tajuk 7

6
FHY, MNI & MK IPG KPT 44 Tajuk 7 APLIKASI WEB 2.0 Sinopsis Tajuk dalam modul ini merangkumi konsep web 2.0 dengan contoh aplikasi dalam web 2.0. Kefahaman tentang konsep Web 2.0 adalah penting kepada guru sebelum guru menggunakan aplikasi Web 2.0 dalam pengajarannya. Semoga para guru dapat menjadikan tajuk ini sebagai garis panduan menggunakan Web 2.0 sejajar dengan objektif pengajaran. Hasil Pembelajaran Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat: 1. Menjelaskan konsep Web 2.0. 2. Menggunakan Web 2.0 untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini 7.1 Konsep Web 2.0 Web 2.0 merupakan istilah yang diberikan untuk menggambarkan generasi kedua dari World Wide Web (www). Ia difokuskan pada kemampuan pengguna internet untuk berkolaboratif dengan perbagai informasi secara dalam talian.Web 2.0 pada dasarnya memacu pada transisi daripada halaman web statik HTML ke web yang lebih dinamik. Perbezaan di antara Web 2.0 ini dengan Web 1.0 ialah pengguna boleh menorganisasikan laman mereka. Fungsi yang disempurnakan dari Web 2.0 dengan memberi penekanan kepada komunikasi terbuka pada masyarakat berasaskan Web. Pengguna lebih terdedah kepada informasi dua hala. APLIKASI WEB 2.0 Konsep Web 2.0 Aplikasi Web 2.0 dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Upload: naimahfadhilah

Post on 07-Jul-2016

232 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

edu

TRANSCRIPT

Page 1: TAJUK 7

FHY, MNI & MK IPG KPT

44

Tajuk 7 APLIKASI WEB 2.0

Sinopsis

Tajuk dalam modul ini merangkumi konsep web 2.0 dengan contoh aplikasi dalam web 2.0.

Kefahaman tentang konsep Web 2.0 adalah penting kepada guru sebelum guru

menggunakan aplikasi Web 2.0 dalam pengajarannya. Semoga para guru dapat menjadikan

tajuk ini sebagai garis panduan menggunakan Web 2.0 sejajar dengan objektif pengajaran.

Hasil Pembelajaran

Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat: 1. Menjelaskan konsep Web 2.0. 2. Menggunakan Web 2.0 untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

7.1 Konsep Web 2.0

Web 2.0 merupakan istilah yang diberikan untuk menggambarkan generasi kedua

dari World Wide Web (www). Ia difokuskan pada kemampuan pengguna internet

untuk berkolaboratif dengan perbagai informasi secara dalam talian.Web 2.0 pada

dasarnya memacu pada transisi daripada halaman web statik HTML ke web yang

lebih dinamik. Perbezaan di antara Web 2.0 ini dengan Web 1.0 ialah pengguna

boleh menorganisasikan laman mereka. Fungsi yang disempurnakan dari Web 2.0

dengan memberi penekanan kepada komunikasi terbuka pada masyarakat

berasaskan Web. Pengguna lebih terdedah kepada informasi dua hala.

APLIKASI WEB 2.0

Konsep Web 2.0 Aplikasi Web 2.0 dalam Pengajaran

Dan Pembelajaran

Page 2: TAJUK 7

FHY, MNI & MK IPG KPT

45

Contohnya Blog, Wiki, YouTube dilihat sebagai komponen dari Web 2.0.

Di antara prinsip Web 2.0

Web sebagai platform

Data sebagai pengendali utama

Aspek jaringan diciptakan oleh senibina penyertaan sesama peserta

Inovasi dalam mempertingkatkan sistem serta reka letak disusun melalui

penyatuan fitur dari pengembangan secara independen (seperti open source)

Kunjungi perpustakaan untuk mencari rujukan mengenai perbezaan di antara Web 1.0 dan Web 2.0

7.2 Aplikasi Web 2.0 dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Blog

Blog (singkatan untuk web log dalam bahasa Inggeris) ialah

sebuah laman web yang enterinya ditulis menurut urutan

kronologi dan dipaparkan dengan tertib terbalik. "Blog" juga boleh

digunakan sebagai kata kerja yang membawa pengertian "untuk

memeliharakan atau menambahkan isi kandungan ke dalam blog."

