teknik baru didik anak autistik

19
Teknik Baru Didik Anak Autistik WASHINGTON 14 April - Kejayaan sekolah Ivymount di Rockville dekat sini membantu kanak-kanak autistik supaya lebih berkeyakinan dan mampu berinteraksi melalui teknik pengajaran dengan muzik, nyanyian serta tarian menarik perhatian Datin Seri Rosmah Mansor. Isteri Perdana Menteri berkata, kejayaan sekolah itu yang merupakan sekolah harian bukan berasaskan keuntungan “amat memberangsangkan”. "Walaupun kanak-kanak ini lembam dan autisme, tetapi mempunyai bakat yang tersendiri dalam diri mereka, dan jika diberi pendedahan dalam muzik, mereka bukan sahaja ada bakat tetapi juga mampu mengubah lagu dan sebagainya,” katanya kepada wartawan Malaysia di sini, semalam. Rosmah yang juga Presiden Bakti berkata demikian selepas mengadakan lawatan bersama anggota badan itu ke sekolah Ivymount yang terletak kira-kira 20km dari ibu kota Amerika Syarikat. Sekolah itu yang ditubuhkan hampir 50 tahun lepas bermula dengan seorang pelajar kini mempunyai lebih 200 pelajar berumur dari empat hingga 21 tahun yang mempunyai “kekurangan keupayaan termasuk kurang daya kebolehan pembelajaran khusus, pelbagai kekurangan berkomunikasi atau kelemahan bahasa, kecacatan mental dan masalah kesihatan lain dan autisme. - Bernama Sumber : Utusan Online

Upload: farzaana

Post on 24-Dec-2015

19 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

pendidikan khas

TRANSCRIPT

Page 1: Teknik Baru Didik Anak Autistik

Teknik Baru Didik Anak Autistik

WASHINGTON 14 April - Kejayaan sekolah Ivymount di Rockville dekat sini membantu kanak-kanak autistik supaya lebih berkeyakinan dan mampu berinteraksi melalui teknik pengajaran dengan muzik, nyanyian serta tarian menarik perhatian Datin Seri Rosmah Mansor.

Isteri Perdana Menteri berkata, kejayaan sekolah itu yang merupakan sekolah harian bukan berasaskan keuntungan “amat memberangsangkan”.

"Walaupun kanak-kanak ini lembam dan autisme, tetapi mempunyai bakat yang tersendiri dalam diri mereka, dan jika diberi pendedahan dalam muzik, mereka bukan sahaja ada bakat tetapi juga mampu mengubah lagu dan sebagainya,” katanya kepada wartawan Malaysia di sini, semalam.

Rosmah yang juga Presiden Bakti berkata demikian selepas mengadakan lawatan bersama anggota badan itu ke sekolah Ivymount yang terletak kira-kira 20km dari ibu kota Amerika Syarikat.

Sekolah itu yang ditubuhkan hampir 50 tahun lepas bermula dengan seorang pelajar kini mempunyai lebih 200 pelajar berumur dari empat hingga 21 tahun yang mempunyai “kekurangan keupayaan termasuk kurang daya kebolehan pembelajaran khusus, pelbagai kekurangan berkomunikasi atau kelemahan bahasa, kecacatan mental dan masalah kesihatan lain dan autisme. - Bernama

Sumber : Utusan Online

Page 2: Teknik Baru Didik Anak Autistik

Sunday, February 17, 2008

Artikel Autisme

TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI SINDROM AUTISMEDI KALANGAN GURU KELAS BIASA

Abstrak

Sindrom Autisme adalah satu masalah perkembangan yang paling sukar untuk memahami. Ia merupakan satu fenomena yang luar biasa dan kejadian insiden adalah lebih kurang 5 - 15 setiap 10,000 kelahiran. Ramai kanak-kanak yang mengalami sindrom ini menghadapi masalah komunikasi, tingkah laku, sosial dan adaptasi. Trend pendidikan masa kini menggalakan murid autisme ditempatkan belajar bersama murid normal dalam kelas biasa. Matlamatnya ialah untuk memberi peluang kepada murid autistik menerima pengajaran dan pembelajaran dan menyertai semua aktiviti yang terdapat di sekolah. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan guru kelas biasa tentang sindrom autisme dan pengetahuan guru tentang jenis perkhidmatan sokongan untuk murid autisme dalam program inkliusif. Sampel responden adalah seramai 49 orang guru dari 5 buah sekolah integrasi di daerah Batang Padang. Data dianalisis dalam bentuk peratusan, skor min dan skala sela aras kesilapan. Hasil kajian mendapati bahawa guru kelas biasa kurang berpengetahuan mengenai aspek-aspek kognitif, sosial dan emosi murid autisme. Secara keselurhannya 84.3% dari jumlah persampelan tidak dapat menamakan jenis perkhidmatan sokongan atau ahli profesional untuk murid autisme.Pengenalan

