tajuk ke - 2 - · pdf fileislam dan memperbaharui perjanjian dengan kuasa-kuasa ... ilmu sains...

15
IDA 152 ISLAM DAN PERADABAN 05/07/2013 Maruwiah Ahmat 1 IDA 152 – ISLAM DAN PERADABAN Maruwiah Ahmat Menerangkan perkembangan tamadun Islam zaman: Nabi Muhammad SAW Khulafa’ al-Rashidin Bani Umayyah (Damsyik) 2. Perkembangan Peradaban Islam 2.1 Peradaban Islam di Zaman Awal Islam 2.2 Zaman Bani Umayyah dan Abbasiyah 2.3 Zaman Mamluk dan Uthmaniyah 2 Hasil Pembelajaran Kandungan PENDAHULUAN

Upload: vuongthu

Post on 12-Feb-2018

236 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

IDA 152 ISLAM DAN PERADABAN 05/07/2013

Maruwiah Ahmat 1

IDA 152 – ISLAM DAN PERADABAN Maruwiah Ahmat

Menerangkan perkembangan tamadun Islam zaman:

Nabi Muhammad SAW

Khulafa’ al-Rashidin

Bani Umayyah (Damsyik)

2. Perkembangan Peradaban Islam

2.1 Peradaban Islam di Zaman Awal Islam

2.2 Zaman Bani Umayyah dan Abbasiyah

2.3 Zaman Mamluk dan Uthmaniyah

2

Hasil Pembelajaran Kandungan

PENDAHULUAN

IDA 152 ISLAM DAN PERADABAN 05/07/2013

Maruwiah Ahmat 2

Dipimpin oleh empat orang Khalifah:

ZAMAN KHULAFA’ AR-RASHIDIN

3

Abu Bakar al-Sidiq (632M – 634M)

Umar bin al-Khattab (634M-644M)

Uthman bin Affan (644M – 656M)

Ali bin Abu Talib (656M – 661M)

4

Pusat pentadbiran di Madinah

Perlantikan khalifah melalui sistem syura’ yang disepakati oleh masyarakat Islam pada masa itu.

Mereka meneruskan dakwah baginda Nabi Muhammad SAW dan meletakkan Al-Quran dan al-Sunnah sebagai sumber utama pemerintahan dan pentadbiran.

ZAMAN KHULAFA’ AR-RASHIDIN

IDA 152 ISLAM DAN PERADABAN 05/07/2013

Maruwiah Ahmat 3

5

ZAMAN KHULAFA’ AR-RASHIDIN

6

Kenapa Saidina Abu Bakar al-Siddiq dipilih?

ZAMAN KHULAFA’ AR-RASHIDIN

As-Sabiqun al-Awwalun

Bersama Nabi

Muhammad ketika Hijrah

Bapa mertua Nabi

Menjadi imam solat

ketika baginda

sakit

IDA 152 ISLAM DAN PERADABAN 05/07/2013

Maruwiah Ahmat 4

7

Khalifah Abu Bakar As-Siddiq

Lahir pada 572 M (dua tahun selepas Nabi

Muhammad SAW)

Berasal dari suku Taim (Bani Taim).

Bergelar al-Siddiq kerana sifatnya membenarkan

semua yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW

tanpa bantahan termasuk orang yang pertama

mengakui peristiwa Israk dan Mikraj.

Wafat pada 634 M ketika berusia 63 tahun.

ZAMAN KHULAFA’ AR-RASHIDIN

8

Sumbangan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq

Menyelamatkan negara Islam - tertumpu kepada menghapuskan gerakan murtad (yang enggan membayar zakat) dan nabi palsu.

11 pasukan tentera ditubuh untuk memerangi golongan tersebut.

Ketua-ketua perang yang dilantik terdiri daripada:

Khalid al-Walid Amru al-As

Akramah bin Hisham Muhajir bin Umaiyah

Syurahbil bin Hasanah

ZAMAN KHULAFA’ AR-RASHIDIN

IDA 152 ISLAM DAN PERADABAN 05/07/2013

Maruwiah Ahmat 5

9

Golongan murtad dan mengaku nabi dipimpin oleh

Musailamah al-Kazzab (Bani Hanifah) di Yamamah

Al-Aswad al-Ansi dari Yaman

Tulaihah al-Asadi (Bani Asadi) dari Yaman

Golongan yang enggan membayar zakat dipimpin

oleh

Malik al-Nuwairah di Butah – menganggap zakat

sebagai ufti yang dibayar oleh orang Islam pada

zaman Nabi Muhammad SAW.

