tahap pemikiran inventif pelajar pintar dan · pdf filepembelajaran abad ke-21 memerlukan...

8
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB) Vol. 2: No. 7 (January 2018) page 1-8 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147 1 TAHAP PEMIKIRAN INVENTIF PELAJAR PINTAR DAN BERBAKAT DALAM SUBJEK FIZIK (LEVEL OF INVENTIVE THINKING AMONG GIFTED STUDENTS IN PHYSICS) Mazliza Mohtar 1 Yee Siew Kuan 2 Ong Sy Ing 3 Mariati Mokhtar 4 Abstract: Inventive thinking is one of the main types of skills that are needed to face the global challenges of the 21 st century. The aim of this study is to identify the level of inventive thinking in Physics among gifted. Questionnaire which consist of 42 items have been distributed to 97 gifted and talented students from Pusat PERMATApintar® Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia. Findings from this study shows that all respondents have a high level of inventive thinking with mean 3.70 and standard deviation of 0.47. T test revealed that there is no significant difference in inventive thinking skills based on their gender and age. Therefore, a better strategy in Physics teaching methods should be applied in order to be consistent with the cognitive development and intellectual level of these gifted students. Keywords: inventive thinking, gifted students, physics. Abstrak: Pemikiran inventif merupakan salah satu elemen yang penting dalam kemahiran abad ke-21 yang perlu dimiliki oleh setiap pelajar dalam mendepani cabaran globalisasi. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap pemikiran inventif pelajar pintar dan berbakat di Malaysia dalam subjek Fizik. Kaedah tinjauan menggunakan borang soal-selidik diedarkan kepada 97 orang pelajar dari Kolej PERMATApintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pemikiran inventif pelajar pintar dan berbakat di Malaysia dalam subjek Fizik adalah tinggi dengan nilai 3.70 dan sisihan piawai 0.47 untuk setiap elemen dalam pemikiran inventif. Ujian T bebas menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan didapati dari segi jantina dan umur pelajar. Oleh itu, kaedah pengajaran yang lebih bersesuaian perlu diaplikasikan agar selaras dengan perkembangan kognitif dan tahap intelektual pelajar pintar dan berbakat ini. Keywords: pemikiran inventif, pelajar pintar dan berbakat, Fizik. 2018 JHLCB 1 Guru, Kolej PERMATApintar UKM, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Tel: +60389217566 E-mail: [email protected] 2 Felo, Kolej PERMATApintar UKM, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Tel: +60389217503 E-mail: [email protected] 3 Guru, Kolej PERMATApintar UKM, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Tel: +60389217517 Tel: +6012222200006 E-mail: [email protected] 4 Guru, Kolej PERMATApintar UKM, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Tel: +60389217566 E-mail: [email protected]

Upload: vuongthien

Post on 07-Feb-2018

253 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAHAP PEMIKIRAN INVENTIF PELAJAR PINTAR DAN · PDF filePembelajaran abad ke-21 memerlukan pelajar untuk menonjolkan diri dan kebolehan atau lebih tepat ia ... Mereka mempunyai ciri-ciri

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 2: No. 7 (January 2018) page 1-8 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

1

TAHAP PEMIKIRAN INVENTIF PELAJAR PINTAR DAN

BERBAKAT DALAM SUBJEK FIZIK

(LEVEL OF INVENTIVE THINKING AMONG GIFTED STUDENTS IN PHYSICS)

Mazliza Mohtar1

Yee Siew Kuan2

Ong Sy Ing3

Mariati Mokhtar4

Abstract: Inventive thinking is one of the main types of skills that are needed to face the

global challenges of the 21st century. The aim of this study is to identify the level of inventive

thinking in Physics among gifted. Questionnaire which consist of 42 items have been

distributed to 97 gifted and talented students from Pusat PERMATApintar® Negara,

Universiti Kebangsaan Malaysia. Findings from this study shows that all respondents have a

high level of inventive thinking with mean 3.70 and standard deviation of 0.47. T test

revealed that there is no significant difference in inventive thinking skills based on their

gender and age. Therefore, a better strategy in Physics teaching methods should be applied

in order to be consistent with the cognitive development and intellectual level of these gifted

students.