Kajian ini adalah satu penyelidikan mengenai pengetahuan guru tentang sindrom autisme. Semua guru yang mengajar kelas biasa di sekolah integrasi sewajarnya sedar tentang keperluan murid khas yang akan mengikuti pendidikan inklusif supaya mereka dapat memberi layanan yang sepatutnya kepada murid tersebut. Oleh demikian pengkaji merasakan bertanggungjawab untuk menjalankan kajian tentang pengetahuan guru di sekolah integrasi bagi melihat sejauh mana guru kelas dapat membantu murid autisme dalam mendapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran dalam program inklusif.

Sindrom autisme masih merupakan satu masalah perkembangan yang paling sukar untuk memahaminya. Satu senarai yang tetap mengenai ciri sindrom ini masih tidak dapat dipersetujui oleh pengkaji dan punca kejadian sindrom tetap mengelirukan ahli pengkaji.Penilaian berkaitan kebolehan dan ketidakbolehan yang ditonjolkan oleh kanak autisme dalam bidang bahasa, kemahiran sosial dan adaptasi masih dimengerumuni oleh pelbagai masalah berkaitan diagnosis yang berbeza, metodologi dan analisis statistik. Masalah ini dirumitkan lagi oleh ciri yang pelbagai. Literatur yang berikut akan membincangkan isu-isu penting berkaitan cara mengenal pasti sindrom autisme dan seterusnya memberi satu kefahaman yang lebih jelas tentangnya.

Page 3: Teknik Baru Didik Anak Autistik

Sindrom autisme telah dikenal pasti di seluruh dunia. Ia dapat terjadi pada siapa sahaja. Tidak ada perbezaan status sosio-ekonomi, pendidikan atau keturunan etnik . Jumlah kes dilaporkan meningkat dari tahun ke tahun. Ia merupakan satu fenomena yang luarbiasa dan kejadian insiden lebih kurang 5 – 15 setiap 10,000 kelahiran. Biasanya sindrom autisme lebih kerap berlaku di kalangan jantina lelaki dibandingkan dengan jantina perempuan, dalam nisbah 4 : 1. Sejak penemuan oleh Kanner pada tahun 1943, ahli penyelidik telah berusaha mencari punca kejadian autisme. Selepas hampir enam puluh tahun, penyebab spesifik berlakunya sindrom ini masih tidak di ketahui lagi walaupun ada bukti yang menyokong sebab-musabab yang pelbagai ( Bauserman, 1981).

Kanner pada peringkat awal mempertimbangkan adanya pengaruh psikogenik sebagai penyebab autisme: ibu bapa yang obsessif dan kurang emosional yang mengasuh anak mereka dalam persekitaran dingin. Penyebab lain mengatakan adanya trauma pada anak yang disebabkan oleh hostility yang tidak disedari oleh ibu bapa. Menurut Bettelheim (1967), perilaku ibu bapa yang dingin dan perasaan penolakan anak dapat menimbulkan ciri autisme pada anak mereka.

Hasil penelitian terhadap keluarga menunjukkkan adanya komponen genetik dalam etiologinya. Kajian Cohen (1975) pada anak kembar satu telur, kejadiannya 89% - 100% iaitu sekiranya seorang dikenal pasti sebagai autistik, besar kemungkinannya kembarnya pun autistik. Pada penelitian terhadap keluarga yang mempunyai saudara kandung autistik insidennya meningkat di antara 2.5 % - 3 % .

