aplikasi didik hibur

53
Aplikasi Didik Hibur dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia Kandungan Muka surat Senarai Kandungan i Sinopsis iii 1.0 Pendahuluan 1 2.0 Definisi Didik Hibur 2 2.1 Ciri-Ciri Didik Hibur 2 3.0 Objektif Modul 4 4.0 Aktiviti Berdasarkan Bahan Sastera dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia 4 4.1 Nyanyian 4 4.2 Bercerita 6 4.3 Berlakon 8 4.4 Berpuisi 9 5.0 Kemahiran Bahasa dalam Didik Hibur 11 5.1 Kemahiran Mendengar 11 5.2 Kemahiran Bertutur 12 6.0 Aplikasi Didik Hibur dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa 1

Upload: pk-cheah

Post on 24-Nov-2015

231 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

bmtahun 2

TRANSCRIPT

Aplikasi Didik Hibur dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia

Aplikasi Didik Hibur dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa MalaysiaKandunganMuka suratSenarai KandunganiSinopsisiii1.0 Pendahuluan12.0 Definisi Didik Hibur22.1 Ciri-Ciri Didik Hibur23.0 Objektif Modul44.0 Aktiviti Berdasarkan Bahan Sastera dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia44.1 Nyanyian44.2 Bercerita64.3 Berlakon84.4 Berpuisi95.0 Kemahiran Bahasa dalam Didik Hibur115.1 Kemahiran Mendengar115.2 Kemahiran Bertutur126.0 Aplikasi Didik Hibur dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia136.1 Aplikasi Nyanyian dalam Didik Hibur136.2 Aplikasi Bercerita dalam Didik Hibur156.3 Aplikasi Berlakon dalam Didik Hibur166.4 Aplikasi Berpuisi dalam Didik Hibur176.5 Elemen Didik Hibur dalam Aktiviti207.0 Penutup23Bibliografi

iLampiran 1 - Rancangan Persediaan Mengajar Aktiviti Didik Hibur(a)Nyanyian (TapakPpembelajaran VCD)(b)Bercerita(c) Berlakon(d)BerpuisiLampiran 2 - Contoh Bahan-bahan Sastera dalam Aktiviti Didik Hibur (VCD)Biodata Penulis Modul

ii

SINOPSIS

Aplikasi Didik Hibur dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia

Modul ini merupakan panduan untuk guru-guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran menggunakan pendekatan didik hibur. Didik hibur merupakan satu pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bersifat santai dan berhibur dengan penekanan pelaksanaannya terhadap empat komponen sastera iaitu nyanyian, bercerita, lakonan dan puisi. Oleh itu, keseronokan murid secara total dalam mempelajari Bahasa Malaysia akan dapat direalisasikan secara terancang dan bersistematik. Pendekatan ini digunakan bagi memudahkan murid memahami, mengungkap dan menghargai bahasa yang indah melalui pembelajaran yang menyeronokkan. Bahan sastera digunakan bertujuan untuk memperkembang kekuatan imiginasi di samping mencungkil pemikiran kreatif serta kritis murid. Kemahiran lisan iaitu mendengar dan bertutur merupakan fokus utama dalam pengaplikasian pendekatan ini.

iii

1.0Pendahuluan

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru boleh menggunakan kreativiti dan inovasi untuk merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran agar aktiviti lebih menarik. Justeru, pendekatan didik hibur diperkenalkan kepada murid-murid sebagai kaedah alternatif semasa proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

Cadangan pelaksanaan penyerapan pendekatan didik hibur dalam pengajaran Bahasa Malaysia bermula apabila kabinet membuat keputusan pada 8 Julai 2009 bahawa PPSMI dimansuhkan dan mata pelajaran Sains dan Matematik akan diajar semula dalam Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan, manakala bahasa ibunda di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil menjelang tahun 2012. Sehubungan dengan itu, Y.A.B Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin juga merangkap Menteri Pelajaran Malaysia telah mengumumkan strategi untuk memartabatkan bahasa Melayu (MBM) serta memperkukuh penguasaan bahasa Inggeris (MBI) di semua peringkat persekolahan.

Dalam usaha ini, kerajaan akan mula melaksanakan transformasi kurikulum Bahasa Malaysia di sekolah rendah dan menengah yang mana akan memberi fokus kepada penguasaan asas kemahiran berbahasa dalam kalangan murid melalui pendekatan modular yang bersepadu, seimbang dan holistik merangkumi aspek kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis serta penguasaan tatabahasa dan seni bahasa. Di sekolah rendah, kerajaan berhasrat memperkenalkan pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa bagi merealisasikan hasrat transforamsi berkenaan. Manakala di peringkat sekolah menengah pula, transformasi kurikulum Bahasa Malaysia akan memberi penekanan kepada penghayatan dan apresiasi aspek Kesusasteraan Melayu. Kaedah pengajaran akan lebih interaktif, iaitu berkonsepkan didik hibur supaya pengajarannya lebih mudah dihayati dan difahami.

2.0Definisi Didik Hibur

Kamus Dewan (2007 : 350) mentakrifkan didik sebagai pelihara, jaga dengan hati-hati dan ajar. Manakala hibur mengikut takrifan Kamus Dewan (2007 : 530) bermaksud menyenangkan atau menggirangkan hati.

2.1 Ciri-Ciri Didik Hibur

i. Sesi pembelajaran yang menyeronokkan kerana mengandung unsur estetik seperti nyanyian, cerita, lakonan, puisi, nilai murni, kecindan dan sebagainya.ii. Kepelbagaian cara persembahan yang tiada unsur kalah atau menang dan penggunaannya menjurus aktiviti bahasa Malaysia. iii. Matlamat aktiviti didik hibur bukan betul atau salah, tetapi penglibatan yang menyeluruh dalam kalangan murid.iv. Aktiviti yang dicadangkan adalah bersahaja, santai dan berfokus kepada aktiviti berkumpulan atau berpasangan. Ini penting agar wujud semangat kerja berpasukan, kerjasama dan toleransi.v. Melalui aktiviti yang dijalankan (nyanyian, bercerita, berlakon dan berpantun) murid bebas bersuara. Mereka boleh mengeluarkan pendapat dan idea secara logik tetapi terkawal dalam sesuatu persembahan yang dirancang agar tambah menarik.vi. Aktiviti didik hibur banyak menggunakan komunikasi melalui bahasa badan.