Keywords: inventive thinking, gifted students, physics.

Abstrak: Pemikiran inventif merupakan salah satu elemen yang penting dalam kemahiran

abad ke-21 yang perlu dimiliki oleh setiap pelajar dalam mendepani cabaran globalisasi.

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap pemikiran inventif pelajar pintar dan

berbakat di Malaysia dalam subjek Fizik. Kaedah tinjauan menggunakan borang soal-selidik

diedarkan kepada 97 orang pelajar dari Kolej PERMATApintar Negara, Universiti

Kebangsaan Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pemikiran inventif

pelajar pintar dan berbakat di Malaysia dalam subjek Fizik adalah tinggi dengan nilai 3.70

dan sisihan piawai 0.47 untuk setiap elemen dalam pemikiran inventif. Ujian T bebas

menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan didapati dari segi jantina dan umur pelajar.

Oleh itu, kaedah pengajaran yang lebih bersesuaian perlu diaplikasikan agar selaras dengan

perkembangan kognitif dan tahap intelektual pelajar pintar dan berbakat ini.

Keywords: pemikiran inventif, pelajar pintar dan berbakat, Fizik. 2018 JHLCB

1Guru, Kolej PERMATApintar UKM, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor,

Tel: +60389217566 E-mail: [email protected] 2 Felo, Kolej PERMATApintar UKM, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor,

Tel: +60389217503 E-mail: [email protected] 3 Guru, Kolej PERMATApintar UKM, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor,

Tel: +60389217517 Tel: +6012222200006 E-mail: [email protected] 4 Guru, Kolej PERMATApintar UKM, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor,

Tel: +60389217566 E-mail: [email protected]

Page 2: TAHAP PEMIKIRAN INVENTIF PELAJAR PINTAR DAN · PDF filePembelajaran abad ke-21 memerlukan pelajar untuk menonjolkan diri dan kebolehan atau lebih tepat ia ... Mereka mempunyai ciri-ciri

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 2: No. 7 (January 2018) page 1-8 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

2

Pengenalan

Malaysia merupakan sebuah negara yang komited untuk mengembangkan institusi

pendidikan di mana kedua-dua ekuiti dan kecemerlangan merupakan matlamat utama proses

pembelajaran bagi setiap pelajar. Perkataan ekuiti di sini merujuk kepada peluang yang boleh

diperolehi oleh setiap pelajar untuk mendapat sokongan dan kesempatan bagi meningkatkan

tahap pembelajaran ke aras yang lebih tinggi. Kecemerlangan pula merujuk kepada keperluan

untuk mendapatkan peluang bagi mengembangkan potensi diri dan memaksimumkan

keupayaan pembelajaran masing-masing (Noriah et al., 2009).

Sejajar dengan perubahan masa dari abad ke-20 ke abad ke-21, banyak perkara perlu

mengalami perubahan termasuk sistem pendidikan dengan tujuan untuk melahirkan modal

insan minda kelas pertama yang bijak, kritis, kreatif dan berkemahiran serta boleh

berhadapan dengan pelbagai cabaran dan halangan. Dalam ekonomi global masa kini,

kejayaan sesebuah negara bergantung kepada pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang

dimiliki oleh rakyatnya. Maka tidak menghairankan sekiranya sesebuah negara yang

mempunyai rakyat berpendidikan tinggi mampu menjana ekonomi dengan pesat demi

kemakmuran negara (Azizah, 2015).