Walau berbagai jenis definisi telah dikemukakan mengenai sindrom autisme oleh ahli pengkaji tetapi didapati ada persamaan berkaitan kelakuan dan simptomnya. Simptom dan tingkahlaku autisme boleh dibahagikan kepada kategori berikut:

i.Antisosial.

ii. Pergerakan fizikal berulangan.iii. Kurang komunikasi lisan / ekolalia.iv. Tidak bertentangan mata.v. Kurang respons.vi. Tidak mahu perbezaan dalam hidup seharian.

vii. Tidak mahu didakap.viii. Perasaan sayang keterlaluan kepada objek.ix. Permainan luar biasa.x. Tidak mengenali bahaya.

Seorang psikiatris bangsa Swiss, Eugene Bleuler, mula memperkenalkan perkataan “autism” pada tahun 1906. Dia melihat sindom ini sebagai penarikan aktif daripada interaksi sosial dan realiti untuk hidup dalam dunia fantasi. Beliau membandingkan situasi ini dengan penyakit adult schizophrenia dan dapati ada persamaan antara kedua keadaan ini maka Bleuler telah mengaitkan autisme dengan childhood schizophrenia.

Page 4: Teknik Baru Didik Anak Autistik

Pada tahun 1943, Leo Kanner, seorang ahli psikiatris kanak-kanak di Hospital John Hopkins mula menghuraikan simptom autisme dan membezakannya daripada childhood schizophrenia. Beliau menyenaraikan perkara berikut sebagai ciri autisme yang penting:

i.Ketidakbolehan berinteraksi dengan orang lain.

ii. Keinginan terlampau untuk persamaan dalam hidup seharian.iii. Kekurangan penggunaan bahasa untuk berkomunikasi.iv. Kesukaan luarbiasa pada benda /objek.v. Rupa fizikal normal.

Pernyataan Masalah

Pendidikan Inklusif Program Bermasalah Pembelajaran jika dilihat dari segi sejarah, telah dimulakan pada tahun 1994 dengan projek printis dibeberapa buah sekolah rendah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Program Inklusif diperkenalkan bertujuan untuk memberi peluang kepada murid bekeperluan khas menerima pengajaran dan pembelajaran dan menyertai semua aktiviti yang terdapat di sekolah bersama murid normal. Sejak kebelakangan ini, guru biasa telah diberi perhatian yang lebih memandangkan peranannya yang semakin penting dalam program inklusif. Menyedari betapa penting tanggungjawab ini, mereka harus dan perlu mempunyai pengetahuan yang terkini mengenai sindrom autisme supaya mereka dapat melaksanakan tugas mereka dengan sempurna. Kekurangan kesedaran tentang sindrom autiisme boleh membawa akibat yang mungkin akan menjejaskan pencapaian murid. Kajian ini ingin melihat tahap pengetahuan mengenai sindrom autisme di kalangan guru kelas biasa di daerah Batang Padang.

Kepentingan Kajian

Kajian ini dirasakan amat penting untuk dijalankan bagi mengetahui tahap pengetahuan guru biasa mengenai sindrom autisme. Diharapkan kaijian ini akan dapat memberi gambaran sebenar tentang persediaan guru biasa untuk mengajar murid autisme dalam program inklusif. Di samping itu, hasil kajian ini akan digunakan oleh Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia bagi mempertingkatkan kualiti pendidikan bagi murid autistik dalam program inklusif. Juga, Universiti Pendidikan Sultan Idris sebagai sebuah universiti yang melatih guru akan mempertingkatkan ilmu dengan adanya bahan rujukan yang terkini. Akhirnya kajian ini akan dapat memberi sumbangan yang bermakna terhadap perkembangan dan peninigkatan pendidikan khas di Malaysia secara keseluruhannya.

Objektif Kajian

Secara umumnya, kajian ini dijalankan untuk mencapai beberapa objektif seperti berikut:

i.Mengenal pasti tahap pengetahuan guru biasa sekolah rendah dan menengah tentang sindrom autisme.

Page 5: Teknik Baru Didik Anak Autistik

ii. Mengenal pasti tahap pengetahuan guru biasa tentang jenis perkhidmatan sokongan untuk murid autistik dalam program inklusif.

Persoalan Kajian

Kajian ini dijalankan kerana ia mempunyai beberapa persoalan penting untuk dijawab. Antaranya ialah:

i.Apakah tahap pengetahuan guru biasa tentang sindrom autisme?

ii.Apakah tahap pengetahuan guru biasa tentang perkhidmatansokongan untuk murid autistik dalam program inklusif?