Bahasa badan adalah merupakan sebahagian daripada proses komunikasi. Ia berperanan menunjukkan sebarang reaksi dalam perbualan sama ada positif ataupun negatif. Ia membabitkan apa juga anggota badan seperti mata, kening, bibir, tangan ataupun lengan. Walau bagaimanapun pengguna perlu beringat ketika melakukan gerak badan bagi mengelakkan reaksi tidak selesa ketika berbual. Dalam konteks didik hibur, bahasa badan merupakan bahasa gerak badan yang digunakan untuk meningkatkan keberkesanan penyampaian ketika menjalankan aktiviti nyanyian, bercerita, lakonan, dan berpantun dua kerat.

Kejayaan aktiviti didik hibur bergantung kepada dua elemen penting iaitu faktor guru dan aktiviti yang dirancang. Guru harus mempunyai perwatakan yang menarik dan mempunyai unsur-unsur kecindan. Penguasaan bahasa yang digunakan oleh guru hendaklah bersesuaian dengan tahap murid. Guru harus berkebolehan melakonkan pelbagai watak, mempunyai kebolehan memberikan arahan dengan tepat dan menarik juga mampu mengeluarkan pelbagai suara. Dalam erti kata lain, guru merupakan seorang fasilitator yang fleksibel.

Manakala aktiviti yang dirancang pula, perlu disesuaikan dengan tahap dan pengetahuan sedia ada murid yang diajar. Aktiviti yang disediakan adalah aktiviti yang dapat memberikan ilmu dan keseronokan serta dalam tempoh masa pelaksanaan yang sesuai. Penekanan utama, aktiviti yang dirancang perlu memberikan kepuasan kepada murid yang menyertainya dan penyertaan murid adalah secara menyeluruh.

3.0Objektif Modul

Modul Aplikasi Didik Hibur dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia di sekolah rendah ini (mengikut sukatan KSSR) diharap dapat membantu guru-guru Bahasa Malaysia merancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti yang diharapkan dalam objektif pelaksanaan pendekatan didik hibur iaitu:

i. Menyebut dan memahami seni kata lagu dengan jelas melalui persembahan nyanyian secara didik hibur;ii. Mengujarkan ayat dan dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul serta jelas menggunakan bahasa badan dengan kreatif melalui penceritaan dan lakonan secara didik hibur; daniii. Melafazkan dan memahami pantun dua kerat dengan intonasi yang betul menggunakan bahasa badan yang indah secara didik hibur.

4.0Aktiviti Berdasarkan Bahan Sastera dalam Pengajaran dan PembelajaranBahasa Malaysia

Didik hibur dilaksanakan dalam pengajaran bahasa Malaysia dengan berfokuskan kepada aktiviti nyanyian, bercerita, berlakon dan berpantun dengan menggunakan bahan-bahan sastera sama ada bahan prosa ataupun bahan puisi.

4.1Nyanyian

Kamus Dewan (2007 : 1008) mentakrifkan nyanyian sebagai satu gubahan muzik yang dilagukan dengan suara. Kamarudin Husin (1998 : 246) menyatakan aktiviti menyanyi sebagai satu aktiviti yang berlaku dalam kehidupan sebenar dan boleh dibawa ke bilik darjah sebagai satu kegiatan lisan yang menarik.

Nyanyian merupakan salah satu aktiviti yang disarankan dalam didik hibur yang melibatkan perkembangan kreatif dan daya estetika. Aktiviti nyanyian yang dirancang dapat menyumbang kepada proses perkembangan murid-murid secara menyeluruh, meliputi perkembangan intelek, emosi, sosial dan fizikal. Dua kemahiran yang ditekankan adalah aktiviti menyebut seni kata lagu dengan jelas aktiviti memahami seni kata lagu melalui persembahan nyanyian.

Dalam aktiviti ini, seni kata lagu digunakan. Justeru, guru perlu merancang persediaan aktiviti ini dengan rapi. Elak daripada memilih lagu yang tidak mempunyai susunan kata yang betul dan salah dari segi tatabahasa. Lagu juga mesti mempunyai melodi yang senang dipelajari dan diingati. Lagu yang dipilih haruslah mempunyai kelajuan yang sederhana, iaitu tidak terlalu cepat dan tidak terlalu lambat. Sebaik-baik lagu yang dipilih itu hendaklah mengandungi cerita seperti lagu Anak Rusa Nani, lagu Ayah dan Ibu atau lagu Balik Kampung nyanyian Sudirman Haji Arshad.

Antara kelebihan aktiviti nyanyian adalah :

i. Murid dapat belajar dalam susana menyeronokkan kerana menyanyi adalah sesuatu yang menghiburkan.ii. Menyumbang kepada pelbagai aktiviti seperti bercerita, berlakon dan berpuisi.iii. Membantu murid menguasai kosa kata, sebutan, intonasi, struktur dan bentuk ayat.iv. Menjadi pengukuhan yang baik dalam aspek kefahaman berbahasa.

Apakah aktiviti selain nyanyian yang dapat djalankan dengan menggunakan bahan senikata lagu?

