teknologi maklumat

22
HBEF2303 ZAINUN BT EMBONG TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN 680910115256001 ` FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA HBEF2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN MEI 2014 NAMA : ZAINUN BT EMBONG NO. MATRIKULASI : 680910115256001 NO.KAD PENGENALAN : 680910115256 NO. TELEFON : 0145330469 E-MEL : [email protected] 1

Upload: john-mcdaniel

Post on 21-Jul-2016

60 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TEKNOLOGI MAKLUMAT

HBEF2303 ZAINUN BT EMBONGTEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN 680910115256001

`

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA HBEF2303

TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

MEI 2014

NAMA : ZAINUN BT EMBONG

NO. MATRIKULASI : 680910115256001

NO.KAD PENGENALAN : 680910115256

NO. TELEFON : 0145330469

E-MEL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : PAHANG LEARNING CENTRE

1

Page 2: TEKNOLOGI MAKLUMAT

HBEF2303 ZAINUN BT EMBONGTEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN 680910115256001

Isi Kandungan

BIL PERKARA MUKA SURAT

1 Pengenalan 3

2 Rukun khutbah,syarat-syarat khutbah-Menurut Mazhab Hanafi-Menurut Mazhab Maliki-Menurut Mazhab Syafie-Menurut Mazhab Hambali

5-7

3 Syarat sah khutbah 7-8

4 Sunat-sunat khutbah 8-10

5 Hukum solat jumaat sekiranya tidak mendengar khutbah 10-12

6 Hukum solat jumaat bagi orang berbual ketika khutbah 12-14

7 Kajian tentang keberkesanan khutbah 14-16

8 Penutup 16

9 Rujukan 17

2

Page 3: TEKNOLOGI MAKLUMAT

HBEF2303 ZAINUN BT EMBONGTEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN 680910115256001

ABSTRAK Memandang kepada ledakan teknologi maklumat yang semakin pesat, penggunaan komputer telah terbukti mempunyai potensi yang cukup luas dan dinamik dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Kajian penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab yang dijalankan ini, adalah satu kajian awal yang respondennya terdiri daripada 40 orang guru bahasa Arab dari sekolah agama berasrama penuh di Malaysia iaitu Kolej Islam Sultan Alam Shah, Kelang, Sekolah Menengah Agama Persekutuan, Kajang dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan, Labu. Kajian dikendalikan menggunakan tinjauan.dan bagi tujuan pengumpulan data, borang soal-selidik telah diedarkan kepada subjek kajian yang dipilih dan seterusnya data ini dianalisis secara deskriptif. Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui skop penggunaan komputer di kalangan guru dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di sekolah yang dipilih di atas. Kajian ini juga bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada guru-guru yang mengajar bahasa Arab tentang persepsi, tahap kesediaan dan peranan mereka dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab berbantukan komputer. Hasil kajian yang diperolehi menunjukkan bahawa guru mempunyai persepsi yang sangat baik terhadap PBBK. Para guru juga telah menunjukkan kesediaan yang tinggi untuk menghadiri apa jua bentuk latihan yang berkaitan dengan PBBK bagi memastikan agar ianya dapat berjalan dengan lancar dan jayanya. Di bahagian akhir, pengkaji telah menyarankan beberapa cadangan untuk penggunaan PBBK dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab berdasarkan dapatan kajian

PENGENALAN

Sistem pendidikan masa kini sedang mengalami perubahan yang amat pesat sekali. Pelbagai

kaedah baru telah diperkenalkan serta digunakan supaya pengajaran seseorang guru menjadi lebih

berkesan dan pembelajaran pelajar menjadi lebih bermakna. Sejak beberapa tahun yang lalu

kaedah pengajaran dan pembelajaran berpandukan kepada komputer (PBK) telah mula

diperkenalkan dan kini era teknologi maklumat dan komunikasi yang semakin pesat, ianya

semakin mendapat perhatian ramai.

Perkembangan dalam teknologi multimedia pula menjanjikan potensi besar dalam mengubah cara

seseorang belajar, cara memperolehi maklumat, cara menyesuaikan setiap maklumat dan

sebagainya. Multimedia juga menyediakan pelbagai peluang kepada para pendidik

mengaplikasikan pelbagai teknik pengajaran dan pelajar pula diberi peluang untuk menentukan

teknik belajar yang bersesuaian dengan mereka, membentuk pengetahuan berdasarkan keperluan

masing-masing serta mengalami suasana pembelajaran yang lebih menarik dan berkesan. Sumber

3

Page 4: TEKNOLOGI MAKLUMAT

HBEF2303 ZAINUN BT EMBONGTEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN 680910115256001

maklumat serta rujukan bukan lagi terikat dengan teks dari buku semata-mata tetapi lebih luas

lagi. Kehadiran teknologi multimedia menambahkan lagi kemampuan proses capaian maklumat di

mana setiap maklumat dalam pelbagai bentuk dan pendekatan boleh dicapai dengan lebih mudah

dan pantas ( Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir, 2003).

Perkembangan teknologi maklumat serta penggunaan komputer membawa

implikasi yang besar ke atas kehidupan manusia termasuklah dalam bidang pendidikan.

Ianya dapat membantu guru-guru dan pelajar-pelajar dalam proses pengajaran

pembelajaran dengan lebih menarik dan interaktif. Selain dari bahan bantu mengajar,

komputer juga boleh digunakan untuk mempercepatkan proses pengurusan dan

penilaian di sekolah. Menurut Heinich, Molenda and Russell (1993) banyak perisian

komputer yang boleh dimanfaatkan dalam setiap aspek pendidikan.

Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer

Pengajaran Pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) telah menjadi suatu perkara penting dalam

proses pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana penggunaan PPBK ini secara terancang akan

menghasilkan pembelajaran yang berkesan, aktif dan bermutu. Di sekolah-sekolah di negara kita,

perisan PPBK ini selalunya dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Bahagian

Teknologi Pendidikan. Apakah yang dimaksudkan dengan PBK. Menurut Sander (1987), PPBK

merupakan suatu situasi pembelajaran di mana pelajar-pelajar berinteraksi dan dibimbing komputer

melalui satu proses pembelajaran yang terancang untuk mencapai matlamat pembelajaran tertentu.

