tahap sm5 modul 501b-2 pemahaman. novel. rumusan nama

28
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest Tahap SM5 Modul 501B-2 Pemahaman. Novel. Rumusan Nama : _____________________________

Upload: others

Post on 19-Oct-2021

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tahap SM5 Modul 501B-2 Pemahaman. Novel. Rumusan Nama

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest

Tahap SM5

Modul 501B-2 Pemahaman. Novel. Rumusan

Nama : _____________________________

Page 2: Tahap SM5 Modul 501B-2 Pemahaman. Novel. Rumusan Nama

Format Peperiksaan Bahasa Melayu SPM Mulai 2021

Ujian Bertulis

Kertas 1 (2 jam)

A (30%) : 1 Karangan Bahan Rangsangan (Kombinasi Pelbagai Bahan Rangsangan)

B (70%) : Karangan Umum (pilih 1 daripada 4 soalan)

4 domain : individu (diri), awam (masyarakat), pendidikan, kerjaya

Kertas 2 (2 jam 30 minit)

A (35%) : Sistem dan Aplikasi Bahasa

1. Morfologi (6%-8%)

2. Sintaksis (6%)

3. Penyuntingan (Membetulkan kesalahan bahasa) (11%-13%)

4. Bahasa Melayu Standard (Bahasa Melayu Klasik -> Bahasa Melayu

Standard) (6%)

5. Peribahasa (4%)

B (35%) : Pemahaman

6. Pemahaman petikan umum (4 soalan ; 12 %)

7. Pemahaman petikan sastera (antologi) (4 soalan ; 13%)

8. Novel (2 soalan; 10 %)

C (30%) : 9. Rumusan (30%)

Ujian Lisan

Kertas 3 (70%) : Ujian Bertutur

A (40%) : 1 petikan / bahan rangsangan setiap calon; bersoal jawab dengan pentaksir (3-5 minit)

B (30%) : 1 tajuk / tema umum; perbincangan dalam kumpulan 3-5 orang (12-15 minit)

Kertas 4 (30%) :Ujian Mendengar (30 minit)

4-6 petikan; jawab semua 20-25 soalan Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 3: Tahap SM5 Modul 501B-2 Pemahaman. Novel. Rumusan Nama

Pemahaman

1. Pemahaman petikan umum (4 soalan ; 12 %)

a. Dua bahan disediakan iaitu Bahan 1 dan Bahan 2. Bahan ini dipetik daripada

majalah atau surat khabar.

b. Empat soalan pemahaman disediakan. Sejumlah 12 markah diperuntukkan untuk

soalan ini.

c. Soalan yang pertama lazimnya tentang maksud rangkai kata atau isi yang

berkaitan dalam petikan. Dua (2) markah diperuntukkan untuk soalan ini.

d. Soalan yang kedua merupakan soalan yang jawapannya mesti diambil daripada

kedua-dua petikan. Soalan ini memerlukan pelajar sama ada membuat banding

beza atau penilaian. Tiga (3) markah diperuntukkan untuk soalan ini.

e. Soalan yang ketiga ialah soalan yang memerlukan pelajar sama ada membuat

banding beza, penilaian atau mengemukakan pendapat. Tiga (3) markah

diperuntukkan untuk soalan ini.

f. Soalan yang keempat berbentuk penyelesaian masalah. Soalan ini memerlukan

murid mengemukakan cadangan penyelesaian. Empat (4) markah diperuntukkan

untuk soalan ini.

Program Bahasa Melayu Edubest - SM508B-2 1

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 4: Tahap SM5 Modul 501B-2 Pemahaman. Novel. Rumusan Nama

Latihan:

Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan telitinya, kemudian jawab soalan-

soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Gelandangan ialah orang yang pekerjaannya atau tempat tinggalnya tidak tetap.

