kerja kursus pentaksiran pendidikan seni sekolah rendah

45
1.a) PENGERTIAN DAN KONSEP PENTAKSIRAN i. Pengertian Pentaksiran Dalam konteks sekarang, istilah pentaksiran mula digunakan dalam membuat penilaian. Popham (2000) berpendapat istilah pengukuran, pengujian dan pentaksiran digunakan silih berganti dan dianggap sebagai sinonim. Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat pembelajaran seseorang pelajar. Dasar penting bagi pencapaian P&P yang berkesan melalui langkah2 pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat dan berkesan dijalankan dalam kelas. Justeru kecekapan guru dalam membangun instrumen pengujian dan penilaian amat penting. ii. Konsep pentaksiran Menurut Azizi Ahmad Mohd Isa Awang dalam bukunya Pengukuran dan Penilaian Pendidikan muka surat 23, pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan maklumat untuk membuat pertimbangan tentang produk sesuatu pendidikan. Lembaga Peperiksaan Malaysia (2000) dalam artikelnya, Pentaksiran dan Penilaian dalam Pendidikan Khas, mentakrifkan pentaksiran sebagai suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod (pengujian), memberikan skor atau markah (pengukuran) dan menterjemah maklumat (penilaian) tentang pembelajaran seseorang murid bagi tujuan tertentu. Daripada penerangan ini, kita boleh mengatakan bahawa pentaksiran merangkumi pengujian, pengukuran dan penilaian. iii) Objektif Pentaksiran Pentaksiran bertujuan untuk membantu guru dalam perkara berikut: 1. Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh. 2. Mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh. 3. Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pembelajaran dari masa ke semasa. 4. Merangsang aktiviti mengikut keperluan perkembangan dan pertumbuhan murid.

Upload: agnes-lema

Post on 27-Oct-2015

770 views

Category:

Documents


15 download

DESCRIPTION

psv3111: pentaksiran pendidikan seni visual

TRANSCRIPT

Page 1: kerja kursus pentaksiran pendidikan seni sekolah rendah

1.a) PENGERTIAN DAN KONSEP PENTAKSIRAN

i. Pengertian Pentaksiran

Dalam konteks sekarang, istilah pentaksiran mula digunakan dalam membuat

penilaian. Popham (2000) berpendapat istilah pengukuran, pengujian dan

pentaksiran digunakan silih berganti dan dianggap sebagai sinonim. Dalam konteks

pendidikan, pentaksiran merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran yang

merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan

menterjemah maklumat pembelajaran seseorang pelajar. Dasar penting bagi

pencapaian P&P yang berkesan melalui langkah2 pengujian, pengukuran dan

penilaian yang tepat dan berkesan dijalankan dalam kelas. Justeru kecekapan guru

dalam membangun instrumen pengujian dan penilaian amat penting.

ii. Konsep pentaksiran

Menurut Azizi Ahmad Mohd Isa Awang dalam bukunya Pengukuran dan

Penilaian Pendidikan muka surat 23, pentaksiran merupakan satu proses

mendapatkan maklumat untuk membuat pertimbangan tentang produk sesuatu

pendidikan. Lembaga Peperiksaan Malaysia (2000) dalam artikelnya, Pentaksiran

dan Penilaian dalam Pendidikan Khas, mentakrifkan pentaksiran sebagai suatu

proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod

(pengujian), memberikan skor atau markah (pengukuran) dan menterjemah

maklumat (penilaian) tentang pembelajaran seseorang murid bagi tujuan tertentu.

Daripada penerangan ini, kita boleh mengatakan bahawa pentaksiran merangkumi

pengujian, pengukuran dan penilaian.

iii) Objektif Pentaksiran

Pentaksiran bertujuan untuk membantu guru dalam perkara berikut:

1. Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.

2. Mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh.

3. Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pembelajaran dari

masa ke semasa.

Page 2: kerja kursus pentaksiran pendidikan seni sekolah rendah

4. Merangsang aktiviti mengikut keperluan perkembangan dan pertumbuhan

murid.

5. Mengesan keberkesanan pengajaran

6. Mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat umur.

iv) Tujuan Pentaksiran

Tujuan pentaksiran adalah:

i. Mengesan keberkesanan pengajaran.

ii. Menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan sertamerta.

iii. Merancang aktiviti pengajaran mengikut keperluan perkembangan dan

pertumbuhan murid.

iv. Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.

v. Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pengajaran dari masa ke

semasa.

vi. Mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh.

v) Ciri- Ciri Pentaksiran

1. Kesahan Skor : Merujuk kepada relevan dan kecukupan cakupan

2. Kebolehpercayaan Skor : Merujuk kepada ketekalan dan ketepatan

3. Keobjektifan : Ketepatan seseorang pentaksir memberikan skor

4. Kebolehtadbiran : Kelicinan kerja-kerja mentadbir ujian yang dilaksanakan

secara berpusat atau berasaskan sekolah

5. Kemudahtafsiran : Maklumat tentang calon berdasarkan skor, diskrimininasi

antara calon, ketepatan tujuan mengadakan ujian

6. Kekomprehensifan : Kertas soalan mewakili semua objektif penting Sukatan

Pelajaran

Page 3: kerja kursus pentaksiran pendidikan seni sekolah rendah

Rajah 1: perhubungan antara pentaksiran, penilaian,pengukuran dan pengujian

Daripada rajah 1 di atas, dapat disimpulkan bahawa pengujian, pengukuran

dan penilaian adalah di dalam pentaksiran. Oleh yang demikian, untuk mendalami

konsep pentaksiran, pemahaman konsep pengujian, pengukuran dan penilaian

adalah amat penting sekali. 

b) PENTAKSIRAN AUTENTIK

i. Pengertian Dan Konsep Pentaksiran Autentik

Pentaksiran autentik menurut Pert (1990) merupakan bentuk penilaian yang

berdasarkan pencapaian sebenar yang ditunjukkan oleh kanak-kanak di dalam bilik

darjah setiap hari. Pentaksiran autentik ini meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek

merangkumi pengetahuan pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian masalah,

kemahiran sosial, sikap terhadap persekitaran, dan simulasi terhadap situasi dunia

sebenar. Dalam erti kata lain, pentaksiran autentik ini juga merupakan suatu proses

yang melibatkan pelbagai bentuk pengukuran prestasi yang boleh mereflek tahap

pembelajaran pelajar, kejayaan, motivasi dan sikap pada aktiviti yang releven.

Menurut Grace, (1992), penilaian autentik ini merupakan amalan yang membabitkan

kanak-kanak secara realistik dalam menilai kemajuan mereka sendiri. Ia juga

melibatkan pentaksiran yang dilakukan secara berterusan. ‘Realistik’ dan ‘bermakna’

merupakan terma yang sering digunakan dalam pentaksiran autentik. (Sumber: Buku

Educational Assessment of Students).

PENTAKSIRAN

Penilaian

Pengukuran

pengujian

Page 4: kerja kursus pentaksiran pendidikan seni sekolah rendah

Melalui pentaksiran autentik ini, ia dapat memberi peluang kepada kanak-

kanak untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang ada pada mereka

melalui cara yang berkaitan dengan kehidupan mereka dan tidak tertakluk kepada

kemahiran dan pengetahuan di prasekolah sahaja. Terdapat pelbagai kaedah atau

teknik yang boleh digunakan untuk menjalankan pentaksiran autentik ini contohnya

melalui portfolio, pemerhatian, rekod anekdot dan pelbagai lagi. Dengan ini dapat

disimpulakan bahawa, pentaksiran autentik ini adalah subset kepada alternatif

proses pentaksiran yang mana ia menggunakan spektrum yang lebih luas untuk

melihat perkembangan pelajar dengan lebih menyeluruh dan bukan hanya tertakluk

kepada ujian semata-mata. Spektrum yang luas ini merangkumi situasi pembelajaran

yang sebenar meliputi kehidupan seharian pelajar dan bermakna.

ii. Tujuan Pentaksiran Autentik

Prosedur pentaksiran yang sedia ada kini iaitu yang berasaskan kepada

peperiksaan ujian semata tidak dapat mengukur keseluruhan potensi pelajar yang

meliputi sahsiah, emosi, rohani dan jasmani. Peperiksaan berbentuk objektif

contohnya, hanya menekankan pentaksiran berbentuk kemahiran diskret dan tidak

mengandungi kejituan dalam menilai penglibatan pelajar di dalam aktiviti kelas,

interaksi sosial atau situasi sebenar kehidupan. Menurut Wiggins (1990), peralihan

bentuk pentaksiran kepada pentaksiran autentik adalah bertujuan untuk:

menghendaki pelajar menggunakan pengetahuan dengan bermakna.

menghendaki pelajar mahir menggunakan pelbagai kemahiran (contohnya,

penulisan, penyelidikan, perdebatan, kemahiran komunikasi dan kemahiran

berfikir secara kritis).

memberi pelajar peluang untuk memperbaiki dan melakukan

penambahbaikkan melalui pemikiran kritis dari masa ke semasa dalam

memperoleh kejayaan pada masa hadapan.

merangsang pelajar menggunakan kombinasi kemahiran, pengetahuan,

kemampuan yang ada dalam dunia sebenar.

