bab 4_tamadun india

47
BAB 4 TAMADUN INDIA HASIL PEMBELAJARAN Selepas mempelajari bab ini, pelajar dapat: Untuk menerangkan isi kandungan yang relevan dalam Tamadun India sebagai faktor lengkap kepada tamadun-tamadun Asia yang lain. Untuk membincangkan keistimewaan Tamadun India dan meningkatkan tahap kefahaman dan penghargaan terhadapnya. Untuk menghayati sumbangan dan pengaruh Tamadun India kepada manusia, khususnya masyarakat Malaysia. 4.0 PENGENALAN Manusia sentiasa ingin memperbaiki taraf kehidupan mereka. Mereka sanggup bekerja keras untuk mencapai hasrat ini. Atas dasar inilah pelbagai tamadun muncul di dalam dunia. Pada zaman awal kebanyakan tamadun bermula di tepian sungai kerana penduduk-penduduknya menetap di kawasan kawasan sungai untuk mendapat kemudahan seperti makanan, minuman dan juga berhubung dengan orang lain. Keadaan sedemikian wujud juga di benua kecil India. Walaupun tarikh sebenar bermulanya Tamadun India sukar dikesan, namun tamadun ini tetap mempunyai satu sejarah yang panjang dan berlangsung sehingga hari ini. Oleh kerana tempoh tamadun ini begitu lama, maka beberapa aspek seperti sosial, corak kehidupan masyarakat, budaya, politik, struktur pemerintahan, pendidikan, sains, falsafah, agama, ekonomi, kesenian dan sebagainya terkandung di dalamnya. Tamadun India bersifat dinamik dan dapat menyesuaikan diri dengan setiap zaman yang berkembang maju itu. Tamadun India sangat berpengaruh dan dapat membantu setiap insan dalam dunia untuk menyempurnakan penghidupannya. Tanpa mengira bahasa, bangsa, agama ataupun negara, tamadun ini boleh menyumbang kepada perkembangan dunia yang serba moden yang mendukung aspek sains dan teknologi ini.

Upload: syedsms

Post on 28-Dec-2015

169 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 4_Tamadun India

BAB 4TAMADUN INDIA

HASIL PEMBELAJARAN

Selepas mempelajari bab ini, pelajar dapat:

Untuk menerangkan isi kandungan yang relevan dalam Tamadun India sebagai faktor lengkap kepada tamadun-tamadun Asia yang lain.

Untuk membincangkan keistimewaan Tamadun India dan meningkatkan tahap kefahaman dan penghargaan terhadapnya.

Untuk menghayati sumbangan dan pengaruh Tamadun India kepada manusia, khususnya masyarakat Malaysia.

4.0 PENGENALAN

Manusia sentiasa ingin memperbaiki taraf kehidupan mereka. Mereka sanggup bekerja keras untuk mencapai hasrat ini. Atas dasar inilah pelbagai tamadun muncul di dalam dunia. Pada zaman awal kebanyakan tamadun bermula di tepian sungai kerana penduduk-penduduknya menetap di kawasan kawasan sungai untuk mendapat kemudahan seperti makanan, minuman dan juga berhubung dengan orang lain. Keadaan sedemikian wujud juga di benua kecil India.

Walaupun tarikh sebenar bermulanya Tamadun India sukar dikesan, namun tamadun ini tetap mempunyai satu sejarah yang panjang dan berlangsung sehingga hari ini. Oleh kerana tempohtamadun ini begitu lama, maka beberapa aspek seperti sosial, corak kehidupan masyarakat, budaya, politik, struktur pemerintahan, pendidikan, sains, falsafah, agama, ekonomi, kesenian dan sebagainya terkandung di dalamnya. Tamadun India bersifat dinamik dan dapat menyesuaikan diri dengan setiap zaman yang berkembang maju itu.

Tamadun India sangat berpengaruh dan dapat membantu setiap insan dalam dunia untuk menyempurnakan penghidupannya. Tanpa mengira bahasa, bangsa, agama ataupun negara, tamadun ini boleh menyumbang kepada perkembangan dunia yang serba moden yang mendukung aspek sains dan teknologi ini.

4.1 KONSEP DAN TAKRIF

4.1.1. Tidak dapat dinafikan bahawa pusat lahirnya dan berkembangnya Tamadun India ialah negaraIndia. Tamadun ini unik kerana perkembangannya meliputi banyak aspek seperti agama,spirituilisme, falsafah, matematik, ekonomi, fizik, seni, budaya, astronomi dan sebagainya.

Page 2: BAB 4_Tamadun India

Namun begitu, tamadun ini unggul kerana mengandungi beberapa agama seperti Hindu, Islam,Buddha, Jaina dan Sikh. Walaupun tamadun ini dianggap tertua di dalam dunia, ia masih sangatrelevan bukan sahaja kepada penduduk India malah kepada manusia sejagat kerana intipatinyasesuai dipraktikkan oleh manusia tanpa mengira bahasa, bangsa, agama dan negara. Tamadunyang begitu mendalam dan meluas isi kandungannya, masih segar di negara kita Malaysia.Semenjak orang-orang India berhijrah ke rantau Asia Tenggara, khusunya Semenanjung TanahMelayu, pengaruh tamadun ini sudah mula dirasai. Lama-kelamaan sehingga hari inipengaruhnya dapat dilihat di dalam pelbagai aspek kehidupan orang-orang Malaysia walaupunmereka menganut agama lain dan menggunakan bahasa yang lain. Pada masa sekarang bolehdikatakan isi kandungan tamadun ini sangat relevan bagi negara kita bukan hanya untukmengeratkan hubungan dan mendukung perpaduan, malah melengkapkan warganegara denganpengetahuan yang begitu tinggi mutunya.

4.1.2. Kedatangan atau penghijrahan orang-orang India ke rantau Asia Tenggara dan Persekutuan TanahMelayu berlaku dalam beberapa fasa. Pada awalnya mereka datang sebagai pahlawan semasapemerintahan Raja Chola di India. Bukti-bukti menunjukkan bahawa orang-orang India pernahbertapak di kawasan Kedah. Peringkat kedua ialah kedatangan orang-orang India sebagaipedagang khususnya selepas pembukaan Melaka yang menjadi pusat perniagaan di rantau ini.Mereka bersama-sama dengan pedagang Arab dan Cina menjalankan perniagaan di rantau ini.Fasa ketiga menyaksikan penghijrahan orang-orang India dengan jumlah yang banyak semasapemerintahan Inggeris. Mereka dibawa masuk sebagai buruh untuk bekerja di sektorperladangan dan lain-lain bidang tertentu.

4.2. WILAYAH

4.2.1. Kedudukan Geografi

Negara India terletak di antara Lautan Hindi dan Pergunungan Himalaya. Negara ini boleh dibahagikepada India Utara dan India Selatan. Pergunungan Vindhya merupakan sempadan yang membahagikan

Page 3: BAB 4_Tamadun India

India Utara dan India Selatan. India Utara terbentang sehingga ke kawasan Himalaya di utara manakalaIndia Selatan terbentang dari Sungai Tapti di Pergunungan Vindhya hingga ke Kannyakumari di selatan.Ini bermakna Tamadun India berkembang luas daripada dua bahagian tersebut dan perkembangannyajuga menyaksikan perbezaan yang ketara.

4.2.2. Tamadun Indo-Arya

Penduduk-penduduk di India Utara pada amnya dikenali sebagai masyarakat Indo-Arya. Bahasa Sanskritmenjadi bahasa utama dalam kumpulan bahasa-bahasa Indo-Arya. Empat buah Veda iaitu Rig, Yajur,Sama dan Atharva menjadi pegangan kuat bagi masyarakat ini. Keempat-empat Veda atau kitab inimencerminkan aspek pemikiran, kepercayaan, amalan dan kehidupan masyarakat Indo-Arya.Tamadunnya bermula dari Sungai Indus.

4.2.3.Tamadun Dravida

Rakyat di India Selatan pula dikenali sebagai masyarakat Dravida. Bahasa Tamil menjadi asas untuksemua bahasa Dravida. Kepercayaan, pemikiran, amalan dan kehidupan penduduk-penduduk kawasanini adalah berasaskan kepada Saivisme dan Vaisanavisme. Tamadun Dravida ini banyak dibicarakandalam puisi-puisi Sangam.

4.3 SEJARAH, KERAJAAN DAN PENTADBIRAN BANGSA, BAHASA EPOCH

a) Zaman Prasejarah (10 000 S.M. – 1000 S.M.)i. Zaman ini meliputi tiga peringkat iaitu Zaman Batu Awal (Paleolitik), Zaman BatuPertengahan (Mesolitik) dan Zaman Batu Baru (Neolitik).ii. Zaman Paleolitik memperlihatkan masyarakat yang sudah mula memperolehi kemahiranteknologi. Terdapat teknologi pembuatan yang menghasilkan alatan batu untuk memburu.Kehidupan mereka agak sederhana di mana mereka mengumpul makanan dan berpindahrandah (nomad).iii. Zaman Mesolilitk menyaksikan perubahan dalam kehidupan masyarakat. Mereka tidakberpindah randah tetapi sudah mempunyai tempat tinggal yang tetap. Mereka menjalankankegiatan pertanian dan penternakan. Mereka mahir dalam pertukangan dan masih membuatbarang-barang daripada batu.

Page 4: BAB 4_Tamadun India

iv. Zaman Neolitik menyaksikan penduduk yang mahir menjalankan kegiatan pertanian,menternak binatang, membuat pinggan mangkuk dan membuat perhiasan. Bentuk budayasudah muncul. Penempatan yang tetap bermula dengan pembinaan rumah-rumah dan konsep78perkampungan wujud. Rumah dibuat daripada tanah lumpur. Terdapat lukisan-lukisan yangmenghiasi pinggan mangkuk.

b) Zaman Protosejarah (3000 S.M. – 1500 S.M.)i. Zaman ini bermula di Lembah Sungai Indus. Tamadun yang muncul dalam zaman ini dianggaptertua dan terpenting kerana pencapaiannya dalam bidang ekonomi dan kebudayaan yang begituunggulii. Aspek-aspek seperti perancangan bandar, pembinaan rumah, hubungan perdagangan denganpihak luar dan penyembahan kepada Tuhan Siva dapat diperhatikan.iii. Kedudukan Sungai Indus dan sumber aslinya telah membolehkan masyarakat tempatanmenceburkan diri dalam bidang pertanian. Keadaan ini secara tidak langsung membantu untukmembina perkampungan yang tetap. Kemahiran membuat peralatan besi dan gangsamenghasilkan pelbagai alat keperluan seharian.iv. Dua buah bandar iaitu Harappa dan Mohenjadaro telah memberi banyak maklumat tentangtamadun India pada masa ini. Kehidupan di bandar secara tersusun telah bermula. Pendudukberkebolehan dalam hal perancangan bandar dan mengadakan peraturan kesihatan. Sistemsaluran dan bekalan air diadakan.

c) Zaman Awal# Zaman Vedik (1500 S.M. - 1000 S.M)Zaman ini menyaksikan kedatagan masyarakat Arya dari Asia Tengah. Mereka berjaya menjadipenduduk tetap di India dan berinteraksi dengan masyarakat tempatan. Pergaulan ini melahirkansatu masyarakat yang dikenali sebagai Indo-Arya. Orang-orang Arya menghalau keluarmasyarakat Dravida yang dahulunya menetap di kawasan tersebut ke selatan dan dengan itukeruntuhan Tamadun Indus mula berlaku. Orang-orang Arya mengamalkan cara penghidupanmengikut kitab Veda yang memperkayakan unsur kebudayaan dan amalan keagamaan.

Page 5: BAB 4_Tamadun India

# Zaman Empayar Maurya (326 S.M. -185 S.M.)(i) Apabila orang-orang Arya mengalih pengaruh mereka ke bahagian timur, khususnya dipersekitaraan Lembah Ganges, tumpuan di Lembah Indus sudah berkurangan. Pada masainilah Magadha mendirikan Empayar Maurya.(ii) Dinasti Maurya memberi sumbangan yang baik terutamanya dalam bidang agama.Buddhisme dan Jainisme menjadi popular kerana pemerintah memeluk agama-agama ini.(iii) Dua orang tokoh yang masyhur dalam Empayar Maurya ialah Chandragupta Maurya danAsoka. Chandragupta Maurya mengasaskan pemerintahan yang sistematik yang membawakepada terbentuknya empayar. Pemerintah yang bernama Bindusura mengembangkanempayar sehingga menguasai sebahagian besar di India.(iv) Raja Asoka terkenal kerana selepas peperangan Kalinga baginda memeluk agama Buddhadan menjadi penaung untuk menyebarkannya ke negara-negara luar seperti China.(v) Zaman ini juga menghasilkan kitab yang bernama Arthasastra karya Kautilya yangsehingga hari menjadi pengaruh kuat dalam soal-soal pemerintahan.