Mereka juga dikenali sebagai tunawisma. Lazimnya, golongan ini tidak mempunyai

hala tuju dan sanggup tidur di kaki lima. Jika sakit, mereka akan terlantar tanpa

dipedulikan oleh sesiapa. Mereka juga diabaikan oleh keluarga. Jika kita berjalan-jalan

di sekitar ibu kota pada waktu malam atau menjelang pagi, kita akan dapat menyaksikan

golongan ini. Walau bagaimanapun, di sebalik kesukaran hidup mereka, mereka

sebenarnya tidak disisih, pelbagai pihak telah mengambil pelbagai usaha untuk

membantu mereka.

Di Kuala Lumpur, sebanyak 12 badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat dalam

aktiviti 'dapur jalanan' telah bersetuju untuk mengagihkan makanan kepada golongan

gelandangan di luar kawasan dua kilometer di ibu kota. Selain itu, satu sesi 'town hall'

bersama golongan gelandangan dan pengemis diadakan bagi mendengar keluhan dan

membantu meningkatkan taraf hidup mereka. Beberapa buah premis sedia ada yang

digunakan turut akan dikenal pasti untuk dijadikan sebagai premis angkat berkonsepkan

'Anjung Singgah'.

Pihak Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) pula

menubuhkan Pusat Sehenti Bina Diri Sungai Buluh di Bandar Sri Damansara. Pusat ini

dibangunkan untuk jagaan, memberikan perlindungan dan pemulihan golongan terbabit.

Sejak dibuka pada tahun 2012, terdapat 35 orang gelandangan yang secara sukarela

tinggal di sini. Kerajaan juga menjalankan Kempen "Kami Prihatin" untuk membantu

golongan gelandangan. Hasil daripada kempen ini, bilangan gelandangan di Kuala

Lumpur pada tahun 2012 berkurang daripada 1, 446 padatahun 2011 kepada 1,223 orang.

-Berita Harian

Program Bahasa Melayu Edubest - SM508B-2 2

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 5: Tahap SM5 Modul 501B-2 Pemahaman. Novel. Rumusan Nama

Bahan 2

lsu gelandangan, pengemis ditangani secara tuntas

Oleh Ramli Razali – Februari 2021 @4:50 petang

[email protected]

KUALA LUMPUR: Akta Orang-orang Papa 1977 akan dikaji semula bagi memastikan

keperluan gelandangan dan pengemis terbela. Menteri Pembangunan, Keluarga dan

Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun, berkata hal ini termasuk usaha menambah

baik dan mengaktifkan sekretariat penyelarasan semula bagi menangani isu

gelandangan dan pengemisan. Usaha itu, tegasnya, akan digembleng merentasi pelbagai

kementerian, agensi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). "lsu gelandangan bukan

sahaja terlelak di sesuatu kementerian tetapi menjadi tanggungjawab kita bersama

merangkumi peringkat kementerian, NGO, negeri dan sebagainya. "Kementerian

sedang mengkaji Akta Orang-orang Papa 1977 yang sudah terlalu lama. "Kita juga akan

menambah baik dari segi pengaktifan semula sekretariat penyelarasan bagi menangani

isu gelandangan dan pengemisan ini yang membabitkan pelbagai kementerian atau

agensi termasuk NGO. "Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), NGO berperanan

sangat baik untuk membantu kementerian menangani isu gelandangan," katanya.

Program Bahasa Melayu Edubest - SM508B-2 3

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 6: Tahap SM5 Modul 501B-2 Pemahaman. Novel. Rumusan Nama

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Wan Hassan Mohd Ramli

(PAS-Dungun) mengenai perancangan holistik kementerian menangani isu

gelandangan pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Ketika pelaksanaan PKP, Rina berkata, seramai 1,283 gorang elandangan diselamatkan

dan ditempatkan di 23 buah Pusat Gelandangan Sementara di seluruh negara.

Katanya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merekodkan jumlah gelandangan

tertinggi diikuti Johor dan Sarawak.

"Daripada 1,283 orang gelandangan, 87 peratus lelaki, manakala selebihnya wanita.

Ketika saringan dijalankan, ada yang mempunyai masalah mental, penagihan dadah dan

penyakit berjangkit.