Membaca seni kata lagu Mencipta seni kata lain mengikut melodi yang sama Melakonkan cerita dalam seni kata lagu Menceritakan semula isi penting dalam lagu Menyampaikan perasaan Memberi maksud perkataan sukar Menulis karangan pendek Mestamu 4.2Bercerita

Bercerita merupakan suatu seni yang menggunakan bahasa, pergerakan dan mimik muka untuk melontarkan idea dan merangsang daya imaginasi khalayak. Kamus Dewan (2007 : 273) mentakrifkan bercerita sebagai mengisahkan sesuatu cerita, bercakap atau berbual. Teknik bercerita amat menarik dan berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran secara didik hibur kerana sifat kanak-kanak yang suka mendengar cerita. Antaranya cerita binatang seperti Sang Kancil yang Bijaksana, cerita jenaka seperti Pak Pandir dan sebagainya.

Menurut Koh Boh Boon (198 : 141-143) antara kebaikan aktiviti bercerita adalah dapat :

i. Membantu murid membina seberapa banyak kosa kata, ungkapan, peribahasa yang berkesan sehingga mereka dapat menggunakan kata-kata dalam ayat yang betul dan indah.ii. Menyuburkan daya imaginasi dan memupuk sifat kreatif dan kritis dalam kalangan murid.iii. Dapat menanamkan rasa yakin terhadap diri sendiri.iv. Membaiki akhlak murid daripada cerita yang disampaikan kerana wujudnya unsur-unsur teladan dan nilai-nilai murni.

Bagaimana memilih cerita yang menarik dan berkesan?

Mempunyai mesej pengajaran dan nilai-niali murni Mempunyai tema, plot dan bahasa yang mudah difahami Mempunyai banyak pengulangan perkataan, ayat-ayatnya pendek dan mempunyai unsur bahasa yang indah dan halus. Dapat memperkaya kosa kata dan merangsang minda untuk melahirkan idea yang kreatif dan kritis Mudah dihafal dan dapat disampaikan dalam jangka masa yang pendek Jelas dan menarik pada gambar dan ilustrasi Bersifat universal

Justeru, seorang guru yang ingin menggunakan aktiviti bercerita di bilik darjah, perlu merancang aktiviti pengajaran yang menyeronokkan. Guru perlu memilih dan menggunakan perkataan yang sesuai, berkebolehan melahirkan sesuatu gaya, suara, mimik muka dan intonasi yang boleh memikat perhatian pendengar. Di samping itu, guru juga harus membina ayat yang betul, penggunaan kosa kata yang tepat, mudah dan menarik. Konklusinya, semua elemen yang terdapat dalam bahasa lisan terutama dalam percakapan yang natural, perlu diwujudkan semasa aktiviti bercerita.

Apakah aktiviti selain bercerita yang dapat djalankan dengan menggunakan teks cerita / petikan bahan bergambar?

Berlakon Main peranan Teater pembaca Teknik bercerita / Teater bercerita Pertandingan bercerita Mencipta sajak

4.3Berlakon

Kamus Dewan Bahasa (2007 : 870) mentakrifkan berlakon sebagai bermain atau berlagak dalam sandiwara (drama, wayang dll.), berpura-pura menunjukkan sesuatu kelakuan. Lakonan merupakan aktiviti, atau pergerakan tubuh badan atau segala bentuk perlakuan yang meliputi segala kegiatan hidup manusia. Ia dilakukan oleh watak-watak tertentu sebagai mencerminkan keadaan sebenar, atau meniru cara dan bentuk kegiatan-kegiatan yang berlaku dalam hidup masyarakat. Skrip cerita Nakhoda Tanggang atau Bawang Merah Bawang Putih boleh dijadikan bahan dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Antara kebaikan aktiviti berlakon adalah:

i. Membolehkan murid-murid bertutur dengan gaya, suara, intonasi, nada dan sebutan yang betul.ii. Melatih murid-murid berinteraksi dengan orang lain untuk menyatakan perasaan, kehendak, pengalaman dan buah fikiran.iii. Melahirkan murid-murid yang mempunyai pemikiran kreatif dan kritis.iv. Mengikis perasaan negatif seperti malu, tidak yakin dan sebagainya kepada nilai-nilai positif seperti berani dan yakin berhadapan di khalayak ramai.

Apakah aktiviti selain berlakon yang dapat djalankan dengan menggunakan skrip lakonan / dialog?

Bercerita Pantomin Simulasi dan main peranan Kerusi Panas Balang Kaca Improvisasi Adaptasi Menulis dialog / skrip drama

4.4 Berpuisi

Pantun merupakan salah suatu bentuk tradisi lisan yang masih wujud sehingga kini. Pantun yang dihasilkan oleh masyarakat Melayu tradisional memperlihatkan pemikiran masyarakat yang menghasilkannya. Pantun juga menggambarkan latar hidup dan penghayatan seni masyarakat Melayu dalam zamannya.

Kamus Dewan, (2007 : 1301) pantun merupakan sejenis puisi lama yang terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap yang mempunyai pembayang dan maksud. Hashim Awang (1984) pula mentakrifkan pantun sebagai sejenis puisi lama yang mengandung empat baris ayat atau kalimat pada tiap-tiap rangkap. Tiap-tiap baris kalimat itu terdiri daripada lapan, sembilan, sepuluh atau sebelas suku kata. Pada hujung tiap-tiap baris mestilah ada persamaan bunyi atau rima. Bunyi akhir baris pertama mestilah sama dengan baris ketiga dan baris kedua bersamaan dengan baris keempat. Jadi rima pantun itu dikatakan berbentuk abab. Dalam pendekatan didik hibur, pantun dua kerat seperti pantun budi, pantun teka teki dan sebagainya boleh dijadikan bahan dalam pengajaran. Dalam pantun dua kerat, baris pertama adalah pembayang dan baris kedua adalah maksud pantun.

Antara kelebihan berpantun adalah :

i. Melatih murid peka kepada keindahan, kehalusan dan kesenian bahasa yang terdapat dalam pantun dua kerat.ii. Melatih murid memahami dan mentafsir bahasa yang mengandungi pelbagai makna dalam pantun dua kerat.iii. Melatih murid menghasilkan pantun dua kerat.iv. Membolehkan murid belajar dalam keadaan menyeronokkan dengan santai dan berhibur.

