tahap kemahiran intrapersonal dalam · pdf fileterdapat dua komponen utama dalam kecerdasan...

5
558 TAHAP KEMAHIRAN INTRAPERSONAL DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN ENAM Shahida Hassim, Manisah Mohd Ali, Norshidah Salleh Universiti Pendidikan Sultan Idris Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Kemahiran intrapersonal adalah salah satu aspek kemahiran emosi yang membenarkan seseorang memahami dirinya sendiri. Kajian ini adalah sebuah kajian rintis yang mengukur tahap kemahiran intrapersonal pelajar tingkatan enam di sebuah sekolah di Putrajaya. Seramai 61 orang pelajar tingkatan enam bawah dan tingkatan enam atas terlibat dalam kajian ini. Kemahiran intrapersonal diukur dari dua aspek iaitu kesedaran kendiri yang mengandungi tiga faktor; kesedaran emosi, ketepatan penilaian kendiri dan keyakinan diri. Manakala, aspek kedua adalah pengurusan kendiri yang merangkumi enam faktor; kawalan kendiri, kebolehpercayaan, bertanggungjawab, dorongan pencapaian, inisiatif dan penyesuaian. Hasil kajian menunjukkan tahap kemahiran intrapersonal peserta kajian adalah berada pada tahap tinggi. Implikasi kajian turut dibincangkan dalam kajian ini. Kata kunci: kemahiran intrapersonal, kesedaran kendiri, pengurusan kendiri, pengetahuan kendiri, jatidiri, pelajar sekolah menengah tinggi. PENGENALAN Kerajaan berhasrat untuk melahirkan modal insan yang berilmu dan mempunyai kemahiran abad ke-21. Hasrat ini telah dilahirkan dalam pelan pembangunan pendidikan 2013-2025. Salah satu kemahiran yang diharapkan adalah kemahiran intrapersonal yang membenarkan pelajar boleh melakukan pembelajaran terarah kendiri sehingga dapat menghargai nilai pembelajaran sepanjang hayat. Gardner (1983) mendefinisikan kemahiran intrapersonal adalah suatu kebolehan membentuk model diri sendiri yang jitu dan menggunakan model tersebut untuk hidup secara berkesan. Beliau menegaskan pengetahuan kendiri (self-knowledge) adalah kunci untuk mengakses perasaan sendiri dan kunci kepada keupayaan membezakan perasaan-perasaan yang dialaminya, lalu menggunakan pengetahuan tersebut untuk membimbing tingkahlakunya. BarOn (2003) menyatakan kekuatan kemahiran intrapersonal dapat mengimbangkan kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam diri seseorang individu. Parker (2016) mencadangkan pelajar abad ke-21 boleh maju dalam akademik apabila mereka meningkatkan kemahiran intrapersonal. Dalam bidang akademik, beberapa kajian telah memberi fokus kepada pengaruh kecerdasan emosi dan interpersonal terhadap hasil pendidikan pelajar (Conti, 2014; Khalili (2016); Noriah, Siti Rahayah, Zuria, Saemah, Manisah dan Rosadah (2000). Kajian kemahiran intrapersonal amat kurang mendapat perhatian sebanyak kajian kecerdasan emosi dan interpersonal. Walaubagaimanapun, bidang kemahiran intrapersonal mendapat perhatian yang semakin meningkat dalam bidang penyelidikan. Para penyelidik yang mengkaji kemahiran intrapersonal menyatakan pelajar yang mempunyai kawalan dalaman memberi pengaruh yang signifikan kepada hasil pembelajaran (Sellars, 2008a). Sellars, (2008b) mencadangkan para pelajar perlu memanfaatkan pengetahuan dan kekuatan diri untuk berjaya dalam akademik dan menahan situasi-situasi yang sukar dalam kehidupan mereka.

