lem-tek-62 sem1

27
1 LEM/TEK/62 Sem 1 Jan 2015 PANDUAN PENYEDIAAN PELAN SEKURITI PUNCA RADIOAKTIF Lembaga Perlesenan Tenaga Atom Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Batu 24, Jalan Dengkil 43800 Dengkil Selangor Darul Ehsan Tel: 038922 5888 Faks: 038925 4578 Laman web: http://www.aelb.gov.my

Upload: hanguyet

Post on 21-Jan-2017

262 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: LEM-TEK-62 Sem1

1  

LEM/TEK/62 Sem 1 Jan 2015

PANDUAN PENYEDIAAN PELAN SEKURITI PUNCA 

RADIOAKTIF 

Lembaga Perlesenan Tenaga Atom Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Batu 24, Jalan Dengkil 43800 Dengkil 

Selangor Darul Ehsan  

Tel: 03‐8922 5888 Faks: 03‐8925 4578 

 Laman web: http://www.aelb.gov.my 

Page 2: LEM-TEK-62 Sem1

2  

PANDUAN PENYEDIAAN PELAN SEKURITI PUNCA RADIOAKTIF RINGKASAN Dokumen ini menggariskan struktur, kandungan dan panduan untuk pembangunan pelan sekuriti di dalampenggunaan punca radioaktif. Dokumen ini adalah berdasarkan kepada keperluan antarabangsa yang dicadangkan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), sebagai panduan kepada pemegang lesen di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304). Pelan sekuriti hendaklah mengandungi semua maklumat yang menerangkan langkah-langkah kawalan dan perlaksanaansistem pengurusan sekuriti oleh pemegang lesen yang bertujuan untuk melindungi punca radioaktif yang berada di dalam pemilikan. Perincian kandungan pelan sekuriti hendaklah berdasarkan kepadaaras sekuriti bagi punca radioaktifberkenaan. Panduan Penyediaan Pelan Sekuriti ini adalah hasil adaptasi dan berdasarkan kepada perkongsian amalan terbaik (best practise) Pihak Berkuasa Perundangan Tenaga Atom Kebangsaan dan Industri bagi Negara-negara Rantau Asia Tenggara (Filipina, Indonesia, Malaysia dan Vietnam) Recommended

Guidelines for Security Level B (Industrial radiography practices) di Sydney, 6-10 September 2010. Ianya telah diluluskan pada 3 Julai 2011 untuk diguna pakai. Diterbitkan oleh Bahagian Dasar, Kod dan Standard, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom.

Page 3: LEM-TEK-62 Sem1

3  

SENARAI KANDUNGAN Bil Perkara Mukasurat

1. Tujuan dan Skop 5

2. Latarbelakang Pengoperasian 6

3. Pengurusan Sekuriti 7

4. Kawalan Sekuriti di Kemudahan– Umum 9

5. Kawalan Sekuriti di Kemudahan – Penstoran 10

6. Kawalan Sekuriti di Kemudahan - Penggunaan 12

7. Kawalan Sekuriti di Lapangan – Umum 14

8. Kawalan Sekuriti di Lapangan - Penstoran Punca Radioaktif (Jangka Pendek < 1 minggu)

15

9. Kawalan Sekuriti di Lapangan - Penstoran Punca Radioaktif (Jangka Panjang) 17

10. Kawalan Sekuriti di Lapangan - Penggunaan Punca Radioaktif 19

11. Kawalan Sekuriti semasa Pengangkutan Punca Radioaktif 21

12. Rujukan 26

Page 4: LEM-TEK-62 Sem1

4  

PANDUAN KANDUNGAN PELAN SEKURITI UNTUK PERLINDUNGAN PUNCARADIOAKTIF KATEGORI 1, 2 DAN 3

Berikut adalah senarai semak sebagai rujukan kepada pemegang lesen untuk menentukan perincian pelan sekuriti yang perlu disediakan. Pemegang lesen hendaklah memilih perincian yang bersesuaian dengannya.

Bil Perincian Kategori

1 Kategori

2 Kategori

3 1. Tujuan dan Skop √ √ √

2. Latarbelakang Pengoperasian √ √ √

3. Pengurusan Sekuriti √ √ √

4. Kawalan Sekuriti di Kemudahan - Umum √

5. Kawalan Sekuriti di Kemudahan - Penstoran √

6. Kawalan Sekuriti di Kemudahan – Penggunaan √

7. Kawalan Sekuriti di Lapangan – Umum √ √

8. Kawalan Sekuriti di Kerja Lapangan – Penstoran (Jangka-Pendek < 1 minggu)

√ √

9. Kawalan Sekuriti di Kerja Lapangan - Penstoran (Jangka-Panjang)

√ √

10. Kawalan Sekuriti di Kerja Lapangan - Penggunaan √ √

11. Kawalan Sekuriti Semasa Pengangkutan √ √ √

Pelan sekuriti adalah satu dokumen yang perlu disediakan oleh pemegang lesen Kategori 1,2 dan 3 yang menyatakansecara terperinci semua maklumatberkaitan dengan perlaksanaan pengurusan sistem dan kawalan sekuriti yang bertujuan untuk melindungi punca radioaktifdi dalam pemilikan daripada sebarang ancaman keselamatan (security threat). Pengurusan sistem dan kawalan sekuriti oleh pemegang lesen hendaklahselari dan merujuk kepadaAkta Perlesenan Tenaga Atom 1984 (AKTA 304), Peraturan-peraturan di bawahnya dan dokumen lain yang telah diterimapakai oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom.Berikut adalah perkara yang perlu dinyatakan di dalam pelan sekuriti:

Page 5: LEM-TEK-62 Sem1

5  

1. TUJUAN DAN SKOP Pemegang lesen hendaklah menyatakan tujuan dan skop kawalan sekuriti punca radioaktifdi dalam pemilikansamada di premis atau lapangan yang meliputi:

1.1. Sepanjang tempoh penggunaan; 1.2. Semasa fasa penstoran; dan 1.3. Semasa fasapengangkutan.

Contoh:

Tujuan:

Pelan Sekuriti yang disediakan oleh Syarikat Bertam Hilir Sdn Bhd adalah bertujuan untuk:

• mencapai objektif dan melindungi punca-punca radioaktif dan kemudahannya pada tahap optimum yang bersesuaian dengan bahaya yang dijangka daripada punca radioaktif tersebut;

• mengenalpasti keperluan bagi memastikan penggunaan punca radioaktif adalah untuk tujuan yang berfaedah;

• mencegah sebarang pencerobohan yang menyebabkan kerosakan, kehilangan, kecurian atau pemindahan tanpa kebenaran punca-punca radioaktif di kemudahan penyinaran dan penstoran; dan

• mengurangkankebarangkalian berlakunya kemalangan dedahan berbahaya atau sebarang penggunaan yang berniat jahat terhadap setiap punca-punca radioaktif yang boleh menyebabkan kemudaratan kepada individu, masyarakat dan alam sekitar.