Apakah aktiviti yang dapat dijalankan dengan menggunakan bahan pantun?

Membaca puisi dengan sebutan, gaya dan intonasi yang sesuai Menyatakan pengajaran Memberikan makna perkataan sukar Melengkapkan baris Mencipta pantun

Apakah aktiviti selain berpuisi yang dapat djalankan dengan menggunakan pantun dua kerat?

Bernyanyi Bercerita Berlakon Mencipta sajak Mestamu (menyanyikan sajak tanpa muzik) Membuat lakaran

5.0Kemahiran Bahasa dalam Didik Hibur

Kemahiran Bahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Dalam pendekatan didik hibur, kemahiran lisan menjadi fokus utama. Kemahiran lisan terdiri daripada dua elemen penting iaitu kemahiran medengar dan bertutur.

5.1Kemahiran Mendengar

Kemahiran mendengar merupakan keupayaan murid mendengar dengan teliti memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat memberikan maklum balas. Kemahiran mendengar melibatkan dua peringkat kemahiran iaitu :

a. Menerima dan mmebezakan bunyi-bunyi yang hampir sama. Contoh :i. b p : bagipagiii. b d : batangdatangiii. s t : kelaskelativ. g k : garangkarang

b. Memahami bunyi bahasa yang bermakna seperti perkataan, frasa, klausa dan ayat.

5.2Kemahiran Bertutur

Kemahiran Bertutur merupakan keupayaan murid berbual untuk menjalin hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberikan kepada penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang sesuai. Bertutur merupakan satu cara berkomunikasi yang kompleks dan melibatkan proses mental yang menggerakkan alat pertuturan untuk mengeluarkan bunyi bahasa yang bermakna. Setiap individu akan menggunakan unsur-unsur prosodi dan cara paralinguistik semasa bertutur bagi menguatkan maksud pertuturan. Unsur prosodi ialah intonasi, nada, tekanan, sebutan dan jeda. Manakala unsur paralinguistik ialah bahasa isyarat dan pergerakan badan.

Aspek-aspek yang penting dalam kemahiran bertutur :

Sebutan Tekanan Mora (panjang pendek) Jeda (persendian) Intonasi Nada Tatabahasa Kelancaran Kefasihan Laras BahasaAntara aktiviti dalam kemahiran lisan :

Mangaitkan aksi dengan pertuturan Menjawab soalan Membina soalan berdasarkan bahan Memberi arahan Menerangkan gambar dan bahan grafik Perbualan melalui telefon Bernyanyi Bercerita Berlakon Permainan Komunikatif Perbahasan/forum/pidato/syarahan Main peranan Simulasi Drama Berpuisi dan sebagainya

6.0Aplikasi Didik Hibur dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia

6.1Aplikasi Nyanyian dalam Didik Hibur

a. Prapersediaan

Guru harus memilih dan menentukan jenis lagu yang sesuai dengan murid dan bertepatan dengan objektif pengajaran. Jika perlu, guru harus mengubah suai atau menulis semula seni kata lagu tersebut mengikut kesesuaian. Antara contoh lagu yang boleh digunakan seperti klip video lagu Tiga Kupang, lagu Wau Bulan, lagu Anak Rusa Nani, klip video Surat Seorang Ibu, lagu Syurga di Bawah Telapak Kaki Ibu dan lagu Balik Kampung. b. Penyampaian

Guru harus menentukan elemen-elemen bahan untuk proses pengajaran dan pembelajaran seperti gambar, kad arahan, tayangan video dan sebagainya. Aktiviti juga perlu dirancang seperti mengedarkan seni kata lagu, meminta murid-murid mencari maksud atau membina ayat mudah daripada perkataan tersebut. Kemudian meminta murid membaca senyap dan membuat latihan nyanyian lagu dari baris ke baris sehingga seluruh perenggan itu diingat. Perhatian kepada aspek sebutan dan intonasi wajar diambil kira. Aktiviti seterusnya bolehlah dilakukan dengan mengadaptasikan seni kata lagu tersebut kepada beberapa aktiviti bahasa yang lain seperti bercerita, berlakon dan berpuisi termasuklah tidak meninggalkan elemen tatabahasa.

Bagi kaedah mengajar nyanyian, guru boleh menggunakan lagu yang sedia ada atau mencipta seni kata lagu lain. Di sini kaedah menyanyikan keseluruhan lagu atau menyanyikan baris demi baris tanpa muzik boleh dilaksanakan. Dalam masa yang sama, murid akan diajar membaca seni kata lagu mengikut sebutan dan intonasui yang betul.

c. Penutup

Guru menyanyikan lagu bersama-sama dengan murid. Bagi tujuan pengukuhan, guru boleh menguji murid dengan aktiviti pengayaan dan pemulihan. Pada akhir pengajaran, guru dan murid bersama-sama mengadakan sesi perbincangan terhadap aktiviti yang telah dijalankan.

6.2Aplikasi Bercerita dalam Didik Hibur

a. Prapersediaan

Guru perlu memberi penekanan kepada lima elemen penting sebelum melaksanakan aktiviti bercerita iaitu pencerita, pendengar, tempat, masa dan cerita. Guru perlu bijak memilih cerita yang sesuai dengan tahap murid. Cerita mestilah yang menarik dan berkesan seperti mempunyai mesej, nilai dan pengajaran, tema dan plot yang mudah dihafal serta bersifat universal. Antara cerita yang boleh dipilih adalah seperti cerita binatang, cerita asal usul, cerita adaptasi dan sebagainya. Aktiviti bercerita boleh dilaksanakan dengan menggunakan alat atau tanpa alat. Aktiviti yang dicadangkan seperti aktiviti menyanyikan cerita, aktiviti kerusi panas, improvisasi, pemaduan seni dan sebagainya. Antara contoh cerita yang boleh dipilih seperti klip video cerita binatang seperti cerita Sang Kancil yang Bijaksana, Musang Berbulu Ayam atau klip video Burung Murai.