Manakala Moursund (1980) pula menyatakan PBK ini adalah untuk menyampaikan pengajaran kepada

pelajar-pelajar, di mana berlaku interaksi antara sistem komputer dengan pelajar-pelajar untuk

membantu mereka tentang bahan yang dipelajari.

Perkembangan PPBK Kaedah pengajaran pembelajaran berbantukan komputer telah

lama wujud sejak tahun 1960-an lagi di Amerika Syarikat dengan menggunakan

komputer IBM. Satu projek PPBK yang dinamakan PLATO (Programmed Logic

Automatic Teaching Operation) telah dibangunkan dengan kerjasama Universiti Illinois

untuk membangunkan bahan perisian kursus untuk di gunakan di sekolah-sekolah. Di

Malaysia, PPBK telah mula di perkenalkan dengan melibatkan 60 buah sekolah

4

Page 5: TEKNOLOGI MAKLUMAT

HBEF2303 ZAINUN BT EMBONGTEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN 680910115256001

menengah yang dibekalkan 20 buah komputer pada tahun1993. Suatu bahan perisian

yang di namakan ComIL telah di perkenalkan dengan kerjasama MIMOS dan

Kementerian Pendidikan. Sekarang ini tumpuan utama PPBK adalah melibatkan empat

mata pelajaran iaitu Matematik, Sains, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Kaedah

pengajaran menggunakan komputer juga akan semakin berkembang dengan wujudnya

Sekolah Bestari yang mana merupakan salah satu dari tujuh aplikasi MSC. Usaha-usaha

sedang dijalankan oleh semua pihak untuk menjadikan mutu dan taraf pendidikan

dapat ditingkatkan melalui pelbagai aspek dan salah satunya ialah penggunaan bahan-

bahan perisian PPBK yang bersesuaian dan menepati kehendak pendidikan semasa.

Tidak dapat dinafikan bahawa kepelbagaian kaedah penyampaian semasa proses pengajaran dan

pembelajaran berlangsung mampu memberikan motivasi tempatan kepada murid-murid terhadap

pengajaran tersebut (Moores, 1987). Penggunaan kaedah tradisional seperti “chalk and talk” kini

menjadi kurang relevan. Isu ini sering dijadikan bahan perbualan di kalangan pentadbir pendidikan

dalam usaha memartabatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di sesebuah sekolah. Pelaksanaan

Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1982 dan diikuti oleh pelaksanaan Kurikulum

Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1988 telah menekankan kepada proses pengajaran

dan pembelajaran yang mengutamakan aktiviti murid. Pendek kata konsep pengajaran dan

pembelajaran bukan lagi daripada guru kepada murid, tetapi murid kepada guru dan murid kepada

murid.

Dalam hal ini, peranan komputer kini dikatakan mendominasi sistem pengajaran dan pembelajaran.

Komputer dapat memberi banyak pilihan kepada penggunannya seperti penggunaan video, audio,

grafik, bunyi dan sebagainya.

Gesaan kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam memperkasakan

penggunaan komputer ini sebagai medium pengajaran sebenarnya mula kelihatan pada tahun Januari

1999, apabila KPM menperkenalkan konsep Sekolah Bestari. Pihak kerajaan di bawah Kementerian

Pelajaran Malaysia telah membekalkan kemudahan komputer dalam proses mewujudkan Sekolah

Bestari. Pada tahun 2005 sebanyak 90% sekolah di seluruh negara telah dibekalkan dengan

kemudahan komputer. Sebanyak 5,037 buah sekolah mempunyai dan terdapat 5,026 unit server telah

dipasang di sekolah-sekolah di seluruh negara di makmal komputer, sejumlah 133,724 unit komputer

telah dibekalkan di sekolah-sekolah ternasuk sekolah-sekolah di luar bandar.

5

Page 6: TEKNOLOGI MAKLUMAT

HBEF2303 ZAINUN BT EMBONGTEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN 680910115256001

Kajian Lepas Mengenai Pandangan Guru Terhadap PBBK

Hannafin dan Freeman (1995) menyatakan bahawa pandangan guru terhadap proses

pengkayaan ilmu akan mempengaruhi pendapat mereka terhadap penggunaan PBBK dalam

kelas mereka. Pandangan mereka boleh dilihat dari perspektif objektivisme atau dari perspektif

konstruktivisme. Mereka yang berpandangan secara objektivisme percaya bahawa

pengetahuan wujud secara bebas dan pembelajaran adalah proses pemindahan pengetahuan

dari luar ke dalam minda pelajar. Ini berbeza dengan pandangan konstruktivisme yang

berpendapat bahawa pengetahuan wujud dalam minda pelajar dan dibentuk secara unik oleh

pengalaman dan pembelajaran adalah hasil dari usaha pengajar membentuk pengetahuan

dalam minda pelajar.

Mereka yang cenderung kepada pendapat konstruktivisme adalah para guru yang lebih

berkemungkinan akan berpandangan positif terhadap penggunaan PBBK . Ini adalah kerana

PBBK membolehkan pelajar menjadi lebih berdikari dan proaktif dalam pembelajaran mereka.

Kajian perbandingan antara PBBK dan teknik pengajaran bahasa secara tradisional

menunjukkan bahawa penggunaan PBBK telah membantu memperbaiki kemahiran linguistik

pelajar (Rohaya, 1991; Jamaleah Ismail, 1996), meningkatkan motivasi pelajar dan

mengurangkan masa yang diperlukan untuk mempelajari sesuatu konsep (Adi Afzal Ahmad,

1996; Ismail I, 1996; Zubaidah Zakaria, 1996).

