tahap sm modul a nama · kalangan remaja. di sisi undang-undang, perlumbaan haram motosikal ialah...

16
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest Tahap SM4 Modul 6 A Nama : _____________________________

Upload: others

Post on 21-Oct-2020

11 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • @

    Pusat Tuisyen Didikan Genius

    Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest

    Tahap SM4

    Modul 6A

    Nama : _____________________________

  • Kertas 1 Karangan Jenis Bahan Rangsangan Latihan: Gambar menunjukkan antara aktiviti dalam Program Latihan Khidmat Negara. Huraikan pendapat anda tentang kebaikan Program Latihan Khidmat Negara. Panjang huraian anda hendaklah antara 250 hingga 300 patah perkataan.[30 markah]

    Program Bahasa Malaysia Edubest SM406A 1Pr

    ogra

    m B

    ahas

    a Mal

    aysia

    Edu

    best

  • Peta Minda/Rangka

    Program Bahasa Malaysia Edubest SM406A 2Pr

    ogra

    m B

    ahas

    a Mal

    aysia

    Edu

    best

  • Bahagian B : Karangan -Karangan Jenis Wawancara

    Masalah kecelakaan jalan raya kini telah menjadi masalah nasional. Jalan raya yang sepatutnya menjadi laluan untuk kemudahan awam seolah-olah bertukar fungsi menjadi "sungai maut" dan pembunuh nombor satu negara. Kita sering menatap berita sama ada melalui media elektronik atau melalui media cetak tentang kematian ngeri sebagai akibat kecelakaan jalan raya. Yang lebih menyedihkan kita apabila kematian tersebut seolah-olah ditempah. Slogan "Pandu Cermat Jiwa Selamat" dan "Berhati-hati di Jalan Raya" tidak diendahkan. Hal dapat dibuktikan apabila segelintir golongan remaja menjadi mangsa kemalangan akibat daripada penglibatan mereka dalam aktiviti perlumbaan haram. Bagi menyelami masalah ini, saya Izzudin bin Ishak telah berkesempatan untuk mewawancara Penolong Pesuruhjaya Polis Bahagian Trafik, ASP Hamdan Abdul Malik. Yang berikut ialah kandungan wawancara tersebut.

    Izzudin: Saya Izzudin bin Ishak telah ditugaskan untuk mewawancara tuan

    seperti yang telah dipersetujui oleh pihak tuan melalui surat maklum balas yang dihantar kepada pihak kami minggu lepas.

    ASP Hamdan: Saya amat bersyukur kerana pihak saudara mengambil berat tentang salah satu masalah nasional yang semakin gawat kini.

    Izzudin: Bagaimanakah tahap keselamatan jalan raya di negara kita kini ? ASP Hamdan: Tahap keselamatan jalan raya di negara kita kini berada pada

    paras yang kritikal. Jika berpandukan statistik Ops Statik yang dilancarkan oleh PDRM, dapat dikatakan bahawa kecelakaan maut berlaku pada setiap hari. Sepanjang operasi tersebut dilaksanakan, dilaporkan sejumlah 525 mangsa menemukan ajal di jalan raya. Keadaan ini amat menakutkan kita dan sewajarnya mencetuskan kebimbangan masyarakat.

    Izzudin: Saya ingin mengajukan soalan yang lebih khusus, iaitu masalah lumba haram. Apakah yang dimaksudkan dengan lumba haram dan apakah sabitan kesalahan tersebut di sisi undang-undang negara kita?

    ASP Hamdan: Lumba haram ialah aktiviti salah laku di jalan raya dengan menjadikan jalan raya sebagai litar lumba. Kegiatan lumba haram banyak melibatkan "mat rempit" yang rata-ratanya dalam kalangan remaja. Di sisi undang-undang, perlumbaan haram motosikal ialah satu kesalahan undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, Seksyen (42) Kanun Keseksaan, iaitu yang dikategorikan sebagai kegiatan yang boleh membawa gangguan di jalan raya dan mengancam ketenteraman awam. Sebarang salah laku yang seumpamanya, pesalah boleh dikenakan denda mengikut peruntukan (APJ) 1987, iaitu denda maksimum RM600 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali. Kecenderungan remaja kini dalam aktiviti lumba haram ini akan

    Program Bahasa Malaysia Edubest SM406A 3Pr

    ogra

    m B

    ahas

    a Mal

    aysia

    Edu

    best

  • membawa musibah buruk kepada diri dan pengguna jalan raya yang lain.

