teknologi vokasional - matematik · 2016. 3. 19. · dan inovatif serta berketrampilan,...

27
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN ASAS VOKA SI ONAL TEKNOLOGI VOKASIONAL - MA TEMA TI K TINGKATAN SATU 2014

Upload: others

Post on 08-Dec-2020

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TEKNOLOGI VOKASIONAL - MATEMATIK · 2016. 3. 19. · dan inovatif serta berketrampilan, mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran sains, matematik dan teknologi secara berkesan dan

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL

TEKNOLOGI VOKASIONAL - MATEMATIK

TINGKATAN SATU

2014

Page 2: TEKNOLOGI VOKASIONAL - MATEMATIK · 2016. 3. 19. · dan inovatif serta berketrampilan, mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran sains, matematik dan teknologi secara berkesan dan

2

Page 3: TEKNOLOGI VOKASIONAL - MATEMATIK · 2016. 3. 19. · dan inovatif serta berketrampilan, mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran sains, matematik dan teknologi secara berkesan dan

DOKUMEN STANDARD

PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL (PAV)

MODUL TEKNOLOGI VOKASIONAL

MATEMATIK

TINGKATAN 1

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

3

Page 4: TEKNOLOGI VOKASIONAL - MATEMATIK · 2016. 3. 19. · dan inovatif serta berketrampilan, mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran sains, matematik dan teknologi secara berkesan dan

4

Copyright © 2013 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62600 Putrajaya Cetakan Pertama 2013 Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau lain-lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 WP Putrajaya

Page 5: TEKNOLOGI VOKASIONAL - MATEMATIK · 2016. 3. 19. · dan inovatif serta berketrampilan, mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran sains, matematik dan teknologi secara berkesan dan

5

KANDUNGAN

1. RUKUN NEGARA

vi

2. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

vii

3. KATA PENGANTAR

viii

4. PENGENALAN 4.1 Matlamat Pendidikan Asas Vokasional 4.2 Objektif Pendidikan Asas Vokasional 4.3 Kurikulum Berasaskan Kompetensi 4.4 Kurikulum Modular Berasaskan Standard

1 1 1 1

5. PELAKSANAAN 5.1 Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) 5.2 Penggunaan Teknologi Dalam P&P

2 2

6. DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK) 6.1 Matlamat Modul 6.2 Objektif Modul 6.3 Fokus Modul 6.4 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 6.5 Organisasi Standard Kurikulum 6.6 Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian

4 4 4 4 5

6-14

Page 6: TEKNOLOGI VOKASIONAL - MATEMATIK · 2016. 3. 19. · dan inovatif serta berketrampilan, mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran sains, matematik dan teknologi secara berkesan dan

6

RUKUN NEGARA BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh

masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan

dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang

kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut

berdasarkan prinsip-prinsip berikut :

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Page 7: TEKNOLOGI VOKASIONAL - MATEMATIK · 2016. 3. 19. · dan inovatif serta berketrampilan, mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran sains, matematik dan teknologi secara berkesan dan

7

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh

dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan

kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,

berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap

keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Page 8: TEKNOLOGI VOKASIONAL - MATEMATIK · 2016. 3. 19. · dan inovatif serta berketrampilan, mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran sains, matematik dan teknologi secara berkesan dan

