tarekat orang majzub

6
Tarekat Orang majzub 32. Tarekat Orang majzub Manusia pilihan kelas tertinggi adalah Nabi-nabi. Tuhan kurniakan kepada mereka kekuatan rohani yang luar biasa. Mereka mampu menempuh alam ghaib dan berhadap kepada Hadrat Ilahi tanpa berlaku kegoncangan kepada akal fikiran, kesedaran dan sifat-sifat kemanusiaan mereka. Mereka diperkenalkan dengan berbagai-bagai suasana ketuhanan (hakikat ketuhanan) dan mengalami berbagai-bagai perkara yang ganjil dalam keadaan jaga, tidak terbalik pandangan, tidak terlepas kehambaan dan tidak hilang kesedaran terhadap diri sendiri dan makhluk lainnya. Mereka tidak terdorong kepada suasana fana dan jazbah, tidak ada bersatu dengan Tuhan, baqa dengan Tuhan dan berpisah dengan Tuhan. Nabi-nabi menghadap kepada Tuhan tanpa melupai makhluk. Mereka juga melayani makhluk tanpa lalai daripada Tuhan. Makhluk tidak melindungi Tuhan dan Tuhan tidak menghapuskan makhluk. Kedua-duanya berada dalam kesedaran nabi-nabi. Manusia yang selain nabi-nabi akan menerima kesan yang kuat daripada pengalaman kerohanian yang dinisbahkan kepada suasana ketuhanan. Keadaan ini lebih kuat lagi berlaku kepada orang yang dibawa kepada tarekat ujian bala. Kegoncangan yang hebat oleh ujian bala menyebabkan hati mereka ‘pecah'. Akibatnya kesedaran kepada alam maujud dan diri sendiri hilang. Tabiat dan sifat kemanusiaan juga tertanggal. Kesan yang muncul daripada ‘pertembungan' dengan suasana ketuhanan itu dinamakan jazbah dan orang yang mengalami jazbah dinamakan majzub. Jazbah adalah hal yang dialami oleh hati berhubung dengan aspek ketuhanan yang tidak dapat dicapai oleh akal. Hijab diangkatkan dan mata hati mereka menyaksikan perkara ghaib dan kenyataan tentang Tuhan. Suasana jazbah itu berbeza bagi seorang dengan seorang yang lain. Secara umumnya orang yang mengalami jazbah atau ahli majzub boleh dibahagikan kepada empat jenis. Majzub jenis pertama adalah orang yang dibawa oleh Tuhan kepada beberapa pengalaman kerohanian yang berkait dengan ketuhanan dan mencapai beberapa makam yang tinggi dalam tempuh yang singkat serta mereka mendapat keasyikan terhadap Allah s.w.t tanpa berguru dengan sesiapa dalam hidup mereka. Jazbah merombak keperibadian mereka secara menyeluruh. Mereka menjadi orang yang sangat berlainan daripada keadaan mereka sebelum kedatangan jazbah. Mereka tidak suka bergaul dengan orang ramai. Mereka lebih merasakan kedamaian dan kebahagiaan jika mereka bersendirian dalam keasyikan dengan Allah s.w.t. Apa yang berlaku di sekeliling mereka, baik atau buruk, tidak menarik minat mereka. Kegoncangan yang berlaku dalam masyarakat dan keluarga tidak mampu menarik mereka keluar daripada keasyikan mereka. Mereka hanya gilakan Allah s.w.t. Setiap detik mereka teringatkan Allah s.w.t sahaja. Mereka tidak suka mendengar cerita yang selain Allah s.w.t. Hanya Allah s.w.t dan yang mengenai Allah s.w.t sahaja yang dapat menembusi hati mereka. Bila mereka dikuasai oleh jazbah hilanglah kesedaran, fikiran, penglihatan, pendengaran dan pergerakan mereka. Orang majzub tidak sedarkan diri mereka dan alam maujud sekaliannya. 1 / 6