ZAMAN KHULAFA’ AR-RASHIDIN

10

Bertanggungjawab menyebarkan syiar Islam ke

seluruh Semenanjung Tanah Arab – meluaskan

pengaruh Islam ke negara-negara jiran seperti Rom,

Parsi dam Syria.

Menghantar tentera pimpinan Usamah bin Zaid ke

Qudha’ah – tujuan melindungi umat Islam drpd

ancaman Rom dan Parsi yang menindas rakyatnya –

memudahkan mereka menerima Islam.

Khalid bin Al-Walid dan Muthanna bin Harith

ditugaskan menakluk Parsi.

ZAMAN KHULAFA’ AR-RASHIDIN

IDA 152 ISLAM DAN PERADABAN 05/07/2013

Maruwiah Ahmat 6

11

ZAMAN KHULAFA’ AR-RASHIDIN

Ketua tentera ke Syria ialah Ubaidah al-Jarrah

dan kemudian Amr al-As ditugaskan menawan

Palestin, Syria pada masa itu ditadbir oleh

Hercules yang menghasut orang Badwi

melancarkan pemberontakan terhadap kerajan

Islam.

Yazid bin Abu Sufyan ditugaskan menawan

Damsyik, dan Syurahbil bin Hasanah ditugaskan

menawan Jordan.

12

Bertanggungjawab mengumpulkan Al-Quran.

ZAMAN KHULAFA’ AR-RASHIDIN

• Al-Quran ditulis pada pelepah tamar, kulit-kulit kayu dan kulit binatang

Mengelakkan kerosakan pada ayat Al-Quran

• Dengan kematian para Huffaz Al-Quran yang terlibat dalam peperangan.

Al-Quran terhapus

• Mengarahkan Zaid bin Thabit untuk dikumpulkan dan disimpan sebagai khazanah negara.

Dihimpun

IDA 152 ISLAM DAN PERADABAN 05/07/2013

Maruwiah Ahmat 7

13

ZAMAN KHULAFA’ AR-RASHIDIN

Dilantik oleh Abu Bakar

sendiri

Kewibawaan Umar

Ketegasan Umar

Bakat kepimpinan

Umar

Kenapa Saidina Umar al-Khattab dipilih selepas

Abu Bakar?

14

Khalifah Umar bin Al-Khattab

Dilahirkan pada 584 M (13 tahun lebih muda daripada Nabi

Muhammad SAW)

Dari suku Bani Adi – keturunan bangsawan yang disegani di

Makkah.

Seorang yang berani, tegas, berterus-terang dan mempunyai

pemikiran yang tajam.

Pernah menjadi pendamai dan ahli diplomatik pada zaman

jahiliyah.

Menjadi khalifah pada 634 M.

Khalifah al-Rashidin paling lama berkuasa (10 tahun)

ZAMAN KHULAFA’ AR-RASHIDIN

IDA 152 ISLAM DAN PERADABAN 05/07/2013

Maruwiah Ahmat 8

ZAMAN KHULAFA’ AR-RASHIDIN

Sumbangan Khalifah Umar al-Khattab

1. Pembaharuan politik

- menempatkan pasukan tentera di kawasan jajahan taklukan

Islam dan memperbaharui perjanjian dengan kuasa-kuasa

luar

- membahagikan pentadbiran negara kepada 8 daerah:

Mesir, Madinah, Syria (Syam), Jazirah (Mesopotamia),

Basrah, Kuffah, Makkah dan Palestin.

- Di setiap daerah dilantik gabenor yang dikenali sebagai

Wali. Gabenor yang dibantu setiausaha, ketua tentera,

pemungut cukai, hakim, pegawai perbendaharaan.

16

Menubuhkan jabatan (dewan) – Jabatan Tentera,

Jabatan Ganjaran dan Agihan, Jabatan Pos,

Jabatan Cukai, Jabatan Perbendaharaan Negara.

– diketuai oleh Katib (Setiausaha).

Jabatan Kehakiman diletakkan di bawah kadi,

kadi dilantik di setiap wilayah untuk

melaksanakan undang-undang Islam. Kadi-kadi

dilantik secara syura oleh ulama Muhajirin.

Melakukan perluasan wilayah ke Parsi, Syria,

Palestin dan Babylon.

ZAMAN KHULAFA’ AR-RASHIDIN

IDA 152 ISLAM DAN PERADABAN 05/07/2013

Maruwiah Ahmat 9

17

2. Ekonomi

Menambil semula tanah rampasan perang dari tentera dan menjadikan hak milik negara.

Tentera dibayar gaji dengan 4/5 daripada rampasan perang, 1/5 menjadi hak negara.

Mengembalikan harta rampasan perang kepada tuannya apabila mereka memeluk Islam.

Memperkenalkan cukai jizyah (cukai kepala), kharaj (cukai tanah), dan usyur (cukai perdagangan).

Menggalakkan rakyat membuka tanah baharu untuk pertanian.

Membina dua buah empangan besar: Empangan Abu Musa di Basrah dan Terusan Amirul Mukminin di Mesir dan Empangan Abu Musa.

Memperkenalkan sistem mata wang.

ZAMAN KHULAFA’ AR-RASHIDIN

18

3. Sosial

Mendirikan rumah persinggahan untuk musafir.

Membayar elaun kepada kaum keluarga Nabi Muhammad SAW dan balu tentera Perang Badar serta tentera yang bersara.

Membentuk pasukan keselamatan kampung.

Menyambung usaha Abu Bakar mengumpul Al-Quran.

Menentukan takwim Hijrah.

Mengambangkan pengajian Al-Quran dan menghantar guru ke kawasan taklukan.

Menubuhkan kemudahan infranstruktur.

ZAMAN KHULAFA’ AR-RASHIDIN

IDA 152 ISLAM DAN PERADABAN 05/07/2013

Maruwiah Ahmat 10

19

Pendidikan:

Menubuhkan institusi pendidikan di kota-

kota spt. Basrah, Kufah, Fustat.

Menubuhkan kuttab (pra-sekolah)

Bentuk pendidikan – membaca, menulis,

menghafaz, berenang, menunggang kuda

ZAMAN KHULAFA’ AR-RASHIDIN

20

Kenapa Saidina Uthman al-Affan dilantik menjadi

khalifah selepas Umar?

ZAMAN KHULAFA’ AR-RASHIDIN

Hasil syura masyarakat

Islam

Sifat lemah lembut dan penyantun Uthman

Zun Nuraian

Pengorbanan Uthman

terhadap Islam

IDA 152 ISLAM DAN PERADABAN 05/07/2013

Maruwiah Ahmat 11

21

Khalifah Uthman bin Affan

Memeluk Islam melalui Abu Bakar al-Siddiq.

Nama beliau sebenarnya ialah Uthman b. ‘Affan b. Abul-As yang

mana beliau dilahirkan pada 574 M ketika baginda Nabi

Muhammad SAW berumur 5 tahun.

Uthman merupakan seorang bangsawan dari golongan Quraish

dari Bani Ummayah.

Beliau terkenal sebagai seorang yang lemah lembut, pemurah dan

baik hati.

Beliau merupakan salah seorang dari saudagar yang terkaya di

Tanah Arab, sehingga beliau digelarkan dengan gelaran “al-

Ghani“.

ZAMAN KHULAFA’ AR-RASHIDIN

22

Beliau telah memerintah Kerajaan Islam hampir 11 tahun lamanya (644 hingga 655 M).

Beliau memperoleh gelaran ‘Zun Nurain’ yang ertinya yang memiliki dua cahaya. Sebabnya ialah kerana Nabi Muhammad SAW telah mengahwinkannya dengan dua orang puterinya iaitu; pertama, Rugayyah dan sesudah wafatnya semasa Perang Badar, kemudiannya dengan Kalthum.

Selepas memeluk Islam beliau banyak mendermakan hartanya ke arah kepentingan agama Islam.

Dalam Perang Tabuk, beliau telah mendermakan hartanya iaitu 950 ekor unta, 50 ekor kuda dan 1,000 dinar.

Begitu juga ketika umat Islam berhijrah ke Madinah, umat Islam menghadapi masalah untuk mendapatkan air minuman. Oleh itu Uthman telah membeli telaga Ruma dari seorang Yahudi dengan harga 20,000 dirham untuk digunakan oleh umat Islam dengan percuma.

ZAMAN KHULAFA’ AR-RASHIDIN

IDA 152 ISLAM DAN PERADABAN 05/07/2013

Maruwiah Ahmat 12

ZAMAN KHULAFA’ AR-RASHIDIN

Sumbangan Khalifah Uthman bin Affan

Tidak banyak perubahan melainkan meneruskan

usaha khalifah sebelumnya.

Perluasan wilayah di mana seluruh wilayah Parsi,

Tabristan, Azerbaijan, Armania berjaya ditakluki.

Menubuhkan armada laut Islam pertama untuk

menawan Rom Timur

Abdullah b. Qays Harith – panglima tentera laut

Islam pertama dan pernah melancarkan 50

serangan ke atas tentera Rom.

24

Sumbangan besar Uthman – penulisan Al-Quran yang sistematik (dikenali sebagai Mashaf Uthmani)

Ketika orang Sham dan Iraq bersatu dalam sebuah peperangan untuk menakluki Armenia dan Azerbayjan, Huzaifah bin Al-Yaman bertemu dengan Uthman kerana beliau takut tentang perbezaan cara pembacaan Al-Quran antara orang Sham dengan orang Iraq. Huzaifah berkata kepada Uthman: “Wahai ketua penganut-penganut Islam! Selamatkanlah negara ini sebelum mereka berbeza terhadap Kitab (Al-Quran)…...“

Oleh itu, Uthman menghantar satu perutusan kepada Hafsah yang mengatakan: "Kirimkanlah suhuf kepada kami supaya kami dapat menyusun Al-Quran dalam salinan-salinan yang sempurna dan memulangkan manuskrip-manuskrip kepada kamu."

ZAMAN KHULAFA’ AR-RASHIDIN

IDA 152 ISLAM DAN PERADABAN 05/07/2013

Maruwiah Ahmat 13

25

Setelah penerimaan manuskrip-manuskrip tersebut, Uthman memerintah Zaid bin Thabit, Abdullah bin Az-Zubair, Said bin Al-As, dan Abdul Rahman bin Harith bin Hisyam untuk menulis semula manuskrip-manuskrip itu dalam salinan-salinan yang sempurna dalam loghat Quraisy.

Ketika mereka telah menulis banyak salinan, Uthman memulangkan manuskrip-manuskrip yang asal kepada Hafsah. Kemudian, Uthman menghantar satu salinan kepada setiap wilayah Islam, dan memerintah bahawa bahan-bahan Al-Quran yang lain, baik ditulis dalam manuskrip cebisan mahupun dalam salinan yang lengkap dibakar.

ZAMAN KHULAFA’ AR-RASHIDIN

26

Kenapa Saidina Ali bin Abi Talib dipilih selepas

Uthman?

ZAMAN KHULAFA’ AR-RASHIDIN

Termasuk dalam sahabat yang dipilih dalam Majlis Syura

Sepupu dan menantu Nabi Muhammad

Seorang yang rapat dengan

baginda/tinggal bersebelahan

dengan baginda

Pakar dalam hukum dan

Hadis.

IDA 152 ISLAM DAN PERADABAN 05/07/2013

Maruwiah Ahmat 14

27

Khalifah Ali Abi Talib

Lahir pada 601 M dan meninggal pada 661 M.

Sepupu dan menantu Nabi Muhammad

SAW selepas mengahwini anak perempuan

baginda iaitu Fatimah.

Beliau merupakan khalifah keempat Khulafa al-

Rasyidin, memerintah dari 656 hingga 661 M.

Kanak-kanak pertama memeluk Islam.

ZAMAN KHULAFA’ AR-RASHIDIN

28

Sumbangan Khalifah Saidina Ali Abi Talib

Kelebihan – pakar selok belok hukum Islam dan banyak menghafal Hadis.

Tidak banyak sumbangan yang dilakukan kerana sibuk mengatasi masalah pemberontakan.

Menyusun semula pasukan polis (al-Syurtah)

Melengkapkan lagi pasukan bersenjata.

Membina markas tentera di Parsi dan Syria.

Meneruskan cukai jizyah kepada Zimmi - dinyatakan dalam surat yang dihantarkannya kepada al-Asytar.

Ilmu sains dan matematik mula diperkenalkan.

ZAMAN KHULAFA’ AR-RASHIDIN

IDA 152 ISLAM DAN PERADABAN 05/07/2013

Maruwiah Ahmat 15

29

ZAMAN KHULAFA’ AR-RASHIDIN

Zaman Nabi Muhammad SAW Zaman Khulafa’ al-Rashidin

30

Aktiviti Pelajar – Kuiz 1

Mana soalan

ni?