kecergasan fizikal (t1)

24
TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA KECERGASAN FIZIKAL

Upload: johnny-lee

Post on 23-Jan-2016

284 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

klkf

TRANSCRIPT

Page 1: KECERGASAN FIZIKAL (T1)

TOPIK 1

PENGENALAN KEPADA KECERGASAN FIZIKAL

Page 2: KECERGASAN FIZIKAL (T1)

1.1 KECERGASAN KESELURUHAN

• Otak yang cerdas adalah lahir dari tubuh badan yang cergas.

• Kecergasan keseluruhan menitikberatkan aspek keseimbangan keseluruhan elemen kecergasan seperti yang disarankan dalam Falsafah Pendidikan kebangsaan iaitu kecergasan fizikal, mental, emosi, sosial dan rohani.

Page 3: KECERGASAN FIZIKAL (T1)

1.1.1 Konsep dan Definisi• Manusia bergerak aktif setiap hari dan kurangnya pergerakan boleh

menyebabkan anggota fizikal manusia menjadi lemah dan tidak bermaya.

• Kemerosotan keadaan fizikal ini mempengaruhi kapasiti mental dan aspek sosial individu.

Page 4: KECERGASAN FIZIKAL (T1)

1.1.2 Matlamat dan Objektif

•Penguasaan terhadap pengetahuan kecergasan fizikal dan gaya hidup yang sihat dapat membantu seseorang individu dalam menangani masalah penyakit kronik seperti, sakit jantung, darah tinggi, buah pinggang dan AIDS.•Pentingnya keseimbangan fizikal dan mental seseorang

individu dalam melahirkan rakyat yang berketerampilan, cerdas minda cergas fizikal.•Kecergasan fizikal bermaksud kemampuan anda

menguruskan diri setiap hari, berekreasi dan bertenaga untuk bertindak balas dalam situasi yang mencemaskan tanpa rasa lesu.

Page 5: KECERGASAN FIZIKAL (T1)

1.1.3 Kecergasan Fizikal

KECERGASAN

FIZIKAL

BERLANDASKAN

PERLAKUAN MOTOR

BERLANDASKAN

KESIHATAN

•Kelajuan

•Ketangkasan

•Kuasa otot

•Imbangan koordinasi

•Masa tindak balas

•Daya tahan kardiovaskular

•Daya tahan otot

•Kekuatan otot

•Fleksibiliti

•Komposisi badan

Page 6: KECERGASAN FIZIKAL (T1)

1.2.1 Daya Tahan Kardiovaskular• Keupayaan sistem kardiovaskular mengedar darah beroksigen ke otot-

otot yang bekerja dan seterusnya membawa keluar bahan kumuhan dari otot.• Sistem kardiovaskular terdiri daripada:

(a) JantungMengepam darah melalui sistem peredaran pulmonari dan sistemik.

Page 7: KECERGASAN FIZIKAL (T1)

1.2.1 Daya Tahan Kardiovaskular

(b) Paru-paruMembekalan oksigen ke dalam darah dan mengeluarkan karbon dioksida dari darah.

(c) Rangkaian Arteri dan VenaRangkaian arteri membawa darah dari jantung ke seluruh tubuh, manakala vena membawa darah dari seluruh tubuh balik ke jantung.

Page 8: KECERGASAN FIZIKAL (T1)

1.2.2 Daya Tahan Otot

• Keupayaan sesuatu otot atau sekumpulan otot melakukan sesuatu kerja berulang-ulang dalam suatu jangka masa yang panjang.• Terbahagi kepada dua jenis iaitu daya tahan otot statik dan daya

tahan otot dinamik.

Page 9: KECERGASAN FIZIKAL (T1)

1.2.2 Daya Tahan Otot

• Daya tahan otot statik ialah kemampuan otot untuk menanggung beban pada kedudukan yang tetap atau pegun.• Daya tahan otot dinamik ialah kemampuan otot untuk menanggung

beban pada kedudukan yang bergerak atau berulang alik.• Contohnya aktiviti bangkit tubi, tekan tubi dan burpee.

Page 10: KECERGASAN FIZIKAL (T1)

1.2.3 Komposisi Tubuh Badan• Terdiri daripada bahagian berlemak dan tanpa lemak.

• Bentuk tubuh badan manusia boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan, iaitu endomorf, mesomorf dan ektomort.

Page 11: KECERGASAN FIZIKAL (T1)

1.2.3 Komposisi Tubuh BadanEndomorf

• Bentuk tubuh badan yang gempal kerana banyak lemak yang terkumpul di bawah kulit.

• Sesuai untuk ahli sukan angkat berat, membaling tukul besi dan gusti.

Page 12: KECERGASAN FIZIKAL (T1)

1.2.3 Komposisi Tubuh BadanMesomorf

• Mempunyai badan yang berotot, tegap dan mempunyai rangka badan yang menarik.

• Sesuai untuk ahli sukan lari jarak dekat dan acara lompatan.

Page 13: KECERGASAN FIZIKAL (T1)

1.2.3 Komposisi Tubuh BadanEktomorf

• Mempunyai bentuk tubuh badan yang kurus dan tinggi lampai kerana kurang tisu lemak di bawah lapisan kulitnya.

