tajuk 6

20
TAJUK 6: REKA BE NTUK DAN PEMBINA AN UJIAN

Upload: jamaludin-bin-musa

Post on 12-Dec-2015

221 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

pengurusan ujian

TRANSCRIPT

Page 1: TAJUK 6

TAJUK 6: REKA BENTUK DAN PEMBINAAN UJIAN

Page 2: TAJUK 6

6.1  Kebolehpercayaan item ujian Kebolehpercayaan ujian merujuk kepada ketekalan ujian

iaitu adakah ujian tersebut dapat mengukur secara konsisten.

Sebagai contoh  sesuatu alat pengukur itu dikatakan boleh dipercayai atau mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi jika ia sentiasa memberikan bacaan yang sama atau konsisten setiap kali digunakan untuk mengukur.

Begitu juga sesuatu ujian itu dikatakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi jika ia memberikan markah yang sama setiap kali diuji kepada seorang pelajar yang sama.

Namun demikian perlu diingat iaitu sesuatu item ujian itu mungkin mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi tetapi adakah ia dapat memenuhi objektif item tersebut(sah), iaitu apa yang hendak diukur oleh item tersebut.

Satu item yang baik mestilah memenuhi kedua-dua perkara tersebut.

Page 3: TAJUK 6

Untuk menjamin kebolehpercayaan yang tinggi sesorangguru harus mengawal keadaan ujian supaya ia tidak menimbulkan perbezaan atau selisih antara calon. Antara langkah-langkah yang boleh diambil ialah:

1.    Gunakan bahasa serta istilah yang tepat dan mudah difahami supaya calon tidak keliru.

2.    Sediakan arahan yang jelas dan mencukupi. Arahan yang diberi secara lisan harus juga diberi secara bertulis.

3.    Bilangan soalan harus mencukupi. Semakin banyak soalan(yang setara) semakin tinggi kebolehpercayaannya.

4.    Masa yang diberikan harus mencukupi. 5.    Keadaan ujian yang sama(arahan, soalan, masa dan

keadaan fizikal) harus disediakan untuk semua calon. 6.    Skema pemarkahan yang objektif harus disediakan dan

skema yang sama digunakan untuk semua calon.

Page 4: TAJUK 6

Kebolehpercayaan sesuatu ujian

dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti: Bilangan Soalan Pada umumnya, sekiranya faktor-faktor yang

lain tidak berubah, ujian yang lebih panjang mempunyai tahap kebolehpercayaan yang lebih tinggi. Ini bermakna ujian yang mempunyai lebih banyak soalan adalah lebih boleh dipercayai

Page 5: TAJUK 6

Panjang SoalanSekiranya masa ujian tetap, ujian yang mengandungisebilangan besar soalan pendek akan mempunyai tahap kebolehpercayaan yang lebih tinggi.

Kesukaran SoalanPada umumnya, ujian yang mengandungi soalan yangKesukarannya sederhana akan mempunyai tahap kebolehpercayaan yang lebih tinggi.

Kejelasan SoalanSoalan yang tidak jelas tugasannya akan mengurangkantahap kebolehpercayaan ujian.

Page 6: TAJUK 6

6.1.1   Prosedur menganggar kebolehpercayaan skor ujian. Terdapat dua prosedur yang sering digunakan dalam

menganggarkan kebolehpercayaan skor ujian. 1.         Pentadbiran dua ujian. (a)        Kaedah uji dan uji sekali lagi (Test Retest Method) (b)        Kaedah ujian bentuk setara (Parallel Form Method) atau kaedah bentuk selang-seli (Alternate Form Method) Merupakan kaedah terbaik dalam membuat anggaran

kebolehpercayaan pengukuran akademik.

Page 7: TAJUK 6

 Kebolehpercayaan bentuk setara juga disebut sebagai teknik selang seli atau bentuk selari

Kaedah ini digunakan untuk mengelakkan calon dari mengingat item yang diuji

Skor kedua-dua ujian yang ditadbirkan kepada calon yang sama

Sekiranya kedua-dua ujian itu ditadbirkan secara bergilir, maka pekali kebolehpercayaan dipanggil sebagai pekali penyetaraan

Pekali ini menggambarkan variasi prestasi calon antara ujian pertama dengan ujian kedua. Sekiranya calon diuji dengan bentuk 1 pada satu ketika dan bentuk 2 pada ketika yang lain, kedua-dua bentuk ini adalah setara

Skornya dikorelasikan, maka kita akan dapat pekali kestabilan dan penyetaraaan

Page 8: TAJUK 6

Ujian bentuk setara ini dibina secara berasingan

dan mestilah memenuhi spesifikasi berikut:

sama bilangan sama bentuk sama arahan sama tempoh ujian sama format sama kandungan sama julat sama aras kesukaran soalan berbeza

Page 9: TAJUK 6

2.   Pentadbiran satu ujian. Kaedah belah dua (Split half method)    (a)       Kaedah Belah Dua. Pembina memberikan satu bentuk ujian kepada

satu kumpulan calon. Untuk menskorkan ujian, pembina

membahagikan item kepada dua sub-ujian. Setiap ujian mengandungi ½ daripada bilangan

item yang asal. Tujuan membahagikan kepada dua sub-ujian

ialah untuk mendapatkan dua ujian yang selari mungkin.