Upload: hakiet

Post on 10-Feb-2018

224 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAHAP KEMAHIRAN INTRAPERSONAL DALAM · PDF fileTerdapat dua komponen utama dalam kecerdasan emosi iaitu kemahiran intrapersonal dan ... diri. Manakala, kemahiran pengurusan kendiri

558

TAHAP KEMAHIRAN INTRAPERSONAL DALAM

KALANGAN PELAJAR TINGKATAN ENAM

Shahida Hassim, Manisah Mohd Ali, Norshidah Salleh

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Kemahiran intrapersonal adalah salah satu aspek kemahiran emosi yang membenarkan seseorang

memahami dirinya sendiri. Kajian ini adalah sebuah kajian rintis yang mengukur tahap kemahiran

intrapersonal pelajar tingkatan enam di sebuah sekolah di Putrajaya. Seramai 61 orang pelajar tingkatan

enam bawah dan tingkatan enam atas terlibat dalam kajian ini. Kemahiran intrapersonal diukur dari dua

aspek iaitu kesedaran kendiri yang mengandungi tiga faktor; kesedaran emosi, ketepatan penilaian kendiri

dan keyakinan diri. Manakala, aspek kedua adalah pengurusan kendiri yang merangkumi enam faktor;

kawalan kendiri, kebolehpercayaan, bertanggungjawab, dorongan pencapaian, inisiatif dan penyesuaian.

Hasil kajian menunjukkan tahap kemahiran intrapersonal peserta kajian adalah berada pada tahap tinggi.

Implikasi kajian turut dibincangkan dalam kajian ini.

Kata kunci: kemahiran intrapersonal, kesedaran kendiri, pengurusan kendiri, pengetahuan kendiri, jatidiri,

pelajar sekolah menengah tinggi.

PENGENALAN

Kerajaan berhasrat untuk melahirkan modal insan yang berilmu dan mempunyai kemahiran abad ke-21.

Hasrat ini telah dilahirkan dalam pelan pembangunan pendidikan 2013-2025. Salah satu kemahiran yang

diharapkan adalah kemahiran intrapersonal yang membenarkan pelajar boleh melakukan pembelajaran

terarah kendiri sehingga dapat menghargai nilai pembelajaran sepanjang hayat.

Gardner (1983) mendefinisikan kemahiran intrapersonal adalah suatu kebolehan membentuk model diri

sendiri yang jitu dan menggunakan model tersebut untuk hidup secara berkesan. Beliau menegaskan

pengetahuan kendiri (self-knowledge) adalah kunci untuk mengakses perasaan sendiri dan kunci kepada

keupayaan membezakan perasaan-perasaan yang dialaminya, lalu menggunakan pengetahuan tersebut

untuk membimbing tingkahlakunya. BarOn (2003) menyatakan kekuatan kemahiran intrapersonal dapat

mengimbangkan kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam diri seseorang individu. Parker (2016)

mencadangkan pelajar abad ke-21 boleh maju dalam akademik apabila mereka meningkatkan kemahiran

intrapersonal.

Dalam bidang akademik, beberapa kajian telah memberi fokus kepada pengaruh kecerdasan emosi dan

interpersonal terhadap hasil pendidikan pelajar (Conti, 2014; Khalili (2016); Noriah, Siti Rahayah, Zuria,

Saemah, Manisah dan Rosadah (2000). Kajian kemahiran intrapersonal amat kurang mendapat perhatian

sebanyak kajian kecerdasan emosi dan interpersonal. Walaubagaimanapun, bidang kemahiran

intrapersonal mendapat perhatian yang semakin meningkat dalam bidang penyelidikan. Para penyelidik

yang mengkaji kemahiran intrapersonal menyatakan pelajar yang mempunyai kawalan dalaman memberi

pengaruh yang signifikan kepada hasil pembelajaran (Sellars, 2008a). Sellars, (2008b) mencadangkan para

pelajar perlu memanfaatkan pengetahuan dan kekuatan diri untuk berjaya dalam akademik dan menahan

situasi-situasi yang sukar dalam kehidupan mereka.

