menulis karangan dengan menggunakan teknik yang mudah.doc

52
Menulis karangan dengan menggunakan teknik yang mudah Karangan boleh dianggap sebagai diri penulisnya. Tanggapan dibuat demikian kerana unsur-unsur yang membina karangan – perkataan, frasa, klausa dan ayat, idea atau isi serta pengetahuan atau pengalaman – berpunca sepenuhnya daripada penulisnya. Sekiranya penulis tidak menguasai semua unsur tersebut, karangan berkenaan tidak akan sempurna. Karangan juga persis manusia, perlu mempunyai kepala, bahagian tengah dan anggota bawah untuk menjadi manusia yang lengkap fizikalnya. Hal ini kerana setiap karangan perlu mempunyai pendahuluan, isi dan penutup. Anggota-anggota badan manusia itu pula perlu berada di tempatnya yang sebenar atau biasa. Demikianlah juga halnya dengan karangan. Bahagian-bahagian karangan berkenaan didirikan oleh perenggan. Didapati bahawa kegagalan calon peperiksaan di peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mendapat markah yang tinggi banyak disumbangkan oleh kertas karangan. Pelajar mungkin mempunyai idea, tetapi mempunyai masalah untuk menyampaikan idea tersebut. Oleh yang demikian, pelajar sebenarnya menghadapi masalah untuk mengarang. Masalah ini timbul disebabkan pelajar tidak menguasai suatu cara asas atau kemahiran untuk menulis karangan. Pelajar sebaik-baiknya ditunjukkan langkah atau teknik menulis setiap perenggan supaya mereka dapat menulis karangan dengan berkesan. Mengetahui Kehendak Karangan Setelah memilih tajuk karangan yang dirasakan dapat dikuasai isi atau faktanya dengan baik, pelajar perlu mengetahui idea pusat karangan itu. Idea pusat ialah perkara atau isu yang ingin dibincangkan, atau idea keseluruhan, atau tema. Dalam kata lain, pelajar perlu mengetahui kunci, iaitu kehendak sesuatu tajuk. Ini untuk memastikan pelajar menulis isi yang tepat dan terelak daripada terpesong isi atau terkeluar daripada tajuk. Membina Perenggan 1