Upload: zizothehiro

Post on 13-Apr-2016

259 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

qq

TRANSCRIPT

Page 1: Tarekat Orang Majzub

Tarekat Orang majzub

32. Tarekat Orang majzub

Manusia pilihan kelas tertinggi adalah Nabi-nabi. Tuhan kurniakan kepada mereka kekuatanrohani yang luar biasa. Mereka mampu menempuh alam ghaib dan berhadap kepada HadratIlahi tanpa berlaku kegoncangan kepada akal fikiran, kesedaran dan sifat-sifat kemanusiaanmereka. Mereka diperkenalkan dengan berbagai-bagai suasana ketuhanan (hakikat ketuhanan)dan mengalami berbagai-bagai perkara yang ganjil dalam keadaan jaga, tidak terbalikpandangan, tidak terlepas kehambaan dan tidak hilang kesedaran terhadap diri sendiri danmakhluk lainnya. Mereka tidak terdorong kepada suasana fana dan jazbah, tidak ada bersatudengan Tuhan, baqa dengan Tuhan dan berpisah dengan Tuhan. Nabi-nabi menghadapkepada Tuhan tanpa melupai makhluk. Mereka juga melayani makhluk tanpa lalai daripadaTuhan. Makhluk tidak melindungi Tuhan dan Tuhan tidak menghapuskan makhluk.Kedua-duanya berada dalam kesedaran nabi-nabi.

Manusia yang selain nabi-nabi akan menerima kesan yang kuat daripada pengalamankerohanian yang dinisbahkan kepada suasana ketuhanan. Keadaan ini lebih kuat lagi berlakukepada orang yang dibawa kepada tarekat ujian bala. Kegoncangan yang hebat oleh ujian balamenyebabkan hati mereka ‘pecah'. Akibatnya kesedaran kepada alam maujud dan diri sendirihilang. Tabiat dan sifat kemanusiaan juga tertanggal. Kesan yang muncul daripada‘pertembungan' dengan suasana ketuhanan itu dinamakan jazbah dan orang yang mengalamijazbah dinamakan majzub.

Jazbah adalah hal yang dialami oleh hati berhubung dengan aspek ketuhanan yang tidakdapat dicapai oleh akal. Hijab diangkatkan dan mata hati mereka menyaksikan perkara ghaibdan kenyataan tentang Tuhan. Suasana jazbah itu berbeza bagi seorang dengan seorang yanglain. Secara umumnya orang yang mengalami jazbah atau ahli majzub boleh dibahagikankepada empat jenis.

Majzub jenis pertama adalah orang yang dibawa oleh Tuhan kepada beberapa pengalamankerohanian yang berkait dengan ketuhanan dan mencapai beberapa makam yang tinggi dalamtempuh yang singkat serta mereka mendapat keasyikan terhadap Allah s.w.t tanpa bergurudengan sesiapa dalam hidup mereka. Jazbah merombak keperibadian mereka secaramenyeluruh. Mereka menjadi orang yang sangat berlainan daripada keadaan mereka sebelumkedatangan jazbah. Mereka tidak suka bergaul dengan orang ramai. Mereka lebih merasakankedamaian dan kebahagiaan jika mereka bersendirian dalam keasyikan dengan Allah s.w.t.Apa yang berlaku di sekeliling mereka, baik atau buruk, tidak menarik minat mereka.Kegoncangan yang berlaku dalam masyarakat dan keluarga tidak mampu menarik merekakeluar daripada keasyikan mereka. Mereka hanya gilakan Allah s.w.t. Setiap detik merekateringatkan Allah s.w.t sahaja. Mereka tidak suka mendengar cerita yang selain Allah s.w.t.Hanya Allah s.w.t dan yang mengenai Allah s.w.t sahaja yang dapat menembusi hati mereka.Bila mereka dikuasai oleh jazbah hilanglah kesedaran, fikiran, penglihatan, pendengaran danpergerakan mereka. Orang majzub tidak sedarkan diri mereka dan alam maujud sekaliannya.

1 / 6

Page 2: Tarekat Orang Majzub

Tarekat Orang majzub

Dalam keadaan demikian mereka mengalami berbagai-bagai hal atau pengalaman kerohanian.Mereka berpindah dari satu makam ke satu makam yang lain dengan cepat. Orang majzubseperti ini dikasihi oleh Allah s.w.t dan Dia melindungi mereka daripada orang jahil yang jahatperangai. Oleh kerana mereka sudah hilang kesedaran dan sifat kemanusiaan, maka hilangjuga keupayaan mereka untuk membezakan yang baik daripada yang buruk. Majzub yangseperti ini tidak boleh dijadikan pembimbing orang ramai kerana adab sopan dan peraturanmasyarakat tidak ada dalam kesedaran mereka.