    Izzudin: Apakah faktor-faktor yang mendorong remaja kini begitu tergila-gila menyertai lumba haram itu ?

    ASP Hamdan: Antara faktor yang mendorong remaja kini terbabit dalam gejala lumba haram ini termasuklah sikap ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak mereka. Oleh sebab terlalu sayang akan anak, ibu bapa tidak teragak-agak membelikan anak-anak mereka motosikal dengan alasan untuk kemudahan ke sekolah. Selain itu, sikap gemar menyalahgunakan kemudahan awam seperti jalan raya turut menjadi pendorong meningkatnya gejala lumba haram. Rangkaian dan jalinan jalan raya dan lebuh raya yang berselirat telah memberikan peluang kepada remaja untuk menjadikan jalan ini sebagai litar lumba. Kesimpulannya, motosikal dan jalan raya yang sepatutnya menjadi kemudahan untuk para remaja telah disalahgunakan untuk melanggar undang-undang dan mengganggu ketenteraman awam.

    Izzudin: Memandangkan gejala mat rempit semakin menjadi-jadi, apakah cara untuk membendung masalah ini?

    ASP Hamdan: Gejala ini mestilah dibanteras sampai ke akar umbi. Langkah yang paling efektif ialah semua pihak sama ada ibu bapa, pihak berkuasa, atau remaja sendiri perlu memainkan peranan dan memikirkan perkara ini secara serius. Ibu bapa hendaklah mengambil tahu akan aktiviti dan pergerakan anak-anak mereka ketika berada di luar rumah, serta arah tujuan dan latar belakang kawan-kawan anak-anak mereka. Manakala pihak berkuasa pula hendaklah lebih serius dan melakukan lebih banyak tindakan untuk menangani masalah ini. Undang-undang yang lebih tegas disusuli dengan penguatkuasaan yang berterusan akan dapat menyelesaikan masalah ini. Para remaja pula hendaklah berfikir dengan lebih rasional tentang masa depan mereka. Kata-kata Eugane, iaitu "Orang yang dapat menguasai dirinya sendiri merupakan orang yang bijaksana" perlulah dijadikan pegangan remaja. Antara nama, status, cita-cita, dan sanjungan dengan masa depan, nyawa, dan ibu bapa wajar dipertimbangkan dengan penuh bijaksana oleh remaja. Jika semua pihak memainkan peranan masing-masing, maka saya yakin masalah lumba haram dapat dikurangkan pada masa akan datang.

    Izzudin: Sebagai mengakhiri sesi wawancara ini, apakah nasihat tuan kepada golongan remaja ? ?

    ASP Hamdan: Dalam apa-apa jua keadaan sekalipun, saya tetap berpendirian bahawa remaja merupakan aset atau permata yang bernilai kepada ibu pertiwi. Dalam hal ini saya teringat akan kata-kata Sukarno, mantan Presiden Indonesia, "Berikan aku seribu orang tua, dan aku mungkin bisa bercucuk tanam di atas gunung, tapi berikan

    Program Bahasa Malaysia Edubest SM406A 4Pr

    ogra

    m B

    ahas

    a Mal

    aysia

    Edu

    best

  • aku sepuluh pemuda, akan aku gegarkan dunia". Betapa tingginya hasrat seorang pemimpin terhadap generasi muda. Namun, kita berasa amat sedih apabila melihat remaja yang sepatutnya menjadi tonggak negara mati di atas jalan raya pada usia yang terlalu muda. Justeru, sayangilah nyawa kerana nyawa itu amat berharga nilainya.

    Izzudin: Terima kasih tuan atas maklumat dan nasihat berguna yang tuan berikan itu. Terima kasih sekali lagi kerana sudi meluangkan masa untuk diwawancara.