Page 10: TAJUK 6

6.2.1  Kesahan Item Ujian Kesahan ujian merujuk kepada kualiti ujian yang

betul-betul dapat mengukur dan menilai dengan tepat. Secara ringkasnya sesuatu ujian itu dikatakan sah jika maklumat yang diperoleh adalah benar. Kesahan ujian bergantung kepada masa, situasi dan kumpulan sasaran yang diukur dan dinilai. Setiap ujian yang dibina oleh guru haruslah disemak bagi menentukan penggunaannya adalah sah setiap kali  ia ditadbirkan. Kesahan ujian adalah berkaitan dengan pengertian sejauh mana markah yang diperoleh daripada sesuatu ujian itu dapat diinterpretasikan sebagai ukuran ciri, sifat atau konstruk yang telah dirancang diukur itu.

Page 11: TAJUK 6

 Dalam peperiksaan, isu mengenai kesahan ujian itu difokuskan kepada soal sama ada keperluan kesahan isi kandungan sukatan pelajaran telah dipenuhi atau tidak. Secara ringkas, kesahan isi kandungan adalah berkaitan dengan isu sama ada isi kandungan sesuatu ujian itu merupakan sampel yang “representatif” bidang pengetahuan atau kemahiran yang sepatutnya diukur. Ini diambil menjadi satu indikator atau penunjuk bagi menunjukkan mutu ujian tersebut.

Page 12: TAJUK 6

Oleh itu sesuatu ujian itu dianggap sah selagi ujian itu dapat mengesan dan mengukur apa yang sepatutnya ia ukur. Ia juga merujuk kepada kesesuaian, keertian dan kebergunaan sesuatu inferens yang akan dibuat daripada interpretasi skor ujian itu.

Page 13: TAJUK 6

Kesahan boleh dibahagikan kepada tiga kategori: Kesahan Konstruk

Ujian boleh digunakan dalam berbagai keadaan dan untuk berbagai tujuan. Adalah penting kita memahami apakah keertian yang boleh diberikan kepada markah ujian yang diperoleh itu dan bagaimana ianya diinterpretasikan berkaitan seseorang individu yang mengambil ujian tersebut. Sesuatu ujian dibina untuk mengukur sesuatu konstruk.

Page 14: TAJUK 6

Satu ujian mungkin dibina untuk mengukur kebolehan individu menyelesaikan masalah matematik. Kebolehan menyelesaikan masalah matematik pada sesuatu peringkat adalah satu konstruk. Ujian bakat muzik mengukur konstruk kebolehan dalam bidang muzik dan memberi petunjuk kepada kita sama ada seseorang individu itu mempunyai kebolehan dalam bidang muzik. Ujian Fizik SPM mengukur pencapaian pelajar pada peringkat tingkatan 4 dan 5 dalam kurikulum Fizik SPM.

Page 15: TAJUK 6

Kesahan Kandungan

Kesahan Isi Kandungan adalah aspek yang terpenting di dalam proses pembinaan ujian. Ujian adalah pensampelan yang representatif tingkah laku pelajar dalam sesuatu kurikulum, supaya markah atau skor yang diperoleh nanti daripada ujian tersebut adalah gambaran yang representatif pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam kurikulum tersebut.

Page 16: TAJUK 6

Untuk memperoleh kesahan ini satu Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) dibina. Jadual ini akan mengandungi maklumat yang terperinci mengenai kurikulum yang diuji tentang isi kandungan kurikulum, kemahiran yang akan diuji, taraf kesukaran, bilangan item, dan juga wajaran atau pemberatan setiap tajuk dan subtajuk kurikulum itu. Berpegang teguh kepada JSU menjamin ujian menguji apa yang ia sepatutnya menguji.

Page 17: TAJUK 6

Kesahan Kaitan-Kriteria

Kesahan Kaitan-Kriteria mengaitkan kesahan ujian kepada sesuatu kriteria yang ditentukan. Yang dikaitkan ialah skor ujian itu dengan kriteria. Kekuatan pertalian skor ujian dengan kriteria diukur melalui teknik korelasi.

Sehubungan dengan ini terdapat dua jenis kesahan iaitu: 1.    kesahan ramalan, dan 2.    kesahan serentak/semasa.

Page 18: TAJUK 6

Kesahan Ramalan

Kesahan Ramalan berkait rapat dengan tujuan ujian, iaitu meramal sesuatu. Ia sangat-sangat bergantung kepada kebolehan skor ujian itu membuat ramalan tentang prestasi masa hadapan pelajar.

Page 19: TAJUK 6

Kesahan Serentak/Semasa Kesahan Serentak/Semasa merujuk kepada kesahan

sesuatu ujian yang seiras dengan sesuatu ujian yang lain yang sedia ada. Pertalian korelasi di antara ujian yang baru dengan ujian yang sedia ada itu mengukur kekuatan kesahan serentak/semasa.

Kesahan ini juga digunakan apabila kita memerlukan mengujudkan satu kaedah baru (yang lebih baik) untuk menggantikan kaedah lama yang sedia ada. Pertalian korelasi markah ujian yang digunakan di dalam kedua kaedah itu menggambarkan kekuatan kesahan serentak/semasa.

Page 20: TAJUK 6

Faktor-faktor yang mempengaruhi

kesahan kaitan-kriteria 1. Tempoh masa di antara peramal dengan kriteria. Lebih lama jarak masa, membolehkan peramal menambah ilmu dan pengalaman. Ini akan mengurangkan kesahan ramalan.

2. Kebolehpercayaan ujian yang digunakan. Kebolehpercayaan yang rendah mengurangkan kesahan.

3. Populasi, bilangan item dalam ujian, panjang soalan dalam ujian, kejelasan soalan dalam ujian, panjang masa ujian, kesukaran ujian, semuanya mempengaruhi kebolehpercayaan ujian. Dengan itu sudah tentu akan mempengaruhi kesahan ujian.