akta orang-orang papa

34
AKTA ORANG-ORANG PAPA 1977 [AKTA 183] Nama ahli kumpulan : Nurul Atirah bt Abd Rahim 110441 STU 339 UNDANG-UNDANG UNTUK PEKERJA SOSIAL

Upload: nurul-atirah-abd-rahim

Post on 10-Jun-2015

937 views

Category:

Education


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Akta Orang-Orang Papa

AKTA ORANG-ORANG PAPA 1977 [AKTA 183] Nama ahli kumpulan :

Nurul Atirah bt Abd Rahim 110441

STU 339

UNDANG-UNDANG UNTUK PEKERJA SOSIAL

Page 2: Akta Orang-Orang Papa

Orang papa terdiri daripada pengemis dan kutu rayau dilihat sebagai

salah satu masalah sosial yang semakin meningkat pada masa kini.

Kefungsian sosial orang-orang papa perlu dipertingkatkan agar mereka

mampu berfungsi dengan baik dalam masyarakat.

Oleh itu, Kerja Sosial sangat berkait rapat dengan Akta Orang-Orang

Papa kerana pekerja sosial mampu bertindak sebagai pemangkin kepada

kefungsian sosial orang-orang papa.

Pengenalan……

Page 3: Akta Orang-Orang Papa

orang papa

seseorang yang didapati mengemis di sesuatu tempat awam

dengan sebegitu cara hingga menyebabkan atau mungkin

menyebabkan kegusaran kepada orang yang lazim mengunjungi

tempat itu tau hingga menimbulkan kacau ganggu.

seseorang peleseran yang dijumpai di sesuatu tempat awam,

sama ada atau tidak mengemis , yang tidak mempunyai mata

pencarian pada zahirnya atau tempat tinggal atau yang tidak

dapat menyatakan hal dirinya dengan memuaskan.

Page 4: Akta Orang-Orang Papa

apa-apa kelakuan yang dikira akan mendorong kepada pemberian

sedekah, sama ada terdapat atau tidak terdapat apa-apa perbuatan

berpura-pura menyanyi, bermain, berlakon, menawarkan sesuatu

untuk jualan dan sebagainya.

Mengemis

Page 5: Akta Orang-Orang Papa

AKTA ORANG-ORANG PAPA 1977 (AKTA 183)

TUJUAN:

Akta orang-orang papa 1977 diwujudkan bagi mengurangkan

kejadian-kejadian seperti mengemis, kutu rayau dan sebagainya

Menjaga dan memulihkan orang papa dan mengawal kutu rayau.

Terdapat 16 peruntukan di dalam Akta 183.

Page 6: Akta Orang-Orang Papa

Seksyen 1 – Tajuk ringkas dan permulaan kuatkuasa

Seksyen 2 – Tafsiran

Seksyen 3 – Kuasa bagi mengehendaki seseorang orang papa tinggal di rumah kebajikan

Seksyen 4 – Masuk secara sukarela ke Rumah Kebajikan

Seksyen 5 – Menteri boleh menubuhkan Rumah Kebajikan

Seksyen 6 – Lembaga Pelawat

SEKSYEN-SEKSYEN

Page 7: Akta Orang-Orang Papa

Seksyen 7 – Kaedah-kaedah bagi mengurus Rumah Kebajikan

Seksyen 8 – Dilepaskan dari Rumah Kebajikan

Seksyen 9 – Orang yang tinggal di Rumah Kebajikan boleh dikehendaki mengambil bahagian dalam aktiviti yang sesuai.

Seksyen 10 – Orang yang tinggal di Rumah Kebajikan boleh dihantar ke hospital

Seksyen 11 – Penalti Seksyen 12 – Menangkap orang papa yang lari

Seksyen 13 – Memendekkan tempoh tinggal

Seksyen 14 – Pemansuhan

Seksyen 15 – Peruntukan peralihan

Seksyen 16 – Penyeliaan setelah dilepaskan

Page 8: Akta Orang-Orang Papa

Seksyen 2

Orang papa bermaksud:-

Orang yang mengemis di tempat awam dan

mungkin menyebabkan kebimbangan terhadap

orang lain yang mengunjungi tempat awam

tersebut atau menimbulkan kekacauan; atau

Pelesir (kutu rayau), sama ada mengemis atau

tidak, tidak mempunyai pekerjaan atau tempat

tinggal atau tidak dapat menyatakan hal dirinya

dengan memuaskan.

Contoh: Orang yang tidak mempunyai hala

tujuan.

