tajuk projek: pembangunan modul farmasi...

8
TAJUK PROJEK: PEMBANGUNAN MODUL FARMASI HALAL DAN PROGRAM LATIHAN UNTUK INDUSTRI FARMASEUTIKAL KOD PROJEK: I-EDU/12 (USIM-11) IPTA: UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA KETUA PROJEK: DR. KHAIRUN NAIN BIN NOR ARIPIN AKADEMIA: PROFESOR DATIN CHE ILINA BINTI CHE ISAHAK DR. NOOR FADZILAH BINTI ZULKIFLI DR. NATASYA ABDULLAH DR. ZAIRINA A. RAHMAN DR. MOHD DZULKHAIRI BIN MOHD RANI DR. ASRAL WIRDA BINTI AHMAD ASNAWI DR. NAZEFAH ABDUL HAMID DR. NURZARINA BINTI ABDUL RAHMAN DR. NUR SYAHRINA RAHIM DR. WAN NORAINI WAN SULAIMAN ZETTY NADIA BINTI MOHD ZAIN PROFESOR MADY DR. ALINA ABDUL RAHIM DR. MARLINI MUHAMMAD DR. NURMALIZA MALIK RAKAN INDUSTRI: HALAL INDUSTRY DEVELOPMENT CORPORATION BIDANG TUMPUAN UTAMA: KEUNTUNGAN EKONOMI UNTUK SEKTOR INDUSTRI DI SEKTOR DIKENAL PASTI TEMPOH PROJEK: 15 SEPTEMBER 2011 15 SEPTEMBER 2013

Upload: lamxuyen

Post on 08-Feb-2018

264 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAJUK PROJEK: PEMBANGUNAN MODUL FARMASI …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/I-EDU12(USIM-11).pdf · PEMBANGUNAN MODUL FARMASI HALAL DAN PROGRAM LATIHAN UNTUK INDUSTRI

TAJUK PROJEK:

PEMBANGUNAN MODUL FARMASI HALAL DAN PROGRAM LATIHAN UNTUK

INDUSTRI FARMASEUTIKAL

KOD PROJEK:

I-EDU/12 (USIM-11)

IPTA:

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

KETUA PROJEK:

DR. KHAIRUN NAIN BIN NOR ARIPIN

AKADEMIA:

PROFESOR DATIN CHE ILINA BINTI CHE ISAHAK

DR. NOOR FADZILAH BINTI ZULKIFLI

DR. NATASYA ABDULLAH

DR. ZAIRINA A. RAHMAN

DR. MOHD DZULKHAIRI BIN MOHD RANI

DR. ASRAL WIRDA BINTI AHMAD ASNAWI

DR. NAZEFAH ABDUL HAMID

DR. NURZARINA BINTI ABDUL RAHMAN

DR. NUR SYAHRINA RAHIM

DR. WAN NORAINI WAN SULAIMAN

ZETTY NADIA BINTI MOHD ZAIN

PROFESOR MADY DR. ALINA ABDUL RAHIM

DR. MARLINI MUHAMMAD

DR. NURMALIZA MALIK

RAKAN INDUSTRI:

HALAL INDUSTRY DEVELOPMENT CORPORATION

BIDANG TUMPUAN UTAMA:

KEUNTUNGAN EKONOMI UNTUK SEKTOR INDUSTRI DI SEKTOR DIKENAL PASTI

TEMPOH PROJEK:

15 SEPTEMBER 2011 – 15 SEPTEMBER 2013

Page 2: TAJUK PROJEK: PEMBANGUNAN MODUL FARMASI …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/I-EDU12(USIM-11).pdf · PEMBANGUNAN MODUL FARMASI HALAL DAN PROGRAM LATIHAN UNTUK INDUSTRI

1. RINGKASAN EKSEKUTIF

Objektif utama projek ini adalah untuk membangunkan modul pensijilan halal dan program latihan farmaseutikal kepada HDC (Halal Industry Development Corporation). Modul yang dibangunkan memfokus ke arah pemahaman dan teori pematuhan dalam penghasilan produk farmaseutikal halal. Modul ini juga adalah hasil janaan ilmu daripada pakar-pakar dari IHRAM & INFAD serta tenaga pengajar Universiti Sains Islam Malaysia. Melalui program ini, para pengusaha industri, khususnya HDC selaku rakan industri telah dapat mengaplikasikan modul komprehensif tersebut ke dalam penghasilan produk farmaseutikal halal dengan baik dan berkesan. Selain itu, projek ini telah memberi penekanan kepada para pengusaha supaya mematuhi keperluan pensijilan halal industri farmaseutikal. Dari segi jangkaan impak pula, modul komprehensif ini seterusnya dapat memenuhi permintaan industri farmaseutikal produk halal serta dapat memenuhi kewajipan bagi orang Muslim khususnya.

