taklimat kpn no 78 kekerasan

74

Upload: jieha-nasir

Post on 05-Jul-2015

1.585 views

Category:

Documents


26 download

TRANSCRIPT

HANYA MENJELASKAN KEADAAN DI MANA POLIS

BOLEH MENGGUNAKAN SENJATA API DAN HANYA

BERPANDUKAN KEPADA UNDANG-UNDANG HAK

PERTAHANAN DIRI DI BAWAH SEKSYEN 100 DAN 103 KK

DAN TINDAKAN DI BAWAH SEK.74 ISA.

PTKPN D 222 PTKPN D 222 ((SEDIA ADA)SEDIA ADA)

SECARA UMUM MEMBERIKAN GARIS PANDUAN BERHUBUNG

PENGGUNAAN KEKERASAN HANYA APABILA TIADA KAEDAH

LAIN YANG LEBIH EFEKTIF. TINDAKAN INI AKAN BERGANTUNG

KEPADA TAHAP DAN SERIUSNYA TENTANGAN YANG DIHADAPI

OLEH POLIS KETIKA BERHADAPAN DENGAN SASPEK DENGAN

BERLANDASKAN SEMUA UNDANG-UNDANG YANG SEDANG

BERKUATKUASA.

ARAHAN ARAHAN KETUA POLIS NEGARAKETUA POLIS NEGARA

TINDAKAN MENGGUNAKAN KEKERASAN YANG

DIAMBIL AKAN BERPANDUKAN KEPADA BEBERAPA

PERINGKAT, DI MULAI DENGAN YANG PALING MINIMA

SEHINGGALAH KEPADA KEADAAN YANG MEMAKSA

MENGGUNAKAN SENJATA MAUT. DALAM SETIAP

PERINGKAT, TEKANAN DIBERIKAN SUPAYA

DIJALANKAN SECARA BERHEMAT DAN SUCIHATI.

SAMBUNGAN

ISI KANDUNGANISI KANDUNGAN

1. PENDAHULUAN

2. TAKRIF PERKATAAN

3. PERUNTUKKAN UNDANG-UNDANG

4. RANGKA KERJA PENGGUNAAN KEKERASAN OLEH POLIS

5. OPSYEN KAWALAN YANG BOLEH DIGUNAKAN

6. KEADAAN DIMANA TEMBAKAN BOLEH DILEPASKAN

7. PERUNTUKAN AM

PENDAHULUANPENDAHULUAN

• KEBEBASAN DIRI . TIADA SESEORANG PUN BOLEH DIAMBIL NYAWANYA ATAU DILUCUTKAN KEBEBASAN DIRINYA KECUALI MENURUT UNDANG-UNDANG.

• SECARA AM TIDAK BOLEH DIAMBIL NYAWA MAKSUD SESEORANG TIDAK BOLEH DIBUNUH MELAINKAN KESALAHAN YANG DILAKUKAN ADALAH KESALAHAN YANG BOLEH DIHUKUM PENJARA SEUMUR HIDUP ATAU DIHUKUM MATI.

CONTOH : SEK 302 KK, AKTA PENCULIKAN , AKTA SENJATA API (HUKUMAN LEBIH BERAT)1971, AKTA KESELAMATAN DALAM NEGARA (ISA) 1960, AKTA DADAH BERBAHAYA (ADB) 1952.

- SESEORANG TIDAK BOLEH DILUCUTKAN KEBEBASAN DIRINYA KECUALI MENURUT UNDANG-UNDANG.

CONTOH: AKTA DARURAT, AKTA KEDIAMAN TERHAD, ISA. (UNDANG-UNDANG PENCEGAHAN)

PERKARA 5 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUANPERKARA 5 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

PERUNTUKAN PERUNTUKAN UNDANG-UNDANGUNDANG-UNDANG

SEK 15 KPJ : CARA-CARA MENANGKAP menyentuh / mengurung badan orang yang

hendak ditangkap itu, melainkan ia menyerahkan diri melalui percakapan / tingkah laku.

Jika cuba melawan / melarikan diri ; gunakan langkah yang perlu.

Tangkapan tidak boleh menyebabkan kematian melainkan ia dituduh dengan kesalahan yang boleh dihukum mati / penjara seumur hidup.

SEK 84 KPJ : MENGGUNAKAN KEKERASAN UNTUK MENYURAIKAN PERHIMPUNAN YANG MENYALAHI

UNDANG-UNDANG.

Sesuatu perhimpunan telah diarahkan bersurai tetapi enggan bersurai.

Boleh ditangkap oleh:-* mana-mana pegawai polis.* anggota tentera.* orang yang membantu polis / tentera.

Boleh menggunakan kekerasan yang perlu, jika ada yang menentang.