Page 9: Akta Orang-Orang Papa

Kuasa bagi mengehendaki seseorang orang papa

tinggal di rumah kebajikan:

Secara amnya, seksyen ini memperuntukkan mengenai:

Pegawai berkuasa tempatan yang boleh bertindak

apabila menerima kuasa yang diberikan

sewajarnya secara bertulis oleh PBT

dan bertindak di bawah arahan Ketua Pengarah

JKMM; atau mana-mana pegawai kebajikan masyarakat,

untuk menyelamatkan orang papa dan mengemukakan ke

hadapan Majistret dalam tempoh 24 jam.

Seksyen 3 –

Page 10: Akta Orang-Orang Papa

Jika orang papa tidak mahu diambil atau memberikan

tentangan, boleh meminta pertolongan daripada pegawai

polis. Pegawai polis wajib untuk membantu pegawai.

Jika orang tersebut dipercayai sebagai orang papa,

maka Majistret boleh memerintahkan orang tersebut

dimasukkan ke rumah kebajikan sementara menunggu

laporan disiapkan oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat

(PKM)

PKM hendaklah menyiapkan laporan dalam tempoh satu

bulan untuk dikemukakan kepada Majistret.

Page 11: Akta Orang-Orang Papa

Jika Majistret Dalam Kamar berpuas hati bahawa orang itu

adalah orang papa, maka boleh memerintahkan orang itu

tinggal di Rumah Kebajikan tidak melebihi tiga (3) tahun.

Walau bagaimanapun, Majistret boleh melanjutkan tempoh

Tersebut tetapi tidak melebihi tiga (3) tahun jika berpuas hati

dengan laporan PKM.

Page 12: Akta Orang-Orang Papa

Penguasa bertanggungjawab menjaga orang papa yang telah

dimasukkan ke rumah kebajikan sama ada secara sementara

atau tetap.

Nota: Seksyen ini tidak terpakai kepada mana-mana orang

yang berumur 18 tahun ke bawah.

Page 13: Akta Orang-Orang Papa

Orang papa boleh memohon secara sukarela untuk dimasukkan

ke rumah kebajikan dengan syarat sekiranya diterima masuk dia

akan patuh kepada segala undang-undang yang berkaitan.

Menteri boleh menubuhkan rumah kebajikan melalui pemberitahuan dalam Warta. Menteri boleh melantik penguasa bagi menguruskan rumah kebajikan

Seksyen 4

Seksyen 5

Page 14: Akta Orang-Orang Papa

Seksyen 6

Lembaga Pelawat boleh dilantik oleh Menteri di setiap rumah kebajikan

bagi:

melaksanakan kewajipan dan fungsi sebagaimana yang ditetapkan oleh

Menteri; dan

memberikan nasihat dan syor kepada Ketua Pengarah mengenai apa-apa

perkara yang dirujukkan kepadanya oleh Ketua Pengarah.

Seksyen 7

Menteri boleh membuat kaedah-kaedah bagi:

-Mengawal selia pengurusan rumah kebajikan;-Penerimaan masuk orang ke dalamnya;-Menjaga, mengawal, mendisiplinkan dan memulihkan penghuni;-Menetapkan penubuhan dan fungsi lembaga pelawat; dan-Bagi menguatkuasakan akta ini.

Page 15: Akta Orang-Orang Papa

Seksyen 8 Penguasa boleh melepaskan penghuni sekiranya:

-Berpuas hati penghuni telah mendapat pekerjaan yang sesuai untuk

menguruskan dirinya; atau

-Terdapat orang yang mahu dan berkebolehan untuk menjaga dan

menanggung penghuni tersebut.

Seksyen 9 Penghuni boleh menyertai apa-apa aktiviti yang membolehkan penghuni

tersebut mendapatkan pekerjaan di luar atau memberi sumbangan kepada

rumah kebajikan tersebut.

“Penghuni rumah kebajikan dikehendaki mengambil bahagian dalam aktiviti atau program yang bersesuaian

Page 16: Akta Orang-Orang Papa

9. (1) Penghuni di sesuatu rumah kebajikan adalah dikehendaki untuk

mengambil bahagian dalam apa-apa aktiviti atau program yang bersesuaian,

yang bertujuan untuk-

(a) menyediakan penghuni itu untuk suatu pekerjaan di luar rumah

kebajikan itu; atau

(b) membolehkan penghuni itu memberi sumbangan kepada

penyenggaraannya dalam rumah kebajikan; atau

(c) memulihkan kesihatan dan jasmani penghuni itu.

(2) Bagi maksud seksyen ini, penghuni juga adalah dikehendaki untuk

mengikuti apa-apa pogram atau terapi kaunseling yang ditetapkan

dari masa ke masa bagi memulihkan penghuni itu supaya dapat

diserapkan semula ke dalam masyarakat.”.

Page 17: Akta Orang-Orang Papa

Seksyen 10Penghuni boleh dihantar ke hospital jika memerlukan rawatan.