"Kita usaha membantu mereka. Ada yang dikembalikan kepada keluarga dan membantu

untuk memberikan kemahiran kepada mereka supaya dapat berdikari dan boleh

mendapat pekerjaan,"katanya.

(i) Berdasarkan Bahan 1, apakah maksud gelandangan? [2 markah]

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2. nyatakan usaha yanq diambil untuk membantu

gelandangan? [ 3 markah]

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

Program Bahasa Melayu Edubest - SM508B-2 4

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 7: Tahap SM5 Modul 501B-2 Pemahaman. Novel. Rumusan Nama

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

(iii) Golongan gelandangan di kawasan bandar seperti Kuala Lumpur semakin

meningkat jumlahnya. Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan

qolonqan ini sernakin banyak? [ 3 markah]

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

(iv) Anda menyaksikan satu keluarga gelandangan ibu tunggal bersama dua orang

anaknya tinggal di kaki lima sebuah premis perniagaan. Anda ingin membantu keluarqa

ini. Apakah usaha yang akan anda lakukan? [4 markah]

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

Program Bahasa Melayu Edubest - SM508B-2 5

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 8: Tahap SM5 Modul 501B-2 Pemahaman. Novel. Rumusan Nama

2. Pemahaman petikan sastera (antologi) ( 4 soalan ; 13%)

a. Sekurang-kurangnya dua bahan disediakan yang terdiri daripada bahan prosa dan

bukan prosa.

b. Dengan berdasarkan bahan 1 bahan 2 atau bahan 3. murid perlu menjawab

beberapa soalan.

c. Empat soalan pemahaman disediakan.

d. Sejumlah 13 markah diperuntukkan untuk soalan ini.

e. Soalan yang pertama lazimnva tentang maksud rangkai kata atau isi yang

berkaitan dalam petikan. Dua (2) markah diperuntukkan untuk soalan ini.

f. Soalan yang kedua merupakan soalan yang jawapannya mesti diambil daripada

kedua-dua petikan. Soalan ini memerlukan murid sama ada membuat banding

beza atau penilaian. Empat (4) markah diperuntukkan untuk soalan ini.

g. Soalan yang ketiga ialah soalan yang memerlukan pelajar sama ada membuat

banding beza, penilaian atau mengemukakan pendapat. Tiga (3) markah

diperuntukkan untuk soalan ini.

h. Soalan yang keempat berbentuk penyelesaian masalah. Soalan ini memerlukan

pelajar mengemukakan cadangan penyelesaian. Empat(4) markah diperuntukkan

untuk soalan ini.

Gurindam : Beberapa Petua Hidup

Fikir dan Kata

Kurang fikir, kurang siasat,

Tentu dirimu kelak tersesat.

Fikir dahulu sebelum berkata,

Supaya terelak silang sengketa.

Perkataan tajam jika dilepas,

Ibarat beringin, racun dan upas.

Program Bahasa Melayu Edubest - SM508B-2 6

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 9: Tahap SM5 Modul 501B-2 Pemahaman. Novel. Rumusan Nama

Kalau mulut tajam dan kasar,

Boleh ditimpa bahaya besar.

Silang Sengketa

Siapa menggemari silang sengketa,

Kelaknya pasti berdukacita.

Silang selisih jangan dicari,

Jika tersua janganlah lari.

Ilmu

Jikalau ilmu tiada sempurna,

Tiada berapa ia berguna.

Ilmu kepandaian boleh dikejar,

Asal mahu rajin belajar.

Dunia Pergaulan

Dunia ini taman pergaulan,

Hendaklah pilih sahabat dan taulan.

Manusia dikenal sifat budinya,

Dengan dilihat siapa kawannya.

Burung yang sama corak dan bulu,

Selalu sekumpul ke hilir ke hulu.

Sifat-sifat yang Baik

Jikalau kamu bersifat budiman,

Program Bahasa Melayu Edubest - SM508B-2 7

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 10: Tahap SM5 Modul 501B-2 Pemahaman. Novel. Rumusan Nama

Dipandang sebagai bunga di taman.

Jikalau kamu bersifat dermawan,

Segala orang dapat kau tawan.