Tidak akan dipertanggungjawabkan:-* atas apa-apaprosiding jenayah sivil.* atas tindakan sehingga menyebabkan mudarat,

kematian / kerosakan terhadap harta benda.

SEK 74(1) AKTA KESELAMATAN DALAM

NEGERI 1960 • Walau apa pun yang berlawanan yang terkandung dalam

mana-mana undang-undang bertulis adalah sah bagi mana-mana pegawai polis untuk :-

• Melaksanakan penangkapan mana-mana orang yang boleh ditahan di bawah mana-mana perintah yang dibuat di bawah seksyen 8;

• melaksanakan penangkapan mana-mana orang yang boleh ditangkap dan ditahan dibawah seksyen 73 (1) atau (2);

• melaksanakan penangkapan mana-mana orang yang dia mempunyai, dalam segala keadaan hal itu, alasan-alasan yang munasabah bagi mengesyaki telah melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini atau terhadap apa-apa peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang sedang dinyatakan dalam Jadual Pertama;

• mengatasi tentangan berkekerasan yang diberi oleh mana-mana orang yang hendak ditangkap itu ; dan

• mengelakkan pelarian daripada tahanan atau penyelamatan mana-mana orang yang ditangkap sebagaimana tersebut dahulu.

SEK.10 AKTA KAWASAN LARANGAN DAN TEMPAT LARANGAN 1959

Seksyen 10(1) menyatakan :-

• sah di sisi undang-undang bagi Menteri membenarkan supaya diambil apa-apa langkah yang didapatinya perlu bagi melindungi mana-mana kawasan larangan / tempat larangan, dan langkah-langkah tersebut boleh berlanjutan ke pengambilan langkah-langkah keselamatan yang melibatkan / mungkin melibatkan bahaya kepada nyawa mana-mana orang yang memasuki / cuba memasuki kawasan larangan / tempat larangan.

Seksyen 10(2) menyatakan :-• Jika apa-apa langkah seperti yang tersebut dalam

subseksyen (1) diterima pakai Ketua Polis Negara / Ketua Pegawai Polis kawasan / negeri di mana kawasan larangan / tempat larangan itu terletak, / mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Menteri bagi maksud itu hendaklah mengambil apa-apa langkah berjaga-jaga, termasuklah mempamirkan dengan terang notis-notis amaran seperti yang didapati semunasabahnya perlu bagi mencegah kemasukan yang silap / tak sengaja ke dalam mana-mana kawasan larangan / tempat larangan; dan, jika langkah berjaga-jaga sedemikian telah diambil dengan sewajarnya, tiada seorang pun adalah berhak mendapat pampasan / ganti rugi berkenaan dengan apa-apa kecederaan yang diterima atau kematian yang berlaku disebabkan oleh kemasukan yang tak dibenarkan ke dalam mana-mana kawasan larang / tempat larang tersebut.

SEK. 100 KK : BILA HPP MENGENAI TUBUH TERMASUK MENYEBABKAN KEMATIAN

HPP mengenai tubuh termasuk menyebabkan kematian / apa-apa kerosakan yang lain.

Tertakluk kepada sekatan-sekatan dalam Sek. 99. Bagi kesalahan-kesalahan berikut:-

* Serangan yang munasabah menyebabkan ketakutan kematian akan berlaku.

* Serangan yang munasabah menyebabkan ketakutan cedera parah akan berlaku.

* Serangan dengan niat melakukan rogol.

* Serangan dengan niat memuaskan nafsu luar tabii.

* Serangan dengan niat hendak menculik / melarikan orang.

* Serangan dengan niat hendak mengurung orang dengan salah menyebabkan orang itu takut dan tidak mendapat pertolongan pihak berkuasa

awam.

SEK. 103 KK : BILA HPP MENGENAI HARTA TERMASUK MENYEBABKAN KEMATIAN

HPP terhadap harta termasuk menyebabkan kematian. Tertakluk kepada sekatan-sekatan di bawah Sek. 99. Bagi kesalahan-kesalahan berikut:-

* rompak.* pecah rumah pada waktu malam.* khianat dengan api pada mana-mana bangunan,

khemah / perahuan yang digunakan sebagai tempat kediaman manusia / tempat simpanan harta.* mencuri, khianat / pencerobohan rumah yang menyebabkan ketakutan bahawa kematian / cedera parah akan berlaku.

SEK. 99 KK : PERBUATAN YANG TIADA HPP TERHADAPNYA.

• Sebarang perbuatan oleh penjawat awam yang mengikut kuasanya walaupun tidak diluluskan sepenuhnya oleh undang-undang.