Walaupun terdapat banyak kajian mengenai pelajar dan CALL di Malaysia, kajian mengenai

PBBK dan guru tidaklah berapa meluas. Norizan Abd. Razak dan Sallehudin Rashid (1996)

menyatakan bahawa daripada jumlah 392 guru bahasa yang dikaji, 69.4% menyatakan minat

mereka untuk mengintegrasikan PBBK dalam pengajaran mereka dan 85% menyatakan

kesediaan mereka untuk menghadiri bengkel-bengkel mengenai PBBK. Dalam satu kajian

yang dilakukan oleh Norfariza Sulaiman (1998), sebanyak 80% daripada 50 orang guru

mengatakan mereka pernah mendengar mengenai PBBK dan 98% mengatakan bahawa mereka

sangat berminat untuk menghadiri kursus tentang CALL.

6

Page 7: TEKNOLOGI MAKLUMAT

HBEF2303 ZAINUN BT EMBONGTEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN 680910115256001

Satu kajian yang dijalankan oleh Said bin Draman (2001) di beberapa buah sekolah agama dan

sekolah menengah harian yang beraliran agama di Daerah Hulu Langat mendapati bahawa

guru-guru bahasa Arab mempunyai persepsi yang baik terhadap pengajaran dan pembelajaran

bahasa Arab berbantukan komputer walaupun hanya 22.5% sahaja yang pernah menghadiri

kursus dan seminar mengenainya manakala 77.5% lagi tidak pernah menghadiri sebarang

bentuk kursus dan seminar mengenai pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab berbantukan

komputer.

Wan Zumusni Wan Mustapha (1998) cuba memahami pandangan guru mengenai PBBK

dengan meminta mereka mencuba satu pakej pembelajaran multimedia dan memberikan

pandangan mereka. Hasil kajian itu telah menunjukkan satu pandangan yang amat positif

daripada guru-guru tersebut terhadap PBBK. Namun begitu, para guru masih lagi belum

bersedia untuk menghasilkan pakej pembelajaran mereka sendiri dengan perisian authoring

yang ada. Ini bermakna para guru masih lagi terpaksa bergantung kepada pakej PBBK yang

dihasilkan oleh orang lain dan selalunya pakej sebegini tidak dapat memenuhi semua

keperluan pembelajaran dengan memuaskan.

Walaupun terdapat banyak respon yang positif tentang penggunaan PBBK, ada juga guru yang

masih merasa tergugat dengan kehadiran komputer di dalam kelas mereka. Ini berpunca

daripada salah faham, kurangnya kefahaman mengenai peranan komputer dan PBBK dan

kurangnya kemahiran teknikal tentang penggunaan komputer (Hertz, 1987; Gunter & Murphy,

2001). Ini tidaklah memeranjatkan kerana kebanyakan guru masih belum mendapat

pendedahan yang mencukupi mengenai penggunaan komputer dan PBBK dalam pendidikan.

Tahap pendedahan yang mencukupi adalah perlu jika guru-guru hendak menggunakan PBBK

dalam pengajaran mereka. Tanpa pendedahan yang mencukupi, terdapat kemungkinan besar

yang guru-guru akan menggunakan PBBK dengan cara yang tidak betul atau kurang efisyen.

Ini mungkin akan mematahkan semangat mereka untuk terus menggunakan PBBK kerana

hasil penggunaan awal kurang memberangsangkan.

Terdapat juga persoalan mengenai tahap persediaan daripada segi teknikal di kalangan guru-

guru. Ini satu persoalan yang kritikal kerana penggunaan PBBK akan melibatkan pelaburan

wang dan sumber yang agak besar. Guru-guru yang hendak menggunakan PBBK mestilah

terlatih atau sekurang-kurangnya mempunyai kemahiran teknikal yang mencukupi.

7

Page 8: TEKNOLOGI MAKLUMAT

HBEF2303 ZAINUN BT EMBONGTEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN 680910115256001

Sungguhpun kajian-kajian awal telah membuktikan keberkesanan PBBK dalam pengajaran

dan pembelajaran bahasa, namun di Malaysia ianya masih belum mendapat perhatian yang

meluas (Hussin, 1994). Di Malaysia, kajian mengenai PBBK dalam pengajaran dan

pembelajaran bahasa Inggeris telahpun dijalankan. Walau bagaimanapun, kajian terhadap

penggunaan PBBK dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab sebagai bahasa asing

belum lagi dijalankan. Justeru itu, pengkaji merasakan perlunya satu kajian di peringkat awal

bagi mengkaji penggunaan PBBK dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab.

Matlamat Kajian 

Matlamat kajian ini dijalankan ialah untuk:

1. Mengetahui skop penggunaan komputer di kalangan guru dalam pengajaran dan

pembelajaran (P&P) bahasa Arab di sekolah yang dipilih.

2. Mendapatkan maklum balas daripada guru tentang tahap kemahiran, persepsi, tahap

kesediaan dan peranan mereka dalam P&P bahasa Arab dengan menggunakan PBBK.

3. Mengutarakan cadangan-cadangan yang berkaitan dengan penggunaan komputer dalam

P&P bahasa Arab berdasarkan hasil kajian.

Metodologi Kajian 

Memandangkan bahawa kajian ini adalah kajian deskriptif, kajian ini dikendalikan

menggunakan tinjauan. Dalam mengendalikan tinjauan ini, borang soal-selidik diedarkan

kepada subjek kajian yang dipilih.

Tempat dan Subjek Kajian

Kajian ini telah dijalankan di tiga buah sekolah agama berasrama penuh di Malaysia iaitu di

Kolej Islam Sultan Alam Shah, Kelang, Sekolah Menengah Agama Persekutuan, Kajang dan

Sekolah Menengah Agama Persekutuan, Labu. Ketiga-tiga buah sekolah di atas dipilih secara

‘purposive sampling’ dengan kriteria berikut:

Sekolah yang mendapat bantuan penuh kerajaan.

Sekolah tersebut mempunyai kemudahan prasarana yang mencukupi seperti komputer, bahan-

bahan pengajaran yang terkini dan makmal bahasa.

Para guru sentiasa mendapat input dan informasi yang mutakhir untuk meningkatkan lagi

proses pengajaran dan pembelajaran mereka.