Page 5: kerja kursus pentaksiran pendidikan seni sekolah rendah

Sehubungan dengan itu, pentaksiran autentik ini juga dapat mencungkil

kemahiran pelajar di samping memberi peluang kepada pelajar untuk memperbaiki

diri agar dapat dinilai dengan lebih baik lagi pada masa hadapan.

J. Michael O’ Malley merupakan seorang penyelia pentaksiran di Prince William

County Public School, Virginia dan Lorraine Valdez Pierce, siswazah dari School of

Education di Universiti George Mason telah menyenaraikan ciri-ciri prestasi pelajar

yang perlu dipertimbangkan dalam pentaksiran autentik iaitu;

Membentuk reaksi (Constructed Response)

- Pelajar membentuk atau memberi reaksi berdasarkan kepada pengalaman

mereka terhadap situasi dan menerokai pelbagai sumber baru dalam

menghasilkan produk.

Tahap pemikiran tinggi

- (Higher-Order Thinking) Reaksi terhadap soalan terbuka memerlukan

kemahiran menganalisis, mensintesis dan penilaian.

-

Kejituan (Authenticity)

- Tugasan yang bermakna, mencabar, dan melibatkan aktiviti dalam konteks

kehidupan sebenar.

Integratif (Integrative)

- Tugasan meliputi kombinasi kemahiran kesusateraan dengan pelbagai

kandungan lain yang merentasi kurikulum .

Proses dan produk (Process and Product)

- Strategi dan prosedur yang boleh membawa kepada peningkatan potensi

dan meneroka pelbagai penyelesaian terhadap masalah yang kompleks 

Dalam melaksanakan pentaksiran yang jitu, perkara di atas perlu dipertimbang

dengan teliti agar matlamat pentaksiran autentik sebagai pentaksiran yang holistik

dapat dicapai. Sehubungan dengan itu, tahap perkembangan kanak-kanak yang

berbeza perlu dipertimbangkan terlebih dahulu sebelum menggunakan pentaksiran

autentik ini.

Page 6: kerja kursus pentaksiran pendidikan seni sekolah rendah

iii. Ciri-Ciri Pentaksiran Autentik

Berikut merupakan ciri-ciri yang perlu ada dalam pentaksiran autentik dalam

menganalisis keperluan kaedah penilaian ini dalam bidang pendidikan awal kanak-

kanak. Antaranya ialah;

o Menilai pemahaman melalui penarnpilan tugasan yang dilaksanakan

o Indikator profisensi melalui aktiviti melakukannya

o Subjek menganalisis, mensintesis dan mengaplikasi

o Subjek membina maksud yang tersirat

o Berpusatkan kanak-kanak

iv) Kepelbagaian Kaedah Pentaksiran Autentik

O’ Malley dan Pierce telah mengkategorikan kepelbagaian kaedah pentaksiran

autentik dan tingkahlaku kanak-kanak yang boleh diperhatikan dan

didokumentasikan. Contohnya adalah seperti yang terdapat di jadual di bawah.

Temubual Guru bertanya kepada kanak-kanak tentang latar belakang,

aktiviti, minat dan lain-lain lagi

Penceritaan

Semula /

Bercerita

Kanak-kanak bercerita melalui pengalaman atau melalui

pembacaan mereka 

Sampel

Penulisan

Kanak-kanak bercerita, memberikan penjelasan melalui

penulisan

Projek/

Pameran

Kanak-kanak bekerjasama dalam kumpulan untuk melaksanakan

projek atau pameran melibatkan persembahan atau pameran

Eksperimen/

Demostrasi

Kanak-kanak mendemostrasikan eksperimen, melaksanakan

prosedur mengikut langkah yang ditetapkan dan

mendokumentasikan hasil eksperimen

Page 7: kerja kursus pentaksiran pendidikan seni sekolah rendah

Pemerhatian

Guru

Guru melakukan pemerhatian dengan mendokumentasikan

tumpuan dan interaksi pelajar di dalam kelas dan kerjasama di

dalam aktiviti kelas

Portfolio Guru mengumpul koleksi hasil kerja kanak-kanak untuk melihat

perkembangan dari masa ke semasa 

Kaedah yang dinyatakan di atas merupakan beberapa kaedah yang boleh

digunakan dalam pentaksiran autentik. Melalui kaedah di atas, guru dapat melihat

perkembangan kanak-kanak prasekolah secara menyeluruh contohnya dari segi

kemahiran berkomunikasi, bekerjasama, sahsiah dan lain lain lagi.

c) PENILAIAN SUMATIF

Penilaian sumatif ialah penilaian yang dibuat pada akhir pengajaran ( akhir

penggal/ akhir tahun), yang bertujuan untuk menilai pencapaian akhir pelajar.

Berbeza dengan penilaian formatif yang lebih menumpukan kepada penilaian

penguasaan pelajar dalam sesuatu tajuk, penilaian sumatif bertujuan untuk

menentukan pencapaian pelajar pada akhir penggal persekolahan atau akhir tahun

yang juga dapat menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum

i. Ciri- ciri penilaian sumatif:

penialain sumatif lebih menumpukan menilai tahap penguasaan pelajar dalam satu-

satu topik pembelajaran. Selain itu, penilaian formatif dijalankan untuk menentukan

pencapaian pelajar pada akhir sesuatu penggal persekolahan dan digunakan untuk

menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum secara keseluruhan.

ii) Langkah-langkah membentuk ujian sumatif:

sebelum melaksanakan ujian sumatif, terdapat juga langkah-langkah untuk

membentuk ujian sumatif agar item atau soalan yang dibuat hendaklah selaras

dengan tahap dan topik-topik yang telah dipelajari oleh murid-murid. Berikut adalah

langkah-langkah dalam membentuk ujian sumatif ;

Page 8: kerja kursus pentaksiran pendidikan seni sekolah rendah

o Membentuk jadual penentuan ujian yang mengandungi maklumat yang

lengkap berkaitan objektif, bentuk item, jumlah item, tempoh penilaian,

kandungan dan sebagainya. Ini bagi memastikan kesahan ujian yang bakal

dilaksanakan dan kebolehpercayaan keputusan yang diperolehi.

o Menggubal soalan-soalan yang berkaitan dengan isi dan perlakuan yang ingin

diuji. Setiap item haruslah menguji objektif pelajaran yang telah ditetapkan.

o Mengumpul item secara sistematik. Misalnya mengelompokkan item mengikut

bentuk yang sama. Item objektif diasingkan dengan item mengisi tempat

kosong, esei dan sebagainya. Item juga boleh disusun mengikut susunan

topik atau mengikut aras kemahiran kognitif. Misalnya menyusun soalan

bermula aras rendah diikuti aras lebih tinggi.

o Menyiapkan skema pemarkahan bagi tujuan penyemakan kertas ujian. Ini

dapat mengelakkan berlakunya bias dalam pemberian markah murid-murid.

o Menyediakan arahan yang jelas tentang apa yang seharusnya murid lakukan

dalam menjawab setiap soalan yang dikemukakan.

o Menguji item tersebut terlebih dahulu melalui ujian rintis kepada sampel

pelajar bagi memastikan ujian yang bakal dijalankan itu benar-benar sah dan

boleh dipercayai serta dapat membaiki kelemahan-kelemahan yang wujud

pada item berkenaan.

o Menganalisis item yang telah ditadbir secara rintis bagi mengetahui aras

kesukaran item, daya diskriminasi item, ketunggalan item, kesahan dan

kebolehpercayaan berkenaan serta memastikan pilihan jawapan yang

disediakan (distraktor) dapat berperanan dengan baik.

iii) Tujuan Ujian Sumatif

penilaian sumatif dibentuk bukan bertujuan untuk membebankan guru atau murid

mahupun menyusahkan murid terpaksa mengulang semula tajuk atau topik pelajaran

yang sudah dipelajari. Namun, berikut adalah tujuan penilaian sumatif dijalankan

atas murid-murid;

o Membantu murid-murid secara individu dalam meningkatkan pencapaian.

o Memberikan gred kepada murid-murid berdasarkan pencapaian yang

ditunjukkan dalam peperiksaan yang diadakan.

