teks mc

3
1. Pembukaan Mengumumkan, ketibaan Yang Berusaha Puan Norsiah binti Abdul Rahman Pengetua SMK Bukit Katil dan barisan pentadbir. *** Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh, salam sejahtera, Salam Melaka maju negeriku sayang, negeri bandar teknologi hijau, Melaka 752 tahun, Melaka Fasa Kedua. Yang Berusaha Puan Norsiah binti Abdul Rahman, Pengetua SMK Bukit Katil. Yang dihormati, Encik Jayhan Cheong bin Abdullah, Guru Penolong Kanan SMK Bukit Katil. Yang dihormati Tuan Haji Moran bin Hassan, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Yang dihormati, Puan Jolia binti Mohamed, Guru Penolong Kanan Kokurikulum SMK Bukit Katil. Yang dihormati, Encik Azahari bin Sahar, Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas. Barisan Guru Kanan Bidang Matapelajaran, Rakan-rakan Guru, ibu bapa dan penjaga Serta putera puteri dari gedung ilmu SMK Bukit Katil. Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana di pagi yang berbahagia dan ceria ini kita dapat bersama sama berkumpul dalam Majlis Mohon Restu Calon SPM 2014 SMK Bukit Katil. 2. Bacaan Doa Bunga mawar cantik tersemat, Dipetik gadis di tepi titi, Doa dibaca memohon Rahmat, Moga Majlis sentiasa diberkati. Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, majlis menjemput Al-Fadhil USTAZ Rizal bin Shafie untuk membacakan doa. Dipersilakan. *** Aamiin, ya robbal aalamin... Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Rizal bin Shafie atas bacaan doa itu tadi. 3. Ucapan Wakil Pelajar Bagi mendahului majlis pada hari ini, dipersilakan Saudara Muhammad Hafizzudin bin Jamil, wakil pelajar tingkatan 5

Upload: intansyafikaanuar

Post on 16-Nov-2015

228 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

semua ALLAH punya

TRANSCRIPT

1.Pembukaan

Mengumumkan, ketibaan Yang Berusaha Puan Norsiah binti Abdul Rahman Pengetua SMK Bukit Katil dan barisan pentadbir.***Bismillahirrahmanirrahim.Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh, salam sejahtera, Salam Melaka maju negeriku sayang, negeri bandar teknologi hijau, Melaka 752 tahun, Melaka Fasa Kedua.

Yang Berusaha Puan Norsiah binti Abdul Rahman, Pengetua SMK Bukit Katil.

Yang dihormati, Encik Jayhan Cheong bin Abdullah, Guru Penolong Kanan SMK Bukit Katil.

Yang dihormati Tuan Haji Moran bin Hassan, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

Yang dihormati, Puan Jolia binti Mohamed, Guru Penolong Kanan Kokurikulum SMK Bukit Katil.

Yang dihormati, Encik Azahari bin Sahar, Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas.

Barisan Guru Kanan Bidang Matapelajaran,

Rakan-rakan Guru, ibu bapa dan penjaga Serta putera puteri dari gedung ilmu SMK Bukit Katil.

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana di pagi yang berbahagia dan ceria ini kita dapat bersama sama berkumpul dalam Majlis Mohon Restu Calon SPM 2014 SMK Bukit Katil.

2.Bacaan Doa

Bunga mawar cantik tersemat, Dipetik gadis di tepi titi,Doa dibaca memohon Rahmat, Moga Majlis sentiasa diberkati.

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, majlis menjemput Al-Fadhil USTAZ Rizal bin Shafie untuk membacakan doa. Dipersilakan.

***Aamiin, ya robbal aalamin...

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Rizal bin Shafie atas bacaan doa itu tadi.

3.Ucapan Wakil Pelajar

Bagi mendahului majlis pada hari ini, dipersilakan Saudara Muhammad Hafizzudin bin Jamil, wakil pelajar tingkatan 5 SMK Bukit Katil untuk memberikan ucapan. Dipersilakan.

*** Terima kasih diucapkan kepada Saudara Muhammad Hafizzudin bin Jamil atas ucapan sebentar tadi.

4.Ucapan wakil guru

Majlis seterusnya mmpersilakan Puan Rahmah binti Daud mewakili guru tingkatan 5 untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*** Terima kasih diucapkan kepada Puan Rahmah binti Daud atas ucapan sebentar tadi.

5.Ucapan Pengetua

Hadiri sekalian, tidak lengkap rasanya jika tidak mendengar sepatah dua kata daripada Puan Pengetua.Majlis mempersilakan Yang Berusaha Puan Norsiah binti Abdul Rahman, Pengetua SMK Bukit Katil untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.***Terima kasih diucapkan kepada Puan Norsiah binti Abdul Rahman atas ucapan sebentar tadi.

6.Penyerahan Alat Tulis

Seterusnya, majlis menjemput sekali lagi Yang Berusaha Puan Norsiah binti Abdul Rahman dengab diiringi ______________ untuk menyampaikan cenderamata berupa alat tulis sumbangan Unit Bimbingan dan kaunseling SMK Bukit Katil kepada guru-guru tingkatan 5.

Dijemput,________________________ guru Tingkatan 5 Sains 1________________________ guru Tingkatan 5 Sains 2________________________ guru Tingkatan 5 Akaun________________________ guru Tingkatan 5 MPV1________________________ guru Tingkatan 5 MPV2________________________ guru Tingkatan 5 Arif________________________ guru Tingkatan 5 Bestari________________________ guru Tingkatan 5 Cemerlang________________________ guru Tingkatan 5 Dinamik________________________ guru Tingkatan 5 Elit

*** Terima kasih diucapkan kepada Puan Norsiah binti Abdul Rahman dan _______________ atas penyerahan cenderamata sebentar tadi.

7.Bersalaman

Seterusnya, dijemput Puan Norsiah serta barisan pentadbir dan guru-guru untuk berdiri di hadapan bagi sesi bersalam-salaman.

Diminta murid Tingkatan 5 Sains 1 untuk berdiri untuk menerima cenderamata daripada guru tingkatan seterusnya bersalaman dengan barisan guru di hadapan.

Diikuti oleh murid Tingkatan ___________(5 Sains 2 / 5 Akaun / 5 MPV1 / 5MPV2 / 5 Arif / 5 Bestari / 5 Cemerlang / 5 Dinamik / 5 Elit)

*** Terima kasih diucapkan kepada Puan Norsiah, barisan pentadbir dan guru-guru.

8.Penutup

Dengan berakhirnya sesi penyerahan cenderamata dan bersalam-salaman sebentar tadi maka berakhirlah Majlis Mohon Restu Calon SPM 2014 SMK Bukit Katil.

Setinggi mana gunung didakiSepantas mana kaki dibawa berlariDan sedalam mana lautan diselamiAkan terhenti jua di tepian hariMaka begitulaj jugaSejauh mana acara diaturAkan berakhir juga di rembang hari

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Yang Maha Esa dan yang buruk itu datangnya dari kami tetapi kedua-duanya datang dari ALLAH swt.

Sekian , wabillahitaufik walhidayahWassalamualaikum warahmatullah hi wabarokatuh.