communication i kesan pendedahan racun karbaril terhadap...

4
Pertanika 12(1), 43-46 (1989) COMMUNICATION I Kesan Pendedahan Racun Karbaril terhadap Tumbesaran dan Pembiakan Aphis craccivora Koch ABSTRAK Dalam kajian ini kesan beberapa kepekatan racun karbanl terhadap beberapa parameter jadual hayat Aphis craccivora Koch telah diselidiki. Telah didapati bahawa karbanl pada kepekatan melebihi 0.0106% b.a. dapat membunuh kesemua nimfa instar awal. Pendedahan pada kepekatan ini pula mengakibatkan kele- watan pembiakan selama tiga han pada tiga peratus danpada populasi dewasa yang telah didedahkan dan umur hidupnya hanya 10 han, iaitu suatu kesingkatan hayat yang bererti berbanding dengan 29 han dalam kawalan. Nilai-nilai parameter jadual hayat juga menunjukkan bahawa populasi afid yang berkenaan tidak akan bertambah dan oleh itu tidak mampu melanjutkan hayatnya ke generasi hadapan. Sebaliknya terdapat 8 % yang mencapai kedewasaan bagi populasi yang terdedah kepada kepekatan 0.0052 % b. a., 40 % bagi kepekatan 0.0027% b.a. dan 68% bagi kepekatan 0.0013% b.a. ABSTRACT The effects of several concentrations of carbaryl on the life-table parameters of Aphis craccivora Koch were studied. It was revealed that all the early nymphal instars died after being exposed to carbayrl at concentra- tion in excess of 0.0106 % a. i. Exposures at this concentration, however, resulted in a 3-day delay in re- production in 3 % of the tested population and experienced a significantly shorter life span of 10 days when compared to 29 days in the control. Values for the life-table parameters also indicated that these populations would not grow and thus would be unable to continue into the next generation. In contrast, 8 % of the popu- lation exposed to 0.0052 % a. i. reached adulthood, 40 % for those exposed to 0.0027 % a. i. and 68 % for those at O. 0013 % a. i. PENGENALAN Afid atau kutu daun melalui kitaran hidup yang agak luar biasa dan lazimnya mempunyai kadar pembiakan yang tinggi. Ianya berkebolehan melahirkan progeni secara berseks atau tidak berseks, iaitu partenogenesis. Di dalam iklim tropika seperti Malaysia ini afid Aphis craccivora Koch yang merosakkan tanaman kekacang, kukurbit, dsbnya, membiak dengan cepat dengan ketiadaan halangan dari faktor cuaca. Pada suhu serta kelembapan yang tinggi kadar pembiakan dan kesuburan afid ini adalah tinggi juga (Radke, et al., 1972). Selain dari menghisap cairan sap tana- man, afid ini juga berkemungkinan berfungsi sebagai vektor penyakit virus pada tanaman kekacang, cili dan kukurbit. Oleh itu kawalan kimia secara meluas bukan lagi perkara asing. Pada kes-kes terten tu racun serangga pada kepekatan submaut telah merencatkan pem- biakan serangga dan hamama (Hall, I979Jones dan Parrella, 1984). Ada juga kes-kes lain yang menunjukkan perangsangan racun serangga ini menyebabkan kenaikan kadar pembiakan yang lebih tinggi, iaitu suatu keadaan yang digelar hormoligosis (Luckey, 1968). Di Tamil Nadu, India, populasi Aphis gossypii telah didapati ber- tam bah sungguhpun semburan racun serangga telah dilakukan. Keadaan ini telah dikaitkan dengan letusan semula populasi akibat rang- sangan pembiakan yang {ebih tinggi pada kepekatan submaut di lapangan (Sithananthan, etal.,1973). Kajian ini telah dijalankan untuk menen- tukan kesan racun karbaril terhadap keupayaan pembiakan A. craccivora Koch. BAHAN DAN KAEDAH Kultur AJid Kultur stok telah dimulakan dengan seekor afid betina yang dipelihara pada pokok kacang

Upload: others

Post on 16-Jan-2020

18 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Pertanika 12(1), 43-46 (1989)

COMMUNICATION I

Kesan Pendedahan Racun Karbaril terhadapTumbesaran dan Pembiakan Aphis craccivora Koch