Majzub jenis kedua, setelah dilenyapkan akal dan kesedaran seperti jenis pertama, merekadikembalikan semula kepada kesedaran kemanusiaan sedikit demi sedikit. Mereka diturunkandari satu makam kepada makam yang lain. Penurunan tersebut mengurangkan kesan jazbahsehingga akhirnya mereka sampai kepada penetapan dan kesedaran sepenuhnya. Ketikamenaik kesedaran mereka terhadap yang selain Allah s.w.t hilang dengan cepat dan dalamkeadaan demikian mereka ‘menemui'-Nya. Ketika penurunan kesedaran terhadap diri sendiridan makhluk lainnya tidak kembali dengan cepat. Mereka mengambil masa yang agak lamasebelum kesan jazbah hilang sepenuhnya daripada kesedaran mereka. Ada sebahagiandaripada mereka yang kesan jazbah tidak hilang sampai ke akhir hayat mereka. Bagi majzubkumpulan kedua ini jazbah berperanan sebagai ‘kuasa pemaksa' yang mengheret merekakeluar daripada alam kelalaian dan memasukkan mereka ke jalan yang memperadabkanmereka dengan Tuhan. Rahmat Tuhan yang menarik mereka kembali kepada jalan yang lurus.Perubahan yang berlaku kepada mereka terjadi dengan pantas. Mungkin dalam masa kurangdaripada dua bulan mereka sudah melalui semua stesen kerohanian dan mengalami halketuhanan yang mencukupi untuk mereka mengenal Tuhan secara hakiki. Setelah kembalikepada sifat kemanusiaan semula mereka meneruskan kehidupan menurut jalan kenabian,menurut Sunah Rasulullah s.a.w dan menjadikan kehidupan nabi-nabi dan wali-wali sebagaiiktibar. Proses penurunan majzub jenis kedua ini merupakan pembalikan kepada prosesmenaik orang salik.

Majzub jenis ke tiga tidak hilang akal fikiran dan kesedaran mereka. Perubahan kerohanianberlaku dalam sedar dan jaga. Tidak ada perpisahan dengan sifat kemanusiaan, tidak ada fanadan bersatu dengan Tuhan. Mereka menetap dalam kehambaan, tidak terbalik pandangan,tidak mengalami mabuk dan tidak mengeluarkan ucapan latah yang menyalahi syariat. Orangyang di dalam kesedaran ini didatangkan jazbah kepada mereka sebagai kurniaan Tuhan untukmemperkenalkan mereka kepada Yang Hakiki kerana ilmu dan amal mereka tidak berupayamenyampaikan mereka kepada yang demikian. Kaum sufi umumnya berpendapat majzub yangmenetap dalam kesedaran dan kehambaan lebih baik daripada majzub yang mengalamikefanaan dan mabuk. Majzub yang di dalam kesedaran boleh menjauhkan diri mereka daripadaperkara-perkara yang mendatangkan fitnah.

Majzub jenis ke empat adalah orang yang memasuki jalan suluk terlebih dahulu. Ketikabersuluk itulah akal fikiran dan kesedaran mereka dihapuskan. Majzub jenis ini mengenali alamterlebih dahulu sebelum mengenal Tuhan (mengalami hakikat ketuhanan). Bimbingan guruyang mursyid membuat perjalanan jazbah mereka teratur. Mereka meningkat dari satu makamkepada makam yang lain dengan bersistematik. Mereka melalui stesen-stesen kerohaniandengan bimbingan yang benar. Guru yang telah melalui semua stesen kerohanian,memperolehi makam-makam, mengetahui suasana kefanaan, kebaqaan dan Kebenaran Hakiki

2 / 6

Page 3: Tarekat Orang Majzub

Tarekat Orang majzub

sesudah fana dan baqa, diperlukan bagi membimbing salik yang didatangi jazbah. Guru yangdemikian dapat menyapu kekeliruan daripada mengelabui pandangan hati muridnya. Murid itudapat maju ke matlamat terakhir dengan selamat dan teratur. Bimbingan guru membuat salikmengalami dan mengetahui pengalaman mereka. Pengenalan melalui pengalaman yangditerangi oleh pengetahuan mempercepatkan salik menjadi orang arif. Majzub jenis inilahdipersetujui oleh kaum sufi.

