai. Kesan penglibatan pelajar dan warga sekolah dalam program ini adalah sangat baik. Hal ini membolehkan mereka berinteraksi dan bergaul secara lebih erat dan mesra seterusnya menyumbang kepada perpaduan dan integrasi rakyat yang lebih erat.

Penyertaan Dalam Kokurikulum

Semua pelajar diwajibkan mengambil bahagian dalam pasukan unit beruniform, persatuan dan kelab, serta permainan dan sukan. Penyertaan aktif dalam kokurikulum dan pembabitan mereka dalam perkhemahan, persembahan dan pertandingan di pelbagai peringkat akan mendedahkan mereka kepada situasi yang berlainan dan beragam. Terdapat peraturan dan disiplin tertentu

Page 87: teks pidato

semasa mengikuti program-program yang dijalankan. Pemilihan ahli jawatankuasa dilakukan secara demokrasi dengan bimbingan guru penasihat dan jurulatih daripada pelbagai agensi. Mereka dapat berinteraksi secara sihat serta mematuhi peraturan dan disiplin yang ditentukan. Hasil daripada penglibatan pelajar secara aktif dalam aktiviti yang dilaksanakan dapat membantu dalam usaha memupuk perpaduan sekali gus dapat membentuk dan membina kehidupan masa depan pelajar dan sebuah masyarakat yang berdisiplin, berharmoni, bersatu padu dan berintegrasi.

Sambutan Bulan Patriotisme dan Kemerdekaan

Setiap tahun sekolah mengadakan pelbagai program sempena memperingati hari ulang tahun kemerdekaan negara. Jawatankuasa sambutan peringkat sekolah ditubuhkan dengan kerjasama Kelab Rukun Negara, Unit Bimbingan Dan Kaunseling, Kelab Guru dan Kakitangan, Persatuan Sejarah dan Persatuan-persatuan pelajar. Sekolah juga turut melibatkan penyertaan PIBG, Alumni, tokoh-tokoh dan sejarawan, Agensi dan Badan Kerajaan dan Bukan Kerajaan dalam aktiviti yang dilaksanakan. Acara yang dilaksanakan ialah seperti ceramah kemerdekaan, tayangan gambar berbentuk patriotik, pembacaan sajak, sketsa, pentomen, kibaran ”Jalur Gemilang”, hiasan bilik darjah dan asrama, pidato, forum, penulisan esei, derma darah, pameran, melukis potret tokoh negara, perbarisan dan perarakan serta sambutan detik kemerdekaan. Pelajar juga terlibat dengan program sambutan yang dianjurkan oleh pihak lain di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Penyertaan pelbagai pihak dalam menjayakan program ini dapat membina keyakinan semua warga sekolah berkaitan pembinaan bangsa Malaysia yang merdeka dan bertanggungjawab, bersifat patriotisme yang tinggi dan cinta akan kehidupan bersatu padu dan kestabilan negara.

Lawatan dan ziarah di peringkat sekolah

Sekolah menggalakkan para pelajar membuat program lawatan ke tempat-tempat bersejarah, Parlimen, Putrajaya, Bandaraya Melaka, Memorial, Tugu Negara, Muzium Negara, Rumah- rumah kebajikan, asrama anak-anak Yatim dan miskin, Penjara, Rumah perlindungan kanak- kanak, asrama orang kurang upaya, sekolah, universiti dan sebagainya. Pelbagai acara diadakan semasa lawatan dan ziarah tersebut diadakan seperti perbincangan, gotong royong, persembahan kesenian dan kebudayaan, pertukaran maklumat dan sebagainya. Kesan daripada program lawatan dan ziarah ini sangat bermakna dan memberikan kesedaran kepada pelajar peri pentingnya berbudi bahasa, mengamalkan toleransi dan perhubungan baik sesama rakyat berbilang kaum dan keturunan.

Perkhemahan Bina Insan bagi pelajar sekolah

Program ini melibatkan semua pelajar dan guru-guru serta sebahagian kakitangan sokongan sekolah. Kerjasama diperolehi dari pelbagai pihak seperti Kerajaan Negeri, Bomba, Polis dan sebagainya. Acara-acara yang dijalankan ialah seperti ceramah motivasi, pembinaan jati diri, kerohanian, kembara, ikhtiar hidup, kewarganegaraan dan riadah. Suasana perkhemahan yang dijalankan di luar kawasan sekolah sangat menyeronokkan para pelajar. Selain dari mendapat maklumat dan kemahiran baru, mereka dapat merasai keindahan alam Malaysia, nikmat kehidupan dalam sebuah negara yang aman dan damai.

