tajuk 7 kaedah pengumpulan data

Upload: abi-mizan-humaira-iman

Post on 12-Oct-2015

63 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 5/21/2018 TAJUK 7 Kaedah Pengumpulan Data

    1/14

    XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

    63

    TAJUK 7 PENYELIDIKAN TINDAKAN: KAEDAH PENGUMPULAN DATA

    7.1 Sinopsis

    Tajuk ini disusun bagi membolehkan pelajar mengetahui kaedah-kaedah yang boleh digunakan bagi

    mengumpulkan data dalam Kajian Tindakan. Setiap kaedah mempunyai kekuatan dan kelemahan. Ia

    digunakan mengikut kesesuaian berdasarkan fokus kajian yang dijalankan.

    7.2 Hasil Pembelajaran

    i. Menjelaskan kaedah-kaedah kajian tindakan

    ii. Mengaplikasi Kajian Tindakan dalam bidang pendidikan.

    7.3 Kerangka Konsep Tajuk 7

    KAEDAH

    PENGUMPUL

    AN DATA

    PEMERHAT

    IAN

    DOKUMEN

    TEMUBUAL

    SENARAI

    SEMAK

    RAKAMAN

    LOG

    NOTA

    LAPANGANFOTO

    PORTFOLIO

    REKOD

    ANEKDOT

    SLAID

    JURNAL

    DIARI

  • 5/21/2018 TAJUK 7 Kaedah Pengumpulan Data

    2/14

    XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

    64

    7.3.1 Kaedah Pengumpulan Data

    Terdapat beberapa kaedah pengumpulan data dalam penyelidikan tindakan sperti yang terdapat di

    dalam kerangka konsep.

    7.3.1.1 Pemerhatian

    Pemerhatian adalah suatu kaedah penyelidikan yang penting. Kaedah itu memerlukan pengkaji

    mempunyai latar belakang pengetahuan serta pemahaman situasi yang luas untuk membuat

    pemerhatian situasi yang sebenar.

    Lazimnya, pemerhatian melibatkan bukan sahaja aktiviti meneliti situasi atau kejadian tetapi juga

    aktiviti berfikir secara original dan kritikal. Ia memerlukan pengkaji yang mempunyai kecekapan

    mengesani peristiwa yang signifikan. Maka, ia adalah satu aktiviti di mana kemahiran tinggi

    pengkaji sangat diperlukan.

    7.3.1.1.1 Kebaikan Menjalankan Pemerhatian

    (a) Aspek-aspek sahsiah yang penting biasanya dapat ditentukan dengan lebih berkesan melalui

    pemerhatian. Setiap tingkah laku seseorang secara langsung dibandingkan kajian melalui

    soal selidik atau temu bual.

    (b) Aspek-aspek fizikal sesebuah bangunan, seseorang pelajar, atau seseorang guru biasanya

    dapat dikaji dengan membuat pemeriksaan, ukuran, taksiran, dan bandingan dengan satu-satu

    piawai melalui pemerhatian langsung.

    (c) Pemerhatian secara langsung diperlukan bagi mengkaji aktiviti-aktiviti fizikal seperti

    permainan, sukan, dan kerja amali.

    (d) Pemerhatian bilik darjah boleh digunakan oleh penyelidik untuk membuat analisis terhadap

    keberkesanan sesuatu pengajaran dan cara memperbaikinya.

    7.3.1.1.2 Pemerhatian secara langsung (direct observation)

    Pemerhatian boleh dilakukan tanpa atau dengan bantuan alatan teknikal seperti mencatatkan nota

    tentang pergerakan guru dan pelajar ataupun merakamkan pemerhatian dengan menggunakan alat

    instrumen seperti borang pemerhatian; alatan electronik seperti perakam video, kamera atau pita

    rakaman audio. Bahan sokongan atau bantuan pemerhatian itu boleh digunakan sebagai sumber

  • 5/21/2018 TAJUK 7 Kaedah Pengumpulan Data

    3/14

    XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

    65

    yang berguna untuk menganalisis data selepas pemerhatian. aspek-aspek yang perlu sebelum

    melakukan pemerhatian

    7.3.1.1.3 Tumpuan pemerhatian

    Beberapa persoalan perlu diambil perhatian sebelum melakukan pemerhatian. Antaranya ialah:

    Siapakah yang akan membuat pemerhatian?

