asiment farmasi

Upload: elily-ismail

Post on 08-Jul-2015

1.938 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

KANDUNGAN

BIL 1.0 2.0

KANDUNGANPENGENALAN DEFINISI PERBINCANGAN 3.1 PENDISPENSAN 3.2 SUSUNAN UBAT-UBATAN

MUKA SURAT

3.0

3.3 PROSES MENGINDEN STOK 3.4 SISTEM E-KLINIK 3.5 SISTEM 5S

4.0 5.0 6.0 7.0 8.0

RUMUSAN CADANGAN RUJUKAN BIBLIOGRAFI LAMPIRAN

1.0 PENGENALAN

Kerja kursus saya pada kali ini adalah bagi membincangkan tentang perkhidmatan farmasi di Klinik Kesihatan Bandar, Kota Bharu..Ia merangkumi semua langkah kerja dari dasar yang dibuat sehingga kepada perlaksanaan dasar tersebut oleh unit Farmasi. Dasar yang telah dirangka adalah berkaitan dengan piagam pelanggan, misi, visi dan objektif asal penubuhan Klinik Kesihatan Bandar, Kota Bharu.

Setiap cara kerja adalah menjurus kepada pencapaian objektif yang sama iaitu misi dan visi yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Dalam usaha mencapai misi, visi dan objektif farmasi, petugas kesihatan perlu diberi pendedahan meluas dan memahami konsep piagam pelanggan. Dalam erti kata lain, piagam merupakan satu perjanjian untuk memberi khidmat terbaik kepada pelanggan. Dalam skop farmasi, ia akan berusaha memberi khidmat terbaik kepada pesakit yang menjalani rawatan di Klinik Kesihatan Bandar, Kota Bharu ini.

Klinik Kesihatan Bandar Kota Bharu mula beroperasi pada 21 Mei 2005. Ia merupakan sebuah bangunan dua tingkat yang terletak bersebelahan dengan Kolej Kejururawatan Kota Bharu dan Klinik Pergigian Kota Bharu. Klinik Kesihatan Bandar Kota Bharu mempunyai 135 kakitangan yang terdiri daripada bahagian pengurusan dan professional seramai 13 orang manakala 122 orang terdiri daripada bahagian sokongan I dan II.

Klinik Kesihatan Bandar Kota Bharu diketuai oleh Pegawai Kesihatan Kota Bharu iaitu Doktor Hamzah bin Awang Mat diikuti oleh Ketua Jabatan Klinik Kesihatan Bandar iaitu Doktor Rosmawati binti Abd Kadir. Di sini terdapat lapan unit utama iaitu Unit Farmasi, Unit Makmal, Unit Ibu dan Anak, Unit Pentadbiran, Unit Pesakit Luar, Unit Fisioterapi, Unit Kesihatan Sekolah dan unit X-Ray. Klinik Kesihatan Bandar Kota Bharu juga berfungsi memberikan rawatan kesihatan kepada pesakit luar, antenatal, postnatal, kesihatan wanita, kesihatan kanak-kanak serta perkhidmatan expended scope.

Selain itu, klinik ini juga menjalankan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan (ME), pemeriksaan kesihatan bagi pengendali makanan, pemeriksaan kesihatan haji serta umrah, pemeriksaan HIV bagi pasangan yang bakal berkahwin dan klinik pakar. Terdapat kira-kira sebelas bilik rawatan yang disediakan untuk merawat pesakit.

Klinik Kesihatan Bandar Kota Bharu mula beroperasi bermula pada pukul 7.30 pagi dan berakhir pada pukul 9.30 malam selepas waktu pejabat. Perkhidmatan klinik ini diadakan selepas waktu pejabat adalah bagi memudahkan pesakit yang bekerja untuk datang ke klinik pada masa bekerja. Dengan adanya system ini pesakit yang bekerja tidak perlu risau lagi untuk mendapatkan rawatan kerana mereka bebas datang bila-bila masa sahaja selepas waktu pejabat.

Carta Organisasi KKB

PEGAWAI KESIHATAN DAERAH

KETUA UNIT PEGAWAI PERUBATAN Y/M

FARMASI

PESAKIT LUAR

IBU DAN ANAK

KESIHATAN SEKOLAH

MAKMAL

FISIOTERAPI

PENTADBIRAN

X RAY

2.0 DEFINISI

Unit merujuk kepada Kamus Dewan, Edisi Ketiga, Dewan Bahasa dan Pustaka, boleh ditakrifkan kepada tiga takrifan yang berlainan. Dalam kerja kursus ini, takrifan yang ketiga adalah paling tepat untuk menggambarkan fungsi unit tersebut iaitu unit adalah bahagian atau kumpulan yang mempunyai fungsi khas dalam sesuatu organisasi.

Perkhidmatan merujuk Kamus Dewan Bahasa sebagai perihal berkhidmat (bertugas), kerja (usaha dan kemudahan) untuk kebajikan (keperluan dan kepentingan) orang ramai dan lain-lain, perubatan perkhidmatan yang berkaitan dengan kesihatan rakyat (bekalan perubatan dan sebagainya).

Farmasi pula ditakrifkan sebagai kemahiran dan kegiatan (kerja) membancuh dan menyediakan ubat-ubatan, ahli orang yang terlatih dalam bidang farmakologi, juruubat, tempat ubat dan bahan-bahan perubatan diberikan. Berdasarkan Kamus Jururawat, perkataan Farmasi memberi dua maksud yang berlainan. Maksud pertama adalah penyediaan dan pembancuhan ubat-ubat manakala maksud kedua merupakan tempat yang didaftarkan untuk membancuh ubat-ubat dan menjual racun.

Klinik pula adalah tempat unuk memberi diagnosis dan merawat pesakit luar. Ia juga turut dikenali sebagai tempat yang serupa yang dianggotai oleh pakar perubatan atau pakar pembedahan yang mengkhusus akan satu atau lebih bidang.

Kesihatan sebagai perihal sihat, kesegaran, kebaikan keadaan (badan). Ianya membawa maksud tahap kesihatan seseorang.

Bandar pula membawa maksud tempat atau pusat yang ramai penduduk nya dan terdapat banyak urusan dan perniagaan di jalankan.

Kota Bharu merupakan nama tempat di sebuah bandar di negeri Kelantan.

3.0

MISI DAN VISI

VISI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

MALAYSIA AKAN MENJADI SEBUAH NEGARA YANG TERDIRI DARIPADA INDIVIDU, KELUARGA DAN MASYARAKAT YANG SIHAT MELALUI SISTEM KESIHATAN YANG ADIL, SAKSAMA DAN CEKAP, MAMPU DISEDIA DAN DIPEROLEHI BERTEKNOLOGI SESUAI, SERASI PELANGGAN DAN BERSESUIAN DENGAN PERSEKITARAN.SISTEM INI JUGA AKAN MENGUTAMAKAN KUALITI, INOVASI, PROMOSI KESIHATAN, HORMAT KEPADA KEMULIAAN INSAN SERTA MENGGALAKKAN TANGGUNGJAWAB INDIVIDU DAN PENYERTAAN MASYARAKAT KE ARAH PENINGKATAN MUTU KESIHATAN.

