table-tpp

15
MINGGU TAJUK AKTIVITI M1 Pengenalan teknologi pendidikan dan rekabentuk pengajaran Aktiviti 1 : Terokai secara keseluruhan menu-menu yang terdapat di dalam DVD ini, dan kenal pasti bahagian- bahagian tersebut; terutama bahagian Pengenalan>Sukatan, Penilaian dan Pelaksanaan. Kemudian terokai bahagian Sumber - pastikan apakah sumber/maklumat yang ada dalam DVD ini. Aktiviti 2 : Sila baca maklumat berkaitan dengan Teknologi Pendidikan dari aspek; konsep; prinsip; domain; dan model. Berbaincang dengan pensyarah anda aspek-aspek berikut. Aktiviti 3 : Bersama rakan (pasangan) anda, bincang dan buat rumusan secara ringkas apa yang dimaksudkan dengan "Teknologi Pendidikan" dan apakah kepentingan- nya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan menggunakan pemproses perkataan taipkan perbiancangan anda. Simpan hasil anda dalam portfolio. Aktiviti 4 : Baca maklumat berikut "Instructional Design: The Big Picture " ;"An Introduction to Instructional Design - Utilizing a basic design model " dan "The ASSURE Model ". Aktiviti 5 : Berbincang dengan rakan dan pensyarah anda. Cuba dapatkan apakah elemen-elemen yang biasanya ada dalam sesuatu model rekabentuk. Dengan menggunakan persembahan elektronik nyatakan apakah peranan dan kepentingan rekabentuk pengajaran (instructional design) dalam merancang proses P&P M2 Media Pengajaran Aktiviti 1 : Laksanakan persembahan yang telah ditetapkan dalam Tugasan Persembahan. Peruntukan masa di antara 15 minit hingga 20 minit. Semasa persembahan anda digalakan menggunakan pelbagai

Upload: skymilo90

Post on 10-Dec-2015

265 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

n

TRANSCRIPT

Page 1: table-TPP

MINGGU TAJUK AKTIVITIM1 Pengenalan teknologi

pendidikan dan rekabentuk pengajaran

Aktiviti 1 : Terokai secara keseluruhan menu-menu yang terdapat di dalam DVD ini, dan kenal pasti bahagian- bahagian tersebut; terutama bahagian Pengenalan>Sukatan, Penilaian dan Pelaksanaan. Kemudian terokai bahagian Sumber - pastikan apakah sumber/maklumat yang ada dalam DVD ini.

Aktiviti 2 : Sila baca maklumat berkaitan dengan Teknologi Pendidikan dari aspek; konsep; prinsip; domain; dan model. Berbaincang dengan pensyarah anda aspek-aspek berikut.

Aktiviti 3 : Bersama rakan (pasangan) anda, bincang dan buat rumusan secara ringkas apa yang dimaksudkan dengan "Teknologi Pendidikan" dan apakah kepentingan- nya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan menggunakan pemproses perkataan taipkan perbiancangan anda. Simpan hasil anda dalam portfolio.

Aktiviti 4 : Baca maklumat berikut "Instructional Design: The Big Picture " ;"An Introduction to Instructional Design - Utilizing a basic design model " dan "The ASSURE Model".

Aktiviti 5 : Berbincang dengan rakan dan pensyarah anda. Cuba dapatkan apakah elemen-elemen yang biasanya ada dalam sesuatu model rekabentuk. Dengan menggunakan persembahan elektronik nyatakan apakah peranan dan kepentingan rekabentuk pengajaran (instructional design) dalam merancang proses P&P

M2 Media Pengajaran Aktiviti 1 : Laksanakan persembahan yang telah ditetapkan dalam Tugasan Persembahan. Peruntukan masa di antara 15 minit hingga 20 minit. Semasa persembahan anda digalakan menggunakan pelbagai teknik penyampaian yang difikirkan sesuai dan dapat menarik minat rakan-rakan anda.

Aktiviti 2 : Baca maklumat " Instructional Media: Selection and Use " dan "  Instructional Media: Chalkboards to Video ". Dalam kumpulan bincangkan apa yang dimaksudkan media pengajaran, ciri-ciri dan jenis-jenisnya. Kemudian bersama rakan dan pensyarah bincangkan apakah kesan dan kepentingan media pengajaran dalam proses P&P.