    Siapa atau apa yang akan diperhatikan?

    Di tempat-tempat manakah pemerhatian akan dilaksanakan? (elok adakan pemerhatian di

    beberapa tempat dan situasi untuk mendapatkan kepelbagaian maklumat)

    Bilakah pemerhatian akan dijalankan? (elok adakan pemerhatian pada masa-masa yang

    berlainan untuk mendapatkan kepelbagaian maklumat)

    Bagaimanakah pemerhatian itu akan dicatatkan atau dirakamkan?

    Apakah prosedur yang patut diikut untuk memastikan pemerhatian itu boleh dipercayai

    (reliable) dan ada keesahan (valid)?

    Apakah teknik pemerhatian yang paling sesuai untuk keadaan bilik darjah yang dikaji?

    (Eloklah data-data penting yang dikutip semasa pemerhatian mesti dicatat dengan serta

    merta sekurang-kurangnya dalam bentuk nota)

    7.3.1.1.4 Panduan Untuk Melaksanakan Pemerhatian Pengajaran Dalam Kelas.

    Terangkan dengan tepat perkara-perkara berikut:

    Apa yang dikatakan oleh guru atau pelajar?

    Apa yang dilakukan oleh guru atau pelajar?

    Apakah tugas-tugas yang diberikan kepada pelajar-pelajar dan muka surat buku teks yang

    diguna?

    Gunakan singkatan untuk perkataan yang sentiasa digunakan (contohnya: P untuk pelajar, G

    untuk guru).

  • 5/21/2018 TAJUK 7 Kaedah Pengumpulan Data

    4/14

    XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

    66

    Dalam kaedah ini, selalunya pemerhati menggunakan diagram atau borang tertentu. Contohnya

    pemerhati menyediakan borang tentang apa yang ingin diperhatikan semasa sesi pengajaran dan

    pembelajaran berlangsung sama ada sikap pelajar, cara dan teknik guru mengajar atau sebagainya

    dan borang ini akan ditanda oleh pemerhati itu sendiri semasa tempoh P & P itu berlangsung.

    Selepas pemerhatian, semakan perlu dilakukan untuk membetulkan kesilapan yang dibuat atau

    untuk membuat komen. Nota tambahan nota dipelukan bagi menyatakan perasaan akan sesuatu

    peristiwa atau sesuatu idea baru. Bezakan catatan yang menggambarkan apa yang sebenarnya

    berlaku dan tafsiran yang dibuat mengenai sesuatu situasi.

    7.3.2 Dokumen

    Dokumen adalah segala bahan tertulis mahupun filem yang sudah tersedia pada tempat tertentu (Noeng,

    2000; Nana, 2005; Sudarwan, 2005). Analisis dokumen digunakan untuk membantu penyelidik

    mendapatkan data secara objektif melalui dokumen serta tidak memerlukan kehadiran informan dan juga

    dapat memberikan data yang konsisten kerana segala data diperoleh secara tersurat dan dapat digunakan

    untuk memperoleh kesahan sesuatu jawapan yang diperoleh daripada analisis soal selidik (Frankel,

    2007). Penggunaan dokumen dalam penyelidikan adalah mendukung dan menambah bukti daripada

    sumber-sumber lain.

    Terdapat tiga penggunaan kaedah dokumen dalam penyelidikan:-

    a) Membantu memeriksa data-data yang telah dikumpulkan

    b) Dapat menambah rincian khas lainya guna mendukung maklumat daripada sumber-sumber lain,

    jika bukti dokumen bertentangan dan bukanya mendukung, penyelidik mempunyai alasan untuk

    mengkaji lebih jauh tentang kajian yang sedang dilaksanakan

    c) Inferensi dapat dibuat dari dokumen-dokumen (Robert, 1996).

    7.3.3 Temubual

    Temubual adalah satu kaedah kajian yang amat penting kerana ia membantu pengkaji meneroka dan

    mendapatkan maklumat kajian secara mendalam.

  • 5/21/2018 TAJUK 7 Kaedah Pengumpulan Data

    5/14

    XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

    67

    Seringkala dalam kajian, ada banyak maklumat yang tidak dapat diperolehi melalui kaedah pemerhatian,

    dokumentasi ataupun catatan dairi seseorang. Pengkaji perlu berhubung melakukan hubungan "face-to-

    face"

    Dalam Kajian Tindakan, peserta-peserta yang penting ditemubual adalah

    1. murid-murid sekolah,

    2. guru-guru yang mengajar matapelajaran yang sama,

    3. rakan sejawat yang sesekolah,

    4. pihak pentabir sekolah (contohnya: guru besar, penolong kanan) dan

    5. pemerhati yang turut serta dalam kajian.