PENUTUP:

Page 88: teks pidato

Kejeleketan(hubungan yang sangat erat/sinergi) perpaduan dan integrasi rakyat dalam sebuah negara berbilang kaum sukar dicapai tanpa pendedahan awal yang berstrategik, keintiman, persefahaman semua pihak, kepercayaan dan pegangan kukuh terhadap ajaran agama, di samping menghayati dengan penuh keinsafan intipati dan kandungan tersurat dan yang tersirat dalam kesemua prinsip Rukun Negara.

Penghayatan Rukun Negara untuk mencapai perpaduan dan integrasi nasional yang padu lagi jitu dilaksanakan di negara ini melalui proses pendidikan dan pembelajaran berdasarkan kurikulum Kebangsaan, pembabitan dalam kokurikulum yang teratur dan terancang, penghayatan keagamaan dalam kehidupan seharian, penyertaan semua warga organisasi dalaman sekolah dan di luar sekolah mahupun seluruh anggota masyarakat yang juga warganegara Malaysia dalam pelbagai aktiviti yang menjurus kepada pembentukan kehidupan rakyat yang bersatu padu secara kolektif(bersama-sama) serta jalinan perhubungan yang baik dan mesra yang diamalkan secara ikhlas dan penuh keinsafan oleh semua pihak berdasarkan prinsip-prinsip Rukun Negara Malaysia.

Kini kita berada dalam era globalisasi dan liberalisasi. Pelbagai usaha dijalankan adalah demimenuju ke arah membentuk sebuah masyarakat majmuk yang bersatu padu. Walaupunterdapat beberapa cabaran, tetapi dengan adanya perancangan yang teliti, usaha yang gigihdan strategi yang lebih berkesan dan dilaksanakan pula dengan penuh tanggungjawab danbersifat proaktif oleh semua pihak sudah pasti keharmonian, perpaduan dan integrasi nasionalakan tercapai dengan restu dan perkenan Tuhan Yang Maha Berkuasa.

Tajuk 2 : Usaha-usaha mewujudkan perpaduan kaum di Malaysia

Isu perpaduan kaum merupakan satu usaha berterusan yang perlu dipikul dan dijunjung bersama-sama oleh semua pihak. Sekiranya terlerai ikatan silaturahim dan musnah perpaduan dalam masyarakat, nescaya pelbagai impak negatif akan menimpa masyarakat khususnya dan negara amnya. Oleh sebab itu, pelbagai usaha perlu diambil bagi memupuk dan membaja agar perpaduan terus subur dan mewangi dalam kehidupan masyarakat.Usaha pertama untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat adalah dengan mengadakan aktiviti gotong-royong. Aktiviti gotong-royong merupakan saluran dan peluang kepada masyarakat di sesuatu kawasan perumahan untuk bertemu dan mengenali antara satu sama lain. Di samping itu, aktiviti ini dapat memupuk semangat bekerjasama untuk membersihkan dan mengindahkan kawasan persekitaran tempat kediaman mereka sesuai dengan slogan Negara Bersih Rakyat Sihat. Sebagai contoh, aktiviti gotong-royong yang boleh dijalankan ialah membersihkan kawasan perumahan, taman permainan, tanah perkuburan dan sebagainya. Seterusnya, aktiviti gotong-royong dapat meringankan serta memudahkan kerja yang sukar dilakukan ibarat kata peribahasa yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing serta ke bukit sama di daki, ke lurah sama dituruni.Selain itu itu, perpaduan kaum di Malaysia boleh dicapai dengan meraikan sambutan perayaan kaum-kaum di Malaysia secara bersama-sama. Melalui aktiviti kunjung-mengunjung yang dilakukan akan dapat mengeratkan silaturahim antara jiran serta rakan daripada pelbagai kaum. Sebagai contohnya, sambutan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali merupakan perayaan utama yang boleh diraikan oleh seluruh masyarakat pelbagai kaum. Melalui kunjungan sambutan perayaan sesuatu kaum dapat menerbitkan perasaan hormat-menghormati terhadap adat dan kepercayaan kaum lain. Di samping itu, budaya ini dapat mengukuhkan perpaduan akibat kurangnya syak wasangka antara kaum di Malaysia. Sekiranya perkara ini dapat dipraktikkan nescaya masyarakat Malaysia akan mampu menghadapi apa-apa sahaja cabaran yang datang dari luar atau masyarakat antarabangsa, ibarat kata peribahasa bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat serta bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Page 89: teks pidato