Page 9: kerja kursus pentaksiran pendidikan seni sekolah rendah

o Mengiktiraf kebolehan dan kemahiran yang dimiliki oleh pelajar. Ini

berdasarkan skor yang diperolehi oleh pelajar dalam penilaian yang

dijalankan.

o Dijadikan petunjuk dalam memulakan sesuatu kursus baru yang berkaitan.

o Memperlihatkan peringkat pencapaian yang berbeza mengikut kumpulan. 

d) PENILAIAN FORMATIF

Penilaian formatif adalah penilaian yang dibuat secara berterusan, iaitu sepanjang

proses pengajaran dan pembelajaran, untuk menilai keberkesanan pengajaran guru

dan pembelajaran pelajar bagi setiap tajuk yang diajar.

 i) Ciri-ciri Penilaian Formatif

o Dijalankan bagi tujuan memperoleh maklumat bagi memperbaiki kurikulum.

o Dijalankan sepanjang masa dan maklumat yang diperolehi daripada penilaian

ini digunakan secara terus menerus.

o Bercorak ujian diagnostik yakni yang dapat memberikan input akan masalah

yang dihadapi murid dalam mengikuti pembelajaran.

o Dijalankan sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

o Maklumat yang diperolehi hendaklah digunakan serta merta dalam

memperbaiki pengajaran dan pembelajaran agar pelajar dan guru sama-sama

memperolehi manfaat daripadanya.

o Contoh: sesi soal jawab, latihan yang diberikan guru dan ujian di bilik darjah

yang tidak ditentukan gred.

ii) Prosedur Penilaian Formatif 

sebelum membina soalan atau item, guru hendaklah mengetahui prosedur untuk

membuat penilaian formatif, sama seperti jenis-jenis penilaian yang lain. Langkah-

langkahnya ialah;

1. Menentukan topik pembelajaran.

o Sukatan pelajaran mengandungi beberapa topik yang seharusnya dihabiskan

sepanjang sesi persekolahan untuk satu tahun. Topik berdasarkan sukatan

Page 10: kerja kursus pentaksiran pendidikan seni sekolah rendah

pelajaran disusun mengikut peringkat kesukaran. Seandainya topik tersebut

mempunyai cakupan yang luas, maka penekanan harus diberikan dan

mungkin diperlukan dikecilkan kepada sub-topik tertentu. Dengan cara ini guru

akan dapat memastikan murid-murid menguasai sesuatu sub-topik tertentu

terlebih dahulu sebelum meneruskan kepada topik-topik seterusnya. Sebelum

beralih kepada topik lain, guru akan mengadakan ujian formatif untuk melihat

tahap penguasaan sesuatu topik.

2) Menyatakan aspek dan tahap pencapaian bagi sesuatu topik

pembelajaran.

o Guru menentukan kebolehan pelajar dalam mengenal warna, simbol,

membaca dan lain-lain mengikut keperluan topik berkenaan. Setelah aspek

berkenaan ditentukan, maka guru boleh menentu tahap penguasaan murid-

murid dalam bilik darjah terhadap satu-satu topik berkenaan. Dalam hal ini

apabila keputusan menunjukkan 80% hingga 90% pelajar telah menunjukkan

penguasaan terhadap sesuatu topik, memperlihatkan bahawa kebanyakan

pelajar sudah menguasai topik berkenaan.

3)  Menghubungkaitkan elemen-elemen yang terdapat dalam setiap topik

o Guru perlu menyusun elemen-elemen yang terdapat dalam topik-topik

pembelajaran pada peringkat perlakuan tertentu dengan berdasarkan

taksonomi pendidikan. Setelah pemeringkatan mengikut tahap perlakuan

selesai, gurus seterusnya mengaitkan semua elemen berkenaan yang

terdapat dalam satu-satu topik agar saling bertautan dan tidak terpisah.

4)  Membentuk soalan ujian

o Dilakukan selepas penentuan elemen-elemen berkenaan setiap elemen

berkenaan seharusnya diuji kepada pelajar sekurang-kurangnya satu soalan.

5)  Mencadangkan langkah susulan

o Guru mengetahui tahap penguasaan sesuatu topik pembelajaran di samping

kesukaran yang dihadapi oleh murid-murid. tindakan susulan harus

Page 11: kerja kursus pentaksiran pendidikan seni sekolah rendah

dilaksanakan berdasarkan keputusan ujian yang diperolehi. Contoh: murid-

murid masih menunjukkan kelemahan ketara dalam sesuatu topik, maka

tindakan selanjutnya yang harus diambil oleh guru ialah mengulang semula

topik berkenaan atau mengubah suai pendekatan penyampaian agar murid-

murid boleh menguasai topik tersebut.

iii) Tujuan Penilaian Formatif

Secara ringkas, tujuan penilaian formatif dilakukan adalah untuk;

o Memperbaiki pengajaran pembelajaran.

o Meningkatkan pencapaian pelajar pada akhir sesuatu pelajaran.

o Memperlihatkan kelemahan-kelemahan yang wujud sama ada pada

penyampaian guru atau penguasaan murid dan seterusnya guru akan

memperbaiki agar murid dapat menguasai dengan lebih baik.

o Menolong murid-murid menguasai sesuatu unit atau topik pembelajaran dan

ini memungkinkan mereka memperolehi pencapaian yang lebih baik pada

akhir penggal atau semester persekolahan.

o Memperbaiki kualiti serta dapat meramal pencapaian pelajar. Menjadi satu

kepuasan kepada seseorang guru apabila beliau dapat meningkatkan

pencapaian murid-murid dari semasa ke semasa.

o Guru dapat meninggi dan mengekalkan pencapaian yang memuaskan. Hal ini

melalui perbandingan yang boleh dibuat antara pencapaian murid sekarang

dengan pencapaian murid-murid lalu melalui rekod ujian formatif yang telah

dikendalikan dan mencatatkan masalah yang dihadapi oleh murid-murid

dahulu serta langkah penyelesaian yang telah diambil. Dengan cara ini, guru

dapat mengekalkan prestasi pelajar dan meramal pencapaian pada akhir

penggal persekolahan.

o Mengubah suai pengajaran seseorang guru.

o Guru juga dapat menentukan pendekatan yang lebih baik dalam

penyampaian.

o Memberikan bimbingan pembelajaran kepada murid-murid.

Page 12: kerja kursus pentaksiran pendidikan seni sekolah rendah

o Menjadikan murid sentiasa bersedia untuk menduduki siri ujian yang

dijalankan dan dengan itu memerlukan ketekunan dan tumpuan kepada topik-

topik pembelajaran.

Rumusannya, penilaian sumatif dan formatif adalah sangat penting untuk dijalankan

pada murid-murid bagi mengenalpasti kefahaman murid mengenai topik-topik

pelajaran yang telah mereka pelajari. Secara ringkasnya, di bawah ini adalah

perbezaan antara penilaian sumatif dan penilaian formatif.