2. IMPLEMENTASI PROJEK

PERKARA

BUTIRAN

OBJEKTIF

1) Untuk membangunkan modul pensijilan halal dan program latihan farmaseutikal bagi dipindahkan ke HDC.

2) Untuk melatih dan menjalankan program latihan pensijilan halal bagi industri farmaseutikal.

AKTIVITI

1) Melatih tenaga pengajar Bengkel dijalankan untuk mengenal pasti dan membincangkan topik yang berkaitan dengan modul. Sebaik sahaja topik dikenal pasti dengan jelas, peringkat seterusnya adalah untuk membangunkan rangkaian berbilang organisasi dan hubungan khususnya dengan HDC, Standard Malaysia, Kementerian Kesihatan, Biro Farmaseutikal, JAKIM, dan lain-lain untuk membolehkan pelatih yang berpotensi membangunkan pengetahuan asas mereka.

2) Pembangunan modul

Satu siri bengkel diadakan untuk mewujudkan dan membangunkan modul. Modul dibangunkan melalui jaringan keselamatan atau ujian percubaan bersama-sama dengan HDC untuk membolehkan proses penambahbaikan. Seterusnya, modul tersebut diserahkan kepada HDC dan akan dilaksanakan sebagai latihan farmaseutikal dan program persijilan halal sebagai sasaran industri farmaseutikal.

Page 3: TAJUK PROJEK: PEMBANGUNAN MODUL FARMASI …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/I-EDU12(USIM-11).pdf · PEMBANGUNAN MODUL FARMASI HALAL DAN PROGRAM LATIHAN UNTUK INDUSTRI

OUTPUT

Industri: 1) Penambahbaikan usaha sama dengan badan kerajaan dan NGO bagi

mencapai objektif. 2) Bantuan kepada industri farmaseutikal untuk membina garis panduan

Manual Sistem Jaminan Halal.

IPTA: 1) Penyertaan 22 orang pensyarah USIM dan 2 graduan pelatih dalam

program latihan jurulatih (TOT) yang dianjurkan oleh HDC. 2) Modul yang dibangunkan memenuhi kehendak industri. 3) Kepakaran tenaga pengajar USIM meningkatkan nilai tambah dalam

pengisian modul. 4) Penambahbaikan perisian modul untuk membangunkan Manual Sistem

Jaminan Halal seperti yang diinginkan oleh industri farmaseutikal. 5) Perluasan jaringan hubungan dengan pelbagai pihak yang terlibat

dalam industri halal terutamanya bidang farmaseutikal. 6) Peningkatan kemahiran insaniah pensyarah sebagai tenaga pengajar

dan perolehan maklumat berkaitan industri halal. Pembangunan Modal Insan:

1) Graduan pelatih mengalami latihan industri di syarikat farmaseutikal. 2) Graduan pelatih membantu menguruskan perjalanan modul bagi

mencapai objektif yang ditetapkan.

PEMEGANG TARUH & AGENSI

1) Universiti Sains Islam Malaysia 2) Halal Industry Development Corporation

KEBERHASILAN

Industri: 1) Peningkatan pengetahuan industri mengenai pentingnya Manual

Sistem Jaminan Halal seperti yang kehendaki badan pensijilan JAKIM. 2) Meluaskan jaringan hubungan dengan pelbagai pihak yang terlibat

dalam industri halal terutamanya dalam bidang farmaseutikal hasil daripada program TOT.

IPTA:

1) Pengiktirafan USIM dan IHRAM sebagai Pusat Kecemerlangan bidang farmaseutikal halal.

2) Pensyarah USIM memperoleh kelayakan menjadi tenaga pengajar yang diiktiraf oleh industri dan bersama-sama bertindak sebagai pembina modul bagi kemudahan industri farmaseutikal.

3) Universiti terkenal dengan melalui penyelidikan, persidangan dan kerjasama dengan industri.

Page 4: TAJUK PROJEK: PEMBANGUNAN MODUL FARMASI …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/I-EDU12(USIM-11).pdf · PEMBANGUNAN MODUL FARMASI HALAL DAN PROGRAM LATIHAN UNTUK INDUSTRI

4) Pensyarah USIM diiktiraf sebagai jurulatih bertauliah oleh pihak HDC setara dengan jurulatih HDC yang lain dan melayakkan mereka untuk mendapatkan bayaran sebagai tenaga pengajar.

Pembangunan Modal Insan:

1) Graduan pelatih yang menyertai program tersebut dapat meningkatkan kemahiran insaniah dan layak menjadi jurulatih.

2) Graduan pelatih dapat meningkatkan kemahiran dan mendapat pendedahan serta kefahaman yang tinggi dalam bidang pembuatan farmaseutikal.

Page 5: TAJUK PROJEK: PEMBANGUNAN MODUL FARMASI …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/I-EDU12(USIM-11).pdf · PEMBANGUNAN MODUL FARMASI HALAL DAN PROGRAM LATIHAN UNTUK INDUSTRI

3. LAPORAN KEMAJUAN PROJEK

A) Laporan Berkala Oleh Ketua Projek

PROPOSAL 3

BULAN 6

BULAN 9

BULAN 12

BULAN 15

BULAN 18

BULAN 21

BULAN 24

BULAN LAPORAN

AKHIR

B) Laporan Berkala Oleh Industri

6 BULAN 9 BULAN 12 BULAN 15 BULAN 18 BULAN 21 BULAN 24 BULAN LAPORAN

AKHIR

Laporan dihantar Laporan tidak dihantar

Page 6: TAJUK PROJEK: PEMBANGUNAN MODUL FARMASI …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/I-EDU12(USIM-11).pdf · PEMBANGUNAN MODUL FARMASI HALAL DAN PROGRAM LATIHAN UNTUK INDUSTRI

4. PENILAIAN PROJEK

Rakan Industri : Halal Industry Development Corporation Tarikh Lawatan : 20 Januari 2014 Panel Penilai : 1) Dr. Oskar Hasdinor Hassan (UTM) 2) Dr. Ng Kim Soon (UTHM)

ANALISIS KESELURUHAN PENILAIAN (Item A hingga D dinilai oleh Panel Penilai daripada KTP Pemantauan manakala Item E adalah penilaian oleh pihak Industri)

SEKSYEN ITEM PENILAI 1 PENILAI 2

A PENCAPAIAN PROJEK (40%) 27% 12%

B AKADEMIA (10%) 6% 6%

C GRADUAN PELATIH (10%) 6% 6%

D ORGANISASI INDUSTRI/KOMUNITI (10%) 7% 2%

E LAPORAN DARIPADA INDUSTRI (30%) 18% 18%

MARKAH KESELURUHAN (%) 64% 44%

MARKAH SELEPAS KUMULATIF 54%

PENILAIAN OLEH INDUSTRI

A) Penilaian Terhadap Akademia

BIL

PENILAIAN AKADEMIA

SKALA PENILAIAN

1.

Keberkesanan ilmu yang dipindahkan oleh akademia kepada industri

3/5

2.

Keupayaan akademia untuk membimbing bagi menyelesaikan masalah seperti mana yang dikehendaki oleh industri

3/5

3.

Pengetahuan akademia terhadap projek

3/5

4.

Komitmen akademia terhadap projek

3/5

Page 7: TAJUK PROJEK: PEMBANGUNAN MODUL FARMASI …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/I-EDU12(USIM-11).pdf · PEMBANGUNAN MODUL FARMASI HALAL DAN PROGRAM LATIHAN UNTUK INDUSTRI

B) Penilaian Terhadap Ilmu Yang Dipindahkan

BIL

PENILAIAN ILMU YANG DIPINDAHKAN

SKALA PENILAIAN

1.

Sasaran objektif projek yang telah dicapai

3/5

2.

Hasil yang dicapai berbanding dengan sumbangan yang disalurkan oleh industri

3/5

C) Penilaian Graduan Pelatih

BIL

PENILAIAN GRADUAN PELATIH

SKALA PENILAIAN

1.

Pengetahuan yang diperoleh graduan pelatih daripada projek

3/5

2.

Keberkesanan graduan pelatih menyampaikan ilmu

3/5

3.

Kemahiran graduan pelatih berkomunikasi, berfikir, merancang, memimpin dan kerja berpasukan

3/5

4.

Etika kerja graduan pelatih terhadap projek 3/5

Maklum Balas Keseluruhan Daripada Pihak Industri Terhadap Projek -

Komen Daripada Panel Pakar KTP Pemantauan

Hasil penilaian ke atas laporan kemajuan berkala, laporan akhir dan pemantauan panel penilai, projek ini didapati berada dalam kategori ungu. Projek ini didapati lebih berkonsepkan perundingan dengan pembinaan modul menjurus kepada pembelajaran modul, kerana pemindahan ilmu tidak berlaku kepada industri bahkan industri yang memberikan input kepada pembinaan modul.

Page 8: TAJUK PROJEK: PEMBANGUNAN MODUL FARMASI …ktpmonitoring.usm.my/ktp/uploads/Pemantauan/I-EDU12(USIM-11).pdf · PEMBANGUNAN MODUL FARMASI HALAL DAN PROGRAM LATIHAN UNTUK INDUSTRI

LAMPIRAN

Lawatan panel penilai ke Halal Industry Development Corporation Sdn. Bhd.

Latihan farmaseutikal dan program pensijilan halal di HDC