take home test

38
TEKNOLOGI AUTOMOTIF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA UJIAN AKHIR 2014 NAMA : FUAD BIN RAMLI KURSUS : SPH NO. I/C : 721025086251 NO METRIK : SX101374 PHJ04

Upload: selipar-biru

Post on 28-Dec-2015

81 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

AUTOMOTIF

TRANSCRIPT

Page 1: Take Home Test

TEKNOLOGI AUTOMOTIF

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA UJIAN AKHIR 2014

NAMA : FUAD BIN RAMLI

KURSUS : SPH

NO. I/C : 721025086251

NO METRIK : SX101374 PHJ04

Page 2: Take Home Test

BAHAGIAN A

1. Apakah yang dimaksudkan dengan singkatan perkatan berikut ;

S.A.E 40

Merupakan Indeks ukuran bagi kadar kelikatan minyak pelincir. SAE merujuk

kepada singkatan Society of Automotive Engineering. Angka 40 pula merujuk

kepada kadar kelikatan bendalir minyak pelincir.

D.O.H.C

Adalah singkatan kepada Double Over Head Cam iaitu system enjin yang

menggunakan dua silinder.

Sudut cam/Dwell angle

2. Terangkan fungsi komponen berikut ;

kekasut brek

Ianya berfungsi sebagai tapak kepada lining yang bertindak dalam menukarkan

kuasa tekanan daripada wheel silinder ke drum.

gegelong penyalaan/ignition oil

Berfungsi untuk meningkatkan voltan sehingga lebih kurang 20000 V. Voltan

yang tinggi diperlukan bagi mengeluarkan bunga api yang secukupnya pada

celahan palam pencucuh.

Radiator

Page 3: Take Home Test

Berfungsi untuk menyejukkan air yang melalui jaket air di enjin selain

menampung air yang panas dari enjin.

Water pump

Bertindak untuk menghasilkan tekanankepada bendalir agar dapat bergerak

masuk semula ke dalam radiator.

Selinder induk brek

Mempunyai dua bahagian utama takungan dan satu badan silinder induk. Spring

dipasangkan pada hujung piston bagi membolehkan piston kembali ke asal

selepas pedal brek di tekan.

3. Nyatakan 5 fungsi sistem yang penting bagi sesebuah kenderaan;

Sistem penyejukan.

Sistem pelinciran.

Sistem penyerap hentakan.

Sistem brek.

Sistem penghantaran.

BAHAGIAN B

Page 4: Take Home Test

1. Berdasarkan bantuan gambarajah jelaskan kitaran 4 lejang?

2. Huraikan kendalian sistem penyejukan dengan bantuan gambarajah ketika;

Page 5: Take Home Test

a. Termostat terbuka

b. Termostat tertutup

KOMPONEN SISTEM ENJIN

Pam AirMengedarkan bahan penyejuk mengeliling sistem penyejukan enjin

Tangki Pengembangan

Tempat untuk bahan penyejuk yang mengembang disebabkan suhu enjin bertambah

KipasMengedarkan udara supaya melalui radiator

Tudung tekanan Mengawal tekanan di dalam sistem supaya sentiasa tetap

Laras Suhu/Thermostat

Mengawal aliran bahan penyejuk dalam sistem. Enjin sejuk thermostat tertutup. Enjin panas thermostat terbuka.

Penunjuk SuhuMemberi amaran atau petunjuk pada pemandu tentang suhu enjin

RadiatorTempat untuk penukaran haba bagi bahan penyejuk

Page 6: Take Home Test

3. Huraikan langkah-langkah menservis asas kenderaan dan pemeriksaan yang akan

dilakukan selepas menservis kenderaan

Jawapan :

langkah-langkah menjaga kenderaan :

Periksa Kenderaan sebelu memandu

Tayar kereta

Periksa secara visual tayar kenderaan anda.Pastikan tayar kenderaan anda tidak

Terdapat bendasing atau benda yang tidak sepatutnya pada tayar anda seperti paku

Dan sebagainya.Sekiranya terdapat paku,jangan cabut paku tersebut.Seeloknya bawalah

kenderaan anda ke kedai yang menyediakan perkhidmatan menampal tayar.

Periksa angin tayar kenderaan anda mengikut spefikasi yang ditetapkan oleh pihak pengeluar

tayar atau kenderaan anda

Periksa ketebalan bunga tayar kenderaan anda.Ketebalan bunga tayar mempengaruhi

kecekapan anda memberhentikan kenderaan serta mengawal kenderaan dalam apa jua

keadaan.Tayar kenderaan juga mestilah tahan lasak untuk menangani tekanan serta

permukaan jalan yang tidak rata.Tayar juga member keselesaan kepada pemandu dan

penumpang.

Berikut adalah antara beberapa panduan berguna:

·         Segera tukar tayar jika bunganya sudah haus .Tayar begini mudah tergelincir,terjejas

akibat kesan membrek dan kurang sensetif dari segi kecengkaman.Dalam keadaan basah

kenderaan mungkin terbabas dan menyukarkan kawalan pemandu.

·         Pemilihan tayar memang penting untuk keselamatan ,keselesaan ,kawalan dan

ekonomi.Membrek dengan mengejut juga boleh menyebabkan tayar tergelincir.Periksa

Page 7: Take Home Test

tekanan tayar sekurangnya dua kali sebulan,ketika tayar dalam keadaan sejuk.Pengeluar juga

menekankan tekanan tayar kepada pemandu.