Upload: johnathan-hatfield

Post on 20-Nov-2015

217 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Menulis karangan dengan menggunakan teknik yang mudah Karangan boleh dianggap sebagai diri penulisnya. Tanggapan dibuat demikian kerana unsur-unsur yang membina karangan perkataan, frasa, klausa dan ayat, idea atau isi serta pengetahuan atau pengalaman berpunca sepenuhnya daripada penulisnya. Sekiranya penulis tidak menguasai semua unsur tersebut, karangan berkenaan tidak akan sempurna. Karangan juga persis manusia, perlu mempunyai kepala, bahagian tengah dan anggota bawah untuk menjadi manusia yang lengkap fizikalnya. Hal ini kerana setiap karangan perlu mempunyai pendahuluan, isi dan penutup. Anggota-anggota badan manusia itu pula perlu berada di tempatnya yang sebenar atau biasa. Demikianlah juga halnya dengan karangan. Bahagian-bahagian karangan berkenaan didirikan oleh perenggan. Didapati bahawa kegagalan calon peperiksaan di peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mendapat markah yang tinggi banyak disumbangkan oleh kertas karangan. Pelajar mungkin mempunyai idea, tetapi mempunyai masalah untuk menyampaikan idea tersebut. Oleh yang demikian, pelajar sebenarnya menghadapi masalah untuk mengarang. Masalah ini timbul disebabkan pelajar tidak menguasai suatu cara asas atau kemahiran untuk menulis karangan. Pelajar sebaik-baiknya ditunjukkan langkah atau teknik menulis setiap perenggan supaya mereka dapat menulis karangan dengan berkesan. Mengetahui Kehendak Karangan Setelah memilih tajuk karangan yang dirasakan dapat dikuasai isi atau faktanya dengan baik, pelajar perlu mengetahui idea pusat karangan itu. Idea pusat ialah perkara atau isu yang ingin dibincangkan, atau idea keseluruhan, atau tema. Dalam kata lain, pelajar perlu mengetahui kunci, iaitu kehendak sesuatu tajuk. Ini untuk memastikan pelajar menulis isi yang tepat dan terelak daripada terpesong isi atau terkeluar daripada tajuk. Membina Perenggan Setiap karangan harus mempunyai perenggan-perenggan tertentu. Untuk pendahuluan dan penutup, masing-masing dibina oleh satu perenggan. Untuk isi, jumlah perenggan bergantung kepada jumlah isi utama atau isi besar. Jumlah isi utama yang dianggap memadai untuk sesebuah karangan ialah tiga atau empat. Satu perenggan hendaklah dibangunkan oleh satu isi utama sahaja. Sekiranya terdapat tiga isi utama, maka jumlah perenggan untuk isi ialah tiga juga. Dengan yang demikian, karangan tersebut biasanya mempunyai lima atau enam perenggan. Pembinaan perenggan yang tersusun menjadikan karangan berkenaan menarik untuk dibaca, malah menggambarkan bahawa pelajar menguasai teknik penulisan yang berkesan. Untuk memudahkan pelajar membina perenggan, pelajar harus menentukan jumlah ayat yang perlu ditulis. Untuk peringkat PMR, sebaik-baiknya tiga atau empat ayat, manakala untuk SPM, seelok-eloknya dibina lima ayat. Ini penting untuk mengimbangkan huraian dan juga jumlah perkataan bagi keseluruhan karangan. Perenggan Pendahuluan Perenggan pendahuluan memperkenalkan tajuk karangan kepada pembaca. Maknanya, dalam perenggan ini belum terdapat sebarang isi, tetapi menyatakan hal yang berkait rapat dengannya. Pendahuluan boleh dibina dengan tiga hingga lima ayat. Karangan bermula dengan ayat pengenalan. Satu ayat pengenalan dikira sudah memadai. Ayat ini akan membawa pembaca untuk memahami tajuk dan isi secara umum. Ini diikuti oleh dua atau tiga ayat huraian, yang merupakan ayat yang menyokong atau menghuraikan kenyataan dalam ayat pengenalan. Perenggan ini diakhiri oleh satu ayat fokus, yang membawa pembaca secara tegas kepada tujuan atau arah karangan, iaitu persoalan yang hendak dibincangkan dalam bahagian isi nanti. Lihat contoh pendahuluan di bawah: (1) Akhir-akhir ini didapati bahawa kualiti air semakin terancam. (2) Banyak kes pencemaran air dilaporkan berlaku di sana-sini yang sangat membimbangkan kita. (3) Bukan sahaja air sungai atau laut yang tercemar, malah sekarang melibatkan air yang diproses di loji pembersihan. (4) Fenomena ini akan mengancam kesihatan dan keselamatan sesiapa yang menggunakannya. (5) Masalah ini terjadi adalah disebabkan oleh sikap anggota masyarakat sendiri yang tidak memberikan perhatian terhadap kebersihan sumber alam tersebut. Dalam perenggan di atas, ayat (1) ialah ayat pengenalan, manakala ayat (2) hingga ayat (4) ialah ayat huraian. Ayat (5) pula merupakan ayat fokus, yang memberikan bayangan paling dekat terhadap inti tajuk, "sikap masyarakat merupakan penyebab pencemaran air". Perenggan Isi Jumlah perenggan isi bergantung kepada jumlah isi utama. Satu isi utama dihuraikan dalam satu perenggan supaya karangan lebih kemas dan memudahkan pemeriksa mengenal pasti isi utama dan isi sampingan. Penyusunan isi utama pula mengikut kepentingan, iaitu yang lebih penting atau dapat dihuraikan dengan jelas hendaklah didahulukan. Setiap perenggan isi boleh dihuraikan dengan empat atau lima ayat. Perenggan isi dimulakan dengan satu ayat topik, iaitu ayat yang menyatakan isi utama. Bagi pelajar yang sudah cekap mengarang, ayat topik boleh juga diletakkan di tengah atau bahagian akhir perenggan. Tetapi, untuk memudahkan pelajar membuat huraian, lebih baik diletakkan pada awal perenggan. Ini diikuti oleh dua hingga empat ayat huraian. Ayat ini mengandungi isi sampingan atau sokongan kepada ayat topik, dan kadangkala termasuk contoh yang difikirkan sesuai. Contohnya, pelajar boleh menulis satu perenggan isi sebagaimana yang berikut: (1) Satu daripada sikap sebilangan anggota masyarakat kita adalah tidak mementingkan aspek kebersihan persekitaran dalam kehidupan sehari-hari. (2) Mereka tidak suka kepada sampah-sarap, tetapi mereka mengambil mudah urusan membuang sampah. (3) Dengan sikap ini mereka menjadikan longkang, sungai dan tasik sebagai tong sampah, sebagaimana yang lazim berlaku di perkampungan setinggan. (4) Hal ini bukan sahaja menyebabkan air sungai atau tasik tercemar, tetapi juga memudahkan terjadinya banjir kilat kerana laluan air tersekat ketika hujan.Ayat (1) merupakan ayat topik, iaitu yang menyatakan isi utamanya, "sikap masyarakat yang tidak mementingkan kebersihan". Ayat-ayat berikutnya merupakan ayat huraian, iaitu ayat (2) dan (3) memberikan contoh sikap yang dinyatakan, manakala ayat (4) menerangkan akibat daripada sikap tidak bertanggungjawab tersebut. Perenggan Penutup Perenggan ini berfungsi membuat rumusan secara keseluruhan segala idea yang telah dicurahkan dalam perenggan-perenggan sebelumnya. Pelajar boleh membina perenggan ini dengan menggunakan tiga hingga lima ayat. Perenggan ini tidak seharusnya mengulang kembali apa yang telah dituliskan dalam perenggan pendahuluan. Beberapa cara menulis penutup yang mudah adalah seperti menyatakan semula, membuat ramalan dan membuat syor. Walau bagaimanapun, pemilihan teknik penutup perlulah sesuai dengan jenis karangan. Menyatakan semula Melalui teknik ini pelajar boleh menyebut atau mengulang kembali semua hujah yang dikemukakan sebagai isi utama secara ringkas. Contohnya: (1) Sebenarnya banyak usaha yang telah dilakukan oleh pihak tertentu untuk membanteras pencemaran air. (2) Namun usaha tersebut tidak banyak membantu kerana sikap masyarakat yang tidak mementingkan kebersihan persekitaran. (3) Projek pembangunan yang rancak dijalankan di sana-sini tanpa mengambil kira kesannya terhadap alam sekitar pula menyebabkan berlakunya hakisan tanah yang teruk yang mampu menjejaskan kualiti air di sungai atau tasik, dan keadaan tersebut lebih teruk apabila kebanyakan ahli masyarakat yang tidak suka mematuhi peraturan yang digubal oleh pihak berkuasa.Perenggan penutup di atas memuatkan tiga isi utama. Membuat ramalan Dengan penutup cara ini, pelajar menghuraikan kemungkinan yang akan berlaku. Sikap sedemikian jika dibiarkan berterusan boleh mengakibatkan kesan yang serius. Pelbagai jenis penyakit bawaan air yang sukar dikawal akan merebak dengan cepat, dan menjejaskan kesihatan penduduk. Selain itu, hal ini akan membabitkan peruntukan kewangan yang tinggi, bukan sahaja untuk mengubati pelbagai penyakit tersebut, tetapi juga untuk memulihkan sungai, tasik atau laut yang tercemar.Dalam perenggan penutup tersebut, dua ramalan dibuat, iaitu dalam dua ayat terakhir. Memberikan syor Melalui teknik ini pelajar menutup karangan dengan memberikan cadangan yang dikira munasabah. Dua cadangan dianggap mencukupi. Walau bagaimanapun, teknik ini tidak sesuai dengan karangan yang sudah meminta langkah atau cara untuk menyelesaikan sesuatu isu. Hal ini kerana pelajar telah menyatakannya dalam perenggan isi, walaupun berlainan. Contoh penutup jenis ini adalah sebagaimana di bawah ini: Jelaslah bahawa sikap masyarakat menyebabkan pencemaran air berleluasa di mana-mana sahaja. Untuk mengatasinya, kesedaran masyarakat terhadap kebersihan perlu dipupuk. Kempen, ceramah dan pertandingan perlu dijalankan dari semasa ke semasa sehingga masyarakat dapat mendisiplinkan diri dalam aspek kebersihan. Selain itu, peraturan yang sesuai perlu digubal, ditambah atau diubah suai. Dalam masa yang sama, penguatkuasaan yang tegas wajib dilaksanakan untuk memastikan segala program mencapai matlamatnya. Unsur-unsur Lain yang Penting Kebanyakan pelajar, khususnya golongan pelajar yang lemah, tidak menitikberatkan hal-hal teknikal dan unsur tatabahasa tertentu. Selain teknik menulis, hal-hal ini juga sangat perlu diberikan perhatian untuk menghasilkan karangan yang berkesan. Mematuhi jenis karangan dan format Sesetengah jenis karangan memerlukan pendekatan yang berlainan. Karangan perbincangan perlu diolah secara membincangkan sesuatu isu, seperti tajuk contoh di atas, berbeza dengan karangan berbentuk cerita atau pengalaman. Manakala karangan yang berformat surat kiriman, syarahan, ceramah, perbahasan, wawancara dan seumpamanya perlu mematuhi format yang telah ditetapkan. Bahasa yang berkesan Bahasa yang tidak berkesan akan melemahkan karangan walaupun mempunyai isi yang kuat. Unsur utama bahasa yang perlu diberikan perhatian ialah pembinaan ayat serta pemilihan frasa dan perkataan yang sesuai. Sebaik-baiknya karangan dibina dengan ayat yang pelbagai jenis atau struktur, iaitu campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk, ayat songsang, ayat biasa, ayat aktif, ayat pasif dan ayat-ayat lain yang sesuai. Frasa yang dibina perlu mengikut Hukum D-M. Manakala perkataan yang dipilih perlu tepat atau jelas untuk menggambarkan sesuatu, misalnya perlu dibezakan di antara ramai dengan banyak. Imbuhan juga harus digunakan dengan berhati-hati supaya sesuai dengan kata dasar dan maksud yang ingin disampaikan. Ejaan dan tanda baca Didapati kebanyakan pelajar mengabaikan aspek ini. Ejaan perlu diberikan perhatian kerana setiap kesalahan ejaan akan dipotong setengah markah sehingga tidak lebih daripada lima markah untuk keseluruhan karangan. Ini termasuklah penggunaan tanda sempang (-) pada kata ganda. Tetapi markah tidak dipotong untuk kesalahan berulang. Banyak pelajar yang tidak menggunakan tanda koma (,), malah tidak juga menurunkan tanda noktah (.) di akhir ayat. Didapati tanda-tanda bacaan yang lain seperti noktah bertindih (:), noktah berkoma (;), dan sempang (-) pula tidak dipedulikan langsung. Tanda-tanda ini jika digunakan di tempat yang tidak sesuai akan menyebabkan ayat yang dibina membawa maksud yang lain, atau salah sama sekali. Jelasnya, menulis karangan seperti kegiatan lain juga bukanlah kerja yang rumit sekiranya kita memiliki tekniknya. Teknik penulisan boleh diubah suai mengikut kemampuan diri sendiri. Pelajar perlu membiasakan diri dengan teknik tersebut. Pembiasaan boleh dilakukan dengan sentiasa mempraktikkannya, iaitu dengan cara rajin menulis karangan. Suhaimi Mohd Salleh Pelita Bahasa,

2002 SMK Sultan Omar, 23000 Dungun, TerengganuTel/faks : 09-8481831 Email : [email protected]

CONTOH MENULIS KARANGAN BAHAGIAN A

Bahagian A[30 markah]

[Masa dicadangkan: 45 minit]