    Mereka perlu ditemubual untuk mengetahui perasaan dan pendapat serta sikap mereka terhadap kajian

    dan tindakan yang diambil. Misalnya, apabila pengkaji ingin mengetahui perasaan pelajar-pelajar secara

    mendalam atau meneroka idea mereka, maka adalah penting pengkaji itu berhubung dengan peserta untuk

    tujuan soal jawab; berbual-bual ataupun berbincang.

    7.3.3.1 Kebaikan Menjalankan Temu bual

    a. Sesuai bagi responden yang tidak boleh membaca atau yang mempunyai kecerdasan yang

    terhad.

    b. Seseorang itu biasanya lebih suka bercakap daripada menulis.

    c. Mudah bagi penyelidik menerangkan tujuan sesuatu soalan untuk mendapat jawapan yang

    tepat daripada responden.

    d. Keikhlasan seseorang responden memberi jawapan dapat dilihat daripada perbincangan

    berdepan.

    e. Responden tidak dapat membetulkan semula jawapan yang telah diberikan terdahulu jika

    soalan yang berikutnya boleh mendorong responden mengubahsuai jawapan yang telah

    diberikan.

    7.3.3.2 Perancangan untuk Menemu Bual

    a. Tentukan tujuan dan maklumat yang hendak diperolehi daripada responden.

  • 5/21/2018 TAJUK 7 Kaedah Pengumpulan Data

    6/14

    XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

    68

    b. Sediakan rangka soalan dengan teratur dan komen-komen yang boleh meransang responden

    mengeluarkan maklumat

    c. Tentukan cara mencatat jawapan yang diberikan.

    7.3.3.3 Perkara yang Dititikberatkan Semasa membuat Temubual

    a. Mendapatkan kerjasama daripada kumpulan atau orang perseorangan yang ditemubual. Oleh

    itu penyelidik perlu memupuk hubungan baik dengan responden. Ini memerlukan kemahiran

    dan kesenian seseorang.

    b. Mengemukakan soalan-soalan yang menarik dan yang boleh meransang responden member

    komen dan penerangan

    c. Alat yang digunakan merakam jawapan sepatutnya tidak mengalih perhatian responden.

    7.3.3.4 Cara Mencatat Atau Merakam Jawapan Temu bual

    a. Menggunakan alat rakaman yang boleh mengekalkan keaslian jawapan responden seperti

    memperdengarkan nada suara seseorang samada beremosi atau tidak.

    b. Catatan jawapan boleh dibuat secara serentak atau selepas temubual dilakukan. Kedua-dua

    cara mempunyai kebaikan dan kelemahan. Cara pertama boleh member catatan yang

    lengkap tetapi boleh mengganggu responder sementara cara kedua boleh

    memberi kesan sebaliknya. Walau apa cara pun, penyelidik harus membuat berapa latihan.

    c. Penemu bual mungkin tidak perlu mencatat jawapan-jawapan yang diberikan oleh

    responden tetapi membuat penilaian terhadap pendapat mereka. Dalam hal ini, adalah baik

    jika penilaian dibuat selepas temubual dijalankan atau seIepas mendengar semula rakaman

    yang dibuat.

    7.3.3.5 Jenis-jenis Teknik Temubual

    Lazimnya, terdapat dua teknik temubual iaitu temubual berstruktur dan temubual tidak berstruktur.

    i.Teknik Temubual Berstruktur

    Temubual berstruktur adalah aktiviti perbualan dan soaljawab di mana bentuk dan kandungan

    soalan-soalan yang ingin ditanya adalah terhad pada sesuatu tajuk atau bidang yang tertentu

  • 5/21/2018 TAJUK 7 Kaedah Pengumpulan Data

    7/14

    XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

    69

    sahaja. Misalnya, satu sin soalan yang bertujuan mendapatkan maklumat tentang cara guru

    membetulkan kesilapan ejaan pelajar dibentuk atau gubah terlebih dahulu agar pengkaji dapat

    menyoal peserta atau respondan secara sistematik.