Jikalau kamu bersifat pemurah,

Segala manusia datang menyerah.

Perbuatan yang Baik

Barang siapa berbuat jasa,

Mulia namanya segenap masa.

Menolong sesama wajib dan perlu,

Tetapi tolonglah dirimu dahulu.

Sifat-sifat yang Jahat

Telunjuk lurus kelengkeng berkait,

Hati sesama menjadi pahit.

Barang siapa berbuat khianat,

Tuhan kelak memberi laknat.

Za'ba

Antologi Sejadah Rindu,

Maksud

Rangkap 1: Peringatan kepada pembaca sekiranya kurang berfikir dan kurang

menyelidik terlebih dahulu, pasti akan menyebabkan hidup menjadi sesat.

Program Bahasa Melayu Edubest - SM508B-2 8

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 11: Tahap SM5 Modul 501B-2 Pemahaman. Novel. Rumusan Nama

Rangkap 2: Saranan agar berfikir dahulu sebelum berkata-kata untuk mengelakkan

sebarang salah faham dan sengketa sesama manusia.

Rangkap 3: Kata-kata yang kesat dan kurang sopan jika dituturkan boleh

memudaratkan hidup masyarakat.

Rangkap 4: Sekiranya seseorang berbicara dengan kata-kata yang pedas dan kurang

sopan boleh menyebabkan dia mengalami masalah yang besar.

Rangkap 5: Seseorang yang gemar hidup bermusuh akan sentiasa bermasalah.

Rangkap 6: Saranan agar pembaca tidak menimbulkan persengketaan tetapi jika

perkara itu berlaku perlulah diterima dengan tabah.

Rangkap 7: Ilmu yang tidak dipelajari dengan sempurna kurang lengkap dan kurang

sesuai untuk diamalkan.

Rangkap 8: Ilmu pengetahuan dan kemahiran boleh dituntut selagi rajin untuk

menuntut ilmu.

Rangkap 9: Saranan agar bijak memilih sahabat dan taulan di dunia yang di dalamnya

mengandungi berbagai-bagai kerenah dan sifat manusia.

Rangkap 10: Sifat budi pekerti seseorang boleh dikenal melalui rakan taulan yang

didampinginya.

Rangkap 11: Lazimnya, seseorang akan memilih dan mencari kawan yang sama sifat

dan fiilnya untuk memudahkan mereka bekerjasama dan bergaul mesra.

Rangkap 12: Seseorang yang bersifat budiman akan sentiasa dipandang dan disanjung

tinggi.

Rangkap 13: Seseorang yang bersifat dermawan akan dapat menawan hati orang di

sekelilingnya.

Program Bahasa Melayu Edubest - SM508B-2 9

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 12: Tahap SM5 Modul 501B-2 Pemahaman. Novel. Rumusan Nama

Rangkap 14: Seseorang yang bersifat pemurah akan memudahkannya untuk mendapat

bantuan dan pertolongan.

Rangkap 15: Nama seseorang yang membuat jasa akan disanjung pada setiap masa.

Rangkap 16: Saranan agar pembaca memperbaik kelemahan diri terlebih dahulu

sebelum menolong sesama manusia.

Rangkap 17: Perbuatan mengadu domba dan membuat fitnah boleh menyebabkan

hubungan sesama manusia tidak harmoni.

Rangkap 18: Peringatan agar tidak melakukan perbuatan khianat sesama manusia

kerana Tuhan pasti melaknati orang yang berbuat demikian.

Tema

Gurindam "Beberapa Petua Hidup" bertemakan nilai-nilai murni yang dapat

dijadikan pegangan dalam kehidupan manusia sehari-hari. Nilai-nilai murni yang

positif serta diamalkan ini nescaya dapat melahirkan insan yang bersahsiah dan

berdisiplin.

Persoalan

1. Kegigihan dalam membudayakan nilai-nilai murni dalam kehidupan harian

manusia.