Blog memberikan ulasan atau berita mengenai sesuatu tajuk, umpamanya

makanan, politik, atau berita tempatan, dengan sesetengah blog berperanan

lebih sebagai buku harian peribadi dalam talian. Blog yang tipikal

menggabungan teks, imej dan pautan ke dalam blog, laman web,

dan media lain yang berkaitan dengan topiknya. Keupayaan para pembaca

untuk meninggalkan ulasan mereka dalam format interaktif merupakan ciri

yang utama untuk kebanyakan blog. Umumnya blog mengandungi banyak teks,

walaupun sesetengahnya bertumpu pada gambar foto (blog

foto), video (vlog), muzik (blog MP3), atau audio (podcasting). Pada bulan

November 2007, Technorati, enjin carian blog, mendapati terdapat lebih 120

juta blog yang telah wujud dana terus meningkat dua kali ganda sejak awal

Januari 2007. Blog-blog dihoskan, dengan baik oleh perkhidmatan pengehosan

blog yang khusus, mahupun melalu perisian blog, seperti WordPress, Movable

Type, blogger atau LiveJournal.

Page 3: TAJUK 7

FHY, MNI & MK IPG KPT

46

Wiki

Wiki merupakan kumpulan halaman-halaman web yang dapat

diubah oleh semua orang setiap saat. Konsep dan peranti wiki

diciptakan oleh Ward Cunningham. Anda boleh mengubah semua

halaman yang ada di laman web ini. Bagaimana? Sila telusuri sesebuah wiki,

kaji bagaimana laman tersebut boleh disunting semula.

Satu daripada laman wiki ialah Wikipedia. Ia adalah

suatu ensiklopedia online yang bebas disunting oleh siapa saja. Pembangun

Wikipedia ialah Jimmy Wales pernah menggambarkan Wikipedia sebagai

"sebuah usaha untuk menciptakan dan menyebarkan sebuah ensiklopedia

bebas dalam berbagai bahasa berkualiti tinggi kepada setiap orang di planet ini

dalam bahasa mereka masing-masing". Wikipedia hadir untuk membawa

pengetahuan bagi orang yang memerlukannya. 'Wikipedia' merupakan

singkatan dari 'Wiki' dan 'ensiklopedia'. Tujuan Wikipedia adalah untuk

menciptakan ensiklopedia bebas, besar dan lengkap kepada semua

pengguna.

YouTube

YouTube merupakan laman untuk perkongsian video. Pengguna

boleh muat naik, tengok dan kongsi video. Dengan menggunakan

Adobe Flash Video dan HTML 5, teknologi ini ditayangkan secara

meluas mulai konsep user-generated video content. Kebanyakkan kandungan

dalam YouTube dimuat naik oleh pengguna sendiri. Terdapat beberapa

organisasi menawarkan bahan melalui YouTube berkonsepkan kerjasama.

Laman Youtube boleh dicapai di http://www.youtube.com.

Rehat seketika dan buat renungan:

Fikirkan bagaiman anda menggunakan blog, wki dan YouTube sebagai bahan pengajaran anda.

Page 4: TAJUK 7

FHY, MNI & MK IPG KPT

47

Facebook

Facebook adalah sebuah pelayan jaringan sosial yang dilancarkan

pada bulan Februari 2004. Dimiliki dan dioperasikan oleh Facebook,

Inc. Pada September 2012, Facebook memiliki lebih dari satu

juta pengguna aktif. Pengguna harus mendaftar sebelum dapat menggunakan

laman ini. Setelah itu, pengguna dapat membuat profil peribadi, menambahkan

pengguna lain sebagai teman, dan bertukar pesan, termasuk pemberitahuan

automatik ketika mereka memperbarui profilnya. Selain itu, pengguna dapat

bergabung dengan kumpulan pengguna mengikut minat yang sama, tempat

kerja, sekolah atau pergajian tinggi, atau ciri khas lainnya, dan

mengelompokkan teman-teman mereka ke dalam daftar seperti "Rakan Kerja"

atau "Teman Dekat". Facebook didirikan oleh Mark Zuckerberg bersama teman

sekamarnya dan sesama mahasiswa Universiti Harvard, Eduardo

Saverin, Andrew McCollum, Dustin Moskovitz dan Chris Hughes. Sebahagian

besar daripada anda mempunyai akaun facebook. Oleh itu cuba baca renungan

di bawah.

Rehat seketika dan buat renungan:

Fikirkan bagaiman anda menggunakan blog, wki dan YouTube sebagai bahan pengajaran anda.

Google Hangout

Google Hangout (GH) adalah produk baru dari Google. GH adalah

sebahagian dari Google Plus. Jika anda belum tahu, Google Plus

adalah Facebook versi Google. Google Hangout menyimpan

percakapan di dalam jaringan cloud Google seperti pesanan, termasuk foto-

foto. Ia boleh dicapai semula walaupun selepas beberapa tahun

kemudian. Kelebihan Google Hangout di antara lain adalah pengguna boleh

mengirim pesanan pada bila-bila masa sama ada dalam mod segerakan

mahupun tidak segerak. Seperti di Google+, aplikasi Hangout menawarkan

perkhidmatan video call yang boleh dilakukan serentak sehingga 10 orang

pengguna sekaligus. Ini satu daripada kelebihan Google Hangout.

