tamadaun india

12
TAMADUN INDIA Tamadun ini wujud antara tahun 2500-1800 S.M.Selepas tempoh ini tamadun Indus telah mengalami keruntuhan. Hal ini dikaitkan dengan kedatangan orang Aryan yang telah membawa satu budaya dan

Upload: felliciakho

Post on 13-Jun-2015

1.289 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: tamadaun india

TAMADUN INDIA

    Tamadun ini wujud antara tahun 2500-1800 S.M.Selepas tempoh ini tamadun Indus telah mengalami keruntuhan. Hal ini dikaitkan dengan kedatangan orang Aryan yang telah membawa satu budaya dan tahap baru

Page 2: tamadaun india

kepada masyarakat Lembah Indus.Tahap ini dikenali sebagai Zaman Vedik. Zaman Vedik merupakan permulaan kehidupan beragama bagi masyarakat tersebut kerana pada zaman itulah lahirnya agama Hindu. Setalah beberapa ketika bertapak di Lembah Indus, menjelang abad ketujuh Sebelum Masihi perhatian masyarakat tersebut beralih ke Lembah Ganges.

    Pada zaman ini terdapat golongan pemerintah yang terdiri daripada golongan raja.Terdapat dua bentuk kerajaan, iaitu janapada atau kerajaan kecil dan mahajanapada atau kerajaan besar. Di bawah pemerintahan Chandragupta Maurya, kerajaan-kerajaan kecil ini telah disatukan. Pada tahun 321 S.M. telah lahir empayar yang pertama di India. Ini berlaku semasa pemerintahan Dinasti Maurya apabila seluruh India uatara telah disatukan. Dinasti ini mencapai kemuncak kegemilangan pada ketika pemerintahan Asoka. 

PENTADBIRAN DAN PERUNDANGAN    PERUNDANGAN            PENINGKATAN EKONOMI     AGAMA   HINDU     PERLUASAN KUASA

http://it411x01.tripod.com/ KULIAH 3 – TAMADUN INDIA

Objektif:

Di akhir pelajaran ini anda akan dapat mengetahui

1. Latar belakang sejarah tamadun India2. Mempelajari sistem politik, ekonomi dan sosial masyarakat India (unsur-unsur

utama dalam tamadun India)

Page 3: tamadaun india

3. Pengaruh Islam dalam tamadun India4. Pengaruh tamadun India

Kandungan:

1. Pendahuluan2. Perkembangan Tamadun India3. Unsur-unsur Utama Tamadun India4. Islam di India5. Pengaruh Tamadun India6. Kesimpulan

Pendahuluan

Negara India terletak di bahagian Selatan benua Asia. Keluasan negara India ialah 2,354, 175 km persegi. Negara India boleh dibahagikan kepada dua kawasan geografi iaitu:

a. India Utarab. India Selatan

Kedua-dua kawasan ini mempunyai rupa bentuk fizikal, bahasa, budaya dan amalan keagamaan yang berbeza.

Latarbelakang Perkembangan Tamadun India

Zaman pra sejarah di India dikesan berlaku sejak 100,000 s.m. di benua Lumeria di Selatan India.

Antara 10,000 hingga 6,000 s.m. wujud penempatan manusia di kawasan Kartanaka dan Lembah Ganges di bahagian tengah India.

Sekitar 3,000 s.m. penemuan kesan-kesan tamadun Lembah Indus yang merangkumi kawasan-kawasan Mohenjodaro di daerah Montgomery. Penemuan arkeologi membuktikan masyarakat di Lembah Indus sudah mencapai tamadun yang tinggi.

Page 4: tamadaun india

Tahap Perkembangan Tamadun India

a. Zaman Kuno (1500 s.m. – 1200 m)Menyaksikan kedatangan orang Aryan dari Asia Tengah dan menguasai beberapa bahagian di India seperti Lembah Ganges-Jamuna-Doab.