Hipotesis Kajian

Pengkaji membuat andaian bahawa :

i.Terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pengetahuanmengenai sindrom autisme di kalangan guru sekolah rendahberbanding guru sekolah menengah.

ii. Tidak dapat perbezaan yang signifikan antara pengetahuan gurumengenai jenis perkhidmatan autisme dengan kelulusan akademik.

Andaian ini dibuat berdasarkan fakta bahawa program inklusif untuk murid khas telah pun bermula di sekolah rendah pada tahun 1994 (10 tahun) dan di sekolah menengah pada tahun 1998 (6 tahun) dan kebanyakkan guru sekolah rendah berkelulusan SPM jadi pengkaji mengandaikan ada perbezaan antara guru sekolah rendah dan guru sekolah menengah.

Limitasi Kajian

Pengkaji mempunyai limitasi dalam menjalankan kajian ini iaitu kajian ini adalah tertumpu kepada sepuluh guru biasa disetiap lima buah sekolah rendah dan menengah di daerah Batang Padang, Negeri Perak sahaja sebagai responden. Oleh itu, kajian ini tidak mewakili pengetahuan keseluruhan guru yang mengajar didalam program inklusif. Pengkaji juga melihat pengetahuan guru tentang sindrom autisme sahaja sebagai tajuk kajian, Oleh demikian pengetahuan guru berkaitan kecacatan murud khas lain tidak termasuk dalam ruang lingkup kajian yang dijalankan ini.Sorotan Literatur

Dipertikaikan bahawa tahap pengetahuan guru berkaitan murid berkeperluan khas mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap penyesuaian diri murid dari segi sosial dan emosi. Haring (1978) berpendapat tahap pengetahuan, sikap, prasangka, keperluan dan konflik guru akan kelihatan dalam tingkah laku guru dan mempengaruhi perkembangan sosial murid berkeperluan khas.

McDanial (1980) telah gunakan skala Attitudes Towards Disabled Persons sebagai satu instrumen untuk mengukur sikap 288 orang guru terhadap murid khas. Keputusan kajian tersebut

Page 6: Teknik Baru Didik Anak Autistik

menunjukkan ramai guru kurang mempunyai pengetahuan tentang murid berkeperluan khas dan tidak dapat menyampaikan maklumat secara sesuai kepada mereka.

Frith dan Edwards (1980) telah menjalankan kajian untuk mengenal pasti hal salah anggap dan kebimbangan sebenar guru kelas biasa yang di tugaskan mengajar muird khas dalam program inklusif. Guru yang kurang berpengalaman menyuarakan kebimbangan mereka tentang pengurusan diri murid (78%) masa lebih untuk menyiapkan tugasan (50%) kekurangan bahan mengajar (57%) tanggungjawab memberi ubat (50%) dan dokumentasi dan menyimpan rekod (50%). Guru yang berpengalaman telah menyuarakan kebimbangan tentang kekurangan bahan mengajar(41%) masa untuk menyiapkan tugasan (34%) .

Anderson dan Coleman (1985) telah mengkaji 135 guru kelas biasa di Pennsylvania (guru tadika hingga gred 8) untuk menilai pengetahuan mereka mengenai masalah pembelajaran dan persediaan mereka untuk bekerja bersama murid khas. Kajian ini cuba mencari maklumat tentang persediaan mengajar guru, pengetahuan dan pengalaman mengenal pasti dan mengajar murid berkeperluan khas. Tiga puluh enam peratus (36%) daripada responden pernah mengikuti kursus khas dan 43% pernah mengikuti bengkel berkaitan masalah pembelajaran. Lapan puluh dua peratus (82%) daripada jumlah responden melapor mereka pernah mengenal pasti murid berkeperluan khas atau merujuk mereka kepada pakar tetapi hanya 21% rasa mereka memahami konsepnya. Keputusan kajian menunjukkan guru masih keliru apabila diminta membuat rujukan atau mengajar murid yang mengalami masalah pembelajaran.