Pengkaji telah mendapat respon yang amat baik daripada sampel kajian yang terdiri daripada

40 orang guru bahasa Arab daripada ketiga-tiga buah sekolah di atas. Daripada 40 orang guru

bahasa Arab ini, 17 orang daripadanya adalah guru lelaki dan bakinya 23 orang lagi ialah guru

8

Page 9: TEKNOLOGI MAKLUMAT

HBEF2303 ZAINUN BT EMBONGTEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN 680910115256001

wanita. Seramai 21 orang atau 52.5% daripada guru-guru tersebut berumur di antara 25 - 35

tahun, 7 orang atau 17.5% daripadanya berumur di antara 36 – 40 tahun, 10 orang atau 25%

berumur 41 – 45 tahun dan 2 orang atau 5% berumur di antara 46 – 50 tahun. Faktor usia

adalah salah satu faktor yang penting yang mempunyai kaitan dengan penggunaan teknologi

maklumat di mana hasil kajian menunjukkan sebahagian besar guru-guru yang berusia antara

25 hingga 45 tahun mempunyai minat dan respon yang positif dalam penggunaan komputer

dalam P&P mereka.

Alat Kajian 

Untuk tujuan kajian ini, alat yang digunakan untuk memperoleh data ialah borang soal-selidik.

Soal-selidik tersebut terdiri daripada 4 bahagian. Bahagian pertama, menyenaraikan maklumat

tentang latarbelakang guru yang merangkumi jantina, umur dan tahap kemahiran

menggunakan komputer. Bahagian kedua, terdiri daripada soalan yang meninjau skop

penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab. Bahagian

ketiga, merupakan soalan yang meninjau tentang persepsi guru terhadap pengajaran dan

pembelajaran bahasa Arab berbantukan komputer. Bahagian akhir pula terdiri daripada soalan

yang menyelidiki tentang peranan dan tahap kesediaan guru dalam P&P bahasa Arab

berbantukan komputer.

Dapatan Kajian

Data yang diperolehi dalam soal-selidik ini dinilai. Data menunjukkan bahawa reaksi

sebahagian besar guru dan pelajar terhadap P&P bahasa Arab menggunakan PBBK adalah

positif.

Dapatan dan Penafsiran Soal-Selidik Guru

1)Skop penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab berbantukan

komputer.

Skop penggunaan komputer dalam P&P bahasa Arab berbantukan komputer. 

Seramai 10 orang guru sahaja atau 25% yang menggunakan komputer dalam kelas bahasa

mereka sebagai aktiviti pemulihan dan pengukuhan serta menjadikannya sebagai bahan

rujukan tambahan kepada para pelajar, sementara 30 orang lagi atau 75% mengatakan mereka

tidak menggunakan komputer dalam P&P bahasa Arab dalam kelas mereka. Di antara bahan

yang digunakan adalah CD-ROM yang didapati di pasaran yang bersesuaian dengan tahap

pelajar dan ada yang melayari laman sesawang iaitu almaktoob.com dan arabicnew.com

Daripada statistik ini dapat dilihat bahawa skop penggunaan komputer dalam kelas amatlah

9

Page 10: TEKNOLOGI MAKLUMAT

HBEF2303 ZAINUN BT EMBONGTEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN 680910115256001

minimum atas beberapa sebab di mana 20 orang atau 50% daripada para guru menyatakan

bahawa tiada prasarana ataupun kemudahan yang mencukupi yang disediakan di sekolah

seperti kekurangan komputer dan kekurangan kakitangan dalam mengendalikan kerja-kerja

teknikal. 16 orang pula atau 40% menyatakan bahawa tiada kebolehan ataupun latihan dan

juga pendedahan yang mencukupi bagi mereka untuk melaksanakan PBBK dalam P&P

mereka. Dalam situasi ini, pengkaji beranggapan, sekiranya para guru ini diberi latihan dan

pendedahan yang mencukupi, mereka akan dapat melaksanakan PBBK dalam P&P mereka.

Sebab Tidak Menggunakan Komputer Dalam P&P 

Walau bagaimanapun, terdapat seorang guru atau 2.5% yang tidak berminat dalam

menggunakan komputer dan 3 lagi atau 7.5% tidak tahu apa-apa mengenai PBBK. Jumlah ini

adalah kecil dan pengkaji mencadangkan supaya sebarang kursus kemahiran yang hendak

dikendalikan yang berkaitan dengan PBBK, ianya haruslah mengambil kira minoriti yang

tidak berminat dalam penggunaan komputer dalam kelas bahasa mereka. Ini berpadanan

dengan dapatan kajian yang dijalankan oleh Norizan Abdul Razak dan Salleh-Huddin Abdul

Rashid (1997) yang menyarankan bahawa guru-guru perlu mrngikuti kursus-kursus komputer

terutamanya yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran bahasa kerana hasil kajian

beliau mendapati terlalu kurang guru yang mendapat latihan penggunaan komputer khususnya

dalam pengajaran bahasa.

2. Tahap kemahiran menggunakan komputer

Tahap kemahiran menggunakan komputer

Seramai 4 orang atau 10% daripada guru bahasa Arab merasakan mereka mempunyai tahap

kemahiran yang tinggi dalam menggunakan komputer dan hampir separuh atau 47.5% yang

mewakili 19 orang guru adalah mahir menggunakan komputer. Ini bermakna guru yang

mempunyai tahap kemahiran yang tinggi dalam penggunaan komputer kemungkinan tidak

mempunyai masalah sekiranya diberi latihan untuk PBBK dalam P&P bahasa Arab kerana

mereka dapat memahami dengan mudah dan cepat. Begitu juga dengan guru yang mahir dalam

penggunaan komputer, di mana mereka dapat dibimbing dengan mudah sekiranya diberi

latihan dan kursus yang berkaitan dengan PBBK.

Walau bagaimanapun, 15 orang atau 37.5% daripada guru adalah kurang mahir dan 2 orang

atau 5% tidak mahir langsung menggunakan komputer. Bagi guru-guru yang kurang mahir dan

tidak mahir, mereka memerlukan latihan dan kursus-kursus yang berbentuk intensif dan

10

Page 11: TEKNOLOGI MAKLUMAT

HBEF2303 ZAINUN BT EMBONGTEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN 680910115256001

ekstensif bagi membantu mereka menggunakan komputer sekiranya P&P bahasa Arab

berbantukan komputer ini (PBBK) ingin diimplementasikan.