Skop: Pelan Sekuriti ini merangkumi aspeksekuriti yang memberi kesan kepada aspek keselamatan di kemudahan yang menempatkan peralatan radioaktif (nyatakan model peralatan) yang mengandungi punca-punca radioaktifseperti butiran di dalam Jadual 1.1:

Jadual 1.1 Huraian berkenaan peralatanradioaktif yang dilesenkan kepada Syarikat Bertam Hilir Sdn Bhd

Punca : Cobalt-60 Activiti Punca/

Tarikh Rujukan : 64.83 TBq pada September 2008

No. Siri Punca : X-9999 Model Punca : Type C 146 Pengilang Punca : Theratronic Phoenix International Ltd., Ontario,

Canada Jenama Radas/Model : Theratron Phoenix Pengilang Radas : Theratronic Phoenix International Ltd. Kegunaan : External Radiation Therapy Fatau Cancer Patient

Page 6: LEM-TEK-62 Sem1

6  

Kategori Punca : Kategori 1 Kumpulan Sekuriti : A 2. LATARBELAKANG PENGOPERASIAN Pemegang lesen hendaklah menyatakan dengan terperinci latarbelakang operasi samada di premis atau lapangan seperti:

2.1. Magnitud dan kedudukan geografi kawasan operasi; Contoh: Kemudahan peralatan radioaktif dikendalikan oleh Syarikat Bertam Hilir Sdn Bhd beralamat di (nyatakan alamat lengkap).

Ciri-ciri berkaitan Kemudahan Peralatan Radioaktif Kemudahan Penyinaran terletak di tengah-tengah (nyatakan kedudukan geografi cth: bandar, kawasan industri) dipunyai dan dikendalikan oleh (nyatakan sekiranya dikendalikan oleh pihak ketiga). *Sertakan pelan lakar kedudukan geografi untuk maklumat lanjut*.

Di sebelah timur sempadan Kemudahan Penyinaran ini terdapat jabatan abc, pejabat kerajaan di bawah Kementerian cdf, manakala di sebelah belakang adalah jalan Project 8, kawasan kediaman.

Kemudahan peralatan radioaktif adalah berada di bangunan berasingan dibelakang bangunan utama kemudahan. Kemudahan penyinaran ini adalah seluas xx meter daripada belakang dan xx meter dari semua sudut.

*Sertakan rajah untuk maklumat lebih lanjut*.

Terdapat 2 pintu masuk ke kemudahan penyinaran, iaitu pintu masuk utama dan pintu belakang (pintu masuk barangan). Ruang pejabat mempunyai (bilangan) tingkap. Berhampiran dengan tempat penstoran adalah bilik kosong. Kemudahan penyinaran ini mempunyai (bilangan) kakitangan. Ia dikendalikan (bilangan) jam sehari dari (waktu) hingga (waktu). Penerimaan barangan adalah dari (hari) hingga (hari) dan (hari) hingga (hari). Secara rasminya, rehat makan tengahari adalah dari(waktu) hingga (waktu).

2.3. Senarai jenis dan bilangan punca radioaktif atau peranti yang mengandungi punca radioaktif;

2.4. Kaedah pengoperasian; 2.5. Lokasi penggunaan dan penstoran punca radioaktif; dan 2.6. Kaedah pengangkutan punca radioaktif (sekiranya berkaitan).

Page 7: LEM-TEK-62 Sem1

7  

3. PENGURUSAN SEKURITI 3.1. Pengenalan Pelan sekuriti disediakan bertujuan untuk mencapai objektif pengurusansistem dan kawalan sekuriti punca radioaktif yang berada di dalam kemudahan pemegang lesen. Oleh yang demikian, pemegang lesen hendaklah menyatakan secara terperinci maklumat yang mengandungi:

a. Potensi ancaman yang mungkin berlaku semasa penggunaan punca radioaktif ini seperti kecurian, pencerobohan, atau penyalahgunaan (malevolent use) sehingga boleh memberi kemudaratan kepada keselamatan

b. Cadangan perlaksanaan kawalan pencegahan untuk menghalang impak sekuriti yang tidak diingini seperti melakukanpemasangan/penggunaan peralatan atau peranti sokongan;

c. Operasi rutinyang memerlukan kawalan sekuriti; d. Pengurusan kawalan sekuriti yang perlu digunakan bagi menangani sebarang ancaman

terhadap punca radioaktif seperti: i. Senaraitanggungjawab serta peranan pihak pengurusan, kakitangan dan lain-lain

pihak yang dikenal pasti terlibat; ii. Prosedur dan kaedah kawalan masuk ke kemudahan pemegang lesen; iii. Kaedahbagi menentukankebolehpercayaan terhadap kakitangan pemegang

lesen; iv. Kaedahmemperolehi dan perlindunganmaklumatsensitif; v. Prosedur perakaunan punca radioaktif; vi. Proses dan kaedah penyelenggaraan dan pengujian ke atas peralatan sekuriti; vii. Pembangunan program Jaminan Kualiti (QAP) dan Kawalan Kualiti (QC) sekuriti

(sekiranya ada) bagi tujuan pengurusan berdasarkan amalan terpuji; viii. Penyelarasan dengan elemen keselamatan perlindungan radioaktif; ix. Pelan kecemasan sekiranya berlakunya ancaman sekuriti; x. Pelan kontingensi sekiranya berlakunya ancaman sekuriti;

Page 8: LEM-TEK-62 Sem1

 

Contoh:

Peranan d

Syarikat Bdiketuai opemegang

e

f. gh

xi. xii. xiii.

dan Tanggun

Bertam Hilir Soleh (Jawatang lesen.

. ProsessepertProsed

. Pende

. Senara

Ketua Pengawal2

Kaedah danPembangunProsedur platihan bag

ngjawab /Stru

Sdn Bhd, yann), selepas in

(Stru

s dan prosedi Polis Diraja dur untuk men

ekatan yang bai rujukan terh

Pengawal2

n prosedur lapnan dan perlapenilaian dani memastikan

uktur Sekuri

ng beralamatni dirujuk seb

uktur Organisa

dur bagi menMalaysia PDRnangani peninersesuaian unhadap perund

Pengendal

poran kejadiaaksanaan prog pengemask keberkesana

ti Organisasi

t di (nyatakanbagai OBTL.

asi Syarikat B

dapatkan maRM)berkenaangkatan tahapntuk meningk

dangan dan pa

OBTL

PPS

i COS2 CMPermo

an sekuriti; gram latihan; inian pelan s

an perlaksana

i

n alamat lengRajah. 2.1 m

ertam Hilir Sd

aklumat daripaan sebarang ap ancaman sekatkan kawalaanduan sedia

S2 (Khidmat onitoran Pusat)

dan sekuriti termaaan sekuriti.

gkap), Kuala menunjukkan

dn Bhd)

ada pihak beancaman yangedia ada; an sekuriti; a ada.

Penyenggaraan2(Khidmat 

Penyenggaraan Peralatan)

asuk perlaksa

Lumpur, Mastruktur orga

erkuasa berkeg berkaitan;

Kakitangan yang diiktPenyambut TetamPegawal Pondok2

8

anaan

laysia anisasi

enaan

tiraf,( u2, 2)

Page 9: LEM-TEK-62 Sem1

9  

4. KAWALAN SEKURITI DI KEMUDAHAN - UMUM 4.1. Pendahuluan Bahagian 4 di dalam panduan ini disediakan dengan anggapan bahawa wujudnya bilik dedahan dan penstoran secara berasingan. Kandungan Bahagian 4 boleh disesuaikan apabila situasi kedudukan punca radioaktif di kemudahan adalah sebaliknya. 4.2. Objektif Objektif umum pelan sekuriti di kemudahan milikpemegang lesen yang melibatkan penggunaan punca radioaktifadalah untuk memastikan: a. peralatan atau kemudahanadalah terlindung danterhindar daripada sebarang ancaman; b. perlaksanaan langkah-langkah sekuriti secarakhusus; dan c. sebarang ancaman dapat ditanganiatau diuruskan dengan sebaiknya. 4.3. Perlaksanaan Bagi mencapai objektif umum pelan sekuritidi kemudahan yang melibatkan penggunaan punca radioaktif; pemegang lesen hendaklah menyediakan terperinici maklumat seperti berikut:

a. Punca radioaktif yang telah dilesenkan iaitu berdasarkan kepada jenis punca, kategori dan kaedah pengoperasiannya;

b. Huraian keadaan persekitaran, bangunan dan/atau kemudahanyang melibatkan penggunaan dan penstoran setiap punca radioaktif. Ianya hendaklah mengandungi pelan lakar kemudahan yang turut memaparkansistem dan kawalan sekuriti yang telah dilaksanakan;

c. Huraian terhadap sebarang akses ke lokasi bangunan atau kemudahan yang berkemungkinan boleh dimasuki oleh orang awam atau selain daripada kakitangan pemegang lesen yang dibenarkan.

Page 10: LEM-TEK-62 Sem1

10  

5. KAWALAN SEKURITI DI KEMUDAHAN – PENSTORAN 5.1. Pendahuluan Bahagian 5 ini hendaklah menerangkan secara spesifikkaedahpenstoran punca radioaktif di dalam bangunan atau di lokasi yang melibatkan penggunaan punca radioaktif oleh pemegang lesen. Kandungan Bahagian 5 boleh berubah apabila situasi kedudukan punca radioaktif di penstoran adalah sebaliknya. 5.2. Objektif Objektif pelan sekuriti semasa penstoran punca radioaktif di premis pemegang lesen adalah untuk:

a. mengenalpasti sebarang ancaman yang mungkin berlaku semasa penstoran seperti kecurian, pencerobohan, atau penyalagunaan (malevolent use); dan

b. melaksanakanlangkah-langkah sekuriti secara khusus. 5.3. Perlaksanaan Bagi mencapai objektif pelan sekuriti semasa penstoran punca radioaktifdi kemudahan, pemegang lesen hendaklah menyatakan secara terperinci maklumat seperti berikut:

a. Ancaman yang mungkin berlaku semasapenstoranseperti kecurian, pencerobohan, atau penyalahgunaan (malevolent use);

b. aras kawalan sekuriti yang dilaksanakanbagi menghalang impak sekuriti yang mungkin berlaku seperti melakukan pemasangan atau penggunaan peralatan pengesanan;

c. Huraian pengurusan kawalan sekuriti yang digunakan seperti: i. Prosedur penilaian keselamatan terhadap individu dan peralatan seperti kawalan

masuk, kaedah mengesan, melengah, tindak balas dan komunikasi; dan ii. Prosedur untuk menilai kualiti kawalan terhadap ancaman yang dijangka.

d. Ringkasan di rajah 5.1adalah merupakan contoh rujukan. Ianya merujuk kepada susunan pengurusan sekuriti (individu, peralatan dan prosedur) seperti yang dijelaskan di bahagian pengurusan sekuriti (Bahagian 3).

Page 11: LEM-TEK-62 Sem1

11  

Rajah 5.1: Pendekatan Pengurusan Sekuriti Umum

Fungsi Sekuriti Objektif Sekuriti Prosedur dan Kaedah Sekuriti - Penstoran-

Kesan (Detect)

Menyediakan medium pengesanan segera semasa pencerobohan ke premis di lokasi kawasan/punca di bawah kawalan sekuriti

Peranti pencerobohan elektronik – Suis Magnetik Pengimbang [Balanced Magnetic Switch (BMS)] dan pengesan pergerakan Infra-merah (Infrared motion detector).

Menyediakan medium pengesanan terhadap cubaan mengalih punca tanpa kebenaran

Peranti petunjuk pengusik (Tamper indicative device) pada: - bekas pengangkutan. - pintu masuk kawasan penstoran. Pemilihan kaedah sekuriti adalah berdasarkan penilaian oleh pemegang lesen

Menyediakan penilaian segera semasa pengesanan Pemantauan berterusan melalui CCTV.