    Contohnya:

    adakah anda membetulkan semua kesilapan ejan pelajar

    adakah anda pernah mendenda pelajar yang membuat kesilapan ejaan ?

    jika ada, apakah denda yang anda gunakan ?

    siapakah pelajar yang selalu didenda ?

    ii.Teknik Temubual Tidak Berstruktur

    Temubual tidak berstruktur merupakan aktiviti perbualan dan soaljawab yang mementingkan

    penerokaan idea atau perasaan lebih daripada mendapatkan fakta-fakta tertentu. Soalan-soalan

    terbuka (open-ended questions) dikemukakan dan pelbagai jawapan boleh diperolehi dan peserta

    atau respondan.

    Contohnya:

    adakah apa-apa yang anda hendak beritahu kepada kami

    apakah perasaan anda pada masa itu ?

    mengapa anda rasa begitu ?

    apakah pandangan atau pendapat anda ?

    Kelebihan teknik temubual tidak berstruktur ini adalah is memberi peluang pengkaji meneroka

    secara mendalam dan memberi kesempatan kepada peserta mengambil masa berfikir, berbual-

    bual dan membuat interpretasi mengenai perasaan dan ideanya sendiri. Adakalanya, peserta boleh

    meminta penjelasan dan pengkaji ataupun menyoal pengkaji.

  • 5/21/2018 TAJUK 7 Kaedah Pengumpulan Data

    8/14

    XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

    70

    Temubual tidak berstruktur itu lazimnya diadakan dalam situasi yang tidak formal. Pada masa

    temubual itu, pengkaji boleh juga melakukan pemerhatian tentang tingkahlaku peserta dan

    memberi komen serta menyoal secara spontan iaitu tidak menggunakan soalan yang telah

    disediakan terlebih dahulu.

    7.3.3.6 Cara Merekod Temubual

    Semasa mengadakan temubual adalah penting pengkaji mengambil tindakan merekod dialog atau

    perbualan melalui cara-cara tertentu.

    Pengkaji boleh menggunakan rakaman audio kalau pita rakaman itu tidak mengganggu aktiviti

    atau situasi temubual.

    Pengkaji boleh juga mengambil masa membuat catatan rengkas kata-kata atau jawapan peserta

    dan jika perlu transkrip temubual boleh diperolehi kemudian sebagai bahan sokongan kajian

    temubual yang lebih teliti. Rekod-rekod mengenai tarikh, situasi dan kandungan soalan dan

    jawapan dalam temubual itu eloklah disimpan dalam diari pengkaji.

    Boleh berlaku samada secara individu iaitu pemerhati dengan pelajar atau pun guru atau secara

    berkumpulan iaitu terdiri daripada 3 atau 4 orang untuk memudahkan sesi temubual. Sebaiknya

    rakaman perbualan dilakukan atau pun boleh hanya dicatat pada kertas.

    7.3.4 Senarai Semak, Soal Selidik Dan Inventori

    Senarai semak merupakan satu lagi contoh borang siasatan. Senarai semak mengandungi satu senarai

    butiran untuk diperiksa oleh responden. Responden tidak perlu memberi pertimbangan. Mereka hanya

    perlu memberi fakta sebenar. Senarai semak ialah satu rangkaian jawapan kepada soalan. Senarai semak

    yang sesuai digunakan harus bersifat terbuka dan kurang berstruktur. Soal selidik pula adalah satu set

    soalan yang diberikan kepada orang lain dan meminta mereka menjawabnya. Dalam soal selidik tersebut

    terdapat beberapa soalan dan pilihan jawapan atau pertanyaan. Manakala inventori ialah senarai

    pernyataan tentang situasi yang mungkin bersetuju atau tidak. Antara kategori yang terdapat di dalamnya

    ialah seperti : sangat setuju - setuju - tidak yakin - tidak setuju - sangat tidak bersetuju.

    7.3.4.1 Panduan membina senarai semak

  • 5/21/2018 TAJUK 7 Kaedah Pengumpulan Data

    9/14

    XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

    71

    a. Kaji beberapa senarai semak yang telah dirancang oleh penyelidik yang lepas dan tentukan

    butiran yang diperlukan dalam kajian.

    b. Susun butiran itu mengikut kategori yang dikelaskan berdasarkan struktur logikal atau

    psikologikal. Butiran yang berkaitan dikelaskan bersama.

    c. Empat cara menyusun butiran senarai semak ialah:

    Menyenaraikan semua butiran yang terdapat dalam satu-satu. Misalnya:

    Tandakan (^) di ruang kosong bagi aktiviti yang terdapat di sekolah tuan.sukan, kebun,

    pementasan, muzik, perbahasan dan sebagainya.