Perubahan demi perubahan dilakukan dalam sistem pendidikan di Malaysia untuk mencapai

matlamat melahirkan pelajar yang memiliki segala kemahiran yang diperlukan untuk merebut

peluang dan berdepan dengan cabaran abad ke-21 yang semakin sengit. Pembelajaran abad

ke-21 memerlukan pelajar untuk menonjolkan diri dan kebolehan atau lebih tepat ia

berpusatkan pelajar. Sekolah harus menyediakan peluang pendidikan dengan kurikulum

berasaskan projek yang autentik dengan keadaan kehidupan sebenar, melibatkan pelajar

menangani dan menyelesaikan masalah kehidupan sebenar serta isu yang penting dalam

kehidupan sejagat. Perubahan yang dilakukan dalam kurikulum ini berhasrat untuk

melahirkan pelajar yang matang serta berkebolehan dalam komunikasi, bekerja dalam

pasukan, menyelesaikan masalah, mahir dalam pelbagai bidang serta kebolehan mencipta,

bijak melakukan inovasi dan kreatif (Azizah, 2015).

Terdapat lima komponen utama dalam kemahiran abad ke-21 iaitu kemahiran literasi era

digital, pemikiran inventif, kemahiran komunikasi berkesan, penghasilan produktiviti tinggi

serta norma dan nilai kerohanian. Dalam konteks ini, pemikiran inventif adalah salah satu

komponen penting dalam kemahiran abad ke-21 untuk mengukur tahap dan kebolehan murid

berfikir secara kritis, menganalisis masalah dan mengumpulkan maklumat, berkomunikasi

dan berkolaborasi, kreativiti dan inovasi bagi memenuhi aspirasi negara (Faiza & Zamri,

2017).

Pemikiran inventif merupakan komponen penting dalam perkembangan kemahiran abad ke-

21. NCREL dalam enGauge 21st Century Skills for 21st Century Learners (NCREL, 2002)

menyatakan pemikiran inventif sebagai salah satu set tabiat minda dan menegaskan bahawa

setiap pelajar dalam abad ke-21 perlu berkeupayaan berfikir secara total kerana setiap

cabaran atau permasalahan perlu dihadapi dengan berstruktur dan bersistem.

Terdapat enam elemen penting dalam pemikiran inventif iaitu penyesuaian diri dan

pengurusan kerumitan, pengarahan kendiri, sifat ingin tahu, kreativiti, pengambilan risiko

serta pemikiran aras tinggi dan penaakulan yang baik (NCREL, 2002; Maria & Kamisah,

2010; Aliamat, 2014).

Page 3: TAHAP PEMIKIRAN INVENTIF PELAJAR PINTAR DAN · PDF filePembelajaran abad ke-21 memerlukan pelajar untuk menonjolkan diri dan kebolehan atau lebih tepat ia ... Mereka mempunyai ciri-ciri

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 2: No. 7 (January 2018) page 1-8 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

3

Elemen yang pertama iaitu penyesuaian diri dan pengurusan kerumitan adalah merujuk

kepada keupayaan pelajar untuk mengenalpasti pelbagai perspektif, keupayaan untuk

memodifikasi pemikiran, sikap atau kelakuan agar dapat menyesuaikan diri dengan keadaan

semasa atau persekitaran masa depan, keupayaan untuk menangani pelbagai matlamat,

tugasan dan input di samping dapat memahami dan dapat menguruskan masa, sumber dan

sistem yang terhad dengan baik. Elemen yang kedua iaitu pengarahan kendiri merujuk

kepada keupayaan pelajar untuk menetapkan matlamat dalam pembelajaran dan perancangan

demi mencapai sesuatu objektif yang ditetapkan di samping dapat menguruskan masa dan

usaha serta menilai kualiti pembelajaran dan hasil pembelajaran secara kendiri.

Elemen yang ketiga ialah sifat ingin tahu. Aspek ini merujuk kepada keinginan untuk

mengetahui dan mempelajari serta melahirkan minat yang dapat memandu kepada inkuiri.

Kreativiti merupakan elemen keempat yang merujuk kepada keupayaan pelajar untuk

menghasilkan sesuatu yang baru dan asli dari pemikiran sendiri. Berani mengambil risiko

walaupun dibayangi kesilapan, mempunyai motivasi untuk mempelajari sesuatu yang

mencabar dan mempunyai personaliti yang matang.