# Zaman Empayar Gupta (280-550 T.M)Zaman ini dikenali juga sebagai zaman klasik kerana perkembangan kesusasteraan Hindukhususnya dalam seni bina kuil. Dua karya iaitu Sakunthala dan Kama Sutra dihasilkanpada zaman ini. Raja-raja dapat melancarkan kempen ketenteraan untuk menghapuskanancaman pihak musuh.79

# Zaman Sangam (300 S.M. – 300 T.M)(i) Zaman ini merujuk kepada pemerintahan di bahagian selatan India. Zaman ini sangatpenting dalam sejarah Tamil kerana menjadi akar umbi bagi kerajaan-kerajaan Tamil diSelatan India.(ii) Tiga buah kerajaan yang terkenal dalam zaman ini ialah Chera, Chola dan Pandya.Sumbangan ketiga-tiga kerajaan ini dalam pelbagai bidang tidak dapat ditandingisehingga hari ini.(iii) Kerajaan Chera memerintah bahagian yang dikenali sebagai Kerala pada hari ini dankawasan di bahagian barat Tamil Nadu. Ibu negerinya ialah Vanji.(iv) Kawasan Tiruchi dan Thanjavur menjadi tanah pemerintahan raja-raja Chola. Ibunegerinya ialah Uraiyur tetapi Kaveripoompattinam menjadi pelabuhan yang penting.

Page 6: BAB 4_Tamadun India

(v) Madurai dan bahagian di selatan Tamil Nadu diperintah oleh raja-raja Pandya. Merekamenamakan Madurai sebagai ibu negeri.

Sumbangan:

Pemerinathan yang saksama memudahkan perkembangan sastera Tamil. Banyak karyaklasik yang tiada tandingnya sehingga hari ini dihasilkan. Pattupattu dan Ettuttokai ialahdua koleksi terbesar yang dihasilkan.

Raja-raja sangat mementingkan kebajkan rakyat. Agama Hindu berkembang dan pemujaan mendapat tempat utama di kalangan rakyat.

# Zaman Gelap (250 T.M.- 600 T.M)i) Zaman ini memperlihatkan pemerintahan oleh raja-raja Kalabhra yang datang dari UtaraIndia. Mereka berjaya menundukkan raja-raja Chera, Chola dan Pandya untuk memerintahNegara Tamil. Mereka menjadi penaung bagi agama Buddha dan Jaina yang secara tidaklangsung menggantikan kepercayaan agama tradisi orang-orang Tamil. Walaupun begitu,zaman gelap juga memberi sumbangan dalam bidang sastera, pendidikan, budaya dan sosial.

Sumbangan:

Pengaruh daripada Sastera Sanskrit mengutamakan prinsip-prinsip moral dan karya-karyabertemakan etika dikarang. Empat kelas sosial iaitu Brahmin, Ksatriya, Vaisya dan Sudra diperkenalkan. Sistem Arya mempengaruhi kehidupan orang-orang Tamil khusunya dalam upacaraperkahwinan. Tiga karya agung iaitu Tirukkural, Cilappatikaram dan Manimekalai dihasilkan.

# Zaman Pallava (600 T.M. - 900 T.M.)Kerajaan Pallava menggantikan pemerintahan Kalabhra. Raja-raja ini banyak membantudalam meningkatan kembali kegemilangan zaman keagamaan Hindu.Raja-rajamengembalikan pemerintahan Tamil di India Selatan.

Sumbangan: Pemerintah membantu memulihkan pergerakan bhakti dalam mazhab Saiva danVaisnava. Raja-raja membantu menyebarkan Saivisme dan Vaisnavisme. Kitab PanniruTirumurai dan Nalayirat Tivya Pirapantam dihasilkan. Kedua-dua kitab ini masih

Page 7: BAB 4_Tamadun India

menjadi panduan kepada agama-agama ini. Golongan nayanmar (wali-wali mazhabSaivisme) dan kumpuln alvar (wali-wali mazhab Vaisnavisme) menyumbangkantenaga mereka untuk menyampaikan mesej suci agama-agama ini. Pembinaan kuil-kuil berlaku secara besar-besaran.

# Zaman Chola (900 T.M. – 1350 T.M)Zaman Chola merupakan zaman yang paling subur dalam sejarah negara Tamil. Tempohantara kurun 9 hingga pertengahan kurun 13 memperlihatkan zaman gemilangan kerajaanini kerana pada masa itulah mereka melancarkan serangan-serangan luar danmemperluaskan sayap ke Dataran Ganga, Myanmar dan Sri Lanka.

Sumbangan:Usaha kerajaan Pallava untuk membina kuil-kuil Hindu diteruskan oleh raja-raja Chola.Usaha ini secara tidak langsung mengembangkan Hinduisme khususnya Saivisme.Zaman ini menyaksikan karya-karya sastera yang asalnya dalam bahasa Sanskritditulis semula dalam bahasa Tamil sesuai dengan kebudayaan tempatan.Kamparamayanam karya Kampan adalah satu contoh yang disadurkan daripadaRamayana.Zaman ini juga menyaksikan kelahiran karya-karya bercorak tatabahasa.

d) Zaman Pertengahan @ Islam dan Dinasti Mughal (1526 T.M. – 1857 T.M.)

(i) Zaman ini dianggap penting kerana menyaksikan kedatangan Islam dan pengaruhnyayang begitu berkesan diperhatikan di bahagian India Utara. Proses Islamisasi berlakudengan pesat tetapi kuasa tempatan yang memerintah masih berterusan terutamanya diSelatan India.

(ii) Pengaruh Islam bermula daripada kawasan-kawasan pelabuhan dan pada abad ke-11sudah wujud beberapa Kerajaan Islam. Bermula dengan Dinasti Subaktigin, diikutidengan Kerajaan Ghori, Kerajaan Khilji dan berakhir dengan Kerajaan Mughal, Islamtelah memiliki satu tempoh yang gemilang dalam sejarah negara India.

(iii) Kerajaan Mughal bukan sahaja kerajaan akhir di India tetapi merupakan kuasa dominanselama 400 tahun di India. Kerajaan ini diperintah oleh raja-raja yang hebat sepertiBabur, Humayun, Akbar, Jahangir, Shah Jahan dan Aurangzeb.

Sumbangan:

Islam menyebabkan kemuculan satu budaya komposit.Unsur-unsur Islam dan Hindu dapat disaksikan dalam aspek bahasa, kesusasteraan,

Page 8: BAB 4_Tamadun India

perubatan, astronomi, muzik, tarian, senibina, senilukis dan sebagainya.Ajaran sufi yang menggalakan kasih sayang untuk penyatuan dengan Tuhan jugamempengaruhi orang-orang tempatan.

@ Kerajaan Vijayanagar (1350 T.M. – 1750 T.M.)

Apabila Islam berkuasa di bahagian Utara India, Kerajaan Viyayanagar mula menaklukikawasan Tamil Nadu di selatan. Raja-raja ini didapati berbangsa Telugu dan mula bertapakapabila menghulurkan bantuan kepada pemerintah tempatan yang takut kepada serangan Muslimdari bahagian Utara India. Namun demikian jasa mereka tetap wujud.

Sumbangan:

Dalam bidang agama, Saivisme dan Vaisnavisme terselamat daripada ancaman agama lain.Kerajaan membantu dan menentukan persefahaman antara agama.Banyak kuil dibina dan kuil lama terus dipelihara.Teks agama dan falsafah diberi ulasan yang jelas.Teks-teks yang menerangkan ajaran Islam turut dihasilkan. Penyair-penyair Islam jugamuncul dan seorang bernama Umaru Pulavar termasyhur kerana karya Cirappuranam yangmenerangkan agama Islam.Genre baru yang dikenali sebagi sastera minor atau pirapantam muncul pada masa ini.

e) Zaman Eropah (1750 T.M. – 1947 T.M.)

Perkembangan agama Kristian dan usaha untuk mencari bahan rempah mendorong orang Eropahdatang ke India. Pada mulanya orang-orang Portugis menjejak kaki di Goa. Selepas itu, Inggerismasuk ke India dan akhirnya mengambil alih pentadbiran negara India secara keseluruhan.Inggeris memerintah India bagi satu tempoh yang panjang dan menghadapi pelbagai tentangandaripada orang tempatan. Namun demikian, mereka dapat mematahkan segala halangan danakhirnya terpaksa memberi kemerdekaan kepada India.

Sumbangan:Inggeris menyebarkan agama Kristian. Penduduk yang dipinggirkan melalui sistem kastacuba memeluk agama baru ini.Orang-orang Kristian membantu memperkembangkan sastera tempatan. Banyak karyaditerjemahkan ke dalam bahasa Inggeris.

Page 9: BAB 4_Tamadun India

Bentuk prosa diperkenalkan.Muzik dan drama mendapat perhatian orang ramai. Genra seperti novel dan cerpen muladigunakan.

4.4 MASYARAKAT DAN BUDAYA

4.4.1. Sistem Keluargai. Masyarakat India boleh dibahagikan kepada masyarakat Indo-Arya dan masyarakat Dravida.Kumpulan Indo-Arya berasal dari kawasan Asia Tengah dan menetap di India Utara. MasyarakatDravida pula menetap di bahagian selatan India.

ii. Terdapat susunlapis masyarakat mengikut Veda yang diistilahkan sebagai Ashrama dharma. Ianyaadalah empat peringkat kehidupan - Brahmacarya, Grahasta,Vanaprasta, Sannyasa.

iii. Peringkat Brahmacarya meliputi individu yang berusia sehingga 24 tahun. Dalam peringkat inipembelajaran diutamakan. Individu diasuh untuk menerima pendidikan informal sehingga 12 tahundan kemudian diajar pendidikan yang lebih formal. Tahap ini menentukan seseorang itu menerimailmu pengetahuan dan pendidikan di samping mendisiplinkan diri dalam usaha menempuhkehidupan selanjutnya.

iv. Peringkat kedua iaitu Grahasta ialah kehidpan berumah tangga. Walaupun pembelajaran elokditeruskan, namun seseorang itu mempunyai tugas kepada keluarga dan masyarakat. Tahap inimemerlukan seseorang itu melaksanakan tanggungjawabnya kepada keluarga. Melahirkan anakanakyang baik budi pekerti mereka dan memelihara keharmonian keluarga menjadi aspek yangpenting. Peringkat ini menjadi nadi bagi tiga tahap lain.

v. Vanaprasta atau peringkat ketiga dalam sistem ini memohon seseorang itu mengalih pandangankepada unsur-unsur yang lebih serius dan memikirkan tentang hal kerohanian dan keduniaan.Mereka digalak menjadi pertapa dan bermeditasi.vi. Dalam peringkat Sannyasa seseorang itu tidak mempunyai perkaitan dengan hal-hal duniawi tetapimenyebarluaskan idea dan pengetahuan tentang kehidupan suci. Mereka tidak lagi mengutamakankebendaan atau memiliki hawa nafsu. Malah keinginan untuk mencapai kesempurnaan hidup

Page 10: BAB 4_Tamadun India

memuncak pada tahap ini.

vii. Suatu hal yang penting dalam struktur keluarga dalam masyarakat India ialah keistimewaan yangdiberi kepada kaum wanita. Sejak peradaban Lembah Indus kaum wanita dihormati dan diberikedudukan yang tinggi. Namun begitu, kaum wanita terhad kebebasan mereka. Pada usia mudamereka berada di bawah jagaan ibu bapa dan apabila sudah berkahwin mereka berada dalamlingkungan keluarga dan suami. Fungsi wanita seolah-olah mengasuh anak dan menjaga suamisahaja. Di sebaliknya wanita juga disifatkan sebagai boneka kepada tradisi masyarakat atasanmengikut catatan dalam karya Arthasastra. Wanita dikehendaki menceburkan diri dalam bidangtarian muzik. Perkara-perkara ini mungkin merendahkan sifat wanita tetapi peranan kaum wanitadalam kehidupan sosial masyarakat tidak boleh diperkecilkan.