3. Persepsi guru terhadap pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer

Persepsi Guru Terhadap PBBK 

Bagi soalan yang meninjau tentang persepsi para guru terhadap penggunaan PBBK dalam

P&P bahasa Arab, 100% menyatakan bahawa mereka percaya yang pengajaran dan

pembelajaran berbantukan komputer boleh membantu meningkatkan kemahiran pelajar

mereka terhadap bahasa Arab. Seramai 100% juga menyatakan bahawa PBBK dapat

membantu meningkatkan mutu pengajaran mereka. Lebih 90% menyatakan bahawa mereka

percaya yang PBBK dapat menjimatkan masa dan tenaga semasa P&P dan dapat memudahkan

proses pengajaran mereka. Statistik ini menunjukkan bahawa para guru mempunyai persepsi

yang sangat positif dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab berbantukan komputer.

Tahap Kepekaan Guru Terhadap Teknologi Maklumat 

Bagi persoalan yang menyelidiki tahap kepekaan terhadap teknologi maklumat, 17 orang atau

42.5% menyatakan mereka sangat peka terhadap isu-isu yang berkaitan dengan penggunaan

teknologi dalam pendidikan, 22 orang atau 55% adalah peka manakala seorang yang mewakili

2.5% lagi tidak peka terhadap isu di atas. Bagi isu yang berkaitan dengan hubungan antara

masyarakat dan teknologi maklumat, 15 orang atau 37.5% adalah sangat peka manakala 24

lagi atau 60% menyatakan mereka peka dan seorang tidak peka yang mewakili 2.5%. Ini

menunjukkan bahawa tahap keprihatinan guru-guru bahasa Arab dengan isu-isu yang terlibat

adalah tinggi dan ia menunjukkan satu petanda yang baik sekiranya PBBK hendak

dilaksanakan dalam P&P.

4. Peranan dan tahap kesediaan guru dalam pengajaran dan pembelajaran berbantukan

komputer

Peranan Guru Dalam PBBK 

Dalam soalan yang menyelidiki tentang peranan guru dalam proses P&P bahasa Arab

berbantukan komputer sekiranya ianya dijalankan di sekolah-sekolah, seramai 25 orang guru

atau 62.5% berpendapat bahawa peranan guru adalah sebagai fasilitator sahaja dan 15 orang

yang lain atau 37.5% menyatakan guru harus berperanan sebagai pengajar, fasilitator dan juga

pengurus sumber. Daripada statistik ini, menunjukkan kebanyakan guru masih belum

11

Page 12: TEKNOLOGI MAKLUMAT

HBEF2303 ZAINUN BT EMBONGTEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN 680910115256001

memahami peranan mereka sekiranya PBBK dilaksanakan kerana tugas guru bukanlah sebagai

fasilitator sahaja, malah lebih daripada itu bagi menjayakan pengajaran dan pembelajaran

berbantukan komputer.

Tahap Kesediaan Guru Menggunakan PBBK 

Meninjau tentang tahap kesediaan guru dalam mengendalikan proses pengajaran dan

pembelajaran menggunakan PBBK, seramai 27 orang atau 67.5% mempunyai tahap

kesanggupan yang sangat tinggi untuk mengikuti latihan PBBK dan seramai 13 orang lagi atau

32.5% sanggup menghadirinya. Tidak ada di antara para guru yang menolak atau tidak mahu

menghadiri latihan PBBK sekiranya ianya diadakan. Data ini menunjukkan bahawa para guru

bahasa Arab mempunyai tahap kesediaan yang amat tinggi dan bermotivasi untuk menghadiri

sebarang bentuk latihan bagi meningkatkan pemahaman dan penguasaan mereka dalam PBBK

seterusnya mengaplikasikan ilmu yang mereka dapati itu dalam P&P bahasa Arab.

Keperluan Diberikan Insentif Kepada Guru

Seramai 36 orang guru atau 90% menyatakan bahawa perlunya diberikan insentif kepada guru-

guru yang menggunakan PBBK dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab. Statistik ini

menunjukkan bahawa sebarang usaha untuk mengadakan PBBK di sekolah perlu mengambil

kira isu-isu pengurusan sumber manusia supaya guru-guru tidak merasa tertekan dan terbeban

dengan tanggungjawab yang diberikan.

Cadangan Kajian 

Daripada dapatan kajian, beberapa cadangan dikemukakan bagi penggunaan komputer dalam

proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab iaitu:

1. Para guru perlu diberi pendedahan, latihan dan kursus-kursus kemahiran penggunaan

komputer secara optimum yang berterusan oleh pihak yang bertanggungjawab seperti

Kementerian Pendidikan dan Bahagian Pendidikan Guru supaya para guru sentiasa mendapat

informasi terkini dan dapat meningkatkan ilmu pengetahuan diikuti dengan pengaplikasian

teknologi dalam P&P mereka.

2. Sebarang bentuk latihan dan juga kursus-kursus yang hendak dikendalikan adalah

disarankan supaya merangkumi semua tahap kemahiran teknologi maklumat memandangkan

masih ada lagi guru yang kurang dan tidak mahir langsung menggunakan komputer.

3. Untuk implementasi PBBK dengan berkesan di sekolah, pihak-pihak yang terlibat perlu

memikirkan insentif yang bersesuaian kepada para guru sebagai satu galakan dan motivasi

12

Page 13: TEKNOLOGI MAKLUMAT

HBEF2303 ZAINUN BT EMBONGTEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN 680910115256001

kepada mereka supaya mereka tidak merasa tertekan dan terbeban dengan tanggungjawab

yang diberi.

4. Kementerian Pendidikan hendaklah melengkapkan sekolah dengan kemudahan prasarana

yang secukupnya bagi menjana teknologi maklumat supaya para pelajar dan guru mendapat

faedah yang maksimum dalam pengajaran dan pembelajaran mereka bersesuaian dengan arus

masa kini.