Menyediakan komunikasi segera untuk tindakbalas oleh kakitangan Radio, talian tetap dan telefon bimbit.

Menyediakan penilaian segera apabila punca didapati hilang melalui proses verifikasi

Permonitoran harian menggunakan peranti tinjau kadar dos. Pengisian buku logkeluar dan masuk penggunaan punca radioaktif

Lengah (Delay)

Menyediakan elemen untuk melengahkan yangbertujuan meminimakan sebarang kemungkinan pengalihan punca tanpa kebenaran

Bilik penstoran dengan sekurang-kurangnya dua pemisah fizikal yang berasingan Kunci keselamatan *Bilik dedahan mungkin juga digunakan sebagai bilik penstoran

Tindak balas (Response)

Menyediakan keupayaan untuk memulakan tindak balas untuk menghalang pengalihan punca tanpa kebenaran

Aturan tindakan bersama pihak polis atau pihak yang dikenal pasti.

Page 12: LEM-TEK-62 Sem1

12  

6. KAWALAN SEKURITI DI KEMUDAHAN – PENGGUNAAN 6.1. Pengenalan Bahagian 6 panduan ini disediakan dengan anggapan bahawa aktiviti penyinaran dilakukan di kemudahan tersebut. Kandungan Bahagian 6 boleh berubah apabila situasi kedudukan punca radioaktif di kemudahan adalah sebaliknya. 6.2. Objektif Objektif pelan sekuriti semasa penggunaan di kemudahanpemegang lesenyang melibatkan penggunaan punca

radioaktifadalah untuk:

a. mengenalpasti sebarang ancaman yang mungkin berlaku semasa penggunaan; dan b. melaksanakan langkah-langkah sekuriti secara khusus di tapak atau lokasi.

6.3. Perlaksanaan Bagi mencapai objektif pelan sekuriti di kemudahan yang menggunakan punca radioaktif; pemegang lesen hendaklah menyediakan secara terperinci maklumat seperti berikut:

a. Kaedah dan prosedur penggunaan punca radioaktif di kemudahan meliputi penerangan bagi setiap punca, kategori dan kaedah operasinya;

b. Kaedah pengurusan kawalan sekuriti yang perlu dilaksanakan, seperti: i. prosedur penilaian keselamatan terhadap individu dan peralatan iaitumewujudkan

kawalan masuk, mengesan, melengah, bertindak balas dan komunikasi; dan ii. Proses penilaian kualiti kawalan terhadap ancaman yang dijangka.

c. Ringkasan di rajah 6.1 dilampirkan sebagai contoh rujukan. Ianya merujuk kepada susunan pengurusan sekuriti (individu, peralatan dan prosedur) seperti yang dijelaskan di bahagian pengurusan sekuriti (bahagian 3).

Page 13: LEM-TEK-62 Sem1

13  

Rajah 6.1: Pengurusan Sekuriti Semasa Penggunaan Punca di Kemudahan

Fungsi Sekuriti Objektif Sekuriti Prosedur dan kaedah sekuriti -Penggunaan-

Kesan (Detect)

Menyediakan medium pengesanan segera semasa pencerobohan ke premis di lokasi kawasan/punca di bawah kawalan sekuriti

• Peranti pencerobohan elektronik Suis Magnetik Pengimbang

[Balanced Magnetic Switch (BMS)] dan

pengesan pergerakan Infra-merah (Infrared motion detector).

Menyediakan medium pengesanan terhadap cubaan mengalih punca tanpa kebenaran

• Peranti petunjuk pengusik (Tamper indicative device) pada:

kontena pengangkutan; pintu masuk kawasan penstoran.

Pemilihan kaedah sekuriti adalah berdasarkan penilaian oleh pemegang lesen

Menyediakan kaedah pengesanan kehilangan punca melalui teknik verifikasi Pemantauan berterusan melalui CCTV.

Menyediakan komunikasi segera untuk tindakbalas kakitangan Radio, talian tetap dan telefon bimbit.

Menyediakan penilaian segera apabila punca didapati hilang melalui verifikasi

• Permonitoran harian menggunakan peranti tinjau kadar dos.

• Pengisian buku log keluar dan masuk penggunaan punca radioaktif

Lengah (Delay)

Menyediakan elemen untuk melengahkan bertujuan untuk meminimakan kemungkinan pengalihan punca tanpa kebenaran

• Bilik kemudahan dengan sekurang-kurangnya dua pemisah fizikal yang berasingan

• Kunci keselamatan *Bilik penstoran dedahan mungkin juga digunakan sebagai bilik dedahan

Tindak balas (Response)

Menyediakan keupayaan untuk memulakan tindak balas untuk menghalang pengalihan punca tanpa kebenaran

Aturan tindakan bersama pihak polis atau pihak yang dikenal pasti.

Page 14: LEM-TEK-62 Sem1

14  

7. KAWALAN SEKURITI DI LAPANGAN - UMUM 7.1. Pengenalan Bahagian 7 panduan ini disediakan dengan anggapan bahawa wujudnya lokasi kerja dan penstoran di luar kemudahan bagi tempoh jangka pendek (kurang dari 1 minggu) dan jangka panjang. Kandungan Bahagian 7 boleh berubah apabila situasi kedudukan punca radioaktif di lapangan adalah sebaliknya. 7.2. Objektif Objektif pelan sekuriti bagi penggunan dan penstoran punca radioaktif bagi kerja di lapangan adalah untuk:

a. mengenalpasti sebarang ancaman yang mungkin berlaku semasa penggunaan; b. melaksana langkah-langkah sekuriti secara khusus di tapak lapangan semasa

penggunaan; dan c. menangani ancaman di kawasan sekitar

7.3. Perlaksanaan Bagi mencapai objektif pelan sekuriti punca radioaktifdi lapangan, pemegang lesen hendaklah menyediakan maklumat terperinci yang mengandungi:

a. Huraian punca radioaktif yang dilesenkanseperti jenis setiap punca, kategori dan kaedah operasinya;

b. Latarbelakang lokasi di mana operasi penyinaran dilaksanakan; c. Huraianterhadap keadaan persekitaran, bangunan dan/atau kemudahan di mana setiap

punca digunakan atau distorkan dengan disertakan pelan lakar lokasi dan sistem kawalan sekuritinya;

d. Lokasi bangunan atau fasiliti yang yang mempunyai kaitan dengan lokasi yang boleh dimasuki oleh orang awam.

