tahap kecergasan fizikal pelajar

14
TAHAP KECERGASAN FIZIKAL PELAJAR-PELAJAR LELAKI BERUMUR 10, 11, 12 TAHUN DAN BERHUBUNG DENGAN KOMPOSISI TUBUH BADAN BAB 1 1.1 Pengenalan Gaya hidup sihat masyarakat Malaysia kini bertambah sedentari mengikut perangkaan Kementerian Kesihatan pada 1hb. Jun 2006 ( Utusan Malaysia ). Dua jenis penyakit membawa kepada peningkatan kadar kematian selain penyakit kanser ialah penyakit koronori jantung dan strok. Peningkatan jumlah penyakit yang disebabkan gaya hidup sedentari ini dikenalpasti akibat daripada kelalaian semua pihak dalam menerapkan konsep gaya hidup sihat kepada semua lapisan masyarakat khususnya golongan kanak-kanak. Ini adalah kerana golongan inilah yang akan menjadi sebahagian besar masyarakat dewasa yang sentiasa terdedah kepada ancaman penyakit akibat daripada sejarah keaktifan mereka semasa kanak-kanak. Kesedaran tentang pentingnya kecergasan fizikal mempengaruhi darjah potensi sosial dari segi ekonomi dan produktiviti negara yang dinyatakan oleh YAB Datuk Seri Abdullah Bin Ahmad Badawi Tiada guna negara mempunyai rakyat yang cerdik dan pintar tetapi berpenyakit dan tidak sihat akibat kurang cergas . Kenyataan beliau telah dikeluarkan semasa pelancaran Majlis Kecergasan Kebangsaan ( NFC ) pada 12hb. Septembar 2004 di Bukit Jalil. Dengan pelancaran Majlis Kecergasan Kebangsaan ini sedikit sebanyak membantu memperbaiki dan meningkatkan mutu

Upload: mijie0212

Post on 15-Jan-2016

62 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

proposal tesis

TRANSCRIPT

Page 1: Tahap Kecergasan Fizikal Pelajar

TAHAP KECERGASAN FIZIKAL PELAJAR-PELAJAR LELAKI

BERUMUR 10, 11, 12 TAHUN DAN BERHUBUNG

DENGAN KOMPOSISI TUBUH BADAN

BAB 1

1.1 Pengenalan

Gaya hidup sihat masyarakat Malaysia kini bertambah sedentari mengikut

perangkaan Kementerian Kesihatan pada 1hb. Jun 2006 ( Utusan Malaysia ). Dua

jenis penyakit membawa kepada peningkatan kadar kematian selain penyakit kanser

ialah penyakit koronori jantung dan strok. Peningkatan jumlah penyakit yang

disebabkan gaya hidup sedentari ini dikenalpasti akibat daripada kelalaian semua

pihak dalam menerapkan konsep gaya hidup sihat kepada semua lapisan

masyarakat khususnya golongan kanak-kanak.

Ini adalah kerana golongan inilah yang akan menjadi sebahagian besar masyarakat

dewasa yang sentiasa terdedah kepada ancaman penyakit akibat daripada sejarah

keaktifan mereka semasa kanak-kanak.

Kesedaran tentang pentingnya kecergasan fizikal mempengaruhi darjah potensi

sosial dari segi ekonomi dan produktiviti negara yang dinyatakan oleh YAB Datuk

Seri Abdullah Bin Ahmad Badawi “Tiada guna negara mempunyai rakyat yang cerdik

dan pintar tetapi berpenyakit dan tidak sihat akibat kurang cergas”. Kenyataan beliau

telah dikeluarkan semasa pelancaran Majlis Kecergasan Kebangsaan ( NFC ) pada

12hb. Septembar 2004 di Bukit Jalil. Dengan pelancaran Majlis Kecergasan

Kebangsaan ini sedikit sebanyak membantu memperbaiki dan meningkatkan mutu

Page 2: Tahap Kecergasan Fizikal Pelajar

kesihatan dan kecergasan fizikal masyarakat di negara ini dengan bertindak sebagai

perunding, penyelaras dan pengawal serta penasihat dalam soal kecergasan untuk

menepati dan menyokong Dasar Sukan Negara dan Wawasan 2020.

Kecergasab fizikal yang tinggi adalah amat penting dalam menentukan kejayaan

sesebuah negara. Proses pembangunan serta kemajuan yang dicapai selaras

dengan peningkatan jangka hayat penduduknya. Ini adalah dipengaruhi oleh mutu

kesihatan serta tahap kecergasan fizikal yang tinggi dikalangan masyarakat di Barat.