b. Penyampaian

Guru mesti memastikan sewaktu aktiviti berlangsung murid yang terlibat sebagai pencerita dan pendengar tidak menghadapi masalah untuk memahami cerita tersebut. Ini penting untuk memastikan kelancaran pertuturan dan kepelbagaian suara dari segi nada, intonasi, tekanan tinggi rendah, panjang pendek dan sebagainya. Gerak geri, mimik muka dan bahasa badan mambantu cerita disampaikan dengan jelas dan bermakna. Penggunaan bahan rangsangan seperti gambar atau bahan media yang sesuai dapat menarik minat murid terhadap keseluruhan jalan cerita. Guru juga perlu peka terhadap tema yang hendak disampaikan kerana dapat membantu murid mengenalpasti plot, watak dan moral cerita.

c. Penutup

Guru perlu memastikan cerita yang disampaikan perlu ada kesudahannya dan mencapai objektif yang diharapkan. Penglibatan murid secara menyeluruh iaitu kognitif dan psikomotor (secara lisan) akan dapat membantu murid membuat pengukuhan dan penambahbaikan kepada rakan-rakan yang mengambil bahagian dalam aktiviti bercerita. Aktiviti lain yang difikirkan sesuai boleh dijalankan seperti mencipta lirik lagu atau sajak dan melagukannya secara mestamu.

6.3Aplikasi Berlakon dalam Didik Hibur

a. Prapersediaan

Guru memilih skrip lakonan yang sesuai dangan tahap murid yang akan dilaksanakan dalam situasi bermain dan santai. Pelbagai jenis lakonan boleh dipilih seperti lakonan spontan, lakonan bisu, lakonan nyanyian, lakonan boneka, lakonan berdasarkan permainan ataupun lakonan berskrip. Seterusnya, guru akan menjelaskan prosedur lakonan yang akan dijalankan. Perbincangan ringkas antara guru dan murid tentang isi, jalan cerita, watak dan cara melakonkannya. Guru akan memilih murid-murid dan diberikan peranan tertentu. Antara contoh skrip lakonan yang boleh digunakan seperti skrip drama, klip video Hati Limpa atau klip video Surat Seorang Ibu.

b. Penyampaian

Guru perlu memastikan murid-murid telah menghafal skrip masing-masing dengan watak yang telah diberikan. Untuk menampakkan suasana lebih hidup, guru perlu memikirkan prop atau kostum agar murid-murid dapat menghayati watak masing-masing. Di peringkat ini, beri kebebasan kepada murid-murid berlakon di hadapan rakan-rakan mereka. Sebagai fasilitator, guru harus memberi ruang kepada murid berdialog secara bebas dan melahirkan pandangan mereka. Guru hanya membetulkan kesalahan murid selepas persembahan lakonan kerana dibimbangi akan menggangu perjalanan lakonan dan melemahkan semangat murid untuk terus berlakon.

c. Penutup

Selepas selesai berlakon, sesi perbincangan diadakan. Guru akan menyatakan beberapa aspek kelemahan yang ketara semasa persembahan terutama dari aspek bahasa, tutur kata, dan bahasa badan. Begitu juga kekuatan seperti bahasa badan yang kreatif serta ujaran dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas. Perbincangan boleh dijalankan antara guru dan murid ataupun murid dan murid. Sebagai pengukuhan, guru boleh meminta murid menjalankan aktiviti dalam pelbagai kemahiran menulis seperti membuat karangan pendek, luahan perasaan atau mencipta sajak.

6.4Aplikasi Berpuisi dalam Didik Hibur (khusus pantun dua kerat)

a. Prapersediaan

Guru menerangkan maksud pantun dua kerat berserta contoh yang lazim digunakan dalam masyarakat Melayu. Di peringkat ini, perbincangan antara guru dan murid diadakan untuk menerangkan tujuan penggunaan pantun tersebut. Di samping itu, guru juga boleh menjelaskan tema dan kriteria pantun dua kerat ini.

Rajah 1

Rajah 2

Rajah 3

Rajah 4

Antara tema pantun yang boleh dibincangkan adalah seperti pantun nasihat, pantun budi, pantun kasih sayang, pantun jenaka dan sebagainya. Guru boleh meminta murid mencari contoh pantun dua kerat ini melalui carian di internet, buku serta majalah.

Jenis Pantun Dua KeratContoh

Pantun Budi

Orang berbudi kita berbahasa, Orang memberi kita merasa.

Terima kasih daun keladi, Kalau boleh hendak lagi.

Pantun Kasih Sayang

Lain hulu lain parang, Lain dulu lain sekarang.

Buah beluluk buah kepayang, Dimakan mabuk dibuang sayang.

Pantun Nasihat

Tinggi rendah panjang lebar, Pergi sekolah mesti belajar.

Lima enam tujuh lapan. Kuat bersenam sihatkan badan.

Pantun Jenaka

Kayu lurus tengah ladang, Kerbau kurus banyak tulang.

Siakap senohong gelama ikan duri, Bercakap bohong lama-lama mencuri.

Pantun Kiasan

Banyak udang banyak garam, Banyak orang banyak ragam.

Sudah gaharu cendana pula, Sudah tahu bertanya pula.

Pantun Alam

Keli masuk ruan keluar, Matahari masuk bulan keluar.

Kayu bongkok di balik tiang, Ayam berkokok alamat nak siang.

b. Penyampaian

Pada peringkat ini, guru akan menunjuk cara (demonstrasi) untuk melafazkan pantun dua kerat dengan gaya dan intonasi yang betul. Murid-murid akan melafazkan pantun tersebut beberapa kali mengikut gaya dan bahasa badan masing-masing. Aktiviti seterusnya mencari maksud pantun, mencari makna sukar dan membina ayat menggunakan perkataan sendiri.

c. PenutupPada peringkat ini, guru dan murid akan berbincang tentang beberapa kesalahan semasa sesi melafazkan pantun tersebut. Antara kesalahan yang ketara adalah seperti melafazkan pantun dengan intonasi yang kurang tepat dan penggunaan bahasa yang kurang indah.

