tahap sr3a modul 1 nama

28
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah Edubest Tahap SR 3A Modul 1 Nama : ____________________________

Upload: others

Post on 05-Oct-2021

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tahap SR3A Modul 1 Nama

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah Edubest

Tahap SR3A

Modul 1

Nama : ____________________________

Page 2: Tahap SR3A Modul 1 Nama

Markah Kuiz Komputer

Minggu Tarikh Tatabahasa

(%)

Perbendaharaan Kata (%)

Peribahasa

(%)

Lain-lain

1

2

3

4

5

Page 3: Tahap SR3A Modul 1 Nama

Program Bahasa Melayu Edubest Modul 1

A. Perbendaharaan Kata & Bacaan

a. Perbendaharaan Kata

Bil. Perkataan/Frasa Kata Akar 意思

1

makmur

-mempunyai hasil yang banyak, tidak kekurangan

apa-apa

繁荣

2 hidup mewah

-hidup dengan serba berlebih

富裕的生

3 bersatu padu

-tidak bercerai-erai

团结

4 memerintah

-mentadbir

统治

5 samsama

-adik, tidak berat sebelah

公正

6 saudagar

-pedagang

商人

7 berdagang

-berniaga

经商

8

mas kahwin

wang dan sebagainya yang wajib diberi oleh

pengantin lelaki kepada pengantin perempuan

聘金

9 balas

-jawab

回答

10 menjadi kenyataan

-menjadi benar, benar-benar berlaku

成事实

Program Bahasa Melayu Edubest SR3A01 1

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 4: Tahap SR3A Modul 1 Nama

11 mengaji

-membaca (Quran), belajar

念可兰经

/ 念书

12 hak

-kuasa, milik

权利

13 menunutut

-meminta sesuatu yang mejadi milik seseorang

征求

14 memerintahkan

-mengarahkan

命令

15 membantah

-tidak bersetuju, melawan

反对

16 dipesan

-disuruh, diminta

被吩咐

17 mengejutkan

-menyedarkan daripada tidur,/ khayalan

惊赫

18 menghadap

-berjumpa dengan raja

朝见

19 mengadukan

-melaporkan, memberitahu

投诉

20 ampun

-maaf

宽恕

21

hamba

saya (kata ganti nama pihak pertama – digunakan

oleh rakyat biasa semasa bercakap degnan raja)

奴 (我)

22 taun hamba

-awak

23 sangkut-paut

-kaitan

关联

24 perkiraan

-tafsiran, tanggapan, pendapat

推测

25

menyalahgunakan

-menggunakan sesuatu tidak seperti yang

sepatutnya

滥用权利

26 murka

-marah (bahasa istana)

生气(皇帝)

Program Bahasa Melayu Edubest SR3A01 2

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 5: Tahap SR3A Modul 1 Nama

27 tidak teragak-agak

-tanpa berfikir panjang

毫不犹豫

28

memecat

-memberhentikan seseorang dairpada kerja,

menyingkirkan

开除

29

dilantik

-mengangkat sesorang untuk memegang sesuatu

jawatan

被委任

b. Latihan Perbendaharaan kata – Membina Ayat

1. memecat :

_____________________________________________________

2. memerintah :

_____________________________________________________

3. membantah :

_____________________________________________________

4. mengadukan :

_____________________________________________________

5. mengejutkan :

_____________________________________________________

6. dipesan :

_____________________________________________________

7. dilantik :

_____________________________________________________

8. sangkut-paut :

_____________________________________________________

Program Bahasa Melayu Edubest SR3A01 3

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 6: Tahap SR3A Modul 1 Nama

9. hidup mewah :

_____________________________________________________

10. menjadi kenyataan :

_____________________________________________________

11. tidak teragak-agak :

_____________________________________________________

12. menyalahgunakan kuasa :

_____________________________________________________

Abu Nawas Yang Bijak

Pada suatu masa dahulu, ada sebuah negeri yang aman makmur.

Rakyatnya hidup mewah dan bersatu padu. Rajanya memerintah dengan

adil dan saksama. Ramai saudagar yang kaya datang berniaga di situ.

