pembangunan pembelajaran berbantukan komputer (pbk) bagi tajuk

81
PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK PENAMBAHAN DAN PENOLAKAN PECAHAN TINGKATAN SATU (MEDIA LAMAN WEB) ROSAINI BINTI AWANG @ MUSA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 03-Feb-2022

22 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK

PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK)

BAGI TAJUK PENAMBAHAN DAN PENOLAKAN PECAHAN

TINGKATAN SATU (MEDIA LAMAN WEB)

ROSAINI BINTI AWANG @ MUSA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK
Page 3: PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK

i

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik).”

Tandatangan :

Nama Penyelia : Cik Zaleha Binti Abdullah

Tarikh : 5 APRIL 2006

Page 4: PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK

ii

“S aya akui kerja ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan :

Nama Penulis : Rosaini Binti Awang @ Musa

Tarikh : 5 APRIL 2006

Page 5: PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK

iii

Khas buat Mama dan Bak tersayang…

Awang @ Musa bin Muda

Rokiah binti Alias

Adik yang dicinta…

Ros Amiza binti Awamg @ Musa

Teristimewa untuk…

Amir Saifuddin bin Mohd. Fauzi

Kalian semua adalah pendorong kejayaan ini…

Terimalah kejayaan ini sebagai hadiah paling bermakna buat kalian semua…

Terima kasih atas segalanya…

Page 6: PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Amat Mengasihani. Segala

puji bagi Allah S.W.T serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi

Muhammad S.A.W kerana dengan taufik dan hidayahNya, maka saya telah diberi

kekuatan dan ketabahan untuk menyiapkan projek ini dengan jayanya.

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan ikhlas kepada penyelia

tesis, Cik Zaleha Binti Abdullah di atas segala bimbingan, tunjuk ajar, perbincangan

dan pandangan yang diberikan oleh beliau sepanjang menjayakan projek ini.

Jutaan terima kasih juga kepada Encik Amir Saifuddin bin Mohd. Fauzi

selaku pembakar semangat juang di samping memberi bimbingan, sokongan dan

dorongan kepada saya dalam menyiapkan projek yang tidak dapat lari daripada

pelbagai dugaan ini.

Tidak lupa juga setinggi penghargaan kepada semua ahli keluarga kerana

memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi.

Penghargaan juga diberikan kepada pensyarah-pensyarah, rakan-rakan, dan

semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Page 7: PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK

v

ABSTRAK

Pada masa kini internet merupakan salah satu alat yang penting untuk

mencari bahan rujukan terkini dengan lebih cepat dan pantas. Projek ini bertujuan

untuk menghasilkan satu halaman web bagi matapelajaran Matematik Tingkatan 1

yang bertajuk Pecahan untuk kegunaan para guru dan pelajar sekolah menengah.

Halaman web ini dibangunkan dengan menggunakan perisian Macromedia Flash dan

Macomedia Dreamweaver. Terdapat dua subtopik yang diperbincangkan di dalam

bab ini iaitu penambahan pecahan dan penolakan pecahan. Untuk rujukan yang lebih

lengkap, beberapa contoh soalan, latihan dan permainan yang berkaitan juga turut

dimuatkan.

Page 8: PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK

vi

ABSTRACT

Nowadays, internet is the most effective tool in getting information and

referrences. This project is to develop a website that enclose from mathematics

syllabus entitled Fractions. This website is very useful as referrence for secondary

teachers and students. The project is develop by using userfriendly software, which

are the Macromedia Flash and Macromedia Dreamweaver. Two subtopics such as

adding fractions and substracting fractions are also discussed. For advance

referrence, this website also provides various kind of examples, exercises, and

games.

Page 9: PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGAKUAN PENYELIA

MUKA DALAM

PENGAKUAN PELAJAR

DEDIKASI

PENGHARGAAN

ABSTRAK

ABSTRACT

ISI KANDUNGAN

SENARAI RAJAH

i

ii

iii

iv

v

vi

vii

viii

xii

Page 10: PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK

viii

1

2

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

1.2 Latar Belakang Masalah

1.3 Pernyataan Masalah

1.4 Objektif Projek

1.5 Objektif Rekabentuk Perisian

1.6 Objektif Kajian

1.7 Persoalan Kajian

1.8 Kepentingan Kajian

1.9 Skop Kajian

1.10 Takrifan Operasi

1.11 Rumusan BAB 1

SOROTAN KAJIAN

2.1 Pendahuluan

2.2 Masalah Pengajaran dan Pembelajaran

Matematik

2.3 Pengajaran dan Pembelajaran Matematik

Berbantukan Komputer

2.4 Reka bentuk dan Teori-Teori Pengajaran

Pembelajaran

2.4.1 Teori Behaviorisme

2.4.2 Teori Kognitivisme

2.4.3 Teori Konstruktivisme

2.5 Proses Pembangunan PBK

2.6 Model Pengajaran Dan Pembelajaran

2.6.1 Model Hannafin dan Peck

2.6.1.1 Fasa Analisa Keperluan

2.6.1.2 Fasa Rekabentuk

1

2

4

6

6

7

7

8

8

9

11

12

13

13

15

15

16

17

19

21

22

23

23

Page 11: PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK

ix

3

4

2.6.1.3 Fasa Pembangunan dan

Pelaksanaan

2.7 Rumusan BAB 2

REKABENTUK PERISIAN

3.1 Pendahuluan

3.2 Model Rekabentuk Perisian yang Digunakan

3.2.1 Fasa Analisa Keperluan

3.2.1.1 Penentuan Matlamat

Pembangunan Perisian

3.2.1.2 Penentuan Kandungan

Pelajaran

3.2.1.3 Mengenalpasti Kumpulan

Sasaran

3.2.2 Fasa Rekabentuk dan carta alir

3.2.3 Fasa Pembangunan dan Perlaksanaan

3.2.3.1 Perisian yang Digunakan

3.2.3.2 Spesifikasi Perkakasan yang

Digunakan Pembangun

3.2.3.3 Spesifikasi Perkakasan yang

Digunakan Untuk Main

Balik

3.2.4 Fasa Penilaian dan Pengulangan

3.3 Prosedur Kajian

3.4 Rumusan BAB 3

HASIL REKABENTUK PERISIAN

4.1 Pengenalan

4.2 Format Halaman Web Pecahan

23

24

25

26

27

28

29

30

31

32

34

34

35

36

36

39

40

41

Page 12: PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK

x

5

4.3 Halaman Utama

4.3.2 Halaman Kedua

4.3.3 Halaman Ketiga

4.3.4 Halaman Keempat

4.3.5 Halaman Kelima

4.3.6 Halaman Keenam

4.3.7 Halaman Ketujuh

4.3.8 Halaman Kelapan

4.3.9 Halaman Kesembilan

4.3.10 Halaman Kesepuluh

4.3.11 Halaman Bantuan

PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN

CADANGAN

5.1 Pengenalan

5.2 Perbincangan

5.3 Masalah-masalah yang Dihadapi Semasa

Pembangunan Laman Web

5.3.1 Kekurangan masa

5.3.2 Kekurangan kepakaran

5.3.3 Serangan virus

5.4 Kelebihan Halaman Web

5.5 Kelemahan Halaman Web

5.6 Cadangan

5.7 Penutup

RUJUKAN

42

43

44

45

46

48

49

50

51

52

53

55

56

58

58

59

60

61

62

63

65

66

Page 13: PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK

xi

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1

3.1

3.4

3.5

4.2

4.3

4.3.1

4.3.2

4.3.3.1

4.3.3.2

4.3.4

4.3.5

4.3.6

4.3.7

4.3.8

4.3.9

Model Rekabentuk Instruksi Bersistem

Hannafin dan Peck

Model Rekabentuk Instruksi Bersistem

Hannafin dan Peck

Simbol – simbol Standard Untuk

Pembinaan Laman Web

Skala Ritcher Yang Akan Digunakan Di

Dalam Borang Soal Selidik

Halaman Web Pecahan

Halaman Utama

Halaman Kedua

Halaman Ketiga

Nota penambahan Pecahan

Nota Penolakan Pecahan

Halaman Kelima

Halaman Keenam

Halaman Ketujuh

Halaman Kelapan

Halaman Kesembilan

Halaman Kesepuluh

Halaman Bantuan

22

26

31

37

40

41

42

43

44

44

45

47

48

49

50

51

52

Page 14: PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK

1

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Matematik ialah salah satu mata pelajaran teras di peringkat sekolah menengah.

Mata pelajaran ini bertujuan untuk melahirkan individu yang cemerlang dan mampu

mengaplikasikan pengetahuan matematik dalam kehidupan seharian secara berkesan

dan bertanggungjawab semasa menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

Kandungan sukatan pelajaran Matematik Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

(KBSM) ini merangkumi pengetahuan dan kemahiran daripada tiga bidang yang saling

berkait iaitu Nombor, Bentuk dan Ruang, dan Perkaitan. (Pusat Perkembangan

Kurikulum, 2000).

Untuk melahirkan pelajar seperti yang dinyatakan oleh Pusat Perkembangan

Kurikulum merupakan suatu tugas yang sukar. Menurut Platoisme, matematik

merupakan penemuan hukum, rumus, takrif, konsep yang telah sedia ada dan hanya

menanti waktu ditemui oleh manusia. Aliran ini turut menyatakan matematik sebagai

Page 15: PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK

2

ilmu mengenai benda-benda abstrak

“Mathematicians do not study object, but relation, among objects, they are

indifferent to the replacement of objects by others, as long as relation do not change.

Matter is not important, only form interest them”

(Poincare, dalam Abdul Latif Samian, 1992)

Oleh kerana itu, satu pendekatan pengajaran dan bahan bantu mengajar yang

sesuai haruslah digunakan untuk memberi kefahaman yang menyeluruh kepada pelajar

dalam mempelajari matematik. Salah satu topik matematik yang dianggap abstrak oleh

pelajar adalah pemahaman mengenai konsep pecahan.

1.2 Latar Belakang Masalah

Masalah kesukaran pelajar memahami matematik masih menjadi agenda utama

pendidikan yang belum berkesudahan sehingga ke hari ini. Menurut laporan prestasi

PMR 2001 (KPM, 2001) menunjukkan pencapaian pelajar untuk kertas 1 yang

melibatkan pecahan kurang memuaskan. Prestasi pelajar yang boleh menjawab dengan

tepat soalan berbentuk pecahan adalah antara 31.5 peratus sehingga 41.1 peratus sahaja.

Manakala bagi kertas 2 hanya 44.4 peratus sahaja pelajar yang boleh menjawab soalan

berbentuk pecahan dengan tepat.

Ciri matematik yang kebanyakannya mengenai konsep yang saling berkait

secara berhirarki, di mana pemahaman sesuatu adalah bersandar kepada pemahaman

Page 16: PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK

3

konsep-konsep sokongan yang lain adalah antara punca pelajar menghadapi masalah

kesukaran memahami matematik (Maznah, 2000). Selain itu, di dalam setiap konsep

terkandung prinsip, hukum, pola, hubungan dan sebagainya. Untuk menyelesaikan

masalah matematik, pelajar perlu menguasai kemahiran tertentu berhubung dengan

konsep atau kombinasi beberapa konsep.