Page 2: TAHAP KEMAHIRAN INTRAPERSONAL DALAM · PDF fileTerdapat dua komponen utama dalam kecerdasan emosi iaitu kemahiran intrapersonal dan ... diri. Manakala, kemahiran pengurusan kendiri

559

TEORI KECERDASAN EMOSI

Dalam Teori Kecerdasan Pelbagai Gardner telah memperkenalkan kecerdasan intrapersonal sebagai salah

satu kecerdasan peribadi manusia (Goleman, 1995). Beliau membawa idea setiap individu mempunyai

pelbagai kecerdasan dan bukan semata-mata kecerdasan intelek. Menurut Gardner, kecerdasan

intrapersonal adalah suatu kebolehan membentuk model diri sendiri yang jitu dan menggunakan model

tersebut untuk hidup secara berkesan (Goleman, 1995). Kunci utama kepada kecerdasan intrapersonal

adalah pengetahuan kendiri (self-knowledge) yang membenarkan seseorang mengakses perasaannya

sendiri dan mendiskriminasi perasaan-perasaan yang hadir serta menguasai perasaan tersebut untuk

membimbing tingkahlaku. Kecerdasan intrapersonal memberi natijah tentang pentingnya peranan emosi

kepada manusia.

Teori kecerdasan emosi mula diperkenalkan oleh beberapa orang penyelidik diantaranya Peter Salovey dan

John Mayer, BarOn dan Goleman. Salovey dan Mayer mendefinisikan kecerdasan emosi sebagai

kebolehan untuk memantau dan mengatur perasaan sendiri dan orang lain, menggunakan perasaan untuk

membimbing fikiran dan tindakan (Goleman, 1995). Goleman (1998) pula menyatakan kecerdasan emosi

adalah kebolehan untuk mengenalpasti perasaan sendiri dan orang lain, memotivasi diri sendiri, dan

mengurus emosi sendiri dan perhubungan dengan orang lain dengan baik. Oleh yang demikian, kecerdasan

emosi adalah kesedaran perasaan sendiri dan orang lain, serta menggunakannya untuk membimbing fikiran

dan tindakan.

Terdapat dua komponen utama dalam kecerdasan emosi iaitu kemahiran intrapersonal dan kemahiran

interpersonal. Kemahiran intrapersonal adalah kemahiran kesedaran emosi sendiri dan kefahaman terhadap

diri sendiri (Beins & Hakala, 2012). Ada dua konstruk utama dalam kemahiran intrapersonal iaitu

kemahiran kesedaran kendiri dan kemahiran pengurusan kendiri (Goleman, 1998). Kesedaran kendiri

adalah kemahiran mengetahui perasaan yang hadir dan menggunakan maklumat tersebut untuk

membimbing seseorang membuat keputusan; kemahiran penilaian kendiri yang realistik; dan keyakinan

diri. Manakala, kemahiran pengurusan kendiri adalah kebolehan mengawalatur emosi; kebolehpercayaan,

menangguhkan kepuasan untuk mencapai matlamat; dan memulih emosi. Berikut adalah sembilan faktor

kemahiran intrapersonal:

a. Kesedaran emosi: Mengenalpasti emosi dan kesan emosi

b. Ketepatan penilaian kendiri: Mengetahui kekuatan dan limitasi diri sendiri

c. Keyakinan diri: Semangat yang kuat terhadap harga diri dan kebolehan diri

d. Kawalan kendiri: Mengawal emosi disruptif dan nafsu

e. Kebolehpercayaan: Mengekalkan standard kejujuran dan integrity

f. Penyesuaian: Menyesuaikan diri dalam menangani perubahan

g. Inisiatif: Kesediaan diri untuk bertindak

Oleh yang demikian, dalam kajian ini kemahiran intrapersonal diukur dalam dua aspek utama iaitu

kemahiran kesedaran kendiri dan pengurusan kendiri yang melibatkan sembilan faktor diatas.

TUJUAN KAJIAN

Kajian ini adalah kajian rintis yang mengukur tahap kemahiran intrapersonal pelajar tingkatan enam di

sebuah sekolah di wilayah Putrajaya.

Page 3: TAHAP KEMAHIRAN INTRAPERSONAL DALAM · PDF fileTerdapat dua komponen utama dalam kecerdasan emosi iaitu kemahiran intrapersonal dan ... diri. Manakala, kemahiran pengurusan kendiri

560

KAEDAH KAJIAN

Kajian rintis ini melibatkan 61 orang pelajar tingkatan enam di sebuah sekolah di Wilayah Putrajaya.