4.4.2. Sistem Kasta

i. Ia merupakan satu institusi yang unik dalam Tamadun India. Pelbagai komen yang negatifdilemparkan terhadap konsep ini yang mengaitkannya dengan agama. Sebenarnya agama Hindutidak mendukung konsep ini dan beberapa tokoh telah menolak kehadirannya dalam agama.Namun begitu, sistem ini masih wujud dengan menonjolkan idea yang tidak seimbang. Sebenarnyasistem ini menitikberatkan idea kelas dalam masyarakat. Setiap kelas mempunyai peranan masingmasingdan tidak perlu bertikai tentang hieraki mereka.

ii. Empat kasta yang utama ialah Brahmin, Ksatriya, Vaisya dan Sudra. Brahmin ialah golonganpendidik. Tugas mereka ialah mengajar dan menghasilkan lebih banyak guru-guru agama. Ksatriyamenjadi golongan pemerintah. Mereka harus menjaga keamanan dan keselamatan negara. Vaisyapula golongan peniaga yang menguruskan perdagangan. Kelas Sudra merupakan golongan pekerja.

4.4.3. Bahasa dan Kesusasteraan

i. Dua bahasa utama ialah bahasa Sanskrit dan bahasa Dravida. Bahasa Sanskrit digunakan olehkumpulan Indo-Arya. Bahasa ini digunakan dalam penulisan kitab-kitab Veda walaupun ianya

Page 11: BAB 4_Tamadun India

berubah dari segi fonologi dan morfologi dengan bertukar kepada loghat Prakrit dan Pali. TokohPanini yang digelar sebagai sarjana tatabahasa telah menyusun satu sistem tatabahasa yang lengkapdalam bahasa Sanskrit. Walaupun kini bahasa Sanskrit hanya wujud sebagai bahasa persuratan,bahasa Hindi, Urdu dan Tamil masih digunakan.ii. Kecemerlangan bahasa Sanskrit tidak dapat dinafikan. Kitab Veda yang suci itu ditulis dalambahasa Sanskrit. Beberapa aliran falsafah menerangkan intinya dengan menggunakan bahasaSanskrit. Tidaklah keterlaluan jika dikatakan bahasa Sanskrit menyumbang kepada perkembangankesusasteraan dan falsafah.iii. Bahasa Dravida merangkumi beberapa bahasa yang penting di bahagian Selatan India. BahasabahasaTamil, Telugu, Malayalam dan Kannada dianggap penting. Bahasa-bahasa ini dituturkanseperti berikut.

Bahasa Negeri

Tamil Tamil NaduTelegu Andhra PradeshMalayalam KeralaKannada KarnatakaRajah 1. Rumpuan Bahasa di Selatan India

iv. Di antara bahasa-bahasa tersebut, bahasa Tamil dianggap sebagai bahasa tertua. Ada cendekiawanberpendapat bahasa Dravida ini telah wujud sebelum tibanya orang-orang Arya. Kajian jugamenunjukkan hadirnya ungkapan-ungkapan Dravidia dalam kitab-kitab Veda.

v. Kesusasteraan Sanskrit mengandungi banyak karya yang bermutu dan memiliki ajaran yangmatang. Kesusasteraan Vedik, epik Mahabharata dan Ramayana, dan drama tergolong ke dalamkesusasteraan Sanskrit.

vi. Kesusasteraan Vedik disusun pada tempoh 1500 T.M. hingga 300 S.M. Istilah Sruti dan Smritidigunakan untuk menerangkan kesusasteraan Vedik. Ajaran-ajaran yang diwahyukan oleh TuhanMaha Esa kepada para pendeta disebut Sruti. Manakala segala tafsiran dan ulasan tentang sasteraini dan diperturunkan kepada generasi akan datang dikatakan smriti.

Kitab-Kitab Veda

Page 12: BAB 4_Tamadun India

Tempoh Isi KandunganRig 1500 S.M Mazmur dan pujian kepada Dewa-DewiYajur 1500-1000 S.M. Mazmur yang digunakan dalamupacaraSama 1500-1000 S.M. Antologi mazmur Rig Vedabersama muzikAtharva 1200 S.M. Koleksi mazmur untuk menjauhkandiri daripada penyakit, kematian,sihir,dsb.Rajah 2. Kitab-Kitab Vedavii. Ramayana merupakan epik yang terkenal dan banyak dibaca. Valmiki menghasilkannya antaratahun 200 S.M. hingga 200 T.M. Epik ini mengandungi sejumlah 24000 seloka. Setiap orangHindu menghormati epik terbesar ini. Ramayana dianggap sebagai sebuah kitab yang memilikiunsur-unsur nilai tertinggi dan prinsip-prinsip ideal yang tiada sebarang kecacatan. Kekuatan ceritadan nilai yang terkandung di dalam menyebabkannya diterjemah ke dalam beberapa bahasa dunia

viii. Sinopsis Ramayana - Ramayana ialah kisah tentang RAMA (lambang kebaikan). Epik Ramayanamenggambarkan bagaimana seorang individu harus menjalani kehidupan dan juga bagaimanaseorang raja patut memerintah dan melaksanakan tugas. Pada masa dahulu seorang raja yangbernama Dasaratha memerintah negara yang digelar Ayodhya. Baginda ini mempunyai tigaorang permaisuri, namun tidak dikurniakan anak. Oleh itu, baginda mengadakan satu ‘yagna’(upacara pengorbanan). Hasil daripadanya baginda direstui dengan empat orang putera.Kausalya, isteri pertamanya melahirkan Rama. Kaikeyi, isteri kesayangan baginda melahirkanBharata. Laxman dan Shatrugna dilahirkan oleh Sumitra, isteri ketiga baginda. Keempat-empatputera ini diasuh dan dididik oleh beberapa orang pendeta sehingga mereka menjadi pahlawan.Pada suatu hari Pendeta Viswamitra meminta Dasaratha menghantar Rama bersamanyauntuk membunuh seorang perempuan jahat. Rama dan Laxman mematuhi arahan itu, dan terusmengikuti Viswamitra. Selesainya tugas ketiga-tiga insan ini pergi ke Mithila, sebuah kerajaanyang diperintah oleh raja Janaka. Di sana Rama berjaya mematahkan busar dan kemudianberkahwin dengan Sita, puteri kepada Janaka.

Page 13: BAB 4_Tamadun India

Mereka hidup dengan gembira. Raja Dasaratha hendak menyerahkan takhtanya kepadaRama dan mengisytiharkan tarikh pertabalan. Berita ini menggembirkan semua orang kecualiKaikeyi yang cemburu dan mahu putera kandungannya menjadi raja. Kaikeyi menggunakan duaperjanjian yang diberi oleh Dasaratha. Takdir berkuasa dan Kaikeyi yang begitu sayang kepadaRama memohon kepada Dasaratha supaya menabalkan Bharata sebagai raja dan menghantarRama ke hutan rimba selama empat belas tahun. Rama, Sita dan Laxman berlepas ke hutan.Dasaratha tidak dapat melihat kesengsaraan ini lalu meninggal dunia. Apabila Bharatha kembalidaripada rumah saudaranya segala hal diketahuinya. Beliau marah dan terus ke hutan untukmemohon ampun dan meminta Rama pulang ke negara. Rama enggan berbuat demikian atasalasan hendak mendukung permintaan ibu bapanya. Sebagai pengganti Bharata pulang denganmenjunjung ‘paduka’ Rama.Di dalam hutan Rama menghadapi banyak masalah. Surpanaka, adik kepada Raja Ravana,pemerintah negara Sri Lanka, cuba mimikat Rama tetapi gagal. Kemudian beliau cuba mendekatiLaxman dengan hasrat yang sama. Laxman memotong hidung Surpanaka. Perkara inimenimbulkan kemarahan Ravana yang kemudian melarikan Sita. Hal ini disiasat oleh Hanuman,kawan baik Rama. Dengan itu peperangan sengit tercetus antara Rama dengan Ravana. AkhirnyaRavana dikalahkan dan Sita diselamatkan. Tempoh empat belas tahun pun selesai. Rama pulangke negara asalnya dan memerintah dengan adil.

Ajaran moral epik ini ialah kebaikan akan sentiasa mengatasi kejahatan. Dalam apa jua keadaanpun, seseorang itu harus menjalani kehidupan dengan mendukung nilai-nilai murni.

ix. Epik Mahabharata dihasilkan oleh pujangga Vyasa antara tahun 400 S.M. dan 400 T.M. Epik inimerangkumi lebih daripada 74,000 seloka dan dimuatkan dalam 18 buah buku. Epik ini diterimasebagai karya puisi yang terpanjang di dunia.

x. Sinopsis Mahabharatha - Epik ini berkisar pada perebutan kuasa takhta dalam kerajaanHastinapura. Perebutan ini berlaku antara dua kumpulan adik beradik dalam keluarga yang

Page 14: BAB 4_Tamadun India

sama. Mereka digelar sebagai Kaurava dan Pandava. Kumpulan Kaurava mengandungi sebanyakseratus orang anak dan bapa mereka ialah Raja Dhritarashtra. Pandava berjumlah lima oranganak kepada Raja Pandu yang mati akibat kena sumpahan. Kelima-lima putera ini bernamaYudhisthira, Arjuna, Bheema, Nakula dan Sahadeva. Kesemua ini sangat taat setia danbertanggungjawab. Mereka mendukung nilai-nilai yang baik yang menjadi teladan kepadamanusia sejagat sehingga hari ini. Sebaliknya, kumpulan Kaurava yang diketuai olehDuroyadhana diselubungi dengan sifat kebencian dan kecemburuan. Mereka bertekad hendahmenghapuskan Pandava melalui apa cara pun.Pandava berkahwin dan Draupadi menjadi isteri kesayangan mereka. Kaurava menjadi marahdan menjemput Pandava untuk berjudi. Takdir berkuasa dan Pandava hilang takhta, kerajaan danharta. Mereka dikenakan hukuman untuk berada di dalam hutan selama 12 tahun. Selepasmenjalani ‘penjara’ itu mereka akan dipulangkan kerajaan. Namun demikian, temu janji yangdibuat oleh Kaurava tidak dilaksanakan.Sri Krishna yang sentiasa menyebelahi keadilan menjadi utusan perdamaian. Baginda berjumpadengan Kaurava lalu memohon mematuhi janji yang telah dibuat. Keengganan merekamengakibatkan peperangan yang dinamakan Peperangan Kurukshetra. Dewa Krishna sendirimenjadi pemandu kepada Arjuna untuk mengalahkan Kaurava. Krishna melafazkan kitabBhagavadgita kepada Arjuna. Setelah berperang dengan sengit, Kaurava ditundukkan. Selepasitu, Pandava memerintah negara Hastinapura dengan adil dan saksama.Epik ini mengajar manusia supaya berpegang kepada janji dan jangan sekali-kali memiliki sifatsifatnegatif.

xi. Bhagavadgita merupakan sebahagian daripada epik Mahabharata. Bhagavadgita mengandungiajaran agama yang bercorak falsafah. Dalam peperangan antara Pandava dan Kaurava, Arjunamenghadapi dilema kerana diwajibkan membunuh saudara dan ahli-ahli keluarganya. Sri Krishnamemahami perasaan Arjuna dan cuba menasihati beliau tentang kebenaran untuk mencapai tarafhidup yang sempurna. Sri Krishna menerangkan bahawa (a) seseorang itu harus bertindak dan

Page 15: BAB 4_Tamadun India

menjalankan tanggungjawab dengan tidak mengharapkan sebarang balasan; (b) seseorang itu perlumenyerahkan dirinya kepada Tuhan; (c) disiplin rohani dan jasmani sangat penting; (d) sifat-sifatseperti hawa nafsu, kemarahan, haloba, dengki dan sebagainya hendaklah dikikiskan.

xii. Natya Sastra ialah sebuah buku yang mengandungi aspek drama, muzik dan tarian. Segala halberkaitan dengan persembahan, teater ataupun konvensi pentas, teknologi penerbitan, gaya artisdan sebagainya diselitkan dalam buku ini. Harus diketahui bahawa setiap gerakan dalam tarian,khusunya tarian klasik Bharatha Natyam, mempunyai makna yang luas.

xiii. Kesusasteraan Dravida khasnya Sastera Tamil

Tolkappiyam adalah buku tatabahasa yang pertama dan masih menjadi teks rujukan sehingga padahari ini. Walaupun penciptanya, Tolkappiyar, menerangkan dengan terperinci aspek fonologi,morfologi dan sintaksis bahasa Tamil, beliau juga memasukkan tema-tema yang harus digunakandalam penggubalan puisi. Buku ini menjadi pegangan bukan sahaja kepada ahli-ahli bahasa tetapijuga pujangga yang mencipta puisi. Puisi-puisi dalam Kesusasteraan Sangam sepenuhnyamematuhi segala peraturan yang terdapat dalam Tolkappiyam.