Kajian Philips (1993) yang telah dijalankan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mendapati di antara 100 orang guru yang dikaji, guru dalam lingkungan umur di antara 35 – 39 tahun lebih berpengetahuan (77.2%) tentang sindrom autisme berbanding dengan guru dalam lingkungan umur 45 – 49 tahun (60.6%) .

Kajian mengenai tahap pengetahuan guru tentang autisme masih terhad . Walau bagaimanapun, kajian yang telah dijalankan jelas menunjukkan bahwa pengetahuan guru mengenai sindrom autisme adalah kurang memuaskan.Metodologi

Kesedaran tentang peranan utama yang dimainkan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran murid autisme adalah penting untuk memastikan guru mempunyai pengetahuan yang terkini mengenai sindrom ini. Kekurangan kesedaran boleh mengakibatkan pencapaian yang kurang memuaskan kepada pembelajaran golongan murid khas ini. Sebagai contoh kegagalan seorang guru untuk memahami takat masalah seorang murid autistik mungkin akan mengakibatkan ekspektasi guru yang keterlaluan dan program intervensi yang tidak sesuai.

Kajian kuantitatif yang dijalnkan oleh pengkaji adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai pengetahuan guru mengenai sindrom autisme. Dalam kajian ini pengkaji telah memilih guru di lima buah sekolah yang mempunyai program integrasi program khas bermasalah pembelajaran

Page 7: Teknik Baru Didik Anak Autistik

di daerah Batang Padang.

Dalam kajian ini juga pengkaji memfokuskan kepada pengetahuan guru yang sedia ada mengenai sindrom autisme. Kajian ini bertujuan mencapai matlamat seperti berikut:

i.Menilai tahap pengetahuan responden mengenai sindrom autisme.

ii. Menilai pengetahuan responden mengenai perkhidmatan sokongan untuk murid autistik.Pemilihan Sampel Kajian

Subjek kajian adalah guru yang mengajar kelas biasa di lima buah sekolah integrasi pendidikan khas bermasalah pembelajaran yang dipilih. Guru yang menjadi responden kajian dipilh secara random dan mengajar pelbagai mata pelajaran. Seramai 50 orang menjadi responden dalam kajian ini. Dari sampel ini, 49 responden telah mengisi soal selidik yang diedarkan. Mereka terdiri daripada 39 orang guru sekolah rendah dan 10 orang guru sekolah menengah yang mengajar di 5 buah sekolah kerajaan di daerah Batang Padang. Sampel responden ini terdiri daripada 10 orang lelaki dan 39 orang perempuan (lihat Jadual 3.1). Kelulusan akademik responden terdiri daripada 26 orang kelulusan SPM, 13 orang berkelulusan STPM / Matrikulasi dan 10 orang kelulusan Ijazah Sarjana Muda .

Instrumen Kajian

Instumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik yang mengandungi soalan tertutup dan soalan terbuka khusus kepada guru yang terpilih. Soalan dalam borang soal selidik ini distrukturkan berdasarkan objektif dan soalan kajian yang dinyatakan dalam persoalan kajian. Instrumen yang dihasilkan telah diubahsuai dari instrumen yang pernah digunakan dalam kajian yang telah dijalankan oleh Bitsika di Australia pada tahun 1992. Instrumen ini di terjemahkan kedalam Bahasa Malaysia oleh pengkaji kerana ini boleh membantu untuk mendapat hasil kajian yang lebih baik.Dapatan

Dalam perbandingan respons antara guru sekolah rendah dan guru sekolah menengah, terbukti bahawa guru sekolah menengah dalam sampel memperolehi pencapaian yang lebih baik (55.8 % respons betul) berbanding dengan guru sekolah rendah (45.5 % respons betul). Daripada data ini boleh dibuat kesimpulan bahawa guru sekolah menengah mempunyai tahap pengetahuan lebih tinggi mengenai sindrom autisme berbanding guru sekolah rendah.

Dalam perbandingan mengikut kelulusan akademik tertinggi seperti tercatat dalam Jadual 1, 60.8% guru kelulusan ijazah sarjana muda memberi jawapan yang betul berbanding dengan kumpulan guru berkelulusan STPM / Matrikulasi (50.0%) dan guru berkelulusan SPM (43.6 %).