Perasaan tidak takut atau kesediaan untuk melakukan kesilapan, berani menghadapi keadaan

yang luar biasa, berani untuk menerima masalah yang mencabar yang masih tidak

mempunyai cara penyelesaian yang jelas merupakan aspek-aspek yang terdapat dalam

elemen yang kelima iaitu pengambilan risiko. Manakala, elemen yang keenam iaitu

pemikiran aras tinggi dan penaakulan yang baik adalah merujuk kepada proses kognitif

seperti menganalisis, membuat perbandingan, inferens, interpretasi, penilaian dan

penyelesaian masalah dalam kehidupan seharian mereka. Elemen-elemen ini perlu dikuasai

oleh pelajar hari ini bagi memastikan faedah berpemikiran inventif dapat diperoleh tepat pada

masanya.

Pemikiran inventif menuntut pelajar agar sentiasa berusaha mencari jalan penyelesaian

dengan idea-idea baru dan bersedia untuk menghadapi persaingan dalam penyelesaian

masalah yang serba mencabar. Bagi menghadapi saingan dan cabaran ini, murid-murid perlu

diterapkan dengan kemahiran-kemahiran pembelajaran menerusi pembelajaran abad ke-21

ini. Cabaran pendidikan abad ke-21 menjurus kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

(KBAT) dalam suasana pembelajaran dalam bilik darjah yang lebih kondusif serta dinamik.

Selain itu, pelaksanaan bahan pengajaran berasaskan teknologi dan maklumat dittitikberatkan

untuk impak pembelajaran yang lebih efektif dan relevan dengan perkembangan dunia hari

ini. Pelajar bukan diajar untuk mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan sahaja,

tetapi perlu menterjemahkan dan menghayati apa yang dipelajari sama ada dalam

menyelesaikan masalah di alam pekerjaan atau menjalankan kehidupan seharian mereka

dengan baik dan teratur (Faiza & Zamri, 2017).

Terdapat pelbagai takrifan diberikan dalam menjelaskan maksud pelajar pintar dan berbakat.

Secara umumnya, seorang kanak-kanak yang mempunyai kebolehan kognitif yang jauh lebih

tinggi berbanding rakan sebaya mereka dikatakan sebagai seorang kanak-kanak pintar dan

berbakat (Aliza & Hamidah, 2009). Kemampuan kognitif merujuk kepada kemahiran dan

pemprosesan mental seseorang untuk menyelesaikan tugasan yang melibatkan pemikiran. Ini

merupakan tahap serta kemahiran pemprosesan maklumat diminda seseorang. Pemprosesan

maklumat tersebut merangkumi daripada yang paling mudah kepada yang paling kompleks.

Sekiranya kemampuan kognitif tidak dipergunakan, kemampuan tersebut akan terhapus.

Sebaliknya sekiranya kemampuan kognitif sering digunakan ia akan menjadi bertambah baik

Page 4: TAHAP PEMIKIRAN INVENTIF PELAJAR PINTAR DAN · PDF filePembelajaran abad ke-21 memerlukan pelajar untuk menonjolkan diri dan kebolehan atau lebih tepat ia ... Mereka mempunyai ciri-ciri

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 2: No. 7 (January 2018) page 1-8 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

4

(Rosadah et al., 2009). Kanak-kanak ini menunjukkan keupayaan prestasi yang tinggi dari

segi intelek, kreativiti, seni atau memiliki keupayaan kepimpinan yang luar biasa atau

mempunyai bakat dalam bidang seni dan muzik atau cemerlang dalam bidang akademik yang

khusus (Aliza & Hamidah, 2009).

Gardner (1983) telah membincangkan ciri kanak-kanak pintar dan berbakat dari sudut

kemampuan individu untuk berfikir. Oleh itu, beliau merujuk kepada kecerdasan sebagai

kompetensi atau kecekapan untuk menyelesaikan sesuatu masalah, dan kadang kala

menghasilkan sebuah produk yang berkesan. Gardner (1983) turut mencadangkan bahawa

individu pintar juga berkemampuan untuk mencari atau mencipta masalah yang menjurus

kepada cetusan penemuan ilmu baru.