10. (1) Seseorang penghuni di sesuatu rumah kebajikan boleh pada

bila-bila masa dibawa ke hadapan seorang pegawai perubatan, atau

dihantar ke hospital atau institusi perubatan yang lain bagi pemeriksaan

perubatan atau rawatan, atau pemeriksaan kesihatan.

(2) Sekiranya pegawai perubatan berpendapat bahawa kemasukkan

penghuni ke hospital atau institusi perubatan adalah perlu bagi tujuan

penjagaan perubatan atau rawatan, pegawai perubatan tersebut

hendaklah mengarahkan penghuni untuk kemasukan ke hospital atau

institusi perubatan itu.

Page 18: Akta Orang-Orang Papa

Seksyen 11

Peruntukan ini memperuntukkan mengenai kesalahan-kesalahan yang

mana sekiranya dilakukan dan apabila disabitkan, dihantar ke satu rumah

kebajikan atau di penjara selama tempoh tidak melebihi 3 bulan.

Kesalahan-kesalahan tersebut adalah:

-tidak mahu diambil atau memberi tentangan kepada pengambilannya

oleh pegawai kebajikan masyarakat;

-Lari dari pegawai kebajikan masyarakat atau pegawai yang diberi kuasa

secara wajarnya oleh KP;

-Meninggalkan rumah kebajikan tanpa kebenaran penguasa; atau

-Tidak kembali ke rumah kebajikan setelah dibenarkan meninggalkan

rumah kebajikan tersebut tanpa sebab munasabah apabila telah tamat

masa yang ditentukan

Page 19: Akta Orang-Orang Papa

Seksyen 12 Orang yang melakukan kesalahan di bawah seksyen 11, boleh ditangkap

oleh pegawai polis tanpa waran.

Seksyen 13 Menteri boleh :-

-memendekkan tempoh tinggal

-melepaskan mana-mana orang di rumah kebajikan.

Nota: Menteri boleh berbuat demikian sekiranya ianya adalah adil

dan patut untuk berbuat demikian

Seksyen 16 Sekiranya penghuni dilepaskan dari rumah kebajikan, penghuni hendaklah

diletakkan di bawah penyeliaan pegawai kebajikan masyarakat selama

tempoh tidak melebihi 1 tahun.

Page 20: Akta Orang-Orang Papa

Peranan Pekerja Sosial

• Membincangkan Akta Orang–Orang Papa 1977, terdapat pelbagai peranan yang boleh dimainkan secara efektif dalam proses memberikan bantuan kepada golongan papa (kutu rayau, pengemis, orang papa) seperti mana yang telah termaktub dalam Akta Orang –Orang Papa 1977.

•Sebagai pekerja sosial, proses pertolongan yang akan diusahakan adalah untuk membantu indivindu dan masyarakat memperbaiki, memulihkan atau mempertingkatkan kehidupan mereka.

Page 21: Akta Orang-Orang Papa

1. Pekerja Kes

-menghubungkan klien(orang papa) dengan pekerja sosial dalam

menyelesaikan masalah mereka, hidup sebagai orang papa.

- Siasatan permohonan

- Prinsip Kerja Kes.

- Kemahiran:

- Temu bual / Temu ramah

- Mendengar

- Empati.

- Rakaman/Laporan

Page 22: Akta Orang-Orang Papa

3. Empowerer (memperkasa)

-meningkatkan kefungsian sosial mereka dan cuba

mempengaruhi mereka untuk membaiki keadaan kehidupan

melalui organisasi dan pembelaan.

4. Enabler (penggalak)

-menjadi agen membantu klien atau orang papa

mengenalpasti kekuatan dan sumber-sumber yang sedia ada

pada diri klien tersebut.

5. Pemudah Cara

-membantu klien menyelesaikan masalah yang dihadapinya,

tetapi dengan kerjasama dan tindakan daripada klien itu

sendiri.

Page 23: Akta Orang-Orang Papa

6. Pendidik/Guru-memberikan informasi-informasi tertentu untuk digunakan oleh klien, seperti memberikan maklumat berkaitan perkara- perkara yang boleh meiningkatkan penyelesaian masalah mereka.

7. Mediator-pekerja sosial sebagai orang tengah berusaha untuk menyelesaikan permasalahan atau sebarang konflik di antara sistem klien daripada pihak lain contoh seperti organisasi, orang luar dan sebgainya.

Page 24: Akta Orang-Orang Papa

Masalah-masalah :

Rakyat Malaysia terlalu bermurah hati dan mudah simpati

dengan mereka yang mengemis, ini telah menyebabkan dan

menggalakkan ramai yang mengambil kesempatan untuk

menjadikan aktiviti mengemis punca pendapatan .

Peminta sedekah seperti ini melakukan kerja 'lebih masa' kerana

mereka tahu ramai orang simpati melihat keadaan mereka.

Kesempatan itu diambil untuk terus memintasedekah walaupun

menerima bantuan kerajaan.