Jadual 1: Pengetahuan mengenai sindrom autisme di kalangan guru sekolah rendah dan menengah mengikut kelulusan akademik tertinggi (% memberi respons betul) N = 49

Page 8: Teknik Baru Didik Anak Autistik

ITEM% RESPON GURU

SPM% RESPON GURU STPM/ MATRIK

% RESPON GURU IJAZAH

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

80.8

34.7

19.2

46.2

42.3

53.8

34.7

46.2

50.0

46.2

50.0

19.2

92.3

30.8

15.4

30.8

69.2

30.8

46.2

53.8

69.2

46.2

76.9

38.5

90.0

30.0

50.0

40.0

70.0

80.0

50.0

50.0

100

60.0

60.0

50.0

Min 43.6 50.0 60.8

Jadual 2: Pengetahuan mengenai sindrom autisme di kalangan responden secara keseluruhan (Bilangan responden dan % memberi respons yang betul) N = 49

BILITEM JUMLAH % JUMLAH

1

2

3

4

5

Kebanyakkan kanak autisme menghadapi kelambatan perkembangan.

Autisme adalah sejenis masalah seumuru hidup.

Lebih ramai perempuan daripada lelaki mengalami sindrom autisme.

Autisme adalah sejenis sindrom luar biasa.

Ramai kanak-kanak autisme tidak mengalami kesukaran memahami apa yang

42

16

11

20

31

85.7

32.6

22.4

40.8

63.2

Page 9: Teknik Baru Didik Anak Autistik

6

7

8

9

10

11

12

diperkatakan.

Ramai kanak-kanak autisme tidak boleh bercakap.

Kanak-kanak autisme sukar memahami apa yang diperkatakan dan apa yang diisyaratkan.

Kanak-kanak autisme tidak mengalami kesukaran bertentangan mata kearah sesiapa yang bercakap dengannya.

Terdapat juga ramai kanak-kanak autisme sukar berinteraksi dengan orang lain.

Ramai kanak-kanak autistic rasa senang menyesuaikan diri dengan sesuatu pembaharuan dalam rutin mereka.

Kanak-kanak autistik terlalu asyik dengan pergerakan fizikal yang berulang –ulang seperti menggoyangkan badan dan mengibaskan tangan atau jari

Ramai kanak-kanak autistic mengalami rencatan akal

22

19

20

35

21

29

14

44.9

38.7

40.8

71.4

42.8

59.2

28.6

MIN - 47..6

Setiap item di atas terkandung dalam lima aspek autisme iaitu fakta statistik, komunikasi, kemahiran sosial, keperluan rutin dan tingkah laku sterotaip. Jadual 3 meringkaskan respons secara keseluruhan mengikut lima aspek autisme. Hanya 2 % (seorang responden) telah memberi lima jawapan betul untuk item berkaitan fakta statistik; 34.6% memberi 2 jawapan betul daripada 3 item berkaitan komunikasi; 32.6% mendapat 2 jawapan betul daripada 2 item berkaitan kemahiran sosial dan 46.9% dan 61.2% daripada jumlah keseluruhan memberi jawapan untuk dua item masing -masing berkaitan keperluan rutin dan tingkah laku sterotaip.

Jadual 3: Pengetahuan mengenai sindrom autisme mengikut klasifikasi item

KLASIFIKASI ITEMITEM

% ITEM BETUL0 1 2 3 4 5

1. Fakta statistikal 1, 2, 3 , 4 , 12 10.2 16.3 26.5 42.8 2.0 2.0

Page 10: Teknik Baru Didik Anak Autistik

2. Komunikasi

3. Kemahiran Sosial

4. Rutin

5. Tingkah laku sterotaip

5, 6, 7

8, 9

10

11

16.4 34.6 34.6 14.4

22.4 44.8 32.6

53.1 46.9

38.8 61.2

Pengujian Hipotesis

Pengujian hipotesis dilakukan pada bahagian ini untuk memastikan sama ada hipotesis yang dibentuk dalam kajian ini dapat diterima ataupun tidak. Pakej Statistik Untuk Sains Sosial (SPSS) digunakan untuk menganalisis serta untuk mendapatkan keputusan. Melalui SPSS, Ujian–t dan Anova Sehala digunakan bagi menguji kesemua hipotesis yang dibentuk pada aras signifikan P = 0.05. Pada aras signifikan ini, sekiranya P <> 0.05 sesuatu pernyataan hipotesis akan diterima. Berikut ialah dapatan daripada penganalisisan dengan menggunakan anova sehala dan ujian–t bagi pernyataan hipotesis yang di tunjukkan pada Jadual 4 danl 5.