Gambar rajah di bawah menunjukkan sebahagian daripada cara menyayangi sekolah.Huraikan pendapat anda tentang cara-cara menyayangi sekolah. Panjangnya huraian andahendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan MEMELIHARA HARTA BENDA SEKOLAH CARA-CARA MENYAYANGI SEKOLAH PENCAPAIAN KOKURIKULUM MEMATUHI PERATURAN SEKOLAH KECEMERLANGAN AKADEMIKCARA MENJAWAB1.BINA PENDAHULUAN MENGGUNAKAN TEKNIK MUSA2.BINA SEKURANG-KURANGNYA 6 SOALAN BAGI SETIAP ISI YANG DIBERIKAN UNTUK MENGHASILKAN PERENGGAN3.SOALAN BERPANDUKAN TEKNIK ANAK HALIM SEPAK KESOM SEBAB JEALOUS.4.GUNAKAN JUGA TEKNIK PANDANG BELAKANG5.BINA PENUTUP MENGGUNAKAN TEKNIK RASA CINTA AKU PASTI HILANGCONTOH:PENDAHULUANAYAT MENARIK: SEJAK AKHIR-AKHIR INIAYAT UMUM : PERANAN SEKOLAH MENJADI SEMAKIN VITALAYAT SOKONGAN:SEKOLAH MERUPAKAN TEMPAT KITA MENIMBA ILMU AYAT SOKONGAN: SETIAP PELAJAR PERLU MENYAYANGI SEKOLAH KERANA DI SINILAH MEREKA MEMPEROLEH PELBAGAI DISIPLIN ILMU YANG PENTING UNTUK MASA DEPANAYAT ARAH:TERDAPAT BANYAK CARA UNTUK MENYAYANGI SEKOLAH.HASILNYA: Sejak akhir-akhir ini, peranan sekolah menjadi semakin vital. Sekolah merupakan tempat kita menimba ilmu . Setiap pelajar perlu menyayangi sekolah kerana di sinilah mereka memperoleh pelbagai disiplin ilmu yang penting untuk masa depan. Terdapat banyak cara untuk menyayangi sekolahPERENGGAN ISICONTOH PEMBINAAN PERENGGAN ISI:1.APAKAH CARA-CARA YANG BOLEH DILAKUKAN UNTUK MEYAYANGI SEKOLAH?JAWAPAN: Antara cara menyayangi sekolah adalah dengan memelihara harta benda sekolah.2. MENGAPAKAH MEMELIHARA HARTA BENDA SEKOLAH MERUPAKAN CARA UNTUK MEYAYANGI SEKOLAH?JAWAPAN: Hal ini demikian kerana harta benda yang disediakan adalah kemudahan yang dibekalkan oleh kerajaan untuk kegunaan pelajar secara percuma.3.APAKAN CONTOH HARTA BENDA SEKOLAH YANG DIBEKALKAN OLEH KERAJAAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR SECARA PERCUMA.JAWAPAN:Sebagai contoh kita perlu menjaga kemudahan seperti kerusi meja di dalam kelas, papan kenyataan, komputer dan sebagainya.4.APAKAH KESAN SEKIRANYA KITA MENJAGA KEMUDAHAN SEPERTI KERUSI MEJA DI DALAM KELAS, PAPAN KENYATAAN, KOMPUTER DAN SEBAGAINYA.JAWAPAN: Kesannya kemudahan itu akan dapat digunakan untuk tempoh yang lebih lama dan boleh digunakan oleh pelajar-pelajar baru.5.APAKAH KESAN SETERUSNYA JIKA KEMUDAHAN ITU DAPAT DIGUNAKAN UNTUK TEMPOH YANG LEBIH LAMA?JAWAPAN: Seterusnya, pihak sekolah tidak perlu mengeluarkan kos yang banyak membeli peralatan yang telah sedia ada. Wang yang ada boleh digunakan untuk pekara lain seperti mengadakan program untuk meningkatkan kecemerlangan pelajar.6.APAKAH PENEGASAN YANG BOLEH ANDA BUAT TENTANG CARA-CARA MEYAYANGI SEKOLAH?JAWAPAN: Jelaslah, memelihara harta benda sekolah merupakan cara yang paling mudah bagi pelajar untuk menyayangi sekolah.HASILNYA: Antara cara menyayangi sekolah adalah dengan memelihara harta benda sekolah. Hal ini demikian kerana harta benda yang disediakan adalah kemudahan yang dibekalkan oleh kerajaan untuk kegunaan pelajar secara percuma. Sebagai contoh kita perlu menjaga kemudahan seperti kerusi meja di dalam kelas, papan kenyataan, komputer dan sebagainya. Kesannya kemudahan itu akan dapat digunakan untuk tempoh yang lebih lama dan boleh digunakan oleh pelajar-pelajar baru. Seterusnya, pihak sekolah tidak perlu mengeluarkan kos yang banyak membeli peralatan yang telah sedia ada. Wang yang ada boleh digunakan untuk pekara lain seperti mengadakan program untuk meningkatkan kecemerlangan pelajar. Jelaslah, memelihara harta benda sekolah merupakan cara yang paling mudah bagi pelajar untuk meyayangi sekolah.PENUTUPCONTOH MEMBINA PENUTUP:RASA....RUMUSAN: Natijahnya sekolah merupakan tempat kita menimba ilmu yang perlu kita sayangi.CINTA...CADANGAN: Oleh itu, setiap pelajar perlu menyayangi sekolah masing-masing.AKU.....ANCAMAN : Sekiranya kita tidak menyayangi sekolah, maka sekolah akan menjadi tempat yang membosankan dan nama baik sekolah akan tercemar.PASTI ...PENDAPAT/PERIBAHASA; Sehubungan dengan itu, aforisme hendak seribu daya tak hendak seribu dalih perlulah kita jadikan realiti dalam usaha menyayangi sekolahHARAPAN: supaya nama baik sekolah terus terpelihara dan dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan sekolah-sekolah cemerlang yang lain.HASILNYA: Natijahnya sekolah merupakan tempat kita menimba ilmu yang perlu kita sayangi. Oleh itu, setiap pelajar perlu menyayangi sekolah masing-masing. Sekiranya kita tidak menyayangi sekolah, maka sekolah akan menjadi tempat yang membosankan dan nama baik sekolah akan tercemar. Sehubungan dengan itu, aforisme hendak seribu daya tak hendak seribu dalih perlulah kita jadikan realiti dalam usaha menyayangi sekolah supaya nama baik sekolah terus terpelihara dan dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan sekolah-sekolah cemerlang yang lain.MENARIK BUKAN ! JANGAN TAKUT UNTUK MENULIS..............................................ANDA BOLEHPosted by Puan Tuminah Binti Baharom at 07:44 Email This

HYPERLINK "http://www.blogger.com/share-post.g?blogID=8292595789779583623&postID=5471061865679075570&target=blog" \o "BlogThis!" \t "_blank" BlogThis!

HYPERLINK "http://www.blogger.com/share-post.g?blogID=8292595789779583623&postID=5471061865679075570&target=twitter" \o "Share to Twitter" \t "_blank" Share to Twitter

HYPERLINK "http://www.blogger.com/share-post.g?blogID=8292595789779583623&postID=5471061865679075570&target=facebook" \o "Share to Facebook" \t "_blank" Share to Facebook

HYPERLINK "http://www.blogger.com/share-post.g?blogID=8292595789779583623&postID=5471061865679075570&target=pinterest" \o "Share to Pinterest" \t "_blank" Share to PinterestNo comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Subscribe to: Post Comments (Atom)

Laman Guru Cemerlang

Kecekapan Berbahasa Guru Bahasa Melayu Dalam abad ke-21 ini, setiap guru Bahasa Melayu sama ada yang mengajar di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah mahu pun di institusi pengajian tinggi seharusnya memiliki kecekapan berbahasa yang baik. Selain empat kemahiran asas yang diberi penekanan dalam melahirkan pelajar yang seimbang dari sgei kemahiran berbahasa, guru-guru Bahasa Melayu juga perlu menguasai kecekapan berbahasa antaranya seperti berikut: Kecekapan berkomunikasi( Kecekapan berhujah dan membidas( Kecekapan berbincang dan mengulas( Kecekapan menyoal( Kecekapan menyatakan dan menghuraikan ilmu pengetahuan dan pendapat( Kecekapan membaca, memahami dan merumus teks( Kecekapan menganalisis dan mentafsir maklumat( Kecekapan membaca dan menaakul pelbagai bahan( Kecekapan membina ayat( Kecekapan menulis( Guru-guru Bahasa Melayu dalam abad ke-21 perlu mempunyai tahap pengetahuan isi kandungan Bahasa Melayu yang baik. Perkembangan terkini dalam kurikulum pendidikan Bahasa Melayu sewajar diketahui oleh setiap guru. Antara pengetahuan isi kandungan Bahasa Melayu yang perlu difokuskan ialah: Kesediaan guru Bahasa Melayu untuk menyampaikan bahan pengajaran( merupakan perkara terpenting dalam pengendalian sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini bermakna pengetahuan guru Bahasa Melayu tentang isi kandungan Bahasa Melayu merupakan kesediaan terpenting untuk memastikan keberkesanan pengajarannya. Pengetahuan substantif, iaitu pengetahuan tentang apa yang ada dalam( fakta atau konsep yang digunakan untuk menyusun idea dan maklumat tentang sesuatu tajuk dalam mata pelajaran Bahasa Melayu berkenaan. Hal ini bermakna setiap guru Bahasa Melayu seharusnya memiliki pengetahuan substantif ini, terutamanya bagi tajuk-tajuk yang melibatkan isu-isu semasa. Pengetahuan sintaktik, iaitu pengetahuan tentang cara bagaimana( sesuatu perkara itu dibentuk dan dihasilkan berdasarkan prosedur, kaedah dan proses yang melaluinya, sesuatu kebenaran dan pengetahuan baru dapat dibina. Hal ini bermakna setiap guru Bahasa Melayu perlu mengukuhkan kefahaman konseptual pelajar dengan menggunakan contoh, analogi, hujah secara logikal dan berhujah menggunakan asas fakta yang tepat mengikut tahap pemikiran pelajar. Penguasaan ilmu, iaitu setiap guru Bahasa Melayu perlu menguasai ilmu( tatabahasa dan ilmu pedagogi Bahasa Melayu. Pengetahuan isi kandungan subjek yang berkaitan dengan sukatan, sama ada secara langsung atau tidak secara langsung merupakan faktor penentu kefahaman pelajar terhadap apa yang diajarkan oleh guru Bahasa Melayu berkenaan. Hal ini bermakna tanpa menguasai ilmu Bahasa 5 Seminar Bahasa Melayu 2011 Melayu, boleh mengganggu pemahaman dan pengetahuan pelajar tentang tajuk yang dipelajari. Rumusannya, tahap keberkesanan pengajaran guru Bahasa Melayu banyak bergantung kepada pengetahuan isi kandungan subjek dan kemampuan guru mengurus masa untuk dimanfaatkan sepenuhnya dalam pengajaran. Pengetahuan isi kandungan Bahasa Melayu yang baik juga membantu guru merancang pengajaran harian, mingguan dan bulanan secara sistematik dan bertulis. Pengetahuan pedagogi mengajar bermaksud setiap guru perlu mempunyai pelbagai pengetahuan berkaitan pedagogi mengajar. Dalam konteks pendidikan Bahasa Melayu, setiap guru Bahasa Melayu sewajarnya memahami dan menguasai pelbagai kemahiran mengajar/pedagogi terkini yang melibatkan kaedah, pendekatan, teknik dan strategi mengajar Bahasa Melayu. Dalam pengajaran, seharusnya pelajar merasai dan dapat memahami bahawa guru Bahasa Melayu mereka seharusnya lebih mahir dan lebih mengetahui sesuatu tajuk yang dibincangkan berbanding pelajar. Hal ini boleh dilihat antara lain melalui pedagogi mengajar yang guru gunakan. Pendekatan pengajaran: Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran( Bahasa Melayu, terdapat banyak pendekatan pengajaran yang boleh digunakan di dalam bilik darjah. Selalunya guru-guru Bahasa Melayu akan menggunakan pendekatan konvensional dan tradisi yang sudah biasa digunakan dalam pengajaran seperti deduktik, induktik dan komunikatif. Kini sepatutnya guru-guru Bahasa Melayu perlu meneroka kepada pendekatan pengajaran terkini dan sesuai dengan tahap kognitif, kepelbagaian pelajar, kesesuaian tajuk yang diajar dan sebagainya. Antara pendekatan terkini yang boleh digunakan ialah pendekatan masteri, kontekstual, konstruktif, koperatif, kolaboratif, penyebatian kemahiran, penggabungjalinan pelbagai displin ilmu dan pembelajaran berasaskan masalah. Kaedah pengajaran: Terdapat banyak kaedah pengajaran dan pembelajaran( yang sewajarnya setiap guru Bahasa Melayu mengetahui dan menguasainya. Di dalam kelas kepelbagaian pelajar, kaedah mengajar berpusat pelajar seharusnya diberi penekanan oleh guru Bahasa Melayu. Antaranya ialah kaedah perbincangan, main peranan, penyelesaian masalah, pembelajaran atas talian, inkuiri, sumbang saran 6 Seminar Bahasa Melayu 2011 dan sebagainya. Kaedah pengajaran yang banyak berpusatkan guru dan bahan tidak digalakkan digunakan oleh guru. Teknik pengajaran: Teknik pengajaran adalah perincian daripada( penggunaan sesuatu kaedah yang digunakan. Teknik pengajaran lebih kepada pelaksanaan bagaimana sesuatu kaedah pengajaran itu dapat dilaksanakan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Teknik pengajaran merupakan kemahiran guru dalam mengelola dan melaksanakan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Antara teknik mengajar yang biasa digunakan ialah teknik bercerita, bersyarah, perbincangan, demonstrasi, latih tubi, penyoalan, sumbang saran dan permainan. Tujuan menggunakan pelbagai teknik mengajar dalam situasi pengajaran adalah untuk menarik minat pelajar, mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu pelajar supaya mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada pada sesuatu kaedah, maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil. Strategi pengajaran: Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting( lagi jika kita mengajar pelajar-pelajar yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. Kita perlu rancangkan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mengajar kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu. Contohnya, di dalam bilik darjah yang pelbagai tahap pencapaian, guru perlu memikirkan strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua kumpulan. Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan serta rintangan-rintangan yang tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang sekolah dan pelajar. Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasai berbagai-bagai kaedah mengajar tetapi yang lebih penting lagi ialah bagaimana mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran dan pembelajaran yang paling berkesan dalam pengajarannya.

About Me

Puan Tuminah Binti Baharom seorang insan biasa yang suka berfikir secara luar biasa dan ingin melahirkan modal insan yang berilmu dan bersahsiah mulia.

View my complete profile

Bicara Dari Sang Hati

Salam Satu Malaysia,

Semoga sesiapa sahaja yang mengunjungi blog ini akan dirahmati Allah dan mendapat manfaat yang mampu menyelesaikan masalah dalam mempelajari Bahasa Melayu.

Daily Calendar

Capaian Blog

HYPERLINK "http://cikgutum.blogspot.com/search?updated-min=2012-01-01T00:00:00-08:00&updated-max=2013-01-01T00:00:00-08:00&max-results=33" 2012 (33)

HYPERLINK "http://cikgutum.blogspot.com/search?updated-min=2013-01-01T00:00:00-08:00&updated-max=2014-01-01T00:00:00-08:00&max-results=46" 2013 (46)

HYPERLINK "http://cikgutum.blogspot.com/2013_09_01_archive.html" September (3)

HYPERLINK "http://cikgutum.blogspot.com/2013_10_01_archive.html" October (9)

UNGKAPAN MENARIK DALAM KARANGAN 1.Sudah ten... KARANGAN BAHAGIAN A 1.KEPENTINGAN AMALAN MENABUNG... ANALISIS SOALAN 4 BM SPM - NOVEL ... SLOGAN DALAM PENULISAN KARANGAN ANALOGI DALAM PENULISAN KARANGAN MAKSUD RANGKAI KATA KLASIK ANALISIS SOALAN KOMSAS. CADANGAN ISI SOALAN KARANGAN PERCUBAAAN SPM 2013 CONTOH MENULIS KARANGAN BAHAGIAN A

HYPERLINK "http://cikgutum.blogspot.com/2013_11_01_archive.html" November (34)

HYPERLINK "http://cikgutum.blogspot.com/search?updated-min=2014-01-01T00:00:00-08:00&updated-max=2015-01-01T00:00:00-08:00&max-results=22" 2014 (22)

Teks kajian Novel Tingkatan 4

Melunas Rindu

Teks Kajian Novel Tingkatan 5

Kabus di Perbukitan

RAKAN BLOGGER

http://cikgujana.blogspot.com/ http://cikgutancl.blogspot.com/ http://khirkassim.blogspot.com/ http://mohdisa-abdrazak.blogspot.com/ http://witra.blogspot.com/Popular Posts

PERANAN IBU BAPA DALAM PEMBENTUKAN KELUARGA BAHAGIAPendahuluan : Keluarga merupakan institusi yang amat penting dalam sesebuah masyarakat. Keluarga juga merupakan wahana kebahagiaan d...