Nama negeri itu ialah Negeri Antah Beringin.

Seorang saudagar dari Negeri Bintang Timur telah datang untuk

berdagang di Negeri Antah Beringin. Pada suatu malam, saudagar itu

bermimpi berkahwin dengan anak perempuan Perdana Menteri setelah

membayar mas kahwin yang banyak. Saudagar itu menceritakan

Program Bahasa Melayu Edubest SR3A01 4

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 7: Tahap SR3A Modul 1 Nama

mimpinya kepada beberapa orang kawan. Cerita tentang mimpi saudagar

itu sampai ke pengetahuan Perdana Menteri.

“ Betulkah tuan hamba bermimpi berkahwin dengan anak hamba?”

tanya Perdana Menteri sewaktu bertemu dengan saudagar.

“ Betul” jawab saudagar itu dengan jujur.

“ Jadi, kenapa masih belum memberi mas kahwin tersebut kepada

hamba?” tanya Perdana Menteri lagi.

“ Oh tuan hamba, itu hanya mimpi,” balas saudagar.

“ Mimpi tuan hamba akan menjadi kenyataan jika tuan hamba

memberikan mas kahwin itu,” desak Perdana Menteri. Apabila saudagar

itu enggan memberi mas kahwin tersebut, dia merampas semua wang dan

barang-barang milik saudagar itu.

Saudagar itu tidak dapat pulang ke Negeri Bintang Timur kerana

semua wangnya telah dirampas oleh Perdana Menteri. Dia berasa sangat

marah lalu berjumpa dengan Abu Nawas. Dia meminta bantuan Abu

Nawas untuk membalas perbuatan Perdana Menteri. Ketika itu, Abu

Nawas sedang mengajar sekumpulan budak lelaki mengaji.

Program Bahasa Melayu Edubest SR3A01 5

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 8: Tahap SR3A Modul 1 Nama

“ Perdana Menteri tidak sepatutnya merampas wang tuan hamba.

Dia tidak mempunyai hak untuk menuntut mas kahwin itu,” kata Abu

Nawas setelah mendengar cerita saudagar.

“ Jangan bimbang, hamba akan menolong tuan hamba membalas

perbuatan Perdana Menteri itu,” Kata Abu Nawas lagi.

Setelah saudagar itu beredar, Abu Nawas memerintahkan anak-

anak muridnya, “ Kamu semua dikehendaki mengumpul seberapa banyak

batu yang boleh. Kemudian bawa batu-batu itu ke sini malam nanti.”

Anak-anak muridnya berasa pelik dengan perintah guru mereka

tetapi tidak berani membantah. Pada malam itu mereka berkumpul di

rumah Abu Nawas dengan membawa batu yang dipesan.

“ Sekarang, kamu semua pergilah ke rumah Perdana Menteri .

Baling batu-batu ini ke tingkap rumahnya hingga pecah,” arah Abu Nawas.

“ Jika ada orang bertanya, kenapa kamu semua memecahkan

tingkap itu, katakan aku yang menyuruhnya,” sambung Abu Nawas lagi.

Program Bahasa Melayu Edubest SR3A01 6

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 9: Tahap SR3A Modul 1 Nama

Anak-anak muridnya pun pergi ke rumah Perdana Menteri dan

membaling batu tingkap rumah Perdana Menteri hingga pecah. Bunyi

kaca pecah telah mengejutkan Perdana Menteri. Dia berasa sangat

marah apabila melihat cermin tingkap rumahnya pecah.

“ Mengapakah kamu memecahkan tingkap rumahku? Siapa yang

menyuruh kamu buat begini?” tanya Perdana Menteri dengan marah.

“ Kami hanya menurut perintah. Guru kami, Abu Nawas yang

menyuruh kami memecahkan cermin tingkap rumah tuan hamba,” kata

salah seorang daripada anak murid Abu Nawas.

Perdana Menteri berasa sangat marah. Pada keesokan harinya, dia

menghadap raja dan mengadukan hal tersebut. Raja memerintahkan Abu

Nawas menghadap baginda.