MISI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

MEWUJUDKAN PENGLIBATAN DAN PENYERTAAN MASYARAKAT UNTUK KESIHATAN BAGI MERANGSANGKAN DAN MEMUDAHKAN RAKYA UNTUK:

-

MENCAPAI SEPENUHNYA KEMAMPUAN KESIHATAN MEREKA

-

MENGHARGAI KESIHATAN SEBAGAI ASET BERNILAI MENGAMBIL LANGKAH POSITIF MENINGKATKAN LAGI DAN MENGEKALKAN STATUS KESIHATAN BAGI MENIKMATI

KEHIDUPAN YANG LEBIH BERMUTU

VISI PERKIDMATAN FARMASI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

UNTUK MEMBERIKAN PERKIDMATAN FARMASI YANG TERBAIK DEMI KESIHATAN DAN KESEJAHTERAN NEGARA

MISI PERKIDMATAN FARMASI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

MEMIMPIN PERKHIDMATAN FARMASI YANG DINAMIK KE TAHA YANG TETINGGI DENGAN PENEKANAN KE ATAS KEWIBAWAAN PROFESIONALISMA DAN KECEMERLANGAN YANG NENEPATI ASPIARASI DAN CABARAN NEGARA

MISI, VISI DAN GOAL UNIT FARMASI KLINIK KESIHATAN BANDAR KOTA BHARU, KELANTAN.

MISI

MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN FARMASI YANG DINAMIK DENGAN PENEKANAN KE ATAS KEWIBAWAAN, PROFESIONALISMA DAN KECEMERLANGAN YANG MENEPATI CABARAN SEMASA

VISI

UNTUK MEMBERI PERKHIDMATA FARMASI YANG BERKUALITI UNTUK KESIHATAN MASYARAKAT

GOAL

MEMPERTINGKATKAN KECEKAPAN DAN KEBERKESANAN PERKHIDMATAN KEPADA PELANGGAN

OBJEKTIF UNIT FARMASI KLINIK KESIHATAN BANDAR KOTA BHARU, KELANTAN

1. UNTUK MEMBERIKAN PERKHIDMATA FARMASI YANG EFISYEN DAN BERKESAN KEPADA PESAKIT DAN PELANGGAN 2. UNTUK MEMASTIKAN BEKALAN UBAT-UBATAN KEPADA PESAKIT ADALAH MENCUKUPI DAN TIADA PEMBAZIRAN

3.1 PENDISPENSAN

Apa itu pendispensan? Pendispensan berkaitan dengan preskripsi. Preskripsi membawa maksud formula dan arahan yang ditulis oleh seseorang doktor kepada pesakit samada doktor biasa, pakar, haiwan atau gigi. Dengan kata lain arahan bertulis daripada seorang doktor berdaftar kepada seseorang ahli farmasi untuk menyediakan atau membancuh sesuatu ubat. Jenis preskripsi yang digunakan di Klinik Kesihatan Bandar Kota bharu ialah menggunakan system computer dan jenis bertulis.

Pendispensan merupakan aktiviti yang paling utama dan yang terpenting bagi menyampaikan ubat kepada pesakit. Pendispensan merupakan kerja terakhir selepas penyerahan preskripsi, saringan (screening) , pengisian , saring dan pendispensan. Selain itu pendispensan adalah aktiviti utama dan paling penting kerana disini berlaku interaksi secara langsung antara petugas farmasi dan pesakit. Aktiviti yang dilakukan adalah proses pemberian bekalan ubat kepada pesakit serta cara penggunaanya. Sebelum proses pendispensan dimulakan, penolong pegawai farmasi atau pegawai farmasi perlu memastikan label, kandungan ubat, bekas ubat diperiksa sekai lagi supaya ianya betul, jelas dan lengkap. Ini bertujuan mengelakkan berlakunya medication error . Antara faktor yang menyumbang kepada medication error adalah pelabelan pada sampul ubat yang tidak jelas, susun atur ubat yang kurang sesuai, tulisan pada preskripsi yang sukar dibaca serta arahan penggunaan yang tidak jelas. Tindakan yang boleh diambil untuk mengurangkan medication error ialah baca label ubat sekurang-kurangnya tiga kali, mematuhi masa pemberian ubat seperti diarahkan dan semak tarikh luput serta rupa fizikal ubat yang hendak dibekalkan.

Namun begitu, fokus utamanya adalah kemampuan petugas farmasi untuk memastikan ubat yang diberi adalah bersesuaian dengan pesakit tersebut serta mengesan

sekiranya terdapat masalah polifarmasi yang berlaku. Penerangan cara penggunaan ubat haruslah dijalankan secara komunikasi dua hala. Ini bagi mengelakkan kekeliruan terhadap pesakit semasa menggunakan ubat. Penerangan yang berkualiti cara penggunaan ubat secara rasional adalah berdasarkan kemampuan penolong pegawai farmasi atau pegawai farmasi sendiri untuk memberi arahan yang ringkas, tepat dan jelas. Arahan penggunaan yang jelas dapat meningkatkan tahap komplien pesakit untuk mengambil ubat serta faham terapi ubat yang dijalankan. Adalah menjadi tanggungjawab petugas farmasi menerangkan setiap indikasi ubat, kesan sampingan serta tindakan susulan bagi mendapatkan kesan terepeutik ubat yang tepat. Usaha memberi penerangan yang jelas ini dapat dihasilkan melalui proses pembelajaran berterusan petugas farmasi untuk mengenali setiap jenis ubat dengan lebih teliti.

Elemen utama bagi seorang penolong pegawai farmasi atau pegawai farmasi adalah kemahiran komunikasi dengan pesakit. Komunikasi dapat diperjelas sebagai komunikasi lisan dan juga bukan lisan. Kedua-dua saluran komunikasi tersebut memainkan peranan yang sama penting dalam memastikan objektif pendispensan dicapai. Komunikasi lisan adalah percakapan terus antara petugas farmasi dengan pesakit. Semasa mendispen, petugas farmasi perlu memberi perhatian terhadap kelancaran percakapan disamping menggunakan nada suara yang sesuai (tidak terlalu kuat dan tidak terlalu perlahan). Komunikasi bukan lisan dapat meningkatkan kefahaman berkenaan penggunaan ubat setelah komunikasi lisan tidak mendapat hasil memuaskan. Komunikasi ini juga perlu digunakan sekiranya pesakit terdiri dari individu golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Selain itu, keyakinan diri juga perlu ada pada petugas farmasi semasa mendispen ubat. Keyakinan diri secara tidak langsung mempengaruhi psikologi pesakit untuk lebih yakin menggunakan ubat seterusnya membantu pesakit komplien terhadap pengambilan ubat.Langkah terakhir untuk aktiviti pendispensan ialah memastikan preskripsi yang telah didispen ditandatangani dan mencatat tempoh serta tarikh bekalan ubat yang telah dibuat

(bagi prekripsi yang dibekalkan ubat sebahagian dari tempoh yang dipreskrib). Ini bagi memastikan pesakit tidak akan mengambil ubat berulang kali dan melebihi tempoh rawatan yang ditetapkan. Ia juga dapat mengawal pembaziran kos terhadap ubatan yang mungkin terlebih guna.