Majzub jenis pertama hidup terus menerus sebagai orang majzub, tidak kembali lagi kepadakehidupan manusia biasa. makrifat mereka berdasarkan pengalaman kerohanian mereka.Pengalaman mereka hanya untuk diri mereka sahaja, bukan untuk orang lain. Tanpa tajalli ilmu(terbuka pengetahuan tentang pengalaman yang dilalui) mereka tidak boleh dipanggil orang arifdan mereka tidak dibolehkan menjadi pembimbing orang ramai yang di dalam kesedaran biasa.

Majzub jenis ke dua melalui stesen-stesen kerohanian dan mencapai berbagai-bagai makamdalam tempuh yang singkat. Kumpulan ini biasanya memasuki jazbah tanpa persediaan darisegi ilmu dan juga mereka tidak mempunyai guru. Setelah mengalami jazbah mereka kembalikepada kesedaran biasa. Akal fikiran dan sifat kemanusiaan mereka dikembalikan. Merekamendapati sukar untuk menghuraikan pengalaman kerohanian yang telah mereka lalui. Ketikadi dalam zauk pengetahuan tidak penting, tetapi bila kembali sedar akal fikiran memerlukankefahaman. Dari sini orang majzub yang kembali sedar itu digerakkan untuk menyelidik,mengambil iktibar dan bertanya kepada orang-orang yang arif. Keadaan mereka adalahumpama orang yang bermimpi pada malam hari dan termenung pada siangnya untukmengingati apa yang dimimpikan dan apa pula maksud mimpi tersebut. Proses memahami danmenyusun perjalanan kerohanian jauh lebih lambat daripada proses pengalaman kerohanian itusendiri. Pengalaman kerohanian yang dilalui dalam tempuh dua bulan mungkin mengambilmasa lebih daripada lima tahun untuk memahaminya dengan jelas dan menyusunnya secaraterperinci. Kelambatan proses ini juga disebabkan oleh kesan jazbah yang sukar hilang darikesedaran seseorang. Kebenaran yang ditemui melalui akal fikiran akan berubah-ubahmengikut kadar kesan jazbah yang sudah hilang daripada mereka. Apabila mereka bebassepenuhnya daripada kesan jazbah, mereka akan temui Kebenaran Hakiki yang sesuai denganal-Quran dan as-Sunah. Walaupun mereka mengalami hakikat tetapi tanpa kematangan ilmumengenai pengalaman tersebut, mereka tidak layak dipanggil orang arif. Ilmu merekabenar-benar matang setelah mereka kembali kepada al-Quran dan as-Sunah.

Majzub jenis ke tiga biasanya terdiri daripada mereka yang mempunyai bekalan ilmu yangmencukupi. Kumpulan ini memasuki jalan kerohanian secara berhati-hati dan diselubungi olehkeraguan. Mereka memerlukan masa untuk mengharmonikan pengalaman yang dilalui denganpengetahuan yang sedia ada. Apa yang diketahui sebelum mendapat jazbah berbeza daripadaapa yang diketahui sesudah mendapat jazbah. Kedua-dua pengetahuan yang kelihatanberbeza itu kemudiannya dapat dipastikan bahawa perbezaan berlaku pada sudut pandangansedangkan kebenarannya tidak berbeza. Pengalaman mengsahkan apa yang sudah diketahui.Bila kedua-dua jenis pengetahuan itu bersepakat keraguan mereka pun hilang. Pengetahuanyang lahir daripada cantuman dua sudut itu meneguhkan keyakinan.

Majzub jenis ke empat memasuki bidang suluk terlebih dahulu. Ketika menjalani suluk itulahmereka memperolehi jazbah. Tempuh mendapatkan jazbah berbeza-beza di antara seorang