Page 2: table-TPP

Aktiviti 3: Secara berpasangan, dengan menggunakan persembahan elektronik bina carta (pengurusan grafik - contoh ) untuk menunjukkan klasifikasi media pengajaran. [Dapatkan maklumat dari pelbagai sumber sama ada pusat sumber atau dari internet] [Simpan segala maklumat yang diperolehi dalam portfolio anda]

Aktiviti 4 : Perancangan merupakan aspek yang penting! Sila baca " Instructional Planning with the ASSURE Model " : Baca ikut menu yang disediakan. Dalam menu "Task" (tugasan), cuba sesuaikan dengan keadaan kita -- laksanakan tugasan tersebut secara berpasangan. Lihat menu "Process" dan anda boleh menggunakan "template" yang disediakan untuk membina "instructional plan" anda.

Aktiviti 5 : Setelah siap tukar hasil kerja anda kepada pasangan lain dan anda pula melakukan penilaian hasil kerja pasangan yang lain berpandukan matrik penilaian dari menu "Evaluation".

Aaktiviti  6 : Setelah itu ambil semula hasil kerja pasangan anda yang telah dinilai oleh pasangan lain, kemudian buat kesimpulan, apakah perkara yang penting semasa anda membina "instructional planning" untuk sesuatu aktiviti pembelajaran.

M3 Asas Grafik Aktiviti 1 :  Laksanakan persembahan yang telah ditetapkan dalam tugasan Persembahan. Peruntukan masa di antara 15 minit hingga 20 minit. Semasa persembahan anda digalakan menggunakan pelbagai teknik penyampaian yang difikirkan sesuai dan dapat menarik minat rakan-rakan anda.

Aktiviti 2 :  Sila baca nota ringkas berikut " Prinsip Asas Grafik dan Reka Bentuk Grafik ": dan baca pula aspek "Warna ".

Aktiviti 3 :  Dengan menggunakan persembahan elektronik setiap kumpulan akan melaksanakan dan melakukan persembahan perkara-perkara berikut: Read "Chapter 5: Visual Principles" in Instructional Media and Technologies for Learning by Robert Heinich, Michael Molenda, James D. Russell, and Sharon E. Smaldino (7th edition or later). Colour and Design: • Instroduction To Graphic Design • Color • Color Theory • Color an Introduction • Colour Theory • Elements and Principles of Design • Designing Identities

Page 3: table-TPP

Kumpulan 1 : Nyatakan keperluan grafik sebagai medium dalam proses pengajaran dan pembelajaran Kumpulan 2 : Kenapa dalam hidup kita warna memain peranan penting? Kumpulan 3 : Bentuk sesuatu objek sangat memberi kesan kepada murid; kenapa? dan berikan contoh. Kumpulan 4 : Nyatakan bagaimana elemen rekaan seni visual, dapat diterapkan dalam menghasilkan bahan-bahan pembelajaran murid. Kumpulan 5 : Kenapa kita perlu mengambil kira prinsip rekaan, dalam penghasilan bahan dan bagaimana ia boleh membantu pembelajaran murid.

Aktiviti 4 :  Pilih mana-mana media bercetak (bergrafik - misalnya "bulletin board" atau sebagainya), dan dengan menggunakan contoh senari semak ini buat penilaian berdasarkan pengetahuan anda berkaitan dengan prinsip-prinsip asas grafik.

Aktiviti 5 :  Pilih mana-mana media grafik (termasuk foto dari kamera digital), lakukan proses imbasan (media cetak), kemudian lakukan proses pengubah suaian dengan menggunakan mana-mana editot grafik yang selesa bagi anda. Pastikan media grafik tersebut diadun atau diolah dengan pelbagai prinsip grafik.

M4 Bahan 2D dan 3D Aktiviti 1 :  Laksanakan persembahan yang telah ditetapkan dalam tugasan Persembahan. Peruntukan masa di antara 15 minit hingga 20 minit. Semasa persembahan anda digalakan menggunakan pelbagai teknik penyampaian yang difikirkan sesuai dan dapat menarik minat rakan-rakan anda.

Aktiviti 2 :  Sila dapatkan maklumat dari pelabagai sumber lain berkaitan bahan-bahan 2 Dimensi dan bahan-bahan 3 Dimensi.

Aktiviti 3 :  Secara berpasangan bincangkan, bagaimanakah bahan 2D dan 3D sangat berkesan sebagai bahan bantu mengajar. Nyatakan contoh-contoh yang bersesuaian bagi sesuatu tajuk. Persembahkan maklumat anda dengan menggunakan persembahan elektronik

Aktiviti 4 : Dalam kumpulan, pilih satu topik sesuatu matapelajaran. Buat perbincangan dan perancangan apakah bahan-bahan 2D atau 3D yang bersesuai dapat dibina. Buat semakan semula (review) sama ada bahan-bahan yang ingin dibina itu sememangnya bersesuaian dengan topik matapelajaran itu.