Renungan: Bagaimana anda boleh memanfaatkan perkhidmatan video call dalam pengajaran anda?

Page 5: TAJUK 7

FHY, MNI & MK IPG KPT

48

Mobile Apps

Mobile Apps (mobile applications or apps) adalah program

tambahan untuk peranti mudah alih seperti telefon pintar

dan tablet. Program ini dikenali sebagai apps. Aplikasi ini

pada awalnya hanya mempunyai address books, to-do

lists, alarm dan message lists. Sekarang apps semakin

popular dan digunakan secara meluas. Apps adalah berbeza untuk peranti

mudah alih yang berbeza. Sebagai contoh, apps untuk iPhone tidak boleh

digunakan untuk Android.

Salah satu apps yang popular ialah QR Code. Ia merupakan singkatan

kepada Quick Response Code. Ia merupakan kod bar matrik dwidimesi

yang mempunyai satu set data seperti nombor, huruf dan simbol. Sebelum ini

kod bar adalah satu dimensi yang berbentuk garisan. Konsep asas QR Code

ialah titik segiempat yang disusun secara bergrid hitam-putih tetapi ia juga

boleh didapati dalam pelbagai warna. Ia menghubungkan telefon mudah alih

dengan URL bagi laman web, video di YouTube, nombor telefon, emel, SMS,

teks dan lain-lain.

QR Code boleh diimbas oleh telefon mudah alih menggunakan kamera dan

aplikasi QR Reader. Aplikasi QR Reader boleh di muat turun secara

percuma daripada apps store seperti Google Play, Apple’s App Store dan

Windows Phone Marketplace. Ia berfungsi untuk membaca dan

menterjemahkan kod. Manakala aplikasi QR Generator pula digunakan

untuk mencipta QR Code. Ia juga boleh didapati di laman web dan digunakan

secara percuma. QR Code boleh digunakan dalam pengajaran dan

pembelajaran seperti mempromosi dan mempersembahkan bahan. Ini

bermakna, QR Code merupakan suatu kaedah pengajaran yang

menggunakan pendekatan mobile learning.

Renungan: Bagaimana anda boleh gunakan QR Code dalam pengajaran anda?

Page 6: TAJUK 7

FHY, MNI & MK IPG KPT

49

7.3 Rumusan

Tajuk ini membincangkan tentang aplikasi Web 2.0. Secara kesimpulan, setiap

guru perlu memahami konsep Web 2.0. Seterusnya, guru perlu mengetahui konsep

internet dan perkhidmatan internet supaya dapat menggarap sebarang perubahan

teknologi. Tajuk ini penting kerana guru perlu menggunakan aplikasi rangkaian

untuk mendapat pelbagai maklumat dan meyampaikannya kepada anak didiknya.

TUGASAN TERARAH

Hasilkan satu bahan pengajaran menggunakan aplikasi web 2.0 dalam pengajaran dan pembelajaran seperti berikut:

(i) Blog

(ii) Penggunaan video dari YouTube

(iii) Penggunaan QR Code

RUJUKAN Mohamed Amin, Embi. 2011. Web 2.0 Sosial Networking Tools : A Quick Guide.

Center of Academic Advancement, UKM. (https://docs.google.com/file/d/0B9JmwSbHIe0tSXNhUWVwWHVzNXc/edit?usp=driv

e_web) Mohamed Amin, Embi. 2011. Survey and Pooling Tools : A Quick Guide. Center of

Academic Advancement, UKM (https://docs.google.com/file/d/0B9JmwSbHIe0tT25ObUFzQmtSNkE/edit?usp=drive_

web) Mohamed Amin, Embi. 2011. Collaboration Tools : A Quick Guide. Center of

Academic Advancement, UKM (https://docs.google.com/file/d/0B9JmwSbHIe0tMEV2ZDBuZjVXelU/edit?usp=drive_

web) Mohamed Amin, Embi. 2011. Content Creation Tools : A Quick Guide. Center of

Academic Advancement, UKM (https://docs.google.com/file/d/0B9JmwSbHIe0tT0owVENRck1aRDA/edit?usp=drive

_web) Mohamed Amin, Embi. 2011. Interactive Tools : A Quick Guide. Center of Academic

Advancement, UKM (https://docs.google.com/file/d/0B9JmwSbHIe0tYUljMkFlTGFvbDA/edit?usp= drive_web) Smaldino,S.E, Deborah L. Lowther & James D. Rusell (2012). Instructional

technology and media for learning. (10th ed.).New Jersey:Pearson Educational

Inc. Timothy, J. O’Leary & Linda, I. O’Leary.(2014).Computing Essentials 2014: Making IT

work for you. New York: McGraw-Hill.