Page 25: Akta Orang-Orang Papa

Terdapat juga peminta sedekah dan gelandangan yang ditahan

itu menerima bantuan RM300 sebulan daripada Jabatan

Kebajikan Masyarakat (JKM).

Untuk membanteras gejala pengemis iaitu dengan mengubah

sikap masyarakat awam ,ini kerana selagi ada orang

menawarkan (memberi) selagi itu pengemis semakin menjadi-jadi.

Jika tiada yang memberi tiada yang mengemis dan oleh yang

demikian kita kena sedarkan orang ramai untuk tidak begitu

mudah memberi.

Page 26: Akta Orang-Orang Papa

Sikap pemurah rakyat negara ini merupakan antara punca utama

kenapa lebih ramai yang terlibat dengan aktiviti meminta derma

sehingga ada yang menjadikannya sebagai satu kerjaya yang

menguntungkan.

Terdapat sindiket di mana ada antara mereka yang menggunakan

golongan miskin dan orang kurang upaya (OKU) untuk meraih

pendapatan

Page 27: Akta Orang-Orang Papa

Terdapat juga pengemis yang kononnya berpura-pura membalut

tangan atau kaki seolah-olah menggambarkan mereka cacat dan

tidak berupaya berkerja menjadikan `profesion' mengemis

sebagai kerjaya yang haram.

Sikap golongan itu sendiri iaitu tidak berminat untuk bekerja, mereka

lebih selesa dengan kehidupan sebegitu kerana tidak perlu memikirkan

soal mencari makanan dengan mengemis.

Page 28: Akta Orang-Orang Papa

CADANGAN-CADANGAN….

1)Mewujudkan skuad sukarela untuk

selamatkan Orang Papa dengan kerja sama Majlis Perbandaran.

2)Selain JKM, badan –badan NGO perlu aktif menubuhkan

pusat jagaan dan pemulihan bagi golongan yang

terpinggir seperti orang papa.

3)Meminda Akta Orang Papa 1977 bagi menghukum pengemis

palsu yang menipu orang ramai

Page 29: Akta Orang-Orang Papa

3) Operasi menyelamatkan orang papa perlu dijalankan setiap

hari supaya orang papa ini tidak berani untuk lepak atau mengemis

di tempat yang tertentu.

4) Orang papa yang diserahkan kepada ahli keluarga atau dibebaskan

dari Pusat jagaan perlu di awasi supaya mereka tidak kembali

menjadi pengemis.

5) Mencadangkan hukuman berat diambil terhadap pengemis berulang,

pengemis palsu dan warga asing yang masih berterusan mengemis

di negara ini.

Page 30: Akta Orang-Orang Papa

KELEBIHAN AKTA

• Memberi peluang kepada orang papa untuk

mendapatkan jagaan dan perlindungan yang

lebih terjamin.

• Memberi peluang kepada orang papa untuk

menjalani pemulihan dan dapat mengubah

kehidupan mereka setelah bebas dari Pusat

Perlindungan.

Page 31: Akta Orang-Orang Papa

•Dapat mengeratkan perhubungan antara orang papayang ditangkap

dengan ahli keluarga mereka.

•Kemasukan secara sukarela orang papa ke rumah kebajikan

memudahkan sesi intervensi dilaksanakan.

• Membantu orang papa untuk mendapatkan pekerjaan oleh Pegawai

JKM

• Arahan menempatkan orang papa yang ditangkap di rumah kebajikan

sementara menunggu keputusan majistret.

Page 32: Akta Orang-Orang Papa

KEKURANGAN AKTA

Seseorang itu tidak boleh tinggal lebih dari tempoh tiga tahun, tetapi boleh memendekkan tempoh tersebut sekiranya seseorang itu boleh hidup berdikari.

Kemudahan yang di sediakan oleh pihak yang bertanggungjawab akan menyebabkan kebergantungan orang papa ini terhadap jabatan.

Golongan ini juga diberi bantuan setiap bulan, kerenah birokrasi menyebabkan wang lambat diterima.

Page 33: Akta Orang-Orang Papa

Akta Orang papa 1977 adalah merupakan akta yang penting dalam negara kita bagi menangani masalah pengemis dan homeless

Akta ini membantu orang papa dalam mengembalikan kefungsian sosial mereka melalui pihak yang diberi tanggungjawab.

Sebagai pekerja sosial pelbagai peranan dapat dimainkan untuk membantu golongan ini asalkan PS mengaplikasikan kemahiran dan mempunyai pengetahuan.

Walau bagaimanapun setiap perkara yang dilaksanakan mempunyai kekuatan dan kelemahan serta memerlukan penelitian dan cadangan dalam penambahbaikan.

KESIMPULAN

Page 34: Akta Orang-Orang Papa

Thank you