dsk teknologi vokasional - matematik (1) (1)

Upload: irdawaty

Post on 07-Jul-2018

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/18/2019 DSK Teknologi Vokasional - Matematik (1) (1)

    1/16

     

    i

    KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH 

    PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL 

    TEKNOLOGI VOKASIONAL - MATEMATIK 

    TINGKATAN 3 

    2014 

  • 8/18/2019 DSK Teknologi Vokasional - Matematik (1) (1)

    2/16

     

    ii

  • 8/18/2019 DSK Teknologi Vokasional - Matematik (1) (1)

    3/16

    DOKUMEN STANDARD 

    PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL (PAV) 

    MODUL TEKNOLOGI VOKASIONAL  

    MATEMATIK 

    TINGKATAN 3 

    BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM 

    iii

  • 8/18/2019 DSK Teknologi Vokasional - Matematik (1) (1)

    4/16

    iv 

    Copyright © 2013 Bahagian Pembangunan KurikulumKementerian Pendidikan Malaysia

     Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62600 Putrajaya

    Cetakan Pertama 2013

    Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa jugabentuk dan dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau lain-lain sebelum mendapatkebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9,Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 WP Putrajaya

  • 8/18/2019 DSK Teknologi Vokasional - Matematik (1) (1)

    5/16

    KANDUNGAN 

    1. RUKUN NEGARA vi 

    2. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN vii 

    3. KATA PENGANTAR viii 

    4. PENGENALAN 4.1 Matlamat Pendidikan Asas Vokasional 1 4.2 Objektif Pendidikan Asas Vokasional 1 4.3 Kurikulum Berasaskan Kompetensi 1 4.4 Kurikulum Modular Berasaskan Standard 1 

    5. PELAKSANAAN 5.1 Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) 2 5.2 Penggunaan Teknologi Dalam P&P 2 

    6. DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK) 

    6.1 Matlamat Modul 6.2 Objektif Modul 6.3 Fokus Modul 6.4 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 6.5 Organisasi Standard Kurikulum 6.6 Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian 

    4 4 4 4 5 

    6-9 

  • 8/18/2019 DSK Teknologi Vokasional - Matematik (1) (1)

    6/16

    vi 

    RUKUN NEGARA 

    BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh

    masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat

    dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dan

    berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

    MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut

    berdasarkan prinsip-prinsip berikut :

    KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

    KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

    KELUHURAN PERLEMBAGAAN

    KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

    KESOPANAN DAN KESUSILAAN 

  • 8/18/2019 DSK Teknologi Vokasional - Matematik (1) (1)

    7/16

    vii 

    FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN 

    Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan

    bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan

    kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,

    berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap

    keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

  • 8/18/2019 DSK Teknologi Vokasional - Matematik (1) (1)

    8/16

    Kata Pengantar  

    Dokumen Standard Kurikulum (DSK) ialah dokumen yang bertujuan untuk memenuhi cita-cita murni dan semangat FalsafahPendidikan Kebangsaan, dan menyediakan murid menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abadke-21.

    Dokumen ini menyarankan strategi pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi pelbagai aktiviti dan penggunaan sumber.Guru digalakkan menggunakan kreativiti untuk memilih, menyusun dan mengolah aktiviti mengikut kesesuaian murid. DSK inidiharapkan dapat membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Dalammelakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru diharapkan dapat memberikan penekanan pada unsur bernilai tambah, iaitukemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasanpelbagai, pembelajaran kontekstual, dan pembelajaran konstruktivisme. Di samping itu, nilai murni dan semangat patriotik dankewarganegaraan tetap diutamakan. Semua elemen ini diharapkan dapat memberikan keyakinan kepada murid dan bolehdiaplikasikan dalam kehidupan harian dan dunia pekerjaan.