PERIBAHASA DALAM KARANGAN MENGIKUT TEMAPERIBAHASA DAN TEMA 1. PERANAN ANAK-ANAK MEMBAHAGIAKAN IBU BAPA di mana ada kemahuan, di situ ada jalan Tepuk dada tanya selera A...

KOSA KATA DAN UNGKAPAN MENARIK DALAM PENULISAN KARANGANKOSA KATA DAN UNGKAPAN MENARIK 1 .Penyakit datang dari perut-Nabi Muhammad S..A.W. Jangan kamu makan, melainkan kamu lapar.dan bila ...

CADANGAN ISI SOALAN KARANGAN PERCUBAAAN SPM 2013SOALAN KARANGAN PERCUBAAN SPM 2013 1.Khidmat bimbingan dan kaunseling di sekolah dapat membantu pelajar menangani masalah peribadi, aka...

FAEDAH-FAEDAH KOMPUTER Dewasa ini, komputer merupakan alat penting yang digunakan di kebanyakan sekolah di negara kita. Sebagai contoh, komputer ac...

CONTOH MENULIS KARANGAN BAHAGIAN ABahagian A [30 markah] [Masa dicadangkan: 45 minit] Gambar rajah di bawah menunjukkan sebahagian daripada cara menyayangi sekolah. ...

Peranan keluarga dalam memupuk amalan berjimat cermat.Amalan berjimat cermat amat penting dalam menghadapi krisis ekonomi hari ini. Berikan pendapat anda tentang peranan keluarga dalam memupuk ...

PERANAN IBU BAPA MENDIDIK ANAK-ANAK MENGHORMATI WARGA TUAIsi-isi: Ibu bapa harus memainkan peranan penting mendidik anak-anak - perlu menitikberatkan sikap kasih sayang terhadap orang tua kepada...

JENIS-JENIS PENDAHULUANPendahuluan Karangan Pendahuluan karangan sangat penting dalam penulisan karangan kerana pendahluan karangan yang tepat dan menarik ...

PERISTIWA PENTING KABUS DI PERBUKITAN NOVEL KABUS DI PERBUKITAN: MOHAMMAD KHOLID HAMZAH BIL PERISTIWA PENTING UNSUR...

Facebook Badge

Tuminah Baharom

Create Your Badge

Followers

JOM SOLAT

Waktu Solat Malaysia

Johor Zon 4 - Batu Pahat, Muar, Segamat, Gemas

Imsak

:

05:54

Subuh

:

06:04

Syuruk

:

07:22

Zohor

:

13:25

Asar

:

16:46

Magrib

:

19:25

Isya

:

20:37

05-Feb-2015

15 Rabi'ulAkhir, 1436

Pilihan Pengguna

waktusolat.netMASA ITU EMASTotal Pageviews

318209

Google+ Followers

Search This Blog

Top of Form

Bottom of Form

Kertas 1 Bahagian A - Faedah-faedah bersukan kepada masyarakat

Sirih berlipat sirih pinang, Sirih dari pulau mutiara, Pemanis kata selamat datang, Assalamualaikum pembuka bicara.

Thursday, September 9, 2010

Sukan Lasak

SUKAN LASAK

Remaja sekarang memang tahan lasak. Mereka lebih gemar menceburi aktiviti yang lasak dan mencabar. Oleh itu, sekiranya kelasakan mereka tidak dijuruskan ke arah aktiviti yang berfaedah, maka mereka akan melibatkan diri dalam pelbagai gejala negatif yang tidak menguntungkan sesiapa pun. Jadi, untuk mengatasi masalah ini, maka sukan lasak seperti kembara, mendaki gunung, berkayak, dan lumba basikal banyak dianjurkan oleh pelbagai pihak dan sambutannya amat menggalakkan. Oleh itu, aktiviti ini perlu diperluas di peringkat sekolah dengan harapan dapat membentuk individu yang mempunyai ketahanan diri dan berani menghadapi cabaran. Hal ini telah ditegaskan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Azalina Othman Said supaya belia di Malaysia menceburi bidang sukan lasak sama ada semasa mereka masih bersekolah atau selepas berhenti sekolah. Malah, Kementerian Belia dan Sukan menyediakan pelbagai kemudahan kepada belia untuk menceburi bidang sukan ini. Dengan itu, saya bersetuju dengan pandangan supaya sukan lasak perlu diperkenalkan di peringkat sekolah.

Salah satu faedah memperkenalkan sukan lasak seperti kembara, mendaki gunung, berkayak, dan lumba basikal di peringkat sekolah ialah kita dapat membentuk individu yang mempunyai ketahanan diri dan berani menghadapi cabaran. Hal ini demikian kerana sehingga sekarang remaja dan belia kita tidak mempunyai ketahanan diri dan tidak tahan menghadapi cabaran apabila berada di dunia luar. Dengan itu, kebanyakan mereka terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan ditempatkan di pusat serenti. Oleh itu, mulai tahun 2004, program Latihan Khidmat Negara diperkenalkan dan pelajar lepasan SPM diwajibkan menyertai program ini secara berperingkat- peringkat. Dalam fasa pertama, mereka didedahkan dengan aktiviti luar yang memerlukan tenaga fizikal untuk membentuk mereka menjadi warganegara yang berketahanan tinggi dan sanggup mengharungi cabaran kelak. Oleh itu, saya mencadangkan sukan lasak perlu diperkenalkan di sekolah sebagai usaha untuk membina ketahanan diri dan berdaya juang.

Selain itu, sekiranya sukan ini diperkenalkan di peringkat sekolah, maka kita menyediakan atlet dalam bidang sukan lasak yang boleh mewakili negara ini diperingkat antarabangsa kelak. Hal ini demikian kerana bidang sukan ini perlu diperkenalkan di peringkat awal lagi atau diperingkat sekolah seperti kata peribahasa kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya . Untuk berjaya dalam pelbagai sukan lasak, bukanlah satu usaha mudah yang dapat dilatih dalam masa setahun dua sahaja, tetapi mengambil masa yang lama. Jadi, sekiranya sukan lasak ini diperkenalkan di peringkat sekolah, maka pelajar yang berminat dalam bidang ini dapat mengasah bakat mereka melalui latihan yang terbimbing semasa di bangku sekolah. Oleh itu, apabila mereka meninggalkan sekolah, mereka masih boleh meneruskan latihan intensif agar boleh mewakili negara dalam acara yang dipilih mereka. Buktinya ialah buat pertama kali Malaysia menampilkan barisan tiga pelumba muda untuk menggalas cabaran dalam dua acara lebuh raya Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) ke 24 di Bandar Raya Yokaichi di Jepun pada 9 16 April 2004. Mereka ialah Sayuti Mohd. Zahit dan Jasmin Ruslan, iaiti pelumba Projek Gemilang 2006 dan Wam Mohd. Najmee Wan Mohamad, iaitu pelumba muda dari Kuaka Lumpur. Penghantaran itu ialah sebahagian dariapda rancangan jangka panjang untuk menggilap pelumba muda bagi memikul lebih banyak tugas besar di peringkat antarabangsa pada masa akan datang. Oleh itu, sukan lasak perlu diperkenalkan di peringkat sekolah supaya kita mencungkil bakat muda untuk digilap dan disinarkan untuk mewakili negara kelak.

Sukan lasak seperti berenang merentasi sungai atau laut wajar diperkenalkan di peringkat sekolah. Buktinya ialah seorang kanak-kanak berusia enam tahun, Salman Ali Shariat Abdul Halim mencipta rekod sukan renang negara apabila Berjaya menyeberangi Sungai Dinding sejauh satu kilometer pada 30 Mac 2004. Salman adalah antara 31 orang peserta yang kebanyakannya orang dewasa yang berjaya menamatkan renangan dalam program cabaran merentasi Sungai Dinding 2004 anjuran Universiti Teknologi Mara (UITM) Cawangan Perak. Perenang berbakat itu turut ditemani oleh dua orang kakaknya, Zahara Mansourah berumur 11 tahun dan Zahara Masaunah berusia 12 tahun. Sekiranya kanak-kanak berusia enam tahun dapat melibatkan diri dalam sukan lasak seperti ini, maka tidak mustahil jikalau pelajar didedahkan dengan sukan lasak apabila mereka berada di bangku sekolah. Hal ini dapat dilihat dengan kemampuan Datuk Malik merenangi Selat Inggeris dan beliau menjadi orang Asia yang pertama berjaya berbuat demikian. Oleh itu, sukan dan permainan yang sudah diperkenalkan diteruskan, tetapi sukan lasak seperti kembara, berenang di laut, dan mendaki gunung diperkenalkan di sekolah. Dengan berbuat demikian, maka pada suatu masa kelak, mereka akan sanggup melakukan aktiviti yang mencabar demi menaikkan nama Malaysia di persada dunia.

Akhirnya, dengan menceburi sukan lasak, maka para remaja dan pelajar dapat dijauhkan daripada terbabit dalam kegiatan negatif seperti buli, lepak, dan gangsterisme. Pelajar sekarang tidak berminat dalam aktiviti kokurikulum seperti sukan, permainan, dan olahraga yang diadakan di sekolah kerana aktiviti ini tidak mencabar minda dan fizikal mereka. Mereka mahu melakukan aktiviti yang lebih lasak dan mencabar supaya mereka dapat memperagakan diri dan kebolehan mereka di khalayak ramai. Bermain bola sepak, bola jaring, dan sepak takraw dianggap oleh mereka tidak sesuai lagi pada zaman ini. Oleh itu, terdapat ramai remaja yang menceburi permainan boling, memanah, lumba motosikal. Dan sebagainyadi luar waktu persekolahan. Apabila menyentuh hal ini, maka Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. mohamad Khir Toyo ketika berucap kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau Panjang, Kapar mengatakan bahawa guru masih ingin pelajar bermain bola dan olahraga, tetapi pelajar pada hari ini lebih berminat kepada sukan ekstrem atau sukan lasak yang tiada di sekolah. Beliau berkata, dikatakan sukan ini melahirkan generasi tidak sopan sedangkan jika ada di sekolah, maka sukan ini dapat memenuhi kehendak mereka dan sekali gus membolehkan mereka mengisi masa lapang dengan kegiatan yang diminati dan menjauhkan mereka daripada terbabit dengan aktiviti lain yang tidak sihat. Jadi, usaha untuk memperkenalkan sukan lasak di sekolah perlu dimulakan dari sekarang.

Tuntasnya, sukan ekstrem atau sukan lasak yang digemari oleh pelajar dan tidak membahayakan diri mereka wajar diperkenalkan di sekolah kerana kita mahu generasi muda kita membabitkan diri dalam bidang sukan ini. Malah, sukan lasak perlu dipertandingkan di peringkat daerah dan kebangsaaan supaya kita dapat mengenal pasti bakat generasi muda dan mengasah bakat itu. Dengan itu, kita mempunyai barisan pelapis untuk mewakili negara dalam pelbagai sukan lasak di peringkat antarabangsa. Akhirnya, saya menegaskan bahawa sukan lasak perlu diperkenalkan di peringkat sekolah kerana peribahasa mengatakan Melentur buluh, biarlah dari rebungnya.

NUR AZIZAH ARRYANIE BINTI MORSHIDI

Cikgu Hasanah

Guru diSKK SMK Convent,Taiping AJK Persatuan PendidikBahasa Melayu MalaysiaSukan bukanlah semata-mata aktiviti fizikal yang dilakukan untuk mengisi masa lapang atau sebagai riadah kecil mengeluarkan peluh.Mutakhir ini ,pemodenan sukan bergerak seiring dengan kemajuan dunia dan membawa falsafah yang lebih berat. Pertumbuhan pelbagai bidang sukan yang rancak ini digerakkan dengan lebih dinamik dan profesional. Penglibatan masyarakat dalam bidang sukan juga telah banyak membawa manfaat. Ironinya, penglibatan masyarakat dalam bidang sukan dapat menunaikan pelbagai hasrat bukan sekadar pertarungan di gelanggang sahaja. Persoalannya, apakah faedah-faedah bersukan kepada maasyarakat? Salah satu daripada faedah bersukan ialah kegiatan sukan dapat membantu mengekalkan kesihatan fizikal dan mental. Kehidupan zaman moden ini lebih banyak menggunakan tenaga dalaman dan pemikiran.Golongan profesional dan separa profesional dalam membangunkan negara sering kali terpaksa mengabaikan kegiatan fizikal kerana kekurangan waktu untuk tujuan tersebut. Kesibukan semua lapisan masyarakat ini membawa kepada masalah kesihatan fizikal dan mental. Penglibatan golongan kanak-kanak , remaja dan orang dewasa dalam pelbagai kegiatan sukan dapat menyelesaikan pelbagai masalah kesihatan. Kegiatan sukan merupakan langkah awal seperti kata pepatah sediakan payung sebelum hujan dalam mengawal obesiti, penyakit kronik seperti darah tinggi, diabetis dan penyakit jantung. Kegiatan sukan juga dapat membantu mereka yang telah menghidap penyakit untuk kembali pulih. Penglibatan masyarakat dalam bidang sukan juga mampu menangani ketegangan fikiran dan meringankan bebanan mental. Sesungguhnya kegiatan sukan dapat melancarkan perjalanan darah, mengurangkan lemak yang berlebihan dalam salur darah dan jantung ,membantu perkumuhan dan membuang sisa-sisa yang tidak diperlukan oleh badan. Tegasnya, penglibatan dalam bidang sukan merupakan usaha efektif dalam melahirkan masyarakat yang sihat. Selain itu, bersukan juga dapat mengisi masa lapang seseorang. Masa lapang sebenarnya amat berharga bagi setiap individu atau masyarakat. Seseorang yang melibatkan diri dalam bidang sukan juga adalah satu cara mengisi masa lapang dengan berfaedah. Masa itu emas , walaupun hanya ada beberapa minit, masa itu sangat berharga .Masa lapang ini sangat bermanfaat jika digunakan untuk bersukan bagi mengembalikan tenaga dan melegakan ketegangan. Bagi golongan remaja pula, penglibatan dalam bidang sukan dapat menghindarkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang tidak bermoral , vandalisme dan membuang masa sia-sia seperti melepak , merokok dan terlibat dalam pengambilan dadah. Sukan dapat menarik masyarakat ke arah memanfaatkan masa lapang dengan cara yang lebih baik. Kesan yang jelas ialah sukan mampu meningkatkan swadaya masyarakat dan melangkah gagah dengan yakin ke peringkat antatabangsa walaupun melalui ranjau pidana dunia persaingan hari ini. Sesungguhnya sukan dapat mendisiplinkan masyarakat memanfaatkan masa dengan lebih bermakna. Di samping itu, sukan merupakan salah satu instrumen penting untuk mengeratkan hubungan perpaduan dan integrasi masyarakat. Hal ini demikian kerana, kegiatan sukan dapat melahirkan semangat kekitaan dalam pasukan untuk meraih kemenangan. Sifat bersatu padu juga dapat dipupuk melalui penglibatan dalam kegiatan sukan kerana bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Lantaran itu, hubungan yang erat dapat melahirkan sebuah pasukan yang kuat. Para penyokong juga dapat menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di samping berkongsi minat dalam sukan yang sama. Dengan ini, nilai-nilai perpaduan seperti bekerjasama, bertoleransi dan meletakkan kepentingan negara dan pasukan melebihi kepentingan diri dapat dilahirkan melalui penglibatan diri dalam bidang sukan. Justeru , kegiatan sukan dapat mendidik masyarakat bekerjasama dan bersatu padu serta mengeratkan hubungan. Akhir sekali, sukan juga mampu memberi ruang untuk menambahkan pendapatan secara individu dan kumpulan. Atlet yang mencapai tahap kemahiran profesional boleh menjadikan sukan sebagai kerjaya yang lumayan. Penganjuran dan pengusaha peralatan dan prasarana sukan juga mampu menjana pendapatan yang besar. Serentak dengan kegiatan sukan secara serius di peringkat glokal dan global mampu menjana keuntungan melalui kadar tukaran wang asing. Seiring dengan itu, industri hiliran muncul bersama perkembangan sukan yang diceburi. Kemajuan sukan menampakkan hala tuju anak muda yang berkebolehan mengembangkan bakat dan potensi menjadikan sukan sebagai kerjaya masa depan mereka. Pemain bola sepak secara professional, pemain badminton seperti Datuk Lee Chong Wei dan Shalin Zulkifli masing-masing menjadikan badminton dan bowling sebagai kerjaya. Jelaslah sukan juga dapat menjadi kerjaya yang baru kepada masyarakat.Kesimpulannya, penglibatan dalam bidang sukan akan membawa pelbagai faedah kepada masyarakat.Oleh itu , semua lapisan masyarakat amat digalakkan menyertai semua jenis sukan. Sukan diharapkan dapat melahirkan masyarakat yang sihat, bersatu padu, berdaya maju dan berdaya saing. Sukan juga mampu mengangkat martabat rakyat dan negara di persada antarabangsa agar mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan Negara maju yang lain. Sesungguhnya , sukan berfaedah kepada individu, masyarakat dan negara. Tegasnya, kegiatan sukan wajar digalakkan kepada semua lapisan masyarakat.Rahsia Melalui Tulisan Dr Fadzilah Kamsah

Pertama : Tekanani. Tekanan yang kuatSeseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas. Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

ii. Tekanan yang ringanSeseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas. Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit

Kedua : Bentuk Tulisani. Tulisan yang bulat-bulatSemua huruf ditulis dengan bulat Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leperTulisan yang angular dan sharp Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)

Ketiga : Kecondongani. Condong ke kanan Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasihsayang, berani, pemurah

ii. Condong ke kiri Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak sukacampur orang

iii. Tegak Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalantengah

iv. Campur-campur Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)

Keempat : Kerapatani. Jarang-jarang Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut

Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z

i. Ada ekora) Besar, panjang dan sempurna Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

b) Kecil, pendek dan tak sempurna Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri

Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)i. Tinggi Tahap aspirasi tinggiii. Rendah Mudah berpuas hati, cita-cita rendahiii. Tengah-tengah Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana

Rumusan : -Tulisan mencerminkan peribadi Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan Personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup

Oct18

ANALISIS SOALAN KARANGAN PERCUBAAN BM SPM 2012 KERTAS 1 (BAHAGIAN A- KARANGAN BAHAN RANGSANGAN)

BILNEGERI/DAERAH/ZON/ SEKOLAH PILIHAN DLL.TEMA

1SBPCiri-ciri remaja berwawasan

2KedahKebaikan menyertai sukan lasak.

3Sabah (SMKN)Usaha-usaha untuk membantu meningkatkan taraf hidup golongan OKU.

4TerengganuCara-cara menyayangi sekolah.

5Yayasan Islam Kelantan (YIK)Faedah melawat tempat bersejarah di negara kita

6Negeri SembilanLangkah-langkah memajukan sukan di Malaysia.

7Johor (Sebuah sekolah)Kepentingan sukan.

8WPLabuanUsaha-usaha yang perlu dilakukan untuk memajukan industri kraf tangan di Malaysia.

9SelangorFaedah-faedah yang diperoleh daripada industri pertanian.

10KelantanKepentingan mengamalkan perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat.

11Pulau PinangKepentingan amalan berjimat cermat.

12PahangFaedah-faedah mengambil sarapan pagi.

13MRSMUsaha-usaha menggalakkan masyarakat membeli barangan buatan Malaysia.

14PerakLangkah-langkah untuk mengelakkan kejadian tanah runtuh di negara kita.

15Sarawak Zon B (Kuching)Faktor-faktor yang menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang menarik.

16MelakaManfaat membaca.

17PerlisNilai murni yang harus diamalkan oleh remaja dalam kehidupan.

BANDINGKAN DENGAN TEMA YANG TELAH KELUAR SEBELUM INI!TAHUNTEMA

2005(N)Gejala vandalisme

2006(J)Sijil Pelajaran Malaysia

2006(N)Semangat patriotik, PLKN dan tokoh yang berjasa

2007(J)Aktiviti masa lapang

2007(N)Tanggungjawab menjaga kebersihan

2008(J)Kegiatan dalam bidang pertanian

2008(N)Punca-punca pencemaran sungai

2009(J)Bantuan kepada mangsa banjir

2009(N)Aktiviti badan beruniform serta faedah-faedahnya

2010(J)Punca pencemaran udara

2010(N)Grafik penjagaan kesihatan - Cara-cara menjalani kehidupan yang sihat

2011(J)Kepentingan pengangkutan awam

2011(N)Faedah belajar secara berkumpulan

2012(J)Faedah menggunakan perpustakaan

2012(N)???

BILNEGERI/DAERAH/ ZON/SEKOLAH PILIHAN DLL.TEMASOALAN 1(INDIVIDU)TEMASOALAN 2(KELUARGA)TEMASOALAN 3(MASYARAKAT/NEGARA)TEMASOALAN 4(ANTARABANGSA)TEMASOALAN 5(KOMSAS)

1SBPCiri-ciri pusat pengajian tinggi yang menjadi idaman andaUsaha-usaha ibu bapa bagi memastikan amalan membaca menjadi budaya dalam kalangan keluarga mereka.Usaha-usaha untuk memajukan pelancongan negara.Kebaikan yang diperoleh daripada kerjasama yang erat antara negara yang berjiran.Tulis cerpen bertemakan pepaduan kaum.

2KedahSekolah penyayang - cara-cara anda menghagai kasih sayang guru.Sifat-sifat kepemimpinan yang pernah diasuh oleh ibu bapa kepada anak lelaki mereka sebagai pemimpin keluarga.Langkah-langkah memulihara peninggalan sejarah negara.Punca-punca kemerosotan bekalan makanan dunia.Satu karya sastera yang anda baca - amalan-amalan baik yang sesuai dipraktikkan oleh masyarakat kini.

3Sabah (SMKN)Usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan remaja.Apakah peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa bagi menggalakkan anak-anak menceburi bidang sukan. Pada zaman sekarang ini, amalan bergotong-royong dalam kalangan penduduk setempat semakin kurang diamalkan. Pada pendapat anda, mengapakah hal yang demikian berlaku? Malaysia perlu mengekalkan hubungan yang baik dengan negara jiran. Pada pendapat anda, apakah kepentingan hubungan yang baik ini perlu dikekalkan. Huraikan persoalan-persoalan dalam salah sebuah novel KOMSAS yang boleh dijadikan pedoman dalam kehidupan seharian.

4TerengganuBagaimanakah Program motivasi telah menimbulkan kesedaran dalam diri anda untuk terus berjaya.Peranan ahli keluarga dalam merealisasikan institusi keluarga bahagia.Rencana "Faedah-faedah Pelaksanaan Dasar 1Murid 1Sukan di Sekolah".Ksepakatan dan perpaduan dalam kalangan pemimpin dan rakyat antarabangsa mampu mewujudkan keamanan dan kemakmuran masyarakat duniaKOMSAS menerapkan nilai-nilai murni yang dapat dijadikan pedoman dalam kehidupan generasi muda pada hari ini - pendapat

5Sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK)Langkah-langkah sekolah meningkatkan kecemerlangan akademik, kokurikulum, sahsiah dan persekitaran fizikal.Peranan ibu bapa mendidik anak-anak agar sentiasa mementingkan kebersihan dalam kehidupan seharian.Semangat kejiranan semakin terhakis.Kesan buruk krisis politikKesan-kesan buruk apabila wujudnya masyarakat yang tidak bertanggungjawab.