Seterusnya, aktiviti sukan dan permainan yang dijalankan boleh mewujudkan perpaduan kaum di Malaysia. Sukan dan permainan yang dijalankan dapat dijadikan tali penghubung atau gelanggang pertemuan pelbagai kaum di Malaysia. Dalam hal ini, satu perkara yang perlu diselesaikan adalah dengan memecahkan monopoli sukan dan permainan yang dikuasai oleh sesuatu kaum sahaja seperti permaian bola keranjang, ping pong, sepak takraw dan sebagainya. Kita berharap pada suatu masa nanti pasukan bola keranjang negara misalnya, mampu diwakili pelbagai kaum di Malaysia dan bukan sahaja dimonopoli oleh kaum Cina sahaja. Dalam konteks ini, sukan bola sepak, badminton, hoki dapat dijadikan contoh dan teladan. Dengan bermain bersama-sama dalam sesuatu sukan dan permainan serta seterusnya mewakili pasukan kebangsaan di peringkat antarabangsa, akan dapat menanamkan semangat cinta akan negara. Usaha ini tentu dapat mengharumkan nama negara sekali gus meningkatkan imej negara di peringkat antarabangsa.Sebagaimana yang semua telah ketahui tanggal 31 Ogos 1957 merupakan tarikh keramat kemerdekaan negara. Sambutan Hari Kebangsaan sesungguhnya membuka satu lagi jalan dalam usaha memupuk perpaduan di Malaysia. Pada kebiasaannya, pelbagai kaum akan menyertai upacara sambutan tersebut pada setiap tahun. Melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan nescaya dapat menambahkan ukhwah dan permuafakatan antara masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Di samping itu, penghayatan tema sambutan Hari Kebangsaan, misalnya Keranamu Malaysia diharap dapat menanam semangat cinta akan negara sekali gus mengukuhkan amalan peribahasa di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Sesungguhnya, semua kaum di Malaysia perlu memahami bahawa kemerdekaan yang digapai pada hari ini perlu dijaga kerana Malaysia hanya satu, dan tiadak ada duanya. Peribahasa hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baiklah di negeri sendiri perlu direnungi oleh setiap warganegara Malaysia agar perpaduan bukanlah menjadi duri dalam daging dalam usaha negara mencapai Wawasan 2020.

Intihanya, semua pihak perlu sedar akan pentingnya memupuk dan menjaga perpaduan masyarakat di negara kita. Sesungguhnya, sekali kita leka dan lali serta memandang enteng akan perpaduan kaum, nescaya kita akan menyesal untuk selama-lamanya kerana terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata dan tindakan buruk padahnya. Kini, kita berada dalam era globalisasi dan liberalisasi. Pelbagai usaha dijalankan adalah demi menuju ke arah membentuk sebuah masyarakat majmuk yang bersatu padu. Walaupunterdapat beberapa cabaran, tetapi dengan adanya perancangan yang teliti, usaha yang gigihdan strategi yang lebih berkesan dan dilaksanakan pula dengan penuh tanggungjawab danbersifat proaktif oleh semua pihak sudah pasti keharmonian, perpaduan kaum dan integrasi nasionalakan tercapai dengan restu dan perkenan Tuhan Yang Maha Berkuasa.

[686 patah kata

http://ssijbbahasamelayuspm.blogspot.com/2010/11/v-behaviorurldefaultvml-o.html

Page 90: teks pidato

Perpaduan Teras Keharmonian Kepelbagaian Kaum

TENOM, 12 Jun –   Perpaduan rakyat amat penting  bagi mengekalkan keharmonian masyarakat dan negara agar kestabilan politik serta kemajuan yang dirancang dapat dilaksanakan secara berterusan tanpa sebarang masalah.

Ketua Pemuda UMNO Tenom, Jamawi Jaafar berkata,  toleransi di kalangan kepelbagaian kaum di Malaysia mendapat pengiktirafan dari  negara-negara luar sebagai contoh terbaik untuk memastikan kestabilan rakyat dan kemakmuran.

“Negara kita adalah contoh kepada negara-negara lain, malah mereka menunjukkan minat untuk belajar bagaimana pembentukan keharmonian, keamanan dan perpaduan di kalangan kita dan dilestarikan lagi dengan Gagasan 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

“Jika rakyat kita yang terdiri dari  berbilang kaum  dan agama tidak bersatu padu, tidak mungkin kita dapat menganjurkan pelbagai program yang membabitkan semua kaum, malah kita tidak akan menjadi contoh kepada negara luar,” katanya ketika berucap merasmikan majlis Hari Keluarga Rukun Tetangga dan Majlis Rumah Terbuka sempana sambutan Pesta Kaamatan KRT Kampung  Tinura, baru baru ini

Beliau yang juga Exco Pemuda UMNO Malaysia berkata, perpaduan adalah asas kebebasan rakyat untuk saling mengenali budaya dan  adat resam kepelbagaian kaum di negara ini.

“Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia harus berasa bangga kerana perpaduan yang sedia terjalin membolehkan pembangunan dilaksana dengan lancar,” katanya.

Beliau turut mengingatkan rakyat supaya pemikiran mereka tidak mudah dipesongkan oleh propaganda pembangkang yang sengaja menafikan kemajuan serta pembangunan yang dibawa oleh kerajaan Barisan Nasional

“Apa yang kita miliki sehingga sekarang adalah usaha dan janji yang ditunaikan oleh kerajaan BN untuk rakyat dan bukannya seperti pihak pembangkang yang hanya akan memperkecilkan usaha yang diberikan oleh kerajaan untuk  rakyat” katanya .

Page 91: teks pidato

Menurutnya, masyarakat khususnya penduduk di pendalaman supya tidak terpengaruh dengan janji kosong yang diberi oleh pihak pembangkang kerana mereka hanya tahu menabur janji tanpa menunaikannya.

Satu Malaysia Teras perpaduan Negara PEMENANG PERTANDINGAN MENULIS ANJURAN PANITIA BAHASA MELAYU SMKSI

1 MALAYSIA TERAS PERPADUAN NEGARA

Dalam kerancakan penduduk jagatraya berjalan bersama-sama bayang-bayang keharmonian, riang berlagu gembira, pemimpin diumpamakan sebagai jantung sesebuah negara. Pemimpin perlu bijak mengorak langkah proaktif untuk mengekalkan kestabilan keharmonian dan keamanan negara.. Umum mengetahui, keunikan Malaysia adalah bersandarkan kesejahteraan hidup kesatuan tiga kelompok berbeza bangsa dan agama namun masih mampu mengekalkan keamanan sejagat. Perpaduan menjadi elemen penting dan merupakan cerucuk dominan dalam mengekalkan keamanan. Oleh hal yang demikian, idea yang dilontar dan dilemparkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke lima, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib dalam mengetengahkan gagasan 1 Malaysia merupakan satu tindakan yang wajar dicontohi oleh tampuk kepimpinan yang lain. 1 Malaysia mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagaimana slogan YAB Perdana Menteri ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian diutamakan’. 1 Malaysia dikatakan membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan antara kaum bagi memastikan rakyat Malaysia menjalinkan perpaduan yang lebih erat. Sekadar memetik kata-kata Datuk Seri Najib, beliau berbicara “saya berharap semua rakyat Malaysia melihat hari muka dengan lebih optimis dan keazaman untuk membina satu Malaysia yang lebih kukuh dan dinamik”. Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur.