    DSK ini menjelaskan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid berasaskan pendekatan masteri. Hasil pembelajarantersebut dinyatakan secara eksplisit mengikut tahap kesukaran isi kandungan dan tahap keupayaan murid. Kandungan DSK inimenggariskan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Pernyataan dalam Standard Pembelajaran memberikancabaran yang sesuai dengan murid pada tahap tertinggi dalam pendidikan sekolah menengah. DSK ini seharusnya dapatmembantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

    Dalam menyediakan DSK yang dibangunkan ini banyak pihak yang terlibat terutama guru, pensyarah, penyelidik, eksekutif industri,pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia dan individu yang mewakili badan-badan tertentu. Kepada semua pihak yang telahmemberikan sumbangan kepakaran, masa, dan tenaga sehingga terhasilnya DSK ini, Bahagian Pembangunan Kurikulummerakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih.

    (Dr. MASNAH BINTI ALI MUDA) PengarahBahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. 

    viii

  • 8/18/2019 DSK Teknologi Vokasional - Matematik (1) (1)

    9/16

    1

    PENGENALAN 

    Struktur Kurikulum Standard Pendidikan Asas Vokasional (PAV) digubal berlandaskan prinsip-prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah(KBSM) yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

    Matlamat Pendidikan Asas Vokasional 

    Matlamat PAV adalah untuk menyediakan peluang kepada murid lepasan UPSR menjadi modal insan berkemahiran bekerja dan bersediamelanjutkan pembelajaran ke peringkat yang lebih t inggi.

    Objektif Pendidikan Asas Vokasional 

    Objektif PAV adalah untuk menjadikan aliran pendidikan vokasional sebagai pilihan selain daripada aliran perdana yang sedia ada. Inibersesesuaian dengan murid berisiko untuk tercicir, agar dapat menimbulkan minat belajar yang berterusan terutama dalam bidang kerja tangan.PAV dilihat mampu menggilap potensi belajar murid melalui kurikulum yang dapat memberikan kemahiran generik asas dan kemahiran spesifikpekerjaan. Kemahiran ini, yang memang dituntut oleh majikan dan industri, akan menanam kemahiran yang menjadi asas kepada pembentukansahsiah dan pembangunan karakter yang mantap. PAV turut menyediakan murid dengan pengetahuan dan kemahiran pekerjaan sertamemberikan pendedahan dan bimbingan agar mereka kritis, kreatif dan inovatif. Melalui aktiviti yang menarik dan berkesan, murid dapatmembuat keputusan dalam mencorakkan masa depan serta menerap dan mengembangkan kompetensi keusahawanan serta menjana budayaniaga.

    Kurikulum Berasaskan Kompetensi Kurikulum PAV adalah menggunakan konsep Kurikulum Berasaskan Kompetensi yang membenarkan murid mengulang semula kompetensiyang belum dicapai sehingga murid PAV kompeten sesuatu kemahiran yang di perlukan oleh Kriteria Pencapaian.

    Kurikulum Modular Berasaskan Standard Kurikulum Pendidikan Asas Vokasional digubal dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Kriteria Pencapaianyang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti perlu dikuasai oleh murid.

    Standard Kandungan 

    Pernyataan spesifik tentang disiplin ilmu yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempohpersekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

    Standard Pembelajaran Satu penetapan kriteria untuk memastikan kualiti pembelajaran dan pencapaian bagi setiap Standard Kandungan

    Kriteria Pencapaian Kriteria pencapaian adalah kenyataan yang mengkhususkan apa yang perlu ditaksir dan tahap pencapaian yang diperlukan bagi setiapStandard Pembelajaran.

  • 8/18/2019 DSK Teknologi Vokasional - Matematik (1) (1)

    10/16

    2

    PELAKSANAAN 

    Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) 

    Waktu P&P modul ini diperuntukkan sebanyak 2 waktu seminggu selama 14 minggu menjadikan keseluruhan 28 waktu setahun. 

    Guru berlatarbelakang opsyen Matematik paling sesuai mengajar modul ini. Pelaksanaan modul ini hendaklah menggunakan prasaranayang sedia ada. Jika sekolah mempunyai kekurangan prasarana, guru haruslah membuat perancangan supaya pengajaran ini dapatdilaksanakan sebaik mungkin.

