bukan setakat ramadan - e-masjid.jais.gov.mye-masjid.jais.gov.my/uploads/uploads/07.06.2019 (rumi)...

11
Tarikh dibaca: 07 Jun 2019M l 03 Syawal 1440H Tajuk: “BUKAN SETAKAT RAMADAN” *** Terbitan: Unit Khutbah Bahagian Pengurusan Masjid JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR

Upload: vuongkiet

Post on 29-Aug-2019

252 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

0

Tarikh dibaca: 07 Jun 2019M l 03 Syawal 1440H

Tajuk:

“BUKAN SETAKAT RAMADAN”

***

Terbitan: Unit Khutbah

Bahagian Pengurusan Masjid JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR

Khutbah Jumaat 07 Jun 2019M / 03 Syawal 1440H: “Bukan Setakat Ramadan”.

Jabatan Agama Islam Selangor

1

“BUKAN SETAKAT RAMADAN”

ه‌‌‌حمد لل

لائ ا

ق

:لال

1

نهد أ

ش

أ

هال

إل

ه وحده إال

الل

ن ال

هد أ

ش

ه وأ

سك ل

ش

م هم صل وسل

لل

ه. ا

دا عبده وزسىل ى عمحم

ا ل

ده

س

د و ىمحمصحابه آله عل

جمعين وأ

آ .أ

ا بعد، ف م

أ

اي بخقىي هللا أ م وإ

وصك

ه، أ

الل

قىا سلمىن! اج

ها ال ي

ىعال

ه ح

ال الل

قىن. ق خ

اش ال

د ف

ق

.

Muslimin yang dirahmati Allah sekalian,

Bersempena hari Jumaat yang mulia ini, saya ingin berpesan kepada

diri saya dan Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekelian, marilah sama-

sama kita meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT dengan mengerjakan

segala perintah-Nya serta menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan

Allah SWT memberkati kehidupan kita ini dengan nikmat, taufik dan hidayah

yang berpanjangan serta beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat.

1 Al-Ahqaf : 13.

Khutbah Jumaat 07 Jun 2019M / 03 Syawal 1440H: “Bukan Setakat Ramadan”.

Jabatan Agama Islam Selangor

2

Pada hari ini, khatib ingin mengajak sidang Jumaat sekalian untuk

sama-sama menghayati khutbah yang bertajuk “BUKAN SETAKAT

RAMADAN.”

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

Ramadan yang telah berlalu pastinya meninggalkan seribu satu

kenangan terindah dalam diri kita semua. Masih terasa lagi keindahan kita

berpuasa di siang hari dan bertarawikh di malamnya pula. Ditambah lagi

dengan amalan tadarus al-Quran, qiamullail dan lain-lain lagi. Itulah

keistimewaan Ramadan berbanding bulan-bulan lain.

Perasaan sedih meninggalkan Ramadan dan harapan untuk bertemu

lagi Ramadan pada tahun hadapan merupakan fitrah jiwa orang yang

cintakan amal soleh sepertimana dinyatakan oleh Mu’alla bin Al-Fadhl, salah

seorang ulama tabi’ tabiin:

“Dulu para sahabat, selama enam bulan sebelum datang Ramadan,

mereka berdoa agar Allah mempertemukan mereka dengan bulan Ramadan.

Kemudian, selama enam bulan sesudah Ramadan, mereka berdoa agar

Allah menerima amal mereka dibulan Ramadan yang lalu.”

Justeru, Khatib ingin mengajak para Jemaah sekelian untuk kita semua

bermuhasabah tentang kedudukan kita hari ini. Sewajarnya semangat dan

kesungguhan kita dalam mentaati perintah Allah sepanjang Ramadan yang

lalu diteruskan disepanjang hidup kita di dunia ini. Itulah matlamat Ramadan

yang sebenarnya untuk membentuk seorang insan yang bertaqwa.

Muslimin yang dirahmati Allah sekalian,

Apa selepas Ramadan? Bagaimana untuk kita terus istiqamah dan

beramal soleh?

Khutbah Jumaat 07 Jun 2019M / 03 Syawal 1440H: “Bukan Setakat Ramadan”.

Jabatan Agama Islam Selangor

3

1. Sentiasalah memperbaharui niat dengan ikhlas dalam setiap

amalan yang kita lakukan. Mengapakah semangat kita beramal soleh di

dalam bulan Ramadan lebih hebat berbanding dengan keadaan kita di bulan

yang lain? Adakah kita beramal hanya kerana disebabkan bulan Ramadan?

Sekiranya amal soleh yang kita lakukan ikhlas kerana Allah SWT, sepatutnya

segala kebaikan tersebut kita kekalkan dan dilaksanakan sepanjang masa

dalam kehidupan kita. Oleh itu, sucikanlah hati kita dengan sentiasa

mengikhlaskan niat dalam setiap amal dan pekerjaan yang kita lakukan.