Penguasaan orang Aryan ini dikenali sebagai zaman Vedile. Zaman ini pula dibahagikan kepada dua zaman iaitu:

1. Vedile Awal (1500 s.m. – 100 s.m)2. Vedile Akhir (1000 s.m. – 500 s.m.)

Interaksi antara orang Aryan dengan penduduk tempatan melahirkan budaya Indo-Aryan. Pada tahun 321 s.m. muncul pula Dinasti Maurya diasaskan oleh Chandragupta Maurya dan dibantu oleh anaknya Asoka.

Mencapai kegemilangan dalam pelbagai bidang dan yang lebih penting dalam perkembangan agama Buddha dan Jainism.

Pada tahun 320-520 s.m. muncul pula Empayar Gupta yang terkenal dengan perkembangan kesusasteraan Hindu dan seni bina kuil.

Pada masa ini juga lahir kerajaan-kerajaan kecil seperti Chera, Cola dan Pandhya.

b. Zaman Pertengahan

Dikenali sebagai zaman Islam di India. Kemasukan Islam telah

melahirkan satu tamadun yang lebih cemeralang. Kerajaan Islam

yang terkenal ialah kerajaan Sabaktaqin, Ghori, Khilji dan Mughal.

b. Zaman Penjajahan Barat (mulai 1750)Kuasa Eropah yang paling awal tiba di India ialah Portugis (1498) di bawah Vasco da Gama. Kedatangan mereka kerana kepentingan

a. Perdaganganb. Politikc. Agama Krisitian

Kuasa Belanda menduduki Pulikat, Masulipatar dan Surat.

Page 5: tamadaun india

Kuasa British telah menawan Surat (1612), Madras (1640), Bombay (1655) dan Calcutta (1690). Pengaruh British terus berkembang terutamanya selepas Perang Plassey (1756).

Kedatangan penjajah ini telah membawa masyarakat India menerima pengaruh pemodenan dan budaya barat seperti agama Kristian, bahasa Inggeris dan cara hidup barat.

UNSUR-UNSUR UTAMA DALAM TAMADUN INDIA

Sistem Pemerintahan

a. Raja/Ketua Negara

- Sistem pemerintahan bercorak monarki sejak kerajaan awal sehingga

kemasukan British ke India.

- Pemimpin tertinggi dikenali sebagai Raja, Maharaja, Darmamaharaja,

Maharajathiraja, Chakravarti, Rendan, Arasar, Mannar.

- Raja mempunyai kuasa mutlak dan dibantu oleh menteri-menteri.

- Raja dilantik secara turun-temurun dan jawatan Raja Mahkota adalah

bakal raja. Raja biasanya mempunyai hubungan yang rapat dengan

golongan Brahmin.

- Setiap kerajaan mementingkan angkatan tentera yang kuat – unit infantry,

unit gajah dan unit kuda.

b. Pentadbiran Wilayah

- Sesebuah kerajaan yang besar membahagikan negaranya kepada

beberapa wilayah. Wilayah-wilayah ini pula dibahagikan kepada

kampong-kampung besar (Kurram) dan paling kecil dinamakan kampong

Page 6: tamadaun india

(Kottam)

- Kedatangan penjajah barat, dasar Europeanisme diperkenalkan. 90%

cukai diberikan kepada kerajaan.

- Sistem Presidensi diperkenalkan di Benggal, Madras dan Bombay.

Agama

a. Hindub. Buddhac. Jainad. Sikhisme. Islam

Ilmu Sains dan Matematik

a. Fizik dan Kimia – konsep jirim diperkenalkan. Ala mini terdiri dari 5 elemen iaitu tanah, angin, api, air dan angkasa.

b. Perubatan- perkembangan bidang Fisiologi, pembedahan, seni pernafasan (Yoga), reproduksi manusia, farmakalogi, perubatan binatang. Buku perubatan terkenal ialah Cakara dan Susruta.

c. Matematik – menggunakan kaedah tali (Sulvasutra). Menggunakan konsep Geometri dalam upacara-upacara agama. Memperkenalkan sistem perpuluhan. Karya matematik yang terkenal ialah Bakshali dan Aryabhatiya.

d. Astronomi – India pelopor bidang astronomi. Unsur matahari, bulan, bintang dianggap sebagai Tuhan. Dalam kitab Rig Veda ada keterangan mengenai lintasan matahari dibahagikan kepada 12 bahagian dan satu bulatan dibahagikan kepada 36 bahagian yang bermaksud 360 hari dalam setahun iaitu 12 bulan.