Hipotesis Pertama

Terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pengetahuan mengenai sindrom autisme di kalangan guru sekolah rendah berbanding guru sekolah menengah.

Jadual 4: Hasil Ujian – t bagi Hipotesis Pertama

Jenis Sekolah

pengetahuan

MIN SD NILAI t DK SIG

.7143 1.1547 .4330 48 .001

p<0.05Jadual 4 menunjukkan perbandingan tahap pengetahuan guru mengenai sindrom autisme mengikut jenis sekolah. Perbandingan min penguasaan pengetahuan antara sekolah adalah sekolah rendah 45.5 % dan sekolah menengah 55.8%. Hasil Ujian–t mendapati bahawa aras signifikan yang diperolehi ialah 0.001. Oleh yang demikian hipotesis yang dikaji diterima dan dapat dirumuskan bahawa terdapat perbezaan antara tahap pengetahuan tentanag sindrom autisme di kalangan guru sekolah rendah dan guru sekolah menengah.

Hipotesis Kedua

Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pengetahuan mengenai jenis perkhidmatn sokongan di kalangan guru dengan kelulusan akademik.

Jadual 5: Hasil Ujian Anova Sehala bagi Hipotesis Kedua

Page 11: Teknik Baru Didik Anak Autistik

Punca variasi dk JKD MKD F Sig

Antara kumpulan 15 11.501 .767 1.540 .153

Dalam kumpulan 30 14.933 .498 - -p<0.05

Ujian Anova Sehala dijalankan bagi melihat sama ada terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap pengetahuan mengenai jenis perkhidmatan sokongan antara guru sekolah rendah dan guru sekolah menengah. Analisis menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan pada aras p <>

Pengetahuan mengenai Ahli Professional dan Perkhidmatan Sokongan

Soalan untuk bahagaian kedua soal selidik ini berbentuk subjektif di mana guru diminta menamakan ahli profesional atau khidmat sokongan yang sesuai untuk beberapa jenis perkhidmatan bagi murid autisme. Jadual 6 menunjukkan bahwa 84.3% daripada responden secara keseluruhan tidak dapat menamakan jenis perkhimatan sokongan atau ahli profesional untuk murid autisme. Hanya 15.7% dapat menamakannya.

Jadual 6: Pengetahauan guru secara keseluruhan mengenai jenis perkhidmatan / ahli profesional

KATEGORI PERHIDMATANSPESIFIK (%) TIDAK TAHU (%)

1. Diagnosis dan Penilaian

2. Intervensi Awal

3. Penempatan di sekolah

4. Latihan Pra vokesional / kerjaya

5. Program Integrasi

6. Rawatan Perubatan/ Psikiatri

7. Rawatan Pergigian

8. Sokongan Keluarga

9. Penempatan di Institusi Berasrama

8.2

4.1

6.1

16.3

14.3

30.6

44.9

24.4

12.2

91.8

95.9

93.9

83.7

85.7

69.4

55.1

75.6

87.8

Rumusan dan Cadangan

Kajian semasa telah menyokong hipotesis pertama pengkaji di mana terdapat perbezaan dalam tahap pengetahuan guru biasa sekolah rendah dan guru sekolah menengah. Kajian dapati tahap pengetahuan guru sekolah rendah lebih rendah (45.5%) berbanding dengan tahap pengetahuan

Page 12: Teknik Baru Didik Anak Autistik

guru sekolah menengah (55.8%) Dapatan ini adalah di luar jangkaan pengkaji yang menganggap guru sekolah rendah lebih berpengetahuan berdasarkan fakta program khas bermasalah pembelajaran di keempat-empat sekolah rendah telah pun bermula lebih awal berbanding dengan program di sekolah menengah dan guru sekolah rendah sepatutnya sudah kenal dengan ciri murid autisme melalui pendedahan yang telah diberi oleh guru khas di sekolah masing-masing.