Kesimpulan 

Daripada kajian yang telah dijalankan dan berdasarkan pemerolehan data yang diperolehi,

dapat dibuat kesimpulan bahawa walaupun skop penggunaan komputer dalam pengajaran dan

pembelajaran bahasa Arab adalah di tahap minimum, namun guru-guru bahasa Arab

mempunyai persepsi yang sangat baik dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab

berbantukan komputer di mana 100% daripada para guru percaya bahawa PBBK dapat

meningkatkan mutu pengajaran mereka dan meningkatkan kemahiran pelajar terhadap bahasa

Arab dan lebih 90% menyatakan bahawa mereka percaya yang PBBK dapat menjimatkan

masa dan tenaga dan memudahkan proses pengajaran mereka. Namun begitu, pemahaman

mereka terhadap penggunaan PBBK masih belum memuaskan kerana masih ada lagi guru

yang beranggapan bahawa tugas mereka hanyalah sebagai fasilitator dan menjadi lebih mudah

semata-mata dengan menggunakan PBBK, sedangkan tugas mereka meliputi semua aspek

iaitu sebagai fasilitator, pengurus sumber dan juga pengajar. Oleh yang demikian, bagi

meningkatkan lagi tahap pemahaman mereka terhadap PBBK ini supaya ia dapat dilaksanakan

dengan jayanya, para guru bahasa Arab mempunyai tahap kesediaan yang amat tinggi untuk

menghadiri sebarang kursus yang akan dikendalikan oleh pihak yang bertanggungjawab.

Memandangkan kajian ini adalah satu kajian awal, pengkaji berharap satu kajian empirikal

yang lebih mendalam yang mengkaji tentang penyediaan bahan perisian yang bersesuaian akan

dapat dijalankan, supaya bahasa Arab dapat dipelajari dengan kaedah yang lebih mudah dan

efektif yang mengikuti perkembagan semasa supaya ia dapat berkembang dengan lebih meluas

lagi.

13

Page 14: TEKNOLOGI MAKLUMAT

HBEF2303 ZAINUN BT EMBONGTEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN 680910115256001

 Ciri-Ciri PPBK

Sesuai dengan perkembangan globalisasi, teknik pengajaran dan pembelajaran juga perlukan

inovasi. Kaedah lama atau tradisional perlu ditukar dengan kaedah yang lebih kreatif.

Sehubungan dengan itu, penggunaan PPBK mungkin antara jawapannya. Sesungguhnya,

penggunaan PPBK ini sesuai dengan teknik pengajaran dan pembelajaran pada masa kini

disebabkan oleh beberapa perkara seperti berikut:-

(a) Menyampaikan Maklumat

Bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar, proses

penyampaian maklumat mestilah dirangka dengan teratur dan tersusun. Pembangunan perisian

PPBK ini dirangka bagi memastikan maklumat yang hendak disampaikan menepati

kurikulkum. Di mana cara dan media yang digunakan untuk menyampaikan maklumat

selalunya bersesuaian dengan pengguna. PPBK yang dibina itu selalunya  mengarap teori

pembelajaran, strategi pembelajaran, nilai murni dan kemahiran berfikir secara kritis dan

kreatif dalam maklumat yang dipersembahkan itu.

(b) Mesra Pengguna

Penggunaan PPBK dalam pengajaran ini dikatakan mesra pengguna. Menurut Beattie dan

Pearson (1990), PPBK ini seharusnya bersifat mesra pengguna. Misalanya, pengguna mampu

mengawal perisan secara individu tanpa bantuan daripada fasilitator. Chua (2002) pula PPBK

mempunyai keterangan yang ditulis dalam bahasa yang mudah difahami oleh pengguna. Pada

masa yang sama, arahan-arahan yang disediakan jelas serta ringkas. Kedudukan butang arahan

juga adalah tetap, teratur serta memenuhi piawai bagi memudahkan pengguna. Hasil daripada

itu, pembelajaran akan lebih menarik dan bermotivasi. Ciri-ciri seperti ini sudah tentu akan

memberi peluang kepada pengguna membentuk pembelajaran tanpa gangguan teknikal,

kekeliruan dan kesilapan arahan.

14

Page 15: TEKNOLOGI MAKLUMAT

HBEF2303 ZAINUN BT EMBONGTEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN 680910115256001

(c) Latihan

Penggunaan PPBK ini juga menyediakan latihan kepada pengguna. Ini akan membatu

pengguna itu, khususnya murid mengukur dan menguji kefahamannya dan membina

kefahamannya. Seterusnya latihan ini mampu menjadi satu alat pengukuhan yang baik kepada

murid. Dalam hal ini, sudah semestinya elemen motivasi dan kemahiran berfikir dimasukkan

bersama.

(d) Mengukur Pencapaian Pelajar

Selain itu, pencapaian murid juga dapat diukur dengan menggunakan PPBK ini.  Ini dapat

dilakukan melalui latihan dan juga aspek yang lain.  Pembangunaan PPBK ini perlu dilihat

dari aspek lahiriah dan rohaniah ketika menilai pencapaian murid dalam PPBK.

Kaedah Berbantukan Komputer

PPBK  merupakan satu lagi kaedah pengajaran dan pembelajaran pada masa kini yang

semakin menjadi satu kaedah yang popluar di kalangan para pendidik. Penggunaan kaedah

PPBK ini adalah seiring dengan kemajuan pesat, tuntutan kerajaan dan celik IT di kalangan

murid-murid. Pada masa kini, jika seseorang pendidik itu tidakn menggunakan computer

ataupun lebih jelasnya multimedia dalam pengajaran dan pembelajarannya, ia merupakan

suatu perkara yang agak aneh.  Sebenarnya terdapat beberapa kaedah mengajar yang boleh

digunakan dengan menggunakan PPBK ini. Ini adalah termasuk tutorial, ujian, permainan,

simulasi dan tunjukcara. Ini dapat ditunjukkan dalam rajah di bawah.

Rajah 2 : Contoh Cara-Cara Mengajar PPBK

1. Tutorial

Tutorial merupakan sejenis PPBK yang digunakan bagi maksud mempersembahkan bahan

pengajaran baru yang mana ianya mempunyai beberapa langkah-langkah penerangan yang

tersusun (Allesi & Trollip, 1991). Dalam hal ini, PPBK yang dibina akan bersifat tutorial yang

berfungsi sebagai tutor dalam menyampaikan sesebuah pengajaran. Dengan kata lain kaedah

tutorial ini lazimnya digunakan untuk menyampaikan sesuatu fakta ataupun penerangan

menegnai sesuatu perkara kepada murid.  Kaedah ini sesuai digunakan ketika menyampaikan

maklumat dan memulakan sesuatu topic pengajaran dan pembelajaran. Antara contoh PPBK

yang boleh dibangunkan adalah menggunakan MS Word, Power Point, Publisher dan

15

Page 16: TEKNOLOGI MAKLUMAT

HBEF2303 ZAINUN BT EMBONGTEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN 680910115256001

Authorware. Sebagai contohnya, melalui kaedah tutorial, guru dapat menyediakan pakej-pakej

pengajaran seperti dalam bentuk persembahan ( MS Power Point ) untuk menerangkan

konsep-konsep asas dalam Matematik seperti fakta asas, peratus, pecahan dan lain-lain lagi. 

Guru juga sekaligus boleh menyediakan soalan-soalan berdasarkan isi pelajaran yang

berkaitan

Tutorial melibatkan komputer memperkenalkan bahan-bahan pembelajaran di

sampaikan secara berperingkat-peringkat dan diikuti dengan soalan-soalan. Seterusnya

komputer akan menyemak jawapan dan memberikan maklum balas. Ianya sesuai

digunakan untuk memperkenalkan isi kandungan baru, mengulangkaji dan pemulihan

kepada pelajar yang berpencapaian rendah atau pengayaan kepada pelajar yang

berpencapaian tinggi.

Latihtubi adalah suatu latihan yang berikan oleh komputer untuk meningkatkan

pengalaman pembelajaran. Komputer akan memberikan soalan dan merakamkan

semua jawapan yang betul atau salah. Seterusnya komputer dapat memberikan

maklumbalas kepada pelajar. Ini akan membolehkan pelajar yang kurang

berpengalaman dapat mengikuti perjalanan kursus mengikut

tahapnya sendiri dan dapat memaparkan kemajuannya pada bila-bila masa sahaja.

2. Ujian

Pada masakini,  penggunaan komputer banyak membantu guru di dalam mengumpulkan

maklumat dan data pelajar. Ini sekaligus akan  menyenangkan guru membuat statistik dan

pengiraan markah muridnya. Penggunaan kaedah manual walaupun masih digunakan, namun

jika jumlah bilangan murid adalah ramai, maka kaedah ini tidak lagi begitu sesuai. Dalam hal

untuk menyediakan ujian kepada murid-murid, penggunaan PPBK ini amat membantu. Guru

boleh membina PPBK dengan menggunakan MS Word dan boleh dijalankan baik secara

online, kuiz  dan sebagainya.  Ujian menggunakan PPBK ini lebuh menarik minat murid dan

yang utama guru boleh menyemak markah murid dengan cepat, pentas dan julat kesalahan

yang kecil.

16

Page 17: TEKNOLOGI MAKLUMAT

HBEF2303 ZAINUN BT EMBONGTEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN 680910115256001

3. Permainan

• Permainan komputer adalah PPBK yang semakin popular masa kini. Permainan

menggunakan pendekatan belajar sambil bermain untuk menarik minat pelajar dan untuk

menjadikan pembelajaran suatu yang menyeronokkan.

Menurut MacFarlane & Sparrowhawk (2002), dalam melaksanakan permainan dalam pengajaran,

guru perlu berhati-hati agar objektif permainan adalah sesuai dengan objektif pengajar

Permainan pada masa kini seolah-olah telah menjadi “trade-mark” kepada murid-murid, dan tidak

menghairankan jika mereka sanggup menghabiskan wang dan masa untuk mengunjungi siber-siber.

Seorang guru yang berkreativiti dan berinovasi akan mengambil peluang ini untuk menarik minat

murid-murid belajar melalui permainan dalam komputer. Hampir semua perisian pengajaran dan

pembelajaran yang dicipta memasukkan elemen permainan dalam kandungan perisian rekaan

mereka. Kaedah PPBK ini sangat diminati oleh murid-murid. Antara perisaian yang dibangukan adalah

termasuk “Hang Man” dan “Tidy Up”. Kementerian Pendidikan Malaysia (kini Kementerian Pelajaran

Malaysia) pada suatu ketika dahulu telah membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk membangunkan

perisian interaktif dalam mata pelajaran Matematk dan Sains yang rata-rata mempunyai elemen

permainan. Permainan yang menarik bertujuan menaikkan semangat dan keinginan murid untuk

belajar. Penggunaan PPBK kaedah permainan ini menaikkan semangat dan keinginan murid

untuk belajar disebabkan aktivitinya berbentuk pertandingan di mana murid akan membuat

keputusan, mengikut arahan dan peraturan. Unsur-unsur hiburan dan keseronokan dimasukkan

bersama-sama semasa murid mempelajari sesuatu kemahiran dalam PPBK. Ianya akan dapat

memperkembangkan kemahiran mental, logik, pengetahuan dan penyelesaian masalah. Murid-murid

akan mempunyai motivasi yang tinggi untuk menjadi juara. Penyelesaian masalah adalah jenis PPBK

yang dapat digabungkan dengan kaedah permainan untuk menghasilkan suatu keputusan yang

hendak diambil oleh murid. Murid pasti akan melakukan pilihan yang sesuai dan tepat.

4. Simulasi

Thomas & Miligan (2004), telah mendefinisikan simulasi sebagai keadaan dan system yang

dimodelkan oleh komputer yang mengandungi maklumat tentang bagaimana keadaan atau sesuatu

system itu berfungsi. Contohnya simulasi bagaimana letusan gunung berapi berlaku, peredaran planet

mengelilingi matahari, tanah runtuh dan sebagainya. Penggunaan PPBK melalui simulasi ini dapat

member peluang kepada pelajar menjalankan aktiviti-aktiviti seperti menguji hipotesis dan sekaligus

17

Page 18: TEKNOLOGI MAKLUMAT

HBEF2303 ZAINUN BT EMBONGTEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN 680910115256001

akan membolehkan pemahaman murid itu dalam sesuatu sesuatu pengajaran dan pembelajaran

semakin mendalam. Contoh perisian yang boleh digunakan untuk membangunkan PPBK simulasi ialah

Phoenix Simulation Software yang mana perisian ini berkaitan dengan simulasi sains dan angkasa.

Simulasi adalah suatu situasi yang disediakan oleh komputer dengan memberikan gambaran sebenar terhadap sesuatu objek, proses atau peristiwa. Pelajar dapat berinteraksi secara aktif dengan komputer berdasarkan perana masing-masing bagi membuat keputusan, menyelesaikan masalah, isu, tugasan tertentu dan membuat keputusan yang tertentu. Ianya sesuai digunakan untuk pembelajaran proses dan konsep yang kompleks terutama dalam mata pelajaran seperti sains dan lain-lain yang memerlukan kajian atau modul atau modul yang mahal, merbahaya atau mengambil masa yang lama.

5. Tunjuk cara

Tunjukcara;

Kaedah ini digunakan untuk membolehkan pelajar memahami suatu prosedur sebelum melakukannya

dalam keadaan sebenar

Tunjuk cara sebenarnya adalah kaedah PPBK yang digunakan untuk menunjukkan kepada murid

sesuatu prosedur yang hendak dilakukan. Melaui kaedah ini murid mampu memahami sesuatu

prosedur itu sebelum melakukannya dalam situasi keadaan sebenar. Tunjuk cara ini amat sesuai

digunakan untuk memahami sesuatu prosedur yang tidak boleh atau tidak sesuai dilakukan di dalam

kelas disebabkan kekurangan peralatan, terlalu kompleks ataupun yang boleh mendatangkan bahaya

kepada murid-murid. Misalannya, guru dapat menunjukkan kepada murid dengan lebih jelas lagi

bagaimana proses sesuatu kitar semula dijalankan melalui slaid Power Point. Sememangnya agak

menyukarkan untuk membawa murid melawat ke tempat pengkitaran semula dan melalui kaedah

PPBK ini, murid dapat memahami prosedur tersebut dengan lebih jelas

Kesimpulan

18

Page 19: TEKNOLOGI MAKLUMAT

HBEF2303 ZAINUN BT EMBONGTEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN 680910115256001

Penggunaan komputer dalam pendidikan adalah merupakan langkah awal ke arah mewujudkan

masyarakat berteknologi selaras dengan hasrat Wawasan 2020. Institusi pendidikan sebagai wadah

terpenting perlu mengalami perubahan terlebih awal berbanding dengan institusi-institusi lain ke arah

mencapai matlamat tersebut. Potensi dan kecanggihan teknologi perlu dimanfaatkan sepenuhnya.

Untuk mancapai matlamat pendidikan di Malaysia, satu anjakan paradigma diperlukan dalam cara

pemikiran dan penggunaan teknologi ( Wan Zahid, 1996 ). Usaha perlu dibuat dan penglibatan secara

menyeluruh perlu dilakukan sehingga kita mampu mereka dan menghasilkan sesuatu mengikut acuan

pemikiran kita sendiri, tanpa bersandar dan berharap kepada orang lain. Selagi kita bertaraf

‘pengguna’, selagi itulah kita tidak mampu merubah apa-apa.

Sememangnya, penggunaan komputer telah merubah dan mempengaruhi cara manusia bekerja seta

juga menguruskan maklumat sepenuhnya. Perkembangan teknologi komputer dalam bidang

multimedia pula menambahkan keistimewaan sistem ini dengan membolehkan komputer bukan

sahaja menggunakan teks sebagai sumber utama penyaluran informasi tetapi menyelitkan juga unsur-

unsur audio, video, animasi dan interaktif ke dalamnya dan telah diaplikasikan dalam pendidikan,

khususnya PPBK. Beberapa kajian yang telah yang dijalankan berkaitan dengan penggunaan PPBK

dalam pengajaran dan pembelajaran menunjukkan bahawa penggunaan kaedah adalah amat

bersesuaian dan berkesan dalam membantu murid untuk melalui proses pembelajaran. Kajian yang

dijalankan oleh Oduz yang dipetik dari Norhayati (1999) menunjukkan bahawa kadar pembelajaran

dan pemahaman manusia dapat dipertingkatkan dengan menggunakan cara yang interaktif dalam

suatu persekitaran pembelajaran. Persekitaran pembelajaran interaktif akan membenarkan manusia

melihat, mendengar, bertindakbalas dan beraksi. Dengan ini, kita dapat simpulkan bahawa

penggunaan PPBK dalam pengajaran dan pembelajaran sebagaimana yang dinyatakan di atas banyak

membantu proses pengajaran dan pembelajaran.

Rujukan:

19

Page 20: TEKNOLOGI MAKLUMAT

HBEF2303 ZAINUN BT EMBONGTEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN 680910115256001

Chua Siwe Geok. 2002. Pembinaan PBBK perkakasan komputer bagi subjek pendidikan

komputer. Projek Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Shaifol Bahary Sulaiman. 2004. Pembangunan Dan Penilaian Perisian Multimedia Bagi

Kursus Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Kursus Sekolah Bestari. Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan

Malaysia, Bangi.

Shaifol Bahary Sulaiman. 2004. Teknologi maklumat untuk institusi perguruan.

Kuala Lumpur: Federal Publication.

Ismail Zain. 2002. Aplikasi multimedia dalam pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications &

Distributors Sdn. Bhd.

Norhashim Abu Samah, Mazlan Youp & Rosalinda Alias. 1996. Pengajaran berbantukan

komputer. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zoraini Wati Abas. 1992. Penggunaan Teknologi Maklumat (Komputer) Dalam Pendidikan Islam:

Keperluan dan Masalah. Kertas Kerja Seminar Pendidikan, Pendidikan Islam Era 2020 Tasawwur Dan

Strategi. Maktab Perguruan Islam. Bangi, 9-10 Oktober.

http://azmims.tripod.com/ppbk.htm

20