JENIS-JENIS KESILAPAN MEDIKASI

1) Penskriban Mempreskrib ubat yang alah kepada pesakit Mempreskrib ubat yang salah. Kesilapan pada dos dan frekuensi Illegible (tulisan yang sukar dibaca) Pemantauan yang tidak mencukupi

2) Pendispensan Gagal membaca arahan doktor Tidak dapat mengetahui kewujudan interaksi ubat Mendispen ubat yang salah Mendispen kepada pesakit yang salah

3) Administrasi Pesakit (mengambil dos dan frekuensi yang salah) Cara administrasi (administrasi tidak direkodkan menyebabkan

administrasi dilakukan dua kali)

4) Pengilang serasi) Salah label Salah formulasi (pencairan, pengiraan, pertambahan ubat yang tidak

5) Pesakit Cuba untuk merawat dengan terapi sendiri tanpa merujuk personel

kesihatan. Contoh, pengambilan vitamin atau herba Menggunakan khidmat lebih daripada seorang doctor tanpa memberitahu

personel kesihatan lain Menggunakan ubat orang lain

FAKTOR-FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA KESILAPAN

1)

Faktor kakitangan Kurang pengetahuan Kegagalan dalam berkomunikasi Beban kerja yang banyak Legibility Sukar membezakan jenis ubat

2)

Faktor ubat-ubatan Kesilapan pengiraan dos ubat Bungkusan atau nama ubat yang serupa Distribusi ubat

3)

Faktor pesakit Kurang informasi Tidak diberi kaunseling Tidak komplian

PERATURAN YANG PERLU DIIKUTI SEMASA MENJALANKAN KERJAKERJA PENDISPENSAN:

Baca preskripsi dengan teliti Menyemak nama pesakit, umur, nombor daftar , ic , tarikh preskripsi Cop dan tandatangan doktor Periksa semua indikasi dan interaksi ubat Tulis label-label dengan tepat dan jelas sebelum mendispen Buat semua kiraan dan tulis campuran jika diperlukan Mulakan membancuh atau mengira ubat dengan tepat dan teliti Racun-racun mestilah diperiksa dan di tandatangan oleh pegawai farmasi Isikan persediaan-persediaan dalam bekas yang sesuai sebelum mendispen Memberi penerangan yang betul dan lengkap kepada pesakit seperti yang

diarahkan dalam preskripsi

CARTA ALIRAN KERJA PEMBEKALAN UBAT

Penyerahan preskripsi oleh pesakit dan pengambilan nombor giliran

Staf farmasi membuat saringan/semak silang mengenai nama pesakit, sejarah pengubatan pesakit, interaksi ubat-ubatan dan penyakit

Pengisian ubat dilakukan jika tiada masalah dalam preskipsi

Pegawai farmasi membuat double checking mengenai ubat-ubat yang akan didispen

Pegawai farmasi memanggil nombor giliran dan mendispen ubat kepada pesakit

Berikut merupakan aliran kerja

Terima Preskripsi

Hubungi Preskriber

Saring Preskripsi

Ya Masalah?

Tidak Memproses Preskripsi

Rekod dan Failkan Dokumen Berkaitan

CARTA ALIRAN KERJA PEMBEKALAN UBAT DI KLINIK KESIHATAN BANDAR KOTA BHARU

Terima preskripsi daripada pelanggan

Semak preskripsi

Masalah(Rujuk pegawai atasan)

Letakkan nombor giliran

Serah nombor siri kepada pelanggan

Pengisian ubat

Panggil nombor giliran pelanggan

Kaunseling untuk kes terpilih

Pembekalan ubat

AKTIVITI PENDISPENSAN UBAT PESAKIT DI KAUNTER

MENERIMA PRESKRIPSI

Preskripsi yang diterima adalah tulen dan salinan asal. Jika preskripsi palsu, buat siasatan dan aduan kepada pihak atasan jika perlu. Preskripsi mestilah ada tandatangan prescriber, namadan cop jawatan. Preskripsi adalah lengkap dengan butiran pesakit iaitu nama, umur, nombor pendaftaran dan tarikh dikeluarkan.

MENYEMAK PRESKRIPSI

Ubat yang dipriskrib adalah terdapat dalam senarai KKM mengikut kategori.Jika tidak syorkan alternative yang ada. Ubat yang dipreskrib tidak berlebihan dos, tiada interaksi, tiada ketidaksesuaian, tiada polifarmasi dan diberi mengikut masa yang sesuai untuk sesuatu jangkamasa.Sebarang masalah berbincang dengan prescriber dan pindaan perlulah dicatit diatas preskripsi dan ditandatangani.

PENGISIAN DAN PEMBEKALAN UBAT PESAKIT LUAR

Pembekalan ubat dibuat melalui preskripsi yang telah disaring/semak oleh Pegawai Farmasi atau Penolong Pegawai Farmasi. Setiap preskripsi mestilah ditulis lengkap dengan nama pesakit, nombor pendaftaran, diagnosis, tarikh, jawatan. nama prescriber beserta tandatangan dan cop

Pastikan ada dicatatkan nama ubat, dos, frekuensi dan jangkamasa bekalan. Setiap preskripsi boleh ditulis lebih dari satu jenis ubat. Semasa pembekalan mestilah dijelaskan kepada pesakit bagi setiap jenis ubat dan pastikan pesakit memahaminya.

SEMAKAN SEMULA PRESKRIPSI DAN UBAT SEBELUM DIDISPEN(COUNTERCHECKING)

Setiap preskripsi dan ubat yang telah disediakan mestilah disemak satu persatu sebelum memanggil nombor daftar pesakit. Perkara yang disemak ialah ubat yang dipreskribkan untuk pesakit adalah betul dan kuantiti mencukupi dengan label yang lengkap Jika kesilapan dikesan, serahkan pada kaunter pengisian untuk tujuan pembetulan dan rekodkan di borang yang telah disediakan. Setiap ubat yang didispen mestilah dibei peneranga cara guna dan tandatangan dibelakang preskripsi setelah selesai mendispen

PERKHIDMATAN KAUNTER

Definisi

Perkhidmatan yang disediakan di jabatan kerajaan untuk memudahkan orang ramai berurusan mengenai sesuatu urusniaga.kaunter biasanya disediakan lebih daripada satu jabatan jabatan kerajaan. Contoh perkhidmatan kaunter yang disediakan di Klinik Kesihatan Bandar Kota Bharu ialah kaunter pendaftaran untuk pesakit luar, kaunter temujanji dan kaunter farmasi untuk pesakit mendapatkan ubat-ubatan mereka.