Page 4: table-TPP

Aktiviti 5 :  Cari bahan untuk melakukan pembinaan bahan-bahan 2D dan 3D yang telah ditentukan.

M5 Bahan 2D,3D dan Asas Fotografik

Aktiviti 1 : Laksanakan persembahan yang telah ditetapkan dalam tugasan Persembahan. Peruntukan masa di antara 15 minit hingga 20 minit. Semasa persembahan anda digalakan menggunakan pelbagai teknik penyampaian yang difikirkan sesuai dan dapat menarik minat rakan-rakan anda.

Aktiviti 2 :  Teruskan proses pembinaan bahan-bahan 2D dan 3D untuk topik yang telah ditentukan.

Aktiviti 3 :  Secara berpasangan terokai aspek-aspek kamera (biasa dan digital) dari pelbagai sumber, terutama dari internet. Dapatkan maklumat berkaitan dengan; • sejarah perkembangan fotografi • Komponen asas dan fungsi kamera • jenis filem • teknik penggambaran.

Aktiviti 4 :  Dengan menggunakan pemproses perkataan, olah maklumat yang diperolehi dalam bentuk carta dan grafikal untuk melihat persamaan dan perbezaan atara kamera biasa dan digital.

M6 Asas Fotografi Aktiviti 1 :  Laksanakan persembahan yang telah ditetapkan dalam tugasan Persembahan. Peruntukan masa di antara 15 minit hingga 20 minit. Semasa persembahan anda digalakan menggunakan pelbagai teknik penyampaian yang difikirkan sesuai dan dapat menarik minat rakan-rakan anda.

Amali : [Secara amnya anda diperuntukan 4 jam untuk aktiviti amali ini - walaubagaimana pun anda boleh melakukan diluar waktu kelas atau di luar kelas]. [Untuk aktiviti berikut sila selaraskan dengan "Tugasan Semester" untuk membina atau menghasilkan bahan fotografi yang bersesuaian dengan tugasan tersebut]

Aktiviti 2 :  Berdasarkan topik sesuatu matapelajaran, hasilkan sekurang-kurang 5 keping cetakan fotografi (atau digital) dengan menggunakan beberapa teknik- teknik pengambaran. Jika boleh guna foto-foto yang mengambarkan eco lestari; kepentingan, kesejahteraan dan penjagaan alam ini, kerana tema ini boleh diterapkan dalam mana-mana subjek.

Page 5: table-TPP

Aktiviti 3 :  Lekatkan gambar-gambar yang diambil pada kertas A4, dan taipkan keterangan aspek ciri-ciri dan teknik-teknik pengambilan foto yang digunakan. (atau dalam bentuk digital)

M7 Bahan Audio Aktiviti 1 : Laksanakan persembahan yang telah ditetapkan dalam tugasan Persembahan. Peruntukan masa di antara 15 minit hingga 20 minit. Semasa persembahan anda digalakan menggunakan pelbagai teknik penyampaian yang difikirkan sesuai dan dapat menarik minat rakan-rakan anda.

Aktiviti 2 : Baca maklumat bagaimana cara untuk merakam sesuatu audio, sama ada dengan cara analog atau digital.

Aktiviti 3 : Bincang bersama rakan; apakah kebaikan media audio dalam proses pengajaran dan pembelajaran, dan bagaimana ia dapat digunakan. Simpan hasil perbincangan anda sama anda dengan pemproses perkataan atau persembahan elektronik.

Aktiviti 4 : Bersama rakan berbincang apakah skrip yang sesuai untuk dibuat rakaman. Skrip anda mungkin boleh berdasarkan satu siri/urutan gambar-gambar tertentu (cadangan -- gunakan urutan gambar yang di ambil dan susunkan dalam persembahan elektronik). Kemudian cuba buat rakaman dengan menggunakan radio atau komputer.

Aktiviti 5 : Dengan komputer atau lain-lain alatan yang sesuai buat proses suntingan.  Kemudian sisipkan dalam persembahan elektronik supaya ia boleh dipersembahankan secara auto.  Tukarkan persembahan anda menjadikan flash dengan menggunakan iSpring Free.