8

Kata Pengantar Dokumen Standard Kurikulum (DSK) ialah dokumen yang bertujuan untuk memenuhi cita-cita murni dan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan murid menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad ke-21. Dokumen ini menyarankan strategi pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi pelbagai aktiviti dan penggunaan sumber. Guru digalakkan menggunakan kreativiti untuk memilih, menyusun dan mengolah aktiviti mengikut kesesuaian murid. DSK ini diharapkan dapat membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Dalam melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru diharapkan dapat memberikan penekanan pada unsur bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran kontekstual, dan pembelajaran konstruktivisme. Di samping itu, nilai murni dan semangat patriotik dan kewarganegaraan tetap diutamakan. Semua elemen ini diharapkan dapat memberikan keyakinan kepada murid dan boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian dan dunia pekerjaan. DSK ini menjelaskan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid berasaskan pendekatan masteri. Hasil pembelajaran tersebut dinyatakan secara eksplisit mengikut tahap kesukaran isi kandungan dan tahap keupayaan murid. Kandungan DSK ini menggariskan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Pernyataan dalam Standard Pembelajaran memberikan cabaran yang sesuai dengan murid pada tahap tertinggi dalam pendidikan sekolah menengah. DSK ini seharusnya dapat membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Dalam menyediakan DSK yang dibangunkan ini banyak pihak yang terlibat terutama guru, pensyarah, penyelidik, eksekutif industri, pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia dan individu yang mewakili badan-badan tertentu. Kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan kepakaran, masa, dan tenaga sehingga terhasilnya DSK ini, Bahagian Pembangunan Kurikulum merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih.

(Dr. MASNAH BINTI ALI MUDA) Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Page 9: TEKNOLOGI VOKASIONAL - MATEMATIK · 2016. 3. 19. · dan inovatif serta berketrampilan, mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran sains, matematik dan teknologi secara berkesan dan

9

PENGENALAN Struktur Kurikulum Standard Pendidikan Asas Vokasional (PAV) digubal berlandaskan prinsip-prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Matlamat Pendidikan Asas Vokasional Matlamat PAV adalah untuk menyediakan peluang kepada murid lepasan UPSR menjadi modal insan berkemahiran bekerja dan bersedia melanjutkan pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Objektif Pendidikan Asas Vokasional Objektif PAV adalah untuk menjadikan aliran pendidikan vokasional sebagai pilihan selain daripada aliran perdana yang sedia ada. Ini bersesesuaian dengan murid berisiko untuk tercicir, agar dapat menimbulkan minat belajar yang berterusan terutama dalam bidang kerja tangan. PAV dilihat mampu menggilap potensi belajar murid melalui kurikulum yang dapat memberikan kemahiran generik asas dan kemahiran spesifik pekerjaan. Kemahiran ini, yang memang dituntut oleh majikan dan industri, akan menanam kemahiran yang menjadi asas kepada pembentukan sahsiah dan pembangunan karakter yang mantap. PAV turut menyediakan murid dengan pengetahuan dan kemahiran pekerjaan serta memberikan pendedahan dan bimbingan agar mereka kritis, kreatif dan inovatif. Melalui aktiviti yang menarik dan berkesan, murid dapat membuat keputusan dalam mencorakkan masa depan serta menerap dan mengembangkan kompetensi keusahawanan serta menjana budaya niaga.

Kurikulum Berasaskan Kompetensi Kurikulum PAV adalah menggunakan konsep Kurikulum Berasaskan Kompetensi yang membenarkan murid mengulang semula kompetensi yang belum dicapai sehingga murid PAV kompeten sesuatu kemahiran yang di perlukan oleh Kriteria Pencapaian. Kurikulum Modular Berasaskan Standard Kurikulum Pendidikan Asas Vokasional digubal dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti perlu dikuasai oleh murid.

Standard Kandungan Pernyataan spesifik tentang disiplin ilmu yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard Pembelajaran Satu penetapan kriteria untuk memastikan kualiti pembelajaran dan pencapaian bagi setiap Standard Kandungan Kriteria Pencapaian Kriteria pencapaian adalah kenyataan yang mengkhususkan apa yang perlu ditaksir dan tahap pencapaian yang diperlukan bagi setiap Standard Pembelajaran.