Kemunduran yang dialami oleh masyarakat di benua Afrika contohnya dipengaruhi

oleh tahap kesihatan penduduknya. Dua jenis ancaman fenomena kesihatan yang

sering dialami di Negara-nagara Afrika iaitu obesiti di kalangan penduduknya serta

malnutrisi dikalangan kanak-kanak dan remaja. Dalam satu laporan oleh United

Nations Child Fund ( UNICEF, 15hb Oktober 2005 ). Seramai 300 juta kanak-kanak

diseluruh dunia sedang mengalami masalah malnutrisi. 27% daripada jumlah

tersebut adalah kanak-kanak berumur kurang daripada 5 tahun. Kesan daripada

fenomena itu menyebabkan kadar kematian setiap tahun bagi kanak-kanak

meningkat melebihi 5.6 juta setiap tahun, ( UNICEF, 2hb Mei 2006 ).

Kecergasan yang optimum boleh membantu murid dalam melaksanakan aktiviti

harian tanpa berasa letih dan lesu. Selaras dengan itu, satu aktiviti kecergasan yang

terancang perlu dilaksanakan dengan sempurna mengikut prosedur yang ditetapkan

bagi setiap item ujian dan dinilai mengikut norma yang telah ditetapkan. Dengan

menggunakan pendekatan ini, satu penilaian yang standard dapat diukur.

Page 3: Tahap Kecergasan Fizikal Pelajar

Menurut Falls ( 1980 ), “Kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek yang

berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi yang dipercayai memberi individu

perlindungan daripada ancaman penyakit hipokinetik ( kekurangan pergerakkan )

seperti penyakit jantung, kegemukan dan pelbagai penyakit otot dan tulang.

Kecergasan untuk prestasi pula merujuk kepada fungsi dan keupayaan individu

untuk bertanding dalam aktiviti sukan dengan bertenaga, berdaya kuasa, kekuatan,

berdaya tahan, kemahiran dan sebagainya.

Kecergasan merupakan suatu keadaan di mana seseorang itu mempunyai

keupayaan untuk melakukan aktviti harian dengan lebih berkesan tanpa rasa letih

dan lesu serta masih mempunyai lebihan tenaga untuk aktiviti kesenggangan dan

semasa menghadapi kecemasan. Bompa ( 1999 ) menyatakan bahawa seseorang

itu dikatakan mempunyai kecergasan fizikal yang baik apabila dia mampu melakukan

aktiviti atau tugas harian tanpa mudah merasa lesu, mampu bertindak jika berlaku

sebarang kecemasan. Kecergasan fizikal ialah keupayaan melaksanakan tugas

harian dengan cekap dan cergas tanpa kepenatan yang berlebihan serta mempunyai

tenaga yang mengcukupi untuk aktiviti mudah.

Mohd Salleh Aman dalam buku Sukan Dalam Masyarakat Malaysia ( 2004 ),

menyatakan bahawa “Kecergasan menyeluruh tubuh badan terbahagi kepada empat

bahagian iaitu kecergasan fizikal, mental, emosi, dan sosial. Kecergasan fizikal pula

terbahagi kepada dua bahagian iaitu berasaskan kesihatan dan kecergasan

berasaskan kemahiran. Lima komponen kecergasan berasaskan kesihatan ialah :

Page 4: Tahap Kecergasan Fizikal Pelajar

1. kecergasan kardiovaskular : merupakan keupayaan untuk bersenam dan

bersukan dalam suatu tempoh yang panjang. Sistem pengaliran dalam tubuh

termasuklah pernafasan membekalkan oksigen untuk membolehkan aktiviti fizikal.

2. kelembutan : merupakan keupayaan untuk menggunakan sendi-sendi dengan

sepenuhnya melalui pergerakkan.

3. daya tahan otot : keupayaan untuk menggunakan otot tulang rangka yang terlekat

pada tulang beberapa kali tanpa perubahan.

4. kekuatan : jumlah tenaga luaran yang boleh dihasilkan oleh otot. Lazimnya ini

diukur mengikut jumlah berat yang boleh diangkat oleh seseorang.

5. komposisi badan : peratus berat badan yang mengandungi lemak berbanding

dengan tisu-tisu badan yang lain seperti tulang dan otot. Pada umumnya, berat

badan individu terbahagi kepada 80% otot dan tulang manakala 20% lagi adalah

lemak.