Kesemua peserta kajian berbangsa melayu dan terdiri daripada 23 orang pelajar lelaki dan 38 pelajar

perempuan. Umur peserta kajian adalah 18 tahun (38 orang), 19 tahun (22 orang) dan 20 tahun (1 seorang).

Instrumen yang digunakan adalah inventori kemahiran intrapersonal yang mengandungi sembilan faktor

kemahiran intrapersonal, iaitu kesedaran emosi, keyakinan diri, ketepatan penilaian kendiri, kawalan

kendiri, kebolehpercayaan, bertanggungjawab, dorongan pencapaian, inisiatif dan penyesuaian. Analisis

reliabiliti mendapati nilai alpha bagi keseluruhan inventori kemahiran intrapersonal adalah 0.933. Ia

menunjukkan nilai kebolehpercayaan instrumen yang tinggi. Skor min diterjemahkan berdasarkan lima

selang kelas iaitu tahap sangat tinggi, tinggi, sederhana, rendah dan sangat rendah (Alias Baba, 1999).

HASIL KAJIAN

Hasil kajian menunjukkan tahap kemahiran intrapersonal peserta kajian adalah berada pada tahap tinggi

iaitu skor min 3.65. Kedua-dua konstruk kemahiran intrapersonal juga berada pada tahap tinggi iaitu skor

min 3.78 bagi konstruk kesedaran kendiri, dan skor min 3.59 bagi aspek pengurusan kendiri. Secara

keseluruhannya semua faktor kemahiran intrapersonal peserta kajian berada pada tahap tinggi kecuali fakor

kawalan kendiri iaitu pada tahap sederhana (min=3.20).

Jadual 1 Tahap Kemahiran Intrapersonal Pelajar Tingkatan Enam.

Kemahiran intrapersonal Skor min Tahap

Kesedaran kendiri 3.78 Tinggi

Kesedaran emosi 4.00 Tinggi

Ketepatan penilaian kendiri 3.89 Tinggi

Keyakinan diri 3.45 Tinggi

Pengurusan kendiri 3.59 Tinggi

Kawalan kendiri 3.20 Sederhana

Kebolehpercayaan 3.60 Tinggi

Bertanggungjawab 3.80 Tinggi

Dorongan pencapaian 3.70 Tinggi

Inisiatif 3.67 Tinggi

Penyesuaian 3.58 Tinggi

Keseluruhan 3.65 Tinggi

PERBINCANGAN

Kajian ini mengkaji tahap kemahiran intrapersonal dalam kalangan pelajar tingkatan enam. Hasil kajian ini

mendapati tahap kemahiran emosi intrapersonal peserta kajian adalah tinggi, merangkumi kedua-dua

konstruk iaitu kesedaran kendiri dan pengurusan kendiri. Ia menunjukkan peserta kajian mempunyai

kekuatan dalaman iaitu berkebolehan mengenali diri sendiri dan tahu mengurus atur diri sendiri.

Beberapa faktor yang mungkin menyumbang kepada dapatan ini adalah fakor gender, sosioekonomi dan

faktor homogen dari aspek umur dan lokasi kajian. Dalam kajian ini peserta kajian perempuan lebih banyak

berbanding lelaki. Kajian-kajian lepas menunjukkan terdapat perbezaan kecerdasan emosi dari aspek

gender. Pelajar perempuan didapati lebih bagus dalam kemahiran memahami dan menganalisis emosi

(Malinauskas, dan Akelaitis, 2015). Alumran dan Punamaki (2008) mendapati remaja perempuan

menonjolkan kecerdasan emosi, stail menangani sosial dan emosi yang lebih tinggi berbanding lelaki.

Remaja perempuan menunjukkan kemampuan boleh bertindak dan menangani tuntutan dan cabaran.