Pelajar pintar dan berbakat mempunyai keperluan khas yang berlainan daripada pelajar-

pelajar sederhana atau pelajar istimewa. Mereka mempunyai ciri-ciri seperti mempunyai rasa

ingin tahu yang tinggi, sentiasa tekun dalam mengejar minat dan mencari jawapan kepada

persoalan yang timbul dalam minda mereka dan dapat melihat hubungan yang wujud antara

pandangan-pandangan yang berbeza serta menghasilkan pelbagai idea dari satu rangsangan

yang spesifik yang memerlukan persekitaran pembelajaran yang sangat mencabar (Tuttle &

Becker, 1980).

Justeru itu, pendekatan yang dirancang khas adalah perlu agar dapat memberi cabaran yang

sesuai dengan keperluan pembelajaran pelajar pintar cerdas dan berbakat agar pembelajaran

mereka berlaku secara optimal.

Tinjauan ke atas hasil kajian lepas menunjukkan bahawa tahap pemikiran inventif pelajar

tingkatan empat dan lima dalam subjek Biologi di Kolej PERMATApintar, Universiti

Kebangsaan Malaysia adalah tinggi dengan min skor 3.90. Tiada perbezaan yang signifikan

dari segi jantina pelajar dengan nilai t (67) = 0.30, p > 0.05 namun begitu terdapat perbezaan

yang signifikan dari segi tingkatan pelajar dengan nilai t (67) = 2.31, p < 0.05 (Ong &

Kamisah, 2014).

Kajian yang dijalankan oleh Nurul et al. (2015) juga mendapati tahap pemikiran inventif

pelajar tingkatan empat dalam subjek matematik di sebuah sekolah di Putrajaya adalah tinggi

dengan min skor 3.80 dan tiada perbezaan yang signifikan dari segi jantina pelajar dengan

nilai t (60) = 1.12, p > 0.05. Kajian oleh Maria dan Kamisah (2010) terhadap pemikiran

inventif pelajar darjah 5 di Malaysia dan Brunei pula mendapati terdapat perbezaan yang

signifikan dari segi negara dalam konstruk penyesuaian diri dan pengurusan kerumitan,

pengarahan kendiri, sifat ingin tahu dan kreativiti. Hasil kajian juga mendapati terdapat

perbezaan yang signifikan dari segi jantina dalam konstruk penyesuaian diri dan pengurusan

kerumitan, sifat ingin tahu dan kreativiti.

Dalam kajian-kajian yang dilakukan oleh Barak dan Mesika (2007) dan Alexander et al.

(2008), dapat disimpulkan bahawa tahap pemikiran inventif peserta kajian dapat

diperkasakan dengan menyediakan suasana pembelajaran yang mencabar fikiran pelajar

melalui kaedah penyelesaian masalah.

Menyedari penguasaan kemahiran abad ke-21 amat penting bagi pelajar untuk menempuh

kehidupan dunia global, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti tahap pemikiran inventif

pelajar pintar dan berbakat di Malaysia dalam subjek Fizik. Kajian ini juga dilaksanakan

Page 5: TAHAP PEMIKIRAN INVENTIF PELAJAR PINTAR DAN · PDF filePembelajaran abad ke-21 memerlukan pelajar untuk menonjolkan diri dan kebolehan atau lebih tepat ia ... Mereka mempunyai ciri-ciri

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 2: No. 7 (January 2018) page 1-8 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

5

untuk mengenalpasti tahap pemikiran inventif pelajar berdasarkan jantina dan tingkatan

pelajar.

Metodologi

Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang dijalankan secara tinjauan untuk mengenalpasti

tahap pemikiran inventif pelajar pintar dan berbakat di Malaysia dalam subjek Fizik.

Seramai 97 orang pelajar dari Kolej PERMATApintar Negara, Universiti Kebangsaan

Malaysia telah dipilih sebagai responden atau sampel kajian. Pelajar telah dikategorikan

mengikut tingkatan dan jantina. Daripada jumlah tersebut, 53.6% responden adalah pelajar

lelaki manakala selebihnya iaitu 46.4% adalah pelajar perempuan. Pecahan mengikut

tingkatan pula menunjukkan bahawa sebanyak 47.4% pelajar tingkatan 4 dan 52.6% pelajar

tingkatan 5 terlibat dalam kajian ini.

Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik sebagai alat kajian utama untuk mengukur

tahap pemikiran inventif pelajar dalam subjek Fizik. Borang soal-selidik yang digunakan

dalam kajian ini terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu Bahagian A mengenai latar-belakang

pelajar manakala Bahagian B terdiri daripada soal-selidik pemikiran inventif yang diadaptasi

dan diubahsuai daripada instrumen soal selidik Ong & Kamisah (2014). Bahagian B

mempunyai 42 item (5 skala likert) merangkumi enam elemen dalam pemikiran inventif iaitu

penyesuaian diri dan pengurusan kerumitan, pengarahan kendiri, sifat ingin tahu, kreativiti,

pengambilan risiko serta pemikiran aras tinggi dan penaakulan yang baik. Kesemua 42 item

ini telah disahkan mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi iaitu 0.93 .

Data telah dianalisis menggunakan perisian komputer IBM SPSS v.22 (Predictive Analytics

Software) menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Statistik deskriptif digunakan bagi

mendapatkan nilai min, sisihan piawai, frekuensi dan peratusan. Manakala, ujian-t dijalankan

untuk menganalisis perbezaan tahap pemikiran inventif responden dari segi jantina dan

tingkatan.

Dapatan Kajian dan Perbincangan

Kajian ini melibatkan seramai 97 responden yang terdiri daripada 46 orang pelajar Tingkatan

4 (16 tahun) dan 51 orang pelajar Tingkatan 5 (17 tahun) di Kolej PERMATApintar Negara,

Universiti Kebangsaan Malaysia. Daripada jumlah tersebut, seramai 52 responden adalah

pelajar lelaki manakala selebihnya iaitu 45 respoden adalah pelajar perempuan. Jadual 1

menunjukkan demografi pelajar mengikut jantina dan umur.

Jadual 2 menunjukkan bahawa tahap pemikiran inventif kesemua pelajar adalah tinggi

berdasarkan kepada kajian Nurul et al. (2015) dengan nilai min 3.70 dan sisihan piawai 0.47

dari keenam-enam aspek iaitu penyesuaian diri dan pengurusan kerumitan (min = 3.74),

pengarahan kendiri (min = 3.99), sifat ingin tahu (min = 3.78), kreativiti (min = 3.49),

pengambilan risiko (min =3.51) serta pemikiran aras tinggi dan penaakulan yang baik (min

=3.72).

Page 6: TAHAP PEMIKIRAN INVENTIF PELAJAR PINTAR DAN · PDF filePembelajaran abad ke-21 memerlukan pelajar untuk menonjolkan diri dan kebolehan atau lebih tepat ia ... Mereka mempunyai ciri-ciri

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 2: No. 7 (January 2018) page 1-8 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

6

Jadual 1: Demografi pelajar mengikut jantina dan umur.

Jadual 2 : Min dan sisihan piawai bagi setiap aspek dalam pemikiran inventif.

Elemen Min Sisihan Piawai Tahap

Penyesuaian diri dan pengurusan

kerumitan 3.74 0.48 Tinggi

Pengarahan kendiri 3.99 0.54 Tinggi

Sifat ingin tahu 3.78 0.48 Tinggi

Kreativiti 3.50 0.37 Tinggi

Pengambilan risiko 3.51 0.45 Tinggi

Pemikiran aras tinggi dan

penaakulan yang baik 3.72 0.48 Tinggi

Purata 3.70 0.47 Tinggi

Jadual 3 menunjukkan keputusan analisis ujian-t dan skor min tahap pemikiran inventif

pelajar berdasarkan jantina. Hasil dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang

signifikan terhadap tahap pemikiran inventif antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan

dengan nilai t (97) = 1.12, p > 0.05, walaupun min pelajar lelaki (m=3.75) lebih tinggi

daripada min pelajar perempuan (m=3.65) tetapi perbezaan ini tidak mempunyai sebarang

perbezaan yang bermakna dari segi statistik.

Jadual 3: Analisis tahap pemikiran inventif berdasarkan jantina.

Pemikiran Inventif

Lelaki (n= 52) Perempuan (n= 45)

t Sig Min

Sisihan

piawai Min

Sisihan

piawai

Penyesuaian diri dan

pengurusan kesukaran 3.82 0.50 3.65 0.44 1.75 0.83

Pengarahan kendiri 4.01 0.50 3.96 0.59 0.44 0.67

Sifat ingin tahu 3.82 0.45 3.72 0.51 1.03 0.30

Kreativiti 3.54 0.39 3.44 0.35 1.33 0.19

Pengambilan risiko 3.53 0.42 3.49 0.48 0.44 0.66

Pemikiran aras tinggi

dan penaakulan yang

baik

3.80 0.49 3.63 0.46 1.75 0.08

Purata 3.75 0.46 3.65 0.47 1.12 0.46

Page 7: TAHAP PEMIKIRAN INVENTIF PELAJAR PINTAR DAN · PDF filePembelajaran abad ke-21 memerlukan pelajar untuk menonjolkan diri dan kebolehan atau lebih tepat ia ... Mereka mempunyai ciri-ciri

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 2: No. 7 (January 2018) page 1-8 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

7

Jadual 4 juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap

pemikiran inventif berdasarkan tingkatan(umur) dengan nilai t (97) = -0.76, p > 0.05,

walaupun nilai min skor pelajar tingkatan 4 (m=3.66) lebih rendah daripada nilai min skor

pelajar tingkatan 5 (m=3.75) tetapi perbezaan ini tidak mempunyai sebarang perbezaan yang

bermakna dari segi statistik.

Jadual 4: Analisis tahap pemikiran inventif berdasarkan tingkatan (umur).

Pemikiran Inventif

Tingkatan 4 (n= 46) Tingkatan 5 (n= 51)

t Sig Min

Sisihan

piawai Min

Sisihan

piawai

Penyesuaian diri dan

pengurusan kesukaran 3.67 0.53 3.81 0.42 -1.49 0.14

Pengarahan kendiri 3.97 0.62 4.00 0.46 -0.22 0.83

Sifat ingin tahu 3.79 0.53 3.77 0.42 0.19 0.85

Kreativiti 3.41 0.40 3.59 0.43 -0.57 0.57

Pengambilan risiko 3.41 0. 46 3.59 0.44 -1.99 0.05

Pemikiran aras tinggi

dan penaakulan yang

baik

3.70 0.52 3.74 0.44 -0.47 0.67

Purata 3.66 0.43 3.75 0.44 -0.76 0.52

Kesimpulan

Hasil daripada analisis data membuktikan bahawa responden kajian iaitu pelajar Kolej

PERMATApintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia mempunyai tahap pemikiran

inventif yang tinggi. Ini dapat diperhatikan melalui kesemua nilai min skor bagi keenam-

enam elemen pemikiran inventif yang terdiri daripada penyesuaian diri dan pengurusan

kerumitan, pengarahan kendiri, sifat ingin tahu, kreativiti, pengambilan risiko serta pemikiran

aras tinggi dan penaakulan yang baik. Justeru, kajian pemikiran inventif sangat penting

kerana dapat membantu para guru dalam mentransformasikan sistem pendidikan untuk

pelajar pintar dan berbakat ini. Pemikiran inventif merupakan salah satu kemahiran Abad Ke-

21 yang amat penting untuk diperkasakan kerana ia merupakan salah satu kunci teras kepada

pemangkin kemajuan individu yang bakal menjadi peneraju dan pengisi kepada kelangsungan

dan penyemarakan sektor ekonomi dan sosial negara (Aliamat, 2014). Oleh itu, inovasi dan

penambahbaikan dalam aspek pengajaran dan pembelajaran yang terancang dan bersesuaian

menerusi pembelajaran abad ke-21 perlulah diaplikasikan untuk mengembangkan lagi potensi

mereka selaras dengan kebolehan mereka yang boleh belajar di aras kognitif yang lebih

tinggi.