M8 Bahan Video Aktiviti 1 : Laksanakan persembahan yang telah ditetapkan dalam tugasan Persembahan. Peruntukan masa di antara 15 minit hingga 20 minit. Semasa persembahan anda digalakan menggunakan pelbagai teknik penyampaian yang difikirkan sesuai dan dapat menarik minat rakan-rakan anda.

Aktiviti 2 :  Terokai dan baca apakah ciri-ciri suatu video kamera. Kemudian dapatkan maklumat bagaimana proses penghasilan atau penerbitan video. Anda perlu mengetahui salah satu perisian video editor; antaranya VideoPad, video Wave, Pinnacle Studio Version 9 (anda memerlukan Flash Player untuk melihat tutorial ringkas ini), Ulead Video Studio dan lain-lain.

Page 6: table-TPP

Amali : [Membuat rakaman dan editing video] -- Selaraskan hasil tugasan ini bersama dengan Tugasan Semester (Projek Akhir). Dalam aktiviti ini anda boleh lakukan pada masa-masa yang sesuai dan boleh dilakukan di luar bilik kelas untuk lakukan pengambaran dan melakukan sunting/editing di dalam makmal.]

Aktiviti 3 :  Berbincang dengan rakan, bagaimana anda dapat menghasilkan satu papan cerita sebagai panduan untuk menghasilkan atau menerbitkan video. [Bina papan cerita berdasarkan ID yang bersesuaian

] Aktiviti 4 :  Bina papan cerita (story board) yang boleh menjadi panduan supaya memudahkan anda membuat pengambaran. • Buat rakaman berdasarkan papan cerita anda

Maklumat Video:   1. Using Digital Video-Editing to Engage the Learner 2. Effective Online Video Production and Distribution 3. Persembahan ini mungin boleh membantu anda untuk menghasilkan satu produk video yang baik : Digital Storytelling

M9 Penghasilan Video P&P Aktiviti 1 : Laksanakan persembahan yang telah ditetapkan dalam tugasan Persembahan. Peruntukan masa di antara 15 minit hingga 20 minit. Semasa persembahan anda digalakan menggunakan pelbagai teknik penyampaian yang difikirkan sesuai dan dapat menarik minat rakan-rakan anda.

Aktiviti 2 : (sambungan) -- Buat rakaman berdasarkan papan cerita anda Lakukan proses suntingan • cuba sisipkan audio (rakaman atau muzik) yang bersesuaian • sisipkan teks yang bersesuaian • sisipkan grafik-grafik lain yang mungkin membantuk penghasilan video yang lebih baik • hasilkan kesan-kesan khas tertentu. Penghasilan video mungkin dalam lingkungan 3 - 8 minnit. Contoh-contoh video yang lain.

Aktiviti 3 : [Integrasi teknologi dalam P&P] -- Bersama rakan bincangkan bagaimana teknologi dapat diintegrasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan bagaimana pula untuk melakukan integrasi office dalam sesuatu P&P subjek anda. Dokumenkan idea perbincangan dengan menggunakan persembahan elektronik.

Page 7: table-TPP

M10 Office dalam P &P Aktiviti 1 : Laksanakan persembahan yang telah ditetapkan dalam tugasan Persembahan. Peruntukan masa di antara 15 minit hingga 20 minit. Semasa persembahan anda digalakan menggunakan pelbagai teknik penyampaian yang difikirkan sesuai dan dapat menarik minat rakan-rakan anda.

Aktiviti 2 : Terokai maklumat dan elemen-elemen penting yang terdapat pada pemproses perkataan, hamparan elektronik, persembahan elektronik dan pangkalan data.

Aktiviti 3 : Berbincang bersama rakan, kemudian bina jadual perbezaan antara empat aplikasi yang terdapat dalam “office”, seperti dalam aktiviti 2.

Aktiviti 4 : Secara berpasangan, laksanakan aktiviti berikut:- [Ketua opsyen dikehendaki membahagikan tugasan berikut mengikut pasangan dengan sama banyak - misalnya pasangan 1 hingga 4 melaksanakan tugasan 1, pasangan 5 hingga 8 melaksanakan tugasan 2 dan seterusnya].

1. Bina bahan pengajaran dan pembelajaran berbentuk brosur (berasaskan sesuatu topik matapelajaran tertentu), pastikan bahawa dalam brosur tersebut terdapat garfik dalam kedudukan yang sesuai.