6Negeri SembilanLangkah-langkah yang wajar dilakukan untuk meningkatkan semangat patriotisme dalam diri anda.Keprihatinan dan kasih sayang ibu bapa penting dalam menentukan kejayaan hidup anak-anak - Rencana.Faedah-faedah sektor pelancongan kepada negara kita.Kesan yang diperoleh sesebuah negara daripada hubungan diplomatik.Punca-punca yang menyebabkan minat masyarakat terhadap karya sastera tradisional semakin berkurangan.

7Johor (Sebuah sekolah)Faedah-faedah lawatan sambil belajar ke suatu tempat menarik.Pendapat tentang keluarga yang diimpikan.Rencana - Tanggungjawab masyarakat untuk membanteras jenayah.Kebaikan dan keburukan belajar di luar negara.Perihalkan pengalaman anda semasa menyertai kursus penulisan anjuran DBP.

8WPLabuanPendapat tentang sikap sesetengah ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak sering membawa pelbagai kesan terhadap tingkah laku anak-anak pada masa ini. Langkah-langkah yang boleh diambil bagi memastikan amalan hidup berjiran terus terpelihara dalam kalangan masyarakat moden pada hari ini.

Jelaskan kebaikan-kebaikan industri pelancongan kepada negara. Pidato Peranan Pemimpin-pemimpin Kuasa-kuasa Besar Dunia dalam Menjamin Keamanan Sejagat. Ulasan sebuah novel yang sarat dengan pengajaran.

9Selangor DEKeluarga, rakan sebaya, masyarakat dan pendidikan agama dan moral memainkan peranan penting dalam kehidupan seseorang remaja. Pendapat.Rencana "Peranan keluarga dalam membantu anak-anak mengatasi masalah".Kesan-kesan penggunaan telefon bimbit kepada masyarakat.Kerjasama Malaysia dan negara-negara dunia dalam meningkatkan mutu pendidikan negara.Ulasan sebuah novel yang bertemakan kegigihan sempena pelancaran program NILAM.

10KelantanUsaha-usaha yang perlu anda lakukan untuk menangani tekanan dalam kalangan remaja.Peranan keluarga bagi menangani masalah sosial dalam kalangan remaja pada masa ini.Rencana tentang peranan yang perlu dimainkan oleh pelbagai pihak untuk memajukan industri pelancongan.

Faedah-faedah penganjuran sukan bertaraf dunia.Manfaat semangat hidup bermasyarakat dalam kehidupan seharian - Bukit sama didaki, luruh sama dituruni.

11.Pulau PinangFaedah-faedah yang anda peroleh dengan menyertai aktiviti sukan di sekolah. Langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak menjaga keindahan alam sekitar. Rencana berkaitan peranan pelbagai pihak untuk memajukan industri pelancongan. Kerjasama antara negara di dunia untuk meningkatkan pembangunan pendidikan. Usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk menggalakkan remaja melibatkan diri dalam penulisan kreatif.

12.PahangKepentingan penguasaan bahasa asing dalam kalangan pelajar.Remaja bersahsiah mulia mampu membangunkan sesebuah negara. Oleh sebab itu, ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah murni anak-anak mereka. Ceramah "Usaha-usaha Kerajaan dalam Melahirkan Masyarakat Berjimat Cermat". Jelaskan tindakan-tindakan berkesan bagi membendung kegiatan pemerdagangan manusia daripada berleluasa. Berdasarkan petikan sajak Harga Remaja, terangkan kepentingan menjaga maruah diri sendiri.

13. MRSMSebagai pelajar yang prihatin, kemukakan langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk memastikan persekitaran sekolah anda sentiasa bersih.Ulasan. Kejayaan anak-anak berkait rapat dengan keprihatinan ibu bapa.Rencana 'Kesan-kesan buruk pengambilan makanan segera secara berlebihan'Usaha-usaha yang dilaksanakan untuk menjayakan misi keamanan dunia.Kepentingan menuntut ilmu dan menyebarkannya.

14.PerakUsaha-usaha yang wajar anda lakukan untuk memastikan harapan ibu bapa (anak-anak berjaya dalam kehidupan) tercapai.Peranan pelbagai pihak untuk memupuk minat bersukan dalam kalangan remaja.Huraikan kebaikan-kebaikan menggunakan barangan buatan tempatan.Rencana 'Usaha-usaha menarik minat pelancong asing datang ke Malaysia'.Perwatakan watak utama dalam sebuah novel. Keistimewaan yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan.

15.Sarawak Zon B (Kuching)Peranan anda sebagai remaja untuk menjayakan wawasan negara pada tahun 2020. Peranan keluarga dalam usaha memupuk nilai murni dalam diri anak-anak Pendapat - Malaysia terkenal dengan keunikan masyarakat berbilang kaum yang hidup dalam keadaan aman dan sentosa. Sikap toleransi, saling menghormati, dan bekerjasama merupakan amalan hidup rakyat Malaysia yang telah mewujudkan perpaduan antara kaum.

Rencana "Kesan-kesan Kemasukan Buruh Asing Kepada Negara Kita." Ulasan tentang keistimewaan sebuah novel

16.MelakaUsaha-usaha anda untuk menjadi seorang anak yang baik kepada kedua-dua ibu bapa.Usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh masyarakat untuk menangani isu penderaan ke atas kanak-kanak - wawancara.Usaha-usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan dalam membasmi kemiskinan dalam kalangan rakyat.Kepentingan dan peranan teknologi satelit terhadap hubungan dan komunikasi masyarakat dunia.Usaha-usaha dalam memartabatkan Bahasa Kebangsaan kita.

17.PerlisSebagai remaja, jelaskan cara-cara yang dapat anda lakukan untuk mengharumkan nama sekolah.Huraikan tanggungjawab sesebuah keluarga untuk memupuk amalan membaca.Rencana tentang peranan pelbagai pihak untuk mewujudkan amalan berjimat cermat.

Kerjasama Malaysia dengan negara-negara jiran - jenayah pemerdagangan manusia.Tulis cerpen yang bertemakan maksud perumpamaan "bagai menatang minyak yang penuh".

Posted 18th October 2012 by Nur Azura

0 Add a comment

KESUSASTERAAN MELAYU JIWA KITA

Memartabatkan Kesusasteraan Melayu

Classic Flipcard Magazine Mosaic Sidebar Snapshot Timeslide

Loading

Dynamic Views template. Powered by Blogger.

12

_1484656371.unknownAttribute VB_Name = "ThisDocument"Attribute VB_Base = "1Normal.ThisDocument"Attribute VB_GlobalNameSpace = FalseAttribute VB_Creatable = FalseAttribute VB_PredeclaredId = TrueAttribute VB_Exposed = TrueAttribute VB_TemplateDerived = TrueAttribute VB_Customizable = TrueAttribute VB_Control = "DefaultOcxName, 0, 0, MSForms, HTMLText"Attribute VB_Control = "DefaultOcxName1, 1, 1, MSForms, HTMLText"

_1484654548.unknownAttribute VB_Name = "ThisDocument"Attribute VB_Base = "1Normal.ThisDocument"Attribute VB_GlobalNameSpace = FalseAttribute VB_Creatable = FalseAttribute VB_PredeclaredId = TrueAttribute VB_Exposed = TrueAttribute VB_TemplateDerived = TrueAttribute VB_Customizable = TrueAttribute VB_Control = "DefaultOcxName, 0, 0, MSForms, HTMLText"Attribute VB_Control = "DefaultOcxName1, 1, 1, MSForms, HTMLText"

Attribute VB_Name = "ThisDocument"Attribute VB_Base = "1Normal.ThisDocument"Attribute VB_GlobalNameSpace = FalseAttribute VB_Creatable = FalseAttribute VB_PredeclaredId = TrueAttribute VB_Exposed = TrueAttribute VB_TemplateDerived = TrueAttribute VB_Customizable = TrueAttribute VB_Control = "DefaultOcxName, 0, 0, MSForms, HTMLText"Attribute VB_Control = "DefaultOcxName1, 1, 1, MSForms, HTMLText"