Jenis /

Ciri

Penilaian Formatif Penilaian Sumatif

Pengertian

Satu jenis ujian formal atau tak

formal untuk mengesan tahap

penguasaan dan kemajuan murid

di dalam kelas.

Satu jenis ujian formal untuk

mengesan tahap pencapaian

murid dalam sesuatu prestasi

persekolahan.

Tujuan

Mengesan penguasaan dan

kemajuan murid untuk membaiki

kelemahan dengan kada segera.

Mengesan pencapaian murid

berdasarkan beberapa unit

pembelajaran dan pemeringkatan

gred murid di dalam kelas.

Aktiviti

Menjalankan ujian formal atau

tidak formal semasa sesi

pengajaran dan

pembelajaran  sama ada dibuat

secara individu, kumpulan atau

menyeluruh.

Menjalankan ujian formal dalam

beberapa waktu berdasarkan

ketetapan jadual secara individu

mengikut kelas.

Masa

Semasa sesi pengajaran

dilakukan atau setiap hujung

bulan.

Semasa semester pertama

(pertengahan tahun) dan semester

kedua (akhir tahun).

Page 13: kerja kursus pentaksiran pendidikan seni sekolah rendah

Bentuk

Ujian tidak formal (pemerhatian

dan sesi soaljawab), atau formal

(ujian bulan) melibatkan ujian

kertas pensel dam masa yang

singkat.

Ujian formal adalah ujian kertas

pensel atau ujian, lisan dalam

jangka masa yang ditetapkan

mengikut kesesuaiannya.

Sasaran Secara individu, secara kumpulan

atau kelas.

Secara kelas

Liputan Meliputi sesuatu kemahiran (ujian

tidak formal) atau beberapa

kemahiran (ujian formal)

Meliputi beberapa unit

pembelajaran atau sesuatu tahap

persekolahan

Rekod Tiada (bagi ujian tidak formal)

dan penggunaan senarai semak

atau rekod prestasi (bagi ujian

formal)

Penggunaan rekod profil atau

pensijilan.

Tindakan

Membetulkan kelemahan dengan

kadar segera atau menjalankan

aktiviti pengayaan atau pemulihan

di dalam kelas.

Menempatkan murid

kumpulan atau kelas yang

sesuai.

Merancang dan

mengubahsuai pelajaran atau

kurikulum.

Memberi sijil berdasarkan

pencapaian dalam

peperiksaan

Page 14: kerja kursus pentaksiran pendidikan seni sekolah rendah

e) Peraturan Memberi Markah

i. Secara Keseluruhan (Holistik) 

Pemarkahan secara keseluruhan bererti sesebuah esei itu dinilai berdasarkan

kesan keseluruhannya kepada pemeriksa. Contohnya, sekiranya sesebuah karangan

pelajar itu baik kandungannya, idea-idea yang dikemukakan meyakinkan, tidak

terdapat kesalahan-kesalahan bahasa yang serius, tidak terdapat kesalahan ejaan,

menarik gaya penyampaian dan jelas pula huraiannya, sudah tentulah karangan itu

meninggalkan kesan tanggapan (impression) yang positif kepada guru atau

pemeriksa. Berdasarkan kesan secara keseluruhan, karangan seperti ini bolehlah

diberikan markah ‘cemerlang’. 

Pemarkahan esei mengikut teknik ini, iaitu bentuk perincian seperti ejaan,

bentuk tulisan, tatabahasa, perbendaharaan kata dan lain-lain tidak perlu diasing-

asingkan kerana yang dinilai oleh pemeriksa ialah kualiti keseluruhan karangan

berkenaan. Ini bermaksud keseluruhan adalah lebih penting daripada bahagian-

bahagian sesuatu jawapan esei. Di bawah pemarkahan secara holistik ini, terdapat

dua jenis skala yang lazimnya digunakan, iaitu skala ordinal dan skala norminal. 

Langkah-langkah pemarkahan cara holistik dengan menggunakan skala ordinal

ialah: 

Memeriksa setiap skrip pelajar secara keseluruhan, 

Menyusun skrip-skripm pelajar mengikut prestasi, iaitu dari prestasi baik di

atas dan prestasi terburuk di bawah, 

Menentukan berapa peratus pelajar yang patut diberikan gred A, B, C, D dan

sebagainya, 

Memeberikan gred kepada skrip berdasarkan peratus yang telah

dipertimbangkan untuk setiap kumpulan. 

Page 15: kerja kursus pentaksiran pendidikan seni sekolah rendah

Pemeriksa yang menggunakan skalanorminal hendaklah membaca skrip jawapan

pelajar sekali, berdasarkan kriteria kandungan, pengelolaan dan proses, untuk

mendapatkan gambaran setinggi mana tahap jawapan pelajar itu. Kemudian,

pemeriksa itu hendaklah membaca skrip pada kali kedua untuk menetapkan gred

yang difikirkan sesuai bagi setiap skrip berdasarkan ciri-ciri esei yang dikatakan

‘cemerlang’, ‘baik’, ‘sederhana’ dan ‘lemah’ . 

Secara Analitik

Pemarkahan analitik merujuk kepada pemarkahan jawapan berbentuk esei

secara lebih terperinci yang mana markah diberi berdasarkan kriteria yanglebih

terperinci. Ia mengandungi nilai isi kandungan, pengelolaan dan proses yang lebih

khusus. Kaedah pemarkahan analitik  bermaksud kaedah memberi markah secara

point iaitu ia memerlukan skema pemarkahan yang terperinci dan setiap unit

jawapan diberi perhatian dan pemberatan.

Dalam kaedah ini, markahdiperuntukkan kepada unsur-unsur penting yang

merangkumi kriteria kandungan, pengolahan dan proses itu dikesan dan diberi

markah secara berasingan. Ini bermakna bahawa jika unsur-unsur tigakriteria

tersebut banyak terdapat dalam jawapan pelajar, maka tinggilah markah yang

akandiberikan kepada pelajar. Pemarkahan analitik memberikan perhatian bukan

sahaja kepada unsur isi atau idea utama tetapi juga kepada organisasi dan

kesepaduan unsur-unsur berkenanan.

  Pemarkahan analitik juga dikelaskan kepada enam peringkat markah iaitu dari

0 sehingga6 tetapi ia adalah lebih terperinci dengan setiap peringkat dipecahkan

pula kepada 5 bahagiansetiap satu. Berikut merupakan contoh skema pemarkahan

secara analtitik yangdigunakan olehguru semasa menanda kertas peperiksaan

pelajar.

Page 16: kerja kursus pentaksiran pendidikan seni sekolah rendah

Perbezaan peraturan memberi markah secara holistik dan analitik:

Page 17: kerja kursus pentaksiran pendidikan seni sekolah rendah

Ii) Pemilihan Kriteria

Satu pendekatan pemarkahan memperihalkan pencapaian seseorang pelajar

dengan merujuk kepada objektif dan kandungan ujian.

Memeriksa jawapan pelajar merupakan proses mengukur dan memerlukan

kriteria tertentu. Kriteria yang digunakan berkaitan rapat dengan tujuan dan

tugasan soalan.

o Contohnya, seorang guru mengajar murid dlm kelas tentang corak tidak

terancang melalui teknik tiupan.

Kriteria yang diperlukan dalam pembahagian markah ialah dari segi

penggunaan warna, kemasan, alat dan bahan, gubahan dan motif.

Kelebihan Pemarkahan Pemilihan Kriteria

Perbandingan antara pelajar tidak diperlukan.

Skor yang diperolehi oleh seseorang pelajar tidak dikaitkan dengan skor

pelajar lain.

Guru tidak akan menggunakan maklumat seperti skor tertinggi, skor terendah,

min atau sisihan piawaian untuk menafsirkan pencapaian pelajar tertentu.

Prestasi pelajra boleh diuji secara terperinci.

Kelemahan Pemarkahan Pemilihan Kriteria

Untuk membolehkan pemarkahan dilakukan dengan saksama, bilangan item

untuk setiap bidang pengetahuan atau kemahiran yang diuji perlulah

mencukupi.

Sekurang-kurang enam item dikemukakan untuk menguji setiap bidang

pengetahuan atau kemahiran (MCMillan 1997).