Menurut Maznah (2000) lagi, pelajar yang lemah biasanya sukar memahami

konsep dan kurang menguasai kemahiran matematik, menyebabkan mereka tidak boleh

menyelesaikan masalah matematik dengan baik. Mereka ini sering melakukan kesilapan

kerana kurang memahami konsep walaupun pada peringkat asas, selain daripada

kesilapan menentukan rumus yang sesuai dan kesilapan dalam pengiraan.

Kelemahan dalam memahami konsep pecahan dan lemah dalam menangani

operasi asas menyebabkan pelajar-pelajar tidak dapat menambah pecahan dengan tepat.

Selain itu, kekurangan latihan dan keupayaan untuk mengingati algorithma penambahan

pecahan menyebabkan pelajar tidak dapat menguasai operasi di dalam pecahan.

Atas kesedaran ini, penulis memilih pendekatan kognitivisme sebagai satu

pendekatan dalam PBK yang dihasilkan ini. Penulis berpendapat bahawa teori

pembelajaran kognitivisme sesuai dipraktikkan di dalam penghasilan PBK ini kerana

teori ini memberi penekanan kepada proses pemikiran di sebalik tingkah laku pelajar.

Teori ini juga kurang memberi penekanan kepada tingkah laku pelajar tetapi

lebih menekankan aktiviti mental pelajar. Mengikut pandangan teori kognitivisme,

pelajar telah mempunyai idea tersendiri mengenai kejadian suatu fenomena sebelum

memasuki bilik darjah. Perubahan tingkah laku pelajar dapat digunakan sebagai

petunjuk kepada proses yang berlaku dalam fikiran pelajar. Melalui PBK yang

Page 17: PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK

4

dihasilkan ini, pembelajaran kendiri akan dapat dibentuk di mana pelajar akan belajar

dengan sendirinya yang melibatkan interaksi antara pelajar dengan komputer.

1.3 Pernyataan Masalah

Pecahan adalah salah satu tajuk yang diajar kepada pelajar sekolah menengah

rendah dan konsep pecahan dalam operasi penambahan, penolakan, pendaraban, dan

pembahagian akan terus digunakan pada tajuk-tajuk matematik yang seterusnya di

peringkat menengah rendah serta peringkat menengah atas. Para pelajar tingkatan satu

akan diperkenalkan dengan tajuk pecahan ini buat pertama kali. Mereka akan diajar

konsep pecahan setara, nombor bercampur, serta pecahan wajar dan pecahan tidak wajar

di samping operasi penambahan dan penolakan pecahan, pendaraban pecahan, dan

gabungan operasi ke atas pecahan.

Terdapat beberapa model yang baik untuk menggambarkan operasi penambahan

dan penolakan pecahan seperti model pecahan berbentuk bulatan atau sebagainya, garis

nombor, model nombor, dan model cip berwarna. Mengikut kajian yang telah

dijalankan oleh Daphne Kerslake, model yang paling diterima oleh majoriti kanak-

kanak dalam menggambarkan pecahan ialah model pecahan yang berbentuk bulatan..

Dalam model ini, bentuk bulatan itu dibahagikan dengan tepat kepada beberapa

bahagian tertentu untuk mewakili bahagian penyebut serta dilorekkan bagi mewakili

bahagian pengangka. Model ini adalah model yang paling sesuai untuk pengajaran tajuk

pecahan berdasarkan SSEM interviews (Strategies and Errors in secondary

Page 18: PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK

5

Mathematics) yang dijalankan oleh beliau untuk menghasilkan Pengajaran dan

Pembelajaran operasi pecahan yang berkesan.

Selain itu, masalah yang dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran pecahan

juga boleh diselesaikan menerusi penggunaan laman web Pembelajaran Berbantukan

Komputer PBK. PBK menawarkan satu pendekatan yang inovatif dan praktik untuk

meningkatkan mutu pengajaran dalam bidang matematik (Norrisam, 1997).

Kaedah PBK dapat mewujudkan suatu persekitaran baru yang positif kepada

para pelajar. Ini kerana pelajar tidak akan berasa segan atau takut kepada

persekitarannya, seperti malu kepada guru dan rakan-rakan mereka, seterusnya dapat

mewujudkan suasana pembelajaran yang berkesan. Pelajar juga boleh belajar melalui

laman web pada bila-bila masa dan di mana jua mereka berada.

Menurut Tengku Zawawi (1999) pula, pelajar yang menggunakan komputer

dalam mempelajari matematik mempunyai sikap yang lebih positif terhadap dirinya

sebagai ahli matematik dan berupaya menyelesaikan masalah yang lebih kompleks.

Menurut beliau laman web yang digunakan dalam proses pengajaran dapat membantu

pelajar memahami konsep dan prinsip matematik dengan lebih mudah dan berkesan.

Namun begitu, untuk membangunkan sesuatu laman web bagi tujuan tersebut

bukanlah suatu perkara yang mudah. Ia memerlukan satu kumpulan pembangun atau

seseorang yang sanggup meluangkan masa yang banyak, memiliki daya kreativiti yang

tinggi dan mempunyai pengetahuan dalam pengaplikasian software seperti

Macromedia Flash MX, Macromedia Dreamweaver, Swish 2.0, Front Page dan

sebagainya. Tanpa ciri-ciri tersebut, seorang pembangun laman web tidak akan dapat

menghasilkan suatu laman web yang bermutu tinggi.

Page 19: PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK

6

Di Malaysia, kaedah PBK masih lagi merupakan satu perkara yang baru.

Penggunaan internet dalam bidang pendidikan di Malaysia masih di peringkat awal dan

terhad. Selain itu kekurangan peralatan yang menepati sukatan pelajaran yang

ditetapkan oleh KPM untuk kegunaan sekolah juga menyebabkan kaedah ini tidak dapat

dijalankan dengan berkesan.

Oleh kerana itu, penulis akan membangunkan satu laman web PBK yang

bertajuk Pecahan untuk pelajar-pelajar tingkatan satu. Laman web ini adalah

berlandaskan sukatan pelajaran Matematik Tingkatan 1 dan menggunakan pendekatan

model yang berbentuk bulatan yang dipecahkan kepada bahagian tertentu serta

diwarnakan. Selain itu, laman web ini menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa

pengantar.

1.4 Objektif Projek

Objektif projek ini adalah untuk membangunkan satu Laman Web Matematik

Tingkatan Satu bagi tajuk Pecahan dengan menggunakan pendekatan model yang

berbentuk bulatan yang dipecahkan kepada bahagian tertentu serta diwarnakan.

Page 20: PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK

7

1.5 Objektif Kajian

Dalam mereka bentuk perisian, penulis telah memilih untuk menggunakan

Rekabentuk Instruksi Bersistem model Hannafin dan Peck. Dengan adanya model ini

penulis mempunyai panduan untuk:

i. Menyusun atur maklumat yang hendak dipersembahkan kepada

pengguna dengan betul mengikut teori tertentu bagi mengelakkan

miskonsepsi.

ii. Membangunkan perisian dengan teratur dan sistematik.

1.6 Objektif Pembelajaran

Melalui laman web ini diharapkan pelajar dapat:

i. membandingkan nilai bagi dua pecahan serta menyusun pecahan tersebut

mengikut turutan.

ii. menyatakan pecahan dalam sebutan terkecil

iii. melaksanakan operasi penambahan serta penolakan pecahan

iv. menyelesaikan masalah yang melibatkan operasi penambahan serta

penolakan pecahan.

Page 21: PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK

8

1.8 Kepentingan Kajian

Melalui laman web PBK ini, diharapkan dapat membuka lembaran baru dalam

cara pengajaran dan pembelajaran matematik pada masa kini. Para pelajar dan guru

akan mendapat satu suasana pembelajaran yang baru dan menyeronokkan. Dengan ini

matematik tidak lagi dianggap sebagai suatu perkara yang abstrak dan membosankan

tetapi menyeronokkan, jika pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai

diambil. Selain itu, menerusi laman web ini penulis berharap dapat membuka mata

orang lain untuk menghasilkan laman web atau pun perisian seperti ini supaya

pengajaran secara berkomputer untuk pelajar dapat diperbanyakkan dan dipelbagaikan.

1.9 Skop Kajian

Laman web yang dibangunkan ini hanya digunakan untuk tujuan pengajaran dan

pembelajaran pelajar-pelajar tingkatan satu di seluruh Malaysia sahaja. Ini kerana topik

penambahan dan penolakan pecahan yang diterangkan dalam perisian ini berdasarkan

sukatan pelajaran matematik tingkatan satu. Selain itu, kajian yang dijalankan ini hanya

melibatkan aktiviti pembangunan sahaja. Kajian selanjutnya tidak dijalankan di

sekolah-sekolah untuk menguji keberkesanannya.

Page 22: PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK

9

1.10 Takrifan Operasi

1) Kognitivisme

Kognitivisme ialah teori yang melibatkan pemikiran pelajar dalam proses

pengajaran dan pembelajaran serta memperkembangkan fikiran pelajar. Dalam teori ini,

pengukuhan adalah penting tetapi peranannya untuk memberi maklum balas seperti

motivasi adalah ditekankan. Teori konitif memandang pembelajaran sebagai

“mendapatkan atau penyusunan semula struktur kognitif di mana manusia memproses

dan menyimpan maklumat”. (Good and Brophy, 1990. pp. 187). Revolusi kognitif

menjadi jelas dalam 1950an (Saettler, 1990). Beberapa tokoh yang terlibat dalam

perkembangan kognitivisme adalah Jean Piaget (1920), Miller dan Brunner (1963).

2) Multimedia

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, perkataan multimedia berasal

daripada perkataan inggeris yang terbit daripada dua perkataan iaitu Multi dan Media.

Multi bermaksud bermacam-macam atau berjenis-jenis atau Media pula merupakan

alat-alat yang digunakan bagi saluran untuk berkomunikasi seperti akhbar, radio,

televisyen dan sebagainya yang berperanan melebarkan maklumat serta berita kepada

orang ramai.

3) Operasi

Operasi ialah proses menjalankan kerja mengikut hukum atau peraturan

matematik. Operasi yang sering disebut di dalam kajian ini ialah operasi penambahan

dan pendaraban nombor pecahan. Penulis meletakkan kemahiran pelajar dalam

Page 23: PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK

10

membuat operasi penambahan pecahan dan penolakan pecahan sebagai objektif di

dalam PBK yang akan dibangunkan.

4) Pecahan

Pembahagian sesuatu benda, kumpulan benda, kuantiti atau rajah kepada

beberapa bahagian yang sama saiz atau nilainya.

5) Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK)

Di dalam kajian ini PBK merupakan singkatan bagi Pembelajaran Berbantukan

Komputer seperti yang dinyatakan oleh Baharuddin Aris, et.al, (2001) Pembelajaran

Berbantukan Komputer (PBK) adalah satu pendekatan yang menggunakan komputer

untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. PBK boleh berbentuk penggunaan komputer

untuk mempelajari sesuatu langkah demi langkah iaitu program terancang atau

menggunakan komputer untuk pengajaran dan pembelajaran secara penemuan yang

memberikan kebebasan kepada pelajar untuk meneroka maklumat melalui komputer.