Dalam era dimana obesiti dikalangan kanak-kanak adalah dalam keadaan yang

merunsingkan. Penilaian terhadap komposisi tubuh badan adalah salah satu

komponen penting dalam kurikulum Pendidikan Jasmani dimana ia berpusat kepada

kemahiran, aktiviti fizikal sepanjang masa dan budaya hidup yang sihat. Melalui

Program Pendidikan Jasmani yang berkulaiti. Penilain tentang komposisi tubuh

badan adalah salah satu komponen untuk mentafsir dan menilai kecergasan yang

Page 5: Tahap Kecergasan Fizikal Pelajar

lengkap yang mana ia merupakan informasi tentang tahap kecergasan dan kesihatan

masyarakat di sekolah.

Sebahagian besar daripada lemak pada tubuh badan adalah disimpan dalam sel

lemak, dibawah permukaan kulit ( subuetaneus fat ) dan keseluruhan organ tubuh

( viseral fat ). Sejumlah kecil lemak adalah disimpan pada sel-sel tubuh.

Bilangan pada lelaki sebanyak 3 – 5%, 8-12% pada perempuan. Lemak adalah asas

kepada fungsi tubuh badan sebagai contoh, lemak adalah sebahagian daripada

sistem saraf atau meliputi organ visceral pada wanita ( Kominsky & Dwyer, 2006 ).

Lemak pada subcutaneus dan visceral adalah memberi kepentingan kepada tubuh

badan tetapi lebihan lemak pada tubuh serta makanan akan meningkatkan risiko

penyakit kardiovaskular, hiperlipidermia, metabolik syndrome, krononary anteri

desease dan beberapa penyakit kanser.

Page 6: Tahap Kecergasan Fizikal Pelajar

1.2 Kerangka konseptual

Penilaian tahap kecergasan bagi pelajar-pelajar lelaki di sekolah rendah di daerah

Hulu Selangor menggunakan satu set bateri ujian seperti menggunakan Skinfold

Caliper dan Body Mass Index ( BMI ) untuk mengukur komposisi lemak otot

( antropomeri ), Ujian Bleep ( Pacer ) untuk mengukur data bagi daya tahan

kardiovaskular, Ujian Curl Up untuk mengukur daya tahan otot abdominal, Ujian

Push Up untuk mengukur daya tahan otot dan kekuatan otot tangan dan Trunk Lift

untuk menguji kecergasan fleksibiliti otot.

Tahap kecergasan pelajar-pelajar lelaki berumur 10, 11 dan 12 tahun dalam Daerah

Hulu Selangor ini di kaitkan dengan komposisi tubuh badan mereka. Penyelidik akan

melihat korelari antara komposisi tubuh badan dengan tahap kecergasan pelajar

menggunakan ujian yang di ambil.

Page 7: Tahap Kecergasan Fizikal Pelajar

KERANGKA KONSEPTUAL

200 orang pelajar lelaki 10, 11, & 12 tahun

Hubungan / perkaitan Tahap kecergasan

fizikal

Peratus lemak tubuh

Komposisi tubuh badan

Trisep

Tahap kecergasan fizikal dan hubungan dengan komposisi tubuh badan pelajar-pelajar lelaki beruumur 10, 11, dan 12 tahun

dalam daerah Hulu Selangor

Calf

Komponen Kardiovaskular Kekuatan otot Daya tahan otot Fleksibiliti Komposisi tubuh

Ujian Pacer / Bleep test Tekan tubi Curl up Trunk lift BMI / skinford caliper

Analisis data SPSS 11.5

penulisan

Page 8: Tahap Kecergasan Fizikal Pelajar

1.3 Pernyataan Masalah

Selain daripada kemerosotan kadar kesihatan di kalangan masyarakat, kurangnya

tumpuan untuk melibatkan diri dalam aktiviti senaman dan aktiviti fizikal

menyumbangkan kepada kemerosotan dalam prestasi sukan dikalangan kanak-

kanak. Fenomena ini telah menyebabkan bertambahnya masalah lebihan berat

badan dikalangan kanak-kanak hampir diseluruh dunia. Data mengenai lebihan berat

badan ( overweight ) dikalangan kanak-kanak telah meningkat pada 2% dalam

laporan WHO Eropah. Dalam tahun 2010, 1 daripada 10 orang kanak-kanak adalah

obesiti, jumlah daripada 15 juta yang terdapat di wilayah tersebut. Pengambilan diet

serta gaya hidup mempengaruhi tahap kesihatan dikalangan mereka.( Press

Release EURO / 11 / 06, Copenhagen, 13hb November 2006 )

Dalam masyarakat berbilang kaum di negara kita sendiri di dapati masalah lebihan

berat badan dan obesiti tidak di beri perhatian secara serius oleh para ibubapa.