Dua tema unggul yang diterangkan oleh Tolkappiyar ialah akam dan puram. Akam bermaksudcinta suci di antara seorang teruna dengan seorang anak dara. Puram pula bererti keperwiraanseseorang. Dengan kata-kata lain, akam menunjukkan sifat dalaman manakala purammenggambarkan sifat luaran.

xiv. Kesusasteraan Sangam sebenarnya mengandungi dua koleksi yang disebut Ettutokai danPattupattu. Ettutokai merujuk kepada antologi lapan buah teks yang temanya terdiri daripadaakam, puram atau kedua-duanya sekali. Begitu juga Pattupattu atau koleksi nyanyian.Istilah akam membawa erti di dalam, rumah, tempat, kawasan pertanian, dada dan minda. Dalambidang budaya dan sastera akam adalah cinta, rahsia hidup (batiniah) dan asas prinsip dalaman.Puisi-puisi akam menggambarkan inspirasi batin, cinta; sesuatu yang harus dirasa dan difahami;

Page 16: BAB 4_Tamadun India

sesuatu yang perlu dibayangkan kepada mereka yang telah mengalaminya ataupun mempunyaipengalaman tentangnya.Puram merupakan faktor luar daripada cinta. Puisi puram merangkumi riwayat hidup pahlawan,kehidupan pengorbanan diri, kehidupan penderma dan pemurah, kehidupan insan yang agung,kehidupan dari segi kesederhanaan tragedi kehidupan sejak kelahiran hingga kematian. Kesemuaini mendapat inspirasi dari prinsip asas cinta.Satu kaedah yang unik ialah klasifikasi tempat dalam sastera Tamil. Sifat-sifat fizikal alammenjadi dasar klasifikasi ini. Lima kawasan yang dikenalpasti ialah Kurinci (kawasanpergunungan), Mullai (kawasan hutan), Marutam (kawasan sawah), Neytal (kawasan pantai) danPalai (kawasan kering).

xv. TirukkuralTirukkual merupakan sastera klasik yang penting dan tertua di dalam Kesusasteraan Tamil. Karya inidianggap sebagai khazanah sastera dunia kerana isi kandungannya dan pemikiran yang disebut didalamnya dapat dibandingkan dengan sastera-sastera etika lain di dunia. Tirukkural telah menjadi kitabpegangan hidup kepada masyarakat Tamil sejak beberapa abad. Raja-raja di Tamil Nadu menganggapTirukkural sebagai sumber inspirasi yang terpenting dalam usaha memerintah secara adil dan bijaksana.Pengarangnya ialah pujangga Tiruvalluvar.Tirukkural memiliki 1330 koplet. Terdapat 130 bab kesemuanya. Setiap bab mengandungi 10koplet. Tirukkural dibahagi kepada tiga bahagian iaitu Kebenaran (Aram/Dharma), Kenegaraan(Porul/Artha) dan Cinta (Inbam/Kama). Ketiga-tiga bahagian ini dikenali sebagai muppal atau trivarga.Bahagian pertama menegaskan bahawa perhubungan manusia dengan dirinya, jiwanya,kehidupan sendiri, kehidupan mesra dan segala hal berkait rapat dengan dirinya merupakan satu aspeksahaja dalam kehidupan manusia di dunia ini. Ada juga perhubungan dengan masyarakat, negara,generasi, raja, keperluan asas bagi kebendaan dan sosial, kehidupan umum dan sebagainya. Bahagiankedua membicarakan tanggungjawab pemerintah terhadap rakyat, negara dan jajahan-jajahan dibawahnya. Sifat-sifat raja dan juga rakyat diterangkan. Bahagian ketiga menegaskan bahawa seoranginsan yang telah memperkembangkan sahsiahnya dalam aspek moral dan spirituil, dan seorang yang

Page 17: BAB 4_Tamadun India

melibatkan diri dengan kehidupan sosial dan politik, berhak untuk bergembira dan memiliki kehidupansendiri.Sebenarnya, karya Tirukkural melambangkan cita-cita kemanusiaan yang amat sederhanad dania membicarakan berbagai corak soalan tentang sikap manusia terhadap dirinya sendiri dan terhadapdunia luas.

4.4.4. Agama

i. Agama Hindu atau Hinduisme merupakan satu cara hidup.Agama Hindu sering disebut denganistilah Sanatana dharma yang bermaksud agama yang kekal abadi. Hinduisme adalah salah satuagama yang besar di dunia tetapi berbeza dengan agama lain kerana tiada pengasas.Tarikhbermulanya agama ini juga tidak diketahui. Bukti pertama tentang munculnya agama ini dikesandalam Tamadun Lembah Sungai Indus pada masa 4000 tahun dahulu. Perlu disebut patung-patung,mohor dan objek-objek yang dijumpai dalam ekskavasi mengukuhkan usia lama agama ini.ii. Biasanya agama Hindu dibahagi kepada enam mazhab mengikut Tuhan yang disembah.

Tuhan MazhabSiva SaivismeVishnu VaisnavismeSakti SaktaMuruga KaumaramGanesha GanapatiyamSurya SauramRajah 3: Mahzab Hinduisme

i. Hinduisme adalah agama yang tertua di dunia. Dengan memiliki lebih dari bilion penganut, agamaini merupakan agama yang ketiga besar dalam bumi ini. Hinduisme merangkumi idea-idea agama,falsafah dan budaya. Ia juga mengandungi amalan yang bersifat kepercayaan kepada kelahiransemula, Tuhan yang mutlak, peraturan sebab dan efek, mengagungkan keadilan dan keinginan unukmelepaskan diri dari kelahiran dan kematian yang semuanya berasal dari India. Ada juga pendapatbahawa agama itu adalah amalan hidup.

ii. Setiap agama yang berkembang maju dalam dunia ini sentiasa mendukung disiplin dan prinsip yang

Page 18: BAB 4_Tamadun India

dihuraikan di dalamnya. Walaupun terdapat penganut yang menyalahtafsirkan nilai-nilai itu yangboleh membawa kepada keretakan dalam masyarkat seagama itu dan menyebabkan keteganganantara penganut agama lain, namun memahami setiap nilai atau panduan hidup itu akan merapatkanmanusia sejagat kerana semua agama berasaskan perbincangan yang sama, mungkin melaluikaedah yang berbeza.

iii. Dalam Hinduisme terdapat lima prinsip yang utama. Lima prinsipnya ialah (i) Kewujudan Tuhanyang tunggal, (ii) Manusia itu suci, (iii) Perpaudan melalui percintaan, (iv) harmoni agama dan (v)pengetahuan tentang sungai yang suci, kitab yang suci dan mantra yang suci. Sepuluh disiplin yangbersifat universal ialah kejujuran (satya), kesederhanaan (ahimsa), tidak berzina (brahmacharya),tidak merompak (Asteya), kesucian (aparigraha), kebersihan (shaucha), kepuasan (santosh),mengaji kitab (swadhyaya) dan penjimatan (Tapas).

iv. Etika atau nilai-nilai menjadi inti utama setiap agama. Etika mengambil tempat yang istimewadalam agama Hindu. Nilai-nilai ini boleh diberi pelbagai definisi. Di sini nilai boleh berhubungdengan ekspresi atau kepercayaan terhadap sesuatu objek, kualiti atau tingkah laku. Nilai secarapositif menerangkan kebaikan atau hasrat dan sebagai negatif menghuraikan keburukan ataupengharaman. Nilai-nilai ini boleh menetapkan matlamat kehidupan, membentuk keperibadianseseorang ataupun menjadi ‘benchmark’ untuk menilai kelakuan individu dan masyarakat.

v. Hindusime membezakan antara kebaikan dan keburukan ataupuan yang diterima dan yang dilarang.Etika ini diajar melalui teladan oleh pemimpin dan guru, insan-insan yang suci (sadhus) dan orangzahid (sagas). Terdapat beberapa orang guru yang berkebolehan untuk melakukan perkara-perkarayang ajaib kerana memiliki anugerah Tuhan. Selain itu, kitab-kitab Hindu juga memberi panduantentang moraliti. Sebagai contoh, epik Ramayana (dalam kesusasteraan Melayu diadurkan sebagaiHikayat Seri Rama) mencadangkan nilai-nilai seperti tidak membunuh, tidak merompak, tidakberzina, tidak minum arak dan sebaliknya memelihara sikap persaudaraan, menghormati semua

Page 19: BAB 4_Tamadun India

jenis hidupan (ahimsa), mengamalkan makanan sayur-sayuran dan menghormati yang tua. Tidakterdapat satu pusat agama yang berwibawa teapi agama ini berkembang atas ikatan dantanggungjwab keluarga dan masyarakat.

iii. Agama BuddhaBuddhisme berkembang bebas daripada pengaruh Veda. Agama ini diasaskan oleh Siddhartha Gautama.Baginda adalah putera kepada Raja Suddhodana Gautama, seorang raja daripada suku bangsa Shakya diIndia. Baginda dilahirkan pada 563 S.M. Semasa kelahiran diramal bahawa baginda akan menjadiMaharaja jika sanggup memerintah atau akan menjadi Buddha jika menjalani kehidupan bertapa. IbuNyameninggal seminggu selepas kelahiranNya. Baginda diperbesarkan oleh adik ibuNya, juga isteri keduaSuddhodana. Sejak kecil lagi, Buddha sudah meminati kehidupan bertafakur. Terkejut dengan sikapBuddha, ayahandaNya mewujudkan satu dunia keseronokan dan mengahwinkanNya dengan Yasodhara.Mereka dianugerah dengan seorang putera yang diberi nama sebagai Rahula dan suasana ketika itusangat mesra.Pada satu hari sesuatu yang aneh berlaku. Siddhartha menaiki kereta kuda hendak pergi melihatbeberapa taman. Dalam perjalananNya baginda ternampak seorang tua yang sedih dan berputus asa,seorang lagi yang menderita kerana penyakitnya dan beberapa orang yang mengusung mayat ke tempatperkuburan. Bertanya kepada pemanduNya, baginda diberitahu segala ini adalah perkara biasa. Pada hariyang berikut baginda berhadapan dengan seorang pertapa yang memberitahu bahawa ia hendak mencarijalan pembebsan bagi dirinya dan semua umat. Keempat-empat peristiwa ini membawa kesan yangmendalam kepada Buddha. Baginda meninggalkan istanaNya, berjubah sebagai seorang zahid berjalanmenuju ke arah hendak mencari kebenaran.Buddha pada ketika itu hanya berusia dua puluh sembilan tahun. Selama enam tahun bagindacuba berpuasa dan menyeksa diri tetapi tidak memperolehi sebarang jawapan bagi soalanNya. Bagindamenyedari bahawa menyeksa diri sendiri tidak berguna. Baginda teringat kepada pengalaman awaltentang meditasi mistik dan mengamalkan mod disiplin. Baginda duduk di bawah pokok ara yangkemudian digelar Bodhi dan bermeditasi. Akhirnya Buddha menerima kesedaran (Enlightenment).