6) Simulasi

Simulasi ialah suatu strategi yang akan digunakan apabila terdapat keperluan

menyediakan keadaan atau situasi yang seakan-seakan serupa dengan keadaan sebenar

dalam pengajaran. Model serta pendekatan yang realistik digunakan untuk mengajar

sesuatu konsep atau prosedur. Simulasi boleh digunakan untuk pengajaran individu atau

kumpulan kecil. (Aplikasi Teori Pembelajaran Kognitivisme Dalam Reka Bentuk

Perisian, 2001)

Page 24: PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK

11

7) Teori Konstruktivisme

Teori konstruktivisme dipelopori oleh Jerome Brunner paa tahun 1966.

Konstruktivisme adalah satu fahaman iaitu murid membina sendiri pengetahuan atau

konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses

ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia

ada untuk membina pengetahuan baru. Pelajar dikatakan membina pengetahuan

menggunakan struktur kognitifnya. Struktur kognitif memberikan makna dan organisasi

kepada pengalaman pelajar dan membolehkan pelajar lebih mendapatkan maklumat

yang diberikan. Kebanyakan perbincangan teori konstruktivisme adalah berkait dengan

teori genetik epistemologi yang diutarakan oleh Piaget. (Aplikasi Teori Pembelajaran

Kognitivisme Dalam Reka Bentuk Perisian, 2001)

1.11 Rumusan

Dewasa ini, kepentingan penggunaan komputer dalam pendidikan memang tidak

dapat dipertikaikan. Seperti yang telah dinyatakan oleh beberapa tokoh sebelum ini

mengenai keberkesanan penggunaan komputer yang banyak mendatangkan kesan

positif berbanding dengan pengajaran dan pembelajaran secara tradisional. Melalui

projek ini, penulis berharap dapat menghasilkan satu laman web yang dapat membantu

pelajar Tingkatan Satu di Malaysia menguasai konsep operasi pecahan dengan baik.

Melalui laman web ini, penulis berharap pelajar dapat melihat sesuatu konsep abstrak

seperti yang dinyatakan oleh Poincare dalam (Nik Azis Nik Pa, 1992) melalui

pembelajaran secara analogi, permainan dan simulasi melalui komputer. Perkara ini

secara tidak langsung dapat menarik minat murid untuk belajar.

Page 25: PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK

12

BAB II

SOROTAN KAJIAN

2.1 Pendahuluan

Dalam bab ini, penulis akan membincangkan masalah pembelajaran

matematik bagi tajuk pecahan, penggunaan PBK dalam pengajaran dan pembelajaran

matematik.

Untuk menghasilkan PBK yang berkualiti, penulis juga perlu mengetahui

beberapa teori pengajaran dan pembelajaran serta strategi pengajaran yang sesuai

dalam mereka bentuk perisian. Perkara ini penting kerana cantiknya persembahan

atau betapa canggihnya teknologi bahan pembelajaran yang dihasilkan tidak

mempunyai nilai yang tinggi sekiranya pereka bentuk perisian tidak berasaskan

prinsip pedagogi dan prinsip reka bentuk pengajaran (Baharuddin Aris, et.al, 2001).

Page 26: PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK

13

2.2 Masalah Pembelajaran Matematik Dalam Tajuk Pecahan.

Menurut Carpenter dalam (Nik Azis Nik Pa, 1992), pelajar menganggap peranan

mereka di dalam kelas matematik sebagai pasif kerana banyak masa dihabiskan untuk

mendengar syarahan guru, melihat guru menyelesaikan masalah di papan hitam dan

menyelesaikan masalah yang terdapat dalam buku teks secara bersendirian. Situasi

seperti ini telah menyebabkan ramai pelajar di tingkatan satu gagal untuk menguasai

topik pecahan yang terdapat di dalam mata pelajaran matematik tingkatan satu dalam

dengan baik.

Situasi pengajaran dan pembelajaran seperti itu membayangkan bahawa

matematik adalah suatu matapelajaran yang kaku. Tugas guru ialah memberi syarahan

dan tugas murid-murid pula ialah mendengar syarahan guru dan berusaha membuat

replika tentang apa yang mereka dengar dan lihat. Pengajaran topik ini pastinya

bertambah sukar apabila Kementerian Pendidikan Malaysia mengarahkan pengajaran

matematik sepenuhnya diajar dalam Bahasa Inggeris bermula dengan pelajar tingkatan

satu pada tahun 2003.

2.3 Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Berbantukan Komputer.

Pakar psikologi, Thomas menjelaskan bahawa proses pemikiran berlaku dalam

tiga peringkat iaitu tahap enaktif, ikonik, dan simbolik. Tahap enaktif merupakan

peringkat manipulasi iaitu peringkat yang banyak dikuasai oleh kanak-kanak. Tahap

ikonik pula ialah tahap grafik atau tahap gambaran, yang mana pemikiran banyak

Page 27: PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK

14

dikuasai dengan visualisasi. Tahap simbolik iaitu tahap abstrak yang mana simbol

digunakan bagi mempersembahkan sesuatu tindakan dan imej.

Teknik yang biasa digunakan dalam pengajaran matematik ialah tahap simbolik.

Walau bagaimanapun, komputer merupakan cara pembelajaran dengan memudahkan

perpindahan pemikiran para pelajar pada tahap simbolik (Zeti Marjan, 2000). Suasana

yang meransang pembinaan konsep dapat dicapai sekiranya perisian komputer yang

sesuai dapat disediakan dan pelajar dapat memanipulasikan idea dengan baik (Bitter

et.al, 1993).

Grafik komputer merupakan salah satu bidang yang menarik untuk digunakan

dalam pengajaran matematik. Ianya boleh menunjukkan gambarajah-gambarajah yang

sukar untuk diterangkan kepada pelajar sewaktu di dalam kelas apabila menggunakan

kapur atau papan putih. Selain itu, PBK boleh membantu pengajaran guru dengan

menghasilkan ilustrasi yang menarik dan bersesuaian.

PBK dijangka mampu untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran

kerana ia mampu menarik minat dan menyeronokkan pelajar kerana menerusi gabungan

grafik, animasi, bunyi dan video yang memberangsangkan, ia dapat mengelakkan

pelajar dari berasa jemu. Menerusi PBK juga pelajar dapat melakukan pengajaran

secara individu di mana pelajar berpeluang untuk mengawal kecepatan dan kelambatan

proses pembelajaran mengikut kebolehan masing-masing.

Selain itu pengajaran berulang kali juga dapat dilakukan. Pelajar berpeluang

belajar pada bila-bila masa dan boleh mengulang pelajaran seberapa banyak yang perlu.

Akhir sekali, PBK menggalakkan penggunaan deria yang lebih dari satu kerana

mempunyai unsur grafik, animasi, dan audio yang memerlukan penggunaan deria

Page 28: PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK

15

pendengaran dan penglihatan. Mengikut kajian, penggunaan deria yang lebih dari satu

boleh memastikan bahawa pelajaran itu diingati dan tidak menjemukan (Baharuddin

Aris, et.al, 2001).

Menurut Rio Sumarni (1997), walaupun terdapat beberapa kaedah pengajaran

lain yang mampu mencetuskan proses pembelajaran dalam pelajar, namun simulasi

komputer merupakan kaedah yang paling sesuai. Kaedah membina ini merupakan cara

yang berkesan bagi mendapatkan pengetahuan konseptual dan operational. Kaedah ini

bersesuaian digunakan untuk mengajar subjek matematik yang banyak menggunakan

pengetahuan yang abstrak dan konseptual.

2.4 Rekabentuk Dan Teori Pengajaran Dan Pembelajaran.

Sebagaimana yang diketahui umum terdapat tiga teori pengajaran dan

pembelajaran yang popular iaitu teori Behaviourisme, Kognitivisme dan

Konstruktivisme. Setelah meneliti ketiga-tiga teori ini, penulis bercadang untuk

menggunakan teori Kognitivisme bagi memastikan proses pembelajaran yang

berlaku dapat memberi kesan yang diharapkan kepada pelajar di samping dapat

merangsang minat pelajar untuk belajar.

Page 29: PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK

16

2.4.1 Teori Behaviorisme

Teori behaviorisme ini memberi penekanan terhadap perubahan tingkah laku

yang dapat dilihat dengan jelas bentuknya akibat sesuatu ransangan (Skinner, 1985).

Perubahan tingkah laku yang dimaksudkan di sini ialah perubahan daripada yang tidak

tahu melakukan sesuatu perkara kepada tahu melakukannya.

Perubahan tingkah laku ini memerlukan praktik dan ganjaran seterusnya

memotivasikan pelajar untuk mempelajari tajuk pecahan ini. Pemindahan pembelajaran

juga berlaku disebabkan oleh situasi yang dialaminya. Perisian PBK ini juga perlu

menggunakan pengukuhan negatif untuk mengurangkan tingkah laku yang tidak

diingini. Misalnya memberi maklum balas yang membina serta memperbetulkan

kesilapan pelajar.

Tahap dalam taksonomi Bloom bermula dari peringkat yang mudah

(pengetahuan) kepada peringkat yang sukar (penilaian). Oleh itu, dalam rekabentuk

PBK ini, penyusunan persembahan adalah yang asas dahulu dan beransur-ansur kepada

pembelajaran yang sukar.

2.4.2 Teori Kognitivisme

Teori kognitif berasaskan proses pemikiran di sebalik tingkah laku. Perubahan

tingkah laku yang digunakan sebagai petunjuk terhadap proses yang berlaku adalah

fikiran pelajar. Teori ini berpendapat setiap pelajar mempunyai keupayaan mental untuk

Page 30: PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK

17

mengelola, menyusun, menyimpan, dan mengeluarkan semula segala pengalaman untuk

membolehkan ia memerhati pertalian antara pengalaman yang tersimpan dengan

masalah yang dihadapi. Kebolehan ini dikenali sebagai celik akal.

Dalam rekabentuk pembinaan perisian PBK, teori ini boleh diaplikasikan

dengan menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berikut:

1. Melibatkan penglibatan aktif daripada pelajar. Sebagai contoh,

memberikan kawalan kepada pelajar sendiri iaitu pelajar boleh membuat

latihan pada bila-bila masa dan merancang sendiri pembelajaran.

2. Pembelajaran mestilah menggunakan analisisi hierarki untuk

mengenalpasti dan mengilustrasikan hubungan yang sedia ada.

3. Penekanan diberikan terhadap penstrukturan, pengorganisasian, dan

penyusunan maklumat untuk memudahkan pemprosesan optimal.

Contohnya menggunakan kadedah ringkas, sintesis, dan pembentukan

garis kasar.

4. Pembentukan persekitaran pembelajaran yang membenarkan dan

menggalakkan pelajara membuat hubungan dengan apa yang telah

dipelajari dahulu.