ABSTRAKDalam kajian ini kesan beberapa kepekatan racun karbanl terhadap beberapa parameter jadual hayat Aphiscraccivora Koch telah diselidiki. Telah didapati bahawa karbanl pada kepekatan melebihi 0.0106% b.a.dapat membunuh kesemua nimfa instar awal. Pendedahan pada kepekatan ini pula mengakibatkan kele­watan pembiakan selama tiga han pada tiga peratus danpada populasi dewasa yang telah didedahkan danumur hidupnya hanya 10 han, iaitu suatu kesingkatan hayat yang bererti berbanding dengan 29 han dalamkawalan. Nilai-nilai parameterjadual hayat juga menunjukkan bahawa populasi afid yang berkenaan tidakakan bertambah dan oleh itu tidak mampu melanjutkan hayatnya ke generasi hadapan. Sebaliknya terdapat8 % yang mencapai kedewasaan bagi populasi yang terdedah kepada kepekatan 0.0052 % b. a., 40 % bagikepekatan 0.0027% b.a. dan 68% bagi kepekatan 0.0013% b.a.

ABSTRACTThe effects of several concentrations of carbaryl on the life-table parameters of Aphis craccivora Koch werestudied. It was revealed that all the early nymphal instars died after being exposed to carbayrl at concentra­tion in excess of 0.0106 % a. i. Exposures at this concentration, however, resulted in a 3-day delay in re­production in 3 % of the tested population and experienced a significantly shorter life span of 10 days whencompared to 29 days in the control. Values for the life-table parameters also indicated that these populationswould not grow and thus would be unable to continue into the next generation. In contrast, 8 % of the popu­lation exposed to 0.0052 % a. i. reached adulthood, 40 % for those exposed to 0.0027 % a. i. and 68 % forthose at O. 0013 % a. i.

PENGENALANAfid atau kutu daun melalui kitaran hidup yangagak luar biasa dan lazimnya mempunyai kadarpembiakan yang tinggi. Ianya berkebolehanmelahirkan progeni secara berseks atau tidakberseks, iaitu partenogenesis. Di dalam iklimtropika seperti Malaysia ini afid Aphis craccivoraKoch yang merosakkan tanaman kekacang,kukurbit, dsbnya, membiak dengan cepatdengan ketiadaan halangan dari faktor cuaca.Pada suhu serta kelembapan yang tinggi kadarpembiakan dan kesuburan afid ini adalah tinggijuga (Radke, et al., 1972).

Selain dari menghisap cairan sap tana­man, afid ini juga berkemungkinan berfungsisebagai vektor penyakit virus pada tanamankekacang, cili dan kukurbit. Oleh itu kawalankimia secara meluas bukan lagi perkara asing.Pada kes-kes terten tu racun serangga padakepekatan submaut telah merencatkan pem­biakan serangga dan hamama (Hall, I979Jones

dan Parrella, 1984). Ada juga kes-kes lain yangmenunjukkan perangsangan racun serangga inimenyebabkan kenaikan kadar pembiakan yanglebih tinggi, iaitu suatu keadaan yang digelarhormoligosis (Luckey, 1968). Di Tamil Nadu,India, populasi Aphis gossypii telah didapati ber­tambah sungguhpun semburan racun seranggatelah dilakukan. Keadaan ini telah dikaitkandengan letusan semula populasi akibat rang­sangan pembiakan yang {ebih tinggi padakepekatan submaut di lapangan (Sithananthan,etal.,1973).

Kajian ini telah dijalankan untuk menen­tukan kesan racun karbaril terhadap keupayaanpembiakan A. craccivora Koch.

BAHAN DAN KAEDAH

Kultur AJidKultur stok telah dimulakan dengan seekor afidbetina yang dipelihara pada pokok kacang

Yl3S0F BI:'J IBRA.HIM DAN WONG KUAN YEOW

tanah, Arachis hypogaea var. Matjan, dalam in­sektarium pada suhu 24°C - 32°C dan kelem­bapan bandingan 46% - 90%. Pokok-pokokkacang tanah ini telah dipastikan bebas dariserangan lain-lain serangga dan penyakit. Ke­segaran kultur stok ini dijaga dengan mengawalsaiz populasi dan menyalinkan pokok-pokokkacang tanah yang segar setiap empat hari.

Rawatan

Untuk rawatan, nimfa-nimfa instal' pertama darigenerasi ketiga yang telah dilahirkan dalamjangka masa 24 jam telah digunakan.

Sebagai substrat rawatan, pokok kacangtanah yang subur dan berumur 10 hari telahdigunakan. Setangkai daun yang tidak terasingdari pokoknya telah dicelupkan ke dalam ban­cuhan rawatan racun karbaril atau air sulingdan dibiarkan kering udara selama setengahjam. Baucuhan rawatan racun karbaril (Sevin85WP) yang digunakan ialah pada kepekatan0.0106%,0.0053%,0.0027% dan 0.0013% sertaair suling yang merupakan rawatan kawalan.Seterusnya, nimfa instal' pertama telah dipin­dahkan secara cermat dengan berus halus (000Series Finest Sable, Winsor & Newton) kepadadaun yang telah dirawat. Nimfa afid ini kemu­diannya membesar di dalam sangkar mikro yangdiperbuat dari dua potongan paip PVC ber­garis pusat 5 em setebal 5 mm sebagai rangka.Sangkar mikro ini ditutupi dengan kepinganPVC lutsinar nipis yang berlubang-lubang halusuntuk penyaliran udara. Dalam membentuk satusangkar mikro, tetali span dikepitkan di antaradua rangka PVC tersebut untuk mengelakkantangkai daun daripada tercedera. Untuk men­jamin kesihatan afid dan mengelak pertum­buhan kulat, sangkar mikro ini sentiasa diber­sihkan dari madu serangga dan wap air.

Data dan Penganalisisan

Setiap hari pada waktu yang sarna bilangan afidyang mati dan yang masih hidup, iaitu datakemandirian, serta nimfa yang dilahirkan telahdicatat bagi setiap afid secara individu sehinggaianya mati. Setelah dibilang, nimfa-nimfa telahdinyahkan daripada sangkarnya. Prosedurjadual hayat standard telah diikuti dalam mem­buat penganalisisan data untuk mengira para­meter-parameter seperti kadar pembiakan kasar(GRR), kadar pembiakan bersih (Ro), kadar

intrinsik pertambahan (I') dan masa puratagenerasi (T) (Southwood, 1978). Min daripadaempat replikat yang setiap satunya mengan­dungi 10 afid bagi setiap rawatan telah di­bandingkan dengan cara analisis varian dua haladan ujian julat berganda Duncan (DMRT).

KEPUTUSAN

Kadar kemandirian terkhusus umur bagi A. crac­civora setelah dirawat dengan beberapa ke­pekatan racun karbaril (Rajah 1) telah didapatimenurun bersamaan dengan kenaikan ke­pekatan rawatan. Masa tumbesaran nimfa kedewasa ialah 4 hari. Bagi rawatan yang terpekatsekali (0.0106%), hanya terdapat tiga peratusnimfa afid yang meneapai peringkat dewasaberbanding dengan 98% dalam kawalan. Se­terusnya, terdapat lapan peratus mencapaikedewasaan bagi kepekatan 0.0052%, 40% bagikepekatan 0.0027% dan 68% bagi kepekatan0.0013%. Rawatan pada dua kepekatan tertinggijuga mengakibatkan umur afid pendek, iaitu 10dan 12 hari jika dibandingkan dengan 29 haridalam kawalan.

"

Rajah 1. Kemandirian Aphis craccivora Koch yangdipeliham alas pokok kacang lanah yanglelah dimwal dengan karbaril di dalamkeadaan inseklarium.

Secara amnya, corak pembiakan A. crac­civora adalah agak sama bagi kesemua kepekatanrawatan (Rajah 2). Kadar pembiakan didapatilebih tinggi pada peringkat awal dewasa yangkemudiannya menjadi semakin berkuranganmulai umur lapan hari. Puncak pembiakan padakesemua rawatan ialah pada hari ketujuh ke-

44 PERTANIM VOL. 12 NO. I, ]989

KESAN PENDEDAHAN RACUN KARBARlL TERHADAP TUMBESARAN DAN PEMBlAKAN A. CRACCIVORA KOCH

Rajah 2. Kesuburan Aphis craccivora Koch yangdipelihara atas pokok kacang tanah yangtelah dirawat dengan karbaril dalam keadaaninsektarium.

finit pertambahan (A) populasi yang mencatat­kan nilai kurang dari satu. Parameter masaganda dua (DT) tidak menunjukkan perbezaanyang bererti (P=O.05) .