• Oleh orang yang diarahkan oleh penjawat awam.• Sempat mendapat perlindungan pihak berkuasa awam.• Hanya setakat kerosakan yang perlu sahaja.

KERANGKA KERJA KERANGKA KERJA BERPANDUKAN BERPANDUKAN

SITUASISITUASI

TAHAP TENTANGAN

KERJASAMA TENTANGAN TENTANGAN SERANGAN CEDERA PARAH

PASIF AKTIF ATAU KEMATIAN

KEHADIRAN POLIS

KOMUNIKASI / ARAHAN LISAN / PENGAWALAN TANGAN KOSONG

PENGAWALAN TANPA SENJATA/SEMBURAN

SENJATA PERTENGAHAN

SENJATA MAUT

• PERILAKU SUBJEK

• TAHAP KEMUNASABAHAN

• PERUNTUKAN UMUM

PERILAKU SUBJEK

OPSYENPENGUNAANKEKERASAN

KERANGKA KERJA PENGGUNAAN KEKERASANKERANGKA KERJA PENGGUNAAN KEKERASAN

SITUASI

• Situasi, perilaku sabjek dan respon pegawai polis berpandukan kepada penilaian, perancangan dan tindakan. Sebagai permulaan, pegawai polis hendaklah menilai, merancang dan respon (bertindak) kepada situasi yang mengancam keselamatan orang awam / pegawai polis itu sendiri. Sewaktu menguruskan situasi, pegawai polis itu hendaklah berpandukan kepada tahap matlamat kemunasabahan dan juga panduan umum.

• Menilai :Proses penilaian bermula dengan situasi dan perilaku sabjek apabila berhadapan dengan pegawai polis.

• Merancang:Pegawai polis hendaklah merancang situasi berpandukan perilaku sabjek termasuklah sikap kerjasama yang diberikan, tentangan yang pasif / aktif, sifat menyerang dan kecederaan parah yang mungkin berlaku, dinilaikan.

• Bertindak : Pegawai polis akan bertindak berpandukan opsyen penggunaan kekerasan yang ada. Tahap penggunaan kekerasan yang digunakan hendaklah sesuai dan sepadan engan ancaman yang dizahirkan oleh sabjek.

PERILAKU SABJEK DAN PENGGUNAAN OPSYEN

KEKERASAN

A. PERILAKU SABJEK - BEKERJASAMAOPSYEN PENGUNAAN KEKERASAN -

KEHADIRAN POLIS Tahap minima perlakuan sabjek adalah mereka yang

menunjukkan sikap bekerjasama, di mana tanpa mengira tahap ancaman yang diberikan, mereka menunjukkan kepatuhan kepada arahan pegawai polis. Kehadiran pegawai polis sahaja merupakan fakta yang sudah cukup untuk mengawal sesuatu keadaan. Tujuan opsyen ini adalah untuk mempamirkan kehadiran pegawai polis itu sebagai suatu otoriti.

Kehadiran polis sama ada dengan pakaian seragam / yang sudah dikenali adalah cukup untuk mencegah seseorang daripada memulakan atau meneruskan untuk bertindak agresif atau pun memulakan kekacauan. Kadangkala di tahap tentangan lebih tinggi oleh sabjek, kehadiran polis dapat mengawal sabjek. Oleh yang demikian pegawai polis hendaklah sentiasa peka dan tidak mengambil tindakan yang lebih daripada sepatutnya, sekiranya kehadiran polis itu sudah cukup untuk mengawal keadaan. 

Contoh :

Dalam situasi berlakunya gaduh gempar / perhimpunan haram, dengan kehadiran polis, ia serta merta /atau perhimpunan haram itu berhenti daripada meneruskan tujuan salah mereka. Dalam keadaan ini, kehadiran polis adalah mencukupi dan merupakan salah satu opsyen penggunaan kekerasan. 

B. PERILAKU SABJEK - TENTANGAN PASIFOPSYEN PENGUNAAN KEKERASAN – ARAHAN LISAN/KAWALAN TANGAN KOSONG

 

Dalam situasi dengan kehadiran polis dan sabjek enggan mematuhi arahan pegawai polis setelah permintaan atau cubaan untuk mengawal keadaan dibuat. Sabjek adakalanya secara lisan mencabar pegawai polis ditambah dengan tentangan seperti menyatakan bahawa ia memilikki kepakaran seni mempertahankan diri / menunjukkan kecenderungan untuk mendatangkan kecederaan kepada pegawai polis.

 

Sabjek adakala juga tanpa bercakap tetapi dengan perbuatan (body language). seperti bertindak secara fizikal dalam keadaan bersedia untuk memberi penentangan dengan mengangkat tangan dan tangan bergenggam. Sabjek mungkin juga akan menggunakan objek yang kekal untuk digunakan sebagai mengukuhkan kedudukannya / duduk dengan tangan di bawah badan.

Dalam keadaan kategori perilaku sabjek begini, maka opsyen pengunaan kekerasan boleh ditingkatkan kepada pengunaan perintah lisan oleh pegawai polis. Tujuan perintah secara lisan ini adalah bagi memujuk atau meyakinkan sabjek untuk mematuhi arahan sah pegawai polis.  

Jika cara ini gagal, maka prosedur seterusnya adalah menggunakan pendekatan kawalan tangan kosong. Teknik ini mudah dikawal dan kurang risiko untuk menyebabkan kecederaan. Teknik sedemikian secara asasnya menggunakan kaedah ’patuh kerana kesakitan’ (pain compliance) seperti teknik mengunci pergerakan, tekanan pengawalan ke atas badan (pressure point) dan mengunci sendi/lengan. Tindakan menggari juga termasuk dalam kategori ini.

Dalam kategori di mana perilaku sabjek melebihi tentangan pasif, iaitu sabjek bertindak dalam keadaan yang boleh dikategorikan sebagai tentangan aktif, perbuatan menyerang / boleh menyebabkan kecederaan parah (tidak termasuk tindakan sabjek yang mendatangkan ancaman serta merta yang akan menyebabkan kematian atau cedera parah kepada pegawai polis atau orang lain) adalah wajar teknik seperti memberi arahan secara lisan atau tindakan menggunakan pengawalan tangan kosong adakalanya dapat mengawal sabjek. Oleh yang demikian, pegawai polis perlu peka untuk tidak meneruskan pengunaan kekerasan lebih dari sepatutnya, sekiranya teknik tersebut dapat mengawal situasi. 

Contoh : Arahan lisan yang boleh digunakan :- i) “Bersurai serta merta atau kamu akan ditangkap”ii) “Jangan bergerak, kamu ditangkap”iii) “Buka pintu jika tidak kami akan pecahkan pintu” 

Contoh

Dalam satu situasi perhimpunan haram, kehadiran polis tidak dihiraukan oleh kumpulan yang berhimpun, maka opsyen memberikan arahan lisan untuk bersurai dan seterusnya menggunakan opsyen tindakan tangan kosong boleh diambil.

C. PERILAKU SABJEK - TENTANGAN AKTIFOPSYEN PENGUNAAN KEKERASAN – PENGAWALAN TANPA SENJATA/SEMBURAN

Pengawalan tanpa senjata merupakan teknik fizikal menggunakan tangan untuk mengawal sabjek tanpa menggunakan senjata maut / lain-lain senjata merbahaya. Tujuannya adalah untuk dapat mengawal sabjek seterusnya menentukan ia mematuhi arahan yang diberikan.

 

Sabjek yang mempamirkan tentangan yang aktif memerlukan tindakan kawalan tanpa senjata oleh pegawai polis. Sabjek dikatakan membuat tentangan aktif secara defensif seperti mengelak kawalan fizikal oleh pegawai polis dengan membuat jurang antaranya dengan polis. Cara tentangan defensif ini termasuk perbuatan menghayun tangan untuk mengelakkan dirinya dari didekati polis kepada tindakan melarikan diri. Sabjek mengkordinasikan perilakunya untuk membuat jurang di antara dia atau anggota tubuhnya dengan pegawai polis itu. Perilaku penentangan aktif tidak menimbulkan ancaman tetapi sukar untuk dikawal. Tektik fizikal untuk mengawal sabjek adalah termasuklah menggunakan tangan (tanpa senjata), lutut, tumbukan, tendangan dan mengekang leher sabjek.

Teknik fizikal penggunaan tangan termasuk, menyentuh, pegangan eskot, tekanan kawalan ke atas badan (pressure point), mengunci tangan / pukulan dengan menggunakan tangan merupakan sebahagian daripada contoh ini. Teknik fizikal penggunaan tangan terbaik dipamirkan melalui seni mempertahankan diri / penggunaan gari.

Semburan melemahkan (spray) juga merupakan salah satu lagi antara opsyen yang boleh digunapakai. Penggunaan semburan ini dibenarkan apabila sabjek memberi ancaman dengan memberikan tentangan aktif kepada pegawai polis di mana tindakan sabjek ini mewujudkan ancaman kecederaan kepada pegawai polis / orang lain. Semburan melemahkan ini juga boleh digunakan semasa mengawal tindakan yang agresif semasa rusuhan / semasa melaksanakan tangkapan terhadap sabjek yang berkelakuan agresif / ganas kerana disyaki berpenyakit mental / gila.

Dalam kategori di mana perilaku sabjek didapati melebihi dari penentangan aktif iaitu sabjek berkelakuan dengan cara yang boleh dikategorikan sebagai perbuatan menyerang atau mendatangkan cedera parah (tidak termasuk sabjek yang menimbulkan ancaman serta merta yang boleh menyebabkan kematian / cedera parah kepada pegawai polis atau orang lain) maka teknik kawalan tanpa senjata / semburan melemahkan boleh menyebabkan sabjek dapat dikawal. Pegawai polis perlulah peka untuk tidak menggunakan kekerasan yang berlebihan sekiranya cara ini dapat mengawal sabjek.

Contoh :

Perilaku sabjek yang kelihatan mengelak daripada ditangkap / cuba melarikan diri / menunjukkan perbuatan yang bertujuan untuk melarikan diri, maka pegawai polis boleh menggunakan opsyen kekerasan ini. Di sini pegawai polis boleh menggunakan kawalan tangan kosong, seperti mengunci lengan sabjek dan menjatuhkannya ke bumi.

D. PERILAKU SABJEK - PERBUATAN MENYERANGOPSYEN PENGGUNAAN KEKERASAN -

SENJATA PERTENGAHAN

Keperilakuan perbuatan menyerang ialah apabila tindakan

sabjek itu menimbulkan ancaman serta merta akan kecederaan tubuh kepada pegawai polis atau orang lain. Dalam keadaan tersebut sabjek berkelakuan dalam situasi yang hendak menyerang dan ini menghadkan opsyen tindakan yang ada kepada pegawai polis. Dalam keadaan sedemikian pegawai polis tidak mempunyai pilihan yang lain / berupaya untuk mendapat bantuan untuk pertahankan dirinya atau orang lain. Pegawai polis juga tidak berpeluang untuk menggunakan opsyen yang dinyatakan sebelum ini.

 

Dalam keadaan sedemikian, maka penggunaan senjata pertengahan adalah dibenarkan. Senjata pertengahan seperti T-baton atau EMI boleh digunakan untuk mengekang sabjek dari terus mengancam dengan perlakuan menyerang kerana penggunaan senjata maut tiada justifikasi sementara tindakan menggunakan tangan kosong tidak memadai. Apabila pegawai polis menggunakan senjata pertengahan untuk mengawal sabjek, ianya hendaklah digunakan dengan niat hanya untuk mengambil tindakan bagi melumpuhkan sabjek secara sementara dan bukan bertujuan untuk menyebabkan kecederaan yang kekal.

Contoh

Dalam keadaan di mana sabjek menyerang / cuba menyerang pegawai polis dengan senjata tumpul yang boleh mendatangkan kecederaan, pengunaan senjata pertengahan adalah dibenarkan.

Dalam kategori di mana perlakuan sabjek melebihi daripada perlakuan menyerang , iaitu dia bertindak dalam keadaan di mana boleh dikategorikan sebagai akan mendatangkan kecederaan parah (tidak termasuk di mana seseorang itu memberi ancaman serta merta akan mendatangkan kematian / cedera parah kepada pegawai polis atau orang lain) maka teknik kawalan ini ada kalanya boleh digunakan untuk mengawal sabjek. Pegawai polis adalah diingatkan untuk tidak menggunakan kekerasan lebih daripada yang perlu sekiranya kaedah yang digunakan ini dapat mengawal keadaan.

E. PERILAKU SABJEK – KECEDERAAN PARAH / KEMATIANPENGUNAAN OPSYEN KEKERASAN –

KEKERASAN SEHINGGA BOLEH MENYEBABKAN KEMATIAN   Dalam keadaan di mana perilaku dan tindakan sabjek mempunyai

sebab yang munasabah boleh menyebabkan ancaman serta merta akan mendatangkan kematian / kecederaan parah kepada pegawai polis atau orang lain, maka opsyen menggunakan kekerasan sehingga menyebabkan kematian boleh digunakan. Keadaan di mana sabjek boleh diletakkan dalam kategori ini apabila sabjek menggunakan senjata api, bom, asid atau kenderaan (senarai ini tidak terhad) asalkan cara dan senjata yang digunakan boleh menyebabkan kematian atau kecederaan parah. Opsyen pengunaan kekerasan sehingga boleh menyebabkan kematian merupakan opsyen terakhir di mana senjata api boleh digunakan.

Contoh

Apabila seseorang sabjek menyerang dengan senjata bahaya (sebagai contoh senjata yang boleh menikam / menetak) / melepaskan tembakan dan pegawai polis itu dengan munasabah mempercayai bahawa serangan itu boleh menyebabkan kematian / kecederaan parah kepadanya / orang lain, maka tindakan menggunakan senjata api adalah dibenarkan. 

o Tahap seriusnya sesuatu kesalahan yang menjadi isu.

o Sama ada seseorang itu menimbulkan ancaman serta merta kepada keselamatan pegawai polis / orang lain.

o Sama ada seseorang itu secara cergas menentang / cuba untuk mengelak tangkapan dengan melarikan diri.

TAHAP KEMUNASABAHAN YANG OBJEKTIF

Penggunaan kekerasan adalah berpandukan panduan berikut:-

oPegawai polis hendaklah menggunakan kekerasan di tahap kemunasabahan yang objektif dalam mengawal sesuatu situasi dan dalam melaksanakan tangkapan.

oPegawai polis hendaklah tidak meneruskan penggunaan kekerasan melebihi daripada tahap munasabah dalam mengawal keadaan sebaik sahaja sabjek telah tidak lagi menentang dan kawalan ke atas sabjek telah diperolihi.

GARIS PANDUAN UMUM

o Pegawai polis hendaklah mempertimbangkan untuk mengurangkan kerosakan / kecederaan kepada sabjek serta menghormati dan memelihara hak-hak orang awam.

o Pegawai polis hendaklah tidak mempamirkan, menunjuk / mengancam untuk menggunakan apa jua kaedah yang dibenarkan dalam opsyen penggunaan kekerasan kecuali penggunaan tersebut adalah munasabah dan dibenarkan undang-undang.

o Pegawai polis hendaklah mengambil kira faktor-faktor berikut apabila mengendalikan sesuatu insiden.

~ keadaan sabjek.

Tahap seriusnya sesuatu kesalahan yang dilakukan oleh sabjek;

Saiz, umur dan berat badan sabjek; Kekuatan fizikal sebenar sabjek; Keadaan mental, perubatan dan pengaruh akibat

dadah / arak; Bilangan sabjek yang terlibat / orang lain yang mungkin

akan terlibat sama; Senjata yang dimiliki sabjek / yang boleh diperolihi

sabjek; Pengetahuan tentang sejarah sifat ganas sabjek; Kehadiran orang awam / mereka yang berpotensi

menjadi mangsa dalam kawasan tersebut; Sama ada sabjek boleh ditangkap kemudian.

o Pegawai polis hendaklah juga mengambil perhatian faktor-faktor yang ada pada mereka sendiri apabila mengendalikan keadaan tersebut. Faktor-faktor berikut tidak terhad dan termasuklah:-

~ keadaan pegawai polis. Saiz, kekuatan fizikal dan kepakaran serta tektik yang

ada pada pegawai polis itu; Bilangan pegawai polis yang hadir / boleh diperolehi

ketika itu; Keperluan untuk mengambil tindakan serta merta dalam

keadaan di mana serangan tiba-tiba berlaku; Senjata dan alat penahanan yang ada pada anggota

polis.

o Pegawai polis yang berhadapan dengan sebarang keadaan yang dirangkumi oleh perintah ini, bolehlah membuat perhubungan dengan Bilik Kawalan Daerah (DCC) untuk mendapatkan bantuan.

1. PENGAWALAN TANGAN KOSONG (SOFT EMPTY HAND CONTROL). TEKNIK INI ASASNYA BERPANDUKAN KEAKURAN KEPADA KESAKITAN SEPERTI TEKNIK MENGEKANG, TEKNIK TITIK TEKANAN (PRESSURE POINT) DAN MENGUNCI LENGAN ATAU MANA-MANA SENDI ANGGOTA BADAN.

2. PENGAWALAN TANPA SENJATA (HARD EMPTY HAND CONTROL). MENYERANG MENGGUNAKAN LUTUT, TUMBUKAN, TENDANGAN DAN MENGEKANG LEHER, DAN TERBAIK DIGUNAKAN OLEH MEREKA YANG MAHIR DALAM SENI MEMPERTAHANKAN DIRI.

3. SENJATA PERTENGAHAN PENGGUNAAN SEMBURAN, T-BATON DAN EMI.

4. SENJATA MAUT - SENJATA API

OPSYEN KAWALAN OPSYEN KAWALAN YANG BOLEH YANG BOLEH DIGUNAKANDIGUNAKAN

Dalam menentukan bahawa tindakan itu munasabah, pegawai polis perlu melihat dan mengetahui faktor-faktor berikut:-

• Umur sabjek itu,• Jantinanya,• Keadaan fisikalnya,• Kekuatan dan kecergasannya,• Jenis kesalahan yang dilakukannya orang hendak

ditahan itu dan• Tahap tentangan yang ditunjukkan oleh sabjek itu.

PENGGUNAAN GARIPENGGUNAAN GARI

Pegawai polis boleh menggunakan gari dalam keadaan berikut:-

• Apabila ada alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa sabjek yang tidak digari akan menggunakan kekerasan terhadap pegawai polis, orang yang berada dipersekitaran / pada dirinya sendiri.

• Apabila ada alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa pesalah / orang tahanan itu akan melepaskan diri.

Penggunaan semburan ini yang mengandungi bahan lengai bertujuan untuk mengurangkan atau melemahkan penentangan seseorang itu untuk sementara waktu. Semburan apabila digunakan perlu dituju kepada bahagian mata sabjek di mana akan memberikan rasa terbakar pada kulit sekitar bahagian mata dan muka. Tindakan ini cukup untuk melemahkan sabjek daripada terus menyerang.

SEMBURAN MELEMAHKANSEMBURAN MELEMAHKAN

PENGGUNAAN SEMBURAN MELEMAHKAN

• Penggunaan semburan melemahkan ini akan dijustifikasikan apabila sabjek / orang yang hendak ditangkap itu bertindak / berkelakuan dengan cara yang mengancam, bertindak menentang daripada tangkapan / sabjek menunjukkan ancaman yang jelas kepada pegawai polis /orang lain.

• Semburan ini juga boleh digunakan semasa bertindak dalam situasi di mana sabjek memberi tentangan defensif dengan bertujuan untuk mengawal rusuhan / menangkap orang yang mempunyai perlakuan agresif / ganas oleh kerana penyakit gila / mental.

BATASAN

Pegawai polis tidak dibenarkan untuk menggunakan semburan dalam keadaan berikut:-

• Semburan ini tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya kecuali dalam keadaan wujudnya risiko ke atas pegawai polis / orang lain yang tidak dapat dielakkan dan pegawai polis berkenaan perlu bersedia dengan justifikasi bukan sahaja penggunaan semburan tetapi sebab-sebab mengapa menggunakannya.

• Sabjek yang sedang memandu, kerana dikhuatiri tindakan semburan itu akan menyebabkan ia hilang kawalan dan ini akan membahayakan nyawa orang awam / harta benda.

• Tidak boleh ditujukan kepada wanita yang mengandung / dipercayai sedang mengandung, kecuali tiada pilihan lain.

• Perlu berhemat dan cermat apabila mengambil tindakan kepada sabjek yang berada di tempat tinggi. Semburan tidak boleh digunakan sekiranya ini boleh menyebabkan sabjek terjatuh dan mungkin boleh menyebabkan kematian / cedera parah kepadanya / kepada orang lain.

• Tentangan pasif oleh sabjek tidak membenarkan pegawai polis menggunakan semburan ini.

• T-baton hanya boleh digunakan dalam keadaan di mana sabjek menyerang / berpotensi untuk menyerang. Ini termasuklah untuk melaksanakan tangkapan ke atas sabjek yang secara terang-terang menentang daripada ditangkap.

• T-baton boleh digunakan oleh pegawai polis semasa menjalankan tugas dalam situasi berikut:-

* Untuk mempertahanan diri, sekiranya wujud ancaman kecederaan fizikal kepada pegawai polis / orang lain dan tiada cara lain yag munasabah untuk mempertahanankan diri /

T-BATONT-BATON

* Untuk menangkap seseorang jika ada sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa sabjek itu menimbulkan ancaman kecederaan fizikal dan tangkapan yang hendak dibuat ini tidak boleh dijalankan jika menggunakan kaedah lain /

* Untuk menghalang seseorang yang ditangkap daripada melarikan diri dengan alasan yang munasabah bahawa orang itu menimbulkan ancaman untuk mendatangkan kecederaan fizikal pada mana-mana orang dan tindakan melarikan diri itu tidak boleh dicegah dengan kaedah yang lain.

• Alat EMI hanya boleh digunakan dalam 3 situasi dalam lingkungan serangannya, seperti berikut :-

– Apabila sabjek memberikan ancaman penentangan secara aktif / tentangan aktif dari ditangkap dan sabjek menimbulkan ancaman bahaya akan menyebabkan kecederaan tubuh badan kepada pegawai polis atau orang lain.

PENGGUNAAN EMI PENGGUNAAN EMI (elektro muscular incapacitation devices)(elektro muscular incapacitation devices)

– Apabila sabjek menimbulkan ancaman untuk mencederakan dirinya sendiri, seperti tindakan mencederakan diri sendiri / cubaan membunuh diri sendiri.

– Untuk menghalang sabjek dari melarikan diri, dan mempercayai berpandukan alasan-alasan yang munasabah bahawa sabjek itu akan menimbulkan ancaman kecederaan fizikal kepada mana-mana orang dan cubaan melarikan itu tidak dapat dicegah dengan cara yang lain.