2.4.2.1 Kekuatan dan Kelemahan Teori Kognitivisme

Kelemahan teori kogintivisme adalah ia berkemungkinan bukan kaedah yang

terbaik atau sesuai dengan pelajar bagi semua pelajar dan situasi. Manakala kekuatan

Page 31: PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK

18

teori ini pula terletak kepada matlamat untuk melatih pelajar belajar dengan sesuatu

kaedah yang sama. Ini dapat memupuk keseragaman dalam melakukan kerja.

2.4.3 Teori Konstruktivisme

Bertitik tolak daripada pandangan kognitivisme, lahir satu pandangan tentang

cara manusia belajar iaitu secara konstruktivisme. Mengikut konstruktivisme,

pengetahuan dibina secara aktif oleh individu yang berfikir. Individu ini tidak menyerap

secara pasif sebarang pengetahuan yang disampaikan oleh guru. Murid akan

menyesuaikan sebarang maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada mereka untuk

membentuk pengetahuan baru dalam minda mereka dengan bantuan interaksi sosial

bersama rakan dan guru. (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001).

Ada yang mengatakan teori ini adalah satu pendekatan pengajaran berdasarkan

kepada penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakan penyelidik

berpendapat setiap individu membina pengetahuan dan bukannya hanya menerima

pengetahuan daripada orang lain.

“Constructivism is an approach to teach based on research about how

people learn. Many researchers say that each individual constructs knowledge rather

than receiving it from others.”

(McBrien & Brandt dalam Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001 )

Page 32: PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK

19

Menurut tokoh lain, menerusi teori ini murid membina pengetahuan mereka

dengan menguji idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia

ada, mengaplikasikannya kepada situasi baru dan mengintegrasikan pengetahuan baru

yang diperoleh dengan binaan intelektual yang sedia wujud.

“They are constructing their own knowledge by testing ideas and approaches

based on their prior knowledge and experience, applying these to a new situation and

integrating the new knowledge gained with pre-existing intellectual constructs.”

(Briner, M. Dalam Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001)

Secara kesimpulannya, konstruktivisme adalah satu fahaman yang menyatakan

pelajar membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan

dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan

yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.

Menurut Baharuddin Aris, et.al, (2001) lagi, teori ini juga boleh diterapkan ke

dalam perisian PBK dengan memasukkan beberapa unsur seperti:-

i. Pengajaran di dalam PBK mestilah berdasarkan kepada pengalaman

pelajar dan menyediakan persekitaran yang melahirkan suasana belajar.

ii. PBK mestilah berstruktur agar mudah diterima pelajar.

iii. PBK perlu direka bentuk untuk memudahkan ekstrapolasi dan mengisi

ruangan kosong pada pengetahuan pelajar.

Page 33: PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK

20

iv. PBK yang direka bentuk mempunyai perspektif yang pelbagai bagi

membolehkan pelajar belajar daripada pelbagai perspektif.

v. PBK adalah berpusatkan pelajar di mana pelajar boleh keluar dan masuk

daripada persekitaran pembelajaran pada bila-bila masa.

vi. Menggalakkan strategi penemuan dalam PBK. Pelajar harus diberikan

aktiviti yang membolehkan pelajar menemui prinsip pelajaran dan

bukannya memberi prinsip kepada pelajar.

vii. Kawalan strategi pengajaran oleh pelajar, di mana pelajar diberi peluang

untuk memilih strategi pengajaran yang sesuai dengan stail

pembelajarannya atau cara dia menerima maklumat

2.5 Proses Pembangunan PBK

Proses pembinaan sebuah perisian atau aplikasi multimedia bukanlah merupakan

satu proses yang mudah dan boleh dihasilkan dalam satu jangka masa yang pendek. Ia

memerlukan perancangan yang terperinci dan sistematik agar perisian yang dihasilkan

bermutu tinggi dan berkualiti seperti mana yang diharapkan.

Proses membangunkan sebuah perisian multimedia terutamanya yang

berkonsepkan pendidikan merupakan suatu proses yang melibatkan masa yang panjang,

kos yang tinggi dan sentiasa perlu dikaji kesesuaiannya kerana ia melibatkan suatu

proses penyaluran maklumat. Antara faktor yang amat ditekankan ialah apakah panduan

Page 34: PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK

21

yang perlu digunakan bagi memastikan segala proses reka bentuk dan pembangunan

berjalan lancar dan menepati apa yang dikehendaki.

Dalam mereka bentuk dan membangunkan sesebuah perisian multimedia

bercorak pendidikan, panduan-panduan ini amat dipertekankan memandangkan hasil

akhir yang akan diperoleh ialah sesuatu yang bercorak pendidikan yang sepatutnya

dapat membantu meningkatkan pencapaian seorang pelajar dalam sesuatu proses

pembelajaran. Bagi tujuan ini, pelbagai teori dan model reka bentuk pengajaran atau

pembelajaran dicadangkan oleh ahli psikologi selain daripada ahli teknologi bagi

dijadikan landasan atau panduan dalam sesuatu proses pembangunan perisian

multimedia.

Secara umumnya terdapat pelbagai bentuk cara kerja, pendekatan atau langkah

yang boleh diikuti di dalam proses membina sesebuah perisian multimedia. Antara

kaedah yang sering digunakan ialah pengarahan kreatif, model rekabentuk instruksi, dan

pembinaan berdasarkan spesifikasi. Dalam bidang pendidikan, kaedah pembangunan

perisian biasanya adalah berdasarkan kepada model rekabentuk instruksi.

2.6 Model Pengajaran dan Pembelajaran.

Terdapat beberapa model reka bentuk dan pembangunan perisian bersistem yang

boleh dijadikan panduan seperti Model Reka Bentuk Instruksi Bersistem Hannafin dan

Peck, Model Dick dan Carey, Model ADDIE, Model Jerrold Kemp, Model Air Terjun,

Model Rapid Prototyping dan sebagainya. Setelah meneliti kesemua model dan

Page 35: PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK

22

kesesuaian masa yang ada, penulis telah memilih Model Hannafin dan Peck sebagai

panduan semasa proses menghasilkan perisian PBK ini.

2.6.1 Model Hannafin dan Peck

Model ini mengandungi 3 fasa yang utama iaitu Fasa Analisa Keperluan, Fasa

Reka Bentuk, dan Fasa Pembangunan dan Perlaksanaan. Di samping itu, setiap fasa

tersebut akan sentiasa melalui proses penilaian dan penyemakan atau pengulangan yang

dilaksanakan secara berterusan seperti Rajah 2.1

Fasa 1

Analisa Keperluan

Fasa 2

Rekabentuk

Penilaian dan pengulangan

Fasa 2

Pembangunan dan Perlaksanaan

Rajah 2.1: Model Rekabentuk Instruksi Bersistem Hanaffin dan Peck

Page 36: PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK

23

2.6.1.1 Fasa Analisa Keperluan

Di dalam fasa ini, pembangun perlu membuat penilaian terutama sekali terhadap

ciri-ciri kumpulan sasaran. Ini termasuklah menentukan siapa yang akan menggunakan

perisian tersebut, apakah pengetahuan sedia ada pengguna, apakah perubahan tingkah

laku yang diingini, apakah objektif yang hendak dicapai, apakah perkakasan dan

perisian yang diperlukan. Ini semua bagi memastikan proses mereka bentuk seterusnya

mempunyai satu panduan serta hala tuju yang boleh diikuti.

2.6.1.2 Fasa Rekabentuk

Proses mereka bentuk aplikasi bermula dengan menentukan objektif yang akan

dicapai oleh pengguna setelah selesai menggunakan aplikasi. Setelah itu, proses

menentukan aktiviti, latihan dan ujian ke atas pengguna semasa menggunakan perisian

yang akan dibangunkan akan turut ditentukan dalam fasa ini.

Pembangun perisian perlu memastikan kaedah penyampaian sesuatu maklumat

yang disampaikan itu mudah difahami serta bersesuaian dengan pengguna. Dalam fasa

ini juga, pelbagai elemen sama ada dari sudut isi kandungan, reka bentuk skrin, sistem

penerokaan dan sebagainya ditentukan.

2.6.1.3 Fasa Pembangunan dan Perlaksanaan

Fasa pembangunan merujuk kepada proses penghasilan perisian. Dalam fasa ini,

semua elemen utama yang telah direka bentuk dalam fasa sebelumnya diterjemahkan ke

Page 37: PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK

24

dalam bentuk yang lebih praktikal sama ada dengan bantuan sistem bahasa

pengaturcaraan, pengarangan dan sebagainya. Fasa ini merupakan fasa yang

memerlukan ramai tenaga pakar dan berkemahiran tinggi dalam pelbagai bidang seperti

pengaturcaraan, grafik, audio, video dan sebagainya.

Laman web yang telah siap dibangunkan kemudiannya akan melalui proses

perlaksanaan yang merujuk kepada proses menggunakan aplikasi yang telah siap dalam

keadaan sebenar atau dalam keadaan yang menyerupai keadaan sebenar. Ini bertujuan

untuk melihat bagaimana ia beroperasi dan menilai penerimaan pengguna terhadap

perisian tersebut. Dari maklum balas yang diterima, proses pengubahsuaian akan

dilaksanakan bagi memperbaiki serta mempertingkatkan lagi kualiti perisian yang telah

dibangunkan.

2.7 Rumusan.

Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan

salah satu kaedah yang berkesan untuk memaksimunkan kesan proses pengajaran. Di

Malaysia, penggunaan perisian PBK ini masih belum berkembang dengan pesat lagi dan

masih di tahap awal dalam sistem pendidikan masa kini (Teh, Hoi Lung, 1998). Untuk

membangunkan sebuah perisian PBK yang baik, usaha yang gigih adalah antara perkara

yang perlu dipertimbangkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran tetapi

jika sebaliknya, keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran akan terganggu dan

ini akan mengakibatkan pelajar kurang minat untuk meneruskan pembelajaran.

Sebagaimana yang dinyatakan oleh Zaidatun (2000), penggunaan multimedia yang baik

dan menarik merupakan sebahagian daripada keperluan untuk menjadikan pengajaran

dan pembelajaran yang dilaksanakan adalah berkesan.

Page 38: PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK

25

BAB III

REKABENTUK PERISIAN

3.1 Pendahuluan

Dalam bab ini, penulis akan membincangkan model reka bentuk PBK yang akan

digunakan. Pemilihan model reka bentuk PBK ini adalah penting kerana membantu

penulis dalam mereka bentuk dan membangunkan laman web dengan cara yang

sistematik.

Selain itu, penulis akan menyenaraikan perisian yang digunakan untuk

menghasilkan laman web PBK ini. Dalam spesifikasi perkakasan pula, penulis

menyenaraikan perkakasan-perkakasan yang digunakan oleh penulis dalam

pembangunan perisian dan spesifikasi perkakasan untuk tujuan main semula.

Perkara terakhir yang perlu diambil kira dalam mereka bentuk laman web adalah

menghasilkan carta alir. Carta alir merupakan perkara yang penting kepada penulis

Page 39: PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK

26

kerana ia memberi gambaran kasar sesuatu laman web beroperasi, menjadi panduan

kepada pembangun program,serta memberi gambaran bagaimana setiap skrin

dihubungkan dan bagaimana setiap objek berfungsi.