28 )0242016

UlIIlU' (lIar1)

4 12

.22

6 kawatan20 o O,OOD~. O. 002?~

~ 0.005ll/

• 0 •.0106%

16

12

cuali afid yang dirawat dengan 0.0106% b.a.yang mana puncak pembiakannya hanya di­capai pada hari kesepuluh. Tambahan pulapuncak pembiakannya didapati 41 kali lebihrendah daripada kawalan. Bagi kepekatan yanglebih rendah, pendedahan kepada 0.0053%,0.0027% dan 0.0013% masing-masing menun­jukkan puncak pembiakan 29, 2.4 dan 1.3 kalilebih rendah daripada kawalan. Panjangnyajangka masa pembiakan juga didapati lebihpendek bagi afid yang dirawat berbandingdengan kawalan. Pada kepekatan 0.0106% dan .:):0.0053%, ,!-fid hanya berupaya membiak selamaempat dan lapan hari sahaja berbanding de­ngan 22 hari pembiakan bagi kawalan. Ini ber­makna masa pembiakannya telah dipendekkan5.5 dan 3.0 kali berbanding dengan kawalan.

Jadual 1 menunjukkan parameter-para­meter jadual hayat afid yang telah dirawat dandipelihara di atas pokok kacang tanah. Padakawalan didapati bahawa kadar pembiakan kasar(GRR) ialah 47.06 nimfa dan kadar pembiakanbersih (Ro) ialah 42.13 nimfa. Kedua-dua para­meter ini memberikan nilai yang agak tinggidan menunjukkan perbezaan yang bererti se­tidak-tidaknya bagi afid-afid yang telah dirawatdengan kepekatan karbaril yang melebihi0.0053%. Begitu juga halnY<l: dengan masapurata generasi (T) yang telah dipendekkandari 11 kepada 5 hari pada kepekatan 0.0053%dan 2.6 hari sahaja pada kepekatan 0.0106%yang mana telah mengakibatkan berkurangnyakadar pertambahan saiz populasi. Ini amatketara sekali apabila dilihat dari segi kadarintrinsik pertambahan (r) yang mencatatkanpertumbuhan negatif dan juga dari segi kadar

JADUAL 1Jadual hayat Aphis craceivora Koch yang

dipelihara atas pokok kacang tanah yang telah dirawat dengan karbaril dal~m insektarium.

Parameter

Kepekatan(% b.a.) GRR Ro T r A- DT

0.0106 2.25a 0.225a 2.61' - 0.053a 0.25a -17.32a

0.0053 2.38a 0.450a 5.07a - O.003ab 0.46a 3.02a

0.0027 41.46b 15.401 b 11.06b 0.250b, 1.28b 2.81'0.0013 43.93b 27.670' 11.29b 0.290' 1.34b 2.42a

Kawalan 47.06b 42.130d 11.31b 0.330' 1.39b 2.12a

Min-min dalam ruang yang sarna dan diikuti dengan huruf yang sarna adalah tidak mempunyai perbezaan·yang berertipada paras P i 0.05 setelah diuji dengan ANOVA dua hala dan DMRT.

PERTANlKA VOL. 12 NO, 1, 1989 45

YUSOF BIN IBRAHIM DAN WONC KUAN YEOW

PERBINCANGAN'

Keputusan yang diperolehi telah menunjukkanbahawa dalam keadaan ambien pada suhu 28± 4°C, kelembapan bandingan 68 ± 22% dantiada gangguan dari faktor-faktor lain yangmengancam perkembangan populasi, maka A.craccivora Koch berupaya melipat gandakan saizpopulasinya dalam masa dua hari sahaja. Dalammasa yang sesingkat ini nimfa-nimfa yang di­lahirkan berkembang cepat dan hanya me­merlukan 4-5 hari untuk menjadi dewasa. Tam­bahan pula, perkembangan ovari dan embrio'bermula semasa peringkat nimfa lagi (Elliottdan McDonald, 1976), maka kelahiran progenidapat bermula pada hari pertama afid itu men­jadi dewasa (Rajah 2). Jika dilihat kepada nilaiR

u= 42.13 dan T = 11.31 Qadual 1), maka

secara teori, berpunca dari seekor afid sahajatidaklah mustahil saiz populasi boleh bertam­bah me-lebihi 132 juta ekor dalam masa 56.5hari. Sebaliknya, populasi afid yang telah did­edah-kan kepada 0.005% karbaril telah men­jadi semakin berkurangan pada setiap generasiyang mana akhirnya akan menjadi pupus. Olehitu, keputusan yang diperolehi dalam kajian initelah menunjukkan bahawa karbaril mampuber-tindak sebagai perencat perkembanganpopulasi afid yang baik, iaitu sependapat denganSarup et al. (1969).

Semasa melakukan semburan karbaril dilapangan, biasanya akan terdapat afid yangterlepas dan tidak bersentuhan dengan sem­buran pada dos maut, maka ia akan terus hidup.Sungguhpun begitu, ini sepatutnya tidak perludibimbangkan kerana pada kepekatan yangrendah, iaitu mungkin dari sisa semburan yangIepas, sudah mencukupi untuk membunuh ataumerencatkan tumbesaran nimfa-nimfa muda.Adalah menarik apabila dilihat bahawapendedahan kepada kepekatan 0.0106% telahmengakibatkan masa prapembiakan diper­lanjutkan, iaitu tiga hari lebih lewat daripadakawalan. Secara tidak langsung keadaan ini akanmelewatkan kerosakan pada tanaman danmelambatkan pertumbuhan populasi afid.Dengan itu keputusan kajian ini juga menun­jukkan bahawa racun karbaril pada kepekatan0.01 % adalah memadai untuk pengawalanserangga perosak A. craccivora.

PENGHARGAANTerima kasih diucapkan kepada UniversitiPertanian Malaysia di atas kebenaranmenggunakan kemudahan-kemudahan yangterdapat di insektarium Jabatan PerlindunganTumbuhan.

YUSOF BIN IBRAHIMWONG KUAN YEOW

Jabatan Perlindungan TumlmhanFakulti PeltanianUniversiti Pertanian Malaysia43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan,Malaysia.

RUJUKANELLIOTT, HJ dan FJ.D. McDoI'ALDS. 1976. Re­

production in a Parthenogenetic Aphid, Aphiscraccivora Koch. Embryology, Ovarian Develop­ment and Fecundity of Apterae and Alate. Aua/.I Zool. 24: 49-63.

HALL, F.R. 1979. Effects of Synthetic Pyrethroidson Major Insect and Mite Pests of Apples. I l:·roll.

Enlomof. 72: 441-446.

J0:-\E5, V.P. dan M.P. PARRELLA. 1984. The Suble­thal Effects of Selected Insecticides on Life TableParameters of Panon),chus cilli (Acari: Tetranychi­dae). Can. Enlornot. 116: 1033.

LUCKEY, TO. 1968. Insecticide Hormoligosis. .J.Econ. Enlomo!. 61: 7-12.

RADKE, S.C., W.C. YI::NDOL, dan A.v\'.BE:\lTON. 1972. Studies on ParthenogeneticViviparous and Sexual Forms ofthe Cowpea aphid,Aphis craccivora Koch. Indian I Enlornol. 34: 319­324.

SARUP, P., O.S. SINGH, V.S. SRIVASTAVA, P. SIRCAR,dan RATTAN LAL. 1969. Laboratory Evaluationof Different Pesticides as Contact Poison Againstthe Adult of Aphis craccivora Koch Infesting PeaCrop. IndianI Enlomo!. 31: 311-320.

SITHAi\ANTHAM, S., S. JAY.-\RAJ, dan TR. SCBRA·MAJ'\lIAM. 1973. Some Changes in the Biochemi­cal Status of Cotton Plants due to Systemic Insec­ticidal Protection, in Relation to Resurgence ofthe Aphis goss)'jJii Clov. (Homop.: Aphididae).lVladms Aglic. J. 60: 512-518.

SOUTHWOOD, TR.E. 1978. Ecological Methodswith Particular Reference to the Study of InsectPopulation. New York: Halsted Press. 524 pp.

(Received 2 jul)" 1988)

46 PERTA1\'IKA VOL. 121\'0.1,1989