Jika kriteria kurang spesifik, sekurang-kurangnya 10 item perlu diadakan

untuk setiap objektif.

Page 18: kerja kursus pentaksiran pendidikan seni sekolah rendah

2) BENTUK PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Kaedah Pemerhatian

Kaedah pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan yang digunakan

untuk mengukur pemboleh ubah penyelidikan. Pemerhatian juga merupakan

alternatif yang ada dalam mengumpul maklumat atau pengumpulan data selain soal

selidik dan temuduga. Melalui pemerhatian, penyelidik dapat mengamati sesuatu

tingkah laku subjek berpandukan pemboleh ubah-pemboleh ubah yang telah dikenal

pasti. Peranan penyelidik ialah sebagai pemerhati terhadap perubahan-perubahan

tingkah laku, mendengar, serta melihat tingkah laku subjek sama ada dari jauh atau

dari dekat.

Menggunakan kaedah ini, penyelidik atau pemerhati perlu rnemerhati sampel-

sampelnya dalam tempoh masa yang tententu. Kaedah pemerhatian ini banyak

digunakan dalam bidang sains tulen yang menjalankan kajian dalam makmal sains

dan bidang sains sosial. Biasanya ciri-ciri yang ingin diperhati adalah sangat halus

dan terperinci dan ini menjadikan keputusan yang dibuat lebih tepat.

Kaedah pemerhatian sesuai digunakan khususnya apabila penyelidik

mengkaji perkembangan tingkah laku sesuatu unit sosial, misalnya mengkaji

perkembangan tingkah laku kanak-kanak, kesan kesesakan terhadap

kecenderungan pemberontakan, kesan kebisingan terhadap tingkah laku agresif dan

kebimbangan di kalangan individu yang menghadiri temuduga. Kaedah pemerhatian

juga sering digunakan dalam penyeliaan praktikum kaunseling dan latihan mengajar

di kalangan kaunselor dan guru pelatih.

Sebelum membuat pemerhatian, penyelidik perlu membuat perancangan yang

baik dan teliti. Setiap pemerhatian mestilah mempunyai tujuan tertentu, dilakukan

secara sistematik, mempunyai fokus, dan mestilah dicatatkan secara rapi dan betul.

Catatan yang dibuat mestilah tepat, sah, dan boleh dipercayai.

Menurut Kerlinger (1973), terdapat beberapa kategori pemerhatian iaitu

kategori tingkah laku, unit tingkah laku, paras tafsiran pemerhati, generalisasi dan

penggunaan serta pensampelan tingkah laku. Kategori-kategori tersebut

memperincikan ciri-ciri tingkah laku yang perlu diperhati dan direkodkan.

Page 19: kerja kursus pentaksiran pendidikan seni sekolah rendah

Tingkah laku saling berkaitan antara satu sama lain. Tingkah laku yang berkait

dan berlaku berterusan ini perlu dikategorikan ke dalam golongan yang eksklusif.

Dengan kata lain, semua kemungkinan tingkah laku yang berlaku seharusnya upaya

dikenal pasti dan tidak bertindan antara satu sama lain. Sistem pengkodan kategori

tingkah laku oleh Flanders (1974) adalah satu contoh kaedah merekod maklumat

yang melalui kaedah ini proses merekod maklumat dapat dilakukan dengan mudah

dan tepat.

Semakin kecil unit tingkah laku digunakan untuk merekod pemerhatian,

semakin senang tingkah laku tersebut diperhati dan direkodkan. Penggunaan unit

tingkah laku yang kecil akan meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan

pemerhatian. Selain itu, paras tafsiran pemerhati juga akan mempengaruhi

ketepatan maklumat mengenai tingkah laku yang diperhatikan. Kesukaran

mengadakan piawaian dalam paras tafsiran pemerhati sering menjejaskan ketepatan

dan kesempurnaan data yang diperoleh.

Perhatian khusus perlu diberikan dalam membuat generalisasi sesuatu

tingkah laku kerana sesetengah tingkah laku bersifat khusus untuk penyelidikan

tertentu sahaja, sementara sesetengah yang lain boleh digunakan dalam pelbagai

penyelidikan. Selain isu mengenai generalisasi ini, isu yang lain ialah pensampelan

tingkah laku.

Umumnya tingkah laku yang kompleks terjadi secara berterusan dan agak

mustahil penyelidik dapat memerhati tingkah laku tersebut secara berterusan.Bagi

mengatasi masalah ini, penyelidik mestilah membuat pensampelan sama ada

pensampelan tingkah laku atau pun pensampelan masa. Persampelan tingkah laku

merujuk kepada jenis kejadian yang hendak dijadikan sampel, sementara

pensampelan masa pula merujuk kepada perwakilan masa yang dapat mewakili

masa berlakunya tingkah laku yang diperhati.

Page 20: kerja kursus pentaksiran pendidikan seni sekolah rendah

i) Pemerhatian Berdasarkan Rekod Anekdot

Rekod Anekdot adalah satu catatan ringkas mengenai sesuatu peristiwa atau tingkah

laku murid yang dianggap penting, unik dan signifikan secara positif atau negatif

untuk direkod. Pemerhatian tingkah laku biasanya tidak dirancang, tetapi secara

kebetulan tingkahlaku tersebut berlaku. Pemerhatian ini dilakukan terhadap murid

secara individu, walaupun peristiwa berlaku dalam kumpulan. Tiada had masa

ditentukan untuk pemerhatian tingkah laku ini. Catatan hendaklah ditulis secara

objektif apa sebenarnya yang berlaku. Contoh maklumat yang boleh direkod adalah

peristiwa yang menggambarkan tentang perkembangan bahasa dan literasi, pola

interaksi sosial dan kemahiran menyelesaikan masalah.

Panduan Menulis Rekod :

o Membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku.

o Membuat catatan dalam buku nota sebaik sahaja selepas peristiwa berlaku

bagi memastikan peristiwa yang akan direkodkan tidak tercicir.

o Menulis apa yang dilihat secara objektif

o Mengenal pasti peristiwa itu penting dan signifikan kepada aspek

perkembangan murid.

o Pastikan peristiwa dicatat mengikut urutan.

o Merekod hasil pemerhatian sebaik sahaja selesai pemerhatian dibuat.

o Mencatat tingkah laku dan apa yang dikatakan oleh murid.

o Masukkan respon orang lain sekiranya ada kaitan dengan tingkah laku murid

yang diperhatikan.

Page 21: kerja kursus pentaksiran pendidikan seni sekolah rendah

ii) Pemerhatian Melalui Temu Bual

Temu bual adalah lagi satu kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam

penyelididkan kualitatif termasuk penyelidikan tindakan. Bagaimana pun, perlu

ditegaskan bahawa teknik temu bual juga digunakan dalam pengutipan data dalam

penyelidikan kuantitatif. Contohnya, tentu anda pernah ditemu bual oleh wakil-wakil

syarikat tentang minat atau sikap anda terhadap sesuatu jenama kereta, kad kredit,

bank atau sebagainya. Temu bual seumpama ini digunakan untuk mengumpul data

tentang kekerapan atau bilangan yang menggunakan sesuatu produk atau bilangan

yang mempunyai sikap positif terhadap sesuatu barang atau perkhidmatan. 

Anda juga boleh menggunakan teknik temu bual dalam bilik darjah. Temu bual

melibatkan perbualan antara penyelidik dengan guru atau murid bagi tujuan

mendapatkan maklumat yang relevan dengan kajian. Dalam penyelidikan tindakan

dimana anda ialah guru dan juga penyelidik, anda mungkin akan temu bual murid

tentang sikap, minat, perasaan, konsepsi, pengetahuan, pendapat atau pemahaman

mereka tentang pengajaran yang dilalui. Anda mungkin temu bual mereka sebelum,

semasa atau diakhir pengajaran atau mana-mana kombinasi yang didapati sesuai. 