3 / 6

Page 4: Tarekat Orang Majzub

Tarekat Orang majzub

salik dengan salik yang lain. Ada yang cepat dan ada yang lambat. Tidak kurang juga yanglangsung tidak mendapat jazbah. Salik yang tidak mendapat jazbah atau lambatmemperolehinya tidak seharusnya berasa kecewa. Jazbah bukanlah matlamat suluk. Kebaikanbagi orang yang menjalani jalan kerohanian adalah menjaga makam mereka. Jangan memintamakam yang lebih tinggi atau lebih rendah. Intisari bagi perjalanan kerohanian adalahkesabaran dalam menjalankan perintah Allah s.w.t dan kesabaran menanggung takdir-Nya.Salik hanya perlu menjaga takdir yang mereka berada di dalamnya. Sabar mengawal diri dantidak bertelingkah dengan takdir merupakan kejayaan yang besar bagi salik, sekalipun merekatidak mendapat jazbah. Teruskan tegak berdiri kerana Allah s.w.t, demi Wajah-Nyasemata-mata bukan kerana sebarang keperluan. Salik jenis ini dibawa kepada ikhlas tanpamelalui jazbah. Ikhlas dan benar dengan Allah s.w.t merupakan matlamat perjalanankerohanian, baik melalui jazbah atau secara sedar. Salik yang menetap dalam kesedaranberiman kepada Allah s.w.t dan Rasul-Nya dengan ikhlas. Mereka beriman kepada perkataanal-Quran dan Hadis dengan ikhlas tanpa memasuki bidang hakikat. Bagi salik yang mengalamijazbah pula berdampingan dengan guru menjadi syarat penting. Mereka perlu merujukkankepada guru mereka semua pengalaman kerohanian yang mereka lalui semasa jaga mahupunsecara mimpi. Salik jangan mudah membuat tafsiran sendiri mengenai sesuatu perkara.

Setiap orang majzub mempunyai jalannya sendiri yang berbeza dengan majzub yang lain.Masing-masing ditarik kepada jalannya oleh ‘kuasa ghaib' yang diistilahkan sebagai TarikanRahmani (ketuhanan), Pembimbing Hakiki ataupun Perintah Batin. Orang majzub menerimaTarikan Rahmani tanpa mereka boleh menahannya. Tarikan tersebut membawa merekakepada jalan khusus yang Tuhan sediakan untuk mereka. Tarikan tersebut juga mengarahkanmereka melakukan sesuatu perkara tanpa terikat dengan hukum logik. Tarikan yang langsungdari Tuhan itu juga memandu orang majzub sehingga selamat sampai kepada matlamat. Orangyang di dalam keadaan demikian sering mendapat peringatan dari dalam diri mereka sendiri.Peringatan yang demikian dinamakan Suara Hakiki. Jika timbul cita-cita mereka untuk berhentitatkala terjadi kasyaf suara dari dalam diri mereka akan memberi peringatan: "Apa yang kamucari masih jauh di hadapan. Oleh itu jangan berhenti!" Jika terbuka kepada mereka rahsia alammaya, mereka diperingatkan oleh hakikat alam maya: "Sesungguhnya kami adalah ujian,kerana itu janganlah kamu kufur!" Hamba yang dipimpin itu menafikan apa juga yang ditemui disepanjang jalan. Apa yang mereka saksikan adalah gubahan Tuhan, hikmat kebijaksanaan-Nyadan tanda-tanda yang memberi pemahaman tentang Dia. Zat Ilahiat tetap tinggal terhijab, tidakdapat ditembusi oleh sesiapa pun. Akhirnya hamba menemui kenyataan bahawa Dia yangsebenarnya mengenali Diri-Nya. Dia yang mencari, Dia yang dicari dan Dia yang menemui.Tidak ada sesiapa yang ikut campur dalam urusan-Nya.

Orang yang sedang dikuasai oleh Tarikan Rahmani akan kehilangan kekuatan akal fikiran dankesedaran diri mereka. Pengaruh pancaindera dan alam sekeliling menjadi lemah kepada hatimereka. Rangsangan yang datang dari kehendak diri sendiri menjadi tumpul. Pada peringkatpermulaan mengalami hal yang demikian, ketika akal fikiran, kesedaran dan kehendak dirimasih mempunyai kekuatan, mereka tidak mengerti apakah yang sedang berlaku kepada dirimereka. Mereka merasakan kelainan tetapi tidak mengerti mengenainya. Walaupun begitumereka terus juga berjalan menurut cetusan yang muncul dari dalam diri mereka. Setelahbeberapa lama mereka mula menyedari kehadiran ‘kuasa ghaib' yang menguasai mereka,memberi petunjuk dan bimbingan. Kelainan yang mereka alami mereka hubungkan dengan

4 / 6

Page 5: Tarekat Orang Majzub

Tarekat Orang majzub

kehadiran kuasa ghaib tersebut. Mereka tidak tahu apakah hakikat kuasa ghaib itu tetapimereka yakin bahawa ia adalah sesuatu yang suci dan berhubung rapat dengan pekerjaanTuhan. Mereka yakin hanya dengan mengikuti petunjuk ghaib itu mereka dapat menghampiriTuhan. Kehadiran kuasa ghaib tersebut dirasakan bertambah kuat dari masa ke masa. Iamembuat mereka berasa tenang dan mereka merasakan jalan menuju Tuhan semakin terang.

Penguasaan petunjuk ghaib ke atas diri mereka membawa mereka kepada peringkat di manamereka menyaksikan kelakukan dan perbuatan muncul daripada diri mereka tanpa merekaberkehendak melakukannya, tanpa berfikir dan merancang dan juga tanpa menggunakankekuatan diri sendiri. Segalanya berlaku secara spontan. Mereka tidak ikut campur dalammenghasilkan perbuatan diri mereka sendiri. Mereka hanya menyaksikan ‘kuasa ghaib'menghasilkan kelakuan dan perbuatan diri mereka. Mereka tidak ada kehendak untukmembantah hal yang demikian, malah hal tersebut membuat mereka memerhatikan sesuatutentang Tuhan. Apa yang berlaku secara spontan itu membukakan kefahaman mereka tentangTuhan. Dalam keadaan yang demikian akal mereka menjadi umpama bekas yang dituangkandengan kefahaman. Banyak perkara mengenai ketuhanan yang mereka tidak fahamisebelumnya ‘difahamkan' pada peringkat ini. Hal yang demikian membuat hati merekamerasakan kewujudan hubungan di antara Tuhan dengan mereka. Jika kehendak kepadasesuatu yang lain menjadi lemah tetapi kehendak berjumpa dengan Tuhan menjadi kuat. Hatimereka sudah ada rasa kasihkan Tuhan. Mereka juga dapat merasakan kasihan belas Tuhankepada mereka. Mereka mendapat penghayatan bahawa Tuhan tidak melupakan mereka,Tuhan sentiasa mengambil tahu tentang hal-ehwal mereka. Bertambahlah keseronokan merekamengintai Tuhan.

Orang yang sedang diheret oleh petunjuk ghaib hilang minat kepada makhluk dan kehidupandunia seluruhnya. Hati mereka hanya mencintai Allah s.w.t. Mereka menjadi hamba yanggilakan Allah s.w.t. Apa sahaja yang dipandang membalikkan sesuatu tentang Allah s.w.t.Dalam keasyikan mereka mengalami berbagai-bagai hakikat ketuhanan yang menambahkanpengenalan mereka tentang Tuhan. Puncak kecintaan hamba kepada Allah s.w.t adalahpengalaman Allah Maha Esa, tiada sesuatu beserta-Nya. Selepas pengalaman tersebut merekamemasuki suasana baqa dengan Allah s.w.t. Suasana kebaqaan membuat mereka merasakanyang mereka tidak berpisah dengan Allah s.w.t yang mereka cintai, walau di mana merekaberada dan apa juga yang mereka lakukan. Bila suasana demikian sudah menguasai hatimereka baharulah mereka boleh terima kehadiran makhluk kerana pada tahap ini kehadiranmakhluk tidak lagi memisahkan mereka dengan Tuhan.

Perjalanan seterusnya membawa mereka kepada kesedaran mengenai tujuan merekadiciptakan. Kesedaran, akal fikiran dan sifat kemanusiaan mereka sudah dikembalikan. Merekamula bergerak jauh daripada Tuhan tetapi dalam keadaan tidak berpisah. Bila kesedaran,fikiran dan sifat kemanusiaan mereka kembali sepenuhnya, mereka dapat melihat perbezaan diantara Tuhan dengan hamba. Mereka berpindah daripada suasana baqa kepada suasanakehambaan sepenuhnya. Mereka kembali kepada kewujudan diri sendiri dan menghabiskansisa-sisa hidup mereka sebagai ahli syariat yang taat. Lengkaplah perjalanan kerohanianmereka. Pengalaman jazbah menjadi ingatan yang paling berharga bagi mereka kerana melaluipengalaman tersebut mereka berubah menjadi manusia baharu, mempunyai kehendak dancitarasa yang baharu. Jazbah telah menghancurkan ‘patung-patung' dalam diri mereka yang

5 / 6

Page 6: Tarekat Orang Majzub

Tarekat Orang majzub

mereka tidak berupaya menghancurkannya dengan kekuatan diri sendiri.

6 / 6