6.2Elemen Didik Hibur dalam Aktiviti

Bil.Elemen Didik HiburAktiviti

NyanyianBerceritaBerlakonBerpuisi

1SantaiMendengar lagu, menyebut dan memahami seni kata lagu

Mendengar pelbagai cerita yang digemari

Mendengar pelbagai tema dalam cerita yang disampaikan

Mendengar pelbagai jenis dan tema pantun dua kerat

2Seronok dan gembira

Pelbagai aktiviti nyanyian dan gerak badan

Pelbagai aktiviti bercerita secara hand on dengan penggunaan mimik muka, suara dan bahasa badan

Pelbagai aktiviti lakonan dan gerak badan

Pelbagai aktiviti berpantun dan gerak badan serta penguasaan bahasa indah

3Semangat ingin mencuba

Improvisasi menghasilkan kelainan produk. Contoh, mencipta lirik lagu

Mempunyai keyakinan untuk berhadapan dengan audien (rakan-rakan)

Berpeluang memainkan peranan dalam pelbagai watak dan menulis skrip

Improvisasi menghasilkan kelainan produk. Contoh, lakaran.

4Kreatif dan kritis

Adaptasi kepada pelbagai aktiviti. Contoh: sajak, puisidra

Mempelbagaikan kaedah penyampaian mengikut situasi cerita

Adaptasi kepada pelbagai aktiviti. Contoh, mestamu, arca.

Mempelbagaikan aktiviti. Contoh, mencipta pantun, pertandingan berbalas pantun

5Berani dan aktif

Kolaborasi guru dan murid mewujudkan situasi pembelajaran kondusif.Kolaborasi guru dan murid mewujudkan situasi pembelajaran kondusif.Kolaborasi guru dan murid mewujudkan situasi pembelajaran kondusif.

Kolaborasi guru dan murid mewujudkan situasi pembelajaran kondusif.

7.0Penutup

Pendekatan didik hibur atau edutainment ini adalah pendekatan yang diadaptasikan menerusi pendekatan Fun Learning yang digunakan secara meluas dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris yang berkonsepkan santai dan berhibur. Melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di bilik darjah seperti nyanyian, bercerita, berlakon dan berpantun, murid-murid bukan sahaja memperoleh ilmu, bahkan mendapat keseronokkan. Guru-guru yang mengajar juga akan berusaha meningkatkan kualiti mereka dari segi ilmu pedagogi untuk menyediakan suasana pengajaran yang menarik melalui pelbagai kaedah. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi seperti perisian, e-mel dan laman web, pasti dapat membantu menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang bersifat interaktif serta menghiburkan.

Berburu ke padang datar,Dapat rusa belang kaki;Berguru kepalang ajar,Ibarat bunga kembang tak jari.

Salam hormat

Norhayati bt Md YatimPensyarahJabatan bahasa MelayuIPG Kampus Bahasa MelayuLembah Pantai59990 Kuala Lumpur

Bibliografi

Abdul Aziz Abd. Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Utusan Publications Sdn. Bhd.Abdul Ghalib Yunus. (2001). Penggunaan Drama dalam Pengajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur. Dewan Bahasa September : 14-20Azizul Rahman Abd. Rahman. (2009). Didik Hibur dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu, Dewan Siswa (bonus) 10 : 2-3Bahagian Pendidikan Guru. (1994). Buku Panduan Bercerita Pendidikan Prasekolah. Kuala Lumpur : DeltaBoh Boon, Koh. (1989). Perspektif-Perspektif dalam Pengajaran Bahasa Melayu : Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur______________ (1981). Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Egan, Kieran. (1988). Teaching as Storytelling. Canada : Routledge.Kamaruddin Hj. Husin. (1988). Pedagogi Bahasa. Kuala Lumpur : Longman Malaysia Bhd.________________ (1998) Pedagogi Bahasa : Perkaedahan. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn Bhd. _________________ (2001). Pendekatan Mengajar Bahasa. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Sukatan Pelajaran KBSR, Bahasa Melayu, Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Sukatan Pelajaran KBSM, Bahasa Melayu, Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum. Radiah Nordin & Maimunah Samat. (1992). Kemahiran Bertutur dalam Asas Kemahiran Berbahasa KBSR Jilid 3. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Raminah HJ. Sabran & Rahim Syam.(1986) Kaedah pengajaran Bahasa Malaysia. Petaling Jaya : Fajar Bakti Sdn. Bhd.Sidang Penyusun Kamus Dewan (2007). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Modul

Modul KPKI. (2006). Bercerita dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Institut Perguruan Bahasa Melayu MalaysiaModul KPKI. (2006). Improvisasi dalam Ppengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Institut Perguruan Bahasa Melayu MalaysiaModul (2004). Pengajaran dan Pembelajaran Komsas Tingkatan 4 & 5. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Sumber Internet

http://jpmrajamelewar.blogspot.com/http://akademik.kedah.edu.my/index.http://www.bharian.com.my/http://www.mkn.gov.my/v1/index.

Lampiran 1 (a)

Rancangan Persedian Mengajar Aktiviti Didik Hibur - Nyanyian (Lagu Balik Kampung dan Klip Video Hati Limpa)

Tajuk:Aktiviti Nyanyian (Sayang Ibu)

Objektif:Pada akhir pelajaran, diharap murid dapat menyebut dan memahami seni kata lagu dengan jelas melalui persembahan nyanyian secara didik hibur.