Page 15: LEM-TEK-62 Sem1

15  

8. KAWALAN SEKURITI DI KERJA LAPANGAN – PENSTORAN (JANGKA-PENDEK < 1 MINGGU) 8.1. Pengenalan Bahagian 8 panduan ini disediakan dengan anggapan bahawa wujudnya yang lokasi penstoran berasingan daripada kemudahan bagi tempoh jangka pendek (kurang dari 1 minggu). Penstoran jangka pendek berkemungkinan di dalam bangunan, kemudahan, kawasan kerja atau kenderaan. Kandungan perkara 8 boleh berubah apabila situasi kedudukan punca radioaktif di lokasi adalah sebaliknya. 8.2. Objektif Objektif pelan sekuriti bagi penstoran jangka pendek adalah untuk:

a. Mengenalpasti sebarang ancaman yang melibatkan pengalihan punca radioaktif tanpa kebenaran, pencerobohan, atau penggunaan dengan niat jahat (malevolent use);

b. Melaksanakan langkah-langkah sekuriti yang khusus untuk menghalang akibat yang berkaitan dengan impak sekuriti yang tidak diingini, termasuk pemasangan/penggunaan peralatan sokongan;

c. Untukmenangani ancaman di sekitar. 8.3. Perlaksanaan Bagi mencapai objektif pelan sekuriti punca radioaktifpenstoran jangka pendek di lapangan, pemegang lesen hendaklah menyediakan secara terperinci maklumat yang mengandungi:

a. Kaedah pengurusan kawalan sekuriti yang dilaksanakan seperti: i. Proses penilaian individu, peralatan seperti mekanisme kawalan masuk,

mengesan, melengah, bertindak balas dan komunikasi; dan ii. Proses penilaian kualiti kawalan terhadap ancaman yang dijangka.

b. Ringkasan di rajah 8.1 dilampirkan sebagai contoh rujukan. Ianya merujuk kepada susunan pengurusan sekuriti (individu, peralatan dan prosedur) seperti yang dijelaskan di bawah bahagian pengurusan sekuriti (Bahagian 3).

Page 16: LEM-TEK-62 Sem1

16  

Rajah 8.1: Pengurusan Sekuriti Semasa Kerja Lapangan

Fungsi Sekuriti Objektif Sekuriti Prosedur dan kaedah sekuriti

– Penstoran (Jangka pendek <1 minggu)-

Kesan (Detect)

Menyediakan medium pengesanan segera semasa pencerobohan ke premis di lokasi kawasan/punca di bawah kawalan sekuriti

• Permonitoran kerap oleh personel dan/atau pengawal Pengesan dengan menggunakan amaran bunyi setempat dan amaran visual;

• Bagi sesetengah kes, kaedah penstoran alternatif yang digalakkan adalah penstoran dalam kenderaan, berhampiran dengan kawasan pihak beruasa berkenaan (ie; PDRM) yang boleh memberikan fasilitasi penghasilan penilaian amaran dan tindak balas.

Lokasi Terpencil: • Pengesan dengan amaran bunyi setempat, amaran visual

dan amaran frekuensi radio; • Apabila kaedah kawalan tidak dapat disediakan, penstoran

tersebut boleh dilarang atau dibenarkan dengan had tertentu (i.e. sama ada punca tidak distor di kawasan tersebut atau pun bagi sesetengah kes yang mempunyai justifikasi kukuh untuk distorkan, kaedah kawalan boleh diubah suai berdasarkan situasi tertentu.

Perkara ini memerlukan penilaian oleh AELB berdasarkan makluman/input oleh pihak pemegang lesen.

Menyediakan medium pengesanan terhadap cubaan mengalih punca tanpa kebenaran

• Peranti petunjuk pengusik (Tamper indicative device) pada: kontena pengangkutan pintu masuk kawasan penstoran.

Pemilihan kaedah sekuriti adalah berdasarkan penilaian oleh pemegang lesen

Menyediakan medium pengesanan terhadap cubaan mengalih punca tanpa kebenaran

Pengawal di syarikat pelanggan dan/atau pengendali kerja penyinaran (bagi projek kecil).

Menyediakan komunikasi untuk tindakbalas segera

Radio, telefon bimbit dan telefon satelit.

Menyediakan penilaian segera apabila punca didapati hilang melalui verifikasi

• Permonitoran harian menggunakan peranti tinjau kadar dos • Pengisian buku log keluar masuk penggunaan punca • Komunikasi dengan pemilik kemudahan.

Lengah (Delay)

Menyediakan elemen untuk melengahkan bagi tujuan meminimakan kemungkinan pengalihan punca tanpa kebenaran

• Bilik penstoran - (projek besar) • Bekas yang ditambahbaik untuk pengangkutan –

“dikunci/diikat”- atau • kenderaan yang khusus dan kukuh kawalan sekuriti (projek

kecil) • Kunci keselamatan

Page 17: LEM-TEK-62 Sem1

17  

Tindak balas (Response)

Menyediakan keupayaan untuk memulakan tindak balas untuk menghalang pengalihan punca tanpa kebenaran

Aturan tindakan bersama pihak polis atau pihak yang dikenal pasti.

9. KAWALAN SEKURITI DI KERJA LAPANGAN - PENSTORAN (JANGKA-PANJANG) 9.1. Pengenalan Panduan di bawah disediakan dengan anggapan bahawa wujudnya lokasi penstoran yang berasingan panjang samada di dalam bangunan, kemudahan, kawasan kerja atau kenderaanbagi tempoh jangka panjang. Kandungan perkara 9 boleh berubah apabila situasi kedudukan punca radioaktif di penstoran adalah sebaliknya. 9.2. Objektif Objektif pelan sekuriti bagi penstoran jangka panjang adalah merangkumi aspek seperti yang berikut:

a. mengenalpasti sebarang ancaman yang melibatkan pengalihan punca radioaktif tanpa kebenaran, pencerobohan, atau penggunaan dengan niat jahat (malevolent use);

b. melaksanakan langkah-langkah sekuriti yang khusustermasuk pemasangan/penggunaan peralatan sokonganuntuk menghalang akibat yang memberi impak sekuriti yang tidak diingini,

c. untukmenangani ancaman di sekitar. 9.3. Perlaksanaan Bagi mencapai objektif pelan sekuriti penstoran jangka panjang di lapangan, pemegang lesen hendaklah menyediakan maklumat terperinci yang mengandungi:

a. Kaedah pengurusan kawalan sekuriti yang perlu dilaksanakan seperti: i. Prosedur penilaian terhadap individu, peralatan dan prosedur untuk kawalan

masuk, mengesan, melengah, bertindak balas dan komunikasi; dan ii. Proses penilaian kualiti kawalan terhadap ancaman yang dijangka.

b. Ringkasan di rajah 9.1 dilampirkan sebagai contoh rujukan. Ianya merujuk kepada susunan pengurusan sekuriti (individu, peralatan dan prosedur) seperti yang dijelaskan di bahagian pengurusan sekuriti (Bahagian 3).