Walaubagaimanapun, apabila menghadapi tekanan, remaja perempuan menonjolkan respon yang tidak

produktif seperti menangis, menyalahkan diri sendiri dan menyisihkan diri. Hal ini mungkin disebabkan

cara perempuan menangani tekanan adalah dengan ekpresi emosi dan mencari sokongan sosial manakala

Page 4: TAHAP KEMAHIRAN INTRAPERSONAL DALAM · PDF fileTerdapat dua komponen utama dalam kecerdasan emosi iaitu kemahiran intrapersonal dan ... diri. Manakala, kemahiran pengurusan kendiri

561

lelaki menggunakan stail merencatkan emosi dan lebih fokus kepada aktiviti santai (Compas, Wadworth,

Thomsen, & Saltzman, 2000; Matud, 2004).

Kajian ini dilakukan di Putrajaya. Putrajaya adalah kawasan bandar dan pusat pentadbiran kerajaan. Hasil

kajian ini seiring dengan dapatan Garg, Seema, Singh dan Agya Jit, (2016) yang mendapati pelajar yang

menetap di bandar mempunyai tahap kecerdasan emosi lebih tinggi berbanding di luar bandar. Manakala,

Costa dan Faria (2016) mempunyai dapatan yang berbeza. Kajian longitidunal yang mereka kelolakan

terhadap pelajar sekolah menengah mendapati terdapat peningkatan tahap kecerdasan emosi terhadap

pelajar yang mempunyai latarbelakang sosiobudaya dan professional keluarga yang rendah berbanding

pelajar yang berlatarbelakangkan sosiobudaya dan professional keluarga yang tinggi. Dapatan ini mungkin

berbeza disebabkan faktor budaya sesuatu tempat.

Hasil kajian ini menyokong penyataan yang menegaskan kecerdasan emosi adalah terhasil daripada

kematangan, pembelajaran dan latihan (BarOn & Parker, 2000). Malinauskas, dan Akelaitis, (2015) turut

mendapati pelajar yang berumur 17 dan 18 tahun pandai menggunakan pengalaman emosi yang positif.

Semakin kanak-kanak membesar, semakin banyak yang dipelajari dan lebih baik dalam mengawal emosi

(Wilson & Wilson, 2015). Walaubagaimanapun, ada kajian yang mendapati tidak terdapat perubahan atau

peningkatan perkembangan kecerdasan emosi dalam tiga peringkat kumpulan remaja iaitu muda,

pertengahan, dan akhir remaja (Costa dan Faria, 2016). Wilson dan Wilson (2015) menyatakan

perkembangan emosi dan pembinaan identiti remaja dipengaruhi oleh sejarah hidup. Pembinaan identity

dan emos lebih sukar dibina apabila remaja tidak begitu mengenal dan rapat dengan ibu bapa mereka,

berbanding remaja yang mempunyai latarbelakang sempurna dan selamat.

Kajian ini memberi maklumat tentang kemahiran intrapersonal dalam kalangan pelajar tingkatan enam

khususnya. Ia juga memberi kesedaran pentingnya aspek kefahaman yang mendalam tentang diri sendiri

dalam kalangan pelajar terutamanya pada umur remaja akhir. Sekiranya kemahiran intrapersonal diberi

perhatian dalam kalangan pelajar ia dapat menyokong pembangunan identiti dan jati diri pelajar. Pada abad

ke-21, setiap pelajar perlu ada kuasa dan tenaga yang mapan. Mereka perlu ada kemahiran pembelajaran

terarah kendiri, bukan lagi diarah oleh ibubapa dan guru-guru. Mereka perlu bersaing dengan diri sendiri,

bukan lagi bersaing dengan kawan-kawan lain. Pelajar yang mengetahui siapa diri mereka, memahami

sifat, kekuatan, kelemahan diri sendiri boleh berjaya dalam pelajaran, dan kerjaya. Semakin betul

kefahaman atau konsep mereka tentang diri mereka, semakin tinggi peluang kejayaan yang dapat dicapai.

CADANGAN DAN KESIMPULAN

Kajian ini adalah kajian rintis yang mengkaji tahap kemahiran intrapersonal dalam kalangan pelajar sekolah

khususnya pelajar tingkatan enam. Sebagai rumusannya, kajian ini mencadangkan kajian lebih lanjut perlu

dibuat terhadap sample pelajar yang lebih besar, lebih-lebih lagi belum ditemui kajian kemahiran

intrapersonal yang telah dilakukan di Malaysia. Selain itu, kajian ini juga menyarankan kepada pihak

sekolah agar menekankan aspek kemahiran intrapersonal pelajar dengan menyedia program yang berkaitan

pembangunan dalaman diri untuk meningkatkan kemahiran intrapersonal pelajarap. Guru-guru juga

digalakkan mempelbagaikan kaedah pengajaran bersesuaian dengan tahap kemahiran intrapersonal pelajar.

