havard step test

Download Havard Step Test

If you can't read please download the document

Upload: karthik-raj-arumugum-rajeswary

Post on 04-Aug-2015

162 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

NAMA : KARTHIK RAJ A/L ARUMUGUM NOMBOR MATRIK : M 20112001218 Pensyarah: Prof Madya Dr Ahmad bin Hashim

Pengenalan Ujian Lari-Berjalan 12 minit ataupun 9 minit, ujian

berlari 1 batu dan 1.5 batu, ujian Menapak OSU( Ohio State Universiti) yang diubahsuai, uijan Menapak LSU( Louisiana State University) Nelson (1976) dan ujian Menapak Havard ( Brouha 1943) untuk mengukur tahap daya tahan kardiovaskular pelajar. menilai status dan pencapaian pelajar, Mengenalpasti pelajar yang cergas dan untuk membuat kajian. Daya tahan kardiovaskular dikatakan sebagai keupayaan sistem kardiorespiratori untuk melakukan kerja bagi satu jangka masa yang lama dan berterusan dengan intensiti kerja yang ringan atau sederhana.

Objektif Untuk memerhatikan perkembangan sistem

kardiovaskular seseorang atlet. Ujian ini dilakukan berdasarkan keadaan daya tahan jantung dalam menghasilkan kadar denyutan. Ujian ini pada asalnya dilakukan terhadap remaja lelaki yang belajar di kolej.

Kesahan Brouha membuat ujian ini tehadap 2200 ribu pelajar di Havard University itu sendiri bagi mendapatkan kesahan asal. Beliau mendapati para atlet university mendapat skot yang lebih tinggi berbanding dengan bukan atlet dan pencapaian mereka meningkat semasa latihan dan menurun selepasnya. Kebolehpercayaan Kebolehpercayaan ujian ini bergantung kepada betapa seriusnya ujian ini dijalankan dan tahap motivasi individu yang menjalani ujian ini.

Peralatan Ujian 1.Platform atau bangku 20 inci / 50.8cm 2.Stopwatch 3.Metronome

Prosedur Ujian Tempoh ujian adalah selama 30 tapak per minit. Badan subjek hendaklah dalam keadaan tegak semasa menapak di atas bangku. Subjek terus menapak selama 5 minit kecuali berasa letih. Subjek terus duduk dan tidak membuat aktiviti lain setelah habis menapak. Kiraan nadi subjek direkodkan. Terdapat dua jenis ujian iaitu Ujian Tempoh Lama dimana denyutan nadi dikira dari 1 hingga 1.5 minit, 2 hingga 2.5 minit dan 3 hingga 3.5 minit setelah aktiviti. Manakala Ujian Tempoh Pendek pula nadinya dikira sekali sahaja iaitu dari 1 hingga 1.5 minit setelah aktivti.

Pengiraan Skor Ujian Tempoh lama=

PEI ( Physical Efficiency Test )=

tempoh menapak dalam saat x 100 2 x jumlah denyutan nadi semasa pemulihan

Contohnya : Seorang subjek menapak keseluruhan 5 minit ( 300 saat ). Kadar nadinya adalah 85 dari 1 hingga 1.5 minit ,65 dari 2 hingga 2.5 minit dan 55 dari 3 hingga 3.5 minit selepas menapak. Skor PEI nya adalah

PEI ( Physical Efficiency Test )=

300 x 100 2 x 205

= 30 000 = 73 410

Norma berikut telah ditetapkan setelah ujian ini dilakukan terhadap lebih kurang 8000 pelajar. > 55 : Lemah 55 hingga 64 : Sedehana rendah 65 hingga 79 : Sederhana tinggi 80 hingga 89 : Baik < 90 : Cemerlang

Ujian Tempoh Pendek =

PEI ( Physical Efficiency Test )=

tempoh menapak dalam saat x 100 5.5 x jumlah denyutan nadi dari 1 hingga 1.5 minit selepas aktivti

NORMA

Komen Ujian ini dibangunkan oleh Brouha et al. (1943) di Makmal Fatigue Harvard ketika perang dunia kedua. Terdapat beberapa sumber yang mengatakan bangku setinggi 40 cm bukannya ketinggian yang piawai dan tulen. Dalam beberapa kajian, prosedur ujian diubahsuai seperti ketinggian bangku dikurangkan semasa ujian dijalankan terhadap perempuan. Terdapat beberapa aspek perlu diberi perhatian semasa ujian menapak ini dijalankan. Antaranya ialah penguji boleh membantu subjek dengan mengatakan Naik,Naik ,Turun,Turun semasa subjek menapak dan faktor keselamatan perlu diberi perhatian kerana subjek dikhuatiri tersalah tapak dan terkena bangku.