“ Mengapakah kamu menyuruh murid-murid kamu merosakkan

rumah Perdana Menteri? tanya Raja.

“ Ampunkan patik, tuanku. Dua malam yang sudah patik bermimpi,

Perdana Menteri menyuruh patik merosakkan rumahnya,” jawab Abu

Nawas.

Program Bahasa Melayu Edubest SR3A01 7

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 10: Tahap SR3A Modul 1 Nama

“ Bermimpi ! Apa pula sangkut-pautnya mimpi dengan perbuatan

kamu?” titah raja lagi.

“ Tuanku, patik hanya mengikut apa yang telah dilakukan oleh

Perdana Menteri kepada seorang saudagar,” jawab Abu Nawas.

“ Apa yang telah dilakukan oleh Perdana Menteri?” selidik Raja lagi.

“ Beberapa minggu yang lepas, seorang saudagar dari Negeri

Bintang Timur telah datang untuk berniaga di sini. Pada suatu malam,

saudagar itu bermimpi memberi mas kahwin yang banyak untuk

berkahwin dengan anak perempuannya. Apabila mendengar mimpi

saudagar itu, dia telah menemui saudagar untuk meminta mas kahwin itu,

Perdana Menteri merampas semua wang dan barang kepunyaan saudagar

itu,” cerita Abu Nawas.

“ Ampun tuanku, pada perkiraan tuanku, salahkah perbuatan patik

ini?” tanya Abu Nawas.

Raja sangat murka terhadap Perdana Menteri. Perdana Menteri

telah menyalahguna kuasa yang diberikan kepadanya. Dengan tidak

teragak-agak Raja pun memecat Perdana Menteri. Baginda

Program Bahasa Melayu Edubest SR3A01 8

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 11: Tahap SR3A Modul 1 Nama

memerintahkan Perdana Menteri memulangkan semua wang dan barang

saudagar itu kembali. Baginda juga memuji kebijaksanaan Abu Nawas

menyelesaikan masalah tersebut. Abu Nawas pun dilantik menjadi

Perdana Menteri.

Kebijaksanaan Abu Nawas membolehkan saudagar dari Negeri

Bintang Timur itu mendapat kembali semua wang dan barang-barangnya.

Dia berasa sangat gembira kerana dapat pulang ke negerinya semula.

B. Pemahaman

1. Apakah yang membuat rakyat di Negeri Antah Beringin hidup mewah

dan bersatu-padu ?

A. rakyatnya kaya raya

B. ramai saudagar yang kaya datang berniaga di situ

C. negeri itu ditadbir dengan adil dan saksama

D. kerana Abu Nawas tinggal di negeri itu

2, Kenapakah Perdana Menteri meminta mas kahwin daripada saudagar

itu ?

A. kerana saudagar itu bermimpin akan berkahwin dengan anak

perempuannya

Program Bahasa Melayu Edubest SR3A01 9

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 12: Tahap SR3A Modul 1 Nama

B. kerana saudagar itu berhutang mas kahwin dengannya

C. kerana saudaga r tiu akan berkahwin dengan anak perempuannya

D. saudagar itu hendak memeras kekayaan saudagar itu

3. Apakah cara yang digunakan oleh Abu Nawas untuk membantu

saudagar tersebut ?

A. Dia menipu Perdana Menteri

B. Dia membalas dendam terhadap Perdana Menteri

C. Dia memerangkap Perdana Menteri dengan cara yang sama

D. Dia mengadukan peristiwa tersebut kepada raja

4. Adakah tindakan raja melucutkan jawatan yang disandang Perdana

Menteri wajar ? Kenapa ? (KBAT)

_____________________________________________________

_____________________________________________________

5. Apakah pengajaran yang anda pelajari daripada cerita ini ? (KBAT)

_____________________________________________________

_____________________________________________________

6. Senaraikan kata ganti nama yang terdapat dalam petikan ini. (KBAT)

_____________________________________________________

_____________________________________________________

( %)

Program Bahasa Melayu Edubest SR3A01 10

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 13: Tahap SR3A Modul 1 Nama