3.2 Model Reka Bentuk Laman Web Yang Digunakan

Dalam membangunkan laman web ini, penulis menggunakan model Hannafin

dan Peck sebagai panduan. Model ini melibatkan 4 fasa utama iaitu, fasa analisa

keperluan, fasa rekabentuk, fasa pembangunan dan perlaksanaan, dan fasa penilaian dan

pengulangan. Langkah-langkah yang telah dijalankan di dalam setiap fasa adalah seperti

berikut.

Fasa 1

Analisa Keperluan

Fasa 2

Rekabentuk

Penilaian dan pengulangan

Fasa 2

Pembangunan dan Perlaksanaan

Rajah 3.1: Model Rekabentuk Instruksi Bersistem Hanaffin dan Peck

Page 40: PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK

27

3.2.1 Fasa Analisa Keperluan

Dalam fasa ini, penulis telah melakukan beberapa analisis seperti analisis

terhadap:

1.1 penentuan matlamat pembangunan laman web

1.2 kandungan pelajaran

1.3 mengenalpasti kumpulan sasaran.

3.2.1.1 Penentuan Matlamat Pembangunan Laman Web

Melalui analisis yang telah dijalankan sebelum ini, penulis mendapati laman

web ini perlu dibangunkan memandangkan ramai pelajar yang masih gagal untuk

menguasai dan memahami topik pecahan dengan baik. Kesukaran yang dialami oleh

pelajar dalam mempelajari topik ini telah dikaji oleh penyelidik-penyelidik yang lain

sebelum ini. Menurut Jamalludin Harun, et.al (2001), matlamat dan objektif dapat

menentukan hala tuju proses pembangunan laman web ini. Matlamat pembangunan

laman web pecahan ini adalah menghasilkan laman web PBK yang dapat membantu

proses pengajaran dan pembelajaran Matematik Tingkatan 1.

3.2.1.2 Penentuan Kandungan Pelajaran

Setelah menganalisis kandungan pelajaran yang dikeluarkan oleh Kementerian

Pendidikan Malaysia (KPM), penulis mendapati topik ini diajar pada pelajar Tingkatan

1, 2, dan 3. Pengetahuan mengenai topik ini pula akan digunakan di dalam tajuk-tajuk

Page 41: PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK

28

yang akan diajar semasa tingkatan 4 dan 5. Oleh kerana itu, penulis telah memilih tajuk

pecahan yang diajar pada tingkatan 1 bagi memastikan pelajar dapat menguasai topik

ini dengan baik. Penulis percaya dengan penguasaan yang baik pada peringkat awal, ia

dapat membantu pelajar menguasai topik ini dengan lebih baik pada proses

pembelajaran matematik yang seterusnya. Subtopik yang terlibat dalam tajuk pecahan

tingkatan 1 ini adalah:

i. Penambahan pecahan

ii. Penolakan pecahan

3.2.1.3 Mengenalpasti Kumpulan Sasaran

Sebelum menghasilkan laman web ini, penulis telah mengenal pasti pengguna

yang akan melayari laman web ini. Pengguna utama yang disasarkan oleh penulis

adalah pelajar tingkatan 1. Namun begitu ia juga boleh digunakan oleh pelajar tingkatan

2 dan 3 sebagai ulang kaji untuk menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah

(PMR). Selain itu, laman web ini juga disasarkan untuk pelajar tingkatan 4 dan pelajar

yang menghadapi masalah untuk menguasai tajuk ini dengan baik. Selain digunakan

oleh pelajar secara kendiri, laman web ini juga boleh digunakan oleh guru untuk tujuan

pengajaran di dalam makmal komputer di sekolah.

3.2.2 Fasa Rekabentuk

Dalam fasa ini, pandangan keseluruhan mengenai rupabentuk, struktur,

pendekatan pengajaran, teori pembelajaran, jenis media dan teknologi yang akan terlibat

Page 42: PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK

29

adalah perkara yang perlu diteliti (Jamalludin Harun, et.al, 2001). Oleh kerana itu

beberapa langkah kerja telah dilaksanakan iaitu menentukan cara perlaksanaan yang

berlandaskan pendekatan pengajaran dan teori pembelajaran, dan menentukan struktur

laman web dengan menghasilkan carta alir.

Bagi menentukan cara perlaksanaan, penulis telah memilih pendekatan

pengajaran yang menggunakan model bentuk bulatan dalam mempelajari topik pecahan

ini. Penulis juga telah memilih untuk menggunakan teori pembelajaran kognitivisme

yang digabungkan bersama dengan kaedah pengajaran secara latih tubi. Penulis percaya

kaedah ini dapat membantu pelajar menguasai konsep penambahan pecahan dan

penolakan pecahan dengan baik.

Struktur perjalanan laman web adalah amat penting dan perlu dititikberatkan.

Justeru itu, penulis telah menghasilkan carta alir bagi memudahkan penulis membuat

gambaran mengenai struktur laman web yang akan dibangunkan. Menurut Baharuddin

Aris, et.al, (2001), carta alir merupakan perwakilan grafik tentang bagaimana sesuatu

laman web itu akan berfungsi. Bahasa yang digunakan untuk menjelaskan susunan skrin

dan fungsi dalam laman web adalah dalam bentuk simbol-simbol standard yang boleh

difahami oleh semua pembangun laman web. Rajah 3.2 memaparkan carta alir bagi

laman web yang telah dibina.

Page 43: PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK

30

Games

Help Education Portal Contact Us Bibliography Home Related sites

Introduction Objective Note Exercise IQ Test

IQ Test 2 IQ Test 1 Substraction Addition

Montaj

Page 44: PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK

31

Simbol-simbol standard untuk pembinaan laman web adalah seperti berikut

(Baharuddin Aris, Reka Bentuk Perisian Multimedia):

Simbol Perwakilan

Simbol segiempat tepat ini mewakili proses dalaman seperti

paparan skrin, pengiraan markah dan sebagainya.

Simbol segiempat selari ini digunakan untuk menunjukkan

kemasukan (input) dan pengeluaran (output).

Contoh kemasukan input ialah apabila pelajar diminta

memaskkan nama atau menjawab soalan.

Pengeluaran output pula adalah apabila berlaku penghantaran

cetakan kepada pencetak.

Simbol rombus ini digunakan untuk mewakili pemberian pilihan

atau branching yang mempunyai lebih daripada satu jalan pilihan.

Lazimnya digunakan untuk menunjukkan menu utama yang

interaktif yang memberikan pilihan untuk pengguna memilih bab

1, 2, atau sebagainya. Simbol ini juga boleh menunjukkan laluan

berlainan yang bergantung kepada jawapan daripada pelajar

seperti Betul/Salah atau Ya/Tidak.

Simbol ini digunakan untuk menandakan permulaan laman web

dan tamat laman web.

Simbol bulatan digunakan sebagai penyambung sekiranya carta

alir tidak dapat dilukis dalam satu muka surat. Simbol ini juga

sering digunakan untuk memastikan bahawa carta alir dilukis

dengan kemas dan tidak berserabut.

Page 45: PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK

32

Anak-anak panah ini digunakan untuk menyambungkan setiap

simbol yang dinyatakan di atas.

Rajah 3.4 Simbol-simbol standard untuk pembinaan laman web

3.2.3 Fasa Pembangunan dan Perlaksanaan

Dalam Fasa Pembangunan, beberapa perkara perlu diambil kira selain daripada

mengetahui kaedah pengajaran yang harus digunakan dalam PBK. Ini kerana semua

elemen-elemen utama yang telah direka bentuk dalam fasa sebelumnya akan

diterjemahkan ke dalam bentuk yang lebih praktikal dengan bantuan sistem bahasa

pengaturcaraan atau pengarangan.

Berikut disenaraikan beberapa perisian yang akan digunakan dalam

membangunkan laman web tersebut di samping spesifikasi komputer yang akan

digunakan dalam membangunkan PBK. Penulis juga akan menyenaraikan spesifikasi

komputer untuk tujuan pengaplikasian laman web.

Page 46: PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK

33

3.2.3.1 Perisian Yang Digunakan

Senarai perisian di bawah merupakan perisian yang mungkin akan digunakan oleh

penulis untuk membangunkan laman web nanti.

Perisian Fungsi

ii Swish 2.0

iii Macromedia Flash MX

iv Macromedia Dreamweaver MX

Digunakan untuk membuat animasi.

v Adobe Photoshop 7 Digunakan untuk mengedit gambar dan membuat grafik.

Internet Explorer vii Mozilla Firefox

Digunakan untuk mem’publish’kan dan melayari laman web PBK.

3.2.3.2 Spesifikasi Perkakasan Yang Digunakan Pembangun

Senarai perkakasan di bawah merupakan perkakasan yang akan digunakan oleh

penulis untuk membangunkan laman web nanti:

No. Perisian

i Unit Pemprosesan Pusat (CPU), Intel pentium IV 2.0 G Hz

Page 47: PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK

34

iii 256 MB SDRAM

iv Cakera Keras, 40 GB

vi Skrin Paparan 1024 x 768 piksel

vii Papan Kekunci

viii Tetikus

xi CD-RW 48 x 24 x 48

3.2.3.3 Spesifikasi Perkakasan Yang Diperlukan Untuk Melayari Halaman Web

Berikut disenaraikan spesifikasi perkakasan komputer yang paling minimum

untuk melayari halaman web topik pecahan. Mana-mana komputer yang mempunyai

spesifikasi seperti yang dinyatakan atau lebih tinggi boleh menggunakan laman web ini.

No. Perkakasan

i Unit Pemprosesan Pusat (CPU),Intel Pentium III 1.0 G Hz

ii Monitor ( disyorkan menggunakan resolusi 1024 x 768 piksel )

iii 128 MB SDRAM

iv Cakera Keras (hard disk)

viii Papan Kekunci

ix Tetikus

xi Modem

Page 48: PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK

35

3.2.4 Fasa Penilaian dan Pengulangan

Dalam proses penilaian, pengguna menggunakan penilaian secara formatif yang

melibatkan pemerhatian, temubual dan ulasan pakar. Penilaian ini melibatkan pakar

multimedia di fakulti pendidikan iaitu Cik Zaleha binti Abdullah. Penilaian yang

dilakukan adalah secara berterusan dan dilakukan pada setiap fasa pembangunan laman

web. Perkara ini perlu bagi mengelakkan sebarang masalah besar yang mungkin timbul

jika penilaian hanya dilakukan setelah laman web siap dibangunkan sepenuhnya. Oleh

yang demikian melalui kaedah penilaian dan pengulangan ini dapat membantu penulis

menghasilkan PBK yang berkesan.

3.3 Prosedur Kajian.

Suatu ujian rintis diadakan di sekolah yang sama dengan 10 orang pelajar yang

berlainan tahap pencapaian matematik. Pelajar-pelajar ini dipilih dari empat buah kelas

yang berlainan oleh guru mereka secara rambang. Tujuan ujian rintis ini diadakan adalah

untuk:

i. mengetahui sama ada objektif pelajaran dapat dicapai melalui laman web ini.

Page 49: PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK

36

ii. mengetahui sama ada perkataan dan struktur ayat yang digunakan dalam ujian

difahami dan sesuai bagi pelajar yang akan dijadikan sampel.

iii. menentukan kebaikan dan kelemahan laman web yang disediakan supaya laman web

dapat diperbaiki.

Kesemua pelajar yang dipilih dipastikan memiliki kemahiran asas mengira dan

membaca perkataan ayat dalam bahasa Inggeris kerana laman web adalah di dalam

bahasa Inggeris.

Setelah kesemua responden selesai menggunakan laman web, satu borang soal

selidik akan diedarkan. Semua responden dikehendaki menjawab soalan soal selidik

tersebut dan menghantarnya kepada penulis. Antara soalan yang ditanya di dalam borang

soal selidik itu ialah seperti di bawah.

ITEM soalan

Kandungan - Adakah objektif pembelajaran jelas

- Adakah laman web menarik dan

memberi info kepada pelajar?

Bantuan Pengguna - Adakah arahan dan bantuan pengguna

jelas?

- Adakah butang ikon sesuai dan

menarik?

Page 50: PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK

37

Antaramuka -Adakah susunan nota dan latihan sesuai?

- Adakah laman web mempunyai

kombinasi warna yang

menarik?

Navigasi - Adakah navigasi yang diperlukan olah

pengguna sesuai dan mencukupi?

Pedagogi - Strategi dan aktiviti yang mencakupi

kesemua subtopik perisian.

Ciri Tambahan (Additional Features) - Adakah glosari dan hotwords menepati

kehendak pengguna?

Jawapan bagi soalan-soalan di atas akan dibuat dalam bentuk skala Ritcher iaitu 5

paling sesuai sehingga paling tidak sesuai iaitu 1. Di bawah adalah contoh skala Ritcher

yang digunakan di dalam borang soal selidik.

5 4 3 2 1

paling sesuai sesuai tidak pasti tidak sesuai paling tidak sesuai

Rajah 3.5 Skala Ritcher yang akan digunakan di dalam borang soal selidik.

Page 51: PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK

38

Semua jawapan soal selidik ini akan diteliti dan diterima sebagai data mentah.

Data mentah ini akan dianalisis dengan menggunakan SPSS

3.4 Rumusan

Proses membangunkan sebuah laman web terutamanya yang berkonsepkan

pendidikan merupakan suatu proses yang melibatkan masa yang panjang, kos yang tinggi

dan sentiasa perlu dikaji kesesuaiannya kerana ia melibatkan suatu proses penyaluran

maklumat. Antara faktor yang amat dipertekankan ialah apakah panduan yang perlu

digunakan bagi memastikan segala proses reka bentuk dan pembangunan berjalan lancar

dan menepati apa yang dikehendaki.

Dalam mereka bentuk dan membangunkan sesebuah laman web bercorak

pendidikan, panduan-panduan ini amat dipertekankan memandangkan hasil akhir yang

akan diperoleh ialah sesuatu yang bercorak pendidikan yang sepatutnya dapat membantu

meningkatkan pencapaian seorang pelajar dalam sesuatu proses pembelajaran. Bagi

tujuan ini, pelbagai teori dan model reka bentuk pengajaran atau pembelajaran

dicadangkan oleh ahli psikologi selain daripada ahli teknologi bagi dijadikan landasan

atau panduan dalam sesuatu proses pembangunan laman web PBK.

Secara umumnya terdapat pelbagai bentuk cara kerja, pendekatan atau langkah

yang boleh diikuti di dalam proses membina sesebuah laman web. Antara kaedah yang

sering digunakan ialah pengarahan kreatif, model rekabentuk instruksi, dan pembinaan

Page 52: PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK

39

berdasarkan spesifikasi. Dalam bidang pendidikan, kaedah pembangunan laman web

PBK biasanya adalah berdasarkan kepada model rekabentuk instruksi.

Page 53: PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK

40

BAB IV

KANDUNGAN DAN PEMBANGUNAN HALAMAN WEB

4.1 Pengenalan

Pecahan merupakan satu topik matematik KBSM bagi pelajar-pelajar tingkatan

satu dan suatu halaman web matematik pecahan telah direkabentuk khas untuk pelajar-

pelajar sekolah menengah. Halaman web yang direkabentuk ini adalah untuk

merangkakan pendekatan pembelajaran matematik KBSM peringkat PMR dan SPM dan

merangkumi subtopik penambahan pecahan dan penolakan pecahan.

Halaman web pecahan merupakan satu program yang dihasilkan dengan

menggunakan perisian Macromedia DreamweaverMX dan Macromedia Flash yang

berupaya menyediakan format untuk dipaparkan di dalam internet.

Pembinaan Halaman web ini juga boleh membantu pelajar-pelajar dalam

memahami topik pecahan dengan lebih mudah dan menarik. Pelajar-pelajar dapat

Page 54: PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK

41

mengakses halaman ini di mana-mana komputer yang mempunyai sambungan talian

internet. Halaman web pecahan ini merangkumi subtopik pecahan sukatan pelajaran

sekolah menengah matematik KBSM, nota, contoh-contoh, soalan latihan, dan juga

permainan untuk merehatkan minda setelah penat mentelaah.

4.2 Format Halaman Web Pecahan

Rajah 4.2 Halaman Web Pecahan

Halaman web yang juga halaman pembukaan atau intro ini merupakan halaman

pertama sekali yang akan dilihat oleh pengguna. Halaman ini bertujuan untuk

Page 55: PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK

42

memberikan gambaran awal mengenai halaman web yang dibangunkan secara

keseluruhan dan ianya memberi peluang kepada pengguna untuk memilih sama ada ingin

meneruskan penggunaan laman web pecahan ini atau pun tidak. Halaman web yang

pertama ini mengandungi beberapa komponen iaitu nama dan tema laman web pecahan

iaitu ‘Fractions are better understood when seen’, pautan kepada web lain seperti portal

pendidikan,web-web yang berkaitan dengan pembelajaran pecahan,dan pautan kepada

halaman utama web. Di samping pautan yang dinyatakan, pautan kepada biodata

pembangun yang ditulis sebagai ‘Rosaini bt Awang’, email pengguna di ‘contact us’ dan

halaman bantuan di ‘help’ sebagai panduan pengguna turut disediakan. Untuk

memudahkan capaian kepada pengguna, ketiga-tiga pautan ini juga dikekalkan di setiap

halaman web pecahan ini. Untuk memasuki halaman utama yang merupakan tapak

kepada web, pengguna dikehendaki mengklik ‘go to start page’ yang telah disediakan di

bawah sebelah kiri skrin.

Page 56: PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK

43

4.3 Halaman Utama

Rajah 4.3 Halaman Utama

Halaman ini merupakan halaman utama dan tapak kepada halaman web pecahan

yang dibangunkan. Di halaman ini, pengguna akan dipaparkan dengan warna kuning,

merah, hijau, dan merah jambu yang ceria dan grafik yang comel dengan tujuan untuk

menarik minat dan perhatian daripada pengguna. Penggunaan grafik berupa sepasang

tikus yang berada di dalam cawan di bahagian kiri halaman adalah sebagai simbol yang

lebih menjurus kepada penggunaan mata untuk penglihatan. Ini bertujuan untuk

menekankan tema web iaitu ‘fractions are better understood when seen’. Di halaman web

utama ini, di samping pautan sebelum ini yang dikekalkan, terdapat enam lagi pautan

utama lain yang disediakan. Halaman yang dihubungkan ialah halaman pengenalan,

objektif, nota penambahan dan penolakan pecahan, soalan latihan, IQ Test, dan

permainan. Pengguna boleh pergi kepada halaman yang seterusnya atau kembali kepada

Page 57: PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK

44

halaman asal melalui pautan ini dengan mudah kerana di halaman ini dan seterusnya,

pautan ini dikekalkan untuk setiap halaman.

4.3.1 Halaman Kedua

Rajah 4.3.1 Halaman Kedua

Halaman yang kedua ini memaparkan pengenalan dan sejarah kewujudan

pecahan. Seperti mana halaman yang sebelum ini, selain daripada pautan yang

dikekalkan, halaman pengenalan pecahan ini juga mempunyai persamaan daripada grafik

dan penggunaan animasi flash.

Page 58: PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK

45

4.3.2 Halaman Ketiga

Rajah 4.3.2 Halaman Ketiga

Halaman yang ketiga ini memaparkan obejktif pembelajaran yang diharapkan

tercapai apabila pelajar melayari halaman web pecahan ini. Terdapat dua objektif yang

dinyatakan di halaman tersebut iaitu pelajar dapat menyelesaikan masalah penambahan

pecahan dan penolakan pecahan. Seperti mana halaman yang sebelum ini, selain daripada

pautan yang dikekalkan, halaman pengenalan pecahan ini juga mempunyai persamaan

daripada grafik dan penggunaan animasi flash.

Page 59: PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK

46

4.3.3 Halaman Keempat

Rajah 4.3.3.1 Nota penambahan pecahan

Rajah 4.3.3.2 Nota penolakan pecahan

Page 60: PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK

47

Di halaman nota, pembangun telah memecahkan topik pecahan ini kepada dua

halaman iaitu satu penambahan pecahan dan contoh soalan berserta jawapan di halaman

yang mula-mula dan satu lagi penolakan pecahan dan contoh soalan berserta jawapan di

halaman yang seterusnya. Penggunaan imej bulatan yang dibahagikankan kepada

beberapa bahagian-bahagian tertentu denagn penggunaan warna yang ceria diharapkan

dapat menarik minat dan konsentrasi pelajar seterusnya lebih memahami subtopik-

subtopik ini dengan jelas dan mudah. Seperti mana halaman yang sebelum ini, selain

daripada pautan yang dikekalkan, halaman nota pecahan ini juga mempunyai persamaan

daripada grafik dan penggunaan animasi flash.

4.3.4 Halaman Kelima

Rajah 4.3.4 Halaman Kelima

Page 61: PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK

48

Halaman latihan ini mengandungi 12 soalan yang berbeza aras kesukarannya.

iaitu bermula daripada soalan yang mudah seperti konsep pecahan kepada soalan yang

lebih mencabar yang berupa penyelesaian masalah pecahan dalam kehidupan seharian.

Oleh kerana teori yang digunakan pembangun ialah teori kognitivisme, di mana pelajar

perlu mengawal sendri pembelajaran mereka, pembangun telah menyediakan jawapan

tanpa perlu pelajar mengklik pada mana-mana soalan atau menghantar dahulu jawapan

yang dijawab ke pangkalan data. Pelajar boleh membuat pengiraan dan terus menyemak

jawapan dengan melihat di tepi kanan sebelah bawah halaman latihan ini.

Penyediaan terus jawapan di halaman ini bertujuan untuk memudahkan pelajar

menyemak jawapan pada bila-bila masa dan senang dilihat. Pelajar juga boleh

menggunakan alternatif lain iaitu dengan melihat dahulu jawapan dan kemudian barulah

membuat pengiraan di mana pelajar belajar daripada jawapan dan soalan yang diberikan

ini.

Walaun bagaimanapun, oleh kerana tidak ada ganjaran peneguhan ataupun

markah apabila pelajar menjawab dengan betul, bukan semua pelajar akan berminat

untuk mencuba latihan ini. Seperti mana halaman yang sebelum ini, selain daripada

pautan yang dikekalkan, halaman latihan pecahan ini juga mempunyai persamaan

daripada grafik dan penggunaan animasi flash.

Page 62: PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK

49

4.3.5 Halaman Keenam

Rajah 4.3.5 Halaman Keenam

Halaman IQ Test ini memuatkan dua jenis permainan yang menguji akal dan

kebijaksanaan pengguna dalam menyelesaikan masalah yang tiada kaitan dengan

pecahan. Bagi pelajar yang telah penat belajar, permainan yang berupa IQ Test ini amat

sesuai untuk dicuba. Kedua-dua permainan ini diaplikasikan dengan menggunakan

animasi flash. Seperti mana halaman yang sebelum ini, selain daripada pautan yang

dikekalkan, halaman IQ Test ini juga mempunyai persamaan daripada grafik dan

penggunaan animasi flash.

Page 63: PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK

50

4.3.6 Halaman Ketujuh

Rajah 4.3.6 Halaman Ketujuh

Di halaman games, pengguna akan dipaparkan dengan sebuah papan dam

berwarna kuning dan mengandungi soalan-soalan matematik pecahan yang berbeza di

dalam setiap kotak. Permainan ini boleh dijadikan aktiviti di dalam kelas oleh guru

ataupun aktiviti kumpulan pengguna kerana ia memerlukan lebih daripada seorang

pemain. Permainan ini juga memerlukan sebuah dadu untuk menentukan bilangan

langkah untuk setiap pemain. Pemain diwajibkan menjawab soalan yang disediakan di

dalam kotak yang dipijak dengan betul untuk terus berada di petak itu Jika pemain gagal

menjawab soalan di dalam kotak itu, pemain mestilah berundur ke petak asal.

Tujuan permainan ini dibina adalah untuk memahirkan diri pelajar dalam topik

asas pecahan ini iaitu penambahan pecahan dan penolakan pecahan. Di samping

Page 64: PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK

51

meningkatkan lagi semangat persaingan pelajar antara satu sama lain, aktiviti permainan

secara berkumpulan ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara pemain dan

mendatangkan keseronokan dalam mempelajari topik pecahan.

4.3.7 Halaman Kelapan

Rajah 4.3.7 Halaman Kelapan

Terdapat lebih daripada sepuluh buah laman web yang berkaitan dengan pecahan

boleh dicapai oleh pengguna melalui halaman web ini. Dengan mengklik Display List,

pengguna akan dipaparkan senarai web yang berkaitan dengan topik matematik pecahan

lain yang pelbagai tidak kira dari dalam mahu pun luar negara. Web-web yang boleh

Page 65: PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK

52

dihubungkan ini tidak terhad hanya untuk nota pecahan tetapi juga permaianan matematik

yang menguji minda dan akal pengguna dalam topik pecahan.

4.3.8 Halaman Kesembilan

Rajah 4.3.8 Halaman Kesembilan

Halaman biodata pembangun boleh dilayari dengan mengklik pada nama

pembangun iaitu ‘Rosaini bt Awang’ yang ditaip di bahagian bawah muka setiap halaman

web ini. Melalui halaman ini, pengguna boleh mengetahui secara umum biodata ringkas

pembangun dan ahli kumpulan yang telah membangunkan halaman web pecahan.

Page 66: PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK

53

4.3.9 Halaman Kesepuluh

Rajah 4.3.9 Halaman Kesepuluh

Jika pengguna berminat untuk memberikan sebarang komen, kemusykilan tentang

halaman web pecahan, dan cadangan dalam mempertingkatkan PBK ini, pengguna boleh

menghantar sebarang tulisan terus kepada email pembangun dengan mengklik ‘contact

us’. Pautan kepada email pembangun boleh didapati di mana-mana bahagian bawah muka

halaman dalam web pecahan ini.

Page 67: PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK

54

4.3.10 Halaman Bantuan

Rajah 4.3.10 Halaman Bantuan

Apabila pengguna menghadapi masalah untuk mendapatkan paparan dan web

grafik yang sempurna ketika melayari laman web pecahan ini, pengguna boleh meminta

panduan daripada halaman bantuan dengan mengklik pada ‘help’ di bahagian bawah

halaman ini. Panduan yang diberikan di sini tidak termasuk pengesanan di manakah

kedudukan pengguna pada ketika itu. Ini adalah kerana pembangun tidak merasakan

keperluan dalam menyediakan panduan untuk mengesan kedudukan pengguna di dalam

halaman web yang tidak kompleks ini.

Page 68: PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK

55

BAB V

PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

Pembelajaran internet merupakan satu alternatif kepada pelajar-pelajar dalam

meningkatkan pengetahuan pembelajaran. Pembangunan halaman web pecahan dalam

Bahasa Inggeris ini adalah merupakan satu projek PSM yang telah berjaya direkabentuk.

Ia adalah selaras dengan perkembangan teknologi maklumat yang begitu pesat di

samping meningkatkan prestasi pendidikan negara yang dapat memenuhi cabaran

wawasan 2020.

Dalam bab ini, penulis akan membincangkan tentang masalah-masalah yang

dihadapi semasa pembangunan web, kelebihan dan kelemahan web yang dibangunkan

serta cadangan-cadangan bagi meningkatkan mutu web untuk pembangunan pada masa

akan datang.

Page 69: PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK

56

5.2 Perbincangan

PBK ini dibangunkan khusus untuk pelajar tingkatan satu dalam mempelajari

topik Pecahan dalam versi Bahasa Inggeris dan meliputi topik penambahan dan

penolakan pecahan. Selain daripada pelajar tingkatan 2 dan 3 yang bakal menghadapi

peperiksaan, guru-guru Matematik juga boleh menggunakan laman web ini sebagai salah

satu bahan rujukan dan alat bantu mengajar di dalam kelas.

Secara keseluruhannya, web ini dibangunkan dengan menggunakan perisian-

perisian tersebut:

No. Perisian Kegunaan

1. Macromedia Dreamweaver Pembangunan halaman Web

3. Macromedia FlashMX

4. JavaScript

Animasi

5 Adobe Photoshop CS Melakukan pengeditan grafik

Laman web yang dibangunkan ini adalah berasaskan kepada pendekatan

pengajaran Behaviorisme. Teori behaviorisme adalah berasaskan perubahan tingkah laku

yang dapat diperhatikan. Teori ini menumpukan kepada corak tingkah laku baru yang

berulang sehingga ia berlaku secara automatik. Secara umum, teori behaviorisme

memfokus kepada kajian tingkah laku yang dapat dilihat dan diukur (OVERT) (Good &

Brophy, 1990). Ia melihat minda sebagai “kotak hitam” yang bertindak balas terhadap

rangsangan yang boleh diperhatikan dan diukur.

Page 70: PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK

57

Berikut adalah beberapa contoh aplikasi prinsip teori behaviorisme yang terdapat

di dalam rekabentuk pembinaan web PBK ini:

1. PBK menekan output yang boleh diperhatikan dan diukur pada pelajar di

mana penulisan objektif tingkah laku yang dapat diperhatikan ditulis sebelum

nota dan latihan.

2. Pengetahuan sedia ada pelajar dinilai untuk menentukan apa yang perlu diajar

dalam web PBK ini. Penulis melakukan analisis pengguna sebelum mula

mereka bentuk laman web ini melalui soal-selidik, temubual dengan guru dan

pelajar.

3. PBK menekankan pembelajaran asas sebelum beransur-ansur kepada

pembelajaran yang lebih sukar dan lanjutan. Penulis menyusun persembahan

pembelajaran daripada mudah kepada sukar iaitu daripada operasi

penambahan kepada operasi penolakan.

4. PBK menggunakan pedoman , panduan, dan latihan untuk menentukan

berlakunya satu siri rangsangan-maklum balas.

Bagi memastikan web yang dihasilkan adalah bermutu, ia telah diuji secara tidak

formal menerusi rakan-rakan dan pensyarah. Segala komen rakan dan pensyarah telah

diambil kira dalam membangunkan web ini. Antara aspek-aspek yang dinilai adalah reka

bentuk antaramuka, kualiti grafik, teks, interaktiviti di antara pengguna dan laman web

serta kesesuaian dalam memastikan keberkesanan pembelajaran yang berlaku.

Page 71: PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK

58

Menerusi laman web ini, diharapkan ia dapat dijadikan panduan dan bahan

rujukan kepada pengguna supaya lebih memahami konsep-konsep pecahan yang telah

dipelajari di samping dapat meningkatkan pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, web

ini juga boleh dijadikan panduan kepada pereka bentuk projek multimedia yang lain bagi

menghasilkan laman web yang menarik dan berkualiti.

5.3 Masalah-masalah yang Dihadapi Semasa Pembangunan Web

Sepanjang proses pembangunan laman web terdapat beberapa masalah yang telah

dikenal pasti oleh penulis. Antaranya ialah kekurangan masa, kepakaran, dan bilangan

subtopik yang terhad.

5.3.1 Kekurangan Masa

Proses pembangunan web multimedia bukanlah satu proses yang mudah dan

boleh dihasilkan dalam jangka masa yang pendek. Bagi menghasilkan web yang bermutu,

proses pembangunan perlu melalui proses yang terdiri daripada empat fasa utama iaitu

fasa analisis, reka bentuk, pembangunan dan penilaian.

Oleh kerana penghasilan laman web ini merupakan satu proses cuba jaya, penulis

terpaksa menghabiskan banyak masa untuk mendapatkan sesuatu hasil yang diharapkan.

Di samping itu, masa yang banyak juga diperuntukkan untuk mencari grafik yang

Page 72: PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK

59

bersesuaian, melakukan proses edit, dan mereka bentuk grafik agar halaman web yang

menarik dapat dihasilkan.

Penulis seharusnya menggunakan instrumen soal selidik untuk mengetahui

keperluan pengguna dalam menguasai isi pelajaran matematik topik pecahan. Analisis

yang dihasilkan daripada soal selidik akan digunakan dalam membangunkan laman web.

Namun begitu, disebabkan oleh masa yang terhad, penulis tidak dapat melakukan sendiri

analisis ini. Penulis hanya bergantung pada hasil kajian orang lain untuk membangunkan

web. Selain itu, penulis juga tidak dapat melakukan proses pengujian dan penilaian

perisian terhadap pengguna secara formal. Web yang telah siap dihasilkan hanya dinilai

oleh penyelia dan rakan-rakan sahaja.