Page 10: TEKNOLOGI VOKASIONAL - MATEMATIK · 2016. 3. 19. · dan inovatif serta berketrampilan, mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran sains, matematik dan teknologi secara berkesan dan

10

PELAKSANAAN

Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Waktu P&P modul ini diperuntukkan sebanyak 4 waktu seminggu selama 14 minggu menjadikan keseluruhan 56 waktu setahun. Guru berlatarbelakang opsyen Matematik paling sesuai mengajar modul ini. Pelaksanaan modul ini hendaklah menggunakan prasarana yang sedia ada. Jika sekolah mempunyai kekurangan prasarana, guru haruslah membuat perancangan supaya pengajaran ini dapat dilaksanakan sebaik mungkin. Penggunaan Teknologi Dalam P&P Dicadangkan, guru boleh menggunakan bahan/peralatan sebenar yang sedia ada untuk mengajar modul ini. Sekiranya kemahiran masih belum dapat dikuasai sepenuhnya maka ia boleh diperkukuhkan secara merentas kurikulum dalam disiplin ilmu lain. Guru perlulah kreatif dalam P&P yang melibatkan penggunaan bahan/peralatan di bilik darjah/bengkel/makmal/ladang/lapangan. Guru perlu mengolah P&P supaya mengintegrasikan TMK serta keusahawanan dapat diaplikasikan.

Page 11: TEKNOLOGI VOKASIONAL - MATEMATIK · 2016. 3. 19. · dan inovatif serta berketrampilan, mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran sains, matematik dan teknologi secara berkesan dan

11

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM

TEKNOLOGI VOKASIONAL - MATEMATIK

Page 12: TEKNOLOGI VOKASIONAL - MATEMATIK · 2016. 3. 19. · dan inovatif serta berketrampilan, mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran sains, matematik dan teknologi secara berkesan dan

12

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK) Matlamat Modul Kurikulum Matematik Pendidikan Asas Vokasional (PAV) bertujuan mengembangkan potensi individu agar berpemikiran logik, kritis, kreatif dan inovatif serta berketrampilan, mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran sains, matematik dan teknologi secara berkesan dan bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah serta membuat keputusan berlandaskan sikap saintifik dan nilai murni selaras dengan perkembangan sains dan teknologi untuk menangani cabaran abad ke-21. Objektif Modul Di akhir modul ini, murid akan dapat;

. 1. Membentuk kefahaman tentang konsep, hukum dan prinsip yang berkaitan dengan Nombor dan Operasi; Sukatan; Perkaitan;

Geometri dan Statistik 2. Mempertingkatkan kemahiran matematik berkaitan dengan Nombor dan Operasi; Sukatan; Perkaitan; Geometri dan Statistik seperti:

Mengukur dan membina

Membuat anggaran dan penghampiran

Memungut dan mengendali data

Mewakilkan dan mentafsir data

Mengenal perkaitan dan mewakilkannya secara matematik

Menggunakan algoritma dan perkaitan

Menyelesaikan masalah

Membuat keputusan 3. Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam membuat pertimbangan dan keputusan yang wajar bagi

menyelesaikan masalah dalam pelbagai konteks. 4. Mengamalkan secara konsisten kemahiran proses matematik iaitu

penyelesaian masalah;

penaakulan matematik;

komunikasi secara matematik;

perkaitan; dan

perwakilan 5. Membudayakan penggunaan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam membuat pertimbangan dan keputusan yang wajar

secara berkesan dan bertanggungjawab dalam situasi kehidupan harian. 6. Menyedari bahawa idea matematik saling berkait, dan merupakan ilmu yang menyeluruh dan bersepadu, serta mampu

menghubungkaitkan ilmu matematik dengan bidang ilmu yang lain.

Page 13: TEKNOLOGI VOKASIONAL - MATEMATIK · 2016. 3. 19. · dan inovatif serta berketrampilan, mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran sains, matematik dan teknologi secara berkesan dan

13

7. Menggunakan teknologi bagi membina konsep, menguasai kemahiran, menyelesaikan masalah dan meneroka idea matematik di samping memperkayakan pengalaman pembelajaran.

8. Memupuk dan mengamalkan nilai murni, bersikap positif terhadap matematik serta menghargai kepentingan dan keindahannya. 9. Membentuk pemikiran kritis, kreatif dan inovatif serta kecekalan dalam menyelesaikan masalah. 10. Mengamal dan mengembangkan kemahiran generik bagi menghadapi cabaran abad ke-21.