Aktiviti dan Kaedah : (Berdasarkan Video CD)

Video CDTAPAK PEMBELAJARAN

Bahan-bahan yang disediakan dalam pengajaran dan pembelajaranmenggunakan aktiviti nyanyian (Tapak Pembelajaran)

Set Induksi Senikata lagu Balik Kampung

Perjalanan jauh tak kurasa Kerna hatiku melonjak sama Ingin berjumpa sanak saudara Yang selalu bermain di mata. Nun menghijau gunung, ladang dan rimba Langit yang tinggi bertambah birunya Deru angin turut sama berlagu Bagaikan turut gembira

Woo woo woo balik kampung (3x) hati girang Woo woo woo balik kampung (3x) hati girang Terbayang wajah-wajah yang kusayang Satu-satu tersemat di kalbu Pasti terubat rindu di hati Menyambut kepulangan kunanti.

Langkah 1 Aktiviti 1 Senikata lagu Balik Kampung Aktiviti 2 Rujuk kamus - perkataan yang dihitamkan

Langkah 2 Aktiviti 1 - kumpulan Sistem Nombor (Kad Angka)

123456

Aktiviti 2 Menonton Video Hikayat Janda Beranak Tujuh Kad Arahan

Kad Arahan 1: Bina ayat berdasarkan klip video untuk aktiviti menulis luahan perasaan

Kad Arahan 2: Sediakan teks cerita untuk aktiviti bercerita

Kad Arahan 3: Sediakan dialog untuk satu babak aktiviti lakonan

Kad JawapanKad Arahan 1:Ibu, jasamu tidak terbalas. Budimu akan kukenang sepanjang zaman. Engkaulah lilin hidupku. Tanpamu aku seperti si buta kehilangan tongkat. Hidupku penuh ranjau dan liku. Ibu, kembalilah, aku berdosa padamu.

Kad Arahan 2:Hari itu ibu sangat sibuk. Ibu sedang membuat persiapan untuk menyambut hari raya. Ibu meminta kami membantunya. Namun kami tidak dapat memenuhi hasratnya. Ibu sangat sedih

Kad Arahan 3:Ibu: Angah, mari sekejap.Angah: (Sambil termengah-mengah berlari). Mengapa ibu? Ibu: Tolong pergi ke pasar beli daging. Ibu nak masak rendang.Angah: Ibu nak beli berapa ekor lembu? (sambil ketawa)Ibu : Hiss.. budaknya. Ibu nak masak rendang bukan nak buat kenduri kahwin.

Langkah 3 Aktiviti 1 Membina ayat

Membina ayat berdasarkan kosa kata (Aktiviti 1 Langkah 1) melonjak menderu menyambut terbayang tersemat terubat

Aktiviti 2 (i) Petikan Karangan Pendek Aman mengemas barang-barang keperluannya. Perasaannya sunggguh gembira. Dia membelek-belek tiket bas yang dibelinya dua hari lepas. Tidak sabar rasanya untuk menatap wajah ibu kesayangannya. Ya, wajah tua yang ditinggalkan hampir dua tahun. Ibu, maafkan anakmu. Aku berdosa kepadamu!

Aktiviti 2 (ii) Mencipta pantun dua kerat daripada karanganPendek - contoh

. Seroja pagi di tepian kali, Kasih ibu kasih abadi. Wangi haruman bunga melati, Budi ibu budi sejati.

Akltiviti 3 (i) Kad Pengayaan Gambar (orang tua di rumah kebajikan) Contoh jawapan

Syarahan

Pada pendapat saya, kempen Masyarakat Penyayang ini akan berjaya mengurangkan kes anak-anak meninggalkan ibu bapa di rumah kebajikan. Kempen ini sangat berguna untuk menyedarkan anak-anak tentang tanggungjawab mereka terhadap ibu bapa. Justeru, sayangilah kedua-dua ibu bapa anda.

Aktiviti 3 (ii) Kad Pemulihan Mengisi tempat kosong Contoh jawapan

Ibu, ________,Engkaulah ratu ____________ku,___________ kuberduka,Engkau hiburkan ___________.Ibu, _______,Engkaulah ___________ _______ku.

Lampiran 1 (b)

Rancangan Persedian Mengajar Aktiviti Didik Hibur

Tajuk:Aktiviti Bercerita (Musang Berbulu Ayam)

Objektif:Pada akhir pelajaran, diharap murid dapat mengujarkan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas tentang sesuatu perkara serta menggunakan bahasa badan dengan kreatif melalui penceritaan secara didik hibur.

Aktiviti dan Kaedah :

Set Induksi - tayangan klip video Musang Berbulu Ayam Langkah 1 Aktiviti 1 Guru mengedarkan teks petikan Murid membaca teks secara senyap Murid membaca kuat teks Aktiviti 2 Perbincangan guru dan murid Soal jawab soalan kefahaman Langkah 2 Aktiviti 1 Pembahagian kepada beberapa kumpulan kecil Murid membaca teks semula secara senyap Aktiviti 2 Perbincangan dalam kumpulan tentang teks Penyediaan peta minda untuk aktiviti bercerita

Langkah 3 Aktiviti 1 Pembentangan persembahan aktiviti bercerita Refleksi guru dan murid tentang aktiviti bercerita Aktiviti 2 (Adaptasi/Imrovisasi) Mencipta sajak dalam kumpulan Mendeklamasikan sajak Tatabahasa makna perkataan sukar Penutup/Pengukuhan Kognitif Isi-isi penting aktiviti bercerita Sosial Nilai-nilai dan pengajaran

Lampiran 1 (c)

Rancangan Persedian Mengajar Aktiviti Didik Hibur

Tajuk:Aktiviti Bercerita (Surat Seorang Ibu)

Objektif:Pada akhir pelajaran, diharap murid dapat mengujarkan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas tentang sesuatu perkara serta menggunakan bahasa badan dengan kreatif melalui penceritaan secara didik hibur.