5.3.2 Kekurangan Kepakaran

Menurut Jamalludin Harun, Baharuddin Aris dan Zaidatun Tasir (2001)

pembangunan sesebuah projek multimedia biasanya memerlukan kerjasama dan

gabungan pelbagai kemahiran yang berbeza dari pelbagai pihak. Kemahiran-kemahiran

ini amat jarang diperoleh dalam diri seorang individu sahaja. Sebuah projek yang

berkualiti adalah dari hasil pengumpulan beberapa orang individu dengan kemahiran

yang berbeza.

Kumpulan kerja yang dimaksudkan adalah bahagian pengurusan seperti pengurus

projek dan pengarah seni sehinggakan kepada peringkat teknikal seperti pengaturcara,

pakar teknologi, audio, video, grafik, animasi dan sebagainya. Namun begitu dalam

menghasilkan laman web PBK ini, penulis hanya membangunkan web ini seorang diri.

Page 73: PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK

60

Penulis terpaksa mendapatkan tunjuk ajar dari pensyarah-pensyarah dan rakan-rakan

yang lebih arif.

Selain daripada itu, kekurangan pengalaman penulis dalam merancang dan

menyusun isi kandungan halaman web juga menjadi faktor penghalang semasa

melaksanakan projek ini tetapi masalah ini dapat diatasi dengan nasihat, bimbingan, dan

tunjuk ajar daripada penyelia dan kawan-kawan.

5.3.3 Serangan virus

Masalah yang paling menguji kesabaran penulis ialah serangan virus yang

terdapat di kebanyakan komputer fakulti pndidikan yang pernah penulis gunakan. Di

sepanjang tempoh pembangunan, halaman web yang dibangunkan oleh penulis telah

berkali-kali mengalami masalah diserang oleh virus yang sukar dibuang. Walaupun virus

ini tidak membahayakan fail pembangun, tetapi kewujudan virus boleh menyebabkan

kesukaran pengguna mengaplikasikan halaman web ini di komputer-komputer yang

diingini. Masalah virus ini juga turut menyebabkan komputer pensyarah penyelia

diperbaiki sebanyak dua kali.

Page 74: PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK

61

5.4 Kelebihan Laman Web

Laman web PBK Pecahan Tingkatan 1 yang dihasilkan ini merupakan satu

halaman web yang direkabentuk khas untuk pelajar-pelajar sekolah menengah. Terdapat

beberapa kelebihan di dalam halaman web pecahan ini antaranya ialah kandungannya

yang boleh dikemas kini dan diubahsuai pada sebarang masa. Ini adalah kerana laman

web merupakan satu program yang dinamik yang mana boleh dikemas kini dari semasa

ke semasa berbanding dengan buku teks atau buku rujukan.

Perisian ini juga merupakan saluran komunikasi pembelajaran yang bersifat

global yang dapat dilaksanakan melalui kemudahan internet. Pelajar dapat mengakses

halaman web ini di mana sahaja mereka berada.

Selain itu, web penambahan dan penolakan pecahan ini juga membenarkan

pengguna belajar mengikut kehendak, minat dan kebolehan masing-masing iaitu

pembelajaran secara tidak linear. Pengguna bebas memilih bahagian yang ingin diterokai

pada bila-bila masa dengan hanya mengklik pada butang-butang yang disediakan pada

skrin paparan. Keadaan ini membolehkan pengguna mempelajari ilmu yang ada di

dalamnya sesuai dengan minat, keperluan, pengetahuan dan emosinya.

Halaman web ini mampu membantu pelajar mengulangkaji isi pelajaran berulang

kali. Gabunagn grafik serta animasi yang menarik pada halaman web ini merupakan satu

daya tarikan kepada pelajar untuk tidak merasa jemu melayarinya. Ini menjadikan ianya

sebagai aktiviti pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan.

Page 75: PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK

62

Perisian ini juga boleh digunakan oleh guru matematik untuk tujuan mengajar dan

dapat membantu guru memantau pengetahuan pelajar dalam pembelajaran topik yang

berkaitan. Ini kerana, kemudahan penyimpanan data ujian dan mengenal pasti nombor

soalan yang dijawab betul dan salah turut disediakan dalam halaman web ini.

5.5 Kelemahan Laman Web

Tidak dapat dinafikan lagi, proses untuk menghasilkan sesebuah perisian

multimedia yang berkualiti memerlukan kemahiran, kepakaran, komitmen dan

penglibatan beberapa pihak. Keadaan ini menyebabkan perisian yang dihasilkan

mempunyai beberapa kelemahan. Di antara kelemahan yang dikenal pasti ialah, halaman

web ini tidak mengandungi unsur-unsur audio dan video. Ini adalah untuk mengelakkan

saiz fail yang terlalu besar kerana ianya boleh melambatkan proses penerimaan kepada

pengguna.

Kelemahan yang lain yang telah dikesan oleh penulis pada web ini ialah tiada

maklum balas yang disediakan untuk pengguna apabila mereka menjawab soalan latihan

dengan benar mahupun salah. Oleh itu pelajar hanya boleh menjawab soalan secara

manual dan menyemak jawapan yang telah sedia ada di kotak jawapan. Walaupun begitu

ini adalah bertujuan untuk memberi kemudahan dan kebebasan kepada pengguna untuk

menyemak jawapan pada bila-bila masa sahaja.

Di samping itu, perisian ini belum lagi menjalani penilaian formal yang

melibatkan kumpulan sasaran iaitu pelajar Tingkatan Satu. Dikhuatiri perisian ini tidak

Page 76: PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK

63

menepati kehendak kumpulan sasaran kerana tidak diuji keberkesanannya dalam

pembelajaran mereka.

5.6 Cadangan

Pada masa akan datang perisian-perisian multimedia sudah pasti akan memainkan

peranan yang lebih penting dalam usaha ke arah pencapaian akademik yang lebih

cemerlang. Oleh yang demikian penghasilan perisian-perisian multimedia yang berkualiti

perlu dihasilkan bagi memastikan pencapaian matlamat tersebut.

Pembangunan halaman web yang berkualiti memerlukan pemahaman yang

mendalam mengenai masalah yang dihadapi dalam proses pengajaran dan pembelajaran

supaya satu pendekatan yang sesuai boleh digunakan untuk mengatasi masalah tersebut.

Jika dilihat pada laman web yang dihasilkan oleh penulis, masih terdapat banyak

pengubahsuaian yang boleh dilakukan antaranya ialah

i. Perisian ini hanya merangkumi subtopik penambahan dan penolakan

pecahan. Ini adalah tidak mencukupi untuk pembelajaran topik pecahan

dengan lengkap. Sekiranya projek ini diperuntukkan masa untuk

melaksanakannya, maka halaman web yang meliputi semua subtopik

diharap dapat dihasilkan.

ii. Menambah bilangan soalan yang dapat mencabar minda pengguna dalam

bahagian latihan. Soalan-soalan yang disediakan perlulah menepati

sukatan pelajaran KBSM.

Page 77: PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK

64

iii. Halaman web yang telah siap dibina perlulah diuji kepada kumpulan

sasaran untuk mengenal pasti tahap keberkesanan dan kesesuaian laman

web sebagai bahan pembelajaran.

iv. Menyediakan animasi-animasi yang lebik baik dalam pembelajaran untuk

membantu pelajar memahami sesuatu sobtopik dengan berkesan dan jelas.

v. Menyediakan grafik, animasi dan muzik latar belakang sebagai daya

tarikan dan untuk mengelakkan pelajar daripada bosan belajar melalui

internet.

vi. Merekabentuk perantara muka yang lebih interaktif supaya dapat

bertindak balas kepada sebarang tindakan pelajar.

vii. Menyediakan satu pangkalan data atau tabung soalan yang merangkumi

pelbagai jenis soalan dan bentuk soalan.

viii. Menyediakan kemudahan kamus untuk perkataan yang sukar untuk

difahami.

ix. Menghasilkan forum di dalam laman web ini di mana para pelajar dapat

berkomunikasi dengan guru dan kawan-kawan melalui internet.

Page 78: PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK

65

5.7 Penutup

Secara keselurahannya, projek sarjana muda ini telah mencapai matlamatnya iaitu

untuk membangunkan satu halaman web untuk matematik KBSM Tingkatan 1 dalam

tajuk Pecahan dalam versi Bahasa inggeris untuk kegunaan pelajar sekolah menengah dan

para guru. Adalah diharapkan agar halaman web ini dapat digunakan dengan sepenuhnya

sebagai satu sumber rujukan tambahan.

Pada masa akan datang, adalah diharapkan agar lebih banyak halaman web

sebegini akan dibangunkan untuk kegunaan tambahan para pelajar sekolah menengah. Ini

dapat menambahkan bahan rujukan pelajar di internet selain daripada buku rujukan yang

sedia ada di pasaran. Secara tidak langsung, ianya dapat meningkatkan lagi jumlah

penggunaan internet di kalangan pelajar sekolah menengah.

Page 79: PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK

66

RUJUKAN

Abdul Latif Samian (1992). “Sejarah Matematik” Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Abdul Rahman Aroff, Zakaria Kasa (2001). “Falsafah dan Konsep Pendidikan.” Kuala

Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Armas Derusman (1997). “Komputer dalam pendidikan matematik.” Johor: Universiti

Teknologi Malaysia.

Badrul Hisham (1999). “Kesediaan Guru Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Matematik Berbantukan Komputer (PPBK) Di Sekolah Menengah.” Seminar

Penyelidikan Pendidikan MPIK. Tidak diterbitkan.

Baharuddin Aris, Rio Sumarni Sharifuddin, Manimegalai Subramaniam (2001). “Reka

Bentuk Perisian Multimedia.” Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia.

Page 80: PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK

67

Daphne Kerslake (1986). “Fractions: Children Strategies and Errors. A Report of the

Strategies and Errors in Secondary Mathematics Project.” The NFER-NELSON

Publishing Company Ltd.

Krishna (2000) “Pembinaaan Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer Enjin.”

Johor: Universiti Teknologi Malaysia

Lee Chin Choy, Yeo Mui Kiow, Liao Yung Far (2003). “EKSPLORASI Mathematics

KBSM FORM 1.” Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Mohd. Fazly bin Mohd. Salleh @ Abbas (Feb. 2004). “PBK MATEMATIK TINGKATAN

1 KBSM BAGI TOPIK PECAHAN.” UTM.

Norfabialhaigu bt. Ali (April 2000). “Pembinaan Perisian PBK Matapelajaran

Matematik KBSR Bertajuk Pecahan (Tahap 1 & Tahap 2).” UTM.

Norrisam Ali (1997). “Pengajaran Matematik Dan Komputer: Satu Tinjauan.” Johor:

Universiti Teknologi Malaysia.

Patricia D. Nordstorm (1994). “SOLVE YOUR CHILD’S MATH PROBLEMS Quick and

Easy Lessons for Parents.” Simon & Schuster: New York

Rio Sumarni (1997). “Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Berbantukan Komputer.”

Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, Fakulti Pendidikan. Jilid 3, Bil 1

Page 81: PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TAJUK

68

Skemp, Richard R (1986). “The Psychology of learning mathematics.” Harmondsworth :

Penguin Books.

Tengku Zawawi (1999). “Peranan Komputer dalam Pendidikan Matematik.” Tidak

diterbitkan.