C. Tatabahasa

Nota Ringkas:

a. Kata Ganti Nama Diri

Pihak Pertama Pihak Kedua Pihak Ketiga

Tunggal Jamak Tunggal Jamak Tunggal Jamak

Saya

Aku

Hamba

Patik

Beta

daku

Kami

kita

Awak

Anda

Engkau

Kamu

Tuanku

Tuan

Puan

Tuan hamba

dikau

Kalian

kamu

Dia

Ia

-nya

beliau

baginda

mereka

Pihak yang bercakap Pihak yang

mendengar

Pihak yang

dicakapkan

A. Garis dan betulkan penggunaan kata ganti nama diri dalam ayat-

ayat berikut (KBAT)

1.

Suzana berumur sebelas tahun. Beliau belajar di

Sekolah Kebangsaan Wangsa Maju I.

2.

Program Bahasa Melayu Edubest SR3A01 11

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 14: Tahap SR3A Modul 1 Nama

“Ibu, berikan anda duit untuk membeli buku

latihan,”kata Aziz.

3.

Sebagai rakyat Malaysia, kami mestilah

berusaha untuk mengharumkan nama egara.

4.

“Encik, izinkan awak masuk ke dalam

dewan.”kata Haliza dan Rusmil kepada pegawai

keselamatan.

5.

Sultan Salahuddin bertitah, “Saya akan

mendengar laporan laksamana terlebih dahulu.”

6.

Noni dan Nora adik-beradik. Kalian merupakan

anak kembar juga.

( %)

Program Bahasa Melayu Edubest SR3A01 12

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 15: Tahap SR3A Modul 1 Nama

B. Isi tempat kosong dengan kata ganti nama diri yang sesuai

1. Pengurus kilang itu berkata,” Pada pendapat _______________,

projek ini patut dimulakan sekarang juga.”

2. Datin Ziana seorang usahawan. ___________ juga seorang

dermawan.

3. Cik Siti ialah setiausaha Dato’ Mazlan. _____________

berkelulusan diploma.

4. Kata hulubalang kepada raja. “ ____________, patik akan

menyiasat perkara ini.”

5. “Marilah _____________ sama-sama memberi sokongan kepada

pasukan sekolah.” Kata Cikgu Razali kepada murid-muridnya.

6. Kata ibu kepada Azmin dan Yusmi, “Kenapa __________ balik

lewat?”

7. “Siapa nama ______________?” tanya pengawal perhubungan itu

kepada salah seorang pelnggannya.

8. “Kenapa ____________ tak beritahu saya?” tanya Kamil kepada

kawan baiknya, Azman.

C. Pilih kata ganti nama diri yang terbaik

Ia tuanku saya beliau

kita saudara awak kalian

Program Bahasa Melayu Edubest SR3A01 13

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 16: Tahap SR3A Modul 1 Nama

1. Roslan seorang anak yatim. Ibu bapa __________ meninggal

tahun lepas.

A. –nya B. ia C. dia D. mereka

2. “Mah, ambilkan ________ kot berwarna coklat itu,” kata Encik

Budriz kepada isterinya.

A. saya B. kami C. beta D. awak

3. Kata juruhebah kepada para hadirin, “Sila ambil tempat

__________ Majlis akan bermula sekarang.”

A. awak B. anda C. engkau D. tuanku

4. “Tuanku, _______ berjanji akan taat setia kepada tuanku,”kata

Laksamana Hang Tuah kepada raja.

A. hamba B. beta C. tuanku D. patik

5. Ayah berkata kepada abang,” Bersihkan ruang tamu

rumah__________. Nanti Pak Hassan dan keluarganya akan

datang,

A. kami B. saya C. kita D. awak

Program Bahasa Melayu Edubest SR3A01 14

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 17: Tahap SR3A Modul 1 Nama

b. Kata Ganti Nama Tunjuk

Kata Ganti Nama Tunjuk

Jenis Kata Ganti

Nama Tunjuk

Penggunaan Contoh

Penunjuk Kata

Nama

ini

menunjukkan

objek yang

dekat

Inilah pemuda

yang saya

maksudkan tadi.

itu

Menunjukkan

objek yang

jauh

Selepas

kejadian itu, dia

tidak berani

mandi di

lombong lagi.