Aktiviti dan Kaedah :

Set Induksi - tayangan klip video Surat Seorang Ibu Langkah 1 Aktiviti 1 Guru mengedarkan teks skrip lakonan Murid membaca kuat teks Aktiviti 2 Guru menayangkan klip video sekali lagi Pembahagian kepada beberapa kumpulan kecil Guru mengedarkan kad arahan Perbincangan guru dan murid Langkah 2 Aktiviti 1 Murid membaca semula teks secara senyap Perbincangan dalam kumpulan Penyediaan prop dan kostum (bahan yang sesuai)

Aktiviti 2 Murid membuat latihan Langkah 3 Aktiviti 1 Persembahan aktiviti berlakon Refleksi guru dan murid tentang aktiviti berlakon Aktiviti 2 (Adaptasi/Improvisasi) Menulis semula lirik lagu Salam Terakhir Menyanyikan lagu Tatabahasa Mencari perulangan perkataan Membina ayat Penutup/Pengukuhan Kognitif Isi-isi penting aktiviti bercerita Nilai-nilai dan pengajaran Sosial Menyanyikan lagu Salam Terakhir

Lampiran 1 (d)

Rancangan Persedian Mengajar Aktiviti Didik Hibur

Tajuk:Aktiviti Berpuisi (Lagu Joget Pahang)

Objektif:Pada akhir pelajaran, diharap murid dapat melafazkan pantun dua kerat dengan sebutan dan intonasi yang betul serta memahami maksud pantun yang dilafaz menggunakan bahasa indah secara didik hibur.

Aktiviti dan Kaedah :

Set Induksi - tayangan klip video lagu Joget Pahang Langkah 1 Aktiviti 1 Guru memberi penerangan tentang pantun dua kerat Maksud Tema Ciri-ciri Murid dan guru bersoal jawab Langkah 2 Aktiviti 1 Guru mengedarkan lembaran kerja tentang tema berserta pantun Murid mengklasifikasikan pantun mengikut tema tertentu Perbincangan guru dan murid Murid membaca semula pantun dua kerat

Aktiviti 2 Pembahagian kumpulan Perbincangan berdasarkan kad arahan Murid mencari contoh pantun melalui internet/ buku/ majalah Langkah 3 Aktiviti 1 Persembahan aktiviti berpantun Refleksi guru dan murid tentang aktiviti berlakon Aktiviti 2 (Adaptasi/Imrovisasi) Menulis lirik lagu menggunakan pantun Menyanyikan lagu mengikut melodi Joget Pahang (atau melodi yang bersesuaian) Tatabahasa Sebutan dan Intonasi Penutup/Pengukuhan Kognitif Isi-isi penting aktiviti berpantun Nilai-nilai dan pengajaran Sosial Menyanyikan lagu Joget Pahang

Lampiran 2

Contoh Bahan-Bahan Sastera dalam Aktiviti Didik Hibur

1. Nyanyian klip video seni kata lagu Anak Rusa Nani lagu Ayah dan Ibu atau lagu Balik Kampung

Anak Rusa Nani baru kembang ekorapa dosa kami lalu tidak tegur.

Buai laju-laju sampai pohon araapa dalam baju sekuntum bunga cina.

Buai tinggi-tinggi sampai cucur atapbelum tumbuh gigi pandai baca kitab(ulang 2x)

2. Bercerita klip video Musang Berbulu Ayam klip Sang Kancil yang Bijaksana teks cerita jenaka seperti Pak Pandir3. Berlakon Klip video Surat Seorang Ibu klip video Hati Limpa

4. Berpuisi Pantun Dua Kerat

Pantun BudiAda ubui ada batas, Ada budi boleh dibalas.

Pantun Kasih SayangDaripada cempedak baiklah nangka, Daripada tidak baiklah ada.

Pantun NasihatSatu dua tiga empat, Siapa cepat dia dapat. Pantun JenakaGendang gendut tali kecapi, Kenyang perut suka hati.

Pantun KiasanPinggan tak retak nasi tak dingin, Orang tak hendak kami tak ingin.

Pantun AlamKayu bongkok di balik tiang, Ayam berkokok alamat nak siang.

Biodata Penulis Modul

Penulis dilahirkan pada 5 November 1962 di Kuala Lipis Pahang Darul Makmur. Mendapat pendidikan awal di SMK Clifford, Kuala Lipis Pahang. Melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan Lembah Pantai dengan mengikuti kursus Sekolah Menengah dalam pengajian Bahasa Melayu/Sejarah. Pada tahun 1989 memperoleh Sijil Perguruan Asas. Pada tahun 1993 menyambung pelajaran di Institut Bahasa dengan mengikuti Kursus Sijil Perguruan Khas (KSPK). Dari tahun 1994-1997 menyambung pelajar di peringkat ijazah di Universiti Putra Malaysia. Berjaya memperoleh Sarjana Muda Perguruan (Pengajaran Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pertama). Pada tahun 2001 berjaya memperoleh Sarjana dalam Kesuasteraan Melayu.

Sudah berkhidmat di tujuh buah sekolah di Pahang, Selangor dan Wilayah Persekutuan. Pengalaman mengajar Bahasa Melayu hampir 20 tahun. Antara subjek lain yang pernah diajar adalah seperti Kesusasteraan Melayu, Sejarah, Pendidikan Moral dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Sepanjang tempoh tersebut, pernah menjadi Ketua Panitia Bahasa Melayu, Sejarah, Kesusasteraan Melayu, Pendidikan Moral dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Dari tahun 2002-2003, menjadi Kakitangan Sumber Pendidikan Moral Daerah Hulu Langat, Selangor. Dari Tahun 2003 -2007 dilantik sebagai Jurulatih Utama Pendidikan Sivik dan Kewarganegaran Negeri Selangor dan Kebangsaan. Tahun 2007 ditempatkan di Jabatan Bahasa Melayu, IPG Kampus Bahasa Melayu. Berpengalaman menulis dan membentangkan kertas kerja. Tahun 2010 dilantik sebagai Panel Penilai Peningkataan Mutu KSSR Bahasa Melayu (Tahun 1 dan Tahun 2) bagi tahun 2011 dan 2012 di bawah Dewan Bahasa dan Pustaka.

1

2