ta’zir bil mal menurut mazhab syafie - fp.utm.my · ta’zir bil mal menurut mazhab syafie:...

27
TA’ZIR BIL MAL MENURUT MAZHAB SYAFIE: PERSEPSI MAHASISWA UTM NUR SYAHIDAH BINTI AHMAD UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 2011

Upload: trinhdat

Post on 02-May-2019

287 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: TA’ZIR BIL MAL MENURUT MAZHAB SYAFIE - fp.utm.my · TA’ZIR BIL MAL MENURUT MAZHAB SYAFIE: PERSEPSI MAHASISWA UTM NUR SYAHIDAH BINTI AHMAD Tesis Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi

TA’ZIR BIL MAL MENURUT MAZHAB SYAFIE:

PERSEPSI MAHASISWA UTM

NUR SYAHIDAH BINTI AHMAD

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

2011

Page 2: TA’ZIR BIL MAL MENURUT MAZHAB SYAFIE - fp.utm.my · TA’ZIR BIL MAL MENURUT MAZHAB SYAFIE: PERSEPSI MAHASISWA UTM NUR SYAHIDAH BINTI AHMAD Tesis Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi
Page 3: TA’ZIR BIL MAL MENURUT MAZHAB SYAFIE - fp.utm.my · TA’ZIR BIL MAL MENURUT MAZHAB SYAFIE: PERSEPSI MAHASISWA UTM NUR SYAHIDAH BINTI AHMAD Tesis Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi
Page 4: TA’ZIR BIL MAL MENURUT MAZHAB SYAFIE - fp.utm.my · TA’ZIR BIL MAL MENURUT MAZHAB SYAFIE: PERSEPSI MAHASISWA UTM NUR SYAHIDAH BINTI AHMAD Tesis Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi

i

TA’ZIR BIL MAL MENURUT MAZHAB SYAFIE:

PERSEPSI MAHASISWA UTM

NUR SYAHIDAH BINTI AHMAD

Tesis Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2011

Page 5: TA’ZIR BIL MAL MENURUT MAZHAB SYAFIE - fp.utm.my · TA’ZIR BIL MAL MENURUT MAZHAB SYAFIE: PERSEPSI MAHASISWA UTM NUR SYAHIDAH BINTI AHMAD Tesis Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi
Page 6: TA’ZIR BIL MAL MENURUT MAZHAB SYAFIE - fp.utm.my · TA’ZIR BIL MAL MENURUT MAZHAB SYAFIE: PERSEPSI MAHASISWA UTM NUR SYAHIDAH BINTI AHMAD Tesis Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi

iii

DEDIKASI

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Teristimewa Buat

Abah dan Emak tercinta,

Ahmad bin Sulaiman dan Nurul Huda Ishak

Setulus pengorbanan dan kasih sayang Memberi kekuatan untuk ku berjuang Doa dan dorongan menjadi perangsang

Buat pedoman dalam berjuang.

Adik-Adik tersayang

Luqmanul Hakim & Ibrahim & Anas & Ajmal Ihtisyam

Berjuanglah hingga ke akhir hayat Agar kebahagiaan di akhir noktahnya

Semoga keakraban kita kekal selamanya.

Buat para pensyarah yang dikasihi

Ilmu yang dicurah tidak terhingga Umpama air di lautan

Tidak mengenal erti jemu Barakallahu Fikum

Buat sahabat-sahabat seperjuangan

Hadir kalian penghibur hati Suka duka bersama kita hadapi

Kerana cita-cita perpisahan terjadi Semoga ukhuwah yang terbina kekal abadi

Page 7: TA’ZIR BIL MAL MENURUT MAZHAB SYAFIE - fp.utm.my · TA’ZIR BIL MAL MENURUT MAZHAB SYAFIE: PERSEPSI MAHASISWA UTM NUR SYAHIDAH BINTI AHMAD Tesis Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi

iv

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Alhamdulilah, segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi, selawat dan

salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan semua kaum muslimin yang

mendapat petunjuk hingga ke hari akhirat. KepadaMu kupanjatkan kesyukuran yang

tidak terhingga kerana dengan taufik dan inayahNya Projek Sarjana Muda (PSM) ini

dapat disempurnakan dengan jayanya. Berbekalkan semangat dan bantuan daripada

pihak yang terlibat, baik secara langsung atau tidak langsung maka Projek Sarjana Muda

(PSM) ini dapat disiapkan.