Penunjuk

Tempat/Arah

sini

menunjukkan

tempat/arah

yang dekat

“Kita duduk di

sini sajalah, “

kata Mutu

kepada Rose.

situ

menunjukkan

tempat/arah

yang tidak

begitu jauh

atau masih

boleh dilihat

Kereta merah

itu diletakkan di

situ sejak pagi

tadi.

sana

menunjukkan

tempat/arah

yang jauh

atau tidak

dapat dilihat

Karim tinggal di

Pulau Pinang.

Dia tinggal di

sana sejak

tahun lalu.

Program Bahasa Melayu Edubest SR3A01 15

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 18: Tahap SR3A Modul 1 Nama

Penunjuk

Cara/Hal/Keadaan

begini

menunjukkan

perkara yang

berlaku di

depan orang

yang

bercakap

Beginilah

caranya

menggubah

bunga.

begitu

menunjukkan

perkara yang

berlaku di

tempat yang

jauh daripada

orang yang

bercakap

“Saya tidak

sanggup

berkawan

dengannya lagi

jika begitu

caranya dia

melayan saya,,”

kata Alias.

demikian

menunjukkan

keadaan /

akibat atau

hasil sesuatu

perkara

Kamu tidak

seharusnya

bersikap

demikian, nanti

kita yang rugi.

Isi tempat kosong dengan kata ganti nama penunjuk atau kata ganti arah

yang sesuai

1. Anda tidak dibenarkan pergi ke __________. Tempat itu

berbahaya.

2. Jangan berkelakuan ____________. Tidak manis dipandang orang.

3. “Pilihlah yang _________.Harganya RM 5.00.” kata penjaja sambil

menunjukkan sehelai seluar pendek di depannya.

Ini itu begini begitu

Demikian sini situ sana

Program Bahasa Melayu Edubest SR3A01 16

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 19: Tahap SR3A Modul 1 Nama

4. “Duduklah di _________dulu. Nanti saya datang ,” kata Encik

Shani kepada anaknya de sebelah sebuah kerusi.

5. ___________ lah caranya membuat lepat pisang.

6. Choong Leong akan berhijrah ke Korea. Dia akan bekerja di

__________.

7. ___________ akibatnya jika tidak mendengar nasihat orang tua.

8. Kata Ajitesh Singh sambil menunjuk ke arah sebuah rumah yang

berada di atas bukit, “ __________ lah rumah datuk saya.”

D. Pertuturan

Bacaan dan Pemahaman :

1. Apakah keistimewaan tiram ?

2. Bagaimanakah kita boleh mendapat mutiara ?

3. Bagaimanakah mutiara dinilai ?

4. Apakah rupa mutiara ?

5. Apakah perbezaan tiram air tawar dan tiram air

masin ?

6. Apakah gelaran mutiara dan kenapa ?

Program Bahasa Melayu Edubest SR3A01 17

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 20: Tahap SR3A Modul 1 Nama

E. Penulisan

Melengkapkan Cerita

(Memulakan Cerita)

Panduan Mengarang

1. Karangan jenis ini mereka satu cerita atau peristiwa. Anda juga

boleh menggunakan pengalaman anda sebagai cerita.

2. Peristiwa yang ditulis dalam cerita seboleh-bolehnya sesuatu yang

logik, iaitu yang berkemungkinan berlaku dalam kehidupan kita.

3. Anda boleh melibatkan diri anda atau menamakan watak dalam

cerita.

4. Isi karangan yang dimasukkan hendaklah berkaitan dengan

pengakhiran yang diberi agar karangan anda menampakkan

kesinambungan dalam isi.

5. Justeru, anda mesti memahami pengakhiran cerita sebelum mula

menulis.

6. Cerita hendaklah ditulis dalam urutan peristiwa yang terdiri

daripada permulaan, perkembangan, kemuncak, peleraian dan

penutup / pengakhiran (sudah diberi).