Masalah lebihan berat badan ini amat mempengaruhi tahap kesihatan serta

kecergasan fizikal kanak-kanak. Menurut Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan,

Datuk Dr. Shafie Ooyub, sistem pendidikan negara terlalu menekankan kepada

pencapaian akademik menjadi penyumbang kepada sikap kanak-kanak

mengabaikan kesihatan mereka ( harian metro, 2006 ). Ini menyebabkan tahap

kecergasan pelajar-pelajar di negara kita amat membimbangkan.

Masalah lebihan berat badan ini adalah berkaitrapat dengan tahap kecergasan di

kalangan pelajar-pelajar di sekolah rendah. Penyelidik mendapati bahawa pada

peringkat umur 10, 11, dan 12 tahun kanak-kanak, tahap kecergasan kanak-kanak

perlu di beri perhatian kerana sebahagian besar kanak-kanak pada peringkat umur

Page 9: Tahap Kecergasan Fizikal Pelajar

ini mengalami masalah lebihan berat badan yang serius. Bukti menyebabkan

masalah berat badan dikalangan kanak-kanak memberi kesan terhadap tahap

kecergasan serta prestasi kanak-kanak dalam aktiviti fizikal.

Dalam hal ini, penyelidik akan cuba untuk mendapatkan korelasi di antara tahap

kecergasan dengan komposisi lemak badan dengan mendapatkan data melalui

beberapa ujian kecergasan seterusnya mengaitkan setiap ujian tersebut dengan

komposisi lemak badan. Penyelidik juga akan cuba mendapatkan perbezaan tahap

kecergasan fizikal dikalangan pelajar lelaki berumur 10, 11 dan 12 tahun.

Page 10: Tahap Kecergasan Fizikal Pelajar

1.4 objektif kajian

Objektif pengambilan data penilaian tahap kecergasan pelajar sekolah rendah di

seluruh daerah Hulu Selangor adalah berdasarkan objektif berikut :

I. Untuk mengetahui sejauh manakah perbezaan tahap kecergasan fizikal

dikalangan pelajar lelaki berumur 10, 11 dan 12 tahun.

II. Untuk mengetahui sejauh manakah perkaitan antara daya tahan

kardiovaskular dengan komposisi lemak badan pelajar lelaki 10, 11 dan 12

tahun.

III. Untuk mengetahui sejauh manakah perkaitan antara daya tahan otot tangan

dengan komposisi lemak badan pelajar lelaki 10, 11 dan 12 tahun.

IV. Untuk mengetahui sejauh manakah perkaitan antara daya tahan otot

abdominal dengan komposisi lemak badan pelajar lelaki 10, 11 dan 12 tahun

V. Untuk mengetahui sejauh manakah perkaitan antara fleksibiliti otot dengan

komposisi lemak badan pelajar lelaki 10, 11 dan 12 tahun.

Page 11: Tahap Kecergasan Fizikal Pelajar

1.5 persoalan kajian

I. Untuk mengetahui sejauhmanakah perbezaan tahap kecergasan fizikal di

kalangan pelajar lelaki 10, 11 dan 12 tahun

II. Untuk mengetahui sejauhmanakah perkaitan antara daya tahan

kardiovaskular dengan kandungan lemak tubuh pelajar.

III. Untuk mengetahui sejauhmanakah perkaitan antara daya tahan otot tangan

dengan komposisi lemak tubuh pelajar.

IV. Untuk mengetahui sejauhmanakan perkaitan antara daya tahan otot

abdominal dengan komposisi lemak tubuh pelajar.

V. Untuk mengetahui sejauhmanakan perkaitan antara fleksibiliti otot dengan

komposisi lemak tubuh pelajar.

Page 12: Tahap Kecergasan Fizikal Pelajar

1.6 kepentingan kajian

Kajian korelasi adalah mengkaji perkaitan antara pembolehubah-pembolehubah

yang wujud dalam sesuatu masalah. Penekanan yang ditunjukkan ialah

sejauhmanakah kaitan antara pembolehubah-pembolehubah ini ( Mohd Majid

Konting, Kaedah Penyelidikkan Pendidikan, DBP, 2005 ). Untuk itu, pengujian dan

penilaian dalam kajian ini adalah di rancang untuk mendapatkan maklumat tentang

tahap kecergasan murid serta perkaitannya dengan komposisi lemak tubuh pelajar

berumur 10, 11 dan 12 tahun di daerah Hulu Selangor. Ujian yang dijalankan secara

sistematik dan diharapkan dapat memotivasikan murid mengamalkan gaya hidup

sihat, murid akan lebih bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan

kesejahteraan negara selaras dengan objektif Dasar Sukan Negara iaitu Sukan

Untuk Kesihatan dan Sukan Untuk Kecemerlangan.

