t2a4 zainun bt daud

10
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA HBEF 2803 JURNAL REFLEKTIF PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN NAMA PELAJAR : ZAINUN BT DAUD NO. MATRIKULASI : 770102036882001 NO.KAD PENGENALAN : 770102-03-6882 NO. TELEFON : 0195050033 E-MAIL : [email protected] NAMA TUTOR : EN. KHIRIL ANUAR BIN

Upload: zainun-bt-daud-marina

Post on 07-Jul-2016

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: T2A4 Zainun Bt Daud

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBEF 2803

JURNAL REFLEKTIF

PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN

NAMA PELAJAR : ZAINUN BT DAUD

NO. MATRIKULASI : 770102036882001

NO.KAD PENGENALAN : 770102-03-6882

NO. TELEFON : 0195050033

E-MAIL : [email protected]

NAMA TUTOR : EN. KHIRIL ANUAR BIN

ZULKURNAIN

PUSAT PEMBELAJARAN : PERAK LEARNING CENTRE.

Page 2: T2A4 Zainun Bt Daud

JANUARI 2015 `

ISI KANDUNGAN MUKA

SURAT

1.0 Penghargaan 1

2.0 Pengenalan 2

3.0 Jurnal reflektif aktiviti T2A2 dan T2A3 3 - 6

4.0 Kesimpulan 6

Page 3: T2A4 Zainun Bt Daud

1

1.0 PENGHARGAAN

Bersyukur ke Hadrat Allah S.W.T dengan limpah Kurnia dan izinnya, dapat saya menyiapkan tugasan

HBEF 2803 iaitu Perkembangan Profesionalisme Keguruan bagi semester 5 dengan jayanya.. Justeru itu, terima

kasoih tidak terhingga kepad semua yang terlibat terutamanya ahli keluarga yang banyak berkorban masa dan

tenaga bersama-sama untuk menjayakan tugasan kali ini.

Ucapan terima kasih juga kepada E-tutor saya iaitu En. Khiril Anuar Bin Zulkurnain yang banyak

memberikan tunjuk ajar, semangat serta seorang yang prihatin dengan menjawab segala pertanyaan yang diajukan

dalam forum dengan cepat dan setiap penerangan yang diberikan sangat jelas.

Selain itu itu juga, ucapan terima kasih kepada semua rakan-rakan OUM kerana sudi membantu saya

dalam menyiapkan tugasan dan sentiasa memberikan semangat dan dorongan serta motivasi dalam meneruskan

pembelajaran demi segulung Ijazah.

Akhirnya, berkat dorongan dan tunjuk ajar serta maklumat yang lengkap dari semua pihak dalam

menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Setiap orang yang bergelar pelajar jarak jauh, tidak boleh elak daripada

kekangan masa, tugas hakiki dan pelbagai tugasan lain dapat diatasi hanya dengan disiplin diri yang tinggi serta

keazaman untuk mencapai cita-cita.

Sekian, terima kasih.

2

Page 4: T2A4 Zainun Bt Daud

Jurnal Reflektif T2A2 dan T2A3

1. Tajuk Ceramah :Pembangunan Profesionalisme Berterusan Kebertanggungjawaban

Inisiatif Kendiri.

Penceramah : DR. Mohd Nasaruddin Bin Basar

Ketua Penolong Pengarah, Sektor Peningkatan Ilmu,

Bahagian Pendidikan Guru,

Kementerian Pendidikan Malaysia.

2. Tajuk Ceramah : Motivasi Pelajar

Penceramah : Tuan Haji Ibrahim Bin Sakimi

: Ketua Penolong Pengarah, Sektor Standard dan Verifikasi,

Bahagian Pendidikan Guru,

Kementerian Pendidikan Malaysia.