Karangan Contoh:

Sudahi karangan anda dengan pengakhiran berikut:

Rahim dan Ramu tidak dapat melelapkan mata. Mereka berpeluk-

pelukan kerana ketakutan. Apabila matahari terbit, mereka bergegas

keluar dari rumah kosong itu. Mereka melalui jalan itu dan tiba di jalan

Program Bahasa Melayu Edubest SR3A01 18

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 21: Tahap SR3A Modul 1 Nama

besar. Rahim dan Ramu berjaya pulang ke rumah masng-masing setelah

tiga hari berada di hutan.

Sudah lebih daripada tiga jam Ramu dan Rahim berlegar-legar di

kawasan hutan kecil itu. Mereka masih belum dapat mencari jalan keluar

untuk pulang. Hari semakin gelap dan mereka semakin risau.

Ramu dan Rahim masih mencari jalan keluar. Tiba-tiba, mereka

ternampak akan sebuah rumah besar.

“Ramu, malam ini kita bermalam di sini saja,” kata Rahim.

“Benar katamu, tapi rumah besar ini sudah lama ditinggalkan. Rasa

saya rumah ini berhantu,” balas Ramu. Dia memerhatikan keadaan

sekeliling rumah itu dengan perasaan kurang selesa.

“Ah, kamu ini penakut sangat ! Pada zaman ini, tidak mungkin ada

hantu. Marilah kita masuk,” kata Rahim.

Di dalam rumah itu banyak sampah-sarap dan sarang labah-labah.

Dinding rumah itu diconteng-conteng dan ada beberapa tingkap yang

kelihatan senget serta hampir tertanggal.

Pada tengah malam itu, mereka terjaga apabila terdengar akan

bunyi titisan hujan menimpa atap rumah. Sekali-sekala kedengaran bunyi

daun tingkap tertutup dan terbuka. Bunyi guruh yang berdentum dan

angin yang menderu-deru menyebabkan suasana begitu menakutkan.

Rahim dan Ramu tidak dapat melelapkan mata. Mereka berpeluk-

pelukan kerana ketakutan. Apabila matahari terbit, mereka bergegas

keluar dari rumah kosong itu. Mereka melalui jalan itu dan tiba di jalan

besar. Rahim dan Ramu berjaya pulang ke rumah masng-masing setelah

tiga hari berada di hutan.

Program Bahasa Melayu Edubest SR3A01 19

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 22: Tahap SR3A Modul 1 Nama

Latihan 1 :Lengkapkan karangan berikut dengan pengakhiran yang diberi

di bawah:

Setelah tiga hari dirawat di wad jagaan intensif, Hasnah

dibenarkan pulang. Ibu bapanya berasa lega setelah mendapati nyawa

anak tunggal mereka itu tidak terancam. Sejak peristiwa itu, mereka

berazam untuk menjaga Hasnah dengan baik.

Permulaan

Perkembangan

Kemuncak

I

I

II

Penurunan

Pengakhiran

Program Bahasa Melayu Edubest SR3A01 20

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 23: Tahap SR3A Modul 1 Nama

Latihan 2 :Lengkapkan karangan berikut dengan pengenalan yang diberi

di bawah:

Aku sedang menunggu bas di stesen teksi dengan ibu selepas

membeli-belah di pusat beli-belah. Kami beratur dengan sabar untuk

menunggu giliran kami. Cuaca hari itu agak panas.

Ketika…

Permulaan

Perkembangan

Kemuncak

I

I

II

Penurunan

Pengakhiran

Program Bahasa Melayu Edubest SR3A01 21

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 24: Tahap SR3A Modul 1 Nama