Fokus Modul Kurikulum Standard Pendidikan Asas Vokasional dalam bidang Matematik memberi penekanan kepada asas pengetahuan berteraskan kepada perkembangan dan penggabungan domain pengetahuan kerjaya, kompetensi kemahiran teknikal dengan menerapkan aspek keselamatan, teknologi hijau dan keusahawanan. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Proses pengajaran dan pembelajaran adalah berpusatkan murid untuk menggalakkan pembelajaran, mengekalkan minat dan menimbulkan kesedaran murid supaya terus maju dengan menggunakan pendekatan holistik seperti berikut:

Pendekatan modular berasaskan kompetensi Pendekatan pembelajaran berasaskan masalah, tugasan dan aktiviti Pendekatan pembelajaran melalui penghasilan produk Pembelajaran autentik (kontekstual dan konstruktif) Pembelajaran kolaboratif dan koperatif Pembelajaran masteri Integrasi TMK merentas kurikulum Integrasi keusahawanan merentas kurikulum Lawatan industri Pengurusan kewangan berhemah

Organisasi Standard Kurikulum

Standard Kurikulum modul ini disusun supaya mempunyai kesinambungan dengan pengetahuan dan kemahiran di Tingkatan 2 hingga 3. Standard Kandungan mempunyai satu atau lebih Standard Pembelajaran yang dikonsepsikan berdasarkan bidang pembelajaran tertentu. Standard Kandungan ditulis mengikut hierarki dalam domain kognitif dan afektif. Pernyataan Standard Kandungan ini merupakan pernyataan umum yang mengandungi unsur pengetahuan, kemahiran berfikir, sikap dan nilai murni yang sesuai dengan Standard Pembelajaran yang dihasratkan. Secara am, Standard Pembelajaran disusun mengikut hierarki dari mudah ke kompleks, sungguhpun begitu urutan Standard Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian boleh diubahsuai mengikut kesesuaian dan keperluan pembelajaran.

Page 14: TEKNOLOGI VOKASIONAL - MATEMATIK · 2016. 3. 19. · dan inovatif serta berketrampilan, mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran sains, matematik dan teknologi secara berkesan dan

14

Aktiviti boleh dipelbagaikan untuk mencapai satu Standard Kandungan bagi memenuhi keperluan pembelajaran, sesuai dengan kebolehan serta gaya pembelajaran murid. Guru digalakkan merancang aktiviti yang dapat melibatkan murid secara aktif bagi menjana pemikiran secara analitis, kritis, inovatif dan kreatif di samping menggunakan teknologi sebagai wahana dalam mencapai Standard Kandungan tersebut dengan lebih berkesan. Selain daripada itu, kurikulum ini turut menerapkan elemen keusahawanan, kreativiti dan inovasi sebagai persediaan ke arah menyediakan modal insan yang berupaya menyumbang ke arah menjadikan negara sebagai negara berpendapatan tinggi selaras dengan hasrat Model Baru Ekonomi.

Page 15: TEKNOLOGI VOKASIONAL - MATEMATIK · 2016. 3. 19. · dan inovatif serta berketrampilan, mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran sains, matematik dan teknologi secara berkesan dan

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD

PEMBELAJARAN

KRITERIA PENCAPAIAN

1. Mempamer dan mengaplikasikan kefahaman tentang nombor bulat dan operasi asas dalam penyelesaian masalah.

1.1 Mengenal, menamakan, menulis, membilang dan menggunakan nombor bulat.

1.1.1 Mengenal, menamakan dan menulis nombor bulat dalam angka dan perkataan.

1.1.2 Membilang dan menyatakan bilangan objek dalam kiraan dua- dua, lima-lima, sepuluh-sepuluh, seratus-seratus dan seribu- seribu.

