tahap sm modul a nama€¦ · mengatasi hidupan lain dengan akal yang sempurna kurniaan-nya...

12
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest Tahap SM4 Modul 7 A Nama : _____________________________

Upload: others

Post on 04-Sep-2020

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tahap SM Modul A Nama€¦ · mengatasi hidupan lain dengan akal yang sempurna kurniaan-Nya nampaknya disia-siakan begitu sahaja. Sesungguhnya, kesan kegiatan manusia terhadap alam

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest

Tahap SM4

Modul 7A

Nama : _____________________________

Page 2: Tahap SM Modul A Nama€¦ · mengatasi hidupan lain dengan akal yang sempurna kurniaan-Nya nampaknya disia-siakan begitu sahaja. Sesungguhnya, kesan kegiatan manusia terhadap alam
Page 3: Tahap SM Modul A Nama€¦ · mengatasi hidupan lain dengan akal yang sempurna kurniaan-Nya nampaknya disia-siakan begitu sahaja. Sesungguhnya, kesan kegiatan manusia terhadap alam

Kertas 1 Karangan Jenis Bahan Rangsangan Latihan: Gambar menunjukkan antara aktiviti dalam Program Latihan Khidmat Negara. Huraikan pendapat anda tentang penderaan terhadap kanak-kanak. Panjang huraian anda hendaklah antara 250 hingga 300 patah perkataan.[30 markah]

Pro

gram

Bahasa

Mala

ysia E

dubest

Program Bahasa Malaysia Edubest SM407A 1

Page 4: Tahap SM Modul A Nama€¦ · mengatasi hidupan lain dengan akal yang sempurna kurniaan-Nya nampaknya disia-siakan begitu sahaja. Sesungguhnya, kesan kegiatan manusia terhadap alam

Peta Minda/Rangka

Pro

gram

Bahasa

Mala

ysia E

dubest

Program Bahasa Malaysia Edubest SM407A 2

Page 5: Tahap SM Modul A Nama€¦ · mengatasi hidupan lain dengan akal yang sempurna kurniaan-Nya nampaknya disia-siakan begitu sahaja. Sesungguhnya, kesan kegiatan manusia terhadap alam

Bahagian B : Karangan -Karangan Jenis Perbincangan / Pendapat Sikap manusia yang tidak bertanggungjawab terhadap alum sekitar mendatangkan pelbagai bencana di muka bumi ini. Bincangkan penyataan ini.

Alam sekitar diibaratkan anugerah yang tidak ternilai daripada Tuhan. Gunung-ganang dan bukit-bukau menjadi tempat manusia menikmati alam semula jadi selain daripada laut biru yang saujana mata memandang, memberikan seribu satu macam manfaat kepada manusia sejagat. Segala makhluk yang dijadikan oleh-Nya di muka bumi ini ternyata mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Namun, 'anugerah' ini saban hari semakin dinodai kesuciannya dan kian tercemar. Persoalannya, mengapakah dan bagaimanakah kejadian ini boleh berlaku? Pada hakikatnya, manusia sendiri yang bertanggungjawab atas kemunculan segala masalah dan kemusnahan ini. Lebih malang lagi, keistimewaan manusia untuk menaakul dan mengatasi hidupan lain dengan akal yang sempurna kurniaan-Nya nampaknya disia-siakan begitu sahaja. Sesungguhnya, kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar amat serius dan parah. Antara kesan-kesan tersebut termasuklah pencemaran udara. Perkembangan negara dalam sektor perindustrian telah menyebabkan kilang-kilang dibina seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Walaupun perkembangan ini dianggap satu kebanggaan kepada semua, kesan sampingannya amat membimbangkan. Setiap hirupan udara kini mengandungi pelbagai patogen dan debu-debu halus. Atmosfera yang melitupi bumi juga bukan sahaja semakin tercemar malah lapisannya yang berfungsi sebagai penapis sinaran ultra ungu semakin menipis. Akibatnya, kesihatan manusia terjejas. Penyakit kronik mulai menular akibat fenomena ini.

Akibat terlalu ghairah mengejar pembangunan, pihak-pihak terbabit terlupa bahawa penerangan kawasan hutan dan penarahan kawasan tinggi telah mengakibatkan fenomena tanah runtuh. Tanpa cengkaman akar yang mampu mengelakkan tumbuh-tumbuhan daripada tumbang menyembah bumi, hakisan tanah akan terjadi. Akhirnya, manusia sendiri yang ditimpa bencana alam. Kemusnahan alam ini bukan sahaja ditanggung oleh manusia sahaja malah segala hidupan lain, baik yang tinggal di dalam hutan mahupun yang bersifat akuatik. Buktinya, haiwan kehilangan habitat dan pelbagai jenis hidupan air pula kelihatan mati terapung. Dalam hal ini, siapakah yang terpaksa menanggung kerugian?

Seterusnya, perbuatan manusia telah menyebabkan kepupusan flora dan fauna.

Pemburu haram yang tidak gentar akan undang-undang terus-menerus menangkap hidupan liar yang kian terancam dengan sewenang-wenangnya. Haiwan seperti gajah diburu kerana gadingnya yang dipercayai mampu mengubati pelbagai jenis penyakit manakala harimau pula menjadi mangsa kerana bulunya yang dapat digunakan dalam Pro

gram

Bahasa

Mala

ysia E

dubest

Program Bahasa Malaysia Edubest SM407A 3

Page 6: Tahap SM Modul A Nama€¦ · mengatasi hidupan lain dengan akal yang sempurna kurniaan-Nya nampaknya disia-siakan begitu sahaja. Sesungguhnya, kesan kegiatan manusia terhadap alam

dunia fesyen oleh golongan yang mementingkan status. Walaupun akta hidupan liar telah dimaktubkan, demi memastikan kantung sendiri sentiasa penuh, manusia yang gagal mengawal nafsu tamak akan sanggup berbuat apa-apa sahaja.

Pemanasan global kini bukan lagi isu yang baru kepada seluruh masyarakat

dunia. Ekoran pembangunan yang begitu pesat, banyak bukit serta pepohonan ditebang. Kawasan hutan kini semakin terang gara-gara sikap pemaju perumahan yang sentiasa mengejar keuntungan. Lantaran itu, gejala rumah hijau melanda seluruh dunia. Suhu harian kian meningkat. Manusia kini tidak cukup dengan memasang kipas angin sahaja, sebaliknya terpaksa menggunakan alat pendingin hawa untuk menyejukkan badan. Namun, masih ramai yang merungut kepanasan walaupun alat tersebut dipasang hingga tahap maksimum. Hakikatnya, sikap seperti 'enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing' yang diamalkan oleh segelintir masyarakatlah yang membinasakan kehidupan di muka bumi ini.

Hakikatnya, manusia perlu menyedari kesilapan mereka dan kembali ke pangkal jalan. Sekiranya kita ingin terus ditakrifkan sebagai mengolah alam, setiap insan harus mengambil langkah menjaga segala khazanah bumi sebelum tamadun manusia musnah oleh tangan sendiri. Ringkasnya, keharmonian antara manusia dan alam sekitar patut dipelihara sepanjang masa. Pembangunan yang seimbang perlu diambil kira agar ekosistem alam terus terjamin keseimbangannya. segala tindakan yang diambil harus direnung dan diberi pertimbangan rasional agar usaha mengatasi bencana alam dapat dilaksanakan dengan Latihan : Sungai merupakan antara sumber alam semula jadi yang penting kepada manusia sejak dahulu hinggalah pada hari ini. Bincangkan kepentingan sungai dalam kehidupan harian manusia.

Pro

gram

Bahasa

Mala

ysia E

dubest

Program Bahasa Malaysia Edubest SM407A 4

Page 7: Tahap SM Modul A Nama€¦ · mengatasi hidupan lain dengan akal yang sempurna kurniaan-Nya nampaknya disia-siakan begitu sahaja. Sesungguhnya, kesan kegiatan manusia terhadap alam

Peta Minda

Pro

gram

Bahasa

Mala

ysia E

dubest

Program Bahasa Malaysia Edubest SM407A 5

Page 8: Tahap SM Modul A Nama€¦ · mengatasi hidupan lain dengan akal yang sempurna kurniaan-Nya nampaknya disia-siakan begitu sahaja. Sesungguhnya, kesan kegiatan manusia terhadap alam

Peribahasa

*H habis air setelaga, arang dibasuh tak putih Maksud: Betapa pun diusahakannya perangai jahat susah hendak dihilangkan. habis kapak berganti beliung Maksud: Sangat rajin bekerja. habis manis sepah dibuang Maksud: Setelah tidak berguna, dibuang atau tidak diendahkan lagi. hancur badan dikandung tanah, budi yang baik terkenang juga Maksud: Budi bahasa tidak akan dilupakan orang. hangat-hangat tahi ayam Maksud: Tidak tetap kemahuan atau tidak bersungguh-sungguh. harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan Maksud: Oleh sebab mengharapkan keuntungan besar yang belum tentu dapat, keuntungan yang kecil dilepaskan. harapkan guntur di langit, air tempayan dicurahkan Maksud: Mengharapkan keuntungan besar yang belum pasti, harta di tangan dilepaskan. hari baik-baik (pagi) dibuang-buang, hari buruk (petang) dikejar-kejar Maksud: Membiarkan peluang yang baik berlalu, kemudian apabila sudah terlambat baru terkejar-kejar. harimau bertempik tak akan makan orang Maksud: Orang yang terjerit-jerit marah biasanya tidak akan mencederakan orang lain. Pro

gram

Bahasa

Mala

ysia E

dubest

Program Bahasa Malaysia Edubest SM407A 6

Page 9: Tahap SM Modul A Nama€¦ · mengatasi hidupan lain dengan akal yang sempurna kurniaan-Nya nampaknya disia-siakan begitu sahaja. Sesungguhnya, kesan kegiatan manusia terhadap alam

harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama Maksud: Orang jahat mati meninggalkan nama jahat, orang baik mati meninggalkan nama baik. harimau memperlihatkan kukunya Maksud: Seseorang menunjukkan kekuasaannya. harimau menunjukkan belangnya Maksud: Orang besar yang menunjukkan kekuasaannya. harta pulang ke tuan Maksud: Sudah sangat cocok dengan seseorang. haruan makan anak Maksud: Bapa atau ketua yang memperkosa anak atau anak buah. harum menghilangkan bau Maksud: keburukan tertutup oleh perbuatan atau nama baik. hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah Maksud: Pembahagian yang sama rata. hempas tulang berisi perut Maksud: Rajin bekerja dan mudah mendapat rezeki. hempas tulang tak berbalas jasa Maksud: Bekerja keras tanpa beroleh faedah. hendak ditelan termengkelan, hendak diluah tiada keluar Maksud: Dalam keadaan serba salah. Pro

gram

Bahasa

Mala

ysia E

dubest

Program Bahasa Malaysia Edubest SM407A 7

Page 10: Tahap SM Modul A Nama€¦ · mengatasi hidupan lain dengan akal yang sempurna kurniaan-Nya nampaknya disia-siakan begitu sahaja. Sesungguhnya, kesan kegiatan manusia terhadap alam

hendak hinggap tiada berkaki Maksud: Ingin berbuat sesuatu tetapi tidak berdaya. hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih Maksud: Jika menghendaki sesuatu, bermacam-macam ikhtiar dapat dijalankan, sebaliknya jika tidak mahu pelbagai alasan diberikan. hendak terbang tiada bersayap Maksud: Ingin berbuat sesuatu tetapi tidak berupaya. hidung dicium, pipi digigit Maksud: Kasih sayang yang pura-pura; menyembunyikan perbuatan jahat dengan perbuatan baik. hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong Maksud: Orang yang mencampuri urusan orang lain; menonjol-nonjolkan diri. hidup dikandung adat, mati dikandung tanah Maksud: Hidup hendaklah mengikut peraturan dan kebiasaan yang berlaku, setelah mati terserahlah kepada hukum Tuhan. hidup pokok biar berbuah, hidup manusia biar berjasa Maksud: Ketika hidup hendaklah berbuat baik kepada diri sendiri dan masyarakat. hidup segan mati tak mahu Maksud: Orang yang hidup melarat kerana kemiskinan atau selalu sakit. hilang adat tegal muafakat Maksud: Adat dapat diubah dengan persetujuan orang ramai. hilang bini boleh dicari, hilang budi celaka badan Maksud: Akal itu hendaklah dipelihara kerana jika akal hilang dapat membawa kebinasaan. Pro

gram

Bahasa

Mala

ysia E

dubest

Program Bahasa Malaysia Edubest SM407A 8

Page 11: Tahap SM Modul A Nama€¦ · mengatasi hidupan lain dengan akal yang sempurna kurniaan-Nya nampaknya disia-siakan begitu sahaja. Sesungguhnya, kesan kegiatan manusia terhadap alam

hilang di mata di hati jangan Maksud: Walaupun tempat tinggal berjauhan, tetapi selalu diingat di dalam hati: hilang geli kerana geletek hilang malu, tamak loba dapat kebiasaan Maksud: Suatu perolehan yang tidak mencukupi menyebabkan seseorang membuat kerja-kerja yang terhina. hilang tukul hilanglah pahat Maksud: Tidak dapat berbuat sesuatu kalau tidak berteman. hinggap mencengkam, terbang menumpu Maksud: Jika merantau ke negeri lain hendaklah mencari orang yang sesuku dan apabila hendak pulang mestilah memberitahu orang itu juga. hitam dikatakan putih, putih dikatakan hitam Maksud: Tidak mengatakan yang sebenarnya; berbohong. hitam gagak tiada siapa yang mencelupnya Maksud: Orang yang berlaku jahat dengan kehendaknya sendiri. hujan berpohon, panas berasal Maksud: Segala sesuatu itu tentulah mempunyai sebab-sebabnya. hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik juga negeri sendiri Maksud: Walaupun mewah di negeri orang tetapi tidak sebaik negeri sendiri. hutang emas dapat dibayar, hutang budi dibawa mati Maksud: Budi bahasa orang tidak dapat dibalas dengan wang ringgit tetapi harus diingat seumur hidup. Pro

gram

Bahasa

Mala

ysia E

dubest

Program Bahasa Malaysia Edubest SM407A 9

Page 12: Tahap SM Modul A Nama€¦ · mengatasi hidupan lain dengan akal yang sempurna kurniaan-Nya nampaknya disia-siakan begitu sahaja. Sesungguhnya, kesan kegiatan manusia terhadap alam

Pelan Lokasi

@ Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650

http://www.edubest.com.my