Di kesempatan ini, penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan

terima kasih kepada Dr Arieff Salleh bin Rosman selaku penyelia Projek Sarjana Muda

(PSM) ini di atas sumbangan idea, penyemakan, penyeliaan dan segala tunjuk ajar yang

telah beliau sumbangkan sepanjang tempoh menyiapkan projek ini.

Tidak ketinggalan juga kepada kedua ibu bapa tercinta yang sentiasa mendoakan

dan memberikan sumbangan dalam segala kerja yang dilakukan. Hanya Allah yang

mampu membalas jasa kalian Terima kasih juga diucapkan kepada para pensyarah

Fakulti Tamadun Islam mahupun Fakulti Pendidikan yang mencurahkan segala bentuk

ilmu sepanjang pengajian penulis di Universiti Teknologi Malaysia serta ribuan terima

kasih diucapkan kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak

Tidak lupa juga pada teman-teman yang banyak membantu dan berkongsi idea.

Semoga segala kerjasama dan pengorbanan masa yang telah dicurahkan akan mendapat

balasan keberkatan daripada Allah SWT. Sesungguhnya kudrat yang diberikan hanya

Allah SWT sahaja dapat membalasnya. Amin

Page 8: TA’ZIR BIL MAL MENURUT MAZHAB SYAFIE - fp.utm.my · TA’ZIR BIL MAL MENURUT MAZHAB SYAFIE: PERSEPSI MAHASISWA UTM NUR SYAHIDAH BINTI AHMAD Tesis Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi

v

ABSTRAK

Ta’zir bil mal merupakan salah satu jenis hukuman yang terdapat dalam

perundangan Islam. Hukuman ini diamalkan dalam sistem perundangan di Malaysia

terutamanya bagi kesalahan jenayah syariah. Tujuan tinjauan ini dilakukan adalah untuk

menganalisa legaliti penggunaan hukuman ta’zir bil mal menurut mazhab Syafie,

mengenalpasti sikap mahasiswa UTM terhadap penggunaan hukuman ta’zir bil mal dan

mengenalpasti sikap mahasiswa UTM terhadap keberkesanan hukuman ta’zir bil mal.

Kajian ini menggunakan dua metodologi iaitu kaedah soal selidik dan temubual

beberapa orang pakar perundangan Islam semasa. Borang soal selidik telah diedarkan

kepada 118 orang responden yang terdiri daripada pelajar tahun akhir Fakulti

Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Soal selidik yang diedarkan dianalisis secara

deskriptif untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min menggunakan

Statistical Packages for the Social Sciences for Windows version 15.0 (SPSS). Secara

keseluruhan, hasil dapatan kajian berdasarkan analisis kajian teks serta temu bual

mendapati bahawa penggunaan ta’zir bil mal adalah diharuskan sebagai salah satu

langkah untuk mengurangkan kadar jenayah. Manakala, hasil dapatan kajian melalui

soal selidik menunjukkan responden bersetuju dengan penggunaan hukuman ta’zir bil

mal yang digunapakai di Malaysia dengan nilai min yang sederhana iaitu 3.19. Hasil

dapatan kajian juga menunjukkan sikap responden terhadap keberkesanan hukuman

ta’zir bil mal adalah pada tahap yang rendah dengan nilai min 2.06.

Page 9: TA’ZIR BIL MAL MENURUT MAZHAB SYAFIE - fp.utm.my · TA’ZIR BIL MAL MENURUT MAZHAB SYAFIE: PERSEPSI MAHASISWA UTM NUR SYAHIDAH BINTI AHMAD Tesis Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi

vi

ABSTRACT

Ta’zir bil mal (financial discretion) is one of the punishment in Islamic Law.

This punishment had been practiced in Malaysian Legislation particularly in Islamic

crime delinquency. The purpose of this study is to analyze the legality of ta’zir bil mal

according to Syafie sect, to identify the perception of UTM’s students towards the

implementation and the effectiveness of ta’zir bil mal. This study utilized two types of

methodology which is questionnaire as well as interview with the several current Islamic

law expertise. Questionnaire had been distributed to the 118 respondents which consist

of final year students from Faculty of Education, UTM. The distributed questionnaire

had been analyzed descriptively to get the frequency, percentage and mean by using

Statistical Packages for the Social Sciences for Windows version 15.0 (SPSS).

Generally, the findings based on textual analysis and the results from the interview

showed that the use of ta’zir bil mal should be one of the prevention steps in order to

decrease crime delinquency. Meanwhile, the result from questionnaire showed that the

respondents agreed on the implementation of ta’zir bil mal practiced in Malaysia with

average mean of 3.19. This study also showed that the perception of the respondents

towards the effectiveness of ta’zir bil mal is at lower level with mean values of 2.06.

Page 10: TA’ZIR BIL MAL MENURUT MAZHAB SYAFIE - fp.utm.my · TA’ZIR BIL MAL MENURUT MAZHAB SYAFIE: PERSEPSI MAHASISWA UTM NUR SYAHIDAH BINTI AHMAD Tesis Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi

vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN PELAJAR ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI AYAT AL-QURAN & HADIS xiv

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvii

Page 11: TA’ZIR BIL MAL MENURUT MAZHAB SYAFIE - fp.utm.my · TA’ZIR BIL MAL MENURUT MAZHAB SYAFIE: PERSEPSI MAHASISWA UTM NUR SYAHIDAH BINTI AHMAD Tesis Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi

viii

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.6.1 Penggubal Undang-Undang 8

1.6.2 Jabatan Mufti 8

1.6.3 Jabatan Peguam Negara 9

1.6.4 Pihak Pentadbiran Universiti 9

1.7 Batasan Kajian 10

1.8 Definisi Istilah 10

1.8.1 Ta’zir 10

1.8.2 Ta’zir bil Mal 10

1.8.3 Mazhab 11

1.8.4 Mazhab Syafie 11

1.8.5 Persepsi 12

1.9 Kesimpulan 12

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 13

2.2 Konsep ‘Uqubat 14

2.2.1 Peranan Hukuman (‘Uqubat) 15

2.2.2 Ciri-ciri ‘Uqubat 16

2.2.2.1 Hukuman Sebagai Satu

Page 12: TA’ZIR BIL MAL MENURUT MAZHAB SYAFIE - fp.utm.my · TA’ZIR BIL MAL MENURUT MAZHAB SYAFIE: PERSEPSI MAHASISWA UTM NUR SYAHIDAH BINTI AHMAD Tesis Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi

ix

Pembalasan Rasmi 16

2.2.2.2 Hukuman Dilaksanakan

Dalam Bentuk Terhad dan Terbatas 17

2.2.2.3 Hukuman Dilaksanakan Secara

Menyeluruh 18

2.3 Jenis-jenis Hukuman 18

2.3.1 Jenayah Hudud 19

2.3.2 Jenayah Qisas 21

2.3.3 Jenayah Ta’zir 23

2.3.4 Perbezaan Antara Hukuman

Hudud, Qisas dan Ta’zir 24

2.4 Konsep Ta’zir 25

2.4.1 Sabit Kesalahan Ta’zir 27

2.4.2 Jenis-jenis Hukuman Ta’zir 28

2.5 Ta’zir bil Mal 31

2.5.1 Pendapat Ulama Terhadap Ta’zir bil Mal 31

2.5.1.1 Pendapat Yang Mengharuskan 32

2.5.1.2 Pendapat Yang Tidak Mengharuskan 39

2.5.1.3 Analisis Pendapat 41

2.5.1.4 Analisis Pendapat Berdasarkan Temu bual 43

2.5.1.5 Kesimpulan Analisis 48

2.6 Contoh Penggunaan Ta’zir bil Mal di Malaysia 48

2.6.1 Enakmen Jenayah Syariah

Negeri Selangor 49

2.7 Kajian Lepas 51

2.8 Kesimpulan 52

Page 13: TA’ZIR BIL MAL MENURUT MAZHAB SYAFIE - fp.utm.my · TA’ZIR BIL MAL MENURUT MAZHAB SYAFIE: PERSEPSI MAHASISWA UTM NUR SYAHIDAH BINTI AHMAD Tesis Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi

x

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 53

3.2 Reka Bentuk Kajian 54

3.2.1 Kajian Kualitatif 54

3.2.2 Kajian Kuantitatif 55

3.3 Tempat Kajian 55

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 56

3.5 Instrumen Kajian 57

3.5.1 Pengumpulan Data Primer 58

3.5.2 Pengumpulan Data Sekunder 60

3.6 Prosedur Kajian 60

3.7 Kajian Rintis 61

3.8 Analisis Data 62

3.9 Kesimpulan 63

BAB 4 ANALISA DATA

4.1 Pengenalan 64

4.2 Analisa Bahagian A :

Latar Belakang Responden 65

4.3 Analisa Bahagian B 69

4.3.1 Sikap Mahasiswa UTM

Terhadap Penggunaan Hukuman Ta’zir bil Mal 69

4.3.2 Sikap Mahasiswa UTM

Terhadap Keberkesanan Hukuman Ta’zir bil Mal 80

4.4 Rumusan Dapatan Kajian 90

4.5 Kesimpulan 95

Page 14: TA’ZIR BIL MAL MENURUT MAZHAB SYAFIE - fp.utm.my · TA’ZIR BIL MAL MENURUT MAZHAB SYAFIE: PERSEPSI MAHASISWA UTM NUR SYAHIDAH BINTI AHMAD Tesis Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi

xi

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 96

5.2 Perbincangan 97

5.2.1 Temubual 97

5.2.2 Analisis Bahagian A :

Latar Belakang responden 98

5.2.3 Sikap Mahasiswa UTM

Terhadap Penggunaan Hukuman Ta’zir bil Mal 100

5.2.4 Sikap Mahasiswa UTM

Terhadap Keberkesanan Hukuman Ta’zir bil Mal 104

5.3 Rumusan Kajian 107

5.4 Cadangan 108

5.4.1 Penggubal Undang-Undang 108

5.4.2 Jabatan Mufti 109

5.4.3 Jabatan Peguam Negara 109

5.4.4 Pihak Pentadbiran Universiti 110

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 111

5.6 Kesimpulan 111

BIBLIOGRAFI 113

LAMPIRAN

Page 15: TA’ZIR BIL MAL MENURUT MAZHAB SYAFIE - fp.utm.my · TA’ZIR BIL MAL MENURUT MAZHAB SYAFIE: PERSEPSI MAHASISWA UTM NUR SYAHIDAH BINTI AHMAD Tesis Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

1.1 Jumlah Kes Pembuangan Bayi 4

1.2 Statistik Kes dan Tangkapan di bawah ADB

1952, Akta Racun dan APD (R&P) 1983 dari Tahun

2005-2010 (Jan-Jun) 5

2.1 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 49

3.1 Bilangan Pelajar Tahun Empat Mengikut Program 56

3.2 Skala Likert 59

3.3 Perubahan 5 Skala Likert Kepada 2 Peringkat 63

3.4 Tahap Penilaian Berdasarkan Min 63

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 65

4.2 Taburan Responden Mengikut Umur 65

4.3 Taburan Responden Mengikut Program 65

4.4 Taburan Responden Mengikut Tahap Pendidikan

Tertinggi 67

4.5 Taburan Responden Mengikut Aliran Pendidikan 68

4.6 Taburan Skor Item 1 69

4.7 Taburan Skor Item 2 70

4.8 Taburan Skor Item 3 71

4.9 Taburan Skor Item 4 71

4.10 Taburan Skor Item 5 72

4.11 Taburan Skor Item 6 73

Page 16: TA’ZIR BIL MAL MENURUT MAZHAB SYAFIE - fp.utm.my · TA’ZIR BIL MAL MENURUT MAZHAB SYAFIE: PERSEPSI MAHASISWA UTM NUR SYAHIDAH BINTI AHMAD Tesis Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi

xiii

4.12 Taburan Skor Item 7 73

4.13 Taburan Skor Item 8 74

4.14 Taburan Skor Item 9 75

4.15 Taburan Skor Item 10 75

4.16 Taburan Skor Item 11 76

4.17 Taburan Skor Item 12 77

4.18 Taburan Skor Item 13 77

4.19 Taburan Skor Item 14 78

4.20 Taburan Skor Item 15 79

4.21 Taburan Skor Item 16 80

4.22 Taburan Skor Item 17 81

4.23 Taburan Skor Item 18 81

4.24 Taburan Skor Item 19 82

4.25 Taburan Skor Item 20 83

4.26 Taburan Skor Item 21 83

4.27 Taburan Skor Item 22 84

4.28 Taburan Skor Item 23 85

4.29 Taburan Skor Item 24 85

4.30 Taburan Skor Item 25 86

4.31 Taburan Skor Item 26 87

4.32 Taburan Skor Item 27 87

4.33 Taburan Skor Item 28 88

4.34 Taburan Skor Item 29 89

4.35 Taburan Skor Item 30 89

4.36 Rumusan dapatan kajian mengenai sikap

mahasiswa UTM terhadap penggunaan

hukuman ta’zir bil mal 90

4.37 Rumusan dapatan kajian mengenai sikap

mahasiswa UTM terhadap keberkesanan

hukuman ta’zir bil mal 92

Page 17: TA’ZIR BIL MAL MENURUT MAZHAB SYAFIE - fp.utm.my · TA’ZIR BIL MAL MENURUT MAZHAB SYAFIE: PERSEPSI MAHASISWA UTM NUR SYAHIDAH BINTI AHMAD Tesis Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi

xiv

SENARAI AYAT AL-QURAN

SURAH AYAT HALAMAN

Al-An’am 164 17

Al-Baqarah 229 20

Al-Maidah 45 22

Al-Anbiya’ 58 32

Al-Haj 78 33

An-Nisa’ 29 40

An-Nur 2 103

SENARAI HADIS

HADIS HALAMAN

Sahih Bukhari 33

Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Nasa’i 34

Sahih Muslim 35

Sunan Abu Daud 36

Sunan Bukhari 37

Page 18: TA’ZIR BIL MAL MENURUT MAZHAB SYAFIE - fp.utm.my · TA’ZIR BIL MAL MENURUT MAZHAB SYAFIE: PERSEPSI MAHASISWA UTM NUR SYAHIDAH BINTI AHMAD Tesis Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi

xv

SENARAI SINGKATAN

KS - Kurang Setuju

TS - Tidak Setuju

S - Setuju

SS - Sangat Setuju

STS - Sangat Tidak Setuju

SAW - Sallallahu ‘Alaihi Wassalam

SWT - Subhanahu Wa Taala

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

UIA - Universiti Islam Antarabangsa

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

STAM - Sijil Tinggi Agama Malaysia

STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan

SMKA - Sekolah Menengah Kebangsaan Agama

SMUA - Sekolah Menengah Ugama Negeri

SBP - Sekolah Berasrama Penuh

MRSM - Maktab Rendah Sains Mara

SMT - Sekolah Menengah Teknik

SPA - Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

(Kejuruteraan Awam)

SPE - Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

(Kejuruteraan Elektrik)

Page 19: TA’ZIR BIL MAL MENURUT MAZHAB SYAFIE - fp.utm.my · TA’ZIR BIL MAL MENURUT MAZHAB SYAFIE: PERSEPSI MAHASISWA UTM NUR SYAHIDAH BINTI AHMAD Tesis Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi

xvi

SPH - Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

SPJ - Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

(Kejuruteraan Mekanikal)

SPL - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (TESL)

SPS - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan)

SPI - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian

Islam)

SPC - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia)

SPF - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik)

SPM - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Matematik)

SPN - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains)

SPP - Sarjana Muda Sains dan Komputer serta

Pendidikan (Fizik)

SPK - Sarjana Muda Sains dan Komputer serta

Pendidikan (Kimia)

SPT - Sarjana Muda Sains dan Komputer serta

Pendidikan (Matematik)

SPSS - Statistical Packages for Social Science

PSM - Projek Sarjana Muda

ADB - Akta Dadah Berbahaya

APD - Akta Penagih Dadah

R&P - Rawatan dan Pemulihan

Page 20: TA’ZIR BIL MAL MENURUT MAZHAB SYAFIE - fp.utm.my · TA’ZIR BIL MAL MENURUT MAZHAB SYAFIE: PERSEPSI MAHASISWA UTM NUR SYAHIDAH BINTI AHMAD Tesis Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi

xvii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN PERKARA

A Borang Soal Selidik

B Surat Memohon Mendapatkan Maklumat

Pelajar Tahun Empat Fakulti Pendidikan

C Surat Memohon Kebenaran Mendapatkan

Maklumat Fakulti Pendidikan

D Bilangan Pelajar Mengikut Tahun dan Kursus

Semester 1 Sesi 2010/2011

Page 21: TA’ZIR BIL MAL MENURUT MAZHAB SYAFIE - fp.utm.my · TA’ZIR BIL MAL MENURUT MAZHAB SYAFIE: PERSEPSI MAHASISWA UTM NUR SYAHIDAH BINTI AHMAD Tesis Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Sesungguhnya agama Islam itu adalah agama yang sangat indah dan sempurna.

Agama Islam adalah agama yang sejahtera untuk sekalian penganutnya. Segala

ketetapan, dan peraturan yang terdapat dalam agama Islam bertujuan memastikan

seluruh kepentingan manusia dijaga dan dipelihara dengan baik tanpa memberikan

kesulitan dan kesusahan. Demikian, wujudnya hukuman dalam agama Islam. Setiap

hukuman yang dijatuhkan amat menekankan prinsip keadilan. Oleh itu, hukuman ini

bukanlah bertujuan untuk menghukum semata-mata tetapi bertujuan untuk mewujudkan

kehidupan manusia ke arah yang lebih baik dan harmoni.

Penetapan hukuman dalam perundangan Islam adalah berteraskan lima keperluan

asasi manusia iaitu memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Keperluan

memenuhi keperluan asasi ini juga adalah sinonim dengan matlamat perundangan Islam

atau maqasid syariah. Kelima-lima keperluan ini adalah bagi memastikan kehidupan

Page 22: TA’ZIR BIL MAL MENURUT MAZHAB SYAFIE - fp.utm.my · TA’ZIR BIL MAL MENURUT MAZHAB SYAFIE: PERSEPSI MAHASISWA UTM NUR SYAHIDAH BINTI AHMAD Tesis Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi

2

manusia lebih teratur, terancang dan berjalan dengan baik. Kelangsungan hidup yang

baik akan membantu manusia menjadi hamba yang lebih taat akan perintah Allah SWT.

Justeru, bagi menjaga kelima-lima keperluan ini, maka Islam telah menggariskan

pelbagai hukuman. Hukuman ini antaranya ialah hukuman ta’zir kepada mereka yang

melakukan kesalahan. Hukuman ta’zir ini tidak dihadkan oleh syarak dan dilaksanakan

berdasarkan kepada budi bicara pemerintah (Mustofa Al-Khin. etc, 2010:1832).

Hukuman ta’zir ini dikenakan ke atas kesalahan selain daripada kesalahan hudud dan

juga qisas.

Ta’zir merupakan hukuman yang menuntut supaya mentaati pemimpin selain

daripada kewajipan mentaati Allah dan Rasul. Malah, hukuman yang disyariatkan ini

bertujuan menjaga keperluan asasi manusia iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan

harta. Terdapat pelbagai bentuk hukuman bagi mereka yang melakukan kesalahan ta’zir.

Antaranya ialah memberi nasihat agar tidak mengulangi kesilapan, teguran, ancaman,

pemulauan, bunuh, sebatan, penjara dan juga dikenakan denda dalam bentuk wang.

Berdasarkan kepada contoh-contoh hukuman ini, terdapat beberapa bentuk hukuman

yang mejadi amalan dan dipraktikkan di Malaysia. Hukuman yang diguna pakai di

Malaysia ialah hukuman sebatan, bunuh, penjara dan juga mengenakan denda dalam

bentuk wang kepada pesalah- pesalah.

Keempat- empat hukuman ini menjadi hukuman dasar yang dijatuhkan kepada

pesalah yang melakukan kesalahan di Malaysia. Misalnya, hukuman bunuh ke atas

kesalahan mengedar dadah, hukuman denda menggunakan wang ke atas kesalahan lalu

lintas, hukuman penjara ke atas pesalah yang melakukan rasuah dan sebagainya.

Kesemua hukuman ini sebenarnya bertujuan untuk mendidik dan memberi kesedaran

kepada manusia agar menyesali dan menghindari diri daripada terus melakukan dosa dan

kesalahan.

Page 23: TA’ZIR BIL MAL MENURUT MAZHAB SYAFIE - fp.utm.my · TA’ZIR BIL MAL MENURUT MAZHAB SYAFIE: PERSEPSI MAHASISWA UTM NUR SYAHIDAH BINTI AHMAD Tesis Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi

3

1.2 Latar Belakang Masalah

Saban hari masyarakat Malaysia sering dihidangkan dengan pelbagai sajian

berita yang kurang enak didengari. Rata-rata akhbar menyiarkan masalah sosial yang

kian meningkat. Masalah sosial yang berlaku ini seolah-olah tiada titik noktahnya malah

semakin meningkat dari sehari ke sehari. Pepatah Melayu yang menyatakan “hujan emas

di negara orang, hujan batu di negara sendiri, baik lagi negara sendiri” seperti sudah

tidak begitu relevan dengan keadaan masyarakat di Malaysia pada masa kini. Ini kerana

di negara sendiri sering berlaku pelbagai masalah jenayah sosial yang menakutkan.