1.2 Menjelaskan perwakilan setiap digit dalam suatu nombor bulat.

1.2.1 Menyatakan nilai tempat bagi setiap digit dalam suatu nombor bulat.

1.2.2 Menyatakan nilai digit bagi setiap digit dalam suatu nombor bulat.

1.3 Membanding, menyusun dan membundarkan nombor bulat.

1.3.1 Membanding dan menyusun nombor bulat pada garis nombor.

1.3.2 Membundarkan nombor bulat kepada

a) puluh yang terdekat.

b) ratus yang terdekat.

c) ribu yang terdekat.

1.4 Menganggar suatu kuantiti objek dalam pelbagai konteks.

1.4.1 Menganggar suatu kuantiti dan menjustifikasi sama ada anggaran tersebut adalah anggaran yang baik.

3

Page 16: TEKNOLOGI VOKASIONAL - MATEMATIK · 2016. 3. 19. · dan inovatif serta berketrampilan, mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran sains, matematik dan teknologi secara berkesan dan

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD

PEMBELAJARAN

KRITERIA PENCAPAIAN

1.5 Menjalankan operasi tambah dan tolak serta menyelesaikan masalah yang melibatkan nombor bulat dalam pelbagai konteks.

1.5.1 Menambah dan menolak nombor bulat secara spontan dalam lingkungan fakta asas tambah dan tolak.

1.5.2 Menambah dan menolak nombor bulat secara mental berdasarkan penggunaan dan lanjutan fakta asas tambah dan tolak.

1.5.3 Menambah dan menolak nombor bulat tanpa dan dengan menggunakan kalkulator.

1.5.4 Menulis ayat matematik yang melibatkan penambahan dan penolakan nombor bulat berdasarkan suatu situasi, dan seterusnya menyelesaikan masalah tersebut.

1.6 Menjalankan operasi darab dan menyelesaikan masalah yang melibatkan nombor bulat dalam pelbagai konteks.

1.6.1 Mendarab nombor bulat secara spontan dalam lingkungan fakta asas darab.

1.6.2 Mendarab nombor bulat secara mental berdasarkan penggunaan dan lanjutan fakta asas darab.

1.6.3 Mendarab nombor bulat tanpa dan dengan menggunakan kalkulator.

1.6.4 Menulis ayat matematik yang melibatkan pendaraban nombor bulat berdasarkan suatu situasi, dan seterusnya menyelesaikan masalah tersebut.

4

Page 17: TEKNOLOGI VOKASIONAL - MATEMATIK · 2016. 3. 19. · dan inovatif serta berketrampilan, mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran sains, matematik dan teknologi secara berkesan dan

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD

PEMBELAJARAN

KRITERIA PENCAPAIAN

1.7 Menjalankan operasi bahagi dan menyelesaikan masalah yang melibatkan nombor bulat dalam pelbagai konteks.

1.7.1 Menggunakan hubungan antara pendaraban dan pembahagian untuk menerbitkan fakta asas bahagi.

1.7.2 Membahagi nombor bulat tanpa dan dengan menggunakan kalkulator.

1.7.3 Menulis ayat matematik yang melibatkan pembahagian nombor bulat berdasarkan suatu situasi dan seterusnya menyelesaikan masalah tersebut.

1.8 Menjalankan gabungan operasi dan menyelesaikan masalah yang melibatkan nombor bulat dalam pelbagai konteks.

1.8.1 Menjalankan gabungan operasi yang melibatkan nombor bulat tanpa dan dengan menggunakan kalkulator.

1.8.2 Menulis ayat matematik gabungan operasi yang melibatkan nombor bulat (terhad kepada dua operasi) berdasarkan suatu situasi dan seterusnya menyelesaikan masalah tersebut.

5

Page 18: TEKNOLOGI VOKASIONAL - MATEMATIK · 2016. 3. 19. · dan inovatif serta berketrampilan, mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran sains, matematik dan teknologi secara berkesan dan

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD

PEMBELAJARAN

KRITERIA PENCAPAIAN

2. Mempamer dan mengaplikasikan kefahaman tentang pecahan dalam penyelesaian masalah.

2.1 Mengenal pecahan. 2.1.1 Mengenal, menyatakan dan menulis suatu pecahan daripada:

a) keseluruhan bahagian

b) suatu kumpulan objek.