Konsep 1 Malaysia telah menjadi asas pegangan dalam menjaga keadilan untuk semua kaum, yang membawa maksud bahawa nasib semua kaum akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan. Umum mengetahui, perpaduan yang digambarkan oleh gagasan 1 Malaysia amat berbeza dari konsep asimilasi yang diamalkan di negara-negara lain, di mana identiti kaum-kaum etnik dilenyapkan dan diganti dengan satu identiti nasional yang sama. Sebaliknya 1 Malaysia menghargai dan menghormati prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan dan identiti-identiti etnik setiap kaum di Malaysia dan menganggapnya sebagai satu aset yang patut dibanggakan. Disini jelas menunjukkan bahawa negara mengekalkan keadilan setiap kaum tanpa mengubah pegangan dan cara hidup mereka. Rakyat diberi kebebasan dalam menentukan pegangan hidup masing-masing tanpa sebarang halangan. Memetik kata-kata daripada seorang peguam di Indonesia, beliau berkata “keadilan yang hakiki hanya ada disyurga, tetapi kita di dunia cuba hampiri ke tahap itu”. Justeru, kelebihan yang diperoleh apabila menjadi warga Malaysia seharusnya diiringi dengan rasa syukur kerana diberi peluang untuk hidup dalam suasana harmoni tanpa sebarang diskriminasi.

Page 92: teks pidato

Seterusnya, 1 Malaysia ialah satu gagasan bagi memupuk sikap saling menghormati dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Tidak kira sama ada Melayu, Cina, mahupun India, sikap ini perlu disemat kukuh dalam sanubari generasi hari ini untuk mengekalkan perpaduan negara. Kita tidak mahu negara gah dengan kemodenan berkelas pertama tetapi masyarakat masih mengamalkan gaya hidup berkelas ketiga lantaran ketempangan sikap saling menghormati. Masyarakat Melayu misalnya, perlu menghormati pegangan dan kepercayaan bangsa lain dan begitu juga sebaliknya kerana setiap bangsa mempunyai amalan dan kepercayaan yang tersendiri . Kita tidak boleh bersikap serperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing dengan mengamalkan sikap mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan sensitiviti bangsa lain. Di sinilah pentingnya sikap hormat-menghormati dalam kalangan rakyat kerana apabila hidup di bawah satu bumbung bersama tiga kelompok berbeza adalah suatu perkara yang tidak boleh diambil mudah dan dipandang enteng kerana setiap perlakuan dan tutur kata perlu dijaga rapi. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Justeru, sinergi daripada setiap lapisan masyarakat amat diperlukan dengan menjadikan sikap saling menghormati sebagai salah satu inisiatif dalam mengekalkan perpaduan.

Pemimpin perlu bijak dalam memainkan peranan untuk membina rumpunan bangsa Malaysia yang bahu-membahu atau bantu-membantu agar dapat memperkukuh ikatan kaum yang akan menjadi tunjang kepada pembangunan dan keharmonian negara. Apakah ikatan dan jalinan ini akan berterusan jika ada rakyat yang tidak tahu menilai perpaduan negara?. Oleh yang demikian, konsep 1 Malaysia yang diketengahkan mampu menyemai sikap saling bekerjasama sesama rakyat. Sekadar mengambil contoh daripada persekitaran sekeliling, rakyat Malaysia mampu menjalankan urusan perniagaan secara perkongsian walaupun berbeza bangsa. Selain itu, jika dinilai dari alam persekolahan, sekolah-sekolah Cina tidak lagi hanya didiami oleh bangsa tersebut semata-mata, malahan anak-anak Melayu dan India turut menuntut di sekolah yang sama. Begitu juga dengan bangsa India, mereka tidak hanya tertumpu kepada sekolah jenis kebangsaan tamil atau SJK(T) sahaja. Di sini jelas menunjukkan bahawa sikap kerjasama tidak hanya wujud dalam golongan profesional sahaja, anak-anak di bawah umur mahupun belia-belia harapan bangsa turut mampu mengamalkan sikap saling bekerjasama antara satu sama lain. Oleh hal yang demikian, konsep 1 Malaysia membantu memepertingkatkan lagi sikap tersebut seterusnya perpaduan negara lebih mudah dicapai.