E. Rampaian Bahasa

A. Kata Ganda – Labelkan mengikut maksud

a. banyak

b. sejenis hidupan

c. kata nama / sejenis benda

d. pelbagai jenis

e. perbuatan saling

f. semuanya begitu

g. perbuatan saling

h. perbuatan berulang

i. seperti

j. menegaskan kata sifat

Kata Ganda

Kata Ganda Seluruh Kata Ganda

Separa

Kata Ganda

Berirama

Kata Ganda

Berimbuhan Seluruh Semu

adik-

adik

agar-agar

(kuih)

bebalai

(tempat duduk

/ tidur

buluh/kayu)

adik-beradik alua-aluan

(sambutan baik)

abang-

abang

alu-alu

(ikan)

bebalang

(senjata yang

dibaling)

awan kemawan

(kelompok

awan)

anak-anakan

(boneka,

patung)

almari-

almari

ampai-

ampai

(hidupan

laut)

bebaling

(kincir angin)

awang-

gemawang

(ruang antara

langit dan bumi,

angkasa)

anak-beranak

(sekeluarga)

akar-

akar

anai-anai

(serangga)

bebiri

(kambing biri-

biri)

ayun-temayun

(tergantung

dan terbuai-

buai)

andam-

mengandam

(perihal

mengandam)

Program Bahasa Melayu Edubest SR3A01 22

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 25: Tahap SR3A Modul 1 Nama

B. Perkataan Banyak Makna

Perkataan Banyak Makna

Perkataan Banyak

Makna

Maksud Contoh

1. agung a. terutama, paling

besar

b. yang tertinggi

c. teristimewa,

terkemuka

d. terbuka kepada dan

untuk dihadiri oleh

semua ahli

a. Balai agung itu khas

untuk tetamu

jemputan sahaja.

b. Pemerintah agung

negara itu sangat

disanjungi

rakyatnya.

c. Allahyarham Tan

Sri P. Ramlee ialah

seniman Malaysia

yang agung.

d. Persidangan agung

parti itu diadakan

dua tahun sekali.

2. aib a. buruk, cela, malu,

hina

b. cacat, salah

a. Kelakuan Zainab

telah membawa aib

kepada

keluarganya.

b. Sekiranya ada aib

dan silap, harap

maafkan.

3. akal a. fikiran

a. Kita mesti

menggunakan akal

ketika menghadapi

masalah.

Program Bahasa Melayu Edubest SR3A01 23

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 26: Tahap SR3A Modul 1 Nama

b. ikhtiar, daya upaya

c. muslihat, tipu helah

b. Roslina sedang

mencari akal untuk

melepaskan diri

dari penjahat itu.

c. Sang Kancil ialah

binatang yang

banyak akal dalam

cerita rakyat.

4. alamat a. tanda

b. tempat tinggal

c. sasaran

d. bermakna bahawa

a. Mimpinya membawa

alamat buruk

b. Dia memberi kam

alamat rumahnya

kepada cikgu.

c. Tembakan polis

tepat pada

alamatnya.

d. Ayam berkokok

alamat hari nak

siang.

5. alim a. berilmu, pandai

b. baik, tidak nakal

atau jahat

c. mempunyai

pengetahuan yang

dalam tentang

agama / mempunyai

sifat yang takwa

a. Pak Dolah orang

yang alim dan

pandai berubat

b. Ketua kampung itu

alim dan baik hati.

c. Tanyalah orang

yang alim untuk

mendapatkan

bimbingan agama.

Program Bahasa Melayu Edubest SR3A01 24

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 27: Tahap SR3A Modul 1 Nama

C. Pepatah Melayu

Pepatah Melayu

Pepatah Maksud Contoh Ayat

Ada air adalah ikan Rezeki itu ada di

mana-mana asal

diusahakan

Jangan kita malas

berusaha sekiranya

hendak meneruskan

kehidupan kerana kata

orang ada air adalah

ikan.

Ada padi semua kerja

jadi, ada beras semua

kerja deras

Sesuatu pekerjaan

sudah tentu boleh

dijayakan jika

mempunyai wang dan

modal yang

secukupnya.

Setiap perniagaan

boleh berjaya

sekiranya mempunyai

kewangan yang cukup

kerana ada padi

semua kerja jadi,

ada beras semua

kerja deras.

Program Bahasa Melayu Edubest SR3A01 25

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 28: Tahap SR3A Modul 1 Nama

Pelan Lokasi

@ Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650

http://www.edubest.com.my