2.0 PENGENALAN

Guru merupakan insan yang sangat penting dalam menerajui dunia pendidikan dewasa

ini. Dalam merealisasikan hasrat kerajaan dalam mendidik anak bangsa, guru perlu sentiasa

mempertingkat ilmu agar segenap aspek dapat dikuasai olehnya. Justeru itu, dalam proses untuk

kemenjadian manusia perlu ditempuhi dalam segenap aspek dalam jiwa murid-murid agar ilmu

yang diterapkan oleh guru-guru dapat memberikan impak yang berkesan dalam kehidupan

murid-murid . Justeru itu, guru-guru perlu mempertingkat ilmu agar sejajar dengan perubahan

teknologi dalam era menuju wawasan 2020.

Page 5: T2A4 Zainun Bt Daud

3

Justeru itu, Dalam dua tajuk ceramah yang pertama dan kedua memyentuh pelbagai

aspek yang perlu dilakukan oleh seorang guru demi merealisasikan profesion perguruan.Justeru,

seorang guru perlu sentiasa mempertingkat profesionalisme kegurunya mencakupi pelbagai

aspek. Pembangunan Profesionalisme dapat ditakrifkan sebagai cara seseorang iaitu diri kita

sendiri mengambil inisiatif dalam membangunkan kecemerlangan dalam kerjaya serta

perkhidmatannya. Oleh kerana itulah, setiap program pembangunan profesionalisme dijalankan,

keberkesanannya adalah berdasarkan inisiatif kendiri iaitu atas kerelaan diri sendiri bukan

paksaan daripada mana-mana pihak. Oleh hal yang demikian, dalam perbentangan yang di

sampaikan oleh Dr. Nasaruddin Bin Basar menitikberatkan “ bagaimana kecemerlangan dalam

kerjaya seseorang guru berdasarkan kepada inisiatif kendiri”, justeru itu, terdapat empat elemen

penting dalam meningkatkan Pembangunan Profesionalisme Keguruan yang tidak boleh

dipandang enteng oleh warga pendidik amnya iaitu :2

i) Pembangunan Profesionalisme Kendiri.

ii) Pembangunan Profesionalisme itu sendiri.

iii) Kebertanggungjawaban Guru.

iv) Laluan kerjaya guru.

Seterusnya Tuan Ibrahim bin Sakimin menyatakan bahawa guru hendaklah sentiasa bermotivasi

dalam segenap aspek yang dilakukan samada dalam aspek pengajaran mahupun penambahan

ilmu untuk meningkatkan keyakinan diri dalam menuju era negara maju. Dalam ceramah

tersebut Tuan Ibrahim bin Sakimin telah menumpukan dua perkara utama terhadap kualiti

seorang guru, semangat motivasi yang perlu ada dalam diri setiap insan apatah lagi seorang guru.

Selain itu juga, Tuan Ibrahim bin Sakimin telah memberikan fokus terhadap faedah yang

diperolehi oleh guru dalam program Pensiswazahan Guru (PPG) dan sumbangan guru kepada

Kementerian Pendidikan Malaysia setelah mengikuti program pensiswazahan Guru

Page 6: T2A4 Zainun Bt Daud

4

Oleh itu, Datuk Ibrahim bin Sakimin dalam ceramahnya ada mengatakan bahawa

terdapat dua matlamat untuk guru belajar adalah untuk meningkatkan pendapatan dan menambah

ilmu dunia dan akhirat serta niat yang ikhlas perlu di tanamkan dalam diri seorang guru. Justeru

itu, beliau menjelaskan bahawa terdapat pelbagai faedah yang diperolehi dan yang sangat

berharga iaitu, yuran penggajian sepenuhnya ditanggung oleh pihak kerajaan. Pihak kerajaan

telah membuka peluang kepada warga pendidik yang kurang berminat utk pengajian dengan

menanggung penuh oleh kerajaan.

Oleh itu, guru-guru juga diberi pilihan mana-mana institusi pengajian tinggi yang ingin

mereka pelajari dan boleh memilih opsyen pilihan bebas. Sejajar dengan itu juga, guru tidak

perlu untuk mendapatkan pointer yang tinggi untuk mendapatkan segulung ijazah. Selain itu

juga, guru-guru selepas tamat pengajian, tidak akan ditempatkan ke sekolah-sekolah yang

berlainan kerana tiada penempatan baharu untuk guru-guru lepasan ijazah. Maka peluang inilah

yang perlu direbut oleh para guru dalam meningkatkan martabat profesionalisme perguruan.

Walaubagimanapun, masih terdapat sebilangan kecil guru yang belum mengikuti program

pensiswazahan guru dan pihak kerajaan juga telah memohon agar guru yang berunur 50 tahun

keatas menyambung penggajian dan akan diberi gred DG42 sekaligus meningkatkan pendapatan

mereka. Selain itu, pertingkatkan nilai program ini dan menyokong dasar kerajaan bahawa

pembelajaran sepanjang hayat untuk penjawat awam terutama golongan guru yang melahirkan

modal insan yang bakal mentadbir negara kelak. Oleh itu, guru perlu mempersiapkan diri dengan

pelbagai ilmu dan sentiasa berusaha untuk mempelajari ilmu yang baharu. Para guru juga, tidak

terikat dengan dengan kontrak yang membebankan dalam menyambung pengajian diperingkat

ijazah.

Seterusnya, Tuan Haji Ibrahim b Sakimin juga ada menyatakan bahawa guru perlu

meningkatkan tahap pendapatan kerana laluan guru ijazah mempunyai peluang yang cerah

dengan menjadi guru cemerlang dan pakar terbuka luas kepada guru lepasan ijazah. Ini kerana

laluan kerjaya seorang guru berada di tempat yang kedua dalam perkhidmatan profesion. Selepas

itu juga guru boleh menyambung pengajiannya ke peringkat yang lebih tinggi seperti master

sangat mudah.

Page 7: T2A4 Zainun Bt Daud

5

Peningkatan pendapatan perlu dilaksanakan oleh guru sejajar dengan negara yang akan

mencapai status negara maju. Maka tidak salah guru memperkukuh ilmu untuk melahirkan

modal insan yang terbilang demi mengangkat martabat profesion perguruan.

Selain daripada itu juga, pihak kerajaan juga menyediakan laluan kerjaya yang luar biasa

seperti guru cemerlang, guru pakar, guru SIC+ dan pelbagai skim gaji yang istimewa kepada

guru-guru serta dalam bidang pendidikan merupakan ranking kedua berpendapatan tinggi selepas

bidang perubatan. Oleh itu, guru perlulah sentiasa menilai diri dan bersyukur dengan kedudukan

yang baik dari segi pendapatan dan risiko kerja. Sejajar dengan itu, guru haruslah proaktif

merebut peluang untuk laluan yang luar biasa dengan melakukan inovasi dalam pengajaran dan

pembelajaran dengan merujuk semula ciri-ciri profesionalisme seorang guru. Oleh itu, beliau

menyarankan agar guru menghayati 12 tonggak yang perlu di amalkan. Walaubagimanapun,

beliau juga menasihati agar guru sentiasa meningkatkan kualiti dan kreativiti serta inovasi agar

menjadi seorang guru yang berketrampilan dalam mendidik anak bangsa seterusnya menjadi

guru yang berkesan sesuai dengan perubahan teknologi dalam era menuju wawasan 2020.

Kesimpulannya, sebagai seorang guru kita hendaklah sentiasa meningkatkan kompetensi

diri sejajar dengan kehendak arus pendidikan masa kini yang mana setiap perubahan kompetensi

guru akan diberi penambahbaikan. Setiap guru perlu tambah nilai serta bangunkan potensi diri

dalam inisiatif Pembangunan Profesionalisme keguruan dapat ditingkatkan agar membuahkan

kejayaan yang luar biasa kepada murid dan seterusnya kejayaan Negara dalam bidang

pendidikan dapat diperhebat. Sekain itu juga, guru perlu menegaskan bahawa setiap apa yang

dilakukan hendaklah dengan bersungguh-sungguh dan sentiasa menilai diri, sentiasa bermotivasi

dalam segenap aspek yang dilakukan. Oleh kerana motivasi sangat penting dalam

membangunkan semangat individu terhadap sesuatu perkara yang dilakukan. Sayangi lah

kerjaya yang dimiliki dan lakukan perubahan demi Bangsa, Agama dan Negara.

6

Page 8: T2A4 Zainun Bt Daud