RUJUKAN

Alias Baba. (1999). Statistik Penyelidikan dalam Pendidikan dan Sains Sosial. Bangi: Penerbit Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Alumran, J. I. A. & Punamaki, Raaji-Leena. (2008). Relationship between gender, age, academic

achievement, emotional intelligence, and coping styles in bahraini adolescents. Individual Difference

Research, vol 6(2), 104-119

Bar On, Reuven. (2003). BarOn Emotional Quotient Inventory. Technical Manual. Canada: Multi-Health

System, Inc.

Page 5: TAHAP KEMAHIRAN INTRAPERSONAL DALAM · PDF fileTerdapat dua komponen utama dalam kecerdasan emosi iaitu kemahiran intrapersonal dan ... diri. Manakala, kemahiran pengurusan kendiri

562

Bar-On, R. & Parker, (2000). Bar-On Emotional Quotient Inventory: Youth Version (Bar-On EQ- i :YV).

New York: Multi Health Systems.

Beins, B. C. & Hakala, C. M. (2012). Student Handbook to Psychology: Learning and Thinking. Vol. IV.

USA: Library of Congress Cataloging-in-Publication Data.

Compas, B. E., Wadworth, Thomsen, A. H., & Saltzman, H. (2000). Responses to stress in adolescence:

Measurement of coping and involuntary stress responses. Journal of Consulting and Clinical Psychology,

68, 976-992.

Conti, H. (2014). Multiple Intelligences. Multiple Intelligence – Research Starters Education, 1.

Cooper, J. F. (1995). A Primer of Brief Psychotherapy. New York: W.W. Norton & Company.

Costa, Ana; Faria, Luísa. (2015). Emotional Intelligence throughout Portuguese Secondary School: A

Longitudinal study comparing performance and self-report measures. European Journal of Psychology of

Education, 31(3) p419-437

Dweck, c. (2009). Who will the 21st century learners be? Knowledge Quest, 38(2), 8-9.

Gardner, H. (1983). Frames of Mind. New York: Basic Books.

Garg, Seema, Singh, Agya Jit. (2016). Emotional intelligence of high school students. Indian Journal of

Health & Wellbeing. 2016, Vol. 7 Issue 6, p627-631.

Goleman, D. (1995). Emotional Intelligence. New York: Bantam Books.

Goleman, D. (1998). Working With Emotional Intelligence. Toronto: Bantam Books.

Khalili, Reza. (2016). Observing the relation between emotional quotient factors on the academic

achievement of boy and girl students at high school. International Journal of Scientific Management &

Development, 4(5), p176-180

Malinauskas, Romualdas K. & Akelaitis, Arturas V. (2015). Emotional skills among senior high school

age students in physical education classes. European Researcher. 2015, Vol. 93 Issue 4, p344-348.

Matud, M. P. (2004). Gender differences in stress and coping styles. Personality and Individual Differences,

37, 1401-1415.

Noriah, Siti Rahayah, Zuria, Saemah, Manisah & Rosadah. (2000). Relationship between IQ and EQ. Paper

presented at Learning Conference, Spetse Island, Greece.

Parker, J. L. (2016). Academic Success For The 21st Century Learner: Intrapersonal Intelligence And

Resilience. Disertasi phD in General Educational Psychology. Walden University.

Sellars, M. (2008a). Intelligence for the 21st century: A discussion of intrapersonal and emotional

intelligences. International Journal of Learning, 15(2), 79-87

Sellars, M. (2008b). Students and their learning: Initiatives and partnerships. Problems Of Education In

The 21st Century, 7, 139-146

Wilson, R. L. & Wilson, R. (2015). Understanding Emotional Development: Providing Insight into Human

Lives. New York: Routledge.