·         Jangan memandu dalam keadaan tayar rosak.Tukar atau perbaiki secepat mungkin

·         Segera baiki tayar yang tidak normal.Biasakan memeriksa tekanan tayar ,penjajaran roda

dan pusingan roda.Elakkan tabiat buruk ketika memandu seperti memandu terlalu

laju,membrek sengaja mengejut,dan mengambil selekoh secara berbahaya.

·         Pastikan tayar gantian sentiasa dalam keadaaan baik dan boleh digunakan serta memiliki

tekanan angin mencukupi.

·         Sentiasa pastikan skru tayar dipasang dengan betul dan tidak terlalu ketat.Sekiranya ingin

membuka atau melonggarkan nat tayar pastikan membukanya dan mengetatkan secara

bersilang bg memastikan ikatan yang sama rata pada rim kenderaan.

·         Jangan biarkan tayar terlebih muatan.Carta berat dan tekanan angin tayar biasanya terpapar

di tempat mengisi angin di mana-mana stesen minyak.Tayar hanya mampu menampung

muatan maksimum jika ia memiliki tekanan angin maksimum

·         Jangan memakai tayar terpakai sekiranya anda tidak tahu sejarahnya.

·         Pastikan segala peralatan untuk menukar tayar seperti apanar tayar bersaiz 19 atau 21 serta

jack sentiasa dalam keadaan baik

Keadaan luaran badan kenderaan

·         Periksa samada badan kenderaan dalam keadaan baik atau tidak.Pastikan semua cermin

dalam keadaan baik.Jangan memandu sekiranya cermin kenderaan anda retak kerana ia boleh

pecah pada bila-bila masa sahaja

·         Periksa setiap lampu kenderaan anda samada dalam keadaan baik atau tidak.

·         Periksa samada pengelap(wiper)anda berada dalam keadaan baik atau tidak

Page 8: Take Home Test

·         Periksa bahagian bawah kenderaan(undercarriage).pastikan tidak terdapat lelehan minyak

atau air dari mana-mana bahagian enjin serta tangki kenderaan

·         Jika terdapat kebocoran,pastikan jenis kebocoran seperti kebocoran minyak

pelincir,minyak petrol,minyak gearbox,minyak stering kuasa,minyak brek ataupun cecair

radiator

·         Pergi ke bengkel berdekatan sekiranya anda dapat mengenalpasti masalah dan dapatkan

nasihat dari bengkel yang bertauliah

·         Sentiasa membasuh kenderaan anda seminggu sekali bagi memanjangkan jangka hayat

badan kenderaan

·         Seeloknya anda diminta melilin(wex) badan kenderaan anda setiap 6 bulan sekali bagi

memanjangkan jangka hayat cat kenderaan

·         Cara yang betul untuk mencuci kenderaan ialah

·         Untuk membersihkan enjin,

Jangan menggunakan air kerana pada permukaan enjin ada banyak kesan minyak yang tidak

dapat dihilangkan dengan air.

Penggunaan air juga boleh menyebabkan litar pintas dan kereta akan meragam. Seelok-

eloknya gunakanlah minyak tanah untuk hilangkan minyak dan gris pada permukaan enjin.

Tetapi lebih mudah lagi sekarang ada banyak bahan pencucian yang dijual di kedai aksesori

untuk menghilang gris dan tar. Semburkan bahan berkenaan di tempat yang perlu, biarkan ia

meresap kemudian lap dengan kain kering.

Gris dan sisa minyak pelincir perlu dibersihkan segera daripada bahagian luaran enjin kerana

boleh merosakkan

i. tali kipas

ii. paip getah

iii. kabel elektrik.

Selain gris, debu atau lumpur yang melekat pada komponen elektrik seperti

i. alternator (motor penghidup)

ii. generator

Page 9: Take Home Test

iii. gegelung penghidup

iv. pengagih dan lampu

boleh menyerap wap air dan boleh menyebabkan litar pintas.

Pada terminal bateri pula jika terlihat ada endapan berwarna putih, siramlah dengan air panas

kemudian bersihkan dengan kain. Endapan itu dapat dihilangkan dengan mudah tetapi jaga

jangan sampai air masuk ke dalam bateri. Lubang pengudaraan pada penutup bateri juga

perlu dipastikan sentiasa terbuka.

Ketika mencuci bahagian enjin, pemilik kenderaan dapat memastikan jika ada kebocoran

minyak pelincir, elemen penting bagi menjamin kesinambungan kerja setiap bahagian yang

bergerak.

Oleh itu, jika tahu ada kebocoran minyak pelincir, cari segera puncanya dan tambahkan

minyak pelincir jika kurang.

Dalam keadaan biasa, selepas beberapa tahun, gasket kebuk enjin akan bocor sedikit dan

minyak pelincir akan menitis. Ini dapat dilihat pada lantai tempat kereta diletakkan. Jika

jumlah titisan itu banyak, mungkin gasket di oil sum yang rosak.

Dalam keadaan biasa minyak pelincir akan berkurang menerusi pemeluwapan dan

pembakaran. Tapi jumlahnya tidak banyak kira-kira 1/300-1/500 daripada jumlah

penggunaan petrol.

Jumlah minyak pelincir boleh dipastikan dengan memeriksa tolok sukat. Baik periksa sendiri

kerana jika dibiarkan juruteknik stesen minyak memeriksanya, dalam banyak keadaan anda

sebenarnya membantu memajukan perniagaan mereka.

Namun jika anda mahu membasuh sendiri, anda perlu menggunakan sabun yang sesuai untuk

pencucian kereta. Sabun basuh tidak sesuai dan kelorok tidak sesuai.

Lazimnya, kereta baru dicat dengan cat bermutu tinggi. Jika permukaan itu tidak dibersihkan

dengan baik, cat akan cepat rosak.

Page 10: Take Home Test

Debu dan lumpur yang melekat pada badan kenderaan akan menyerap wap air dengan cepat

dan merosakkan permukaan cat. Selain nampak comot, cat akan luntur dan mudah menjadi

retak-retak.

Langkah pertama membersihkan kenderaan ialah menghilang debu dengan membuat

semburan tanpa menggunakan sabun.

Apabila permukaan badan kenderaan berada dalam keadaan kering dan tidak terlalu kotor,

debu yang melekat dapat dihilangkan dengan bulu ayam. Tetapi, jika kotoran tidak dapat

dihilangkan, gunakan kain bersih basah.

Penggunaan kain kering akan menyebabkan calar atau gurisan pada permukaan cat. Ini

disebabkan kotoran berkenaan mempunyai butir debu keras dan pasir.

Apabila membasuh kenderaan menggunakan sabun, jangan biarkan sabun melekat terlalu

lama di badan kenderaan kerana ia akan meningkatkan partikel bintik-bintik putih serta bahan

kimia sabun boleh memakan cat.

Setelah dibasuh, keringkan badan kereta dengan kain bersih. Untuk hasil yang lebih baik

setelah kereta kering sapulah wax (lilin). Selain menambahkan kilat kereta, wax bertindak

melindungi permukaan supaya tetap menarik dan hidup. 

Di dalam ruangan enjin

·         Sebelum menghidupkan enjin,pastikan enjin berada didalam keadaan baik.Periksa secara

kasar pada enjin anda sekiranya terdapat kesan lelehan minyak atau cecair radiator

·         Jika terdapat kebocoran,lakukan pemeriksaan menyeluruh keatas enjin anda dan segera

menghantar kenderaan anda ke bengkel yang berdekatan

·         Sentiasa memeriksa paras minyak pelincir anda.Tarik dipstick dan periksa paras minyak

pelincir anda.Pastikan minyak anda sentiasa berada dalam paras high.Jika minyak pelincir

anda terlebih dari paras high yang ditetapkan,kemungkinan minyak pelincir tersebut akan

keluar melalui pcv valve ataupun salur dipstick itu sendiri.Bagi kenderaan yang

Page 11: Take Home Test

menggunakan Carburetor pula,kemungkinan minyak pelincir yang berlebihan akan disedut

masuk ke dalam karburetor dan menyebabkan karburetor tersumbat dan kotor

·         Jika paras minyak pelincir anda berada dalam keadaan low,tambahkan minyak pelincir

keparas high yang ditetapkan.selepas itu anda diminta untuk menghidupkan enjin untuk

beberapa minit dan matikan enjin kenderaan anda.Sila periksa lagi paras minyak pelincir

anda.Ini kerana apabila enjin berada dalam keadaan sejuk,(enjin tidak dihidupkan)minyak

pelincir biasanya akan berkumpul di dalam takungan yang dipanggil oil sump.Apabila enjin

telah hidup dan telah mencapai suhu kendalian,minyak pelincir tadi akan bergerak keseluruh

system pelinciran dan kelikatan akan menjadi cair kerana enjin berada dalam keadaan

panas.Sekiranya minyak pelincir anda masih lagi tidak mencukupi apabila enjin panas,sila

tambah semula sehingga paras yang ditetapkan.

·         Tujuan minyak pelincir ialah melincirkan komponen-komponen yang bergerak didalam

enjin dan hendaklah menukar minyak pelincir anda setiap 5,000km bg yang menggunakan

jenis mineral dan semi senthetic dan tukar setiap 10,000km bagi yang menggunakan jenis

fully senthetic.

Cara menukar minyak pelincir

1.      Hidupkan enjin selama 10 minit sebelum membuang minyak enjin terpakai.Minyak yang

panas lebih senang dibersihkan daripada minyak yang sejuk

2.      Letakkan kenderaan di permukaan yang rata dan matikan enjin

3.      Jika kereta anda rendah,tinggikan sedikit dengan menggunakan bicudan sokongnya

dengan stabil

4.      Buka hud kereta

5.      Masuk kebawah kereta apabila ia sudah disokong dengan kuat

6.      Kenalpasti lokasi taking pengering minyak dan dibahagian bawah enjin

7.      Longgarkan palam salir dengan menggunakan perengkuh dan letakkan taking

pengering minyak di bawahnya

8.      Tanggalkan palam salir dengan tangan untuk mengalirkan minyak panas

9.      Salirkan minyak ke dalam taking minyak

10. Pasang semula palam salir

11. Ketatkan ia menggunakan perengkuh tetapi jangan terlalu ketat

12. Tanggalkan tukup pengisi minyak

13. Letakkan corong di permukaannya dan masukkan minyak baru

Page 12: Take Home Test

14. Tutup pengisi minyak apabila penuh

15. Hidupkan enjin dan periksa batang celup.Tambah minyak apabila perlu

Penapis Udara

·         Periksa penapis udara anda setiap 3000km bagi memastikan ianya sentiasa dalam keadaan

baik.Sekiranya anda selalu menggunakan jalan yang berdebu,anda diminta selalu

menukarkan penapis udara anda bagi memastikan karburetor anda tidak tersumbat.

·         Tukar penapis udara anda setiap 10,000km atau lebih mengikut yang ditetapkan pengeluar

·         Cara membersihkan penapis udara ialah dengan ketuk atau menghempaskan penapis udara

anda ke bahagian yang rata seperti permukaan jalan atau simen bagi mengeluarkan habuk

yang kasar.Sekiranya dirumah anda terdapat air compressor ,anda boleh menggunakan

tekanan angin keatas penapis udara anda.

·         Tujuan penapis udara ialah memastikan udara yang memasuki karburetor ditapis bagi

mengelakkan dari tersumbat.Penapis yang kotor akan menyebabkan kerosakan pada

karburetor dan menyebabkan kandungan udara yang disedut masuk berkurangan dan

menyebabkan penggunaan minyak petrol yang berlebihan(fuel comsumption)

·         Kebanyakan kenderaan masa kini lebih gemar menggunakan penapis udara racing dimana

kita tidak perlu menukarnya tetapi kita hendaklah sentiasa membersihkannya menggunakan

cecair khas yang dibenarkan.

Cecair Radiator

·         Periksa system penyejukan anda sekiranya terdapat kebocoran.Buka tudung

radiator(radiator cap) untuk melihat sekiranya terdapat cecair atau tidak.

·         Amaran:Jangan membuka radiator cap atau menambah air apabila enjin panas.Ini kerana

apabila suhu enjin mencapai suhu kendalian,tekanan didalam enjin akan menjadi tinggi,Ini

akan menyebabkan anda melecur teruk sekiranya anda tidak berhati-hati.Sekiranya anda

terkena air panas dari radiator,cucur bahagian yang terkena air panas tadi dengan air sejuk

dan segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

·         Periksa tangki simpanan radiator(reservoir).Pastikan paras cecair mencukupi.Sekiranya

tidak mencukupi ,tambahkan air mengikut paras yang ditetapkan.Jangan mengisi air

Page 13: Take Home Test

berlebihan kerana ia akan menyebabkan tekanan di dalam radiator akan menjadi tinggi dan

menyebabkan enjin terlampau panas(overheat).

·         Sekiranya kenderaan anda menggunakan radiator coolant atau cecair antibeku,sila tambah

mengikut spefikasi yang ditetapkan pengeluar.

·         Sekiranya kenderaan anda tidak menggunakan radiator coolant,anda dinasihatkan jangan

meletakkan radiator coolant didalam radiator anda kerana ia

akan menyebabkan radiator dan system penyejukan tersumbat.

·         Tujuan system penyejukan ialah memastikan enjin mencapai suhu kendalian dan enjin

tidak terlampau panas.

·         Manakala tujuan radiator coolant ialah memastikan cecair tidak beku dan tahan mendidih.

Cecair penggelap(wiper)

·         Pastikan takungan cecair penggelap tidak bocor dan berada dalam keadaan baik.isikan air

sehingga penuh dan tutupkan penutupnya.

·         Untuk mendapat kesan yang baik,anda dinasihatkan menggunakan windshield untuk

memastikan wiper anda dapat berfungsi dalam keadaan baik apabila hujan.

·         Pastikan wiper anda berada dalam keadaan baik dan tidak rosak.Tukar segera sekiranya

wiper anda rosak kerana ia akan menyebabkan kesukaran anda memandu ketika keadaan

hujan.

·         Uji dan pastikan corong air berada dalam keadaan baik.

Bendalir brek

·         Buka tudung tangki brek dan pastikan bendalir brek mencukupi.Sekiranya bendalir brek

tidak mencukupi,tambahkan bendalir brek sehingga paras yang ditetapkan.

·         Amaran:Sila perhatikan pada tudung bendalir brek jenis bendalir brek anda.Jangan

mencampurkan bendalir brek anda.

·         Sekiranya kenderaan anda menggunakan bendalir brek jenis DOT3 anda diminta

menggunakan jenis yang sama

·         Sekiranya kenderaan anda menggunakan bendalir brek jenis DOT4,anda diminta

menggunakan jenis yang sama.

·         Perbezaan antara DOT3 dan DOT4 ialah Ketajaman bendalir tersebut terhadap komponen

system brek.Sekiranya kenderaan anda menggunakan bendalir DOT3 dan anda terletak

Page 14: Take Home Test

DOT4.dikuatiri akan berlaku kebocoran pada system brek anda kerana bendalir DOT 4 akan

menyebabkan kehausan pada getah-getah(oilseal)system brek.

·         Sekiranya kenderaan anda menggunakan bendalir DOT4,anda boleh menggunakan

DOT3,tetapi tidak digalakkan kerana kekurangan sifat ketajamannya.

·         Pastikan Brekpad anda berada dalam keadaan baik.Sekiranya brek pad anda telah haus

atau habis,dinasihatkan anda segera menukarnya di bengkel yang bertauliah.

·         Gunakan brek pad yang tulen sahaja.Brek pad tiruan tidak akan beroperasi dengan baik

apabila cuaca panas dan menyebabkan brek anda tidak mencengkam dengan baik.

·         Sekiranya bendalir brek terkena pada badan kenderaan,simbahkan air ketempat yang

berkenaan,Ini kerana ia akan mengaratkan badan kenderaan .

·         Sekiranya terkena mata atau anggota badan yang lain,cucur dengan air dan segera

dapatkan rawatan.

