teks ucapan ybm pawe perak - kpwkm.gov.my yb... · yang tinggi pengerusi dan jawatankuasa, akhirnya...

7
TEKS UCAPAN YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT LAWATAN YB MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT KE PUSAT AKTIVITI WARGA EMAS (PAWE) PUSAT TRANSFORMASI BANDAR (UTC) PERAK PADA : 28 OKTOBER 2015 (RABU)

Upload: others

Post on 29-Oct-2019

20 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TEKS UCAPAN YBM PAWE PERAK - kpwkm.gov.my YB... · yang tinggi pengerusi dan Jawatankuasa, akhirnya Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) UTC Perak telah dianugerahkan sebagai PAWE Cemerlang

TEKS UCAPAN

YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA,

KELUARGA DAN MASYARAKAT

LAWATAN YB MENTERI PEMBANGUNAN WANITA,

KELUARGA DAN MASYARAKAT

KE PUSAT AKTIVITI WARGA EMAS (PAWE)

PUSAT TRANSFORMASI BANDAR (UTC) PERAK

PADA :

28 OKTOBER 2015 (RABU)

Page 2: TEKS UCAPAN YBM PAWE PERAK - kpwkm.gov.my YB... · yang tinggi pengerusi dan Jawatankuasa, akhirnya Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) UTC Perak telah dianugerahkan sebagai PAWE Cemerlang

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Salam Sejahtera, Salam Satu Malaysia

1. Terlebih dahulu, marilah kita bersama-sama memanjatkan

setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala

kerana dengan limpah kurnia dan keizinannya dapat kita semua

hadir ke majlis yang sangat bermakna pada petang ini di Pusat

Aktiviti Warga Emas (PAWE) UTC Ipoh, Perak.

2. Sebelum saya meneruskan ucapan, izinkan saya

merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada

Jawatankuasa Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) UTC Ipoh, Perak

di bawah kepimpinan Dato’ Tan Lian Hoe, Pengerusi Pawe UTC

kerana menerima kehadiran saya dan rombongan untuk melawat

PAWE pada hari ini. Ucapan tanhiah saya sekali lagi kepada PAWE

UTC Perak kerana Berjaya merangkul anugerah PAWE paling aktif

sempena Hari Warga Emas baru-baru ini. Terima kasih juga

kepada Jabatan-jabatan kerajaan dan NGO yang hadir bersama-

sama pada petang ini. Kehadiran pihak tuan-puan ini

menunjukkan sokongan serta penyataan hubungan kerja yang

amat erat serta terjalin kepada PAWE UTC Perak disamping

menghebahkan serta mempromosikan program-program yang

menjurus kepada kepentingan kumpulan sasar jabatan secara

khususnya warga emas dan kementerian amnya.

Page 3: TEKS UCAPAN YBM PAWE PERAK - kpwkm.gov.my YB... · yang tinggi pengerusi dan Jawatankuasa, akhirnya Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) UTC Perak telah dianugerahkan sebagai PAWE Cemerlang

Malaysia Bakal Berstatus Negara Tua

3. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengunjurkan bahawa

Malaysia akan mengalami status Negara Tua (aged nation) pada

tahun 2030 apabila penduduk yang berumur 60 tahun ke atas

mencecah 15 peratus dari keseluruhan populasi. Pada ketika itu,

penduduk negera akan mencapai 35.3 juta orang, yang mana 5.3

juta orang merupakan warga emas. Justeru, Malaysia akan

menjadi sebuah negara tua menjelang Rancangan Malaysia ke-

14.

4. Sehubungan dengan itu, Malaysia perlu bersiap sedia mulai

sekarang untuk menghadapi fenomena penuaan penduduk di

negara ini. Menyedari hakikat ini serta keperluan semasa dan

cabaran masa hadapan, Kementerian Pembangunan Wanita,

Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM) mengambil inisiatif untuk

mengkaji semula Dasar Warga Tua Negara yang digubal pada

Tahun 1995 dan Pelan Tindakan Dasar Warga Tua Negara yang

dirangka pada Tahun 1998.

5. Selaras dengan Dasar Warga Emas Negara dan Pelan

Tindakan Warga Emas Negara, salah satunya adalah pewujudan

Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE). PAWE merupakan satu

perkhidmatan bercorak pendampingan sosial (reaching out) dan

pembangunan (developmental) kepada warga emas melibatkan

Page 4: TEKS UCAPAN YBM PAWE PERAK - kpwkm.gov.my YB... · yang tinggi pengerusi dan Jawatankuasa, akhirnya Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) UTC Perak telah dianugerahkan sebagai PAWE Cemerlang

kerjasama strategik antara KPWKM dengan agensi kerajaan yang

lain serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) program sokongan

sosial atau pengintegrasian warga emas bersama ahli keluarga

dan masyarakat setempat. Ia juga merupakan pusat pertemuan

untuk warga emas menjalankan aktiviti dan seterusnya dapat

menghindarkan warga emas daripada kesunyian.

Peranan PAWE

Ybhg. Dato’-Dato’, tuan-tuan dan puan-puan,

8. Kewujudan PAWE kini difokuskan kepada komuniti setempat

serta turut dibuka kepada semua warga emas dalam masyarakat

sekitar bagi memberi ruang dan peluang kepada mereka untuk

menjalani pelbagai aktiviti di dalam PAWE, sekaligus

memperkasakan warga emas di bawah Ekonomic Empowerment

Programme (EEP) bagi memberi peluang kepada mereka

melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi seterusnya dapat

membantu menjana ekonomi mereka.

9. Jabatan juga akan menekankan perluasan Program

Pembelajaran Sepanjang Hayat dengan usahasama institusi-

institusi pendidikan dan penglibatan pelajar sekolah yang

berhampiran agar dapat membantu warga emas dalam

mempertingkatkan pengetahuan sebagai persediaan mereka di

hari tua.

Page 5: TEKS UCAPAN YBM PAWE PERAK - kpwkm.gov.my YB... · yang tinggi pengerusi dan Jawatankuasa, akhirnya Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) UTC Perak telah dianugerahkan sebagai PAWE Cemerlang

10. Selain itu,menerusi perancangan masa depan PAWE,

kerajaan bercadang untuk mewujudkan 222 buah PAWE iaitu

sekurang-kurangnya 1 PAWE di setiap kawasan parlimen bagi

memberi ruang kepada seluruh warga emas di setiap daerah

merasai kemudahan dan aktiviti yang di sediakan kepada

mereka.

PAWE Perak

Ybhg. Dato’, tuan-tuan dan puan-puan,

11. Saya dimaklumkan bahawa di negeri Perak mempunyai 2

buah pusat PAWE iaitu di Tanjung Malim dan UTC Perak.

Difahamkan PAWE UTC Ipoh Perak ini di bawah kepimpinan Dato’

Tan Lian Hoe sebagai Pengerusi PAWE bersama ahli jawatankuasa

telah dikendalikan dengan baik dan sangat aktif sejak dilantik

pada Bulan Ogos tahun lalu.

12. Pelbagai aktiviti dan kemudahan warga emas telah

dijalankan dengan kerjasama pelbagai pihak kerajaan dan sektor

swasta. PAWE UTC Ipoh Perak mendapat sambutan yang sangat

baik dan diluar jangka di kalangan golongan warga emas di

sekitar Ipoh. Bukan itu sahaja, dimaklum pihak Jawatankuasa

PAWE mempunyai perancangan yang lebih besar di masa

Page 6: TEKS UCAPAN YBM PAWE PERAK - kpwkm.gov.my YB... · yang tinggi pengerusi dan Jawatankuasa, akhirnya Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) UTC Perak telah dianugerahkan sebagai PAWE Cemerlang

hadapan demi menjadikan PAWE UTC Perak adalah antara PAWE

yang terbaik dan memberi manfaat kepada warga emas selaras

dengan objektif penubuhannya. Dengan usaha dan komitmen

yang tinggi pengerusi dan Jawatankuasa, akhirnya Pusat Aktiviti

Warga Emas (PAWE) UTC Perak telah dianugerahkan sebagai

PAWE Cemerlang Tahun 2015 dalam Sambutan Hari Warga Emas

dan Kanak-kanak Peringkat Kebangsaan di Johor Bahru pada 3

Oktober 2015 yang lalu. Setinggi-tinggi syabas dan tahniah sekali

lagi kepada Dato’ Tan dan ahli jawatankuasanya kerana berjaya

mengemudikan PAWE ini dengan begitu cemerlang sekali.

13. Diharap kerjasama dan kesungguhan Jawatankuasa ini

bersama Kerajaan Negeri Perak melalui Jabatan Kebajikan

Masyarakat Negeri Perak dapat diteruskan dan dipertingkatkan

pencapaian yang lebih tinggi demi kebajikan dan kesejahteraan.

Penutup

14. Sebagai kesimpulan, kesejahteraan sosial dan pembangunan

yang dinikmati oleh rakyat Malaysia pada masa ini adalah hasil

titik peluh dan usaha gigih generasi terdahulu yang kini menjadi

warga emas. Sehubungan itu, adalah menjadi obligasi sosial dan

komitmen Kerajaan dengan kerjasama NGO/sektor swasta untuk

menyediakan persekitaran kondusif sebagai tanda pengiktirafan

bagi membolehkan warga emas kita menua secara aktif,

Page 7: TEKS UCAPAN YBM PAWE PERAK - kpwkm.gov.my YB... · yang tinggi pengerusi dan Jawatankuasa, akhirnya Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) UTC Perak telah dianugerahkan sebagai PAWE Cemerlang

produktif dan sihat.

Sekian, wabillahittaufik, Walhidayah, Wassalamualaikum

Warahmatullahi Wabarakatuh.