2. Kesungguhan dalam mengamalkan nilai-nilai murni.

3. Rasional dalam membuat sebarang tindakan.

4. Ketekunan dalam menuntut ilmu.

5. Sanjungan masyarakat terhadap orang yang berjasa dan berhati mulia.

6. Kerjasama dan budaya tolong-menolong sesama manusia.

7. Keadilan Tuhan terhadap setiap tindak-tanduk manusia.

Program Bahasa Melayu Edubest - SM508B-2 10

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 13: Tahap SM5 Modul 501B-2 Pemahaman. Novel. Rumusan Nama

Bentuk Gurindam

1. Gurindam "Beberapa Petua Hidup" ialah puisi terikat/tidak bebas.

2. Gurindam ini terdiri daripada lapan belas rangkap.

3. Bilangan baris dalam setiap rangkap adalah sama, iaitu dua baris serangkap. Baris

pertama ialah syarat dan baris kedua pula ialah jawab.

4. Bilangan kata dalam setiap baris hampir sama, iaitu antara tiga hingga enam patah

perkataan dalam sebaris.

5. Bilangan suku kata dalam setiap baris terdiri daripada sembilan hingga dua belas

suku kata.

6. Rima akhir gurindam ialah aa.

Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi

1. Antara unsur gaya bahasa yang terdapat dalam gurindam "Beberapa Petua Hidup"

termasuklah:

(a) kata arkaik (kata klasik). Contohnya: upas

(b) kata pinjaman bahasa Arab. Contohnya: khianat; laknat

(c) perulangan atau repetisi. Contohnya: Kurang fikir, kurang siasat,

(d) Peribahasa. Contohnya: Telunjuk lurus kelengkeng berkait

(e) Simile. Contohnya: Ibarat beringin, racun dan upas.

(f) Metafora. Contohnya: mulut tajam dan kasar; taman pergaulan

(g) Inversi. Contohnya: Tentu dirimu kelak tersesat.

2. Antara unsur keindahan bunyi yang digunakan dalam gurindam "Beberapa Petua

Hidup" termasuklah:

(a) asonansi. Contohnya:

i. perulangan bunyi vokal a:

Perkataan tajam jika dilepas

Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi vokal a sebanyak tujuh kali.

Program Bahasa Melayu Edubest - SM508B-2 11

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 14: Tahap SM5 Modul 501B-2 Pemahaman. Novel. Rumusan Nama

ii. perulangan bunyi vokal i:

Manusia dikenal sifat budinya

Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi vokal i sebanyak empat kali.

(b) aliterasi. Contohnya:

i. perulangan bunyi konsonan s:

Supaya terelak silang sengketa

Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi konsonan s sebanyak dua

kali.

ii. perulangan bunyi konsonan t:

Tetapi tolonglah dirimu dahulu.

Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi konsonan t sebanyak dua

kali.

Nilai

1. Nilai kebijaksanaan. Contohnya, kita perlu bijak dalam memilih sahabat dan taulan

di dunia yang diibaratkan sebagai sebuah taman pergaulan.

2. Nilai rasional. Contohnya, kita dinasihatkan agar berfikir dahulu sebelum berkata-

kata untuk mengelakkan sebarang salah faham dan sengketa sesama manusia.

3. Nilai kesopanan. Contohnya, kita dituntut agar menjaga tutur kata supaya tidak

menggores hati orang lain.

4. Nilai kerajinan. Contohnya, kita dinasihatkan agar rajin belajar untuk menambahkan

ilmu dan kemahiran.

5. Nilai mengenang jasa. Contohnya, seseorang yang berjasa akan dikenang sepanjang

masa.

6. Nilai kerjasama. Contohnya, sifat suka membantu dan menolong sesama insan perlu

diamalkan.

7. Nilai baik hati. Contohnya, kita dituntut agar sentiasa berbudi sesama manusia.

8. Nilai setia kawan. Contohnya, seorang sahabat yang baik akan sentiasa mendorong

Program Bahasa Melayu Edubest - SM508B-2 12

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 15: Tahap SM5 Modul 501B-2 Pemahaman. Novel. Rumusan Nama

rakannya ke arah kebaikan.

