tek ucapan hari kemerdekaan

10
- Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam 1 Malaysia. - Yang Berusaha En. Akmal bin latip gb sk sungai burong en. Ahmad jamil bin mujaini pk pentadbiran pn. Umi kalthum bt zainudin pk hem pn hjh norlatipah bt tukimon pk koko guru-guru, dan murid-murid yang dikasihi sekalian. Tanjong karang bumi tercinta Melayu jawa banjar pun ada; 57 tahun kita merdeka

Upload: harlina-ismail

Post on 19-Dec-2015

25 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

tek ucapan hari kemerdekaan 2014

TRANSCRIPT

- Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.

- Yang Berusaha En. Akmal bin latip gb sk sungai burongen. Ahmad jamil bin mujaini pk pentadbiranpn. Umi kalthum bt zainudin pk hempn hjh norlatipah bt tukimon pk kokoguru-guru, dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

Tanjong karang bumi tercintaMelayu jawa banjar pun ada;57 tahun kita merdekaBerbilang kaum aman sejahtera

Alhamdulillah setinggi ucapan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmat-Nya pada pagi yang penuh barakah ini, kita diberi kesempatan untuk sama-sama berkumpul bagi Majlis Sambutan Penutup Bulan Kemerdekaan dengan penuh kedamaian dan keamanan. Kedamaian dan keamanan ini sebagai tanda bahawa negara ini berada dalam kestabilan politik dan kita mampu berkongsi muafakat untuk hidup bersama . Sesungguhnya sambutan kemerdekaan ini diadakan sebagai tanda bahawa para guru dan pelajar sekolah ini dapat seiring dan sederap melangkah, dengan semangat kesungguhan yang berkobar-kobar dan beriiltizam tinggi untuk menjadi warganegara yang patriotik.

Ulik Mayang nyanyian asliDilagu Si gadis merdu sekali;Terima Kasih sekalung budi,Mari serikan majlis ini.

- Dari Dataran Kejat SK Burong, kita akan saksikan persembahan pembukaan Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah iaitu persembahan silat.

- Persembahan silat itu tadi dibawah bimbingan guru-guru praktikum dari Institit Bahasa Kuala Lumpur

Pahlawan Melayu Gagah Perkasa,Musuh datang habis dibasmi;Tuan sudah diberi kuasa,Sudilah kira, pohon merasmi.

-Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang Berusaha En. Akmal bin Latip Guru Besar SK sungai burong dan diiringi guru-guru pen kanan ke bahagian hadapan dataran kejat untuk menyempurnakan replika jalur gemilang . Dipersilakan.- Kalungan apresiasi buat Yang Berusaha Guru Besar dan pk pk atas penyempurnaan Replika Jalur gemilang itu tadi ,Maka dengan itu sempurnalah Penutupan Bulan kemerdekaan peringkat sekolah tahun 2014.

Persembahan murid :Bendera berkibar di rumah Pak Agos,Di halaman rumah pasang pelita;Menjelang tiba Tiga Puluh Satu Ogos,Tarikh kemerdekaan negara kita.

-Majlis seterusnya diteruskan dengan persembahan murid prasekolah nyanyian dan gerakan lagu Alhamdulillah dan Tanggal 31 Ogos-Begitu menarik persembahan murid prasekolah itu tadi di bawah bimbingan pn. Norazimah Guru Prasekolah. Dan pn. Norazlina pembantu prasekolah Reflisia

Terbang tinggi si burung helang,Berkicau kenari sambil berterbangan;Insan cemerlang negara terbilang,Bakat diserlah tanda kecemerlangan.-Majlis diteruskan lagi dengan Kuiz kemerdekaan yang akan dikelolakan oleh en Imran guru praktikum dari Institut Bahasa Kuala Lumpur.DipersilakanPenyampaian hadiah murid Tahap 1Tiga Puluh Satu Ogos tarikh keramat,Bersama kita menyambut merdeka;Bersatu berazam penuh semangat,Mari pertahankan kemerdekaan kita-Pihak sekolah telah mengadakan pelbagai aktiviti sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan bagi Tahap 1 dan tahap 2. Kini tibalah masanya untuk majlis penyampaian hadiah.-Oleh itu majlis mempersilakan en. Akmal bin latip guru besar sk sungai burong untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.- Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian en. Akmal bin latip menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara. Pihak majlis mohon mengambil kesempatan waktu di penghujung ini untuk mengucapkan ribuan kalungan bunga terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan Majlis Penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah ini dapat dilangsung dengan meriahnya. Terima kasih juga diucapkan kepada semua murid atas kerjasama yang diberikan bagi mengharmonikan majlis ini.

Tenang-tenang air di kali,Tempat mandian putra puteri;Sempurna sudah majlis dirai,Salah dan silap harap dimaafi.

-Semua murid dan guru diminta berdiri dan sama-sama menyanyikan tiga buah lagu iaitu1.1 Malaysia2.Tanggal 313. NegarakuBersama2 dengan murid 5 jaya.

Saya akhiri majlis ini dengan lafaz yang mulia,Wabillahi Taufik Walhidayah.Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.

Persembahan Murid-Majlis diteruskan dengan persembahan koir patriotik dari murid tahun 5 jaya- Begitulah persembahan koir patriotik Tahun 5 jaya . Kumpulan koir ini di bawah bimbingan Pn. Rasidah dan guru-guru praktikum