Definisi perkhidmatan kaunter berkualiti

Perkhidmatan kaunter yang memenuhi kepuasan pelanggan dengan menjaga sepenuhnya kebajikan pelanggan dan memuaskan hati mereka. Pelanggan yang datang berurusan di kaunter akan berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan jika mereka di layan dengan sopan dan memenuhi kehendak mereka. Kita sebagai barisan hadapan kaunter perlulah melayan pelanggan dengan sebaik mungkin dan membantu mereka sekiranya mereka memerlukan pertolongan atau pertanyaan.

Bahagian kaunter

Kaunter boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu: I. II. III. Bahagian hadapan kaunter (pelanggan) Bahagian di kaunter (khidmat kaunter) Bahagian di belakang kaunter (khidmat sokongan)

Bahagian hadapan kaunter

Bahagian hadapan kaunter merupakan bahagian yang paling penting kerana di bahagian inilah pelanggan akan berkumpul untuk mengambil ubat-ubatan mereka. Unit farmasi perlulah menyediakan kemudahan yang mencukupi supaya pelanggan dapat berurusan dan mendapatkan perkhidmata mereka tanpa sebarang masalah, malah mereka akan merasa selesa dan lebih mudah apabila berurusan di kaunter.

Klinik Kesihatan Bandar Kota Bharu menyediakan papan tanda dan tunjuk arah yang lengkap untuk memudahkan pelanggan. Jadi pelanggan tidak akan merasa bimbang jika mereka berurusan di klinik ini.mereka tidak perlu bertanya kepada kakitangan sekiranya mereka ngin berurusan di unit-unit terbabit kerana banyak papan tanda disediakan untuk memudahkan pelanggan mendapatkan perkhidmatan di klinik ini.sekiranya menghadapi sebarang masalah, mereka boleh bertanyakan masalah mereka di kaunter yang telah disediakan.

Kaunter yang mempunyai system giliran seperti di unit farmasi mempunyai tempat menunggu yang selesa untuk memudahkan pelanggan. Terdapat lebih daripada tiga puluh buah kerusi yang disediakan di farmasi. Unit farmasi mempuyai kerusi yang selesa dan empuk serta system giliran yang jelas supaya pesakit tudak mudah terkeliru dan boleh mengambil ubat mereka apabila nombor di panggil.

Bahagian di kaunter

Bahagian di kaunter inilah tempat kakitangan akan bertemu dengan pelanggan dan tempat pelanggan mendapatkan perkhidmatan mereka. Perkhidmatan di kaunter melalui empat pendekatan iaitu: I. II. III. IV. Peringkat persediaan Peringkat sambutan Peringkat pemprosesan Peringkat akhir

Peringkat persediaan

Peringkat persediaan

ialah satu peringkat persediaan

yang dilakukan oleh

kakitangan sebelum melakukan perkhidmatan dan berurusan dengan pelanggan. Bagi anggota yang bertugas mereka perlulah berada di kaunter sepuluh minit sebelum bertugas supaya mereka dapat bersedia lebih awal dan dapat menyediakan segala kelengkapan yang diperlukan di kaunter. Anggota yang bertugas mestilah pastikan segala dokumen yang digunakan di kaunter mencukupi dan memastikan peralatan kerja adalah dalam keadaan yang baik.

Peringkat sambutan

Peringkat sambutan ialah mengalu-alukan kedatangan pelanggan dengan hati yang terbuka dan memberikan layanan yang baik kepada pelangan. Ketika menerima pelanggan, kakitangan haruslah memberikan senyuman dan tidak menganggap pelanggan itu sebagai satu beban.sekiranya pelanggan mempunyai masalah, kakitangan hendaklah memberikan penerangan dengan jelas dan lembut supaya mereka lebih faham.

Peringkat pemprosesan

Peringkat pemprosesan ialah peringkat yang dilakukan oleh kakitangan untuk menyelesaikan urusan yang di minta oleh pelangan. Contoh perkhidmatan pemprosesan yang dilakukan oleh unit farmasi ialah proses pengisian ubat-ubatn di unit farmasipesakit luar serta proses pendispensan kepda pesakit. Di peringkat inilah kita sebagai kakitangan hendaklah memberkan penrangan dengan jelas tentang ubat-ubatan yang diambil oleh mereka dan menjawab segala pertanyaan mereka tentang ubat-ubatan yang mereka ambil. Sekiranya berlaku sebarang masalah kepada preskrpisi pesakit tersebut atau sebarang kelewatan kita hendaklah memberikan penjelasan kepada mereka.

Peringkat akhir

Peringkat akhir ialah peringkat di mana segala urusan di antara pelangan dengan kakitangan sudah selesai berurusan. Kakitangan haruslah mengakhiri urusan mereka dengan ucapan terima kasih dan senyuman yang manis. Melalui peringkat inilah, nilainilai murni dapat dipraktikkan oleh kakitangan yang bertugas.

Bahagian di belakang kaunter ( khidmat sokongan)

Bahagian di belakang kaunter ialah bahagian yang membantu perkhidmatan hadapan akunter. Khidmat sokongan terbahagi kepada dua iaitu:

I.

Pengurusan

Memainkan peranan penting dalam penggubalan strategi perkhidmatan yang dijalankan, penetapan standard prestasi kerja, pengawasan dan penyeliaan, pengurusan tenaga manusia, pembaikan dan prosedur anggota.

II.

Sokongan Memainkan peranan penting dalam peningkatan kemahiran dalam memberikan perkhidmatan di kunter, memenuhi standard prestasi, peraturan dan panduan kerja, mengamalkan budaya kerja yang cemerlang.

KAUNSELING UAT-UBATAN PESAKIT

Keutamaan kaunseling ubat pesakit diberikan kepada pesakit yang memenuhi kreteria yang dtetapkan iaitu pesakit yang dirujuk oleh doctor (masalah komplian) pesakit-pesakit penyakit kronik, pesakit yang memakan ubat yang pelbagai, pesakit yang menggunakan alat bantuan ubat seperti suntikan insulin atau pesakit yang menggunakan inhaler atau nasal haler, juga pesakit-pesakit yang mengunakan ubat yang rumut seperti suppository, vaginal tab dan lain-lain lagi.

Setiap kaunseling yang dilakukan perlu direkodkan dalam buku dan borang yang disediakan sebagai rekod dan untuk kunseling susulan jika perlu. Kaunseling secara berkumpualan juga diadakan mengikut jadual yang ditetapkan

Di Unit Perkhidmatan Farmasi Klinik Kesihatan Bandar Kota Bharu, proses mengisi dan melabel ubat adalah menggunakan system E-klinik. Pesakit yang datang ke klinik akan mendaftar menggunakan my kad dan pesakit tersebut akan diberikan satu nombor giliran dimana nombor tersebut juga digunakan untuk mengambil ubat di kaunter farmasi. Doktor yang memriksa pesakit tersebut akan memasukkan data pesakit tersebut dengan memberikan ubat yang sesuai dengan peyakitnya. Kemudian data tersebut akan di cetak pada computer di unut farmasi. Satu slip pesakit dan label ubat pesakit tersebut akan dicetak untuk pengisian ubat. Staf farmasi akan meletakkan slip dan label esakit tersebut ke daalm bakul untuk pengisian ubat.Kemudian staf farmasi yang lain akan mula mengisi ubat seperti tertera pada slip pesakit dan menampal label pada sampul ubatnya.Nombor giliran pesakit mestilah sentiasa disemak bagi mengelak pertukaran label ubt dengan pesakit yang lain.Selepas siap diisi, bakul tersebut akan diletakkan atas conveyer untuk proses pendispensan oleh staf farmasi di kaunter.