Jenayah seperti ini sudah tidak mengenal tempat dan mangsa sama ada lelaki, wanita

yang mengandung dan juga kanak-kanak. Zina, pembuangan bayi, rogol, samun,

rompak, mengedar dadah dan membunuh antara jenayah yang sentiasa menjadi tajuk

utama akhbar- akhbar dan juga media elektronik. Ini menunjukkan kes-kes jenayah

seperti ini sentiasa berlaku dan meningkat walaupun pelbagai usaha telah dilakukan oleh

pihak berkuasa bagi mengurangkan dan menangani kadar jenayah ini.

Antara contoh kes-kes jenayah yang dilaporkan di dalam akhbar ialah

pembuangan bayi akibat perbuatan zina manusia yang tidak bertanggungjawab. Boleh

dikatakan hampir setiap hari dilaporkan mengenai kes pembuangan bayi tidak kira sama

ada melibatkan golongan intelektual mahupun masyarakat awam. Dalam akhbar Berita

Harian Online bertarikh 20 Ogos 2010 ada melaporkan mengenai kes pembuangan bayi

yang semakin menjadi-jadi. Selain itu, pihak wartawan juga ada meletakkan statistik kes

pembuangan bayi yang dikeluarkan oleh pihak Polis Diraja Malaysia.

Page 24: TA’ZIR BIL MAL MENURUT MAZHAB SYAFIE - fp.utm.my · TA’ZIR BIL MAL MENURUT MAZHAB SYAFIE: PERSEPSI MAHASISWA UTM NUR SYAHIDAH BINTI AHMAD Tesis Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi

4

Jadual 1.1: Jumlah Kes Pembuangan Bayi

(Sumber:Berita Harian Online)

Berdasarkan statistik ini jelas menunjukkan peningkatan kes yang berlaku dari

tahun ke tahun walaupun ada sedikit penurunan. Statistik ini adalah berdasarkan kes-kes

yang dilaporkan kepada pihak berkuasa sehingga tahun 2009. Selain itu, Berita Harian

juga meletakkan statistik daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi tahun 2000

hingga tahun 2008 menunjukkan 257,000 kanak-kanak didaftarkan tidak mempunyai

nama bapa. Ini menunjukkan betapa bebasnya pergaulan sosial sehingga melahirkan

ramainya anak luar nikah. Jumlah yang dilihat ini lebih menyedihkan kerana majoriti

yang terlibat dalam kes ini ialah orang Islam. Ini berdasarkan kenyataan daripada

laporan akhbar oleh Rohaniza Idris dan Umi Nadirah Abdul Rahman menyatakan

bahawa “bagi tempoh 1999 hingga 2003 saja, 44 peratus anak yang tidak mempunyai

nama bapa adalah anak orang Islam iaitu 30,978 daripada 70,430 kanak-kanak yang

didaftarkan” (http://www.bharian.com.my/articles/Empatlagikesbuangbayi/Article/).

Justeru, trend peningkatan yang berlaku ke atas kes pembuangan bayi ini jelas

menunjukkan masalah ini berada di paras kritikal dan perlu dibendung dengan segera.

Langkah yang bijaksana perlu dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab untuk

mengubah trend peningkatan yang sedia ada. Ini tidak hanya berlaku kepada kes

pembuangan bayi sahaja malah turut berlaku kepada kes lain seperti penderaan kanak-

kanak, dadah dan sebagainya.

Tahun 2005 2006 2007 2008 2009

Jumlah Kes 67 83 65 102 79

Page 25: TA’ZIR BIL MAL MENURUT MAZHAB SYAFIE - fp.utm.my · TA’ZIR BIL MAL MENURUT MAZHAB SYAFIE: PERSEPSI MAHASISWA UTM NUR SYAHIDAH BINTI AHMAD Tesis Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi

5

Jadual 1.2: Statistik Kes dan Tangkapan di bawah ADB 1952, Akta Racun 1952 dan

APD (R&P) 1983 dari Tahun 2005-2010 (Jan-Jun)

(Sumber Polis Diraja Malaysia: http://www.rmp.gov.my)

Kesalahan yang membabitkan dadah juga dilaporkan sentiasa mengalami

peningkatan. Ini berdasarkan kepada statistik yang dikeluarkan oleh Polis Diraja

Malaysia mengenai tangkapan ke atas kesalahan berkaitan dadah. Walaupun terdapat

penurunan sekitar bulan Januari hingga Jun pada tahun 2010 tetapi kedudukan kes

seperti ini masih berada pada tahap yang membimbangkan. Peningkatan mungkin

berlaku dan boleh menganggu gugat keamanan dan kesejahteraan masyarakat di

Malaysia khususnya.