Page 18: LEM-TEK-62 Sem1

18  

Rajah 9.3: Pengurusan Sekuriti Semasa Penstoran (Jangka-Panjang)

Fungsi Sekuriti Objektif Sekuriti Prosedur dan kaedah sekuriti – Penstoran (Tempoh panjang)-

Kesan (Detect)

Menyediakan medium pengesanan segera semasa pencerobohan ke premis di lokasi kawasan/punca di bawah kawalan sekuriti

• Permonitoran secara kerap menggunakan personel dan/atau pengawal;

• Pengesan dengan amaran bunyi setempat dan amaran visual

Menyediakan medium pengesanan terhadap cubaan mengalih punca tanpa kebenaran

• Peranti petunjuk pengusik (Tamper indicative device) pada:

kontena pengangkutan pintu masuk kawasan penstoran.

Pemilihan kaedah sekuriti adalah berdasarkan penilaian oleh pemegang lesen

Menyediakan medium pengesanan terhadap cubaan mengalih punca tanpa kebenaran

Pengawal di syarikat pelanggan dan/atau pengendali kerja penyinaran (bagi projek kecil).

Menyediakan komunikasi segera kepada tindakbalas kakitangan

Radio, telefon bimbit dan telefon satelit.

Menyediakan penilaian segera apabila punca didapati hilang melalui verifikasi

• Permonitoran harian menggunakan peranti tinjau kadar dos

• Pengisian buku log keluar masuk penggunaan punca

• Komunikasi dengan pemilik premis. Lengah (Delay)

Menyediakan elemen untuk melengahkan bagi tujuan meminimakan kemungkinan pengalihan punca tanpa kebenaran

• Bilik penstoran - (projek besar) • Bekas yang dipertingkatkan untuk

pengangkutan –“dikunci/diikat”- atau • kenderaan yang khusus dan kukuh

kawalan sekuriti (projek kecil); • Kunci sekuriti keselamatan

Tindak balas (Response)

Menyediakan keupayaan untuk memulakan tindak balas untuk menghalang pengalihan punca tanpa kebenaran

Aturan tindakan bersama pihak polis atau pihak yang dikenal pasti.

Page 19: LEM-TEK-62 Sem1

19  

10. KAWALAN SEKURITI DI KERJA LAPANGAN - PENGGUNAAN 10.1. Pengenalan Bahagian 10 di dalam panduan ini disediakan dengan anggapan bahawa wujudnya yang lokasi penggunaan yang berasingan. Kandungan perkara 10 boleh berubah apabila situasi kedudukan punca radioaktif di kemudahan adalah sebaliknya. 10.2. Objektif Objektif pelan sekuriti semasa penggunaan di lapangan adalah untuk:

a. mengenalpasti sebarang ancaman yang mungkin berlaku semasa penggunaan; b. perlaksanaan langkah-langkah sekuriti secara khusus di tapak dan lokasi yang melibatkan

penggunaan punca radioaktif; dan c. melaksanakan amalan kawalan sekuriti.

10.3. Perlaksanaan Bagi mencapai objektif pelan sekuriti di lapangan yang melibatkan penggunaan punca radioaktif; pemegang lesen hendaklah menyediakan maklumat yang mengandungi:

a. huraian terhadap kaedah dan prosedur penggunaan punca radioaktif di lapangan secara spesifik, termasuk penerangan bagi setiap punca, kategori dan kaedah operasinya;

b. huraian terhadap kaedah pengurusan kawalan sekuriti yang perlu dilaksanakan, seperti: i. prosedur penilaian terhadap individu, peralatan dan prosedur untuk menjamin,

memantau seperti mewujudkan kawalan masuk, mengesan, melengah, bertindak balas dan komunikasi; dan

ii. reka bentuk ciri-ciri untuk menilai kualiti kawalan terhadap ancaman yang dijangka.

c. ringkasan seperti di rajah 10.1 dilampirkan sebagai contoh rujukan. Ianya merujuk kepada aturan pengurusan sekuriti (individu, peralatan dan prosedur) seperti yang dijelaskan di bawah bahagian pengurusan sekuriti (bahagian 3).

Page 20: LEM-TEK-62 Sem1

20  

Rajah 10.3: Pengurusan Sekuriti Semasa Penstoran Jangka Pendek

Fungsi Sekuriti Objektif Sekuriti

Pendekatan sekurit dan prosedur yang berkenaan – Penstoran (Jangka Pendek <1 minggu)

Kesan (Detect)

Menyediakan medium pengesanan segera semasa pencerobohan ke premis di lokasi kawasan/punca di bawah kawalan sekuriti

Kakitangan pengendali Pengesan pergerakan perimeter alur-lazer – “litar pemutus”.

Menyediakan medium pengesanan terhadap cubaan mengalih punca tanpa kebenaran

Permonitoran berterusan oleh kakitangan

Menyediakan medium pengesanan terhadap cubaan mengalih punca tanpa kebenaran

Pengawal di syarikat pelanggan dan/atau pengendali kerja penyinaran (bagi projek kecil).

Menyediakan komunikasi segera kepada tindakbalas personel

Radio, telefon bimbit dan telefon satelit.

Menyediakan penilaian segera apabila punca didapati hilang melalui verifikasi

Melakukan tinjauan kadar dos latar belakang sebelum dan selepas penggunaan punca Tinjauan kadar dos pada peranti sebelum dan selepas melaksanakan kerja penyinaran

Lengah (Delay)

Menyediakan elemen untuk melengahkan bagi tujuan meminimakan kemungkinan pengalihan punca tanpa kebenaran

Menarik punca ke posisi berperisai (<10s). Intervensi pengendali.

