pendedahan isu pencemaran udara kepada murid tahun 2

Click here to load reader

Post on 31-Jul-2015

203 views

Category:

Education

4 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

1. i SBA 3033 PENGENALAN SAINS ALAM SEKITAR TUGASAN MINI PROJEK TAJUK DISEDIAKAN OLEH : NAMA GAMBAR NORAZLIN BT RUSDIN JUMRAH BT SULTAN TUGASAN MINI PROJEK TAJUK PENGETAHUAN DAN KESEDARAN MURID TERHADAP PENCEMARAN UDARA DIKALANGAN MURID TAHUN 2 2. ii SENARAI KANDUNGAN BAB 1: PENGENALAN. 1.1 Isu atau Permasalahan 1 1.2 Objektif Projek 2 BAB 2: KAEDAH. 2.1 Pembinaan Bahan Bantu Mengajar Permainan 3 Dalam 1 3 2.2 Responden Kajian 4 2.3 Perlaksanaan Aktiviti 4-6 2.4 Kaedah Menentukan Keberkesanan Aktiviti 6-7 BAB 3: DAPATAN DAN PERBINCANGAN. 3.1 Bahan bantu mengajar 8-9 3.2 Perlaksanaan aktiviti 10-14 3.3 Keberkesanan aktiviti 15-21 BAB 4: KESIMPULAN 22 RUJUKAN 23-24 LAMPIRAN 25-58 3. iii SENARAI JADUAL No. Jadual Halaman 2.1: Permainan dan Aspek Berkaitan Pencemaran Udara yang Disampaikan 4 2.4.1: Skala Likert yang Digunakan bagi Soal Selidik 6 2.4.2: Selang Skor dan Tahap Pengetahuan Murid Tentang Pencemaran Udara 7 3.3.1: Analisis Respon Murid Bagi Setiap Item Soal Selidik 15 3.3.2: Skor Keseluruhan Bagi Soal Selidik Pra dan Soal Selidik Pos 18 3.3.3: Bilangan Murid bagi Setiap Kelas Skor untuk Kedua-dua Soal Selidik Pra dan Soal Selidik Pos 19 3.3.4: Perbandingan Skor Bagi Ujian Pra dan Ujian Pos Berdasarkan Kekerapan (Bilangan Murid) 20 3.3.5: Selang Kelas Skor Ujian dan Kekerapan yang Dikutip 20 4. iv SENARAI GAMBAR No. Gambar Halaman 3.1 : Garisan pada bahan bantu mengajar 8 3.2.1 : Murid bekerjasama menyusun puzzle 10 3.2.2 : Murid bekerjasama menyusun puzzle 10 3.2.3 : Murid gembira menyiapkan puzzle 11 3.2.4 : Pn Jumrah menunjukkan hasil kerja murid 11 3.2.5 : Pn Norazlin melihat hasil kerja murid 11 3.2.6 : Seorang murid melakonkan mencuit kotoran pada cermin 12 3.2.7 : Seorang murid melakonkan sedang sesak nafas 12 3.2.8 : Seorang murid melakonkan sedang bersin dan selsema 12 3.2.9 : Seorang murid melakonkan sedang menggosok mata yang pedih 12 3.2.10 : Seorang murid melakonkan sedang menggaru kulit yang gatal 12 3.2.11 : Seorang murid melakonkan sedang batuk 12 3.2.12 : Murid bekerjasama mencari kod rahsia 13 3.2.13 : Murid menampal hasil kerja di papan putih 14 3.2.14 : Pn Norazlin dan Pn Jumrah mengabadikan kenangan bersama murid-murid Tahun 2 Arif 14 5. BAB 1 Pengenalan. Menurut Mohd Zahari [email protected], Megat Ahmad Kamal Megat Hanafiah dan Mohd Tahir Abas (2005), pencemaran uadara boleh didefinisikan sebagai terdapatnya gas, cecair atau zarah yang terkandung di udara sehingga berlakunya perubahan dan menjejaskan kehidupan atau bahan-bahan lain. Bahan-bahan tersebut terampai di udara dan memberi kesan negatif kepada manusia, tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Bahn-bahan ini boleh memasuki tubuh manusia melalui pernafasan dan berupaya menyekat pengaliran oksigen dalam salur-salur darah. Ini boleh menimbulkan pelbagai penyakit seperti penyakit kekejangan, kanser, asma dan anemia. Habuk, asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain yang boleh menghalang penglihatan mata merupakan pelbagai bentuk pencemaran udara. menurut WHO, 4% hingga 8% kematian yang berlaku setiap tahun adalah berkaitan dengan pencemaran udara. Berdasarkan huraian definisi pencemaran udara di atas, boleh dikatakan bahawan isu ini agak besar dan perlu diberikan perhatian. Di Malaysia sendiri, kita telah mengalami beberapa siri fenomena jerebudan ramai yang sudah tahu kesan daripadanya, Namun begitu, kesedaran di kalangan ahli masyarakat masih di tahap yang rendah apabila masih ada yang melakukan pembakaran samaph domestik secara terbuka malah peratusan penggunaan kenderaan awam dan perkongsian kereta juga terus berada pada tahap yang rendah. Menyedari pentingnya melahirkan generasi yang celik dan peka terhadap isu pencemaran udara, projek mini telah dijalankan sebagai langkah permulaan. Di harapkan murid-murid yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan yang terancang ini dapat menyerap input-input yang disampaikan secara optimum. 1.1 Isu atau Permasalahan Suatu soal selidik telah dijalankan untuk mengetahui tahap pengetahuan dan kesedaran murid berhubung isu pencemaran udara. Dapatan soal selidik mendapati 15 orang murid 6. 2 menunjukkan tahap kesedaran sederhana manakala 9 orang murid lagi berada pada tahap kesedaran lemah. Tiada murid yang didapati berada tahap kesedaran baik atau sangat lemah. Timbul suatu hasrat dalam diri guru untuk meningkatkan kesedaran di kalangan 24 orang murid tahun 2 Arif ini terhadap isu pencemaran udara yang sememangnya perlu diketahui secara jelas oleh setiap lapisan masyarakat termasuklah murid sekolah. Suatu set permainan 3 dalam 1 telah direka untuk menyampaikan maklumat secara berkesan kepada murid-murid ini berhubung isu pencemaran udara dari tiga aspek iaitu punca, kesan ke atas manusia dan cara mengatasinya. 1.2 Objektif Projek Objektif umum projek ini ialah memberikan pendedahkan kepada murid tentang isu pencemaran udara yang dihadapi oleh semua penduduk di seluruh dunia. Projek ini juga juga diadakan dengan tujuan membolehkan murid-murid mendapatkan input berkaitan pencemaran udara secara berkesan melalui aktiviti permainan 3 dalam 1 yang menarik, mudah dilakukan dan bahan bantu mengajar yang digunakan dilihat berupaya meningkat potensi murid untuk mengingati fakta-fakta yang disampaikan. Dalam jangka masa panjang, diharapkan projek ini dapat melahirkan generasi yang peka terhadap isu pencemaran udara dan mampu memainkan peranan dalam mengurangkan atau mengatasi isu ini pada masa hadapan. Objektif khusus perlaksanaan objektif ini pula ialah murid dapat menghuraikan pencemaran udara daripada aspek iaitu punca, kesan dan cara mengatasi dengan tepat pada penghujung sesi pengajaran menggunakan teknik permainan 3 dalam 1. Murid dapat membezakan aktiviti mana yang menjadi punca pencemaran udara dan sebaliknya. Murid dapat menentukan penyataan yang betul atau salah berkaitan ketiga-tiga aspek pencemaran udara yang dinyatakan di atas. 7. 3 BAB 2 Kaedah. 2.1 Pembinaan Bahan Bantu Mengajar Permainan 3 Dalam 1 Pembinaan bahan bantu mengajar dilakukan dengan menggunakan teknologi dan perisian komputer iaitu Power Point. Tiga permainan yang berbeza digunakan untuk menyampaikan tiga aspek yang berlainan berkenaan isu Pencemaran Udara. Permainan jigsaw puzzle digunakan untuk menyampaikan maklumat khusus berkenaan punca pencemaran udara. Jigsaw puzzle ini dibina dengan menggunakan gabungan bahan visual iaitu gambar punca-punca pencemaran dan templat jigsaw puzzle yang diambil dari internet dengan menggunakan enjin pencarian google. Kedua-duanya digabungkan dengan cara menyalin dan menampal pada slaid persembahan Power Point secara bertindih. Jigsaw puzzle gambar-gambar punca pencemaran ini dicetak pada kertas tebal dan digunting mengikut bentuk yang telah ditentukan. Permainan kotak muzikal digunakan bagi membolehkan murid memahami kesan pencemaran udara dengan penuh kefahaman. Dalam permainan ini, sebuah kotak mengandungi arahan simulasi digerakkan dari seorang murid ke murid yang lain meliputi semua murid dalam kumpulan kajian, serentak dengan muzik dimainkan. Muzik dimainkan menggunakan tablet guru. Apabila guru memberhentikan muzik, murid yang memegang kotak tersebut pada waktu itu akan mencabut satu arahan dari dalam kotak. Murid berkenaan akan melakonkan arahan tersebut dan diteka oleh murid-murid yang lain. Aktiviti ini diteruskan sehingga kesemua arahan yang ada selesai dilakonkan. Permainan yang ketiga pula ialah permainan kod rahsia di mana jawapan bagi kod rahsia yang diselesaikan merupakan cara-cara mengatasi isu pencemaran udara. Setiap abjad a hingga z diberikan satu nombor iaitu 1 hingga 26 dan semuanya disenaraikan dalam satu kad senarai kekunci. Enam slaid Power Point yang mana setiap satunya disisipkan gambar cara mengatasi dan kod rahsia dibahagian bawah gambar tersebut. Murid-murid menyelesaikan kod rahsia dengan berpandukan kekunci yang diberi dan mendapatkan cara mengatasi isu pencemaran udara. Bahan visual jenis gambar disertakan untuk mengukuhkan kefahaman murid terhadap cara-cara mengatasi isu yang dibincangkan. 8. 4 Jadual 2.1: Permainan dan Aspek Berkaitan Pencemaran Udara yang Disampaikan Permainan Aspek yang Disampaikan Jigsaw Puzzle Faktor pencemaran udara Kotak Muzikal Kesan pencemaran udara Kod Rahsia Cara mengatasi pencemaran udara 2.2 Responden Kajian Kajian atau aktiviti ini melibatkan 24 murid Tahun 2 Arif dari Sekolah Kebangsaan Sungai Rokam, Ipoh, Perak. 2.3 Perlaksanaan Aktiviti Sebelum aktiviti permainan yang telah direka bentuk dijalankan, murid dikehendaki menjawab soal selidik pra dan diikuti dengan menduduki ujian pra yang ringkas untuk mengetahui tahap pengetahuan awal murid terhadap pencemaran udara. Penyampaian maklumat tentang pencemaran udara dilakukan dengan menyediakan aktiviti permainan 3 dalam 1 untuk murid-murid ikuti. Perlaksanaan aktiviti ini adalah seperti yang dihuraikan d bawah. Aktiviti 1 1. Aktiviti pertama ialah permainan jigsaw puzzle dalam kumpulan kecil. 2. Setiap kumpulan diberikan satu set jigsaw puzzle yang mengandungi satu gambar punca pencemaran udara. 3. Ahli kumpulan bekerjasama mencantumkan kepingan-kepingan puzzle menjadi gambar yang betul. 4. Seorang wakil kumpulan melekatkan gambar yang telah lengkap pada papan putih dan memilih label yang sepadan dengan gambar tersebut. 5. Murid menyebut kesemua punca pencemaran udara yang terdapat pada papan putih. 6. Guru menerangkan bahawa punca-punca yang terdapat pada jigsaw puzzle yang telah diselesaikan merupakan punca daripada aktiviti manusia. 9. 5 7. Guru menerangkan pula tentang punca-punca semulajadi yang wujud disebabkan fenomena alam semulajadi seperti gunung berapi dan kolam air panas dengan menunjukkan gambar kedua-dua fenomena. 8. Murid-murid diminta menyenaraikan kesemua punca pencemaran udara yang ada pada lembaran kerja yang diedarkan kepada setiap murid. Aktiviti 2 1. Murid diberikan penerangan tentang permainan kotak muzikal. 2. Muzik dimulakan dan serentak dengan itu, kotak berisi kepingan arahan lakonan digerakkan daripada seorang mur