Melalui temu bual, data yang diperoleh daripada pemerhatian dapat diperkukuh

dan diperlengkapkan. Ini dimaksudkan sebagaiTRIANGULASI yang bertujuan untuk

mengesah data atau maklumat yang diperoleh. Contohnya: daripada pemerhatian

dalam kelas, anda dapati seorang murid bernama Saiful enggan bercakap walau pun

murid-murid lain dalam kumpulan kecil giat berbincang. Dengan menemu temu bual

Page 22: kerja kursus pentaksiran pendidikan seni sekolah rendah

Saiful, anda mungkin memahami dengan lebih tepat mengapa dia tidak mahu

bercakap. Seperti dinyatakan oleh Patton (1980) iaitu temu bual ialah salah satu cara

anda dapat mendekati dunia murid dan memahami apa yang sebenarnya dialami

dan difikirkan oleh mereka. Ini adalah penting, kerana anda ingin mengetahui

perasaan dan pendapat mereka tentang pengajaran yang diperkenalkan.

Cara Melakukan Temu Bual

Temu bual digunakan kerana ia merupakan satu cara untuk mendapat

maklumat yang banyak dalam satu masa yang singkat. 

Temu bual digunakan oleh penyelidik untuk mendapatkan gambaran holistik

atau menyeluruh tentang perkara yang berlaku semasa pengajaran

dijalankan 

Temu bual boleh dijalankan pada bila-bila masa yang boleh diluangkan oleh

murid, iaitu bila murid ada masa bebas seperti masa rehat atau semasa

berada di perpustakaan.

iii) Pemerhatian Berdasarkan Senarai Semak

Berdasarkan Pusat Pembangunan Kurikulum (2008) senarai semak adalah senarai

item yang disediakan untuk mengenal pasti perkembangan murid dari segi

pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan. Senarai semak boleh dibina bagi

salah satu ataupun semua domain iaitu domain kognitif, domain afektif dan domain

psikomotor.  Merujuk Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (2003) domain kognitif

merangkumi kompenan bahasa dan perkembangan kognitif iaitu Matematik dan

Sains.  Domain afektif pula kompenan yang berkait dengan kerohanian dan moral

iaitu Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral serta perkembangan

sosioemosi.  Secara amnya, domain ini terlibat dengan perkembangan sikap dan

nilai murid pada sesuatu situasi.  Domain yang ketiga ialah domain psikomotor yang

berkaitan dengan kompenan Fizikal dan kompenan Kreativiti dan Estetika.

Page 23: kerja kursus pentaksiran pendidikan seni sekolah rendah

iv) Pemerhatian Melalui Borang Kemajuan Diri

Guru hendaklah membuat penilaian berterusan tentang perkembangan murid

dan merekodkan perkembangan itu  mengikut cara yang ditetapkan oleh Ketua

Pendaftar dari masa ke semasa.

Pelaporan adalah hasil rumusan dan analisis tentang perkembangan murid.

Pelaporan ini perlu dibuat bagi memastikan sama ada berlakunya peningkatan atau

penurunan dalam perkembangan sesuatu kemahiran yang telah diajar kepada

murid.Ulasan perlu memenuhi kriteria  kebolehan dan pencapaian sebenar

murid.Rumusan perkembangan murid dibuat berdasarkan tunjang dan aspek lain

yang ditentukan. Gambar rajah 2 di bawah menunjukkan contoh pelaporan tentang

kemajuan diri murid;

Page 24: kerja kursus pentaksiran pendidikan seni sekolah rendah

v) Pemerhatian Melalui Soal Selidik

soal selidik adalah alat ukur yang paling terkenal dalam kajian tinjauan

manakala temu bual dijalankan untuk menyokong hasil kajian yang diperoleh. Data

yang juga boleh diperolehi melalui soal selidik seterusnya dianalisis sebagai hasil

dapatan. Soal selidik yang dibina baik adalah soal selidik yang tidak terlalu banyak

soalan sehingga menyebabkan pelajar bosan untuk menjawabnya. Oleh itu, guru

mesti membina soal selidik yang mampu dijawab oleh pelajar dan memerlukan soal

selidik yang mempunyai kaedah menjawab yang mudah.

Antara garis panduan dalam pembinaan soal selidik ialah:

o Memutuskan apakah maklumat yang perlu dicari

o Bahasa yang digunakan perlu sopan dan tidak menyakiti sesiapa

o Soal selidik mesti jelas dan tidak mengelirukan, menyediakan tempat yang

mencukupi untuk dijawab dan menggunakan kertas yang berkualiti

o Menguji dahulu soal selidik kepada beberapa orang dan meminta mereka

mengkritik sama ada positif atau negatif

o Menghormati responden dengan memberikan masa yang mencukupi untuk

menjawab soal selidik

Terdapat juga panduan yang dinyatakan secara ringkas untuk membentuk item soal

selidik. Antaranya ialah;

o Penggunaan bahasa yang mudah

Page 25: kerja kursus pentaksiran pendidikan seni sekolah rendah

o Selaras dengan responden

o Elakkan soalan yang sukar

o Soalan yang tidak mempengaruhi pemilihan responden

o Elakkan soalan yang dwi-maksud iaitu soalan yang hampir sama

o Elakkan soalan yang kabur iaitu kehendak soalan yang kurang jelas

o Elakkan soalan yang berarah atau item negatif

Di bawah ini adalah salah satu contoh item untuk soal selidik tentang mata pelajaran

pendidikan seni visual kepada murid.

ARAHAN : Tandakan pada tempat yang sesuai

1. Jantina :

a. Lelaki

b. Perempuan

2. Tahun :

a. 3 Intan

b. 3 Zamrud

c. 3 Delima

3. Pekerjaan Ibu/ Bapa :

a. Kerajaan

b. Swasta

c. Persendirian

d. Tidak Bekerja

BAHAGIAN 2 : PERSEPSI KENDIRI MURID-MURID TERHADAP FAKTOR

DOMINAN YANG MEMPENGARUHI MINAT TERHADAP PSV

Page 26: kerja kursus pentaksiran pendidikan seni sekolah rendah

ARAHAN : Berikut Di bawah ini adalah senarai faktor-faktor yang mempengaruhi

minat anda terhadap PSV. Tiada jawapan yang betul atau salah. Pilih jawapan yang

paling sesuai..

Sila tandakan ( / ) nombor ‘1’ hingga ‘3’ dalam kotak yang disediakan.

a. Guru PSV

b. Ibu Bapa

c. Alat / Media PSV

ARAHAN : Di bawah ini terdapat penyataan tentang pengaruh faktor guru PSV.

Tiada jawapan yang betul atau salah. Sila nyatakan pandangan dan pendirian anda

sendiri tanpa terpengaruh, meniru atau disuruh oleh orang lain.

Sila tandakan ( / ) pada ruang kosong yang berkenaan.

1. Minat jika guru PSV sentiasa menyediakan aktiviti seni yang baru, setiap minggu.

Setuju

Tidak Setuju

2. Minat masa PSV singkat.

BAHAGIAN 3 : ITEM FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MINAT

TERHADAP PSV

A. FAKTOR GURU PSV

SAYA MEMINATI PSV KERANA…. KEUTAMAAN

Page 27: kerja kursus pentaksiran pendidikan seni sekolah rendah

Setuju

Tidak Setuju

3. Minat mudah faham pengajaran dan pembelajaran PSV.

Setuju

Tidak Setuju

4. Minat guru PSV tunjuk cara dengan baik.

Setuju

Tidak Setuju

5. Guru PSV adil kepada semua murid.

Setuju

Tidak Setuju

6. Guru PSV memberi saya peluang menunjukkan kebolehan. Saya seronok.

Setuju

Tidak Setuju

7. Guru PSV memberi penerangan jelas.

Setuju

Tidak Setuju

8. Guru PSV menggalakkan kami bertanya jika tidak faham.

Page 28: kerja kursus pentaksiran pendidikan seni sekolah rendah

Setuju

Tidak Setuju

9. Saya tidak berminat untuk mengikuti kelas PSV jika guru tidak menunjukkan

cara- cara untuk melaksanakan aktiviti seni yang akan dipelajari.