Page 20: BAB 4_Tamadun India

Baginda terus bermeditasi dan segala rintangan dapat diketepikan dan akhirnya menjadi Buddha.Baginda mula menyampaikan khutbah pertama di Taman Rusa berhampiran Varanasi. Sahabat-sahabatlamaNya menjadi kumpulan pengikut pertama. Baginda mengembara jauh untuk mengajar doktrinNya.Baginda mangkat pada tahun 483 S.M. ketika berusia lapan puluh tahun, di sebuah desa dekat BandarKusinagara. Sebelum kemangkatanNya baginda sempat bertitah kepada pengikut utamaNya yangbernama Ananda. “Ananda, mungkin beberapa orang daripada kamu menganggap kata-kata Tuan sudahberakhir kerana Tuan sudah tiada lagi. Tetapi ia tidak benar. Segala kebenaran dan Peraturan Dunia,yang telah saya ajar akan menjadi Guru bila saya sudah pergi. Buddha merupakan Tuan yang sempurnadan tiada sebarang perkara yang remeh-temeh,” ujarNya.

Dhamma

Dhamma ialah perkataan bahasa Pali yang membawa maksud Dharma. Ajaran dharma bukan ditujukankepada sesuatu kumpulan atau kelas tertentu. Ia merupakan prinsip kepada masyarakat dunia. Buddhabersabda, “Buatlah sesuatu kepada orang lain yang kamu sendiri mahu orang lain melakukannya kepadakamu. Jangan sekali-kali cuba membuat kejahatan.” Intipati ajaran Buddha tentang dharma terdapatdalam khutbah pertama yang disampaikan oleh Buddha di Taman Rusa. Ia menjadi asas kepada konsepRoda Dharma. Buddha mahukan pengikutNya berpegang jalan tengah dan menolak kedua-dua sikapmengagungkan diri dan menghina diri. Berdasarkan ini, Buddha menerangkan Empat Kebenaran Muliadan Lapan Jalan Mulia. Buddha sendiri mengasaskan Sangha, satu angkatan yang mengandungi biara.Tiga formula yang utama angkatan ini ialah:

Tiga Formula

Buddham saranam gacchami(Saya menyerah diri kepada Buddha)Dharmam saranam gacchami(Saya menyerah diri kepada Undang-Undang)Sangham saranam gacchami(Saya menyerah diri kepada Angkatan)Rajah 4: Formula Buddha

Page 21: BAB 4_Tamadun India

Matlamat Buddhisme ialah mengatasi samsara ataupun roda kelahiran semula. Seseorang harusmengikis karma dengan menjauhi diri daripada perbuatan jahat. Terdapat dua bahagian dalam ajaran iniiaitu Empat Kebenaran Mulia dan Lapan Jalan Mulia.

Empat Kebenaran Mulia

Buddha mengemukakan empat kebenaran mulia yang merupakan penemuan utamaNya. Bagindaberperanan sebagai seorang saintis sosial dapat memerhatikan kehidupan manusia dan mengetahui setiapinsan menghidap sejenis penderitaan atau penyakit. Baginda menamakannya sebagai Empat KebenaranMulia (Four Noble Truths). Setiap insan perlu memahami dalam kehidupan manusia memang adapenderitaan. Kesengsaraan ini berpunca daripada perbuatan kita sendiri. Kita harus mengenal pastipenderitaan itu. Identiti tentang jenis penderitaan akan memudahkan kita mencari sebab ianya wujud.Kita janganlah berputus asa dengan penderitaan kerana setiap penderitaan boleh diatasi. Seseorang kiniperlu mencari jalan atau cara untuk melepaskan diri daripada segala penderitaan.

Empat Kebenaran Mulia

Penderitaan itu universal (duhkha)Ada punca segala penderitaan (duhkha samudaya)Penderitaan itu boleh diatasi (duhkha nirodha)Ada cara untuk mengatasi penderitaan (duhkha nirodha marga)Rajah 5: Kebenaran Mulia

Perlu difahami bahawa dalam kategori kesedihan, kedua-dua pengalaman pahit dan manis dimasukkan.Kepakaran tidak perlu untuk mengenalpasti benda-benda yang menyedihkan atau sebaliknya. PenemuanBuddha dikatakan merangkumi segala yang menyedihkan, perwujudan empirik meliputi keadaan yangsering berubah dan pengulangan kelahiran dan kematian. Ini bererti segalanya berhubung dengan jasaddan minda yang kompleks dan bukanlah realiti. Segala sifat seperti keseronokan, kesedihan, sensasiberhubung dengan deria, idea, konsep berhubung dengan intelek, kecenderungan, dorongan, kerelaanberhubung dengan kekuatan diri semuanya adalah tidak tetap, bersifat seketika dan penuh dengankesengsaraan. Pendek kata, kelahiran semula adalah kesakitan. Tiada kesedihan yang wujud bersamajasad. Segala yang direkcipta adalah kesedihan.

Page 22: BAB 4_Tamadun India

Segala penderitaan ada puncanya. Buddha menyebutnya sebagai roda empirik yang mengandungi 12rangkaian iaitu:kecuaian (avidya)kecenderungan (samskara)kesedaran tentang kuasa karma (vijnana)nama dan bentuk (nama rupa)lima organ deria dan minda (sadayatana)hubungan antara deria dengan objek (sparsa)sensasi (vedana)nafsu (trsna)bergantung kepada pengwujudan (upadana)bertekad untuk lahir (bhava)kelahiran (jati)usia tua dan kematian (jara marana)

Doktrin dua belas rangkaian ini merupakan utama dalam punca kesedihan. Ia bermaksud setiapfaktor akan diikuti dengan faktor yang berikut dan membentuk satu rangkaian. Konsep utama di siniialah kesedihan berpunca daripada kecuaian. Perlu ditegaskan bahawa kecuaian di sini bererti tidakmenyedari kepentingan Empat Kebenaran Mulia.Kebenaan yang ketiga ialah kesedihan dapat ditamatkan apabila kita melepaskan segala sifatkeinginan dan kehendak. Kecuaian menggalakkan kita mencari keseronokan dan tindakan itu membawakesengsaraan. Kita sentiasa cuai tentang kebenaran bahawa diri kita ini tidak kekal dan tiada sebarang

benda yang tetap. Apabila kesedihan dapat dihapuskan, nirvana atau keamanan yang agung dan kekalabadi akan tercapai.Segala penderitaan boleh dihapuskan melalui kaedah tertentu. Buddha menyebutkannya sebagaiDhammapada atau Lapan Jalan Mulia. Pembebasan adalah bertentangan dengan proses ikatan dankesedihan. Lapan jalan mulia membantu mengubah proses itu dan membebaskan individu.

Lapan Jalan Mulia

Buddha mengemukakan ajaran Lapan Jalan Mulia untuk menghapuskan penderitaan dan kesengsaraan dikalangan manusia. Lapan disiplin yang tergolong dalam panduanNya bukanlah langkah-langkah yangdiamal secara berturut-turut. Semuanya hendaklah dipraktikkan serentak. Jika dicuba serentak, seseorangdapat berinteraski dan menguatkan aspek-aspek itu. Ia akan membawa kepada transformasi yang

Page 23: BAB 4_Tamadun India

menyeluruh dan sublimasi kebolehan individu. Pencapaiannya merupakan kemenangan di manakesedihan terhapus.

Lapan Jalan MuliaPandangan yang betul (Kefahaman)Aspirasi yang betul (Cita-Cita)Pertuturan yang betul (Komunikasi)Kelakuan yang betul (Aksi)Kehidupan yang betul (Sara Hidup)Usaha yang betul (Daya Usaha)Minda yang betul (Mental)Konsentrasi yang betul (Meditasi)Rajah 6: Jalan Mulia

Buddha mencadangkan lapan cara untuk mencapai kesempurnaan hidup atau nirvana. Pandangan yangbetul tentang kerja-kerja amal dan perbuatan yang membawa kebaikan harus diketahui. Aspirasi yangbetul perlu berkisar pada sifat tidak gelojoh, tidak membenci, dan sebagainya. Pertuturan hendaklahbenar dan jangan sekali-kali membohongi orang ataupun memfitnahkan orang lain. Tindakan yang baikialah tidak membunuh, tidak mencuri dan tidak melakukan zina. Kehidupan yang baik bermaksudmenjalani kehidupan yang halal tanpa rasuah atau mengumpulkan harta melalui cara haram. Setiaporang harus bertekad untuk mencapai sesuatu melalui usaha yang murni. Minda yang betul bererti setiaporang harus memahami jasad, perasaan dan hubungan minda dengan objek. Meditasi yang betul akanmemudahkan kita menjauhi diri daripada lima perkara buruk – membunuh, mencuri, menipu, meminumarak dan berzina.

Mazhab Hinayana dan Mahayana

Semasa pemerintahan Raja Asoka, ajaran Buddha berkembang maju dan tersebar luas. Dalam peredaranmasa interpretasi Buddha dan kehendak semasa oleh pengikutNya telah membawa kepada dua mazhabutama – Hinayana dan Mahayana. Kumpulan Hinayana disebut Teravata atau doktrin orangberpengalaman. Ia menegaskan kehidupan astetik. Pengikut mazhab ini mendakwa bahawa merekalahmemelihara doktrin asal Buddha. Buddhisme Hinayana terkenal di kawasan selatan seperti India Selatan,Sri Lanka, Myanmar, Negeri Thai dan Asia Tenggara. Pendukung mazhab Mahayana mengakui bahawa

Page 24: BAB 4_Tamadun India

pembebasan hanya dapat dicapai melalui Bodhisattva atau guru sebagai orang perantaraan. Mazhab initersebar ke Tibet, Mongolia, Korea, China dan Jepun.Etika Buddhisme

Etika Buddhisme didapati sangat popular di kalangan rakyat pada masa itu kerana ia banyakmempengaruhi kehidupan mereka. Buddha sebenarnya menggariskan sebanyak sepuluh peraturan untukdihayati dan diikuti oleh semua. Di antaranya lima dianggap universal dan dinamakan Pancasila. Tidakmembunuh,tidak bercakap bohong, tidak mrompak, menghindari daripada hawa nafsu, dan tidak minumarak.

iv. Agama Jaina

Jainisme adalah salah sebuah agama yang lama di India. Ia mendahului segala catatan yang terdapat didalam kitab-kitab Hindu. Ia adalah asli dan bersifat unik berbanding dengan sistem-sistem lain dalambenua India.Jainisme diasaskan oleh manusia dan diamalkan oleh orang yang telah mencapai pengetahuan yangsempurna dan kawalan kendiri. Mereka juga bebas daripada segala ikatan duniawi. Manusia bersifatdemikian dianggap memiliki unsur-unsur ketuhanan. Jainisme diasaskan oleh Mahavira (597-527 S.M.)lebih kurang 2600 tahun dahulu. Baginda merupakan seorang putera yang memperolehi kemewahan,kesenangan dan perkhidmatan dengan mudah. Apabila baginda mencapai usia 30 tahun, bagindameninggalkan keluargaNya dan keluar daripada istana. Baginda menjadi rahib untuk mengikis segalakesakitan, kesedihan dan penderitaan yang dialami dalam kehidupan ini. Baginda bermeditasi selama duabelas setengah tahun untuk mengatasi hasrat, perasaan dan hubungan. Akhirnya baginda mencapai‘enlightenment’. Selepas itu, baginda merantau berjalan kaki untuk menyebarkan kepada rakyat tentangkebenaran eternal. Usaha ini diteruskan sehingga saat akhir hayatnya pada usia 72.Ajaran-ajaran Mahavira ditulis dalam bahasa Prakrit, bahasa lisan orang ramai. Para cendekiawankemudian menuliskannya dalam bahasa klasik Sanskrit. Semasa pemerintahan Chandragupta Maurya,Jainisme di bawah pimpinan Badbahu (400 S.M.) tersebar luas ke seluruh bahagian Selatan India.

Sembilan Prinsip

Page 25: BAB 4_Tamadun India

Realisme dan relativisme agama Jaina digambarkan dalam skema kategorinya. Agama Jaina mengakuirealiti sebanyak sembilan kategori.

Sembilan Prinsip yang diucapkanroh atau kesedaran (Jiva)jirim yang tidak hidup (Ajiva)sebab memenuhi karma (Asrava)ikatan dengan karma (Bandha)pahala (Punya)dosa (Papa)menghentikan karma (Samvara)pengikisan karma (Nirjara)pembebasan (Moksha)Rajah 7: Prinsip Jainisme

Jiwa itu banyak. Semuanya bersifat eternal iaitu tidak direkacipta. Satu klasifikasi jiwa berdasarkanjumlah akal dikemukakan.

Jumlah Akal Deria Contoh

Satu sentuhan bumi, air, api, udara,tumbuhan, pokok.Dua sentuhan, rasa siput dan cacingTiga sentuhan, rasa, hidu kala jengking, semut, kutu, pijatEmpat sentuhan, rasa, hidu,penglihatanlalat, nyamuk, lebah, rama-ramaLima sentuhan, rasa, hidu,penglihatan,pendengaranmanusia, haiwanEnam lima deria dan minda m anusiaRajah 8 : Enam Jenis Akal

Ajiva bererti tidak bernyawa. Pahala dapat diperolehi melalui kebajikan, kata-kata mesra dan pemikiranyang sihat. Doa muncul akibat perbuatan, pemikiran dan kata-kata jahat. Seseorang boleh menyebabkanpengaliran masuk karma melalui pemikiran dalaman dan luaran. Hubungan bermakna ikatan dengan

karma. Sekatan membawa maksud menghentikan kemasukan karma. Karma ini kemudian digugurkan.Akhirnya jiwa mencapai moksa atau pembebasan.

Svetambara dan Digambara

Page 26: BAB 4_Tamadun India

Jainisme menarik perhatian segala lapisan manusia - kaya dan miskin, raja dan orang ramai, lelaki danperempuan, putera dan pendeta. Setelah kemangkatan Mahavira, Jainisme memiliki dua mazhab iaituDigambara dan Svetambara. Sekolah-sekolah ini tidak banyak berbeza dari segi prinsip dan ideologi.Hanya beberapa amalan membezakan kumpulan ini. Kumpulan Digambara tidak mementingkan pakaiankerana kompas adalah pakaiannya. Hal ini tidak patut disalahtafsirkan kerana ‘kebogelan’ di sinibermaksud seorang yang telah melepaskan segala-galanya termasuk pakaian dalam dunia dan menarikdiri daripada kehidupan rutin untuk menumpukan perhatian terhadap pengetahuan mutlak. Manakalapendeta Svetambara memakai pakaian yang berwarna putih. Kedua-dua kumpulan ini menerima etikadan falsafah sebagai pegangan asas.

Etika Jainisme

Etika Jainisme ialah kesederhanaan, kasih sayang dan tidak menyakitkan segala benda hidup melaluipertuturan, pemikiran dan tindakan. Ia adalah agama yang mengutamakan cinta kepada semua bendahidup. Orang-orang Jain perlu mengambil sumpah tentang lima perkara:

kesederhanaan (Ahimsa) iaitu tidak menyakitikan mana- mana benda hidup kebenaran (Satya) - hanya bercakap benar tidak mencuri (Asteya) - tidak merampas atau mengambil harta orang lain kesucian (Brahmacharya) - tidak meminati keseronokan tidak bergantung (Aparigraha)- bebas dari segala-segalanya.

v. Agama Sikh

Ajaran agama Sikh yang diasaskan oleh Guru Nanak (1469-1539) dan sembilan orang Guru Sikhtermaktub dalam Sri Guru Granth Sahib Ji. Kitab suci tersebut menjadi Guru selama-lamanya bersamakaum Khalsa.Mesej Guru Nanak dalam ajarannya menyentuh kod moral (morality) dan kerohanian (spirituality)serta semangat kemanusiaan (humanity) tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan gender dalammasyarakat. Guru Nanak mengasaskan agama Sikh dengan berpandukan sekiranya hendak mendekati(menyayangi) Tuhan maka haruslah kita mempunyai perasaan sayang antara satu sama lain dalamsesebuah masyarakat.Agama Sikh merupakan agama monoteisme dan kepercayaan utama ialah mengenai kewujudan

Page 27: BAB 4_Tamadun India

ketuhanan yang Satu, iaitu bersifat nirankar (tidak berbentuk/formless), abadi, amat berkuasa dan manusiatidak dapat menghuraikannya. Penganut Sikh percaya bahawa Tuhan wujud di mana-mana jua dan Tuhansajalah yang mempunyai segala sifat kesempurnaan. Penganut Sikh menyebut nama Tuhan denganperkataan Waheguru bermakna “Tuhan yang menakjubkan”. Guru Nanak menekankan konseppersaudaraan sesama manusia (Tully dan Jacob 1986: 17). Dalam sesi pengembaraannya (udasis), GuruNanak menyampaikan mesej sejagat supaya umat manusia mematuhi ajaran agama masing-masing secarakomited dan ikhlas.Sri Guru Gobind Singh Ji (1675-1708) merupakan Guru terakhir dalam sejarah Sikh. Beliaumempunyai minat yang mendalam dalam bidang pendidikan termasuk menguasai bahasa Punjabi, fasihberbahasa Sanskrit, Braj dan Parsi serta membaca pelbagai teks klasik. Gobind Rai juga memiliki sifatkeindahan (estetika) dalam mengubah puisi dan menulis skrip Gurmukhi dalam bentuk kaligrafi (HarbansSingh 1999: 58). Beliaulah satu-satu insane yang menyelamatkan agama ini daripada ancaman agama lain.

Kepercayaan Agma Sikh

Kepercayaan kepada Tuhan yang Satu Kepercayaan kepada Guru Kepercayaan kepada Sri Guru Granth Sahib Ji Kepercayaan kepada kebebasan Kepercayaan kepada sistem demokrasi

Etika Agama Sikh

Pertama: Kebenaran merupakan prinsip peraturan yang paling asas dan utama dalam ajaran agama Sikh.Misalnya, bercakap benar dan melakukan sesuatu perbuatan dengan jalan yang benar serta mengutamakankebenaran adalah dituntut oleh agama Sikh. Walaupun kebenaran adalah pahit dan jalan yang amat sukardilalui, menjalani kehidupan dengan penuh kebenaran sesungguhnya diredhai oleh Waheguru.

Kedua, ialah sifat kejujuran dan ia berkait rapat dengan sifat kebenaran. Misalnya, bersikap jujur bukansahaja merupakan satu sifat mulia, malah sesuatu yang mendapat perhatian dan dititikberatkan oleh semuaajaran agama. Manusia akan mendapat ketenangan jiwa, kebahagiaan batiniah dan hati yang luhur denganmengamalkan sifat-sifat kejujuran dalam kehidupan mereka.

Page 28: BAB 4_Tamadun India

Ketiga, penganut Sikh perlu mempunyai sifat ketahanan diri yang teguh dan mengikuti segala ajaranagama Sikh untuk mendekati Waheguru. Agama Sikh juga menyeru umatnya belajar daripada kesilapanyang lalu. Hal ini kerana manusia yang berjaya sebenarnya telah mempelajari segala kesilapan dankegagalan masa lalu sehingga membolehkan mereka memperbaiki daya ketahanan diri masing-masing.

Keempat, cara hidup berkeluarga atau gristhi ashram dimestikan dan semula jadi sifatnya. Dalam agamaSikh, kehidupan berkeluarga penting kerana selain menyahut seruan Guru, mereka juga seharusnyamelaksanakan tangggungjawab kepada keluarga. Agama Sikh memandang mulia kepada individu yangmengamalkan cara hidup berkeluarga dan mementingkan perkahwinan dalam kehidupan mereka.

Kelima: sifat ketaatan juga penting dalam kehidupan seseorang penganut Sikh agar individu tidak berbelahbahagi terhadap ajaran agama Guru-guru Sikh. Mereka juga harus mempunyai sifat ketaatan dankomitmen yang tinggi terhadap bangsa dan negara mereka kerana agama Sikh mengajar umatnya supayatidak mementingkan diri sebaliknya mengutamakan kebajikan umat manusia lain.

4.4.5.Aliran Falsafah

i. Istilah Falsafah India merujuk kepada beberapa tradisi pemikiran falsafah yang berakar umbi diIndia termasuk Falsafah Hindu, Falsafah Buddha dan Falsafah Jaina. Falsafah India mempunyai satusejarah yang panjang dan berterusan yang memperlihatan fasa perkembangan yang jelas. Pemikir Indiamemandang falsafah sebagai satu amalan yang perlu dipelihara untuk memahami kehidupan dalam duniaini. Sudah menjadi kebiasaan bagi penulis India untuk menjelaskan pada bahagian awal hasil karyamereka tentang cara ia dapat membantu mencapai matlamat manusia.Sekolah-sekolah falsafah India boleh dibahagi kepada ortodoks (astika) dan heterodoks (nastika)berasaskan penerimaan kewibawaan kitabVeda.

Falsafah India

Ortodoks Pengasas H e t e r o d oks PengasasNyaya(logik)Gautama Carvaka

Page 29: BAB 4_Tamadun India

(materialisme)CarvakaVaisesika(atom)Kanada Buddha(kepercayaan)BuddhaSamkhya(enumerasi)Kapila Jaina(etika)MahaviraYoga(meditasi)Patanjali

Mimamsa(ritual)JaiminiVedanta(tradisiUpanisad)SankaraRajah 9 : Sistem-Sistem India

ii. Carvaka ialah materialisme. Seorang pendeta yang bernama Carvaka dipercayai sebagai pengasassistem materialisme ini. Tempohnya bermula selepas era Upanisad tetapi sebelum perkembanganBuddhisme. Carvaka mengkaji sumber dan kesahan pengetahuan manusia tentang realiti. Bagi orangorangCarvaka, persepsi (Pratyaksa) adalah sumber tunggal dan kriteria pengetahuan. Hanya yang dapatdipersepsi melalui pancaindera dianggap benar. Mereka menolak aspek inferens dan testimoni sebagaisumber pengetahuan. Mereka membahas dan membantah kewujudan inferens. Jisim diterima sebagairealiti. Kehadiran Tuhan dan jiwa tidak boleh dipersepsi atau dialami dan oleh itu patut ditolak. Tiadasyurga dan neraka. Hanya jisim wujud dan akan terus hadir. Jisim diterima sebagai penyebab materialyang efisyen dalam dunia. Konsep Hedonisme menjadi satu sifat yang penting. Walaupun terdapatpengikut yang cuba menentang Hedonisme, namun semua menerima kepentingan masyarakat, undangundangdan disiplin.

iii. Falsasah Buddha diasaskan oleh Gautama Buddha (563-483 S.M.).

Buddhisme mementingkan

Page 30: BAB 4_Tamadun India

kehidupan yang tidak tetap dan penderitaan yang bersangkut paut dengannya. Semua benda yangbernyawa dan tidak bernyawa terus berubah. Tiada yang tetap atau kekal abadi. Kehidupan ini penuhdengan kesengsaraan atau dukha yang berpunca daripada kecuaian. Karma berakar daripada kecuaian.Ianya dibawa dari satu kelahiran hingga satu kelahiran lain. Ini bermaksud keadaan dalam kehidupanpada masa ini adalah disebabkan oleh karma pada kelahiran terdahulu. Pemikran, pertuturan dantindakan yang lampau boleh mempengaruhi pengwujudan masa ini. Satu unsur yang menarik dalamBuddhisme ialah doktrin yang menolak jiwa. Berbeza dengan falsafah utama yang lain, Buddhisme tidakmenerima jiwa atau atman sebagai entiti kekal. Ia mengutarakan teori nirvana iaitu pembebasansepenuhnya daripada penderitaan. Nirvana dapat dicapai melalui pengetahuan sempurna, keamanansempurna dan kearifan yang sempurna.

iv. Jainisme menerima Mahavira (599-527 S.M.) sebagai pengasasnya. Beliau diterima sebagaiTirthankara yang kedua puluh empat. Falsafah Jaina tidak mendukung Veda sebagai kitab yangberwibawa. Ia bersifat ateis dan menolak konsep Brahman sebagai pencipta dunia. Dunia ini dipercayaibersifat eternal dan tidak bersempadan. Orang-orang Jaina mengklasifikasi semua benda sebagai yanghidup(jiva) dan bukan hidup (ajiva). Jiva hadir dalam jasad ini. Sifat unggulnya ialah kesedaran.Terdapat jumlah jiva yang tidak terhad dan digred berdasarkan pancaindera. Jiva itu bukan tetap danboleh berubah dari satu badan ke badan lain.