2.1.2 Mewakilkan suatu pecahan dengan gambar rajah dan sebaliknya.

2.1.3 Mengenal, menyatakan, menulis dan mewakilkan pecahan setara bagi suatu pecahan.

2.1.4 Membanding dan menyusun pecahan mengikut urutan.

2.1.5 Menukar pecahan setara dalam bentuk termudah.

2.2 Mengenal pecahan tidak wajar dan nombor bercampur.

2.2.1 Mengenal, menyatakan dan menulis nombor bercampur.

2.2.2 Mewakilkan nombor bercampur dengan gambarajah dan sebaliknya.

2.2.3 Mengenal perkaitan antara nombor bercampur dan pecahan tidak wajar dan dan seterusnya menukar pecahan tidak wajar kepada nombor bercampur dan sebaliknya.

6

Page 19: TEKNOLOGI VOKASIONAL - MATEMATIK · 2016. 3. 19. · dan inovatif serta berketrampilan, mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran sains, matematik dan teknologi secara berkesan dan

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD

PEMBELAJARAN

KRITERIA PENCAPAIAN

2.3 Menjalankan operasi asas dan menyelesaikan masalah yang melibatkan pecahan dalam pelbagai konteks.

2.3.1 Menjalankan operasi tambah dan tolak yang melibatkan

a) pecahan dan pecahan.

b) pecahan dan nombor bulat.

c) pecahan dan nombor bercampur.

2.3.2 Menjalankan operasi darab yang melibatkan

a) pecahan dan pecahan.

b) pecahan dan nombor bulat.

2.3.3 Menjalankan operasi bahagi yang melibatkan pecahan dan nombor bulat.

2.3.4 Menyelesaikan masalah yang melibatkan pecahan dalam pelbagai konteks.

7

Page 20: TEKNOLOGI VOKASIONAL - MATEMATIK · 2016. 3. 19. · dan inovatif serta berketrampilan, mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran sains, matematik dan teknologi secara berkesan dan

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD

PEMBELAJARAN

KRITERIA PENCAPAIAN

3. Mempamer dan mengaplikasikan kefahaman tentang perpuluhan dalam penyelesaian masalah.

3.1 Mengenal perpuluhan. 3.1.1 Mengenal, menyatakan dan menulis perpuluhan.

3.1.2 Membuat perkaitan antara perpuluhan dan pecahan mudah

1 , 1

, 1

, 3

serta pecahan yang penyebutnya terhad kepada

2 3 4 4 sepuluh dan seratus.

3.2 Menjalankan operasi asas dan menyelesaikan masalah yang melibatkan perpuluhan (jawapan pengiraan terhad kepada dua tempat perpuluhan) dalam pelbagai konteks.

3.2.1 Menambah dan menolak dua perpuluhan.

3.2.2 Mendarab dan membahagi perpuluhan dengan nombor bulat dan perpuluhan.

3.2.3 Mengenalpasti dan meneroka pola yang terhasil apabila perpuluhan didarab atau dibahagi dengan 10, 100 dan 1000, dan seterusnya menggunakan kefahaman tersebut untuk mendarab atau membahagi perpuluhan dengan 10, 100 dan 1000.

3.2.4 Menjalankan operasi asas yang melibatkan nombor perpuluhan menggunakan kalkulator.

3.2.5 Menyelesaikan masalah yang melibatkan perpuluhan dalam pelbagai konteks.

8

Page 21: TEKNOLOGI VOKASIONAL - MATEMATIK · 2016. 3. 19. · dan inovatif serta berketrampilan, mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran sains, matematik dan teknologi secara berkesan dan

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD

PEMBELAJARAN

KRITERIA PENCAPAIAN

4. Mempamer dan mengaplikasikan kefahaman tentang peratus dalam penyelesaian masalah.

4.1 Mengenal peratus.

4.1.1 Mengenal peratus sebagai pecahan yang penyebutnya adalah seratus.

4.1.2 Membuat perkaitan antara peratus dan perpuluhan serta pecahan

mudah 1

, 1

, 1

, 3

.

2 3 4 4

4.2 Menjalankan operasi darab dan menyelesaikan masalah yang melibatkan peratus dalam pelbagai konteks.

4.2.1 Menjalankan operasi darab yang melibatkan peratus dan nombor bulat tanpa dan dengan menggunakan kalkulator.

4.2.2 Menyelesaikan masalah yang melibatkan peratus dalam pelbagai konteks.

9

Page 22: TEKNOLOGI VOKASIONAL - MATEMATIK · 2016. 3. 19. · dan inovatif serta berketrampilan, mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran sains, matematik dan teknologi secara berkesan dan

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD

PEMBELAJARAN

KRITERIA PENCAPAIAN

5. Mempamer dan mengaplikasikan kefahaman tentang masa dan waktu dalam penyelesaian masalah.

5.1 Mengaplikasi kefahaman tentang sistem 12 jam dan 24 jam.

5.1.1 Menyatakan waktu dalam jam dan minit bagi sistem 24 jam.

5.1.2 Menghubungkait dan menukarkan waktu antara sistem 12 jam dan 24 jam.

5.2 Menggunakan hubungan antara unit dalam masa.

5.2.1 Membuat perkaitan dan menukarkan unit dalam masa antara:

a) minit, jam dan hari

b) hari, bulan dan tahun

5.3 Menentukan tempoh masa dan menyelesaikan masalah yang melibatkan masa dan waktu dalam pelbagai konteks.

5.3.1 Menentukan tempoh masa apabila diberi masa mula dan masa akhir.

5.3.2 Menentukan masa mula atau masa akhir apabila diberi tempoh masa.

5.3.3 Menyelesaikan masalah yang melibatkan masa dalam pelbagai konteks termasuk penggunaan jadual waktu.

10

Page 23: TEKNOLOGI VOKASIONAL - MATEMATIK · 2016. 3. 19. · dan inovatif serta berketrampilan, mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran sains, matematik dan teknologi secara berkesan dan

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD

PEMBELAJARAN

KRITERIA PENCAPAIAN

6. Mempamer dan mengaplikasikan kefahaman tentang ukuran panjang dalam penyelesaian masalah.

6.1 Mengukur dan menganggar ukuran panjang dalam unit bukan piawai.

6.1.1 Mengukur dan menyatakan panjang pelbagai objek atau jarak menggunakan alat pengukur yang sesuai.

6.1.2 Menganggar panjang objek atau jarak dan membuat keputusan sama ada anggaran tersebut adalah anggaran yang baik.

6.2 Mengukur dan menganggar ukuran panjang dalam unit piawai (milimeter, sentimeter, meter dan kilometer).

6.2.1 Mengukur dan menyatakan panjang pelbagai objek atau jarak menggunakan alat pengukur yang sesuai.

6.2.2 Menganggar panjang objek atau jarak dan membuat keputusan sama ada anggaran tersebut adalah anggaran yang baik.

6.3 Menggunakan hubungan antara unit (milimeter, sentimeter, meter dan kilometer) dalam ukuran panjang.

6.3.1 Membuat perkaitan dan menukarkan antara unit dalam ukuran panjang tanpa dan dengan menggunakan kalkulator.

6.4 Menjalankan operasi asas dan menyelesaikan masalah yang melibatkan ukuran panjang (milimeter, sentimeter, meter dan kilometer) dalam pelbagai konteks.

6.4.1 Menjalankan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi yang melibatkan ukuran panjang tanpa dan dengan menggunakan kalkulator.

6.4.2 Menyelesaikan masalah yang melibatkan ukuran panjang dalam pelbagai konteks.

11

Page 24: TEKNOLOGI VOKASIONAL - MATEMATIK · 2016. 3. 19. · dan inovatif serta berketrampilan, mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran sains, matematik dan teknologi secara berkesan dan

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD

PEMBELAJARAN

KRITERIA PENCAPAIAN

7. Mempamer dan mengaplikasikan kefahaman tentang jisim dalam penyelesaian masalah.

7.1 Mengukur dan menganggar jisim dalam unit piawai (gram dan kilogram).

7.1.1 Mengukur dan menyatakan jisim pelbagai objek menggunakan alat penimbang yang sesuai.

7.1.2 Menganggar jisim objek dan membuat keputusan sama ada anggaran tersebut adalah anggaran yang baik.

7.2 Menggunakan hubungan antara unit (gram dan kilogram) dalam jisim.

7.2.1 Membuat perkaitan dan menukarkan antara unit dalam jisim tanpa dan dengan menggunakan kalkulator.

7.3 Menjalankan operasi asas dan menyelesaikan masalah yang melibatkan jisim (gram dan kilogram) dalam pelbagai konteks.

7.3.1 Menjalankan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi yang melibatkan jisim tanpa dan dengan menggunakan kalkulator.

7.3.2 Menyelesaikan masalah yang melibatkan jisim dalam pelbagai konteks.

12

Page 25: TEKNOLOGI VOKASIONAL - MATEMATIK · 2016. 3. 19. · dan inovatif serta berketrampilan, mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran sains, matematik dan teknologi secara berkesan dan

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD

PEMBELAJARAN

KRITERIA PENCAPAIAN

8. Mempamer dan mengaplikasikan kefahaman tentang isipadu cecair dalam penyelesaian masalah.

8.1 Menyukat dan menganggar isipadu cecair dalam unit piawai (mililiter dan liter).

8.1.1 Menyukat dan menyatakan isipadu cecair menggunakan alat penyukat yang sesuai.

8.1.2 Menganggar isipadu cecair dan membuat keputusan sama ada anggaran tersebut adalah anggaran yang baik.

8.2 Menggunakan hubungan antara unit (mililiter dan liter) dalam isipadu cecair.

8.2.1 Membuat perkaitan dan menukar antara unit dalam isipadu cecair tanpa dan dengan menggunakan kalkulator.

8.3 Menjalankan operasi asas dan menyelesaikan masalah yang melibatkan isipadu cecair (mililiter dan liter) dalam pelbagai konteks.

8.3.1 Menjalankan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi yang melibatkan isipadu cecair tanpa dan dengan menggunakan kalkulator.

8.3.2 Menyelesaikan masalah yang melibatkan isipadu cecair dalam pelbagai konteks.

13

Page 26: TEKNOLOGI VOKASIONAL - MATEMATIK · 2016. 3. 19. · dan inovatif serta berketrampilan, mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran sains, matematik dan teknologi secara berkesan dan

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD

PEMBELAJARAN

KRITERIA PENCAPAIAN

9. Mempamer dan mengaplikasikan kefahaman tentang nisbah, kadar dan perkadaran dalam penyelesaian masalah.

9.1 Menggunakan kefahaman tentang nisbah untuk menyelesaikan masalah dalam pelbagai konteks.

9.1.1 Menyatakan dan menulis nisbah sebagai perbandingan dua

a kuantiti dalam bentuk a : b atau .

b

9.1.2 Menyatakan nisbah setara bagi suatu nisbah yang diberi.

9.1.3 Menyelesaikan masalah yang melibatkan nisbah dalam pelbagai konteks.

9.2 Menggunakan kefahaman tentang kadar dan perkadaran untuk menyelesaikan masalah dalam pelbagai konteks.

9.2.1 Membuat perkaitan dan menggunakan hubungan antara kadar dan perkadaran dalam konteks yang mudah.

9.2.2 Menentukan sama ada dua nisbah adalah berkadaran.

9.2.3 Menyelesaikan masalah yang melibatkan perkadaran dalam pelbagai konteks.

14

Page 27: TEKNOLOGI VOKASIONAL - MATEMATIK · 2016. 3. 19. · dan inovatif serta berketrampilan, mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran sains, matematik dan teknologi secara berkesan dan

Terbitan: