tahap sm modul 407 sistem & aplikasi bahasa nama...penggunaan kartun sebagai bahan dalam induksi...

12
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest Tahap SM4 Modul 40 7B-1 Sistem & Aplikasi Bahasa Nama : _____________________________

Upload: others

Post on 11-Aug-2021

21 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tahap SM Modul 407 Sistem & Aplikasi Bahasa Nama...Penggunaan kartun sebagai bahan dalam induksi set akan menarik minat murid untuk mengetahui tentang tajuk yang akan disampaikan oleh

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest

Tahap SM4

Modul 407B-1 Sistem & Aplikasi Bahasa

Nama : _____________________________

Page 2: Tahap SM Modul 407 Sistem & Aplikasi Bahasa Nama...Penggunaan kartun sebagai bahan dalam induksi set akan menarik minat murid untuk mengetahui tentang tajuk yang akan disampaikan oleh

A. Morfologi

• Kata nama terbitan ke...an

• Kata kerja pasif berapitan ke..an

Baca petikan di bawah dengan telilinya dan senaraikan dua kata nama terbitan

ke…am dan dua kata pasif berapitan ke…an. Kemudian anda dikehendaki membina

satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan

bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh

menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu

sebagai peribahasa atau kata nama khas.

Remaja merupakan mangkin kepada kepesatan industri telekomunikasi. Telefon

bimbit, misalnya merupakan teknologi terkini yang bukan sekadar alat perhubungan

tetapi salah satu perkakas yang menjadi pelengkap gaya hidup. Perkakas teknologi

seperli ini digunakan dengan meluas dalam kalangan remaja di negara kita sebagai

simbol status. Maka, telelon bimbit bagi remaja melampaui kegunaan asasnya, bukan

sahaga sebagai perkakas dalam perhubungan, tetapi sebagai perkakas yang memenuhi

cita rasa dengan pelbagai perisian yang terdapat di dalamnya. Apakah perlunya

teknologi terkini seperti telefon bimbit kepada remaja? Adakah sekadar unluk

bertanyakan khabar dengan kawan-kawan? Adakah benar bahawa remaja ketagihan

telefon bimbit pada hari ini? Kalau itulah peranannya, telefon di rumah tidak

digunakan seperti telefon bimbit yang menjadi teman paling penting bagi remaja, Hal

ini menunjukkan bahawa sektor pengiklanan telah berjaya memintas psikologi remaja

bahawa perkakas ini penting untuk mereka kelihatan setara dengan remaja lain.

Dua kata terbitan berapitan ke…an : _______________ ; _______________

Dua kata kerja pasif berapitan ke...an : _______________ ; ______________

Ayat daripada kata kerja pasif berapitan ke...an:

i. _________________________________________________________________

ii. _________________________________________________________________

Ayat daripada kata adjektif terbitan :

i. _________________________________________________________________

ii. _________________________________________________________________

[6 markah]

Program Bahasa Melayu Edubest - SM407B-1 1

Page 3: Tahap SM Modul 407 Sistem & Aplikasi Bahasa Nama...Penggunaan kartun sebagai bahan dalam induksi set akan menarik minat murid untuk mengetahui tentang tajuk yang akan disampaikan oleh

B. Sintaksis

Tukarkan cakap ajuk di bawah kepada cakap pindah

"Mak, adik telah mengoyakkan buku sayal" kata Samad.

"Kenapakah kamu tak simpan buku kamu baik-baik?" tanya emak.

"Buku tu saya simpan di dalam beg sekolah, mak," ujarSamad.

"Adik, mari sini! Kenapakah kamu koyakkan buku abang?" kata emak.

"Saya nak kertas, untuk buat kapal terbang kertas," jawab adik.

"Lain kali, jangan buat lagi. Pergi minta maaf dengan abang," kata emak

"Baiklah, mak. Maafkan saya, abang."

[6 markah]

1. __________________________________________________________________

__________________________________________________________________

2. __________________________________________________________________

__________________________________________________________________

3. __________________________________________________________________

Program Bahasa Melayu Edubest - SM407B-1 2

Page 4: Tahap SM Modul 407 Sistem & Aplikasi Bahasa Nama...Penggunaan kartun sebagai bahan dalam induksi set akan menarik minat murid untuk mengetahui tentang tajuk yang akan disampaikan oleh

C. Penyuntingan Bahasa

Nota :

Kesalahan Tatabahasa Kesalahan Ejaan

• Kata tugas

• Ayat

• Istilah

• Imbuhan

• Hukum DM

• Kata majmuk

• BA→ BM

• Vokal

• Tanda baca (A/a; “ ”; “-”)

• Imbuhan (gg/kk)

Petikan di bawah mengandungi 11 kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan

kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan, anda tidak boleh menyenaraikannya

lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak

perlu menyalin petikan-petikan tersebut.

Penggunaan kartun sebagai bahan dalam induksi set akan menarik minat murid

untuk mengetahui tentang tajuk yang akan disampaikan oleh guru. Kartun

mempunyai ciri seperti gaya bahasa yang ringkas, mudah difahami, dan berunsur

humur atau kecindan yang boleh mencuit hati murid.

Penggunaan kartun akan mencetuskan idea murid dan sesuai dijadikan sebagai

rangsangan dan dorongan awal untuk murid mengikuti pelajaran hingga ke akhir

waktu pembelajaran dan pemudahcaraan. Penggunaan kartun juga menjadikan sessi

pengajaran dan pemelajaran menyeronokan. Walau bagaimanapun, guru mestilah

bijak memilih jenis kartun yang paling sesuai sekali untuk pengajaran. Bahan kartun

yang guru pilih mestilah berkailan dengan tajuk pengajaran yang akan disampaikan.

Bahan kartun juga mestilah berunsur positif dan membantu murid menjanakan idea

yang lebih kreatif.

No. Kesalahan Pembetulan

1

2

3

4

5

Program Bahasa Melayu Edubest - SM407B-1 3

Page 5: Tahap SM Modul 407 Sistem & Aplikasi Bahasa Nama...Penggunaan kartun sebagai bahan dalam induksi set akan menarik minat murid untuk mengetahui tentang tajuk yang akan disampaikan oleh

6

7

8

9

10

11

[11 markah]

D. Alih Bahasa

Nota :

Bahasa Melayu klasik ialah bahasa Melayu yang digunakan oleh masyarakat Melayu

selepas kedatangan Islam ke Nusantara. Sebelum itu, masyarakat Melayu

menggunakan bahasa Melayu Kuno.

Bahasa Melayu Klasik mempunyai ciri-ciri yang berikut:

i. Ayatnya panjang, berulang, dan berbelit-belit

ii. Banyak menggunakan ayat pasif dan susunan songsang

iii. Kosa kata klasik yang digunakan adalah seperti ratna mutu manikam, edan

kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih)

iv. Kata pangkal ayat seperti sebermula, alkisah, hatta, adapun banyak digunakan.

v. Partikel pun dan -lah juga banyak digunakan.

vi. Aksara jawi banyak digunakan, iaitu aksara yang dipinjam daripada bahasa

Arab yang telah ditambah dengan beberapa huruf tambahan.

vii. Pelbagai jenis kosa kata Arab dan Parsi dimasukkan dalam pelbagai bidang

Bahasa seperti bidang ilmu keagamaan, undang-undang, kesusasteraan,

pemerintahan dan pentadbiran, perubatan, falsalah, tasawuf dan kata-kata

umum.

viii. Frasa dan ayat pengaruh Arab terutama dalam kitab-kitab klasik Melayu

seperti frasa ketahuilah olehmu, maka kemudian daripada itu, atau pada ayat

sunat berbuka atas tamar dan lain-lain. Frasa dan ayat bentuk ini wujud hasil

daripada terjemahan harfiah daripada teks bahasa Arab.

Kaedah untuk Menukarkan Bahasa Melayu Klasik kepada Bahasa Melayu Standard

Program Bahasa Melayu Edubest - SM407B-1 4

Page 6: Tahap SM Modul 407 Sistem & Aplikasi Bahasa Nama...Penggunaan kartun sebagai bahan dalam induksi set akan menarik minat murid untuk mengetahui tentang tajuk yang akan disampaikan oleh

a. Baca dan fahami petikan bahasa Melayu klasik untuk memahami maksud

secara keseluruhan.

b. Kenai pasti watak dan peranannya.

c. Perkataan seperti; hatta, arakian, syahadan, dan kalakian digugurkan kerana

tidak digunakan dalam bahasa Melayu Moden.

d. Namun demikian, kosa kata daripada bahasa istana seperti beradu, santap,

mangkat, bersiram, gering dan sebagainya hendaklah dikekalkan.

e. Kata ganti nama diri seperti baginda, bonda, anakanda, permaisuri, kekanda

dan lain-lain juga dikekalkan.

f. Proses alih bahasa hendaklah dilakukan ayat demi ayat seperti menukarkan

ayat cakap ajuk kepada ayat cakap pindah.

g. Semua dialog yang terdapat dalam teks klasik hendaklah ditukarkan dalam teks

bahasa standard.

h. Jangan mentafsir atau membuat ulasan cerita dalam teks tersebut kerana anda

akan menyebabkan berlaku tokok tambah isi atau fakta. Hal ini menyebabkan

isi terpesong.

i. Keseluruhan teks hendaklah dialihbahasakan. Jangan tinggalkan atau gugurkan

mana-mana ayat atau bahagian teks.

j. Anda boleh mengganti sesetengah kata/diksi sekiranya perlu diubah asalkan

tidak mengubah maksud asal kata tersebut.

k. Setiap ayat yang dibuat perlu memperlihatkan kohesi dan koheren sehingga

menghasilkan alih bahasa yang tepat.

Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan telitinya. Kemudian tulis

petikan tersebut semula dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan

maksud asalnya.

Maka Laksamana pun membahagi tiga, diambil oleh Laksamana harta itu

sebahagi. Maka yang sebahagi Laksamana ambil itu dibahagia tiga pula; yang

sebahagi itu didermakan kepada segala fakir miskin dan yang sebahagi lagi diberikan

pada segala pegawai yang tiada penguasaan dan sebahagi diberikan pada segala

orangnya. Maka segala harta itu pun habislah, suatu pun tiada diambil oleh

Laksamana.

(Dipetik daripada 'Kepimpinan Melalui Teladan'(Hal.34)

dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul)

Kementerian Pendidikan Malaysia

Program Bahasa Melayu Edubest - SM407B-1 5

Page 7: Tahap SM Modul 407 Sistem & Aplikasi Bahasa Nama...Penggunaan kartun sebagai bahan dalam induksi set akan menarik minat murid untuk mengetahui tentang tajuk yang akan disampaikan oleh

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

(6 markah)

E. Peribahasa

Baca ayat-ayat di bawak dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai

dengan ayat-ayat tersebut.

1. Semua anak Pak Haji bukan sahaja alim malah bijak dan bersopan santun kerana

telah diasuh sejak kecil.

2. Penduduk Kampung Lata yang rata-rata terdiri daripada nelayan masih hidup

dalam kemiskinan.

3. Pertunjukan wayang kulit merupakan seni warisan negara yang menjadi

kebanggaan rakyat Malaysia.

4. Mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin dapat atau berlaku.

Program Bahasa Melayu Edubest - SM407B-1 6

Page 8: Tahap SM Modul 407 Sistem & Aplikasi Bahasa Nama...Penggunaan kartun sebagai bahan dalam induksi set akan menarik minat murid untuk mengetahui tentang tajuk yang akan disampaikan oleh

5. Seseorang yang tidak dihargai lantaran kedaifan dan kemiskinan dalam hidupnya.

6. Perkara yang baik tidak semestinya dilakukan secara berlebih-lebihan sementara

perkara yang tidak baik hendaklah dielakkan sama sekali.

[6 markah]

Program Bahasa Melayu Edubest - SM407B-1 7

Page 9: Tahap SM Modul 407 Sistem & Aplikasi Bahasa Nama...Penggunaan kartun sebagai bahan dalam induksi set akan menarik minat murid untuk mengetahui tentang tajuk yang akan disampaikan oleh
Page 10: Tahap SM Modul 407 Sistem & Aplikasi Bahasa Nama...Penggunaan kartun sebagai bahan dalam induksi set akan menarik minat murid untuk mengetahui tentang tajuk yang akan disampaikan oleh
Page 11: Tahap SM Modul 407 Sistem & Aplikasi Bahasa Nama...Penggunaan kartun sebagai bahan dalam induksi set akan menarik minat murid untuk mengetahui tentang tajuk yang akan disampaikan oleh
Page 12: Tahap SM Modul 407 Sistem & Aplikasi Bahasa Nama...Penggunaan kartun sebagai bahan dalam induksi set akan menarik minat murid untuk mengetahui tentang tajuk yang akan disampaikan oleh

Pelan Lokasi

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur.

Tel: 03-7983 7650

http://www.edubest.com.my