A) Penggunaan kekerasan yang boleh mendatangkan maut boleh dipertimbangkan dalam keadaan berikut:-• Sebagai pilihan terakhir untuk mempertahankan

diri sendiri / orang lain, di mana pegawai polis itu ada sebab untuk mempercayai bahawa dia / orang lain, adalah dalam ancaman bahaya serta merta akan berlaku kematian / cedera parah.

SENJATA APISENJATA API

- Sebagai altenatif terakhir, untuk menguatkuasakan tangkapan ke atas seseorang atau menghalang sabjek daripada melarikan diri, di mana pegawai polis itu ada sebab untuk mempercayai bahawa sabjek telah melakukan kesalahan yang hukumannya adalah hukuman mati / penjara seumur hidup.

B) Dalam tindakan menggunakan senjata api dalam keadaan yang dinyatakan di atas, perkara berikut perlu beri perhatian:- Ambil tindakan secara bijaksana dan perbuatan itu hendaklah seimbang dengan tahap kesalahan yang dilakukan dengan objektif yang sah dicapai. Hak ini akan berakhir apabila ancaman bahaya terhadap kematian atau cedera parah itu telah tiada atau ancaman bahaya itu tidak wujud lagi. Hak mempertahankan diri tidak boleh digunakan sebagai perisai untuk menjustifikasikan tindakan yang agresif. Hak pertahanan diri bukanlah satu hak untuk bertindak balas mahupun sebagai hak untuk membalas dendam. 

c) Amaran lisan Pegawai polis hendaklah memperkenalkan diri mereka dan memberikan amaran yang jelas kepada sabjek, niat untuk menggunakan senjata api. Beri had masa yang munasabah untuk amaran itu dipatuhi, melainkan tindakan sedemikian akan memudaratkan orang lain dengan risiko kematian atau cedera parah, ataupun tindakan itu tidak sesuai ataupun tidak perlu berpandukan situasi keadaan semasa itu. Perkataan amaran seperti; ”Serah diri”, ”berhenti, jika tidak saya akan tembak””Buang senjata, kamu ditangkap””Letakkan tangan kamu dibelakang kepala dan buka kaki”,  

D) Tembakan amaran Di dalam keadaan biasa, pegawai polis tidak perlu melepaskan tembakan amaran. Wujud risiko besar yang dikaitkan dalam melepaskan tembakan amaran kerana ia berkemungkinan akan menyebabkan kematian / cedera parah yang tidak disengajakan. Tindakan ini juga mungkin akan menyebabkan sabjek / pegawai polis yang lain menyangka mereka sedang dalam keadaan tembak-menembak. Ini boleh menyebabkan tembakan bersilang / tertembak sesama sendiri

Pegawai polis hanya dibenarkan untuk melepaskan tembakan amaran dalam kes-kes yang serius / keadaan yang terpaksa untuk bertindak sedemikian, di mana sekiranya gagal berbuat demikian akan menyebabkan kematian /kecederaan parah. Pegawai polis yang melepaskan tembakan, hendaklah pada setiap masa, memberikan pertimbangan utama terhadap keselamatan orang awam. Contoh

Semasa satu perhimpunan haram di mana orang yang berhimpun telah diarahkan bersurai, tetapi arahan itu tidak dihiraukan dan daripada penilaian situasi didapati ada kemungkinan besar perhimpunan itu akan berubah menjadi ganas. Dalam keadaan sedemikian maka pegawai polis boleh melepaskan tembakan amaran. 

E) Melepaskan tembakan Apabila wujud keadaan untuk bertindak melepaskan tembakan ke atas sabjek dengan menggunakan peluru konvensional, pegawai polis perlu melepaskan tembakan untuk mencegah ancaman yang pasti kepada nyawa. Ancaman yang pasti ini hendaklah dinilai, dengan potensi kehilangan nyawa, peruntukkan undang-undang yang ada dan mempertimbangkan keperluannya serta kemunasabahan dan tindakan sewajarnya. Tembakan yang dilepaskan mestilah dihadkan and dihentikan apabila penyerang atau sabjek telah dilumpuhkan ataupun mereka

tidak lagi menimbulkan ancaman kepada nyawa dan harta.

KEADAAN DIMANA KEADAAN DIMANA TEMBAKAN BOLEH TEMBAKAN BOLEH

DILEPASKANDILEPASKAN

SAMBUNGAN

PERUNTUKAN PERUNTUKAN AMAM

• MEMBERI RAWATAN PERUBATAN

• PROSEDUR SELEPAS INSIDEN :-

- MAKLUM PENYELIA

- BUAT LAPORAN POLIS

• LATIHAN :-

- ASAS

- LDP (IN SERVICE TRAINING)

SEKIAN, TERIMA KASIH DIHARAP ARAHAN

KPN SAMPAI KEAKAR UMBI