Bendalir clutch

·         Biasanya yang menggunakan bendalir clutch ialah kenderaan yang menggunakan clutch

pump bg menggantikan kabel clutch.

·         Jika bendalir cluch telah kurang,hendaklah anda menambahkannya sehingga penuh.Bg

kenderaan yang menggunakan kabel clutch,pemeriksaan terhadap kualiti kabel clutch boleh

diperiksa,

·         Clutch pump menggunakan bendalir DOT4.

Power Steering Oil

·         Biasanya kenderaan yang menggunakan minyak power steering ialah kenderaan yang

menggunakan power steering.

·         Minyak yang digunakan adalah sama dengan minyak automatic gearbox iaitu ATF

DEXTRON 2.

·         Sekiranya berkurangan ,tambah minyak power steering sehingga mencapai paras yang

dibenarkan.

·         Anda disarankan menukar minyak power steering setiap 30,000km bg memastikan minyak

power steering tidak kotor dan tersumbat

Page 15: Take Home Test

Air bateri

·         Buka penutup bateri dan periksa paras cecair bateri.

·         Sekiranya tidak mencukupi,sila tambahkan dengan air suling.

·         Aras elektrolit mestilah ¾ inci daripada paras had atas

·         Bg memastikan bateri sentiasa dalam keadaan baik,sentiasa memeriksa kandungan air

bateri setiap kali servis dilakukan

·         Terdapat 2 jenis bateri yang biasa digunakan pada masa kini iaitu sel basah dan sel

kering(free maintanance)

·         Sentiasa bersihkan terminal bateri dengan air panas dan ketatkan kepala bateri

·         Anda dinasihatkan untuk sentiasa memeriksa tahun bateri serta berapa jumlah voltage

bateri sebelum enjin dihidupkan serta selepas enjin dihidupkan bg mengetahui keadaan bateri

serta alternator

Minyak automatic gearbox

·         Bagi yang menggunakan kenderaan automatic,cara memeriksa minyak automatic gearbox

ialah dengan cara 2 kaedah

·         Ketika enjin sejuk,tarik Dipstick minyak autimatik dan perhatikan paras cool level pada

dipstick.

·         Hidupkan enjin dan biarkan enjin mencapai suhu kendalian

·         Ketika enjin hidup,tarik dipstick minyak automatic dan periksa pada paras hot

pula.pastikan parasnya mencukupi.

·         Minyak yang digunakan adalah jenis ATF Dextron2

Page 16: Take Home Test

Minyak Gearbox Manual

·         Bagi yang menggunakan kenderaan manual,minyaknya tidak sama dengan minyak

automatic gearbox.

·         Minyak yang digunakan adalah SAE80 ataupun SAE90.

·         Cara melihat paras minyak gearbox manual ialah dengan cara membuka filler plug pada

gearbox.Sekiranya filler plug sudah dibuka dan minyak gearbox manual keluar melalui

lubang filler,maknanya minyak adalah mencukupi.

·         Sekiranya setelah Filler plug sudah dibuka tetapi tiada minyak keluar melalui filler

plug,tambahkannya sehingga meleleh keluar

·         Tutup filler plug dan start enjin,Pastikan tiada kebocoran yang berlaku.

Minyak Transaxle(gandar belakang)

·         Bg kenderaan yang menggunakan pacuan belakang seperti van dan kenderaan

perdagangan berat,terdapat gandar dibelakang yang perlu ditukarkan minyak setiap

40,000km.

·         Jenis yang digunakan ialah SAE140.Ini berbeza dengan minyak gearbox manual dimana ia

menggunakan SAE80 ataupun SAE90

·         Cara menukar minyak gandar belakang ialah sama seperti cara menukar minyak gearbox

manual

Tali sawat pemacu

·         Talisawat pemacu perlu diperiksa selalu(sekali sebulan).Jika ia kelihatan haus,nipis atau

merekah,tukar kepada yang baru.

·         Jika talisawat pemacu longgar,anda diminta mengetatkannya sehingga 0.5mm

·         Jangan ikat terlalu ketat dan terlalu longgar kerana jika ia terlalu ketat akan menyebabkan

komponen cepat rosak dan jika ia terlalu longgar akan menyebabkan belt akan terlepas dan

berbunyi bising.

·         Seeloknya tukarlah belt kereta anda setiap 30,000km

·         Anda juga boleh melihat kerosakan pada talisawat kenderaan anda seperti

retak,terkoyak,dan merekah

Page 17: Take Home Test

·         Jika anda dapati semua tanda ini terdapat pada talisawat anda,sila tukar talisawat anda.

·         Cara pemasangan tali sawat ialah tulisan mestilah berada di hadapan anda dan anda boleh

membaca tulisan itu

·         Pada tali sawat tersebut,terdapat saiz dan ukuran tertulis pada talisawat tersebut bg

memudahkan pengeluar serta pembekal mengetahui saiznya tanpa perlu mengukurnya

Palam pencucuh(spark plug)

·         Biasanya anda perlu menukar palam pencucuh anda setiap 10,000km ataupun bergantung

kepada jenis pengeluar kenderaan tersebut

·         Palam pencucuh yang sudah lama tidak di tukarkan akan memberi kesan kepada prestasi

enjin dan akan menyebabkan penggunaan bahan api yang tinggi.

·         Sentiasa periksa selaan ataupun kelegaan palam pencucuh anda bagi memastikan ianya

berada pada prestasi yang terbaik

·         Cara menukar palam pencucuh ialah

1.    Matikan enjin kenderaan

2.    Cabut kabel palam pencucuh dengan berhati-hati bagi memastikan kabel tersebut tidak putus

dan rosak

3.    Tandakan setiap palam pencucuh mengikut aturannya

4.    Gunakan peralatan yang sesuai untuk membuka palam pencucuh

5.    Buka dan keluarkan palam pencucuh yang lama

6.    Engkol(crank) engine anda bagi memastikan pengeluaran karbon lama yang berada didalam

silinder selama beberapa saat

7.    Pastikan sebelum memasang palam pencucuh yang baru,anda dikehendaki melihat dahulu

kelegaan pada palam tersebut

8.    Pasang dan ikat palam pencucuh mengikut kekuatan yang sama rata dan ditetapkan oleh

pengeluar

9.    Pasang semula kesemua kabel palam pencucuh mengikut aturannya

10. Hidupkan enjin dan perhatikan perubahannya

Page 18: Take Home Test

Ruangan Dalam kenderaan

·         Sentiasa vakum kenderaan anda daripada habuk bagi mengelakkan sistem penyaman udara

anda cepat rosak

·         Sentiasa meletakkan gris pada ensel pintu kenderaan

·         Sentiasa meletakkan gris getah pada getah tingkap kenderaan bagi memastikan ianya tidak

tersangkut

·         Periksa Getah-getah pintu anda samada berada dalam keadaan baik ataupun tidak.Ini

kerana getah pintu bertindak sebagai komponen yang menyingkirkan air daripada masuk

kedalam badan kenderaan

·         Jika kenderaan anda mengunakan center lock,pastikan ianya berfungsi dengan baik

·         Periksa kesemua suis yang berada didalam kenderaan berfungsi dengan baik dan elok

·         Anda diminta untuk menservis sistem penyaman udara kenderaan 2 tahun sekali bagi

memastikan jangka hayatnya bertambah

Page 19: Take Home Test

4. Huraikan langkah-langkah menservis sistem brek dan jelaskan contoh-contoh

kerosakan pada sistem brek.

Jawapan:

4.0 Langkah-langkah menservis system brek.

  

Rajah 1 : Saluran aliran brek

 

Brek yang dipasang pada kenderaan adalah bertujuan untuk memberhentikan atau

memperlahankan kenderaan daripada terus bergerak apabila diperlukan. Operasi

sistem brek biasanya menjadi satu aspek yang paling penting bagi setiap pemandu

untuk diambil perhatian serius. Oleh itu, keupayaan pembrekkan memainkan peranan

penting dalam pemanduan kenderaan bermotor. Umumnya terdapat dua jenis sistem

brek yang digunakan pada kenderaan masa kini, iaitu sistem brek hidraulik dan sistem

brek mekanikal. Walaubagaimana pun kebanyakan kenderaan masa kini

menggunakan teknologi sistem brek hidraulik kerana kuasa pemberhentiannya lebih

baik daripada brek mekanikal.

 

Brek hidraulik menggunakan kuasa bendalir hidraulik untuk beroperasi. Bagi brek

hidraulik masa kini, ia dipasang dengan gabungan brek cakera dan brek gelendong.

Brek cakera dipasang pada roda hadapan manakala brek gelendong dipasang pada

roda belakang. Brek merupakan peranti yang menggunakan kuasa geseran untuk

memperlahankan atau memberhentikan mekanisme brek daripada terus bergerak.

Dalam sistem tersebut terdapat berbagai-bagai kerumitan berlaku, yang boleh

menggagalkan kenderaan daripad berhenti seperti yang dikehendaki pemandu. Antara

kerumitan atau masaalah yang sering berlaku ialah :-

Page 20: Take Home Test

 

4.1 Brek hilang kuasa memberhentikan kenderaan.

4.2 Kereta hanya berhenti selepas injak brek ditekan jauh ke bawah.

4.3 Brek menyebabkan kereta tertarik ke sebelah.

4.4 Brek mencengkam.

4.5 Brek menyeret.

4.6 Brek mampung.

4.7 Brek tangan tidak berfungsi.

 

 

Brek hilang kuasa memberhentikan kenderaan.

 

     Kerosakan berlaku pada pam induk brek ( master pump).

5.  

 

6.  

 

 

7.  

8. Rajah 10.1 : Master pump

 

Keadaan ini berlaku disebabkan oleh kerosakan getah penebat, dinding silinder, pam

induk bercalar, saluran hidraulik tersumbat atau kebocoran pada pam induk brek. Jika

ini berlaku, cara mengatasinya adalah dengan membaik pulih pam induk brek. Periksa

dengan teliti setiap bahagian komponen seperti penebat getah, dinding silinder, dan

saluran hidraulik. Gantikan komponen yang rosak dan pasangkan semula pada

kenderaan. Lakukan kerja penjujusan ‘bleeding’ semasa enjin dihidupkan.

 

     Getah penebat pada silinder roda bocor atau haus.

 

Kebiasaannya ternampak kebocoran atau cecair brek terkeluar daripada silinder roda yang

rosak. Letakkan kenderaan diatas pendorong dan atas tempat yang

 

Page 21: Take Home Test

rata. Tanggalkan roda yang mengeluarkan silinder roda. Rombak silinder roda yang

bocor, dan gantikan komponen yang rosak (biasanya penebat rosak). Pasangkan

semula semua komponen pada kenderaan, hidupkan enjin dan jujuskan sistem brek

bermula daripada roda yang paling jauh dan berakhir dengan roda yang terdekat

dengan pam induk brek.

 

 

Kereta hanya berhenti selepas injak brek ditekan jauh ke bawah.

 

     Lapik brek atau pad brek haus berlebihan.

 

Kehausan terjadi selepas pelapik brek atau pad brek digunakan dengan lama kerana

setiap kali pengguna kenderaan memandu, tentunya brek amat diperlukan. Setiap kali

injak brek ditekan, pelapik atau pad bergeser dengan gelendong brek atau cakera brek.

Lama-kelamaan pelapik atau pad tersebut akan semakin nipis. Jika ini berlaku,

tarikkan brek tangan dan naikkan kereta ke atas penyokong. Keluarkan roda dan

tanggalkan pelapik atau pad brek daripada kedudukannya. Ganti keratan lapik pad

brek dan pasangkan semula seperti sediakala.

 

Hidupkan enjin dan jujus sistem brek hidraulik sehingga tiada udara terkandung

dalam sistem hidraulik. Sekiranya pelapik atau pad didapati masih licin dan tebal.

Gosokkan pelapik dengan kertas pasir halus untuk membuang lapisan yang licin,

kemudiannya pasangkan semula.

 

              

Rajah 2 : Brake disk

 

Page 22: Take Home Test

Rajah 3 : Cara brek beroperasi

 

Brek menyebabkan kereta tertarik ke sebelah.

 

     Pelapik atau pad berminyak pada sebelah roda.

 

Pelapik atau pad yang berminyak ini menyebabkan brek sebelah roda tergelincir dan

tidak dapat berfungsi seperti roda-roda yang lain. Jika ini berlaku, cara mengatasinya

adalah dengan membaraikan komponen brek pada sebelah roda berkenaan, dan

memeriksa komponen yang rosak. Gantikan pelapik brek, penebat getah atau penutup

habuk jika perlu.

 

 

Brek mencengkam.

 

     Brek cakera atau brek gelendong berpiuh atau piring belakang longgar.

 

Jika ini berlaku, baik pulih brek cakera atau brek gelendong dan lakukan servis ke

atasnya. Jika terdapat kerosakan pada mana-mana komponen brek, gantikan dengan

alat ganti yang baru. Tukarkan pegas atau spring yang lemah atau patah.

 

     Tiada jarak antara gelendong dengan pelapik brek.

 

Page 23: Take Home Test

Jika ini berlaku, baik pulih komponen brek pada roda berkenaan dan gantikan

komponen-komponen yang didapati telah rosak. Sebarang kerosakan akan jelas dilihat

dengan mata kasar.

 

 

Brek menyeret.

 

     Brek tangan tidak dilepaskan sepenuhnya, pelarasan brek tidak seimbang, pegas

kasut patah.

 

Jika ini berlaku, baik pulih komponen brek pada roda berkenaan dan gantikan

komponen-komponen yang dilihat telah rosak. Sebarang kerosakan akan jelas dilihat

dengan mata kasar.

 

     Omboh melekat di dalam silinder.

 

Keadaan ini disebabkan oleh keadaan silinder yang telah berkarat dengan teruk, dan

kerana itu omboh tidak dapat ditolak keluar daripada kedudukannya untuk menekan

pelapik dan memberhentikan kenderaan. Jika ini berlaku, buat kerja baik pulih

terhadap angkup atau gelendong brek dan tukarkan penebat getah, servis silinder serta

bersihkan atau gantikan penutup habuk. Basuh pam brek pada silinder, bekas dan

penutup minyak dengan air bersih. Setelah selesai, isi minyak dan lakukan penjujusan.

 

 

Brek mampung

 

     Udara dalam saluran hidraulik atau kebocoran pada silinder induk.

 

Keadaan ini berlaku apabila terdapat udara dalam saluran hidraulik atau kebocoran

pada atau dalam silinder induk. Lakukan jujusan terlebih dahulu. Sebelum memasang

semula silinder pada kenderaan. Ini untuk mengeluarkan udara berlebihan

 

 

Page 24: Take Home Test

dalam silinder induk. Setelah memasangnya pada kenderaan, lakukan pula jujusan

pada setiap roda mengikut susunan jujusan.

 

Brek tangan tidak berfungsi.

 

Keadaan ini adalah biasanya disebabkan oleh kabel tangan yang terlalu panjang yang

menyebabkan pelarasan menjadi kendur. Pastikan kabel digunakan sesuai dengan atau

sama dengan alat ganti yang tulen. Jika tidak, saiz dan panjangnya akan memberi

masaalah apabila memasang dan melakukan pelarasan. Letakkan kenderaan diatas

tempat yang rata. Lepaskan brek tangan sepenuhnya dan laraskan melalui nat

pelarasan dengan kabel ke tahap yang sesuai. Selepas itu tarik brek tangan dengan

perlahan sehingga 5 bunyi ‘klik’ kedengaran. Hidupkan enjin, masukkan gear satu

dan cuba gerakkan kenderaan dengan perlahan dan tarik brek tangan. Kereta akan

terhenti sejurus sahaja brek tangan di tarik. Jika sebaliknya laraskan semula sehingga

ia dapat berfungsi sepenuhnya.

 

     Berikut adalah beberapa ciri-ciri sistem brek yang baik.:-

 

-         Kenderaan dapat berhenti seperti yang dijangka oleh pemandu.

-         Cengkaman brek yang baik dan tidak menyeret.

-         Keadaan injak brek dalam keadaan lembut dan selesa ketika memijak brek.

5. Cadangkan satu bentuk kemahiran automotif untuk pelajar yang memenuhi keperluan

sepuluh tahun akan datang.

Jawapan:

Peranan sumber manusia adalah penting bagi menjayakan usaha menjadikan Malaysia

sebagai hab industri pengeluaran kenderaan cekap tenaga, atau Energy Efficient Vehicle

(EEV), seperti direncanakan oleh Dasar Automotif National (DAN 2014). Pengeluaran EEV

Page 25: Take Home Test

memerlukan tenaga kerja yang berkebolehan serta mempunyai pengetahuan dan kemahiran

teknikal yang tinggi.

Keupayaan semasa kalangan industri automotif tempatan seperti alat kelengkapan,

pengetahuan, pengalaman dan kemahiran masih relevan bagi perusahaan EEV. Namun

teknologi baharu, keupayaan mereka bentuk yang lebih tinggi adalah di antara sokongan yang

perlu dibangunkan segera bagi melancarkan usaha mengeluarkan EEV.

Satu dokumen Hala Tuju Sumber Manusia Automotif Malaysia atau Malaysia Automotif

Human Capital Roadmap (MAHR), telah dibentangkan berikutan pengumuman DAN 2014

baru-baru ini menjelaskan perangcangan yang berterusan bagi membangunkan sumber

manusia yang berkebolehan di semua peringkat kerja di bidang industri automotif. Adalah

dianggarkan sejumlah 187,000 pekerja mahir EEV diperlukan menjelang tahun 2020.

MAHR telah mengenal pasti lima teras pembangunan sumber manusia penting bagi industri

automotif tempatan untuk terus bergerak ke hadapan. Teras pertama akan menumpukan usaha

untuk mempertingkatkan kegunaan teknologi kejuruteraan digital dalam keseluruhan

ekosistem automotif tempatan bagi pengeluar kenderaan dan perkhidmatan, konvensional

mahupun EEV.

Kejuruteraan digital adalah teknologi bantuan komputer dalam menghasilkan kerja- kerja

mereka bentuk kenderaan, termasuk mereka bentuk proses dan peralatan pengeluaran, dalam

masa yang singkat di peringkat pembangunan kenderaan.

Malaysia Automotif Institute (MAI), telah mengorak langkah ke arah mempertingkatkan

kegunaan teknologi dengan memperkenalkan program Digital Engineering and Prototyping

(DEP), satu projek kerjasama di antara MAI, Pengeluar kenderaan tempatan dan vendor-

vendor yang berkenaan. Kejayaan program ini adalah bukti kemampuan para jurutera

tempatan untuk menerokai teknologi ini pada masa hadapan.

Teras kedua MAHR bertujuan menyusun semula kursus kejuruteraan di universiti- universiti

tempatan supaya asas utama korikulum pembelajaran diterajui industri, atau industy driven.

Empat ahli kepada Malaysian Technical University Network (MTUN), iaitu; University

Malaysia Perlis (UniMAP), University Malaysia Pahang (UMP), University Teknikal

Malaysia Melaka (UTem) dan University Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), telah dikenal

pasti sesuai bagi melaksanakan program- program pembelajaran dan latihan diterajui industri

Page 26: Take Home Test

ini, yang bakal menghasilkan para graduan yang cemerlang akademi dengan mempunyai

pendedahan industri yang meluas supaya mereka ini lebih releven kepada industri automotif

tempatan.

Penglibatan negara dalam industri EEV akan memerlukan sejumlah 55,500 tenaga kerja

teknikal, mahir dan separa mahir, menjelang tahun 2020. Bidang khusus yang diperlukan

ialah; autonomi, proses pengeluaran kawalan komputer dan kerja-kerja pemastian kualiti.

Bagi mencapai keperluan ini, sebagai teras ketiga MAHR, perhatian akan diberikan untuk

menarik lebih ramai graduan dari kursus-kursus teknikal dan latihan vokasional untuk

menyertai program-program peningkatan kemahiran di bawah MAHR. Program Industry Led

Professional Certification (IPC) yang telah diperkenalkan oleh MAI adalah salah satu usaha

bagi memenuhi teras ketiga ini. IPC memberi fokus ke arah mengeluarkan tenaga kerja

spesifik untuk mengisi keperluan kemahiran yang luas dalam industri automotif.

Memandangkan ramai tenaga kerja yang bakal diperlukan dalam sektor automotif bagi

menampung keperluan khusus untuk perusahaan EEV, teras keempat MAHR ialah mengkaji

semula dan memperkenalkan kurikulum tambahan supaya pembangunan tenaga kerja dalam

bidang kemahiran lebih bersesuaian untuk industri automotif.

Dua program giat dilaksanakan di seluruh negara iaitu Pertauliahan Pencapaian Terdahulu

(PPT) dan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN). MAI sebagai Badan Peneraju Industri bagi

sektor automotif dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di bawah

Kementerian Sumber Manusia diberi tanggungjawab menyelaras program pembangunan

kurikulum dan piawaian latihan sektor automotif bersama pihak industri dan institusi-institusi

latihan.

MAHR akan menjadi satu dokumen panduan yang akan berterusan dikemas kini di mana

strategi dan program-program pembangunan sumber manusia akan sentiasa releven kepada

perkembangan industri automotif negara agar hasrat menjadikan Malaysia sebagai hab

perusahaan EEV tercapai.