2. Perbanyakkanlah berdoa kepada Allah SWT agar kita dikurniakan

kekuatan untuk melakukan amal soleh dan dijauhkan daripada godaan iblis

dan syaitan yang sentiasa menghasut kita untuk melakukan maksiat.

Rasulullah SAW sering berdoa sepertimana yang diriwayatkan dalam sebuah

hadis daripada Shahar bin Haushab Radhiallahu Anhu:

ى دىكبي عل

لت ق ب

ىب ث

قل

ب ال

لا مق

“Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hati ku di atas

agama-Mu.”

(Riwayat al-Tirmizi).

3. Berusahalah mencari teman-teman dan sahabat yang suka

melakukan kebaikan. Teman yang baik amat penting dalam proses

perubahan diri kerana mereka akan sentiasa mengajak kita melakukan

kebaikan bahkan menegur kesalahan dan dosa yang kita lakukan.

4. Hayatilah sirah nabi dan kehidupan para sahabat Rasulullah

SAW. Walaupun ada dalam kalangan sahabat nabi SAW dijamin syurga,

namun anugerah yang dikurniakan Allah SWT itu tidak menjadikan mereka

Khutbah Jumaat 07 Jun 2019M / 03 Syawal 1440H: “Bukan Setakat Ramadan”.

Jabatan Agama Islam Selangor

4

bermalas-malasan atau berehat di rumah bahkan mereka tetap bersungguh-

sungguh beramal dan sentiasa bertaubat kepada Allah SWT.

5. Mulakanlah amal soleh secara berperingkat-peringkat tetapi

berterusan. Bermula dengan jumlah yang sedikit kepada jumlah yang banyak

ataupun bermula dari peringkat yang rendah hingga ke peringkat yang tinggi

secara perlahan-lahan dan berterusan (istimrar). Daripada Aisyah

Radhiallahu Anha, beliau mengatakan bahwa Rasulullah SAW bersabda:

لدومها وإن ق

ه أ

ى الل

عمال إل

حب لا

أ

“Amalan yang paling dicintai oleh Allah SWT ialah amalan yang

berterusan walaupun sedikit.”

(Riwayat Muslim).

Mulakanlah amalan membaca Al-Quran dengan jumlah yang sedikit dan

ringan. Begitu juga amalan puasa sunat, mulakanlah dengan puasa 6 hari

dibulan Syawal terlebih dahulu dan puasa sunat pada hari Isnin dan juga

Khamis. Lakukanlah secara berterusan tanpa jemu sehingga akhirnya kita

dapat melazimi segala ibadah tersebut dengan lebih banyak lagi.

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

Mengakhiri khutbah pada kali ini, khatib menyeru dan mengajak seluruh

umat Islam supaya menghayati beberapa pengajaran berikut untuk dijadikan

sebagai pedoman hidup kita:

1. Umat Islam hendaklah beramal dengan penuh keikhlasan kerana

ia merupakan syarat suatu amal itu diterima oleh Allah SWT.

2. Umat Islam digalakkan untuk melakukan puasa 6 hari di bulan

Syawal kerana ganjarannya cukup besar disisi Allah SWT.

Khutbah Jumaat 07 Jun 2019M / 03 Syawal 1440H: “Bukan Setakat Ramadan”.

Jabatan Agama Islam Selangor

5

3. Umat Islam hendaklah memperkukuhkan hubungan silaturrahim

antara sesama Muslim dengan menghidupkan budaya ziarah menziarahi.

4. Umat Islam hendaklah meneruskan segala amal soleh yang telah

dikerjakan sepanjang bulan Ramadan.

“Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik) untuk

mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat syurga yang

bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang

yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya; yang demikian ialah limpah

kurnia Allah, diberikan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah

sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar.”

(Surah al-Hadid : 21).

Khutbah Jumaat 07 Jun 2019M / 03 Syawal 1440H: “Bukan Setakat Ramadan”.

Jabatan Agama Islam Selangor

6

عني ف

م، وه عظ

قسآن ال

م في ال

ك

بازك هللا لي ول

ل بق

م وج حك

س ال

ل

اث والر ه من آلا م بما ف

ال وإ

ي وم م جالمنهىك

هووج م. و، إه عل

ع ال م هى الس

م ك

م لي ول عظ

فس هللا ال

سخغ

ا وأ

ىلي هر

ىل ق

ق

أ

ه فسوه إهاسخغ

سلماث، ف

سلمين وال

هى ولسآئس ال

م. ح فىز السغ

ال

**********

Khutbah Jumaat 07 Jun 2019M / 03 Syawal 1440H: “Bukan Setakat Ramadan”.