Setuju

Tidak Setuju

10. Minat ambil bahagian aktiviti PSV.

Setuju

Tidak Setuju

11. Minat kelas PSV menyeronokkan.

Setuju

Tidak Setuju

12. Minat guru PSV beri soalan yang menggalakkan saya berfikir.

Setuju

Tidak Setuju

13. Guru PSV saya mesra dan ceria.

Setuju

Tidak Setuju

14. Minat kepuasan kelas PSV.

Page 29: kerja kursus pentaksiran pendidikan seni sekolah rendah

Setuju

Tidak Setuju

15. Aktiviti PSV galakkan kerjasama.

Setuju

Tidak Setuju

16. Guru PSV mewajibkan semua murid membawa peralatan seni.

Setuju

Tidak Setuju

17. Guru PSV sentiasa memberi sokongan dan galakkan.

Setuju

Tidak Setuju

18. Guru PSV sentiasa mengingatkan kami supaya membersihkan kawasan kerja

setiap kali kami selesai aktiviti seni.

Setuju

Tidak Setuju

19. Guru PSV beri pujian pada hasil kerja saya.

Setuju

Tidak Setuju

20. Guru PSV yakinkan saya bersosial melalui aktiviti PSV.

Page 30: kerja kursus pentaksiran pendidikan seni sekolah rendah

Setuju

Tidak Setuju

21. Guru PSV berpenampilan menarik.

Setuju

Tidak Setuju

22. Guru PSV menolong murid bermasalah.

Setuju

Tidak Setuju

23. Guru PSV mengawal murid dengan baik.

Setuju

Tidak Setuju

24. Guru PSV peka dengan perasaan saya.

Setuju

Tidak Setuju

25. Guru PSV saya kreatif.

Setuju

Tidak Setuju

26. Saya minat masa kelas PSV guru mengajar subjek lain.

Setuju

Tidak Setuju

27. Kemahiran baru diajar setiap minggu.

Page 31: kerja kursus pentaksiran pendidikan seni sekolah rendah

Setuju

Tidak Setuju

28. Ibu bapa menggalakkan saya dengan cara selalu membantu saya ketika saya

menyiapkan tugasan PSV di rumah.

Setuju

Tidak Setuju

29. Saya berminat mengikuti kelas PSV jika ibubapa saya meminati PSV.

Setuju

Tidak Setuju

30. Saya tidak berminat mengikuti PSV jika ibubapa tidak menyediakan wang untuk

saya membeli alat / media seni.

Setuju

Tidak Setuju

31. Pujian dan penghargaan ibubapa terhadap kerja seni akan meningkatkan minat

saya terhadap PSV.

Setuju

Tidak Setuju

32. Ibubapa sering membantu.

B. FAKTOR IBU BAPA

Page 32: kerja kursus pentaksiran pendidikan seni sekolah rendah

Setuju

Tidak Setuju

33. Ibubapa saya tidak pernah bertanya tentang kelas PSV.

Setuju

Tidak Setuju

k

34. Alat / media berbeza membolehkan saya belajar kemahiran baru

Setuju

Tidak Setuju

35. Saya tidak berminat untuk mengikuti kelas PSV jika tidak ada alat / media

seni.

Setuju

Tidak Setuju

36. Minat PSV jika tidak perlu membeli / membawa apa-apa alat / media untuk

kelas PSV

Setuju

Tidak Setuju

37. Alat / media seni membazirkan wang.

C. FAKTOR ALAT / MEDIA

Page 33: kerja kursus pentaksiran pendidikan seni sekolah rendah

Setuju

Tidak Setuju

38. Alat / media seni mempengaruhi hasil kerja seni saya

Setuju

Tidak Setuju

39. Minat jika sentiasa menggunakan alat / media seni berbeza setiap minggu

Contoh : krayon, pensel warna, warna air, gouche, tempera atau cat minyak

Setuju

Tidak Setuju

vi) Pemerhatian Melalui Rekod Profil Murid

Rekod profil ialah rekod yang memberi maklumat tentang pencapaian murid-

murid dalam semua mata pelajaran yang diikuti di sekolah. Pencapaian ini

ditunjukkan dengan menggunakan markah dan gred. Rekod ini mencatatkan prestasi

murid-murid setiap penghujung semester. Biasanya catatan dibuat pada awal tahun,

pertengahan tahun dan akhir tahun atau mengikut semester. Pencapaian dalam

rekod ini berdasarkan satu ujian sumatif pada akhir setiap semester. Rekod profil

yang disarankan dalam KBSR dan KBSM adalah bentuk senarai kemahiran, minat ,

bakat dan lain-lain yang tidak begitu formal bentuknya. Segala maklumat tentang

murid-murid haruslah didasarkan kepada penilaian yang dibuat dalam bentuk

pemerhatian yang dilakukan secara tidak formal. Walau bagaimanapun, ujian kertas

dan pensel yang biasanya dibuat secara formal juga dilaksanakan.

Page 34: kerja kursus pentaksiran pendidikan seni sekolah rendah

b) Pemerhatian Melalui Portfolio

Pengenalan Dalam Pendidikan Seni Visual, penyimpanan atau dokumentasi

bahan bukti proses pembelajaran pelajar adalah digalakkan. Bahan bukti ini

mengandungi pengetahuan, kemahiran dan pemikiran serta penyataan perasaan

pelajar. Bahan ini dikumpulkan dan dipersembahkan secara terancang. Rakaman

Proses Pembelajaran Rakaman proses pembelajaran ini merangkumi beberapa

kecerdasan dan ia dikaitkan dengan alat penilaian benar.

Melalui portfolio Pendidikan Seni Visual, semua pihak dapat melihat :

o Himpunan rakaman urutan proses hasilan kerja pelajar

o Contoh hasil kerja pelajar

o Penyataan perasaan pelajar semasa proses pembelajaran Pendidikan Seni

Visual

o Hasil penulisan, ilustrasi atau gambar yang menjadi sebahagian peristiwa

penting untuk dikongsi bersama pihak lain

o Petunjuk keupayaan dan refleksi pelajar tentang proses kerja serta hasil kerja

seni

Dari segi konsep, portfolio Pendidikan Seni Visual berasaskan kepada

kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, yang turut melibatkan proses

penyelesaian masalah dan membuat keputusan. lni disebabkan portfolio Pendidikan

Seni Visual, selain mendokumenkan urutan proses kerja, turut menuntut kemahiran

mencetuskan idea secara kritis untuk melakukan penggubahan secara kreatif, sama

ada melalui alat, bahan atau teknik tertentu.

Pelajar patut dapat merancang proses kerja dengan memastikan masalah

yang akan ditempuh sebelum dan sepanjang melakukan kerja dan berupaya pula

menentukan keputusan muktamad dalam membuat pilihan bagi mendapat hasil kerja

yang terbaik. Proses ini dirakamkan dalam portfolio supaya ia menjadi bahan bukti

untuk tatapan dan mampu juga menjadi salah satu alat penilaian benar dalam proses

pembelajaran pelajar.

Page 35: kerja kursus pentaksiran pendidikan seni sekolah rendah

Bentuk Portfolio Portfolio Pendidikan Seni Visual lebih merupakan portfolio

dokumentasi proses sepanjang kerja seni dilakukan dan bukan sekadar portfolio

persembahan. Justeru, bentuk portfolio menampakkan kajian, perancangan,

eksperimen dan penentuan berhubung dengan hasil yang hendak dibuat.