    ASP Hamdan: Sama-sama. Saya meninggalkan pejabat ASP Hamdan untuk menyiapkan transkrip wawancara tersebut. Dalam perjalanan pulang, kata-kata bekas mantan Presiden Indonesia itu masih terngiang-ngiang di telinga saya. Aduh, bangganya saya jika dapat menjadi pemuda seperti yang dibayangkan oleh bekas mantan presiden itu! Latihan : Gejala lepak bukan budaya asing dalam kalangan masyarakat kita. Golongan remaja sering dikaitkan dengan budaya ini dana aktiviti berpelesiran. Sebagai wartawan sebuah akbar tempatan, anda telah diminta mewawancara seorang tokoh yang berkenaan dengan isu tersebut. Tulis wawancara tersebut.

    Program Bahasa Malaysia Edubest SM406A 5Pr

    ogra

    m B

    ahas

    a Mal

    aysia

    Edu

    best

  • Peta Minda

    Program Bahasa Malaysia Edubest SM406A 6Pr

    ogra

    m B

    ahas

    a Mal

    aysia

    Edu

    best

  • Peribahasa

    *G

    gabak di hulu tanda akan hujan, cewang di langit tanda akan panas Maksud: Sesuatu yang akan berlaku biasanya ada tanda-tanda atau alamatnya. gadai terdorong ke pajak, sehari sebulan juga Maksud: Terlanjur, meskipun sedikit akibatnya sama dengan yang besar. gading pada gajah yang sudah keluar itu bolehkah dimasukkan pula? Maksud: Sesuatu yang telah ditentukan tidak mungkin dapat diubah lagi. gadung rasa ubi Maksud: Orang miskin yang berasa dirinya kaya. gagak bersuara murai Maksud: Seorang yang hodoh rupanya tetapi mempunyai suara merdu dan budi bahasa yang baik. gagak menggonggong telur Maksud: Suami hitam isteri putih. gagak putih bangau hitam Maksud: Menantikan sesuatu yang tidak pernah ada. gagak lalu punggur rebah Maksud: Orang yang ingin menunjukkan kekuasaannya, berlaku tidak adil kepada orang yang lemah. gaharu dibakar kemenyan berbau Maksud: Memperlihatkan kelebihannya supaya dipercayai orang.

    Program Bahasa Malaysia Edubest SM406A 7Pr

    ogra

    m B

    ahas

    a Mal

    aysia

    Edu

    best

  • gajah dialahkan oleh pelanduk Maksud: Orang kuat dapat dialahkan oleh orang yang lemah tetapi Pintar. gajah bergajah-gajah, pelanduk mati tersepit Maksud: Kalau raja-raja berselisih, rakyat mendapat susah. gajah berhati, kuman pun berhati juga Maksud: Bukan orang besar dan kaya sahaja yang ada fikiran dan nafsu, orang miskin pun ada juga. gajah dipandang seperti kuman Maksud: Orang yang sedang marah tidak gentar walaupun lawannya orang besar dan gagah. gajah harimau di hutan hendak diburu, pijat-pijat di bantal tak dapat dihapuskan Maksud: Kejahatan orang besar dan orang yang lebih kuat daripada kita hendak dibasmi, kejahatan anak buah sendiri di rumah tidak dapat diatasi. gajah lalu kumpai layu Maksud: Orang besar yang memperlihatkan kekuasaannya dengan tindakan yang tidak adil. gajah mati kerana gadingnya Maksud: Seseorang mendapat kemalangan kerana kelebihan atau keunggulannya. gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama Maksud: Orang yang baik akan meninggalkan nama yang baik dan orang jahat akan meninggalkan nama jahat. gajah mati, tulang setimbun Maksud: Orang kaya yang mati akan meninggalkan harta yang banyak. Program Bahasa Malaysia Edubest SM406A 8