Tindak balas (Response)

Menyediakan keupayaan untuk memulakan tindak balas untuk menghalang pengalihan punca tanpa kebenaran

Aturan tindakan bersama pihak polis atau pihak yang dikenal pasti. Pasukan pengurus tapak projek. Bagi kawasan terpencil, aturan pentadbiran setempat juga boleh dilaksanakan.

Page 21: LEM-TEK-62 Sem1

21  

11. KAWALAN SEKURITI SEMASA PENGANGKUTAN 11. 1 Pengenalan Perlaksanaan langkah-langkah sekuriti semasa pengangkutan punca radioaktif menekankan bahaya radiologikal yang timbul sekiranya berlaku kejadian kecurian, sabotaj dan lain-lain perbuatan jahat semasa punca radioaktif berada di dalam fasa pengangkutan. 11.2. Objektif Objektif pelan sekuriti pengangkutan punca radioaktif adalahuntuk:

a. melaksanakan, mengekalkan dan meningkatkan langkah-langkah sekuriti nuklear semasa di dalam pengangkutan;

b. penentuan aras ambang bagi menetapkan jenis pembungkusan atau punca radioaktif yang perlu dilindungi melampaui amalan pengurusan bijak (prudent management practice); dan

c. mengurangkan kebarangkalian berlakunya kecurian atau sabotaj semasa pengangkutan menerusi gabungan langkah untuk mencegah, mengesan, melengah dan bertindakbalas;

11.3. Perlaksanaan

a. Aras ambang aktiviti punca radioaktif ditentukan untuk penetapan aras sekuriti semasa pengangkutan untuk pembungkusan berdasarkan potensi kesan yang mungkin berlaku iaitu samada:

i. Amalan Pengurusan Bijak: Mengandungi pembungkusan terkecuali bahan radioaktif dengan kandungan tidak melebihi aktiviti yang dibenarkan untuk bahan bukan khas (non-special form material) dan bahan radioaktif yang dinyatakan sebagai LSA-I dan SCO-I; atau

ii. Aras Sekuriti Asas: Mengandungi pengangkutan pembungkusan bersama-sama bahan bahaya lain (pembungkusan yang berada di bawah aras ambang radioaktiviti yang dinyatakan); atau

iii. Aras Sekuriti Dipertingkatkan: Mengandungi pengangkutan pembungkusan yang mengandungi sekurang-kurangnya 1 pembungkusan bersama-sama bahan bahaya lain

Page 22: LEM-TEK-62 Sem1

22  

yang memberi kesan yang tinggi (bungkusan yang berada di atas aras ambang radioaktiviti).

b. Aras sekuriti ditetapkan berdasarkan kepada 2 asas untuk menentukan samada punca radioaktif yang diangkut itu adalah tertakluk atau tidak kepada langkah-langkah sekuriti yang dipertingkatkan semasa pengangkutan (enhanced transport security measures) seperti berikut;

i. Per Pembungkusan : atau ii. Per pengangkutan

c. Pendekatan pengurusan kawalan sekuriti pengangkutan yang perlu digunakan, termasuk: i. Penentuan tanggungjawab khusus berkenaan sekuriti kepada pihak yang kompeten dan

berkelayakan dengan pihak berkuasa yang berkenaan melaksanakan tugasan pengangkutan tersebut;

ii. Peruntukan untuk memastikan pengurusan rekod pakej punca radioaktifatau jenis punca yang diangkut;

iii. Penilaian operasi semasa serta penilaian potensi kehilangan kawalan sekurti termasuk pemindahan kapal, penstoran semasa transit, pengendalian dan penganggihan yang berkenaan;

iv. Prosedur dan peralatan yang efektif bagi memastikan laporan segera dapat dilaksanakan pada setiap masa apabila perlu, dan pengendalian ancaman sekuriti, perlanggaran sekuriti atau kejadian berkaitan sekuriti;

v. Prosedur untuk menilai dan menguji pelan sekuriti serta prosedur untuk melaksanakan penilaian dan penambahbaikan berkala;

vi. Kaedah untuk memastikan sekuriti berkenaan maklumat pengangkutan yang terkandung dalam pelan sekuriti;

vii. Kaedah untuk memastikan penggagihan terhad maklumat sensitif berkenaan pengangkutan bagi memastikan sekuriti maklumat terjamin. Kaedah tersebut hendaklah selari dengan peruntukan keperluan pengangkutan berdasarkan Peraturan-Peraturan Perlindungan Radioaktif (Pengangkutan) 1989 seperti yang diperakui oleh konsignor;

viii. Kaedah untuk permonitoran lokasi pengangkutan; dan ix. Sekiranya sesuai, maklumat terperinci berkaitan perjanjian pemindahan tanggung jawab

berkenaan sekuriti. d. Langkah-langkah sekuriti yang berkaitan dengan prosedur untuk digunakan termasuklah:

i. penilaian- individu, peralatan dan prosedur untuk menjamin, memantau, mewujudkan kawalan masuk, mengesan, melengah, bertindak balas dan komunikasi; dan

ii. reka bentuk ciri-ciri untuk menilai kualiti kawalan terhadap ancaman yang dijangka.

Page 23: LEM-TEK-62 Sem1

23  

e. Ringkasan seperti di rajah 11.1 dilampirkan sebagai contoh rujukan. Ianya merujuk kepada aturan pengurusan sekuriti (individu, peralatan dan prosedur) seperti yang dijelaskan di bawah bahagian pengurusan sekuriti (bahagian 3).

Page 24: LEM-TEK-62 Sem1

24  

11.1: Pengurusan Sekuriti Semasa Pengangkutan Punca

Destinasi Import (tempat asal hingga destinasi tujuan) Ketibaan di Premis

Premis ke Penstoran di Lapangan untuk kegunan di

tapak kerja

Eksport (pengguna akhir ke tempat

asal) Elemen Kaedah Sekuriti Pengangkutan

Prosedur

Ikuti panduan pengangkutan berdasarkan rekod permit kebenaran kategori punca(latihan & kecemasan)

Rekod Kebenaran/Notis yang diberikan oleh AELB(latihan & kecemasan)

Rekod Kebenaran/Notis yang diberikan oleh AELB (Pergerakan)

Ikuti panduan eksport Ikuti Rekod Permit Kebenaran

Rekod (latihan & kecemasan)

Kenderaan

Ikuti Panduan Keselamatan Pengangkutan

Sah taraf pendaftaran Buku log Buku panduan dengan nombor kecemasan untuk dihubungi Kenderaan tertutup

Kunci Sekuriti Pengesan pencerobohan – amaran setempat

Sistem Pengesanan Kenderaan (jika sesuai) – “GPS”

Ikuti Panduan Keselamatan Pengangkutan Sah taraf pendaftaran Buku log Buku panduan dengan nombor kecemasan untuk dihubungi Kenderaan tertutup Kunci Sekuriti Pengesan pencerobohan – amaran setempat Sistem Pengesanan Kenderaan (jika sesuai) – “GPS”

Ikuti Panduan Keselamatan Pengangkutan

Sah taraf pendaftaran Buku log Buku panduan dengan nombor kecemasan untuk dihubungi Kenderaan tertutup

Kunci Sekuriti Pengesan pencerobohan – amaran setempat

Sistem Pengesanan Kenderaan (jika sesuai) – “GPS”

Ikuti Panduan Keselamatan Pengangkutan

Sah taraf pendaftaran Buku log Buku panduan dengan nombr kecemasan untuk dihubungi Kenderaan tertutup

Kunci Sekuriti Pengesan pencerobohan – amaran setempat

Sistem Pengesanan Kenderaan (jika sesuai) – “GPS”

Punca Radioaktif Sijil Pembungkusan oleh Pengeluar

Sijil Pembungkusan oleh Pengeluar

Sijil Pembungkusan oleh Pengeluar

Sijil Pembungkusan oleh Pengeluar

Page 25: LEM-TEK-62 Sem1

25  

Destinasi Import (tempat asal hingga destinasi tujuan) Ketibaan di Premis

Premis ke Penstoran di Lapangan untuk kegunan di

tapak kerja

Eksport (pengguna akhir ke tempat

asal) Elemen Kaedah Sekuriti Pengangkutan

Kehadiran Pekerja

RPO Pemandu Pemeriksaan Latar Belakang Memastikan pengangkutan tidak ditinggal kosong semasa pengangkutan

Latihan kesedaran sekuriti Kad Pengenalan Pekerja yang dipakai setiap masa

RPO Pemandu Pemeriksaan Latar Belakang Memastikan pengangkutan tidak ditinggal kosong semasa pengangkutan

Latihan kesedaran sekuriti Kad Pengenalan Pekerja yang dipakai setiap masa

RPO Pemandu Pemeriksaan Latar Belakang Memastikan pengangkutan tidak ditinggal kosong semasa pengangkutan

Latihan kesedaran sekuriti Kad Pengenalan Pekerja yang dipakai setiap masa

RPO Pemandu Pemeriksaan Latar Belakang Memastikan pengangkutan tidak ditinggal kosong semasa pengangkutan

Latihan kesedaran sekuriti Kad Pengenalan Pekerja yang dipakai setiap masa

Komunikasi

Faks/E-mel Orang yang Dihubungi (POC)

Laporan berkala berdasarkan pelan perjalanan

Telefon bimbit/Radio Komunikasi Sehala yang mencukupi

Orang yang Dihubungi (POC) Laporan berkala berdasarkan pelan perjalanan

Telefon bimbit/Radio Komunikasi Sehala yang mencukupi

Orang yang Dihubungi (POC)

Laporan berkala berdasarkan pelan perjalanan

Faks/E-mel Komunikasi Sehala yang mencukupi

Orang yang Dihubungi (POC) Laporan berkala berdasarkan pelan perjalanan

Laluan

Airway bill/Bill of Laden Transit/Transhipmen Jangkaan Masa Ketibaan (ETA)

Jarak Maklumat Laluan (jalan persekutuan/lebuh raya/jalan alternatif) – Sediakan pelan perjalanan

Iringan Pasukan Sekuriti (i.e PDRM/AELB/ Syarikat Sekuriti) jika perlu

Pertimbangan Lintasan Sempadan Antarabangsa

Jarak Maklumat Laluan (jalan persekutuan/lebuh raya/jalan alternatif) – Sediakan pelan perjalanan

Iringan Pasukan Sekuriti (i.e PDRM/AELB/ Syarikat Sekuriti) jika perlu

Pertimbangan Lintasan Sempadan Antarabangsa

Airway bill/Bill of Laden Transit/Transhipmen Jangkaan Masa Ketibaan (ETA)

Page 26: LEM-TEK-62 Sem1

26  

Destinasi Import (tempat asal hingga destinasi tujuan) Ketibaan di Premis

Premis ke Penstoran di Lapangan untuk kegunan di

tapak kerja

Eksport (pengguna akhir ke tempat

asal) Elemen Kaedah Sekuriti Pengangkutan

Pelan Kontingensi

Pihak Berkuasa Berkenaan selain AELB Pihak Berkuasa Lapangan Terbang/Pelabuhan Agen Perkapalan Arahan Pengendalian Kejadian Sekuriti Khusus

Kenalpasti Pihak Berkuasa Berkenaan (AELB) PDRM Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia Majlis Keselamatan Kebangsaan (MKN) Arahan Pengendalian Kejadian Sekuriti Khusus

Kenalpasti Pihak Berkuasa

Berkenaan (AELB) PDRM Jabatan Bomba &

Penyelamat Malaysia Majlis Keselamatan

Kebangsaan (MKN) Arahan Pengendalian

Kejadian Sekuriti Khusus

Pihak Berkuasa Berkenaan selain AELB Pihak Berkuasa Lapangan Terbang/Pelabuhan Agen Perkapalan Arahan Pengendalian Kejadian Sekuriti Khusus

Page 27: LEM-TEK-62 Sem1

27  

RUJUKAN (1) IAEA Code of Conduct on the Safety and Security of Radioactive Sources (2) IAEA Categorization of Radioactive Sources (3) IAEA Nuclear Security Series No 11, Security of Radioactive Sources (4) IAEA Nuclear Security Series No 9, Security of Radioactive Sources in Transport (5) Recommended Guidelines for Security Level B (industrial radiography practices) workshop held for several South

East Asia countries in Sydney, 6-10 September 2010