• Sesuai untuk ahli sukan pelari jarak jauh, merentas desa dan bola keranjang.

Page 14: KECERGASAN FIZIKAL (T1)

1.2.4 Kelenturan dan Fleksibiliti• Keupayaan anjalan otot dan sendi melakukan pergerakan yang kemas

dalam pergerakan yang maksimum.• Keupayaan sesuatu sendi badan boleh digunakan sejauh mungkin.• Hasil pergerakan ditentukan oleh penguncupan dan pemanjangan

tendon dan ligamen.

Page 15: KECERGASAN FIZIKAL (T1)

1.2.5 Kekuatan Otot• Kebolehan sesuatu otot atau sekumpulan otot-otot untuk

mengatasi rintangan bagi menghasilkan daya (kerja).• Kekuatan otot diukur berdasarkan daya maksimum yang

dihasilkan daripada satu pergerakan atau penguncupan otot yang spesifik.• Berhubung kait dengan saiz otot, jenis fiber otot, fungsi sistem

saraf dan peratusan hormon testoteron yang dimiliki.• Contohnya angkat berat, ujian lompat jauh berdiri, lompat

sarjan dan lain-lain.• Penting untuk mencapai prestasi tinggi dalam aktiviti sukan

dengan memberi sumbangan terhadap kuasa untuk melakukan sesuatu tugas.

Page 16: KECERGASAN FIZIKAL (T1)

1.3 KECERGASAN FIZIIKAL BERLANDASKAN PERLAKUAN MOTOR

1.3.1 Kelajuan

• Kebolehan individu untuk bergerak secepat mungkin dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain dalam masa yang singkat.• Berkait rapat dengan kekuatan dan kuasa otot serta rangsangan

yang diterima.• Contoh lari pecut, lari berpagar, atlet perlukan kelajuan bagi

mencatatkan masa yang terpantas.• Acara lompat jauh, atlet lompat jauh memerlukan kelajuan lari

landas untuk melalukan lompatan.• Kelajuan individu berkait rapat dengan masa tindak balas dan

masa bergerak (Jarak langkahan x Kekerapan melangkah = Kelajuan)

Page 17: KECERGASAN FIZIKAL (T1)

1.3.2 Ketangkasan• Kebolehan individu untuk menukar arah dengan pantas semasa

bergerak.• Melakukan pergerakan dengan cekap dan mengawal kedudukan

badannya supaya sentiasa berada dalam keseimbangan.• Penting dalam menghadapi situasi kecemasan.• Ketangkasan boleh dilatih melalui latihan bayangan. Contoh pergerakan

ialah lari zig-zag.

Page 18: KECERGASAN FIZIKAL (T1)

1.3.3 Koordinasi• Keupayaan otot melakukan dan menyelaras pergerakan dengan kemas

dan lancar.• Boleh dicapai dengan melakukan latihan yang bersistematik.• Tahap koordinasi yang tinggi, mereka boleh menangkap bola, menahan

bola hoki, menyangga bola tampar atau melakukan rejaman tepat pada sasarannya.

Page 19: KECERGASAN FIZIKAL (T1)

1.3.4 Masa Tindak Balas

• Berlaku sebaik sahaja seseorang itu menerima rangsangan melalui sistem pendengaran atau perasaan sehingga masa tidak balas dilakukan dengan pantas.• Contohnya pelari 100 meter memulakan lariannya dengan pantas

sebaik sahaja dia mendengar letupan pistol di permulaan perlumbaan.

Page 20: KECERGASAN FIZIKAL (T1)

1.3.5 Imbangan

• Kebolehan individu mengimbangkan badan semasa dalam keadaan statik atau dinamik.

• Merupakan kesan kepada reaksi dan kebolehan untuk mengekalkan keseimbangan apabila pusat graviti seseorang dan tapak yang menyokongnya diubah.

Page 21: KECERGASAN FIZIKAL (T1)

1.3.5 Imbangan

Imbangan Statik

• Badan individu berada dalam keadaan yang tetap seperti dalam aktiviti dirian atau berdiri di atas tali.

• Berlaku apabila pusat graviti berada setempat

Page 22: KECERGASAN FIZIKAL (T1)

1.3.5 Imbangan

Imbangan dinamik

• Adalah kebolehan mengekalkan keseimbangan ketika pusat graviti diubah.

• Contoh pergerakan yang memerlukan imbangan dinamik ialah berjalan di atas alang imbang dalam gimnastik.

Page 23: KECERGASAN FIZIKAL (T1)

1.3.6 Kuasa• Kombinasi kekuatan otot dan kelajuan.

• Kebolehan individu melakukan pergerakan pantas yang kuat dalam jangka masa yang singkat dengan kecekapan yang tinggi.

• Dalam aktiviti olahraga, melontar peluru, melempar cakera dan merejam lembing.

Page 24: KECERGASAN FIZIKAL (T1)

RUMUSAN• Jurulatih dan atlet seharusnya mempunyai pengetahuan mengenai

bidang sains sukan sebagai asas penting dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti fizikal.

• Dengan adanya pengetahuan tersebut maka jurulatih dan atlet dapat bekerjasama dalam merancang dan melaksanakan program latihan secara sistematik.