Antara kes lain yang menunjukkan kadar jenayah semakin membimbangkan

ialah kes berkaitan minum arak. Sebagai contoh, kes yang mendapat liputan ramai pihak

iaitu kes Kartika. Kartika Sari Dewi Shukarno, 33 tahun. Kartika telah dijatuhi hukuman

denda RM5000 dan enam sebatan oleh Hakim Datuk Abdul Rahman Yunus selepas

didapati bersalah mengambil minuman keras di khalayak ramai di sebuah hotel di

Cherating, Pahang. Kes ini membuktikan kesalahan seolah-olah menghina agama Islam

berlaku. Meminum minuman keras di khalayak ramai menjadi bukti masyarakat pada

hari ini memandang enteng perkara-perkara yang telah diharamkan oleh syarak. Secara

tidak langsung, membuktikan bahawa penguatkuasaan undang-undang di Malaysia

masih belum kuat dalam menangani atau mengurangkan kesalahan seperti ini walaupun

pelbagai hukuman dikenakan termasuk hukuman denda dengan wang ringgit.

Tahun 2005 2006 2007 2008 2009 2010

(JAN-JUN)

Kes 36,573 79,737 92,498 95,544 113,185 67,720

Tangkapan 48,694 89,172 100,326 105,618 125,620 83,237

Page 26: TA’ZIR BIL MAL MENURUT MAZHAB SYAFIE - fp.utm.my · TA’ZIR BIL MAL MENURUT MAZHAB SYAFIE: PERSEPSI MAHASISWA UTM NUR SYAHIDAH BINTI AHMAD Tesis Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi

6

Secara keseluruhannya, daripada kes-kes yang disebutkan mengambarkan realiti

kehidupan masa kini yang membuktikan bahawa masalah jenayah sosial semakin

meningkat walaupun pelbagai gerak kerja dan usaha yang telah dilakukan. Kedua-dua

statistik yang dinyatakan dan contoh kes minum arak di khalayak ramai menjadi bukti

kepada peningkatan masalah ini.

1.3 Penyataan Masalah

Oleh itu, statistik yang dinyatakan menunjukkan peningkatan kepada berlakunya

pelbagai masalah jenayah sosial pada hari ini. Jenayah berkaitan zina yang

menyebabkan anak luar nikah, dadah dan minum arak menjadi bukti jenayah semakin

menular di dalam masyarakat Malaysia. Antara bentuk hukuman bagi jenayah-jenayah

tersebut adalah denda yang diistilahkan dalam perundangan Islam sebagai ta’zir bil mal.

Justeru, penyelidik terdorong untuk melakukan kajian ini dalam kalangan mahasiswa

UTM. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui sikap mahasiswa UTM terhadap

penggunaan dan keberkesanan penggunaan ta’zir bil mal yang telah lama di praktikkan

di Malaysia.

Page 27: TA’ZIR BIL MAL MENURUT MAZHAB SYAFIE - fp.utm.my · TA’ZIR BIL MAL MENURUT MAZHAB SYAFIE: PERSEPSI MAHASISWA UTM NUR SYAHIDAH BINTI AHMAD Tesis Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi

7

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk :

1.4.1 Menganalisa legaliti hukuman ta’zir bil mal menurut Mazhab Syafie.

1.4.2 Mengenalpasti sikap mahasiswa UTM terhadap penggunaan hukuman ta’zir

bil mal.

1.4.3 Mengenalpasti sikap mahasiswa UTM terhadap keberkesanan hukuman ta’zir

bil mal.

1.5 Persoalan Kajian

Hasil daripada kajian ini akan menjawab persoalan berikut :

1.5.1 Apakah pandangan Mazhab Syafie terhadap hukuman ta’zir bil mal?

1.5.2 Apakah sikap mahasiswa UTM terhadap penggunaan hukuman ta’zir bil

mal?

1.5.3 Apakah sikap mahasiswa UTM terhadap keberkesanan hukuman ta’zir bil

mal?.