    Minta responden memberi jawapan ya/tidak. Misalnya: "Adakah sekolah anda mempunyai

    Persatuan Pelajar? Ya! Tidak"

    Minta responden memberi tanda (^) bagi kenyataan positif. Misalnya: "Sebahagian pelajar

    wanita di sekolah ini beragama Islam .... ( )"

    Bulatkan atau gariskan jawapan yang sesuai bagi kenyataan yang diberikan. Misalnya:

    "Persatuan muzik mengadakan perjumpaan: setiap minggu, dua minggu sekali, setiap bulan,

    tidak tentu masa".

    (c) Butiran yang mempunyai ciri pengasingan (diskriminasi), misalnya: "Adakah sekolah anda

    mempunyai perpustakaan?"

    Diperbaiki menjadi:

    "Adakah sekolah anda mempunyai perpustakaan yang mengandungi sekurang-kurangnya sebuah buku

    bagi seorang pelajar?"

    (d) Senarai semak mestilah lengkap dan komprehensif.

    7.3.5 Rakaman Pita Video Dan Transkrip

    Rakaman sangat berguna apabila memerlukan rakaman data yang spesifik iaitu seperti butir-butir

    percakapan komunikasi antara pelajar dan guru semasa sesi pembelajaran.

  • 5/21/2018 TAJUK 7 Kaedah Pengumpulan Data

    10/14

    XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

    72

    Penggambaran video untuk Kajian Tindakan memerlukan bantuan seorang rakan kajian (research partner)

    untuk melaksanakan sesi penggambaran. Penggambaran video dapat mengesan data-data yang berupa

    perlakuan guru, perlakuan pelajar atau fakta-fakta lain yang gagal dikesan oleh guru.

    Rakaman Pita juga berguna untuk mengukur dan menilai kegiatan seseorang individu atau kumpulan

    dalam sesuatu aktiviti.

    Transkrip perbualan pelajar-pelajar merupakan petunjuk yang berkesan untuk menilai kefahaman pelajar-

    pelajar mengenai pemahaman sesuatu konsep.

    Cadangan Untuk Membuat Transkrip

    Dengar segala rakaman untuk mendapatkan gambaran menyeluruh.

    Dengar rakaman untuk kali kedua dan buat nota ringkas dan catatkan nombor pada kaunter

    tape/pita supaya mudah membuat rujukan sernula.

    Daripada nota ringkas, pilih bahagian yang penting kepada persoalan kajian dan membuat

    transkrip yang lengkap.

    7.3.6 Log

    Log ialah catatan peristiwa atau aktiviti mengikut turutan kronologi yang dicatatkan seara ringkas dan

    bersifat fakta.

    7.3.7 Nota lapangan

    Catatan yang dibuat semasa menjalankan temubual atau pemerhatian.

    7.3.8 Foto

    Rakaman gambar sebelum, semasa dan selepas sesuatu aktiviti untuk dilihat perbezaannya.

  • 5/21/2018 TAJUK 7 Kaedah Pengumpulan Data

    11/14

    XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

    73

    7.3.9 Portfolio

    Satu koleksi bahan-bahan termasuk contoh dan sampel kerja merangkumi skop program atau aktiviti.

    7..3.10 Rekod Anekdot

    Rekod anekdot adalah rekod tentang satu sahaja peristiwa. Ia juga merupakan satu catatan ringkas

    tentang suatu kejadian atau tingkah laku yang penting sahaja . Ia menerangkan secara fakta di mana,

    bagaimana, bila, apa, dan siapa secara objektif akan peristiwa/kejaidian yang berlaku. Antara maklumat

    yang perlu ada dalam rekod anekdot ialah nama, tarikh, masa, tempat, peristiwa yang berlaku,

    ulasan,cadangan atau tindakan oleh guru.