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    alay

    sia E

    dube

    st

  • gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah Maksud: Kalau orang-orang besar berselisih, rakyat yang akan mendapat susah. gajah seekor gembala dua Maksud: Suatu pekerjaan mempunyai dua ketua; dua orang lelaki mencintai seorang perempuan. gajah terdorong kerana gadingnya, harimau terlompat kerana belangnya Maksud: Berbuat sesuatu yang kurang baik kerana kelebihan yang ada pada dirinya. gajah terdorong kerana kuatnya Maksud: Perbuatan salah laku pembesar kerana kuasa yang ada padanya. gali lubang menutup lubang Maksud: Menebus hutang dengan meminjam wang. gantung tak bertali, salai tak berapi Maksud: isteri yang ditinggalkan oleh suami tanpa lafaz cerai dan tanpa nafkah. garam dikulumnya tidak hancur Maksud: Seseorang yang pandai menyimpan rahsia. garam di laut, asam di gunung, dalam belanga bertemu jua Maksud: Perjodohan yang tidak mengenal batas sempadan negara. garam jatuh ke air Maksud: Nasihat atau ilmu yang diajar cepat dimengertikan. garam kami tidak masin padanya Maksud: Perkataan atau nasihat yang tidak dipedulikan. garam tumpah adakah tempatnya? Maksud: Kematian orang miskin lagi hina tidak akan dihiraukan.

    Program Bahasa Malaysia Edubest SM406A 9Pr

    ogra

    m B

    ahas

    a Mal

    aysia

    Edu

    best

  • gedang gerundang di kubangan, gedang ikan raya di lautan Maksud: Orang berpangkat di tempat masing-masing. gedang kayu, gedang dahannya Maksud: Kalau hasilnya banyak, banyak pula belanjanya. gelang di tangan orang yang hendak dirampas tidak dapat, cincin di jari sendiri terlucut hilang Maksud: Orang yang dengki dan tamak itu selalu mengalami kerugian. gelang tidak laga sebentuk, laga keduanya Maksud: Suatu kejadian seperti perkelahian dan lain-lain tidak berpunca daripada satu pihak sahaja. geleng seperti si patung kenyang Maksud: Sombong atau berjalan dengan sombongnya. gemuk membuang lemak, cerdik membuang kawan Maksud: Enggan menolong atau mendekati keluarga atau kawan sendiri. genggam bara api biar sampai jadi arang Maksud: Kalau melakukan sesuatu pekerjaan yang susah, biarlah bersungguh-sungguh dan hendaklah bersabar sehingga mendapat hasilnya nanti. genggam-genggam bara, terasa hangat dilepaskan Maksud: Melakukan pekerjaan berat dengan setengah hati, terasa sukar ditinggalkan. genting menanti putus Maksud: Perkara yang hampir selesai. gergaji bermata dua, sorong makan tarik makan Maksud: Berpura-pura berpihak tetapi sebenarnya mencari keuntungan daripada kedua-dua belah Pihak.

    Program Bahasa Malaysia Edubest SM406A 10Pr

    ogra

    m B

    ahas

    a Mal

    aysia

    Edu

    best

  • geruh tidak berbunyi, malang tidak berbau Maksud: Kemalangan terjadi tanpa diketahui geruh tak mencium bau Maksud: Kemalangan tidak dapat diketahui terlebih dahulu. getah meleleh ke pangkal, daun melayang jauh Maksud: Anak sendiri lebih dikasihi berbanding dengan anak saudara. gigi dan lidah ada kala bergigit juga Maksud: Suami isteri atau saudara-mara ada juga yang berselisih faham. gula di dalam mulut Maksud: Sesuatu yang telah menjadi milik kita. gulai sedap nasi mentah, nasi sedap gulai mentah seseorang itu memasak dengan tidak sempurna. Maksud: Sesuatu perbuatan atau perkataan yang tidak sempurna. gunting dalam lipatan Maksud: Membinasakan sahabat atau bangsa sendiri. gunung juga yang dilejang panas Maksud: Orang kaya juga akan bertambah kaya; orang yang pernah berbuat salah biasanya akan dituduh sekiranya timbul sesuatu kesalahan. gunung sama didaki, lurah sama dituruni Maksud: Sama-sama susah dan sama-sama senang. guru kencing berdiri, murid kencing berlari Maksud: Murid akan mencontohi kelakuan gurunya, terutama yang tidak baik.

    Program Bahasa Malaysia Edubest SM406A 11Pr

    ogra

    m B

    ahas

    a Mal

    aysia

    Edu

    best

  • Pelan Lokasi

    @ Pusat Tuisyen Didikan Genius

    No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650

    http://www.edubest.com.my

    Kulit Modul SM + 1.pdfProgram Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest