tahap sm5 modul 501b-2 pemahaman. novel. rumusan nama...keinsafan atas segala dosa-dosa lalu yang...

20
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest Tahap SM5 Modul 501B-2 Pemahaman. Novel. Rumusan Nama : _____________________________

Upload: others

Post on 01-Apr-2021

4 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tahap SM5 Modul 501B-2 Pemahaman. Novel. Rumusan Nama...Keinsafan atas segala dosa-dosa lalu yang menghantui hidup. 2. Pengharapan terhadap pengampunan daripada Pencipta sebelum meninggal

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest

Tahap SM5

Modul 501B-2 Pemahaman. Novel. Rumusan

Nama : _____________________________

Page 2: Tahap SM5 Modul 501B-2 Pemahaman. Novel. Rumusan Nama...Keinsafan atas segala dosa-dosa lalu yang menghantui hidup. 2. Pengharapan terhadap pengampunan daripada Pencipta sebelum meninggal

Format Peperiksaan Bahasa Melayu SPM Mulai 2021

Ujian Bertulis

Kertas 1 (2 jam)

A (30%) : 1 Karangan Bahan Rangsangan (Kombinasi Pelbagai Bahan Rangsangan)

B (70%) : Karangan Umum (pilih 1 daripada 4 soalan)

4 domain : individu (diri), awam (masyarakat), pendidikan, kerjaya

Kertas 2 (2 jam 30 minit)

A (35%) : Sistem dan Aplikasi Bahasa

1. Morfologi (6%-8%)

2. Sintaksis (6%)

3. Penyuntingan (Membetulkan kesalahan bahasa) (11%-13%)

4. Bahasa Melayu Standard (Bahasa Melayu Klasik -> Bahasa Melayu

Standard) (6%)

5. Peribahasa (4%)

B (35%) : Pemahaman

6. Pemahaman petikan umum (4 soalan ; 12 %)

7. Pemahaman petikan sastera (antologi) 4 soalan ; 13%)

8. Novel (2 soalan; 10 %)

C (30%) : 9. Rumusan (30%)

Ujian Lisan

Kertas 3 (70%) : Ujian Bertutur

A (40%) : 1 petikan / bahan ransangan setiap calon; bersoal jawab dengan pentaksir (3-5 minit)

B (30%) : 1 tajuk / tema umum; perbincangan dalam kumpulan 3-5 orang (12-15 minit)

Kertas 4 (30%) :Ujian Mendengar (30 minit)

4-6 petikan; jawab semua 20-25 soalan

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 3: Tahap SM5 Modul 501B-2 Pemahaman. Novel. Rumusan Nama...Keinsafan atas segala dosa-dosa lalu yang menghantui hidup. 2. Pengharapan terhadap pengampunan daripada Pencipta sebelum meninggal

Pemahaman

1. Pemahaman petikan umum (4 soalan ; 12 %)

a. Dua bahan disediakan iaitu Bahan 1 dan Bahan 2. Bahan ini dipetik daripada

majalah atau surat khabar.

b. Empat soalan pemahaman disediakan. Sejumlah 12 markah diperuntukkan untuk

soalan ini.

c. Soalan yang pertama lazimnya tentang maksud rangkai kata atau isi yang

berkaitan dalam petikan. Dua (2) markah diperuntukkan untuk soalan ini.

d. Soalan yang kedua merupakan soalan yang jawapannya mesti diambil daripada

kedua-dua petikan. Soalan ini memerlukan pelajar sama ada membuat banding

beza atau penilaian. Tiga (3) markah diperuntukkan untuk soalan ini.

e. Soalan yang ketiga ialah soalan yang memerlukan pelajar sama ada membuat

banding beza, penilaian atau mengemukakan pendapat. Tiga (3) markah

diperuntukkan untuk soalan ini.

f. Soalan yang keempat berbentuk penyelesaian masalah. Soalan ini memerlukan

murid mengemukakan cadangan penyelesaian. Empat (4) markah diperuntukkan

untuk soalan ini.

Latihan:

Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan telilinya, kemudian jawab soalan-

soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Bahasa kebangsaan sering dijadikan slmbol jab clirl nasional yang sama untuk seluruh

rakyat sesebuah negara. Dengan menggunakan satu bahasa kebangsaan sahaja, negara

kita telah berjaya membentuk satu identiti nasional yang sama dalam kalangan rakyat.

Di samping itu, bahasa Melayu menjadi bahasa pentadbiran kerajaan Melayu sebelum

negara ini dijajah oleh kuasa Barat. Setelah mencapai kemerdekaan, para pemimpin kita

Program Bahasa Melayu Edubest - SM501B-2 1

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 4: Tahap SM5 Modul 501B-2 Pemahaman. Novel. Rumusan Nama...Keinsafan atas segala dosa-dosa lalu yang menghantui hidup. 2. Pengharapan terhadap pengampunan daripada Pencipta sebelum meninggal

telah mengambil langkah segera untuk mengukuhkan perpaduan rakyat yang menjadi

teras pembangunan negara. Atas kesedaran itulah, bahasa Melayu dikembalikan

peranannya sebagal alat perpaduan dan seterusnya membangkitkan semangat

kebangsaan rakyat negara ini, Di samping itu, bahasa kebangsaan juga dapat memupuk

semangat kekitaan dalam jiwa rakyat Malaysia, yang bersifat padu dan abadi, Hal

tersebut hanya dapat dilakukan melalui perkongsian satu bahasa kebangsaan, yang

antaranya digunakan sebagai bahasa pengantar tunggal dalam system pendidikan

nasional. Melalui sistem pendidikan tersebut, bahasa kebangsaan juga berperanan

sebagal bahasa ilmu. Sehubungan dengan itu, banyak negara yang memanfaatkan fungsi

bahasa kebangsaan untuk menyatupadukan rakyat.

Bahan 2

Seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia menerusi Perkara 152 bahasa

Melayu bukan berperanan penting sebagai bahasa kebangsaan negara malah berfungsi

sebagai bahasa rasmi, bahasa komunikasi, bahasa perpaduan dan bahasa ilmu.

Dalam konteks penggunaannya yang meluas, bahasa ini berperanan sebagai alat

penjalin kerjasama dan persefahaman antara kaum, atas dasar toleransi dan saling

menghormati untuk mewujudkan semangat kekitaan Secara konseptualnva Bahasa

Melayu sebagai teras perpaduan bangsa Malaysia bolehlah didefinisikan sebagai bahasa

utama yang menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa perantaraan yang berupaya menjadi

tunjang atau nadi kepada penyatuan pelbagai kaum di negara ini. Bagi sebuah negara

yang dihuni oleh masyarakat berbilang kaum, dilatari pelbagai agama dan diwamai

aneka budaya, perpaduan adalah sangat penting untuk menjamin keharmonian negara.

(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud padu dan abadi? [2 markah]

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan tentang peranan

bahasa kebangsaan selepas kemerdekaan. [ 3 markah]

Program Bahasa Melayu Edubest - SM501B-2 2

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 5: Tahap SM5 Modul 501B-2 Pemahaman. Novel. Rumusan Nama...Keinsafan atas segala dosa-dosa lalu yang menghantui hidup. 2. Pengharapan terhadap pengampunan daripada Pencipta sebelum meninggal

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

(iii) Pada pendapat anda, bahasa Melayu telah dipilih sebagai bahasa kebangsaan di

negara kita. Pada pendapat anda, apakah sebab-sebab pemilihan bahasa Melayu sebagai

bahasa utama di negara Malaysia? [ 3 markah]

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

(iv)Bahasa kebangsaan semakin dirosakkan oleh media massa yang sering mengabaikan

penggunaan bahasa yang tepat dan betul. Sebagai rakyat yang mencintai bahasa

kebangsaan, apakah peranan yang harus anda lakukan untuk mengatasi masalan ini?

[4 markah]

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

Program Bahasa Melayu Edubest - SM501B-2 3

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 6: Tahap SM5 Modul 501B-2 Pemahaman. Novel. Rumusan Nama...Keinsafan atas segala dosa-dosa lalu yang menghantui hidup. 2. Pengharapan terhadap pengampunan daripada Pencipta sebelum meninggal

2. Pemahaman petikan sastera (antologi) ( 4 soalan ; 13%)

a. Sekurang-kurangnya dua bahan disediakan yang terdiri daripada bahan prosa dan

bukan prosa.

b. Dengan berdasarkan bahan 1 bahan 2 atau bahan 3. murid perlu menjawab

beberapa soalan.

c. Empat soalan pcmahaman disediakan.

d. Sejumlah 13 markah diperuntukkan untuk soalan ini.

e. Soalan yang pertama lazimnva tentang maksud rangkai kata atau isi yang

berkaitan dalam petikan. Dua (2) markah diperuntukkan untuk soalan ini.

f. Soalan yang kedua merupakan soalan yang jawapannya mesti diambil daripada

kedua-dua petikan. Soalan ini memerlukan murid sama ada membuat banding

beza atau penilaian. Empat (4) markah diperuntukkan untuk soalan ini.

g. Soalan yang ketiga ialah soalan yang memerlukan pelajar sama ada membuat

banding beza, penilaian atau mengemukakan pendapat. Tiga (3) markah

diperuntukkan untuk soalan ini.

h. Soalan yang keempat berbentuk penyelesaian masalah. Soalan ini memerlukan

murid mengemukakan cadangan penyelesaian. Empat(4) markah diperuntukkan

untuk soalan ini.

Program Bahasa Melayu Edubest - SM501B-2 4

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 7: Tahap SM5 Modul 501B-2 Pemahaman. Novel. Rumusan Nama...Keinsafan atas segala dosa-dosa lalu yang menghantui hidup. 2. Pengharapan terhadap pengampunan daripada Pencipta sebelum meninggal

Latihan :

Sejadah Rindu

Terkedu aku

di sejadah rindu

mengungkap kalimah syahdu

bait bicara tersentuh kalbu

merekah keinsafan di hati yang beku

mengenang dosaku yang terdahulu.

Berbekal pancaindera anugerah Tuhan

kupohon kembali nafas kehidupan

dalam keterhadan dan keterbatasan insan

mega terbuka ruang keampunan

sebelum saat aku dinisankan

di masa yang Kautetapkan.

Air mata menjadi saksi

keikhlasan menjadi bukti

akhirnya

aku sujud menghadap Ilahi

di keheningan yang sepi

lafaz taubat mengiringi

nafas sebak kian mengikuti.

Hati ini luluh

jiwa yang kaku tersentuh

ayat-ayat cinta disusun kukuh

Program Bahasa Melayu Edubest - SM501B-2 5

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 8: Tahap SM5 Modul 501B-2 Pemahaman. Novel. Rumusan Nama...Keinsafan atas segala dosa-dosa lalu yang menghantui hidup. 2. Pengharapan terhadap pengampunan daripada Pencipta sebelum meninggal

di sejadah rindu yang lusuh

kemaafan yang kupohon sungguh

dari Pencipta dalam gemuruh.

Ungkapan doa pada Yang Esa

izinkan aku menjadi manusia

yang taat sentiasa

pada perintah Maha Kuasa

agar aku tidak lupa

dunia ini hanya bersifat sementara.

Mohd. Haikal Aminuddin

dalam antologi Sejadah Rindu,

.

Maksud Sajak

Rangkap 1: Penyajak terkedu di atas sejadah sewaktu mengungkapkan kalimah syahdu

yang menyentuh kalbu dan menginsafi dosa-dosa yang lalu.

Rangkap 2: Dengan rasa rendah diri, penyajak memohon peluang agar dibukakan ruang

keampunan sebelum dia meninggal dunia pada saat yang ditakdirkan oleh Tuhan.

Rangkap 3: Dengan bersaksikan air mata dan keikhlasan sebagai bukti, akhirnya

penyajak bersujud untuk melafazkan taubat dengan nafas yang sebak dalam suasana

yang hening dan sepi.

Rangkap 4: Hati penyajak luluh dan jiwanya tersentuh dengan ayat-ayat cinta yang

disusun rapi sewaktu memohon keampunan daripada Pencipta dengan perasaan yang

gemuruh.

Program Bahasa Melayu Edubest - SM501B-2 6

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 9: Tahap SM5 Modul 501B-2 Pemahaman. Novel. Rumusan Nama...Keinsafan atas segala dosa-dosa lalu yang menghantui hidup. 2. Pengharapan terhadap pengampunan daripada Pencipta sebelum meninggal

Rangkap 5: Penyajak berdoa kepada Yang Maha Esa agar mengizinkan dirinya

menjadi manusia yang sentiasa taat akan perintah-Nya dan sedar bahawa dunia ini

bersifat sementara.

Tema

Sajak "Sejadah Rindu" bertemakan ketuhanan serta ketaatan kepada agama.

Penyajak insaf akan dosa-dosanya yang lalu. Lantas, penyajak memohon keampunan

dengan bertaubat sungguh-sungguh sebelum penyajak meninggal dunia. Hal ini

demikian kerana penyajak berasa insaf dan sedar bahawa dunia ini hanyalah sementara.

Persoalan

1. Keinsafan atas segala dosa-dosa lalu yang menghantui hidup.

2. Pengharapan terhadap pengampunan daripada Pencipta sebelum meninggal

dunia.

3. Keikhlasan dalam memohon keampunan daripada Pencipta.

4. Taubat yang dilakukan dengan sungguh-sungguh sehingga menitiskan air mata.

5. Keampunan yang diharapkan hanyalah daripada Pencipta.

6. Dunia ini hanya sementara.

Bentuk Sajak

1. Sajak ini berbentuk bebas atau tidak terikat.

2. Sajak ini terdiri daripada lima rangkap.

3. Bilangan baris dalam rangkap pertama, kedua, keempat, dan kelima adalah sama,

kecuali rangkap ketiga. Rangkap pertama mengandungi enam baris, rangkap kedua

mengandungi enam baris, rangkap ketiga mengandungi tujuh baris, rangkap keempat

mengandungi enam baris, dan rangkap kelima mengandungi enam baris.

Program Bahasa Melayu Edubest - SM501B-2 7

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 10: Tahap SM5 Modul 501B-2 Pemahaman. Novel. Rumusan Nama...Keinsafan atas segala dosa-dosa lalu yang menghantui hidup. 2. Pengharapan terhadap pengampunan daripada Pencipta sebelum meninggal

4. Jumlah patah kata dalam setiap baris juga tidak sama, iaitu antara satu hingga enam

patah kata dalam satu baris.

S. Jumlah suku kata dalam setiap baris terdiri daripada tiga hingga empat belas suku

kata.

6. Rima akhir sajak ini ialah rangkap pertama: aaaaaa, rangkap kedua: aaaaaa, rangkap

ketiga: aabaaaa, rangkap keempat: aaaaaa, dan rangkap kelima: aaaaaa.

Gaya Bahasa

1. Pemilihan kata atau diksi dan pembinaan ungkapan oleh pengarang begitu indah dan

berkesan. Contohnya:

i. bait bicara tersentuh kalbu - rangkap 1, baris 4

ii. ayat-ayat cinta disusun kukuh - rangkap 4, baris 3

iii. di sejadah rindu yang lusuh - rangkap 4, baris 4

2. Antara unsur gaya bahasa yang terdapat dalam sajak "Sejadah Rindu" termasuklah:

(a) inversi. Contohnya:

i. Terkedu aku - rangkap 1, baris 1

(sepatutnya: Aku terkedu)

ii. moga terbuka ruang keampunan - rangkap 2, baris 4

(sepatutnya: Ruang keampunan moga terbuka)

(b) personifikasi. Contohnya:

Air mata menjadi saksi - rangkap 3, baris 1

(c) metafora. Contohnya:

i. sejadah rindu - rangkap 1, baris 2

ii. nafas kehidupan - rangkap 2, baris 2

(d) penggunaan bahasa Arab. Contohnya:

i. kalimah - rangkap 1, baris 3

ii. Ilahi - rangkap 3, baris 4

iii. taubat - rangkap 3, baris 6

Program Bahasa Melayu Edubest - SM501B-2 8

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 11: Tahap SM5 Modul 501B-2 Pemahaman. Novel. Rumusan Nama...Keinsafan atas segala dosa-dosa lalu yang menghantui hidup. 2. Pengharapan terhadap pengampunan daripada Pencipta sebelum meninggal

Unsur Bunyi :

(a) asonansi

Contohnya:

i. perulangan bunyi vokal a

bait bicara tersentuh kalbu - rangkap 1, baris 4

ii. perulangan bunyi vokal i

keikhlasan menjadi bukti - rangkap 3, baris 2

iii. perulangan bunyi vokal u

aku sujud menghadap Ilahi - rangkap 3, baris 4

(b) aliterasi

Contohnya:

i. perulangan bunyi konsonan k

kupohon kembali nafas kehidupan - rangkap 2, baris 2

ii. perulangan bunyi konsonan s

sebelum saat aku dinisankan - rangkap 2, baris 5

iii. perulangan bunyi konsonan m

izinkan aku menjadi manusia - rangkap 5, baris 2

Nada

Program Bahasa Melayu Edubest - SM501B-2 9

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 12: Tahap SM5 Modul 501B-2 Pemahaman. Novel. Rumusan Nama...Keinsafan atas segala dosa-dosa lalu yang menghantui hidup. 2. Pengharapan terhadap pengampunan daripada Pencipta sebelum meninggal

Sajak "Sejadah Rindu" bernada melankolik. Nada ini sesuai untuk menggambarkan

keinsafan penyajak atas dosa-dosanya yang lalu. Sajak ini juga menggambarkan

keikhlasan hati penyajak yang ingin bertaubat kepada Pencipta.

Nilai

1. Nilai keinsafan. Contohnya, penyajak menginsafi segala dosa-dosanya yang lalu.

2. Nilai kegigihan. Contohnya, penyajak bersungguh-sungguh dan gigih untuk

mendapatkan keampunan sebelum meninggal dunia.

3. Nilai keikhlasan. Contohnya, penyajak bertaubat dengan penuh keikhlasan sehingga

menitiskan air mata.

4. Nilai ketaatan. Contohnya, penyajak taat kepada Pencipta dan hanya berharap

kepada pengampunan daripada Pencipta.

5. Nilai kesedaran. Contohnya, penyajak mempunyai kesedaran bahawa dunia ini

sementara sahaja.

Pengajaran

1. Kita mestilah segara insaf akan dosa dan kesalahan yang lalu supaya kita tidak

menjadi orang yang rugi di akhirat nanti.

2. Kita haruslah berusaha dengan gigih dan tidak berputus asa untuk memperoleh

keampunan agar kita memiliki hati yang bersih.

3. Kita hendaklah memohon keampunan dengan penuh keikhlasan agar dosa-dosa

yang lalu diampunkan oleh Tuhan dan tidak berulang lagi.

4. Kita mestilah taat kepada Pencipta supaya kita sentiasa sedar diri dan mengejar

pengampunan daripada Pencipta.

5. Kita hendaklah sedar bahawa dunia ini hanya sementara supaya kita tidak

melakukan perbuatan dan tindakan yang melebihi batasan.

Program Bahasa Melayu Edubest - SM501B-2 10

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 13: Tahap SM5 Modul 501B-2 Pemahaman. Novel. Rumusan Nama...Keinsafan atas segala dosa-dosa lalu yang menghantui hidup. 2. Pengharapan terhadap pengampunan daripada Pencipta sebelum meninggal

Latihan

Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya

dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Apakah yang dilakukan oleh penyajak di atas sejadah rindu?

[2 markah]

________________________________________________________________

________________________________________________________________

(ii) Berikan perbezaan dalam doa-doa penyajak

[4 markah]

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah seseorang biasanya akan bertaubat pada usia tua

atau pada akhir hayatnya ?

[4 markah]

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________

(iv) Bagaimanakah boleh kita membuat seseorang insaf atas salah lakunya ?

[3 markah]

Program Bahasa Melayu Edubest - SM501B-2 11

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 14: Tahap SM5 Modul 501B-2 Pemahaman. Novel. Rumusan Nama...Keinsafan atas segala dosa-dosa lalu yang menghantui hidup. 2. Pengharapan terhadap pengampunan daripada Pencipta sebelum meninggal

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________

3.Novel (2 soalan; 10 %) - Latihan babagian ini akan dkemukankan setelah Novel

Tirani dikaji.

4. Rumusan (30%)

a. Masa yang perlu diperuntukkan untuk menjawab soalan rumusan ini ialah

empat puluh lima minit.

b. Markah yang disediakan untuk bahagian ini ialah 30 markah, iaitu pengenalan 2

markan, isi tersurat 16 markah dan kesimpulan 2 markah. Markah bahasa ialah

10 seperti yang berikut:

c.

Pengenalan : 2 markah

lsi Bahan 1 (Petikan) : 12 markah

lsi Bahan 2 (Grafik) : 4 markah

Kesimpulan : 2 markah

_ ---------------------------------------------

Isi : 20 markah

Bahasa : 10 markah

---------------------------------------------

Jumlah : 30 markah

d. Bilangan soalan yang dikemukakan satu soalan sahaja.

Program Bahasa Melayu Edubest - SM501B-2 12

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 15: Tahap SM5 Modul 501B-2 Pemahaman. Novel. Rumusan Nama...Keinsafan atas segala dosa-dosa lalu yang menghantui hidup. 2. Pengharapan terhadap pengampunan daripada Pencipta sebelum meninggal

e. Soalan ini mengandungi dua bahan. Bahan yang pertama ialah petikan,

manakala bahan yang kedua terdiri daripada bahan grafik,

f. Petikan lazimnya terdiri daripada 300 patah perkataan daripada pelbagai sumber

berdasarkan tema yang terdapat dalam DSKP.

g. Tema dan kala kunci petikan tidak dinyatakan dalam soalan,

h. Setiap bahan sekurang-kurangnya mengandungi dua fokus. Fokus ialah tema

dan kata kunci isi. Contoh fokus:

(i) Punca-punca seseorang itu muflis

(ii) Langkah-langkah untuk menanganl masalah kemuflisan

(iii) Kesan-kesan jika seseorang itu muflis.

i. Jawapan perlu dikemukakan dalam bentuk perenggan.

Latihan :

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disediakan di bawah. Kemudian buat satu

rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan

supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal bahan.

Bahan 1 :

Mengapakah masyarakat gemar melayari Internet dan menyertai laman sosial?

Tahukah anda bahawa laman sosial tidak hanya sekadar untuk bersosial dengan kawan-

kawan sahaja? Terdapat banyak kegunaan yang akan diperoleh melalui laman sosial

yang ada dalam Internet. Laman sosial ini dapat memberikan peluang dan pengalaman

yang berguna jika pandai menggunakan kelebihan yang ada bak kata bidalan, "sambil

menyelam minum air." Antara laman sosial yang terkenal di Internet ialah Facebook.

Facebook ditubuhkan oleh Mark Zuckerberg, Eduardo Saverin, Dustin Moskovitz dan

Chris Hughes ketika mereka masih belajar di Universiti Cambridge. Facebook mula

Program Bahasa Melayu Edubest - SM501B-2 13

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 16: Tahap SM5 Modul 501B-2 Pemahaman. Novel. Rumusan Nama...Keinsafan atas segala dosa-dosa lalu yang menghantui hidup. 2. Pengharapan terhadap pengampunan daripada Pencipta sebelum meninggal

beroperasi pada bulan Februari 2004. Walaupun muncul pesaing terdekat, iaitu Twitter,

laman sosial ini tetap menjadi pilihan pelbagai lapisan masyarakat, terutamanya remaja.

Melalui sistem ini, masyarakat boleh mencipta ruangan khas untuk kegunaan

peniagaan, menubuhkan kelab dan sebagainya. Facebook juga membolehkan

pelayarnya memulakan perniagaan siber secara mudah, jimat dan berkesan. Caranya

amat mudah kerana hanya dengan mendaftarkan diri sebagai ahli Facebook, anda

berkelayakan untuk memulakan satu atau lebih ruangan khas untuk pemiagaan. Cara ini

amat menjimatkan kerana anda tidak mengeluarkan sebarang perbelanjaan seperti

Amazon dan e-Bay, malahan ternyata berkesan kerana apabila anda memulakan satu

ruangan khas perniagaan, semua orang dalam senarai kawan anda dapat mengetahui

produk yang anda jual. Secara tidak langsung, produk anda dikenali tanpa menggunakan

khidmat iklan berbayar.

Selain itu, produk yang boleh dipasarkan melalui Facebook tidak terbatas kepada

satu jenis produk sahaja, Banyak produk yang telah dipasarkan melalui Facebook dan

telah terbukti keberkesanannya, Antara perniagaan melalui laman sosial yang berjaya

termasuklah penjualan permainan yang dilakukan oleh Toy Malaysia clan Toy Wizard,

Kepentingan seterusnya ialah aktiviti berniaga melalui laman sosial bukan hanya

membantu anda mendapat pendapatan sampingan, malahan dapat membantu anda

mengenali dunia perniagaan moden yang lebih mengutamakan pengeluaran dan

mengurangkan perbelanjaan. Pilihlah satu produk yang anda minati dan ceburilah

bidang perniagaan dengan cara yang bijak.

Perniagaan bukan sahaja menjadi keutamaan dalam laman sosial Facebook.

Melalui laman sosial ini juga, anda berpeluang untuk menyertai aktiviti siber yang

menyeronokkan dan berfaedah. Mengapakah Facebook berguna untuk anda? Aktiviti

yang terdapat dalam Facebook dapat membantu anda menerokai minat yang ada. Bukan

sekadar hobi semata-mata malahan Facebook mampu menjadi pendorong kepada anda

untuk melibatkan diri secara profesional dalam pelbagai bidang.

Bahan 2 :

Program Bahasa Melayu Edubest - SM501B-2 14

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 17: Tahap SM5 Modul 501B-2 Pemahaman. Novel. Rumusan Nama...Keinsafan atas segala dosa-dosa lalu yang menghantui hidup. 2. Pengharapan terhadap pengampunan daripada Pencipta sebelum meninggal

Program Bahasa Melayu Edubest - SM501B-2 15

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 18: Tahap SM5 Modul 501B-2 Pemahaman. Novel. Rumusan Nama...Keinsafan atas segala dosa-dosa lalu yang menghantui hidup. 2. Pengharapan terhadap pengampunan daripada Pencipta sebelum meninggal
Page 19: Tahap SM5 Modul 501B-2 Pemahaman. Novel. Rumusan Nama...Keinsafan atas segala dosa-dosa lalu yang menghantui hidup. 2. Pengharapan terhadap pengampunan daripada Pencipta sebelum meninggal
Page 20: Tahap SM5 Modul 501B-2 Pemahaman. Novel. Rumusan Nama...Keinsafan atas segala dosa-dosa lalu yang menghantui hidup. 2. Pengharapan terhadap pengampunan daripada Pencipta sebelum meninggal

Pelan Lokasi

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur.

Tel: 03-7983 7650

http://www.edubest.com.my