    Penggunaan Teknologi Dalam P&P Dicadangkan, guru boleh menggunakan bahan/peralatan sebenar yang sedia ada untuk mengajar modul ini. Sekiranya kemahiran masihbelum dapat dikuasai sepenuhnya maka ia boleh diperkukuhkan secara merentas kurikulum dalam disiplin ilmu lain. Guru perlulah kreatifdalam P&P yang melibatkan penggunaan bahan/peralatan di bilik darjah/bengkel/makmal/ladang/lapangan. Guru perlu mengolah P&Psupaya mengintegrasikan TMK serta keusahawanan dapat diaplikasikan.

  • 8/18/2019 DSK Teknologi Vokasional - Matematik (1) (1)

    11/16

    3

    DOKUMEN STANDARD KURIKULUM 

    TEKNOLOGI VOKASIONAL - MATEMATIK 

  • 8/18/2019 DSK Teknologi Vokasional - Matematik (1) (1)

    12/16

  • 8/18/2019 DSK Teknologi Vokasional - Matematik (1) (1)

    13/16

    5

    Fokus Modul Kurikulum Standard Pendidikan Asas Vokasional dalam bidang Matematik memberi penekanan kepada asas pengetahuan berteraskan kepadaperkembangan dan penggabungan domain pengetahuan kerjaya, kompetensi kemahiran teknikal dengan menerapkan aspek keselamatan,teknologi hijau dan keusahawanan.

    Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Proses pengajaran dan pembelajaran adalah berpusatkan murid untuk menggalakkan pembelajaran, mengekalkan minat dan menimbulkankesedaran murid supaya terus maju dengan menggunakan pendekatan holistik seperti berikut:

     

    Pendekatan modular berasaskan kompetensi  Pendekatan pembelajaran berasaskan masalah, tugasan dan aktiviti  Pendekatan pembelajaran melalui penghasilan produk

     

    Pembelajaran autentik (kontekstual dan konstruktif)  Pembelajaran kolaboratif dan koperatif  Pembelajaran masteri  Integrasi TMK merentas kurikulum  Integrasi keusahawanan merentas kurikulum

     

    Lawatan industri

     

    Pengurusan kewangan berhemah

    Organisasi Standard Kurikulum Standard Kurikulum modul ini disusun supaya mempunyai kesinambungan dengan pengetahuan dan kemahiran di Tingkatan 2 hingga 3.

    Standard Kandungan mempunyai satu atau lebih Standard Pembelajaran yang dikonsepsikan berdasarkan bidang pembelajaran tertentu.Standard Kandungan ditulis mengikut hierarki dalam domain kognitif dan afektif. Pernyataan Standard Kandungan ini merupakanpernyataan umum yang mengandungi unsur pengetahuan, kemahiran berfikir, sikap dan nilai murni yang sesuai dengan StandardPembelajaran yang dihasratkan. Secara am, Standard Pembelajaran disusun mengikut hierarki dari mudah ke kompleks, sungguhpunbegitu urutan Standard Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian boleh diubahsuai mengikut kesesuaian dan keperluan pembelajaran.

     Aktiviti boleh dipelbagaikan untuk mencapai satu Standard Kandungan bagi memenuhi keperluan pembelajaran, sesuai dengan kebolehanserta gaya pembelajaran murid. Guru digalakkan merancang aktiviti yang dapat melibatkan murid secara aktif bagi menjana pemikiran

    secara analitis, kritis, inovatif dan kreatif di samping menggunakan teknologi sebagai wahana dalam mencapai Standard Kandungantersebut dengan lebih berkesan. Selain daripada itu, kurikulum ini turut menerapkan elemen keusahawanan, kreativiti dan inovasi sebagaipersediaan ke arah menyediakan modal insan yang berupaya menyumbang ke arah menjadikan negara sebagai negara berpendapatantinggi selaras dengan hasrat Model Baru Ekonomi.

  • 8/18/2019 DSK Teknologi Vokasional - Matematik (1) (1)

    14/16

  • 8/18/2019 DSK Teknologi Vokasional - Matematik (1) (1)

    15/16

  • 8/18/2019 DSK Teknologi Vokasional - Matematik (1) (1)

    16/16

     

    20

    Terbitan: