cadangan memperbaharui bandar kajang

11
Cadangan Kemajuan Bandar Kajang Nama:Zuraida Binti Abd Rahman No Matrik:A 147449 Pensyarah: PROF. DATO' IR. DR RIZA ATIQ ABDULLAH BIN O.K. RAHMAT

Upload: zaira-zue

Post on 18-Jan-2017

205 views

Category:

Design


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Cadangan memperbaharui bandar kajang

Cadangan Kemajuan Bandar Kajang

Nama:Zuraida Binti Abd RahmanNo Matrik:A 147449

Pensyarah: PROF. DATO' IR. DR RIZA ATIQ ABDULLAH BIN O.K.

RAHMAT

Page 2: Cadangan memperbaharui bandar kajang

Cadangan perubahahan kemajuan Bandar Kajang

• Kajang telah menjelma dari sebuah bandar kecil menjadi bandar besar dengan membina bandar-bandar baru seperti Bandar Baru Bangi dan Bandar Seri Putra serta melebarkan pusat bandarnya sehingga ke Sungai Chua.

• Akan tetapi pusat bandar yang asal tidak banyak berubah dan sebahagian besar penduduknya bekerja di Kuala Lumpur, Putrajaya dan kawasan-kawasan luaran.

• Anda diminta mencadangkan satu perubahan besar untuk pusat bandar Kajang supaya Kajang boleh berdiri sendiri. Gunakan lukisan dan gambar-gambar yang sesuai.

Page 3: Cadangan memperbaharui bandar kajang

Cadangan• Bandar akan berkembang jika penduduknya

maju dari segi ekonomi,sosial dan politik.Jadi untuk meluaskan kemajuan sesebuah Bandar yang sedia ada maka beberapa perkara perlu di tekankan ,antaranya ialah:

1. Sektor perindustrian dan perkhidmatan2. Sektor Ekonomi dan Perniagaan3. Infrastruktur Jalan dan Perumahan4. Membina Taman Rekreasi dan Taman Tema

Page 4: Cadangan memperbaharui bandar kajang

Sektor perindustrian dan perkhidmatan

• Jika Industri dan pejabat-pejabat pentadbiran diwujudkan di kajang,maka ini aakan mengurangkan jumlah pengangguran.

• Sektor pekerjaan yang diwujudkan dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat dan ada peluang untuk maju

• Penduduk kajang tidak pergi ke Bandar Kuala Lumpur untuk mencari kerja dan ini akan dapat menyeimbangkan kepadatan pekerjaan di bandar2 dan dapat merancakkan sektor lain untuk berkembang jika masyarakat seimbang dari segi jumlah bilangannya.

• Masalah kesesakan juga akan berkurangan di kawasan kajang,kerana pekerja tidak perlu berbaris panjang kerana sektor pekerjaan sudah di letakkan di pusat Bandar Kajang.

Page 5: Cadangan memperbaharui bandar kajang

• Apabila pusat perkhidmatan ditubuhkan,tumpuan masyarakat menuju Bandar itu menjadi semakin tinggi.

• Apabila jumlah permintaan perkhidmatan tinggi,peluang pembangunan juga semakin cerah

• Maka terjadilah penawaran perkhidmatan dan permintaan pengguna,hal ini juga dapat meningkatkan taraf ekonomi sesebuah Bandar .

Page 6: Cadangan memperbaharui bandar kajang

Sektor Ekonomi dan Perniagaan

• Membuka lebih banyak sektor perbankan seperti bank-bank tempatan di pusat Bandar Kajang.Pada permulaaan pembukaan,elok dibuka pelbagai cawangan bank-bank tempatan.

• Menawarkan kepada ahli perniagaan untuk membuka ibu pejabat perniagaan di pusat Bandar kajang.

• Membina satu pusat perkhidmatan seperti UTC,yang menjadikan tumpuan masyarakat untuk berurusan,menunjukkan kemajuan sesebuah Bandar.

• Seimbangkan pembangunan perniagaan dan pembangunan kediaman

Page 7: Cadangan memperbaharui bandar kajang

Market Summary

Keseimbangan penduduk selaras dengan pembinaan bangunan dapat memajukan system ekonomi sesebuah tempat.jika hanya terdapat bangunan mewah tanpa penduduk juga akan melemahkan system penawaran dan permintaan.Harga juga mesti berpatutan dan mampu dimiliki oleh masyarakat.

Page 8: Cadangan memperbaharui bandar kajang

Infrastruktur Jalan dan kemudahan awam • Kajang adalah sebuah pusat Bandar,jadi tumpuan masyarakat

yang bekerjaya dalam penggunaan jalan raya juga sangat tinggi,Oleh itu infrastrukrur jalan di kajang perlu diperbaharui sentiasa.

• Membuat infrastruktur jalan sepertimana negara Jepun.yang kurang kesesakan lalulintas.Contohnya jalan dibina bengkang-bengkok dan mempunyai beberapa tingkat bagi menangani masalah kesesakkan lalu lintas

Page 9: Cadangan memperbaharui bandar kajang

• Oleh kerana kajang juga telah berkembang infrastruktur jalan keretapi dan monorelMaka kemudahan asas di tempat menunggu juga perlu ditingkatkan seperti kemudahan surau,kedai makan,tandas,kaunter perkhidmatan dan sebagainya.

Page 10: Cadangan memperbaharui bandar kajang

Membina Taman Rekreasi dan Taman Tema• Pusat Bandar tidak semestinya dipenuhi dengan

bangunan,tetapi harus juga dibina taman rekreasi dan landaskap menarik seperti taman tema.Hal ini dapat menarik ramai pelawat datang ke Bandar kajang dan merasai ketenangan dengan suasana menarik dan kajang juga akan dapat dikenali sebagai Bandar yang maju.Contohnya:

Page 11: Cadangan memperbaharui bandar kajang

Kesimpulan

• Segala perancangan yang cuba dilakukan seharusnya meneliti pelbagai aspek dari sudut pembandarantermasuk

aspek ekonomi dan sosial agar tidak mendatangkan

kesan yang negatif terhadap penduduk setempat.