Pengajaran

1. Kita hendaklah berfikir secara rasional dan mendalam terlebih dahulu sebelum

menuturkan kata-kata untuk mengelakkan salah faham.

2. Kita mestilah bijak memilih sahabat yang dapat memimpin kita ke jalan yang lurus

dan benar.

3. Kita perlulah menjaga tutur kata apabila berbicara dengan orang lain untuk

mengelakkan sengketa.

4. Kita mestilah rajin belajar dengan sungguh-sungguh untuk menambahkan

pengetahuan.

5. Janganlah kita mengadu domba dan membuat fitnah sehingga boleh menjejaskan

hubungan baik sesama manusia.

6. Janganlah kita berlebih-lebihan menolong orang lain sedangkan pada waktu itu

diri sendiri berada dalam kesusahan.

7. Kita hendaklah sentiasa berbudi sesama manusia agar dikenang orang.

Latihan

(i) Apakah maksud rangkap kedua gurindam di atas? [2 markah]

____________________________________________________________

____________________________________________________________

(ii) Apakah perbezaan sifat orang yang baik dan jahat ? [4 markah]

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________

Program Bahasa Melayu Edubest - SM508B-2 13

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 16: Tahap SM5 Modul 501B-2 Pemahaman. Novel. Rumusan Nama

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu berwaspada ketika menuturkan

kata-kata kepada seseorang? Nyatakan tiga alasan anda [3 markah]

_____________________________________________________________

_____________________________________________________________

_____________________________________________________________

(iv) Jika sahabat anda berkelakuan jahat, apakah yang anda lakukan untuk untuk

memperbetul kelakuannya ? [4 markah]

____________________________________________________________

____________________________________________________________

_____________________________________________________________

____________________________________________________________

Program Bahasa Melayu Edubest - SM508B-2 14

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 17: Tahap SM5 Modul 501B-2 Pemahaman. Novel. Rumusan Nama

3.Pemahaman Novel (2 soalan; 10 %)

Praktis 1 : Tirani

Soalan 1 :

“Tahniah, buat Mama! Sayang buat si comel - Papa Zahid." Waheeda tersenyum

sinis menatap kad yang bukan tulisan Zahid.

“Hmm... terima kasih atas segala usaha, wahai ibu mentuaku,” hatinya berbisik

menyedari tiada sesiapa pun suka akan keretakan rumah tangga. “Pandai-pandailah

berbuat manis dan cuba menutupi aib ahli keluarga sendiri,” getus Waheeda.

"Fikiran Eda rosak dan mamai, mak." Waheeda tiba-tiba mengungkap suara

hatinya. "Telinga Eda sentiasa teringat akan nada kasar Abang Zahid yang menuduh

Eda main kayu tiga, nusyuz, ingkar, dan semuanya,” kata Waheeda sebak. "Lagi-lagi

dia mengungkitkan isu-isu lepas. Yang paling menyakitkan ialah dia tidak pasti anak ini

anak dia! Dari dalam perut lagi sudah disangsikan,” kata Waheeda menyeka mata yang

mula digenangi air jernih Waheeda tidak dapat membendung tangis dan esakannya.

Dipetik daripada

Novel Tirani

Karya Beb Sabariah

Kementerian Pendidikan Malaysia

Nyatakan perkara-perkara yang dilakukan oleh Zahid sehingga Waheeda berada dalam

kese? [4 markah]

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

Program Bahasa Melayu Edubest - SM508B-2 15

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 18: Tahap SM5 Modul 501B-2 Pemahaman. Novel. Rumusan Nama

Soalan 2 :

Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

a, Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip

b. Tirani, karya Beb Sabariah

c. Silir Daksina, karya Nizar Parman

d. Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop

Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan sebab-sebab sesebuah peristiwa itu

dapat menarik minat anda untuk meneruskan pembacaan. [6 markah]

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

Praktis 2 : Silir Daksina

Soalan1 :

‘Betul cakap Pak Haji Salam tu,” Abang Bakir kini pula bersuara. Abang Bakir

ialah jurulatih zapin. Dia jugalah yang kini membimbing penari-penari baharu

D’Purnama.