v. Nyaya diasaskan oleh Gautama. Nyaya menerima falsafah Vaisesika. Perbezaannya ialahVaisesika mementingkan teori manakala Nyaya mengutamakan amalan. Nyaya mengakui Tuhan tetapipengasasnya tidak melibatkan diri dengan perbincangan masalah pengwujudan Tuhan. Bagi Nyaya, jivaadalah benda tunggal, eternal dan hadir. Kesedaran bukanlah atribut penting jiva, tetapi hadir secaratidak sengaja. Pembebasan sempurna ialah ketiadaan kesakitan dan keseronokan. Ia juga meliputipembebasan daripada roda kelahiran dan kematian.

vi. Kanada, seorang cendekiawan, mengasaskan sistem Vaisesika. Sistem ini juga purba sepertiBuddhisme dan Jainisme. Kanada mengemukakan teori atom. Ianya ersifat pluralistik dan mengandungi

Page 31: BAB 4_Tamadun India

tujuh kategori - benda (dravya), kualiti (guna), tindakan (karma), universal (samanya), khusus (visesa),inherens (amavaya) dan tidak wujud (abhava). Bagi sistem ini setiap efek adalah satu permulaan baru. Iamenolak sama sekali teori pengwujudan sebagai penyebab efek. Sekolah ini tidak banyak membicarakantentang Tuhan tetapi para komentator kemudian telah merujuk kepada jiva utama yang sempurna dankekal abadi. Sistem ini menerima Tuhan sebagai penyebab utama dunia. Atom-atom eternal adalahpenyebab jisim dunia. Vaisesika juga mengakui 9 benda - lima bercorak material dan empat sebagai

bukan material. Lima benda material merangkumi bumi, air, api, angin dan atmosfera. Ruang, masa, jivadan minda merupakan bukan material.

vii. Samkhya adalah falsafah popular yang diasaskan oleh Kapila. Dua aliran falsafah iaitu Samkhya(realistik) dan Vedanta (idealistik) berkembang berasaskan kitab Upanisad. Samkhya menggabungkandoktrin asas Samkhya dan Yoga. Perlu difahami bahawa Samkhya bercorak teori manakala Yoga adalahaspek praktikal. Sistem ini menerima dua realiti iaitu Prakriti (jisim) dan Purusha (roh). Baginya keduaduajisim dan roh adalah benar. Ia bercorak pluralistik kerana mendukung prinsip bahawa roh itubanyak. Prakriti yang bukan individu juga tidak sedar. Ianya dipengaruhi oleh roh dan wujud sebagaiobjek pengalaman jiwa. Prakriti mengandungi tiga sifat atau guna - (i) Sattva - kesucian, kehalusan dankelembutan; (ii) Rajas - aktiviti dan gerakan; (iii) Tamas - kecuaian, tidak sensistif dan tidak bertindak.

viii. Patanjali mencadangkan sistem Yoga. Yoga berkait rapat dengan Samkhya dan bersifat praktikal.Dalam karya yang dinamakan Yoga-Sutra ajaran ini diselitkan. Karya ini menunjukkan cara mencapaiemansipasi melalui kawalan citta yang mengandungi intelek, ego dan minda. Kaedah ini digelarastanga-yoga yang dibahagi kepada lapan peringkat. (i) Yama - kawalan diri daripada aktiviti immoralluar; (ii) Niyama - kawalan kendiri untuk memelihara nilai dan etika kehidupan; (iii) Asana - posturbadan untuk bermeditasi; (iv) Pranayama - cara mengawal pernafasan; (v) Pratyahara - menolakpancaindera; (vi) Dharana - konsentrasi; (vii) Dhyana - meditasi; (viii) Samadhi - penyatuan. Yogaberakhir dengan penyerahan diri kepada Tuhan. Ia hanya mendukung kewujudan satu Tuhan dan tidak

Page 32: BAB 4_Tamadun India

ada purusha sepertiNya.

ix. Mimamsa yang bererti menyiasat dan memperolehi pengetahuan menerima kewibawaan Veda.Jaimini diterima sebagai pengasasnya. Mimamsa sepenuhnya menerima Veda dan mengutamakantestimoni lisan. Ia menerima kata-kata atau sabda sebagai pengetahuan unggul.

x. Vedanta berasaskan Upanisad dipopularkan oleh Sankara. Berbanding dengan sistem-sistem lain,Vedanta lebih muda dan perkembangannya berlaku dalam tempoh terdekat. Vedanta meliputi bukansahaja ajaran Upanisad malah tetapi juga segala komentar interpretasinya. Tiga komentar mengenaifalsafah Upanisad dijalankan oleh Sankara (advaita), Ramanuja (Visistadavita) dan Madhava (dvaita).Sekolah-sekolah ini memfokuskan falsafah Vedanta. Ia menerangkan cakerawala, roh individu danTuhan. Tuhan mempunyai pengetahuan dan kuasa yang tidak digugat. Tetapi roh individu terjerumusdalam karma yang menyebabkannya terikat kepada hasrat dan nafsu. Ini menyebabkan kelahiran yangtidak terhad jumlahnya. Transmigarasi dari satu kelahiran ke satu kelahiran bergantung kepada karma.Oleh itu, pembebasan atau moksha menjadi matlamat hidup individu.

4.5. PANDANGAN SEMESTA DAN NILAI-NILAI

4.5.1. Pandangan Semesta

i. Sifat Penerimaan

a. Negara India bukan sahaja menyaksikan tiga zaman malah menerima pentadbiran Hindu, Muslimdan Inggeris. Penghijrahan penduduk berlaku yang menyebabkan muculnya unsur-unsur budaya,tradisi, agama, falsafah, bahasa, idea dan sebagainya.b. Memang berlaku perbezaan- kebaikan dan keburukan, toleransi dan kefanatikan, perpaduan danperpecahan, kesetiaan dan ketidaksetiaan, kerjasama dan individualism, keadilan danketidakadilan. Tetapi perbezaan hendaklah digunakan untuk mewujudkan perpaduan seperti kata“perpaduan dalam kepelbagaian”

ii. Sifat Toleransi(i) Dasar pendidikan Inggeris diperkenalkan oleh penjajah Inggeris. Walaupun ianya bertentangandengan pendidikan tempatan, namun orang-orang India menerima dengan sikap terbuka kerana

Page 33: BAB 4_Tamadun India

ilmu yang terkandung di dalamnya. Kebanyakan ahli-ahli pendidik menganggap mempelajarilebih dari satu bahasa akan membawa manfaat kepada rakyat.95(ii) Negara India mempunyai rakyat yang bertutur menggunakan bahasa berdasarkan negerimasing-masing. Mereka sanggup mempraktikkan sikap kebebasan berbahasa.(iii) Unsur kedaerahan sangat kuat di Negara India. Bahasa, agama, kedudukan geografi semuanyamembezakan rakyat. Tetapi sikap toleransi dan sifat hormat-menghormati telahmenyatupadukan mereka.

4.5.2. Nilai-nilaii. Ajaran Bhagavadgita dan isi kandungan karya Tirukkural mengutarkan nilai-nilai hidup yangpenting. Segala perilaku manusia yang bercorak norma-norma hidup diterangkan secaraterperinci dalam teks-teks ini.ii. Empat nilai iaitu Dharma, Artha, Kama dan Moksha perlu didukung oleh setiap orang Hindu.Nilai-nilai ini hendaklah diamalkan dalam pemikiran, pertuturan dan kegiatan setiap masa.iii. Dua lagi nilai yang sangat bermakna ialah karma (perbuatan) dan ahimsa (kesederhanaan).

4.6. PENCAPAIAN DALAM PELBAGAI BIDANG

4.6.1. Seni halusi. Tamadun India juga mencapai kecemerlangan dalam sektor seni halus. Tiga aspek yangterkandung dalam seni halus ialah tarian, muzik dan drama. Sebuah karya yang dinamakan NatyaSastra yang dihasilkan oleh Bharata menerangkan semua jenis seni halus ini. Tarian klasikmisalnya, Bharata Natyam dan juga Kathak dipersembahkan serentak dengan muzik dan drama.Kedua-dua jenis tarian ini mempunyai persamaan dengan muzik di utara India dan Karnatka.ii. Tarian dalam Tamadun India sudah mencapai satu tahap yang tinggi. Ianya diadakan olehmasyarakat India bukan sedar hiburan tetapi juga mengandungi unsur-unsur keagamaan. Siva,Krishna dan Ganesha dikaitkan dengan tarian. Satu imej Tuhan Siva membayangkan tarian yangdikenali Tarian Kosmik. Perkara-perkara yang penting dalam taian ialah muzik, pakaian, gerakan,ekspresi dan emosi. Terdapat tujuh jenis tarian klasik India yang utama.iii.Jenis tarian Tempat berasal Komponen UtamaBharatha Natyam India Selatan mod (bhava),

Page 34: BAB 4_Tamadun India

muzik (raga)rima (tala)Odissi Orissa nrittaabhinayaKuchipudi Andra Pradesh natyanrittanrityaKathak India Utara m od,muzik,rimaMohini Attam Kerala abinaya,nritta,nrityaManipuri Manipur nritta,nritya,natyaKathakali Kerala abinayaRajah 10: Jenis Tarian India

iv. Bharatha Natyam merupakan tarian klasik India yang dipersembahkan di kuil-kuil di selatan India.Empat orang adik beradik memberi kod dan mendokumentasikan ia sebagai satu senipersembahan. Ianya disampaikan sebagai satu tradisi hidup daripada generasi kepada satu generasiyang lain. Pada hari ini Bharatha Natyam ditari oleh kedua-dua penari lelaki dan perempuan.Gerakan, postur dan irama yang seimbang telah membawa koreografi yang unik.v. Odissi berasal sebagai tarian ritual di kuil-kuil di Utara India. Pada hari ini namanya merujukkepada teknik tarian di negeri Orissa di bahagian timur India. Tarian Odissi memiliki dua fasa -gerakan badan mengikut rentak dan masa dan gerakan dan ekspresi muka untuk menggambarkancerita atau tema.

vi. Kuchipudi berasal dari Andra Pradesh di bahagian Selatan India. Teknik dalam tarian inimenggunakan gerakan kaki dan badan dengan pantas. Gerakan tangan dan ekspresi mukadigunakan dan lakonan diselitkan dengan dialog oleh penari. Ianya boleh disembahkan secara soloataupun dalam kumpulan.

vii. Kathak pada asalnya ditari oleh orang-orang Kathak yang bermaksud pencerita. Tarian inidiadakan di kuil dan juga tempat awam.Muzik yang diiringi menghidupkan lagi cerita dalam tarian

Page 35: BAB 4_Tamadun India

ini. Pada masa ini, teknik ini meliputi kepantasan kaki mengikut irama dan muzik. Kecantikantarian dan identitinya terus dikekalkan.

viii. Mohiniattam yang popular di negeri Kerala di bahagian barat daya India.Tarian ini dapat memikatpara penonton kerana sifat demikian. Pakaian berwarna putih dan keemasan, dandanan rambutyang menarik dan gerakan yang indah mempunyai unsur estetika. Penari-penari telah membawapembaruan dan mengembangkannya.

ix. Manipuri adalah satu tarian indah di India. Berasal di Utara India ia dinamakan berdasarkanManipur yang bermaksud tanah permata. Tarian ini bukan sahaja menjadi komponen ritual harianmalah dipersembahkan di majlis perkahwinan. Ianya ditari oleh lelaki dan perempuan.

x. Kathakali ialah salah satu bentuk teater yang lama di dunia. Ia berasal dari Kerala, India. Ianyadisembahkan secara kumpulan di mana penari mengambil peranan berasaskan tema mitos Hindu,khususnya Ramayana dan Mahabharata. Cara menghiaskan diri adalah satu unsur unik dalamtarian ini. Gerakan di dalamnya penting kerana ia seolah-olah memberi pertuturan dan cerita. Iadipersembahakan sepanjang malam. Pada masa dahulu, teruna sahaja melakonkan peranan wanitatetapi kini lebih ramai kaum wanita turut serta.

4.6.1.1. Muzik dan seninya berkembang seiring dengan seni tari. Irama (tala) dan melodi (raga) adalahdua kombinasi yang digunakan serentak. Umumnya muzik sangat penting dalam TamadunIndia. Salah seorang Dewi pemujaan Dewi Saraswathi atau Dewi Kebaikan dan Pendidikanmemiliki alat veena di tangannya. Alat-alat muzik di India boleh dikategori sebagai tata (tali),avanaddha (dram), Ghana (ideophone) dan susira (angina). Alat-alat muzik di India Selatandan di India Utara berbeza.Rajah 11: Alat Muzik India

4.6.1.2. Drama di India biasanya diselitkan dengan tarian dan muzik. Taridra merupakan jenis awaldalam seni drama. Teater, penats, teknik produksi, persembahan dan artis adalah aspek pentingdalam seni drama. Pada masa awal, drama diadakan semata-mata untuk menghibukan para

Page 36: BAB 4_Tamadun India

India Utara India Selatan

sitar veenasahnai natasvaramtabala mirdangapenonton. Isi kandungan seperti falsafah dan unsur dramatis meninggikan nilai seni drama India.Segala keterangan tentang drama dimuatkan dalam karya Natya Sastra.4.6.2. Seni Bina

Tamadun India menjadi unggul kerana kesempurnaan dalam bidang seni bina. Ianya sudah mulaberkembang sejak Zaman Tamadun Lembah Indus lagi. Kedudukan geografi negara India sedikitsebanyak telah mempengaruhi corak seni bina ini. Batu dan kayu yang mudah didapati menjadisumber utama dalam pembinaan pada peringkat awal. Kemudian batu-bata mula digunakan dankemahiran pertukangan orang-orang India mencapai kecemerlangan khasnya pada pemerintahanKerajaan Maurya. Zaman Pertengahan memperlihatkan lebih banyak batu digunakan di manajurubina memiliki kepakaran yang tinggi dalam penghasilan seni.Seni bina Budddha jelas kelihatan semasa pemerintahan Raja Asoka. Walaupunkemahiran pertukangan batu sudah mencapai peringkat tinggi, kini untuk membezakan bentuklama dimensi baru menggunakan geometri iaitu empat segi dan bulat menjadi pilihan. Sesuaidengan simbol Buddha atau lebih diketahui “Undang-Undang Roda” bentuk baru dipraktikkan.Jenis-jenis seni bina Buddha ialah Stupa Buddha (bentuk separuh bulat yang diukir kata padabatu) yang didirikan di persimpangan jalan; Stambhas (bentuk tiang yang diukir dengan ayat-ayatsuci Buddha) yang didirikan sebagai monument; Seni bina gua di mana dindingnya dihiasi denganukiran yang menggambarkan kehidupan Buddha; Vedika Batu atau pagar yang mengelilingi stupaBuddha juga diukir dengan sejarah kehidupan Buddha; Torana Buddha atau pintu gerbang yangdiperbuat batu juga diukir hikayat Buddha pada permukaan.Seni bina Hindu merupakan satu lagi keistimewaan dalam Tamadun India. Hinduismeyang sangat rapat dengan kehidupam masyarakat Hindu turut mempengaruhi bentuk pembinaankuil. Zaman Gupta mungkin menjadi titik tolak bagi pembinaan kuil yang jelas. Seni bina kuilditentukan oleh peraturan, perancangan, pemilihan tapak, mitologi dan astronomi. Umumnya

Page 37: BAB 4_Tamadun India

terdapat dua bentuk - bulat dan empat segi. Bentuk empat segi lebih kukuh berbanding denganbentuk bulat. Penyembahan sangat diutamakan dalam agama Hindu. Kuil bukan sahaja tempatibadat tetapi juga tempat suci dan pusat menghimpunkan rakyat dari aneka lapisan. Struktur yangpenting dalam seni bina Hindu ialah Shihkara (bentuk kereta kuda), vimana (menara pyramid),ratha (bentuk binatang atau burung) dan gopuram (pintu masuk kuil).Seni bina Islam menjadi penting setelah kemasukan Islam. Agama Islam membawa dimensi barudalam sejarah seni bina Tamadun India. Seni bina ini merupai seni bina bahagian timurkhususnya Parsi. Pembinaan masjid menampakkan kemahiran para jurubina. Pada awalnya masjidmenggunakan bentuk gabungan Hindu-Islam, di mana pada halaman tengah terdapat tiang-tiangdengan kubah kecil di atas pintu gerbang utama. Menara besar yang dinamakan Qutb-Minarditulis dengan ayat-ayat suci pada bahagian hadapannya. Pemerintah Islam telah membantuperkembangan seni bina Islam. Satu contoh yang diiktiraf dunia sehingga hari ini ialah Taj Mahalyang terletak di Agra. Bentuk Taj Mahal masih menjadi bukti tentang kecemerlangan seni binaIslam.

4.6.3. Seni Ukir

Satu lagi aspek yang memperkaykan Tamadun India ialah seni ukir yang merangkumi pembuatanpatung, tiang-tiang yang terukir dan kehalusan seni pahat. Seni ukir ini bukan sahaja memudahkanmasyarakat menghayati aspek seni malah seni ukir ini berkait rapat dengan agama. Artifak-artifakyang ditemui sejak bermulanya tamadun jelas membuktikan keunggulan seni ini. Bidang ini terusdiperkembangkan oleh sekolah-sekolah tertentu. Aliran Mathura menggalakkan patung-patungdiperbuat daripada batu pasir merah manakala aliran Gandhara mempunyai gaya yang serupadengan gaya Rom

4.6.4. Seni LukisKuil dan candi di India dipenuhi dengan lukisan yang indah. Di samping untuk tujuankeseronakan, elemen-elemen keagamaan juga diselitkan. Gambar yang berkaitan dengan agama98

Page 38: BAB 4_Tamadun India

seperti cerita mitos dan wajah Dewa-Dewa dapat diperhatian di kuil India. Lukisan biasa yangmenggunakan warna tertentu juga tersebar luas.

4.6.5 Sains

4.6.5.1.Matematik

Tamadun India memberi angka sifar kepada dunia. Dengan kelahiran beberapa teori matematikdan tersebar luas sejak zaman Islam, ilmu ini terus berkembang untuk digunakan di seluruh dunia.Penulis utama tentang matematik klasik India terdiri daripada Aryabhata, Brahmagupta andBhaskara II. Mereka menyumbangkan idea mengenai sistem pernomboran, sifar, nombor negatif,kira-kira dan algebra. Trigonometri khususnya sain dan kosain diperkembangkan lagi. Konsepmatematik ini telah disebar ke negara-negara Timur Tengah, China dan Eropah.

4.6.5.2. AstronomiAstronomi klasik India direkodkan dalam kesusasteraan dari Zaman Maurya (5 S.M.) hinggaDinasti Mughal (16 TM). Penulis-penulis pertama yang mengkaji tentang astronomi lahir padaabad S.M. dan masa inilah bermula astronomi India. Teori-teori seperti Aryabhata, Aryabhatiya,Pancha-Siddhantika dapat diperhatikan. Astronomi dan astrologi India berdasarkan beberapapengiraan.

4.6.5.2. FizikBeberapa teori fizik telah dihasilkan oleh orang-orang India. Dalam bidang atom, konsepnyabermula daripada dunia jisim yang mengandungi lima elemen iaitu bumi(prithvi), api (agni), udara(vayu), air (jal) dan ruang (aksha). Elemen-elemen ini dihubungkan dengan persepsi pancainderamanusia iaitu bau, sentuhan, penglihatan, rasa dan ruang. Ahli-ahli falsafah mempercayai bahawasemua elemen kecuali ruang mengandungi partikel. Partikel yang paling kecil yang tidak bolehdibahagi lagi disebut anu. Ini melahirkan teori yang pada masa ini disebut teori atom. Ahlifalsafah yang bernama Kanada dan Katyayana telah mengemukakan teori-teori tentang atomicenergy.

4.6.5.3. Kimia & Logam

Page 39: BAB 4_Tamadun India

Perkembangan kimia tidak terhad dan digunakan dalam aktiviti. Iron Pillar di Delhi ialah satucontoh bagi kemahiran orang India. Mereka mempunyai kemahiran dalam bidang ilmu kaji logam.

4.6.5.4. PerubatanAmalhan perubatan tradisi Ayurveda telah diamalkan pada masa Buddha. Ketika itu dua bahankimia iaitu merkuri dan sulfur digunakan dalam penyediaan ubat. Nagarjuna merupakanpengamal popular yang melahirkan banyak pil untuk beberapa penyakit.Seorang yang bernama Sushruta adalah pembedah pertama di India. Dalam bukunya ‘SushrutaSamhita’ beliau menerangkan sebanyak 120 instrumen pembedahan, 300 prosedur danmembahagikan pembedahan manusia kepada 8 kategori. Pembedahan plastik juga terusberkembang di India.Ayurveda terus dipelihara oleh orang-orang India sebagai kehidupan sains tradisi, walupun jumlahteknik perubatan Eropah mula digunakan. Dengan terbinanya hospital dan penggunaan perubatanBarat, sekolah-sekolah Ayurveda memang merosot. Walau bagaimanapun, selepas tahun 1970ankeberkesanannya mula diiktiraf. Kini perubatan Ayurveda boleh didapati di seluruh dunia.

4.7. HUBUNGAN TAMADUN INDIA DENGAN DUNIA LUAR

(i) Berlaku dengan pelbagai caraperdaganganseranganasimilasi99(ii) Bidang-Bidang utamai. Keagamaan & Kepercayaanii. Kesenian dan Hiburaniii. Bahasa dan Kesusasteraaniv. Pentadbiran Kerajaan – politik

4.8. IKTIBAR DARI TAMADUN INDIA

4.8.1. Pengaruh ke Asia Tenggara4.8.2. Pengaruh ke Malaysia

4.9. KESIMPULAN

i. Kerelevanan Tamadun Indiaii. Kesesuaiannya dalam era globalisasiiii. Islam Hadhari dan Tamadun India

Page 40: BAB 4_Tamadun India

iv. Sikap positif membawa keberkesanan

BIBLIOGRAFI

Balbir Singh. (1991). Hinduism and Western Thought. New Delhi: Arnold Publishers.Basham, A.L. (2005). The Wonder that was India. USA:AMS Press.Basham, A.L. (1966). Aspects of Ancient Indian Culture. Bombay:Asia Publishing House.Basham, A.L. (1975). A Cultural History of India. Oxford:Clarendon Press.Bongard-Levin, G.M. (1985). Ancient Indian Civilization. New Delhi:Arnold-Heinemann.Coedes, G. (1968). The Indianized States of Southeast Asia. Kuala Lumpur:University of Malaya Press.Cole, W. Owen & Piara Singh Sambhi. (1978). The Sikhs: Their Religions, Beliefs and Practices. London:Routledge & Kegan Paul.Hamilton, Sue. (2001). Indian Philosophy: A very short introduction. Oxford:Oxford University Press.Ismail Hussein, Tan Sri. (1980). Ramayana in Malaysia. Madras:Sahitya Academy.Jhingran, Saral. (1989). Aspects of Hindu Morality. New Delhi:Motilal Banarsidass Publications.John B.Chethimattam. (1971). Patterns of Indian Thought. London: Geoffrey Chaman.Kosambi, D.D. (1985). An Introduction to the Study of Indian History. Bombay: Popular Prakashan.Masson-Oursel, Paul. (1986). Ancient India and Indian Civilization. New Delhi:Anmol Publications.Minattur, Joseph. (1965). Some Characteristics of Indian Culture in Malaysia. Kuala Lumpur:TheSociety.Pritam Singh Gill. 1975. Heritage of Sikh culture. Jullundur: New Academic Publishing.Radhakrishnan, S. (1966). Indian Philosophy. New Delhi: Oxford University Press.100Sarkar, H.B. (1981). The Ramayana in Southeast Asia: A general survey. New Delhi:Sahitya Academy.Singaravelu, S. (2006). Kaum India di Malaysia. Kuala Lumpur:Penerbit Universiti Malaya.Speir, C. (1990). Phases of Indian Civilization:A historical and cultural ouline. New Delhi:CosmoPublications.Thapar, Romila. (1966). A History of India. Harmondsworth: Penguin Books.Stcherbatsky, Th. (1962). Buddhist Logic. New York: Dover Publications, Inc.Verma, Manju Rani. (1991). Ethical Elements in Mahabharata. New Delhi: Commonwealth Publishers.Zaehner, R.C. (1966). Hinduism. Oxford: Oxford University Press.