    Perkara-perkara yang perlu di pertimbangkan semasa menulis:

    a) Membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku walaupun tidak dirancang.

    b) Pelajar yang diperhatikan tidak perlu ditentukan.

    c) Perkara tersebut penting dan signifikan dalam aspek perkembangan pelajar.

    Contoh: perkembangan bahasa dan literasi, pola interaksi sosial, kemahiran menyelesaikan masalah dan

    sebagainya.

    7.3.11 Slaid

    Slaid yang menunjukkan perubahan yang telah berlaku dalam tempoh penyelidikan seperti perkembangan

    pembelajaran.

    7.3.12 Jurnal

    Jurnal ialah catatan berkala dan berterusan mengikut persepsi seseorang berfokus kepada sesuatu isu

    tertentu, maklumat yang dicatatkan bukan hanya perihal peristiwa penting tetapi juga merangkumi segala

    pemerhatian, perasaan, reaksi, pandangan, interpretasi, hipotesis, hasil refleksi, analisis dan komen.

  • 5/21/2018 TAJUK 7 Kaedah Pengumpulan Data

    12/14

    XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

    74

    7.3.13 Menulis Diari

    Catatan diari adalah satu cara yang penting untuk mengutip data dalam Kajian Tindakan. Catatan

    mengenai pemerhatian, perasaan, tindakan, hipotesis dan penyelesaian sesuatu situasi boleh dibuat. Kita

    boleh menggunakan cara tersendiri untuk catatan diari.

    Terdapat dua jenis catatan dairi: diari guru dan diari pelajar. Berikut adalah panduan untuk menulis diari:

    1. Catatan Diari Guru

    Catatan diari harus sentiasa dilakukan. Contohnya, selepas sesuatu pengajaran yang satu strategi

    khas telah digunakan atau selepas bermesyuarat dengan kelas yang bermasalah.

    Dalam amalan catatan diari, tinggalkan margin yang leas untuk merekodkan segala perubahan,

    tambahan nota atau rujukan kepada bahagian lain di diari.

    Setiap catatan diari mesti ada:Tarikh peristiwa berlaku dan tarikh catatan dibuat.

    Maklumat tentang masa, lokasi, responden, fokus kajian dan lain-lain yang penting kepada kajian.

    Catatan diari harus ada tajuk besar, tajuk kecil dan gariskan bahagian-bahagian penting untuk

    menyenangkan silang rujukan.

    Bahan-bahan penting seperti gambar, salinan dokumen, kerja pelajar dan lain-lain boleh dilekat

    dalam diari untuk rujukan.

    Dari semasa ke semasa analisis catatan diari harus dilakukan untuk mengetahui sama ada isu

    kajian itu dapat dijawab melalui data yang dikutip dan apakah data yang masih perlu dikutip.

    Analisis catatan yang dilakukan akan membantu dalam rancangan tindakan susulan

    Perbincangan catatan diari dengan seorang rakan kajian akan membolehkan kita mendalami

    situasi / isu yang dikaji.

    2. Catatan Diari Pelajar

    Catatan diari pelajar merupakan sumber yang menarik sebagai data atau makiumat.

  • 5/21/2018 TAJUK 7 Kaedah Pengumpulan Data

    13/14

    XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

    75

    Catatan pelajar akan memberi pandangan yang berbeza daripada pandangan guru mengenai isu

    yang sama.

    Catatan diari pelajar juga membekalkan guru dengan maklum balas yang ikhlas untuk mengetahui

    tentang suasana bilik darjah dan kemajuan pelajar-pelajar.

    Walau bagaimanapun, pelajar-pelajar akan menulis tentang guru-guru secara bebas sekiranya

    mereka percaya pada guru itu.

    7.4 KESIMPULAN:

    Kejayaan sesuatu penyelidikan yang dijalankan bukan sahaja bergantung kepada pelaksanaan yang telah

    difikirkan dengan teliti, tetapi juga bergantung kepada penyelarasan dan pengawasan setiap aktiviti

    dengan baik.

    LATIHAN

    1. Jelaskan bagaimanakah kajian tindakan dilakukan melalui kaedah pemerhatian.

    2. Bincangkan apakah kekuatan kaedah pemerhatian

    OLL

    Hasilkan dalam bentuk grafik kekuatan dan kelemahan menggunakan kaedah mengumpul data melalui

    catatan diari.

  • 5/21/2018 TAJUK 7 Kaedah Pengumpulan Data

    14/14

    XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)

    76