Program Bahasa Melayu Edubest - SM508B-2 16

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 19: Tahap SM5 Modul 501B-2 Pemahaman. Novel. Rumusan Nama

Haiqal hanya merenungnya lama. Dia seakan-akan tidak percaya. Buku-buku

yang terkurung di dalam almari itu dikarang oleh ayahnya. Dia benar-benar ingin

menyentuh buku-buku itu. Betapa hebatnya arwah ayahnya itu.

Bukan setakat buku-buku sahaja, malah sejarah hidup ayahnya juga turut

dipamerkan di situ. Ada sebuah album besar yang menyimpan gambar-gambar ayahnya.

Dia menyelak lembaran demi lembaran album itu. Hatinya sangat tertarik apabila

melihat beberapa keping gambar ayahnya yang segak mengenakan baju Melayu teluk

belanga bersama-sama kumpulan zapin Seri Purnama.

"Ayahku benar-benar seorang penari zapin, Zim?" Kalimat itu meluncur dari

bibirnya.

Lazim menepuk bahunya. "Bukan setakat tu saja, Qal. Dialah jugalah orang yang

bertanggungjawab menghidupkan kumpulan zapin D'Purnama yang telah lama

berkubur.

Dipetik daripada

Novel Silir Daksina,

Karya NizarParman

Kementerian Pendidikan Malaysia

Nyalakan sumbangan-sumbangan ayah Haiqal seperli yang dinyatakan dalam petikan.

[4 markah]

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

Soalan 2 :

(ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

a. Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip

a. Tirani, karya BebSabariah

c. Silir Daksina, karya NizarParman

d. Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop

Program Bahasa Melayu Edubest - SM508B-2 17

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 20: Tahap SM5 Modul 501B-2 Pemahaman. Novel. Rumusan Nama

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari , jelaskan sebab-sebab bahagian klimaks

novel tersebut menarik perhatian pembaca. [6 markah]

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

Program Bahasa Melayu Edubest - SM508B-2 18

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 21: Tahap SM5 Modul 501B-2 Pemahaman. Novel. Rumusan Nama

4. Rumusan (30%)

a. Masa yang perlu diperuntukkan untuk menjawab soalan rumusan ini ialah

empat puluh lima minit.

b. Markah yang disediakan untuk bahagian ini ialah 30 markah, iaitu pengenalan 2

markah, isi tersurat 16 markah dan kesimpulan 2 markah. Markah bahasa ialah

10 seperti yang berikut:

c.

Pengenalan : 2 markah

lsi Bahan 1 (Petikan) : 12 markah

lsi Bahan 2 (Grafik) : 4 markah

Kesimpulan : 2 markah

_ ---------------------------------------------

Isi : 20 markah

Bahasa : 10 markah

---------------------------------------------

Jumlah : 30 markah

d. Bilangan soalan yang dikemukakan satu soalan sahaja.

e. Soalan ini mengandungi dua bahan. Bahan yang pertama ialah petikan,

manakala bahan yang kedua terdiri daripada bahan grafik.

f. Petikan lazimnya terdiri daripada 300 patah perkataan daripada pelbagai sumber

berdasarkan tema yang terdapat dalam DSKP.

g. Tema dan kata kunci petikan tidak dinyatakan dalam soalan,

h. Setiap bahan sekurang-kurangnya mengandungi dua fokus. Fokus ialah tema

dan kata kunci isi. Contoh fokus:

(i) Punca-punca seseorang itu muflis

(ii) Langkah-langkah untuk menangani masalah kemuflisan

(iii) Kesan-kesan jika seseorang itu muflis.

i. Jawapan perlu dikemukakan dalam bentuk perenggan.

Program Bahasa Melayu Edubest - SM508B-2 19

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 22: Tahap SM5 Modul 501B-2 Pemahaman. Novel. Rumusan Nama

Latihan :

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disediakan di bawah. Kemudian buat satu

rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan

supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal bahan.

Bahan 1 :

Mendengar saja perkataan petai, pasti ada yang terus memikirkan bau nafas yang

kurang menyenangkan apabila kita menikmatinya. Oleh itu, berkemungkinan besar ada

yang tidak menjamahnya sekiranya menjadi menu makanan pada siang hari ketika

waktu bekerja. Petai merupakan sejenis tanaman yang berasal dari negara tropika,

seperti di negara kita Malaysia dan juga Indonesia. Oengan nama saintifik parkia

speciosa dan dimakan sebagai ulam ini, di sebalik ketidakenakan bau nafas, sebenarnya

petai sejenis ulam yang banyak memberikan manfaat kesihatan kepada kita.

Mengikut kajian yang dijalankan oleh pakar kesihatan, petai ialah sumber gizi

penting terhadap kesihatan manusia. Penelitian menunjukkan bahawa buah petai

memiliki kandungan sukrosa, fruktosa , dan glukosa. Ketiga-tiga jenis zat ini ialah

sumber gula semula jadi yang boleh menghasilkan tenaga segera bagi mereka yang

memakannya. Bahkan, kandungan protein dalam petai empat kali lebih banyak daripada

buah epal. Kandungan zat besi yang tinggi dalam petai sangat bermanfaat untuk

mengurangkan masalah anemia dalam badan manusia. Petai memiliki kandungan

kalium yang cukup tinggi untuk mengatasi stres dan depresi yang kita alami. Kalium

dalam petai juga dapat meningkatkan konsentrasi dan kemampuan otak seterusnya

berfungsi untuk meningkatkan daya ingatan semasa belajar.

Di samping kandungan kalium yang tinggi, ciri-ciri petai yang rendah garam

mampu menstabilkan degupan jantung sekali gus mengurangkan penyakit

Program Bahasa Melayu Edubest - SM508B-2 20

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 23: Tahap SM5 Modul 501B-2 Pemahaman. Novel. Rumusan Nama

kardiovaskular. Tekanan darah yang terjaga akan menurunkan risiko diserang sakit

jantung dan merendahkan risiko gejala strok di samping mengurangkan masalah

migrain. Dalam jurnal perubatan baharu edaran The New England Journal of Medicine,

hasil penelitian turut mengatakan bahawa pemakanan petai secara teratur mampu

melancarkan sistem pencernaan dalam usus. Serat yang banyak terkandung dalam petai

berguna melancarkan proses penghadaman dan perkumuhan. Bagi yang sering

mengalami gangguan pencernaan seperti sembelit, pemakanan petai akan dapat

membantu mengurangkan penderitaan sembelit. Dengan amalan pemakanan petai,

toksin tubuh yang mengganggu kesihatan dapat diatasi segera.

Oleh sebab manfaat yang banyak dalam petai maka pelbagai usaha harus

dilakukan untuk mempopularkan amalan pemakanan petai. Kementerian Kesihatan

Malaysia harus menjalankan kajian yang lebih mendalam untuk mengenal pasti khasiat

petai kepada kesihatan manusia. Pihak hotel juga perlu memperkenalkan menu yang

berasaskan petai dalam sajian yang dihidangkan. Tidak lupa juga peranan media massa

yang boleh mengadakan program bagi membicarawarakan khasiat petai dalam

rancangan kesihatan.

Program Bahasa Melayu Edubest - SM508B-2 21

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 24: Tahap SM5 Modul 501B-2 Pemahaman. Novel. Rumusan Nama

Bahan 2 :

Program Bahasa Melayu Edubest - SM508B-2 22

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 25: Tahap SM5 Modul 501B-2 Pemahaman. Novel. Rumusan Nama
Page 26: Tahap SM5 Modul 501B-2 Pemahaman. Novel. Rumusan Nama
Page 27: Tahap SM5 Modul 501B-2 Pemahaman. Novel. Rumusan Nama
Page 28: Tahap SM5 Modul 501B-2 Pemahaman. Novel. Rumusan Nama

Pelan Lokasi

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur.

Tel: 03-7983 7650

http://www.edubest.com.my