Page 8: TAHAP PEMIKIRAN INVENTIF PELAJAR PINTAR DAN · PDF filePembelajaran abad ke-21 memerlukan pelajar untuk menonjolkan diri dan kebolehan atau lebih tepat ia ... Mereka mempunyai ciri-ciri

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB)

Vol. 2: No. 7 (January 2018) page 1-8 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

8

Rujukan

Alexander Sokol, David Oget, Michel Sonntag & Nikolai Khomenko. (2008). The

development of inventive thinking skills in the upper secondary language classroom.

Thinking Skills and Creativity 3:34–46.

Aliamat Omar Ali. (2014). Pemerkasaan Pemikiran Inventif di Negara Brunei

Darussalam: Satu Percubaan Awal dalam Pengajaran dan Pembelajarannya dalam Mata

Pelajaran Bahasa Melayu. Procedia Social and Behavioral Sciences 134 : 416 – 425.

Aliza Alias & Hamidah Yamat@Ahmad. (2009). Ciri kanak-kanak pintar cerdas.

Dlm. Noriah et al. (pnyt). PERMATApintar: Pengalaman UKM. Bangi: Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Azizah Mat Ail. (2015). Analisis Penguasaan Kemahiran Penaakulan Saintifik,

Kemahiran Proses Sains Dan Kemahiran Abad Ke-21 Dalam Kalangan Pelajar Sekolah

Menengah Di Jajahan Bachok, Kelantan. Disertasi Ijazah Sarjana. Universiti Pendidikan

Sultan Idris.

Barak Moshe & Mesika Pnina. (2007). Teaching methods for inventive problem-

solving in junior high school. Thinking Skills and Creativity 2:19 – 29.

Faiza Hasbullah & Zamri Mahamod. (2017). Penerapan Pemikiran Inventif Dalam

Pembelajaran Bahasa Melayu Murid Sekolah Rendah. Prosiding Seminar Pendidikan

Serantau ke-VIII/Fakulti Pendidikan, UKM: 756-766.

Gardner Howard. (1983). Frames of mind: The theory of multiple intelligence.

New York: Basic Books.

Maria Abdullah & Kamisah Osman. (2010). 21st Century inventive thinking skill in

science among students in Malaysia and Brunei. Procedia Social and Behavioral Sciences 9:

1646–1651.

NCREL: enGauge 21st Century Skills. (2002). Digital Literacies for a Digital Age.

http://www/ncrel/org/engauge/skills/skills.htm

Noriah Mohd Ishak, Rosadah Abd Majid & Siti Rahayah Ariffin. (2009). Sejarah dan

konsep PERMATApintar. Dlm. Noriah et al. (pnyt). PERMATApintar: Pengalaman UKM.

Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nurul Nashrah Salehudin, Noor Hasimah Hassan, Nur Aida Abd Hamid. (2015).

Matematik Dan Kemahiran Abad Ke-21: Perspektif Pelajar. Jurnal Pendidikan Matematik 3

(1): 24-36.

Ong Sy Ing & Kamisah Osman. (2014). Pemikiran inventif pelajar pintar cerdas

malaysia dalam mata pelajaran biologi. International Seminar on Global Education II :

Educational Transformation Towards a Developed Country / Fakulti Pendidikan UKM 1:405-

418.

Rosadah Abd Majid, Noriah Mohd Ishak & Melor Md Yunus. 2009. Kepintaran dan

pintar cerdas berbakat: Definisi dan makna. Dlm. Noriah et al. (pnyt). PERMATApintar:

Pengalaman UKM. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Tuan Mastura Tuan Soh, Nurazidawati Mohamad Arsad & Kamisah Osman. (2010).

The relationship between 21st century skills on students’ attitude and perception towards

physics. Procedia Social and Behavourial Sciences 7(C):546-554.

Tuttle, F.B. & Becker, L.A. (1980). Characteristics and identification of gifted and

talented students. National Education Association, Englewood Cliffs: NJ.