Bahasa dan Sastera

- Masyarakat Indo-Arya (bahagian utara) – bahasa Sanskrit.- Masyarakat Dravidia ( bahagian selatan) – bahasa Tamil.- Terdapat dua jenis kesusasteraan berdasarkan bahasa Sanskrit dan bahasa

Dravidia.- Karya-karya epik yang utama ialah Ramayana, Mahabrata dan

Buddhacharita.- Tema-tema yang dibincangkan

a. Ramayana – peperangan antara Rama dan Ravanab. Mahabrata – peperangan antara Kaurava dengan Pandarac. Arthasastra – aspek-aspek politik, ekonomi, pengurusan, kesejahteraan

negara dan ketatanegaraan.- Zaman Islam dikenali dengan kesusasteraan Siddha. Karya utama “Seera Purana oleh Umaru Pulacar. Zaman Mughal muncul tokoh-

Page 7: tamadaun india

tokoh seperti Abu Fazl, Nizamuddin dan Badauni. Sultan yang

mengutamakan kesusasteraan ialah Akhbar, Shah Jehan dan

Jahangir.

Senibina

- Senibina Hindu bermula dengan pembinaan kuil pada zaman Gupta. Kuil-kuil menggunakan ukiran Hindu.

- Senibina Buddha bermula pada zaman Maurya, Asoka dan Vedik dengan menampilkan struktur stupa Buddha.

- Seni bina Islam menggabungkan cirri-ciri Parsi dan tempatan. Pada masa pemerintahan Sultan Mahmud Ghazni menyaksikan pembinaan masjid Quwait Al-Islam di Delhi yang menggabungkan ciri-ciri Hindu-Islam. Senibina Islam yang termasyhur sehingga kini ialah Masjid Jamek di Fatehpur dan Allahabad , Masjid Moti di Agra, Taj Mahal, Kota Merah di Agra.

Kemasyarakatan dan Kekeluargaan

- Mengamalkan sistem kasta di mana masyarakatnya dibahagikan kepada a. Brahmin – golongan agama dan kerohanianb. Ksytria – tentera dan keselamatanc. Vaisya – peniagad. Sudra – petani

- Terdapat 4 peringkat kehidupan (ASRAMA). Kitab Jabala Unapishad menjelaskan 4 peringkat tersebut iaitu:a. Brahmacaryab. Ghastrac. Vanaprahastad. Sannayasa

- Kaum wanita mendapat tempat istimewa dalam masyarakat sejak zaman tamadun Lembah Indus dan dikenali sebagai Mother Goddes.

ISLAM DALAM TAMADUN INDIA

- Islam tersebar ke India melalui beberapa cara iaitu:

Page 8: tamadaun india

1. Dakwah

2. Perdagangan

3. Perkahwinan

- Agama Islam mula bertapak di India pada abad ke-8 apabila Muhammad Al-Qasim berjaya menguasai Wilayah Sind pada tahun 706 (87 Hijrah). Pada peringkat awal, Islam bertapak di bahagian Utara India.

- Kerajaan Islam yang pertama ialah Kerajaan Sabaktaqin memerintah dari 1004-1186. Pemerintahnya ialah Sultan Mahmud Al-Ghaznawi, beliau berjaya menguasai satu kawasan yang luas di utara India.

- Kerajaan-kerajaan Islam yang lain ialah Kerajaan Ghori (1189-1289), Kerajaan Khilji (1289-1321) dan yang paling terkenal ialah Kerajaan Mughal (1527-1857).

- Dinasti Mughal memerintah selama 400 tahun dan menjadi kuasa yang dominan dalam sejarah tamadun India dan memiliki kawasan yang luas.