Gambar: Tempat penerimaan slip dan label ubat pesakit

Manakala bagi melibatkan pesakit yang ingin yang ingin mengambil bekalan ubatan susulan, pesakit yang datang akan diberikan nombor giliran bewarna merah.Proses membuat label akan di buat terlebih dahulu sebelum proses pengisian ubat. Label juga akan dibuat menggunakan computerized dispensing system (CDS) dan sebaik sahaja label dicetak , ia akan diperikasa supaya arahan pengambilan ubat pada label yang sama dengan arahan pada preskripsi. Selepas itu , label beserta preskripsi akan dimasukkan ke dalam bakul dan diletakkan di atas conveyer untuk di hantar ke kaunter pengisian. Apabila bakul tersebut sampai ditempat pengisian , ia akan diambil oleh petugas farmasi dan di periksa sekali lagi label yang dibuat adalah menepati kehendak preskirpsi bagi mengelakkan berlakunya medication error.Selepas proses mengisi ubat selesai, bakul tersebut akan diletakkan kembali ke atas conveyer untuk di hantar ke kaunter pendispensan.

Gambar: Kaunter dispens dan tempat percetakan label bekalan ubat susulan

3.2 SUSUNAN UBAT-UBATAN

Penyusunan ubat-ubatan di Unit Farmasi Klinik Kesihatan Bandar Kota Bharu mengaplikasikan system 5S di mana ubat disusun mengikut pengkelasan iaitu:

Kuning antibiotic dan antifungal Merah antihypertensive Putih antihistamin Biru vitamin Hijau antidiabetik Hitam NSAIDs, anakgesic dan antipyretic

Gambar: Cara susunan ubat di kaunter pengisian Bagi ubat mixture, ia disusun di rak berlainan daripada ubat tablet. Di bahagian bawah kaunter pengisian, di letakkan rak bertingkat bagi meletakkan ubat kegunaan luar seperti Betnovate Cream, Neomycin cream, dan lain-lain. Susun atur setiap ubat adalah

di atas rak yang bertingkat bagi menjimatkan ruang penyusunan ubat-ubtan.bagi ubatubat seperti dalam bentuk sirup seperti Liquid Paraffin, Bromohexine Elixir, dan Carminative Mixture disusun berhadapandengan kaunter pengisian ubat tablet. Ubatubatan antibiotic dalam bentuk syrup pula diletakkan dalam laci pada kaunter ubat mixture.

Gambar: kaunter ubat mixture dan ubat antibiotic

Terdapat juga cabinet yang menyimpan ubat kategori A seperti Simvastatin 20mg, telmisartan 40 mg dan 80 mg, Ticlopidine 250 mg dan lain-lain. Ubat-ubat yang diletakkan di sini ialah ubat kategori A yang selalu dan kerap digunakan. Ubat di sini perlu direkod maklumat pesakit di dalam kertas maklumat untuk ubat list A.

Gambar; Kabinet ubat list A

Manakala bagi ubat Dadah Berbahaya, ia disimpan di dalam laci besi berkunci di bahagian belakang. Hanya petugas farmasi sahaja yang dipertanggungjawabkan menguruskan dadah merbahaya ini boleh mengambil ubat tersebut bagi proses pengisian ubat mengikut preskipsi. Ubat yang di ambil mestilah direkod dalam buku khas yang disediakaan. Ia mestilah ditandatangankan oleh dua orang staf farmasi. Pengrekodan melibatkan: 1. Tarikh bekal 2. Nama, nombor pendaftaran pesakit dan alamat pesakit 3. Nama prescriber 4. Kuantiti yang dibekalkan 5. Baki stok 6. Nama dan tandatangan pegawai yang mengeluarkan

3.3 PROSES MENGINDEN UBAT

System merekod penerimaan dan pengeluaran dari stor adalah menggunakan system rekod kad petak yang sentiasa dikemaskini bagi setiap penerimaan dan pengeluaran .Bagi barang bertarikh luput, ia perlu menggunakan kad petak bewarna merah jambu dengan direkod tarikh luputnya. Proses merekod melibatkan dakwat bewarna merah bagi penerimaan manakala dakwat bewarna biru atau hitam melambangkan proses pengeluaran barang tersebut dari stor.

Aktiviti pesanan dan penerimaan barang / stok a. Semak kuantiti ubat dan peralatan yang perlu diinden / dipesan dari stor dengan menyemak baki stok b. Sediakan inden keperluan barang tersebut c. Serahkan kepada Pegawai Farmasi untuk semakan dan tandatangan kelulusan membuat pesanan d. Hantan inden ke stor e. Terima bekalan dari stor. Semak bekalan yang dibuat supaya sama dengan kuantiti seperti di nota lampiran dari stor. f. Jika terdapat masalah hubungi pihak stor untuk penjelasan g. Simpan stok yang diterima di tempat yang dikhaskan h. Rekodkan item dan kuantiti yang diterima dalam setiap rekod binkad masingmasing i. Rekodkan setiap pengeluaran yang dibuat samaada untuk bekalan ke kaunter atau untuk tujuan pra-bungkus j. Semak stok dari masa ke semasa untuk tujuan pengawalan

Unit perolehan dan pembekalan ubatan akan dirujuk kepada Pegawai Farmasi tentang keperluan terhadap ubat-ubatn dan bukan ubat untuk urusan pesanan.Rujukan

segera akan dilakukan kepada pegawai farmasi bagi mengelakkan kekurangan keperluan ubat dan bukan ubat.antaraakitiviti yang dijalamkan di unit perolehan dan pembekalan ubat ialah

1. Penerimaan pesanan / pembekalan kepada unit-unit pengguna adalah seperti dijadualkan iaitu dua kali sebulan 2. Pnerimaan atau penyimpanan ubat dan bukan ubat darri pharmaniaga dan juga LP (local purchase) 3. Semak paras stok fizikal untuk pesanan minggu akhir setiap bulan atau bila perlu 4. Pemeriksaan stok fizikal setiap bulan atau bila perlu

Proses membuat anggaran keperluan perlu di buat dengan teliti bagi mengelakkan berlakunya pembaziran di samping dapat mengawal perbelanjaan. Semasa proses ini, baki stok, tarikh luput serta kuantiti stok buffer akan dikenal pasti. Berikut merupakan proses menyediakan anggaran belanjaan ubatan dan bukan ubat tahunan: 1. Mengumpul data penggunaaan ubat dan bukan ubat untuk dua bulan 2. Mendapat harga ubat dan bukan ubat terkini dari catalog stor perubatan dan HIS (pharmaniaga). 3. Mengira anggaran perbelanjaan , anggara dibuat melbihi 25% dari anggaran penggunaan semasa. 4. Memaklumkan anggaran kepada pegawai farmasi. 5. Mengawal keseluruhan penggunaaan ubat- ubat dan bukan ubat. 6. Pemantauan tarikh luput dan mengutamakan penggunaan ubat dan bukan ubat mengikut tarikh luput yang terdekat. 7. Membekalkan ubat- ubat dan bukan ubat melalui inden kepada pelanggan dalaman. 8. Mengemaskini rekod harian dan bulanan

9. Memantau ubat-ubat dan bukan ubat sentiasa ada stok atau mencatit ubat-ubat rendah stok

Selepas mendapat anggaran keperluan ubat yang sesuai, borang anggaran pesanan semula (ROA) akan diisi secara berasingan bagi item: 1. APPL Aproved Product and Price List (senarai ubat dan bukan ubat yang dibekalkan melalui Pharmaniaga Logistik Sdn Bhd 2. LP (local purchase) ubat dan bukan ubat yang tidak dibekalkan melalui Pharmaniaga Logistik Sdn Bhd

Borang ROA yang telah siap diisi akan disemak terlebih dahulu sebelum di tandatangani. Kemudian, bagi borang ROA item APPL , ia akan di masukkan ke dalam klinik procedurement system (CPS) manakala item bukan LPPL di hantar kepada pegawai farmasi kesihatan untuk kelulusan.

PRA BUNGKUS Aktiviti prabungkus dilakukan untuk memudahkan dan mempercepatkan bekalan ubat kepada pesakit. Ianya dilakukan berasingan dari aktiviti farmasi yang lain untuk mengelakkan kesilapan mendispens dan membungkus ubat lain. Pada satu masa yang sama hanya satu produk sahaja yang dilakukan bagi mengelakkan kesilapan. Sebelum memulakan proses pra bungkus, catitkan kuantiti untuk prabungkus, nombor kelompok, tarikh luput dan syarikat pengeluar ubat yang hendak dibungkus tersebut. Kemudian ubat-ubat dibungkus mengikut kuantiti yang telah ditetapkan dan dilekatkan label pada sampul ubat. Selepas selesai kerja pra bungkus, simpan semua baki label manakala mesin pra bungkus dan alat-alat yang digunakan perlu dibersihkan sebelum disimpan untuk kegunaan seterusnya. Ubat yang telah dibungkus disimpan di tempat yang telah dikhaskan.

Aktiviti ini akan menjalankan pembungkusan ubat-ubatan ke dalam bentuk yang lebih kecil berbanding dalam bentuk pukal yang dibekalkan oleh pembekal.Kuantiti ubat yang ingin dibungkus ke dalam bentuk yang lebih kecil adalah bergantung kepada keperluan unit pekhidmata farmasi dan dibuat berdasarkan kekerapan menggunakan jumlah kuantiti ubat dalam aktiviti seharian.

Proses kerja di pra bungkus

Bagi tablet atau kapsul Mengeluarkan stok yang perlu di prabungkus pada hari tersebut dari stok utama Merekod pengeluaran di dalam kad petak dan computer Menyelenggara mesin pengira ubat Menjalankan operasi pra bungkus menggunakan mesin counting tray Melabel nama ubat dan tarikh luput pada sampul ubat Mengira jumlah paket yang telah dibungkus.letakkan di dalam bekas yang telah disediakan Menyimpan di rak ubat Merekod dalam borang pra bungkus 1. Tarikh prabungkus 2. Nama ubat 3. Nama syarikat pengeluar 4. Tarikh luput 5. No,bacth 6. Kuantiti paket yang dibungkus 7. Tandatangan petugas Membersihkan mesin prabungkus.failkan borang dan jumlahkan keseluruhan data untuk diserahkan kepada farmasi kanan

Bagi ubat mixture, lotion dan cream

Membasuh botol dispensing/lotion/ointment box jika perlu Mengeluarkan stok yang perlu diprabungkus Mengisi mixture/lotion ke dalam botol dispensing dan menutup dengan penutup bagi ointment/krim gunakan spatula Menulis tarihk luput di label dam menampal label pada botol Mengira kuantiti botol/box yang diprabumgkus dan disimpan di rak yang disediakan Merekod borang rekod prabungkus: 1. Tarikh 2. Nama ubat 3. Nama syarikat 4. Tarikh luput 5. Nombor batch 6. Jumlah botol/box di prabungkus 7. Tandatangan petugas

Bersihkan mesin dan alat tempat kerja yang digunakan

Sebelum memulakan aktiviti prabungkus, ubat tersebut akan dikenal pasti terlebih dahulu bagi mengutamakan ubat yang perlu dibungkus dengan kadar segera. Penerimaan dan keluaran ubat-ubatan tadi akan direkod di dalam kad petak atau buku daftar dan kemudiannya aktiviti ini direkod pula di dalam kertas prabungkus ubat. Butiran yang perlu disertakan dalam kertas prabungkus ubat ialah: 1. Tarikh prabungkus 2. Kod prabungkus 3. Nama generic dan kekuatan 4. Tarihk luput(pengilang)

5. Nombor kelompok 6. Nama pengilang 7. Kuantiti hasil prabungkus 8. Tabdatangan prabungkud 9. Tandatangan penyemak 10. Contoh label dilekatkan pada kertas kerje tersebut

Gambar: bilik prabungkus

Gambar: rak ubat prabungkus

3.4 Sistem E- Klinik

Di Kinik Kesihatan Bandar Kota Bharu ini juga menggunakan System E-Klinik untuk menjalankan setiap urusan.Sistem ini mula beropaerasi sepenuhnya pada tahun 2004.Ia melibatkan Unit Pesakit Luar, Unit Makmal dan Unit farmasi.Sistem ini merupakan satu system menyeluruh dan bersepadu yang digunakan dalam

pengurusanklinik kesihatan termasuk member perkhidmatan kesihatan kepda semua golonganpesakit. Ia merupakan projek perintis hasil inisiatif Klinik Kesihatan Bandar Kota Bharu dalam usaha meningkatkan kualiti dan produktiviti klinik bagi memperbaiki tahap perkhidmatan untuk pesakit dan pelanggan yang berurusan dengan klinik ini. Antara matlamat system E-Klinik dijlankan ialah: 1. Mempertingkstkan mutu perkhidmatan penjagaan kesihatan orang ramai melalui penggunaan ICT secara menyeluruh dan bersepadu dan penggunaan 2. Mengurangkan masa menunggu pesakit di setiap peringkat dengan system penyimpanan dan carian rekod berkomputer 3. Mengurangkan risiko kehilangan rekod pesakit dengan system backup yang lebih sistematik Spesifikasi Teknikal: 1. Dibangunkan menggunakan Visual basic 6.0 2. Menggunakan pangkalan data MS SQL Server 7 3. Digunakan dalam persekitaran intranet di KKB KB bermula dengan pendaftaran menggunakan Mykad 4. Beroperasi dalam platform Windows melibatkan unit pesakit luar iaiatu dalam kaunter pendaftaran, bilik doctor dan farmasi 5. Berkonsepkan Graphic buttons untuk kemudahan pengguna melibatkan unit pesakit luar iaiatu dalam kaunter pendaftaran, bilik doctor dan farmasi

6. Pendaftaran menggunakan Mykad- pesakit akan diberikan satu nombor untuk semua unit dan segala maklumat pesakit boleh didapati terus dari computer. Setelah proses rawatan selesai pegawai perubatan hanya pelu menaip prekripsi serta label yang lengkap akan dicetak di unit farmasi.penolong pegawai farmasi hanya perlu menampal label tersebut pada sampul ubat dan ini memudahkan serta memepercepatkan proses pengisian.

Modul-modul yang terlibat dalam pelaksanaan system E-Klinik ini ialah seperti: 1. Modul pendaftaran 2. Modul klinikal 3. Modul farmasi 4. Modul pelaporan dan statistic

Tujuan system E-Klinik dilksanakan di Klinik Kesihatan Bandar Kota Bharu ialah 1. Mengurangkan masa menunggu pesakit di setiap peringkat dengan dengan system penyimpanan dan carian rekod berkomputer 2. Mempertingkatkan mutu perkhidmaatn dan penjagaan kesihatan orang ramai melalui penggunaan ICT secara menyeluruh dan bersepadu 3. Lapoaran dan analisa yang lebih cepat dan tepat 4. Mengurangkan risiko kehilangan rekod pesakit 5. Memudahkan pencarian dan penyimpana rekod pesakit melalui computer 6. Mempercepatkan mendapat laporan yang tepat untuk di analisa 7. Memendekkan masa prekrepsi pesakit sampai di farmasi 8. Meningkatlkan aspek keselamatan ke atas rawatan yang dilakukan 9. Mengurangakan kos pengunaaan kertas

Kelebihan system E-Klinik yang dijalankaan di klinik ialah 1. Mengurangkan kakitangan 2. Mengalakkan kerja berpasukan 3. Meningkatkan imej jabatan 4. Mengeratkan hubungan dalam kalangan kakitangan 5. Masa menunggu lebih singkat 6. Kos penggunaan kertas berkurangan 7. Data-data yang lebih cepat dan teratur membolehkan laporan-laporan dapat disediakan dengan lebih cepat dan analisa yang terperinci 8. Dapat memastikan pengunaaan ICT yang meluas oleh kakitangan dari peringkat bawahan hingga atasan 9. Lebih sistematik dam moden 10. Dapat mengurangkan kesilapan medikasi 11. Memberikan padanan yang positff kepada pesakit tentang kemajuan yang dikecapi oleh klinik ini 12. Meningkatkan komunikasi dua hala di antara majikan dan kakitangan 13. Menjimatkan penggunaan tenaga kerja 14. Menjimatkan masa menunggu 15. Mengurangkan kos guna kertas 16. Data lebih cepat 17. Laporan lebih cepat dan terperinci

Kelemahan system E-Klinik yang beroperasi di klinik-klinik 1. Masalah akan timbul jika berlakunya black out 2. Memerlukan kos tinggi dan peralatan yang canggih dan mencukupi seerti skrin paparan nombor giliran, computer dan mesin pencetak 3. Kurang sefahaman dalam penggunaan tools and technique dan It kepada kakitangan maka hanya sesetengah sahaja yang mahir menggunakan system ini 4. Kurang keyakinan dalam melaksanakan projek yang telah diputuskan

3.5 Sistem 5S

Selain daripada mengunakan system E-klinik, jabatan farmasi juga menggunakan system 5S bagi memastikan kelancaran ditempat kerja. 5S dalah permulaan kesihatan, keselesaaan dan kehidupan produktif untuk semua orang di tempat kerja. Hal ini adalah perkara asas peningkatan produktiviti. Bila ia berjaya dilaksanakan 5S akan membawa banyak perubahan. Contohnya semua item yang tidak diperlukan akan dibuang dari tempat kerja, hanya yang diperlukan berada dekat dengan tempat kerja manakala mesin dan kelengkapan menjadi bersinar dan bersih.tujuh sebab 5S menjadi popular ialah: I. II. III. IV. V. VI. VII. Tempat kerja lebih bersih dan tersusun Pejabat dan tempat kerja menjadi senang dan selamat Hasil mudah dilihat oleh semua orang dalaman dan luaran Hasil ketara meningktkan idea dan menambah idea baru Semua orang berdisiplin secara semulajadi Semua orang bangga dengan tempat kerja yang bersih dan tersusun Keputusannya imej jabatan akan meningkat

5S adalah lima perkataan Jepun iaitu: Seiri sisih Seiton susun Seiso sapu Seiketsu seragam Shitsuke sentiasa amal

1

SISIH

Sisih merupakan satu proses menyisih dan membuang barang yang tidak diperlukan di tempat kerja. Barang-barang yang tidak diperlukan perlulah di sisihkan supaya tidak mengganggu proses kerja. Barang-barang yang di sisihkan hendaklah di lupuskan mengikut kriteria-kriteria yang telah ditetapkan. Antara cara amalan sisih dilaksanakan di tempat kerja ialah: i. ii. Item yang tiada nilai dan senang dibuang mestilah dibuang dengan segera Item yang ada nilai dan boleh dijual boleh dijual dengan cara mencari pembeli yang menawarkan harga yang tinggi. iii. Item yang tiada nilai tetapi kos pelupusan yang tinggi mestilah berusaha mencari cara merendahkan kos tersebut dan selamat.

2

SUSUN

Susun adalah satu langkah menyusun dan menyimpan barang dengan kemas, mudah diambil dan disimpan. Antara cara untuk menyusun barng bagi memudahkan kerja ialah:

i.

Item yang selalu digunakan: mestilah diletakkan berhampiran dengan tempat kerja.

ii. iii.

Item yang jarang digunakan : Diletakkan jauh dari tempat kerja. Item tak diguna tapi disimpan : Mestialh disimpan berasingan tapi mudah dicari

Semua item hendaklah di susun dengan kemas, sistematik, di tempat yang betul mengikut amalan penstoran yang baik seperti item yang mempunyai tarikh luput awal di susun di hadapan supaya ianya di gunakan dahulu.

Unit farmasi klinik ini mengamalkan sistem susunan ubat-ubat dengan menggunakan kod warna.Setiap warna melambangkan kumpulan ubat yang tertentu.

Kuning-antibiotik dan antifungal Merah-antihipertensif Putih-antihistamine Biru-vitamin Hijau-antidiabetik Hitam-NSAIDs,analgesic,antipyretic

3.SAPU

Sapu ini bermakna melakukan proses pembersihan di tempat kerja supaya tiada habuk di lantai, mesin dan peralatan. Amalan pembersihan ini mestilah dijadikan rutin setiap hari oleh staf-staf supaya persekitaran kerja sentiasa bersih, ceria dan terhindar dari kontaminasi pada sediaan. Rutin ini sentiasa diamalakan setiap hari di KKB iaitu sebelum bermula waktu bekerja. Permukaan meja dan kabinet akan diswab dengan alkohol bagi memastikan pemukaan tempat kerja sentiasa bersih dan selamat.

4. SERAGAM

Seragam ini bermaksud menyeragamkan atau memelihara kebersihan dan penyusunan sepanjang masa serta mudah mengamalkan amalan sisih, susun dan sapu. Oleh itu, sistem jadual mestilah dilaksanakan bagi memastikan kelancaran dalam mengamalkan sistem 5S.

5.SENTIASA AMAL

Amalan sentiasa amal mestilah diterapkan dalam melakukan kerja harian. Ini bermaksud, kita mestialh berdisiplin dan melatih diri mamatuhi peraturan dan bertabiat baik di tempat kerja. Budaya sentiasa amal boleh dilaksanakan dengan mematuhi panduan dan standard yang telah ditentukan supaya budaya kerja cemerlang itu dapat dibangunkan.

PUTARAN 5S

Sisih

Susun

Sentiasa amal

Seragam

Sapu

EMPAT (4) FAKTOR KEJAYAAN 5S

1. Sokongan dan komitmen berterusan dari pihak pengurusan atasan 2. 5S bermula dengan pendidikan dan latihan 3. Semua orang amalkannya dan tiada yang memerhati sahaja 4. Ulangi putaran 5S untuk mencapai paras yang lebih tinggi

4.0 RUMUSAN

Kesimpulannya Perkhidmatan di Klinik Kesihatan Bandar Kota Bharu merupakan satu unit yang dibentuk berdasarkan misi, visi dan objektif yang jelas. Untuk mencapai misi,visi dan objektif ini kita perlu berganding bahu, menggembleng tenaga dan menanamkan sifat positif dalam diri setiap individu supaya dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pesakit.Untuk melancarkan lagi perkhidmatan ini, kita perlu mematuhi piagam pelanggan.Ia adalah bagi menjamin kerja seharian berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah disamping mematuhi konsep pharmaceutical care. Kerja yang dijalankan dengan penuh rasa tanggungjawab akan meningkatkan intergriti kefarmasian, meningkatkan komplien pesakit terhadap ubat, memastikan pesakit mendapat kesan terapeutik ubat yang diingini serta dapat mengurangkan masa menunggu dan sekaligus dapat mengurangkan kesilapan medikasi dan menghasilkan zero defect terhadap kuantiti ubat yang salah didispen.

Natijahnya, terlalu banyak perkhidmatan yang telah diberikan oleh Klinik Kesihatan Bandar Kota Bharu. Perkhidmatan di unit ini telah memberikan impak positif kepada rakyat di sini. Setiap pesakit berhak mendapat perkhidmatan dan layanan yang terbaik. Di dalam situasi ini, kita haruslah memainkan peranan masing-masing dan saling bekerjasama dalam mencapai satu matlamat yang sama. Bukan hanya petugas farmasi mempunyai peranan, namun pesakit itu sendiri yang mempunyai peranan yang paling utama dalam meningkatkan tahap kesihatan pesakit itu sendiri. Semuanya bergantung kepada komplian pesakit itu sendiri. Bak kata pepatah racun itu madu seandainya kita berubat dengan cara yang betul.

5.0 CADANGAN

Berdasarkan kesemua tajuk tugasan ini beberapa cadangan yang difikirkan rasional telah dipilih.Antaranya:

Tugasan 5S perlu diamalkan setiap masa sewaktu bekerja dan tidak terhad hanya semasa waktu rehat sahaja. Ruang yang kemas akan kelihatan lebih luas disamping melancarkan proses kerja. Susun atur ubat perlu dikemaskan setiap masa dan sampah tidak harus dibiarkan bertaburan.

Pembaziran ubat yang berlaku semasa prose pengisian boleh diatasi dengan penggunaan counting tray semasa mengira ubat dalam kuantiti yang banyak. Selain mempercepatkan proses pengiraan ubat, ia juga memudahkan proses memasukkan ubat ke dalam sampulnya kerana hujung counting tray dibentuk sedemikian rupa (hujungnya mempunyai ruang kecil) supaya ubat mudah di masukkan ke dalam sampul ubat.

Ketiadaan stok ubat di tempat pengisian ubat

menyebabkan masa

menuggu pesakit bertambah. Masalah ini dapat diatasi dengan petugas farmasi yang bertanggungjawab mengisi serta memenuhkan stok ubatubatan yang terdapat di maksima. kaunter pengisian sehingga mencapai takat

Perkhidmatan pra-bungkus turut memainkan peranan penting dengan sentiasa menyediakan ubat yang telah dibungkus dalam kuantiti yang kerap digunakan di kaunter pengisian bagi mengelakkan kehabisan stok di kaunter pengisian terutama ubat-ubat yang cepat bergerak seperti Metformin 500mg.

Terdapat keadaan dimana peti sejuk farmaseutikal yang menyimpan ubat rangkaian sejuk di buka terlalu lama sehingga meningkatkan suhu peti sejuk farmaseutikal tersebut. Petugas perlu sentisa diingatkan keperluan menutup peti sejuk farmaseutikal dengan kadar segera kerana pendedahan terhadap haba akan menyebabkan ubat seperti insulin rosak. Arahan perlu ditampal di hadapan peti sejuk farmaseutikal untuk mengarahkan petugas agar menutup peti sejuk farmaseutikal dengan kadar segera selepas mengambil ubat di dalamnya.

Mewajibkan petugas farmasi menghadiri kursus bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan tentang ubat-ubatan. Kursus ini bertujuan mempertingkatkan pengetahuan dan percambahan idea baru semasa bertugas, mengemaskini pengetahuan ubat-ubatan yang terbaru, mendapat informasi lebih terperinci tentang kesihatan dan juga meningkatkan komunikasi petugas semasa mendispen. Di akhir kursus ini perlu diadakan peperiksaan khas bagi menilai kefahaman serta tahap kecekapan petugas farmasi tersebut terhadap topik yang diutarakan.

6.0 RUJUKAN

1)

Kamus dewan Edisi Baru, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997.

2)

Kamus Jururawat, Oxford Fajar Sdn Bhd edisi kedua

3)

Good storage Practice ,Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan Malaysia.

4)

Fail meja Pegawai Farmasi U41

7.0 BIBLIOGRAFI

1)

www.gov.my/moh

2)

http://202.144.202.76/pharmacy_portal/index.cfm?&menuid=8

3)

fail meja Pegawai Farmasi U41

4)

www.Pharmaceutical malayia.gov.com.

5)

www.WHO..good storage practice.com.

LAMPIRAN

PENGESAHAN PENYELIA / PERSEPTOR

Saya akui bahawa saya telah membaca tugasan ini dan pada pandangan saya tugasan ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti sebagai sebahagian dari penilaian Formatif dilapangan Praktis bagi Pelajar Diploma Penolong Pegawai Farmasi

Tandatangan

: ..................

Nama Penyelia

: ..

Tarikh

: ..