2. Berdasarkan sesuatu topik matapelajaran - bina beberapa slaid (persembahan elektronik) yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Seeloknya dalam slaid tersebut terdapat beberapa element multimedia yang bersesuaian. [Pastikan bahawa slaid anda mempunyai ciri-ciri atau kesan khas sesuatu persembahan elektronik yang bersesuaian untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.]

3. Dengan menggunakan hamparan elektronik, bina satu borang markah (bagi beberapa subjek) pelajar. Berdasarkan borang tersebut, proses markah-markah dengan menggunakan fungsi-fungsi tertentu dalam hamparan elektronik.

4. Dengan hamparan elektronik - bina soalan-soalan atau aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran, supaya murid dapat menggunakan soalan-soalan tersebut sebagai latihan atau dapat belajar sesuatu sub- topik dengan menggunakan hamparan elektronik.

Page 8: table-TPP

5. Dengan menggunakan pangkalan data, bina satu pangkalan data pelajar, yang menggandungi maklumat pelajar, markah peperiksaan (table), (rujuk aktiviti 4) pelajar. Kemudian dengan menggunakan Query lakukan proses supaya dapat menentukan gred bagi markah tersebut, jumlah markah dan peratus markah.

M11 Alat Pengarang Aktiviti 1 : Laksanakan persembahan yang telah ditetapkan dalam tugasan Persembahan. Peruntukan masa di antara 15 minit hingga 20 minit. Semasa persembahan anda digalakan menggunakan pelbagai teknik penyampaian yang difikirkan sesuai dan dapat menarik minat rakan-rakan anda.

Aktiviti 2 : Terokai alat-alat pengarangan seperti, eXe, LCDS, CourseLab dan atau Xerte.  Bagi setiap alat pengarangan tersebut tentukan apakah media-media (misalnya grafik, audio dan video) yang sesuai dapat digunakan dalam alat-alat pengarangan tersebut. Aktiviti 3 : Tentukan alat pengarangan yang mana satu yang akan anda gunakan dalam menghasilkan “tugasan semester”.  Mahirkan diri anda dengan alat pengarangan tersebut.

Aktiviti 4 : Dengan menggunakan alat pengarangan yang dipilih, hasilkan satu contoh mudah bahan multimedia PdP. Kandungan dan atau bahan/media yang perlu ada seperti berikut: o Pengenalan bagi tajuk o Isi kandungan tajuk ▪ boleh dalam bentuk teks ▪ dalam bentuk infografik, audio, video, flash atau lain-lain media o Aktiviti pembelajaran : tindakan (tindak balas atau olahan) terhadap maklumat dan refleksi terhadap tindakannya dan maklumat tersebut. o Latihan atau lain-lain bentuk bersifat latihan atau permainan o Penutup jika perlu.

M12 Perancangan P&P Aktiviti 1 : Laksanakan persembahan yang telah ditetapkan dalam tugasan Persembahan. Peruntukan masa di antara 15 minit hingga 20 minit. Semasa persembahan anda digalakan menggunakan pelbagai teknik penyampaian yang difikirkan sesuai dan dapat menarik minat rakan-rakan anda.

Aktiviti 2 : Sila baca dan fahami aspek-aspek berikut,  " Multimedia Desingn Model ", “Pengenalan Kepada Pembinaan Perisian Kursus” , “Panduan Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam P&P” dan “Penggunaan TMK dalam P&P”

Aktiviti 3 : Berdasarkan pembacaan anda, bincangkan dengan rakan apakah perkara

Page 9: table-TPP

yang perlu untuk membina satu perancangan bagi membina satu bahan multimedia pengajaran dan pembelajaran. Tentukan apakah perkara- perkara yang perlu diberi keutamaan dalam perancangan anda.

Aktiviti 4 :  Senaraikan mengikut urutan perkara-perkara yang perlu ada atau dilakukan dalam perancangan untuk membina produk/media pengajaran dan pembelajaran (media PdP juga bersifat sebagai objek pembelajaran - Learning object).

Aktiviti 5 :  Dokumenkan perancangan anda untuk menghasilkan produk/media PdP berdasarkan tugasan semester anda. Ambil kira perkara-perkara berikut:- o adakah rancangan anda melibatkan mod-mod yang dicadangkan oleh BPK (Bahagian Pembangunan Kurikulum)! o pastikan dalam rancangan pengajaran terdapat integrasi teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran o sentiasa melakukan penilaian (review) terhadap proses yang telah dirancangkan.