Hipotesis kedua yang menyatakan tidak dapat perbezaan antara tahap pengetahuan tentang jenis perkhidmatan sokongan guru dengan kelulusan akademik tidak diterima. Kajian menunjukkan guru berkelulusan SPM lebih berpengetahuan tentang jenis perkhidmatan sokongan untuk murid autisme . Analisis data menunjukkan tidak ada seorang guru berijazah Sarjana Muda yang dapat menamakan jenis perkhidmatan sokongan untuk murid autisme. Sesuatu sebab yang munasabah tidak dapat diberi tentang ini hanya boleh dikatakan kemungkinan guru berkelulusan SPM yang semuanya mengajar di sekolah rendah pernah ada pengalaman dengan ahli profesional atau pernah buat rujukan tentang perkhidmatan sokongan untuk murid khas.Penutup

Kajian tentang sindrom autisme di Malaysia adalah sesuatu yang jarang dilakukan.Oleh yang demikian masih banyak kajian yang perlu dilaksanakan untuk mengetahui tentang sindrom ini. Kajian yang pengkaji jalankan ini adalah satu usaha untuk melihat berkembangnya kajian tentang sindrom autisme di Malaysia. Masih banyak lagi aspek kajian sindrom autisme boleh diterokai dan diperincikan supaya mereka yang terlibat dalam bidang ini lebih peka tentang keperluan murid autisme.

Pendidikan bagi murid autisme pada masa kini adalah ke arah mengintegrasikan mereka dengan murid normal. Oleh itu usaha tertentu perlu dilakukan untuk merealisasikan matlamat ini supaya murid autisme tidak disingkir untuk bersama menikmati kehidupan yang lebih sempurna.

Guru kelas biasa mesti sentiasa bersikap positif dan sentiasa berusaha untuk memberi motivasi pada murid autisme serta sanggup bekerjasama dengan guru khas dalam meningkatkan pengetahuan mengenai sindrom ini.Rujukan

Cohen, D. (1975). Childhood autism and atypical development. In H. Yahreaes (Ed.). New light on autism and other puzzling disorders. Maryland: DHEW Pub.

Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders. (1987). Diagnostic Criteria.

Dyah Puspita. (2003 ). Mempersiapkan dan membantu anak autis mengikuti pendidikan di Sekolah Umum. Seminar MANDIGA, Indonesia.

Gillberg, C., & Schaumann, H. (1982). Social class and infantile autism. Journal of Autism and Developmental Disorders, 12, 223 – 228.

Gilliam, J., & Coleman, M. ( 1982). A survey of knowledge of autism among experts and caregivers. Behavioral Disorders, 7, 189 – 196.

Jabatan Pendididikan Negeri Perak. ( 2002). Buletin Pendidikan Khas

Page 13: Teknik Baru Didik Anak Autistik

Daerah Batang Padang.

Lam Chee Meng & Chan Yee Pei. (2002 ) . Assessment for children for school readiness in Singapore mainstream education. WeCAN Third Annual Autism Best Practices Conference, November 2002

Masra, F. ( 2002). Autisme: Gangguan perkembangan anak. Retrieved fromhttp://www.tempo.co.id/medika/arsip/072002/hor-1.htm

National Autistic Association of Malaysia. (2003). Information leaflet.

Philips, S. (1993).. A Study of knowledge of autism in Malaysia. Unpublished Masters Thesis, Monash University, Australia.

Powers, M. ( 1989 ). Children with autism: A perents’ guide. USA : Woodbine Inc.

Ritvo, E., & Freeman, B. (1978). NSAC definition of the syndrome of autism. Journal of Autism and Childhood Schizophrenia, 8, 162 – 167.

Schultz, J. B., & Carpenter, C. (1995). Mainstreaming exceptional children.Boston : Allyn & Bacon.

Sussman, F. (1999). More than words: Helping parents promote communication and social skills in children with autism spectrum disorder . Canada : Hanen Pub.

Wing, L. (1978 ). Social, behavioural and cognitive characteristics: An epidemiological approach. In M. Rutter & E. Schopler (Eds). Autism : A reappraisal of concepts and treatment. New York: Plenum Press.

Wing, L. (1980 ). Childhood autism and social class: A question of selection. British Journal of Psychiatry, 137, 410 – 417.

Ysseldyke , J., & Algozzine, B. (1990 ). Introduction to special education (2nd ed.). Boston: Houghton Mifflin