Pengukuran dan penilaian kecergasan dirasakan amat perlu untuk menyediakan

maklumat yang piawai untuk menggambarkan tahap kecergasan fizikal murid di

sekolah-sekolah rendah di seluruh daerah Hulu Selangor. Melalui ujian kecergasan

serta pengambilan komposisi tubuh badan ( body mass index ), pelajar-pelajar akan

dapat mengetahui tahap kecergasan serta komposisi lemak tubuh badan mereka.

Maklumat yang sistematik ini akan menjadi rujukan bagi kesinambungan mereka

apabila berada di sekolah menengah kelak. Dalam kajian ini, perkara utama yang

akan dikenalpasti ialah hubungan tahap kecergasan fizikal dengan komposisi lemak

tubuh para pelajar sekolah rendah menjadi sampel ujian ini.

Page 13: Tahap Kecergasan Fizikal Pelajar

Dengan mengaitkan tahap kecergasan fizikal dengan komposisi otot tubuh badan

akan menjadi sumber rujukan tentang perkaitan antara kecergasan dengan

komposisi lemak tubuh pelajar-pelajar di sekolah rendah. Ini akan memudahkan para

pendidik matapelajaran pendidikan jasmani di sekolah menengah mengenalpasti

perkembangan fizikal pelajar-pelajar tersebut sebagai persediaan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran matapelajaran pendidikan jasmani. Menurut

Baumgartner & Jacson ( 1982 ), proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi

lebih bermakna dan berkesan jika prosedur penilaian yang disediakan mempunyai

kebolehpercayaan dan kesahan ke atas pencapaian pelajar. Ia secara langsung juga

membantu jurulatih sukan sekolah menengah merancang satu program khas untuk

meningkatkan tahap kecergasan fizikal pelajar ini apabila mereka meningkat ke

sekolah menengah nanti.

Data yang diperolehi hasil daripada Program Penilaian Kecergasan ini juga akan

dijadikan rujukan kepada para pendidik matapelajaran pendidikan jasmani serta guru

sukan dan jurulatih sukan untuk mengetahui tahap kecergasan fizikal serta

hubungkaitnya dengan komposisi lemak para pelajar di sekolah rendah. Ini

menunjukkan bahawa pengujian dan penilaian dalam pendidikan jasmani merupakan

elemen terpenting bagi memilih pelajar atau atlit ke sekolah menengah nanti. Bukti

menunjukkan bahawa pengujian dan penilaian kecergasan fizikal amat penting

seperti yang berlaku dalam pengambilan anggota polis, bomba, tentera dan

pertahanan awam. Kemampuan fizikal seperti kekuatan fizikal, komposisi tubuh

badan dan ujian kardiovaskular. Strategi yang lazim digunakan ialah prestasi fizikal

adalah berkaitan dengan kecemerlangan dalam prestasi kerja ( Reilly, Zedeck,

Tenopyr 1979, Jackson et al. 1998 )

Page 14: Tahap Kecergasan Fizikal Pelajar

Terdapat beberapa ujian yang perlu diubah untuk mendapatkan data dan maklumat

yang benar-benar tepat dan jelas dengan gambaran sebenar. Pengukuran untuk

komposisi tubuh ( BMI ) untuk komposisi lemak tubuh di tambah menggunakan ujian

lipatan kulit menggunakan alat iaitu Skinford Caliper sesuai digunakan disini.

Melalui ujian-ujian yang dijalankan, penyelidik akan dapat memperolehi skor tahap

kecergasan fizikal pelajar-pelajar sekolah rendah serta hubungkaitkannya dengan

komposisi lemak otot pelajar seluruh daerah Hulu Selangor. Penilaian kecergasan ini

akan dapat menggambarkan tentang tahap keupayaan fizikal pelajar sekolah rendah

di daerah Hulu Selangor. Ini akan dapat membantu jurulatih di daerah ini untuk

menyediakan skim latihan untuk pelajar-pelajar ini semasa di sekolah menengah

nanti.

Hasil kajian ini juga amat berfaedah untuk panduan kepada sekolah serta Jabatan

Pelajaran Negeri dalam menyusun jadual serta perancangan latihan fizikal yang

sesuai terhadap pelajar sekolah.

Page 15: Tahap Kecergasan Fizikal Pelajar

1.7 definisi operasional

I. Sedentari

gaya hidup yang tidak aktif atau kurang melakukan aktviti fizikal.

II. Kecergasan kardiovaskular

III. Kelenturan

IV. Daya tahan otot

V. Kekuatan

VI. Obesiti

VII. Malnutrisi