Ketulusan dan keterbukaan sikap rakyat Malaysia hidup dalam kesatuan tiga kelompok berbeza bangsa sering menjadi buah mulut masyarakat seantero dunia yang kagum dengan perpaduan yang dikecapi. Teras perpaduan ini adalah komponen-komponen asas yang menguatkan semangat bersatu padu dalam kalangan rakyat berbilang kaum. Teras perpaduan ini didokongi oleh nilai-nilai murni yang seharusnya mendasari cara hidup rakyat Malaysia. Teras perpaduan yang diterapkan iaitu penerimaan. Konsep penerimaan dan toleransi adalah dua perkara yang berbeza sama ada daripada ungkapan mahupun pelaksanaan. Penerimaan akan memperlihatkan perlakuan yang positif iaitu dengan menerima sepenuhnya sesuatu perkara dengan hati yang ikhlas tanpa ada unsur-unsur terpaksa. Manakala toleransi pula berlaku kerana tiada pilihan lain atau secara terpaksa. Perlakuan atau sikap toleransi berlaku apabila sesuatu pihak tiada pilihan dan kadangkala diterima dengan

Page 93: teks pidato

tidak jujur. Malaysia memerlukan rakyat yang dapat menerima apa sahaja perkara baik dan mendapat persetujuan secara kesepakatan. Penerimaan semua kaum mendapatkan apa yang terbaik amat diperlukan bagi membina sebuah negara bangsa. Justeru, perkara-perkara yang terbaik daripada kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain perlu diterima pakai serta mendapat penerimaan daripada masyarakat negara ini.

Tuntasnya, konsep satu Malaysia akan membawa aspirasi untuk memperkukuhkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalinkan perpaduan yang lebih erat sebagaimana kehendak prinsip Rukun Negara. Melalui konsep 1 Malaysia ini tidak akan wujud perasaan tidak berpuas hati kepada mana-mana kaum kerana semua rakyat adalah bangsa Malaysia dan rakyat Malaysia yang mempunyai satu hala tuju dan cita rasa untuk bersama-sama memajukan negara. Rakyat perlu menumpahkan sepenuh kesetiaan kepada negara sebagaimana setianya Hang Tuah kepada sultan. Kerajaan khususnya perlu menagih komitmen dan pengertian menyeluruh semua pihak terhadap kepentingan perpaduan negara dan peranan gagasan 1 Malaysia dalam membantu merealisasikan impian dalam membentuk sebuah negara bangsa. Keharmonian negara yang dikecapi dan keamanan menyirup udara segar hasil kemerdekaan perlu dikekalkan supaya keaman dan perpaduan ini tetap berterusan hingga generasi akan datang. Mantan Perdana Menteri Indonesia ada menyatakan, “jika ingin melihat generasi pada masa akan datang, lihatlah generasi pada hari ini.”

PERPADUAN TERAS KEJAYAAN NEGARA

Bismilahirahmanirahim.Hadirin sekalian,Dalam kesibukan kita berkira-kira siapakah yang akan

menjuarai Mentor Musim ke-5 danada yang dilanda demam Akademi Fantasia musim terakhir, saya

ingin mengajak andasemua mendengar pidato saya, tentang perkara yang akan menentukan nasib

Negara dihari muka-Perpaduan Teras Kejayaan Negara.Terima kasih saudara/saudari peneraju acara,

kombinasi kehakiman yang berwibawa, dif-dif jemputan yang mulia, tidak dilupakan warga dewan

yang berbahagia.Assalamualaikum dan salam sejahtera. Adat kelaziman bicara, pendefinisian tajuk

pidatosebagai pembuka.Perpaduan saya fahamkan sebagai satu proses yang menyatupadukan

anggotamasyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya setiap

anggotamasyarakat dapat membentuk satu identity, nilai bersama dan satu perasaankebangsaan

bersama di kalangan mereka. Teras kejayaan Negara merujuk kepada asaskemakmuran ekonomi,

politik dan sosial sesebuah Negara. Dalam 5 minit pidato saya ini,saya ingin mengajak hadirin

sekalian menilai kepentingan perpaduan sebagai teraskejayaan Negara berdasarkan 3 cerita.Sidang

pendengar sekalian,Pertama; kisah mereka yang sudah terhantuk baru terngadah. Kata orang,

setelahterkena, baru kita sedar akan sakitnya dan peritnya akibat mengabaikan sesuatuperkara.

Begitulah sifatnya dengan pepraduan. Ayuh kita terbang ke Sudan. Apa yangberlaku di sana?

Pembersihan etnik yang berlaku oleh tentera Militan Arab Janjaweedakibat perebutan kuasa dan

Page 94: teks pidato

perbezaan keturunan antara kaum Arab dan Afrikawalaupun seagama telah menyebabkan 1.2 juta

menjadi pelarian dan lebih 50,000 orangtelah menjadi korban berdasarkan laporan pada November

2004. Kesannya-Sudan kekalsebagai Negara yang miskin walaupun mempunyai hasil bumi yang

cukup dikagumi.Lihatlah-kerana gilakan kuasa, nyawa sudah tidak lagi berharga. Kerana

perbezaanketurunan, nyawa yang tidak berdosa yang menjadi korban. Adakah kita ingin

menjadiseperti mereka?Warga dewan sekalian,Kedua-kisah mereka yang menyediakan payung

sebelum hujan. Menyedari hakikat akankepentingan perpaduan, banyak Negara yang sudah mula

mengangkat nilai perpaduandan kebersamaan supaya Negara memperoleh kejayaan. Malaysia

misalnya-selepasberlakunya tragedy dan peristiwa berdarah 13 Mei 1969, sudah mula

menitikberatkanpembinaan Negara bangsa melalui instrumen pendidikan. Penyata Razak

diluluskan,Penyata Rahman dijalankan, Laporan Kabinet dilaksanakan-kesemuanya

mencapaikesepakatan-sekolah sebagai medium perpaduan-bahasa sebagai jambatanperhubungan.

Maka, tidak hairanlah slogan Bahasa Jiwa Bangsa mula diperkenalkan,Bahasa Melayu menjadi

bahasa pengantar di sekolah, pada masa yang sama, bahasa-bahasa lain masih dibenarkan untuk

dituturkan. Kesannya-3 kaum bisa duduk semejabersama, bergurau senda sambil berkongsi rasa

yang sama-jiwa 1Malaysia. Janganterkejut beruk jika saya sudah pandai meniru gaya Kenchana Dewi

di dalam dramabersiri Puteri, Ah Mei pula sudah pandai menyanyi lagu Dato’ Siti dan Letchumy pula

………………..

Pidato Tajuk Bahasa Teras Perpaduan Bangsa Malaysia

Tajuk 8.Bahasa Berilmu Teras Perpaduan Bangsa Malaysia.

Bismilahhiramannirahim…

Kalau tidak kerana bintang,Tak akan bulan kelihatan tinggi ,Kalau tidak kerana pidato,Tak akan saya

berada di sini.Datang bahtera dari Medan ,Singgah sebentar di laluan Kerai,Salam satu Malaysia saya

hulurkan ,Kepada warga dewan pembuka tirai. Assalamualikum W.B.HYang dihormati Tuan

Pengerusi Majlis ,barisan panel Hakim yang arif lagibijaksana yang sedang menjunjung mahkota

keadilannya ,penjaga masa yangsentiasa peka dengan detak jamnya, para perserta yang saya kagumi

serta hadirindan hadirat yang saya hormati.Jauh berlayar si pedagang Cina ,Singgah di Melaka

menjamu selera.Bahasa berilmu alat perantara ,Teras utama perpaduan negaraHadirin dan hadirat

yang dihormatiCogan kata

‘Hidup Muafakat Membawa Berkat’

Page 95: teks pidato

merupakan antara cogankata yang dicipta untuk menyedarkan orang ramai akan peri pentingnya

muafakatdalam kehidupan masyarakat yang berbilang kaum seperti di negara kita. Kataorang,

permuafakatan bererti perpaduan. Situasi ini dapat dihuraikan oleh bidalanbersatu teguh bercerai

roboh. Keadaan ini membawa kebaikan dan kejayaankepada seluruh anggota masyarakat

berkenaan. Sesungguhnya, negara yangmemiliki masyarakat majmuk seperti Malaysia berpaksikan

pada perpaduan untukmeneruskan kelangsungan keharmonian di dalam negara. Saya yakin

bahawaperpaduan penting dalam sesebuah negara. Dalam usaha melonjak status

negaraberpendapatan tinggi dan bagi merealisasikan dasar transformasi kerajaan, soalperpaduan

tidak boleh dipandang enteng kerana bukan mudah untuk membinaidentiti bangsa dan

mendaulatkan maruah bangsa. Usaha membina negara bangsayang bersatu padu ini sebenarnya

boleh dilakukan jika setiap rakyat mengerti akankepentingan setiap bahasa sebagai teras perpaduan

setiap rakyat di Malaysia. Oleh

Page 96: teks pidato
Page 97: teks pidato
Page 98: teks pidato