Jabatan Agama Islam Selangor

7

KHUTBAH KEDUA

حمدلىا من ا

سلمين، وزشق

ىا من ال

ري جعل

ه ال

لل

باث هد .الط

ش

نأ

أ

ه إال

إل

ل

ه وحده ال

ك الل س

ش

هم صل لل

ه. ا

دا عبده وزسىل ن محم

هد أ

ش

ه، وأ

ل

م وى بازكوسل

د عل ا محم

ده

ىس آله وعل

بعهم بئحسان وصحبهى ومن ج

ى إل ا م

ن. أ م الد

اي م وإوصك

ه، أ

الل

قىا ا عباد هللا، اج

بعد، ف

قىن. خ اش ال

د ف

ق

بخقىي هللا ف

ال هللاعالى :وق

ح

.

م ا

هم صل وسل

ى لل

د عل ا محم

ها ومىال

ده

د س س

همسسلين وازض الل

شواجه ال

سابخه وأ

صحابه وق

عن أ

جمعين.اجه أ

ـ ز

وذ

مىين ؤ سلماث وال

مسلمين وال

فس لل

هم اغ

لل

ا

مىاثؤ وال

ا لا مىاثمنهم ح

ب ولا س

ع ق ك سم ، إه

Khutbah Jumaat 07 Jun 2019M / 03 Syawal 1440H: “Bukan Setakat Ramadan”.

Jabatan Agama Islam Selangor

8

عىاث ب الد حاجاث ،مجي ال اض

ا ق . و

ا

مهلل

صعأ

سلاو مال

، نيملسال

بخدعت

وال

سة

ف

ك

هلك ال

وأ

ا صسه

ن. واه

عدا الدعدا ك ا

س ا سلين ودم

ش

وال

ىق

ى ال

ن.عل افس

ك

م ال

هملل

ك ا

ك بىب ل إل خىسك وه

لسؤ

ا و إه

مين، لا

سحسنوو

سمآئك ال

ك بؤ

لمى ى،ؤ

عظ

اجك ال

ن ،وصف

أ

ت اه ب خك الس بعين عىاظ

حف

خك ،ج ا

وبحفظ وق

ت، ج مداه الص ال

ت

مل

عظ

ان ،ملكىا ال

ط

سل

سالن ادزس شاه الحاج ڠ الد

سف

ان ش

ط

ىز، سل

ان صال

ط

ص شاه ابن السحىم سل ن عبد العص ح الد

ق، ىف والخت هدا

عىن وال

دم ال

هم أ

لل

الحاج. ا

مىك، لىلى المت والس

ت ح عهد سالوالص

كى ڠىز، حڠ

ن ادزس شاه الد

سف

ان شط

ل اه ابن الس

مير ش

أ

،الحاجمن وصال

ا فى أ سمك

ك ول ت بمى ح وعاف

طل عمسهما مصلحين هم أ

لل

سام. ا

جالل ولال

اال

ذ

Khutbah Jumaat 07 Jun 2019M / 03 Syawal 1440H: “Bukan Setakat Ramadan”.

Jabatan Agama Islam Selangor

9

بت وال ع فين والس

مىظ

لل

سق ال

اصدهما لط

غ مق

د، وبل

هداد. يال

ش والس

Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang Maha Berkuasa, kami

bersyukur kehadrat-Mu yang telah mengurniakan rahmat dan

keberkatan kepada negeri ini yang terus sejahtera dan maju, serta

rakyatnya bersatu padu, dibawah naungan dan pimpinan raja kami

sebagai Ketua Agama Islam di negeri ini.

Justeru kami pohon kehadrat-Mu ya Allah, tetapkanlah iman

dan pegangan kami kepada Ahli Sunnah Wal-Jamaah, peliharalah

kami daripada ajaran yang terkeluar daripada Islam seperti Qadyani

dan ajaran-ajaran yang difatwakan sesat seperti Syiah. Ya Allah,

Ya Rahman, Ya Rahim, satukanlah hati-hati kami, kurniakanlah

kami rezeki yang luas lagi barakah, kayakanlah kami dengan ilmu

yang bermanfaat dan lindungilah kami daripada bala bencana. Ya

Allah, kurniakanlah petunjuk kepada kami untuk mendirikan solat

fardu lima waktu secara berjemaah, menunaikan zakat melalui

Lembaga Zakat Selangor, mewakaf dan menginfakkan harta

melalui Perbadanan Wakaf Selangor dan Tabung Amanah

Pembangunan Islam Selangor.

Khutbah Jumaat 07 Jun 2019M / 03 Syawal 1440H: “Bukan Setakat Ramadan”.

Jabatan Agama Islam Selangor

10

.

.

عباد هللا،

سوه ك

م واش

سل

ل

ر م عظ

هللا ال

سوا

ل

اذ

ى وعمهف

عل

م،صدل ضله

ىه من ف

لس هللا واسؤ

رل

م ول

عطك

صىعىن.م ما ج

عل ه

بر والل

ل

أ

*****