Secara umumnya bentuk portfolio yang dicadangkan mengandungi 4 aspek :

Kajian

o Pemerhatian dan pengamatan

o Koleksi bahan serta rekod daripada bahan rujukan yang sesuai dengan

kegiatan

o Rumusan dan pertimbangan dalam membuat pemilihan

Lakaran

o Eksperimentasi melalui lakaran dan lukisan sebelum mendapat idea yang

konstruktif ‘Pewujudan Idea’

o Perkembangan lakaran berkaitan tema atau tajuk

Rangka Sebenar

o Merangka reka cadang atau model

o Menentukan alatan dan bahan

o Prototaip (jika berkaitan)

Persembahan Portfolio

o Ringkas, menjimatkan, menarik dan tepat

o Mengikut urutan

o Bersih, kemas dan mudah digunakan Keempat-empat aspek yang meliputi

kajian, lakaran, rangka sebenar dan persembahan boleh dihasilkan melalui

sebarang bentuk, bergantung kepada keupayaan dan kemampuan fizikal

pelajar, sekolah dan kemudahan yang ada

kemungkinan besar pelajar akan menyediakan portfolio dalam bentuk seperti:

o Jurnal

Page 36: kerja kursus pentaksiran pendidikan seni sekolah rendah

o Diari

o Laporan

o Kompilasi catatan yang dijilid

o Beberapa helaian kertas yang di kokot

o Ataupun mungkin disket/cakera padat terdapat beberapa kegunaan portfolio

secara umum. Antaranya :

o Untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada hasil

kerja dan pencapaian pelajar

o Untuk membantu pelajar membuat refleksi terhadap hasil keria

sendiri

o Untuk membantu ibu bapa, pentadbir dan guru lain mengetahui

o kemajuan pembelajaran pelajar

o Memberi peluang kepada pelajar bersama mengusahakan hasil

kerja sendiri

o Menentukan kriteria bagi membandingkan hasil kerja seorang

pelajar dengan pelajar yang lain

Cadangan Kandungan Portfolio

Kandungan portfolio seboleh mungkin dapat merakamkan beberapa kecerdasan,

antaranya:

Kecerdasan Linguistik

• Catatan pra penulisan

• Draf projek penulisan

• Huraian bertulis tentang tajuk /tema/kajian

Page 37: kerja kursus pentaksiran pendidikan seni sekolah rendah

• Proses Penyelesaian masalah

Kecerdasan Ruang-Visual

• Lakaran, catan, cetakan, kolaj, montaj, gambar rajah, peta minda, carta aliran

Sampel gambar 2 dimensi dan 3 dimensi.

Kecerdasan Interpersonal

• Maklum balas bertulis daripada rakan sebaya, guru dan pihak lain

• Laporan rakan sebaya Kecerdasan interpersonal seperti:

• Catatan jurnal

• Esei, senarai semak, kegiatan penilaian kendiri

• Sampel latihan refleksi kendiri

• Soal selidik

• Carta kemajuan

• Catatan refleksi tentang hasil kerja sendiri

Jadual di bawah ini adalah contoh istrumen untuk semakan portfolio;

SENARAI SEMAK PENILAIAN TINGKAH LAKU PELAJAR DALAM PEMBINAAN

PORTFOLIO

Tajuk portfolio: Bahasa Melayu Pemahaman

Kriteria tingkah laku murid Murid 1 Murid 2 Murid 3 Murid 4

1.    Mempunyai kerjasama yang erat

dengan murid-murid yang lain

2.    Mengumpul maklumat daripada

pelbagai sumber

Page 38: kerja kursus pentaksiran pendidikan seni sekolah rendah

3.    Selalu memberi idea ketika

sesuatu sesi perbincangan

4.    Melakukan perbincangan bersama

rakan-rakan dalam membina portfolio

5.    Mempunyai kekemasan dan ciri-

ciri estetika dalam menyiapkan portfolio

JUMLAH MARKAH KESELURUHAN

Skala pengukuran pemberian mata atau markah atau skor untuk murid.

Skor Perlakuan

4 Saya telah memilih/ mengumpul bahan penting dan boleh

membantu menghasilkan tugasan berkualiti.

3 Saya memilih/ mengumpul bahan penting dan boleh membantu

saya melaksanakan tugasan.

2 Saya telah memilih/mengumpul bahan yang kurang penting tetapi

masih boleh digunakan untuk melaksana tugasan.

1 Saya tidak dapat mencari/mengumpulan bahan yang boleh

membantu saya melaksanakan tugasan.

c) Pemerhatian Melalui Hasil Kerja

Pemerhatian hasil kerja adalah penilaian pencapaian kebolehan dan

kemahiran murid yang diperlihatkan pada hasil kerja. Kriteria-kriteria yang relevan

dalam penilaian adalah gubahan, interpretasi, kemahiran, fungsi, keaslian, kreativiti

dan kemasan. Aspek afektif juga boleh dinilai oleh guru semasa menggunakan

kaedah pemerhatian. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan

Seni Visual,nilai-nilai yang sesuai diperhatikan adalah kebersihan dan keteraturan,

keselamatan, ketekunan, bekerjasama,ketelitian dan kesempurnaan.

Penilaian secara lisan dan interaksi ialah satu kaedah penilaian di mana guru

berinteraksi dengan murid untuk mengetahui tahap penguasan murid terhadap aspek

seni, kemahiran berkomunikasi dalam bahasa seni dan menilai potensi murid dalam

Page 39: kerja kursus pentaksiran pendidikan seni sekolah rendah

kemahiran berfikir. Aktiviti-aktiviti lisan yang boleh dijalankan ialah soal jawab, peta

minda, kuiz, temubual, teka teki, forum, seminar, lakonan dan sumbangsaran.

Perkara-perkara yang boleh dinilai secara lisan adalah penguasan pengetahuan,

pemahaman konsep, penguasan kemahiran berfikir dan belajar, kemahiran

berbahasa seni dan sosial, perkembangan daya kreatif dan mengenalpasti perlakuan

emosi, perasaan dan perubahan sikap murid.

Penilaian secara penulisan pula dapat mengesan dan mengukur

perkembangan dan pemahaman murid dalam pelbagai aspek pengetahuan serta

merekod proses dalam bentuk folio. Penilaian menggunakan kaedah penulisan dapat

merangsang pemikiran mur id secara logikal, kritikal dan analitikal. Murid juga

digalakkan membuat kajian, eksperimentasi serta membuat perancangan. Melalui

penilaian ini, guru dapat menilai tahap penguasan pengetahuan, pemahaman

konsep, proses dan teknik serta kemahiran bahasa seni dan kemahiran berfikir.

Pembinaan soalan-soalan obejktif dan subjektif harus menggambarkan

pembelajaran secara keseluruhan yang menitikberatkan aras kesukaran berasaskan

Taksonomi Bloom seperti pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan

penilaian.

PENDIDIKAN SENI VISUAL

SK RIAM BATU DUA, MIRI

TAHUN 4

Sila jawab soalan di bawah. (100 markah)

Page 40: kerja kursus pentaksiran pendidikan seni sekolah rendah

.

1. Tengkolok juga dikenali sebagai destar, setanjak/tanjak, bulang

hulu dan setangan kepala . tengkolok merupakan sejenis alas kepala

tradisional Melayu yang dipakai oleh golongan lelaki. Tengkolok diperbuat

daripada kain songket panjang yang dilipat-lipat dan diikat dalam gaya (solek)

yang tertentu. Pada zaman sekarang, tengkolok lebih banyak dipakai dalam

majlis-majlis yang penuh adat istiadat, misalnya oleh kerabat diraja dan para

hadirin dalam majlis istiadat diraja, dan oleh pengantin lelaki ketika

majlis perkahwinan.

a) Merujuk kepada gambar dan maklumat di atas, sila hasilkan satu

tengkolok mengikut kreativiti masing-masing.

b) Lukiskan dan warnakan tengkolok yang telah anda hasilkan dengan

corak geometri atau corak organik.

c) Media dan teknik yang anda gunakan adalah mengikut kreativiti

masing-masing serta sesuai digunakan.

BORANG PEMARKAHAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

SK RIAM BATU DUA, MIRI

TAHUN 4

Page 41: kerja kursus pentaksiran pendidikan seni sekolah rendah

Nama Murid : …………………………………………………………..

Aktiviti : ………………………………………………………….

Bidang : ………………………………………………………….

Tajuk / Tema : ………………………………………………………….

Sila isikan skor pada ruang jadual di bawah.

Bil. kriteria

Pemarkahan ( % )

Cemerlang

(1 – 20%)

Baik

(1 – 20%)

Sederhana

(1 – 20%)

Lemah

(1 – 20%)

Sangat

Lemah

(1 – 20%)

1. Penghasilan

Produk

2. Teknik

3. Alat Dan Bahan

4. Apresiasi

5. Sikap Dan

Sahsiah

Jumlah

Markah penuh :