- Pemimpin-pemimpin Dinasti Mughal yang terkenal ialaha. Akhbarb. Jahangirc. Shah Jehand. Aurangzebe. Bahadur Shah

- Elemen-elemen dari Timur Tengah telah dibawa masuk dan diasimilasikan dengan unsur-unsur tempatan dan melahirkan budaya baru yang dipanggil Indo-Islam.

-

PENGARUH TAMADUN INDIA KEPADA DUNIA

A. Keagamaan dan Kepercayaan

Agama Hindu dan Buddha telah diterima dan berkembang luas di Asia

Tenggara.

Berlaku Sinkritisme antara agama Hindu-Buddha dan kepercayaan

masyarakat pribumi.

B. Kesenian dan Hiburan

Page 9: tamadaun india

Paling berkesan dari segi senibina khususnya dalam pembinaan Candi

dan Kuil. Contohnya seperti Angkor Wat, Candi Borobudur.

C. Bahasa dan Kesusasteraan

- Masyarakat Asia Tenggara menggunakan bahasa Sanskrit sehinggalah kedatangan agama Islam. Buktinya melalui penemuan prasasti-prasasti Talang Tuwo/Kedukan Bukit yang menggunakan bahasa Sanskrit.

- Terdapat penggunaan bahasa Sanskrit seperti syurga, neraka, sembahyang dan sebagainya.

- Kemasukan epik terkenal seperti Ramayana dan Mahabrata. Ia dikenali dengan nama yang berbeza di Thailand (Ramakien), Tanah Melayu (Hikayat Seri Rama), manakala karya Mahabrata juga dikenali dengan pelbagai nama seperti Hikayat Pendawa Lima, Hikayat Pendawa, Hikayat Panca Delima dan Hikayat Sang Boma dan karya sejarah agung iaitu Negarakertagama.

d. Pemerintahan dan Kerjaan

Kemunculan kerajaan di Asia Tenggara seperti Funan, Chenla, Angkor, Sukhotai/Ayuthia, Langkasuka, Tambaralinga, Folo-an, Kedah Tua/Gangga Negara, Mataram, Singgasari, Majapahit dan Srivijaya.

E. Idea Politik dan Berkerajaan

- Konsep “kosmologis” yang meletakkan raja di tempat yang teratas. Raja dianggap sebagai penjelmaan Dewa Vishnu dan Siva.

- Pemerintahan raja yang berpandukan kepada kitab-kitab perundangan dalam pemerintahan. Kitab-kitab ini adalah mengambil beberapa aspek dari sistem perundangan Hindu seperti Kitab Dharmasutra/Hukum Kanun Manu.

Kesimpulan

Page 10: tamadaun india

Tamadun India agak unik jika dibandingkan dengan tamadun asia yang lain. Ini kerana pengaruhnya begitu menyeluruh dari aspek politik, dan sosial. Walau bagaimanapun, di Tanah Melayu/Malaysia secara amnya pengaruh agama Hindu tidak kekal, begitu juga dengan pengaruh budaya India semakin dipinggirkan.

Soalan Perbincangan

1. Pada pendapat anda, apakah unsur yang paling penting dalam Tamadun India?

2. Mengapakah Tamadun India tidak berjaya mengekalkan pengaruhnya dalam Tamadun Melayu?

3. Bagaimanakah Islam mempengaruhi kehidupan masyarakat India? Terangkan perbezaan sebelum kedatangan Islam dan selepas kedatangan Islam dalam Tamadun India?

Rujukan

1. Besham, A.L., The Wonder That Was India, 3 rd Ed. London, 1967.2. Majumdar, R.C., et. An Advanced History of India, New Delhi, Calcutta,

Bombay Madras, Macmillan India, 1967.3. Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Tamadun

Dunia, Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1999.4. Raja Krishnan, R. dan Rajantheran,M, Pengantar Tamadun India, Fajar

Bakti Sdn. Bhd., 1994.5. Mahayudin Hj. Tahya dan Ahmad Jelani Halimi, Sejarah Islam, Fajar Bakti

Sdn. Bhd., 1995.