M13 Penghasilan Pakej P&P Aktiviti 1 : Laksanakan persembahan yang telah ditetapkan dalam tugasan Persembahan. Peruntukan masa di antara 15 minit hingga 20 minit. Semasa persembahan anda digalakan menggunakan pelbagai teknik penyampaian yang difikirkan sesuai dan dapat menarik minat rakan-rakan anda.

Aktiviti 2 : [Selaraskan aktiviti ini dengan Projek Akhir/ Tugasan Semester]. Berdasarkan perancangan yang telah dibuat (pada minggu lepas), bina projek/tugasan semester anda. • Berdasarkan perancangan, bina papan cerita (story boarding) • Berpandukan papan cerita, dengan menggunakan alat pengarangan yang anda pilih, bina bahan/media PnP anda. Aktiviti 3 : Pembentangan / persembahan Projek Akhir untuk pra penilian.  Beri kritikan dan pandangan yang membina kepada persembahan rakan-rakan anda.

Aktiviti 4 : Perbaiki projek dalam aspek-aspek yang dikomen oleh rakan dan pensyarah anda dalam pra penilian

M14 Internet P&P Aktiviti 1 : Laksanakan persembahan yang telah ditetapkan dalam tugasan Persembahan. Peruntukan masa di antara 15 minit hingga 20 minit. Semasa persembahan anda digalakan menggunakan pelbagai teknik penyampaian yang difikirkan sesuai dan dapat menarik minat rakan-rakan anda.

Aktiviti 2 : Dalam kumpulan berbincang dan laksanakan aktiviti berikut:

Page 10: table-TPP

Kumpulan 1 : Jelaskan apakah ciri-ciri blog / edublog, podcastig dan vodcasting kemudian bincangkan bagaimana ianya  dapat digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Kumpulan 2 : Bincangkan bagaimana pakej-pakej  sosial  network (seperti facebook dll) atau social learning network (social learning media/technology – seperti edmodo, Linkedin dll) dapat digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Kumpulan 3 : Bincangkan bagaimana perkongsian dan kolaborasi di internet dapat meningkatkan aktiviti pembelajaran. (anda boleh menggunakan tools seperti google app, zoho, box, yahoo.group dan lain-lain sebagai contoh)

Kumpulan 4 : Jelaksan apakah ciri-ciri LMS Moodle dan M-Learning, kemudian bincangkan bagaimana LMS dan M-Learning berfungsi sebagai medium untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Kumpulan 5 : Jelaskan apakah yang dimaksudkan sebagai Connectivism dan PLE, kemudian bincangkan bagaimana fahaman (teori) connectivism ini berfungsi sebagai satu pendekatan/fahaman pembelajaran kini dalam konteks PLE.

Aktiviti 3 : Hasilkan perbincangan anda dalam Aktiviti 2 dengan menggunakan Ms Power Point.  Kemudian buart persediaan untuk melaksanakan persembahan kumpulan pada minggu depan.

M15 Internet dan isu-isu Aktiviti 1 : Laksanakan persembahan yang telah ditetapkan dalam tugasan Persembahan. Peruntukan masa di antara 15 minit hingga 20 minit. Semasa persembahan anda digalakan menggunakan pelbagai teknik penyampaian yang difikirkan sesuai dan dapat menarik minat rakan-rakan anda.

Aktiviti  2 : Baca artikel " Malaysian Public Sector Management Of Information & Communications Technology Security Handbook (MyMIS) " dan " The Impact of Technology on Society ".

Aktiviti 3 : Dalam kumpulan hasilkan perbincangan anda dengan menggunakan

Page 11: table-TPP

persembahan elektronik:

Kumpulan 1 : Bincangkan isu keselamatan yang menekankan elemen-elemen penting yang perlu dipertimbangkan oleh sektor awam dalam melindungi sistem ICT organisasi.

Kumpulan 2 : Sebagai bakal penjawat awam bincangkan apakah operasi asas yang perlu untuk digunakan dalam menentukan keselamatan ICT dalam sektor awam.

Kumpulan 3 : Terangkan langkah-langkah keselamatan dari segi teknikal yang meliputi penggunaan keselamatan ICT ke atas peralatan dan perisian komunikasi, sistem operasi, perisian atau aplikasi dan lain- lain peralatan yang berkaitan.

Kumpulan 4 : Bincangkan bagaimana undang-undang siber dapat menghalang jenayah komputer.

Kumpulan 5 : Bincangkan apakah kesan (positif atau negatif) teknologi maklumat dan komunikasi kepada masyarakat kini.

Aktiviti 4 : Salah satu kumpulan terpilih akan membentangkan hasil kerja mereka.