teknik kloz dalam karangan

4
TEKNIK KLOZ DALAM KARANGAN Guru-guru yang mengajar kelas terbelakang, tentunya menghadapi kesukaran untuk mengajar karangan kepada pelajar-pelajarnya. Masakan tidak, karangan memerlukan pelajar menjana idea, kemudia menyusun ke dalam satu bentuk yang betul dari struktur tatabahasanya. Oleh itu, tidak hairanlah jika ada segelintir guru yang mengambil jalan singkat dengan menyuruh pelajar menyalin bulat-bulat karangan daripada sumber tertentu. Hal ini memang memberikan kelebihan kepada guru, antaranya ialah: a. mudah untuk menanda kerana tidak banyak kesalahan tatabahasa dan ejaan. b. tidak perlu membetulkan kesalahan struktur ayat. Namun, bagi pihak pelajar pula, terdapat kelemahannya, iaitu: a. guru menafikan hak pelajar sebagai seorang pelajar b. guru menyekat kreativiti pelajar c. pelajar tidak dapat menilai kelemahannya dalam menulis karangan Perlu diingat, penulisan itu juga sebahagian daripada pembelajaran sepanjangan masa. Hal ini kerana hampir setiap kali proses menulis itu akan timbul pertanyaan, 'betul ke ni?'. Jadi, apabila salah, maka tugas guru ialah membetulkannya. Salah satu teknik yang boleh digunakan oleh guru ialah teknik kloz. Teknik ini merupakan hasil gabungan idea pelajar dan guru. Secara tidak langsung, guru telah mengiktiraf idea pelajar dalam proses penulisan. Berikut merupakan langkah yang boleh diikuti jika guru ingin menggunakan teknik ini dalam pengajaran dan pembelajaran.

Upload: ahmadsalim-hambiah

Post on 25-Dec-2015

33 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Teknik Kloz Dalam Karangan

TRANSCRIPT

Page 1: Teknik Kloz Dalam Karangan

TEKNIK KLOZ DALAM KARANGAN

Guru-guru yang mengajar kelas terbelakang, tentunya menghadapi kesukaran untuk mengajar karangan kepada pelajar-pelajarnya. Masakan tidak, karangan memerlukan pelajar menjana idea, kemudia menyusun ke dalam satu bentuk yang betul dari struktur tatabahasanya.

Oleh itu, tidak hairanlah jika ada segelintir guru yang mengambil jalan singkat dengan menyuruh pelajar menyalin bulat-bulat karangan daripada sumber tertentu. Hal ini memang memberikan kelebihan kepada guru, antaranya ialah:

a. mudah untuk menanda kerana tidak banyak kesalahan tatabahasa dan ejaan.

b. tidak perlu membetulkan kesalahan struktur ayat.

Namun, bagi pihak pelajar pula, terdapat kelemahannya, iaitu:

a. guru menafikan hak pelajar sebagai seorang pelajar

b. guru menyekat kreativiti pelajar

c. pelajar tidak dapat menilai kelemahannya dalam menulis karangan

Perlu diingat, penulisan itu juga sebahagian daripada pembelajaran sepanjangan masa. Hal ini kerana hampir setiap kali proses menulis itu akan timbul pertanyaan, 'betul ke ni?'. Jadi, apabila salah, maka tugas guru ialah membetulkannya.

Salah satu teknik yang boleh digunakan oleh guru ialah teknik kloz. Teknik ini merupakan hasil gabungan idea pelajar dan guru. Secara tidak langsung, guru telah mengiktiraf idea pelajar dalam proses penulisan.

Berikut merupakan langkah yang boleh diikuti jika guru ingin menggunakan teknik ini dalam pengajaran dan pembelajaran.

Langkah 1

- Guru menunjukkan gambar. Misalnya untuk mengajar tajuk 'Kepentingan Hutan Kepada Kehidupan', maka gambar hutan boleh ditunjukkan kepada pelajar.

- Pada masa ini, strategi penyoalan memainkan peranan penting dalam mencungkil pengetahuan sedia ada pelajar.

- Segala idea pelajar boleh dicatat pada papan tulis.

Page 2: Teknik Kloz Dalam Karangan

Langkah 2:

- Guru memberitahu tajuk penulisan.

- Guru meminta pelajar mengemukakan sekurang-kurangnya empat isi penting kepentingan hutan kepada kehidupan.

- Setiap isi penting perlulah diikuti dengan isi sokongan atau huraian.

- Jika pelajar terlalu lemah, guru boleh memberi klu sebelum membantu pelajar.

Langkah 3:

- Guru menulis beberapa perkataan sebelum meminta pelajar menyambungkannya dengan isi yang telah dikemukakan.

- Guru boleh membantu pelajar dalam menulis perenggan pendahuluan.

Contoh:

Dewasa ini, terlalu banyak _________________. Walaupun kerajaan telah ____________________, namun tindakan ini sebagai sia-sia belaka. Terdapat pelbagai ____________________.

Antaranya ialah hutan _______________________. Kepanasan yang _____________________ selain pembebasan gas beracun yang lebih dikenali sebagai kluoroflorokarbon (CFC). Semakin banyak ________________, maka semakin ______________________.

Selain itu, hutan juga ______________________. Terdapat pelbagai pokok yang dijadikan ubat-ubatan antaranya ialah ____________________. Pokok-pokok ini juga mempunyai _____________________ memandangkan ada di antaranya yang sukar ditemui ketika ini.

Bukan itu sahaja, hutan juga menjadi salah satu ________________________. Negara kita dikurnai dengan ___________________________ yang cukup menarik. Sebagai contohnya, negara kita

Page 3: Teknik Kloz Dalam Karangan

mempunyai __________________. Keindahan hutan kita telah berjaya ______________________________.

Di samping itu, hutan juga menjadi __________________. Disebabkan kepentingan inilah kerajaan telah __________________ sebagai kawasan hutan simpan negara, misalnya _________________. Ringkasnya, hutan dapat ___________________.

Natijahnya, hutan ___________________________. Oleh itu, kerajaan perlu __________________________________. Khazanah hutan perlu dijaga kerana __________________________________.

Dengan teknik ini, tentunya pelajar tidak takut untuk berhadapan dengan kesalahan sehingga menyesakkan mata memandang, lebih-lebih lagi jika dia seorang pelajar yang lemah. Saya cukup yakin, jika teknik ini diaplikasikan dengan betul, maka pelajar akan lebih berminat untuk menulis karangan, seterusnya meminati mata pelajaran bahasa Melayu!