biodata hasdi bin daud bharu, kelantan. selepas menamatkan

2
Ibrahim bin Talib yang dilahirkan di Muar, Johor mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Parit Pechah. Kemudian, beliau menyambung pengajian menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Menanti, Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahkota dan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Seri Amar Diraja, Muar, Johor. Beliau mengikuti pengajian Sijil Perguruan Asas (1984-1987) dan Sijil Perguruan Khas Drama (1994) di Institut Bahasa. Beliau juga melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Pendidikan Bahasa Melayu di Open Universiti Malaysia (2007). Beliau pernah mencurahkan bakti sebagai guru Bahasa Melayu sekolah rendah di Pahang, Johor dan Melaka selama 25 Tahun. Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Pentadbir Sekolah Rendah dan Pegawai Peperiksaan dan Penilaian di Jabatan Pendidikan Melaka. Kerjaya akhir beliau adalah sebagai Jurulatih Pakar Pembangunan Sekolah (SISC+) di Pejabat Pendidikan Daerah Melaka Tengah. Dalam dunia penulisan, beliau telah menghasilkan pelbagai karya kreatif dan akademik seperti skrip drama radio untuk Radio Televisyen Malaysia (RTM), novel kanak-kanak, antologi cerpen dan kritikan sastera dalam akhbar. Beliau juga mengembangkan kepakaran dalam bahasa Melayu dengan menghasilkan beberapa penulisan buku kerja dan buku model soalan penerbit swasta. Selain itu, beliau aktif sebagai penceramah peperiksaan dan penceramah penulisan kreatif di serata negara. Anisah Azian binti Mohamad Yusub ialah anak kelahiran jati negeri Perak. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdullah, Chenderong Balai (1982-1986) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak, Teluk Intan, Perak (1987-1988). Kemudian, beliau mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Kinta, Ipoh, Perak (1995-1997) dalam bidang Pengajian Melayu dan seterusnya melanjutkan pengajian pada peringkat ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana dalam bidang kesusasteraan daripada Universiti Sains Malaysia. Beliau pernah bertugas di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Ara (1998-2005) dan Sekolah Kebangsaan Seri Iskandar, Perak (2006 -2016). Kini, beliau berperanan sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di Sekolah Kebangsaan Tanjong Belanja, Parit, Perak. Beliau berpengalaman selama 22 tahun sebagai guru Bahasa Melayu dan Matematik dan pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Beliau juga penulis buku teks Bahasa Melayu Tahun 1 SJK (2016) dan Bahasa Melayu Tahun 3 SK (2018). Hasdi bin Daud anak kelahiran Kampung Sireh, Kota Bharu, Kelantan. Selepas menamatkan persekolahan peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Ismail Petra, Kota Bharu, beliau mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Batu Lintang, Kuching, Sarawak dalam bidang Pengajian Melayu. Beliau berpengalaman mengajar bahasa Melayu selama 22 tahun di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Rinting, Johor Bahru. Dalam tempoh itu juga, beliau melanjutkan pengajian pada peringkat Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan dalam bidang Kemahiran Hidup (2007–2010) dan Ijazah Sarjana Pendidikan dalam bidang Teknik dan Vokasional (2010-2011) di Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru. Beliau pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sebanyak tiga kali sepanjang perkhidmatan beliau. Berdasarkan kepakaran dan pengalaman sebagai pendidik, beliau diiktiraf sebagai Guru Cemerlang oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada tahun 2005 dan 2015 sehingga kini. Beliau turut menyumbang kepakaran dalam bidang penerbitan buku, iaitu sebagai Panel Jawatankuasa Penilaian Teknikal 4 KPM bagi mata pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi Tahun 4 Masalah Pembelajaran (2013). Beliau juga penulis buku teks Bahasa Melayu Tahun 3 dan Tahun 4 SK (Tahun 2018 dan 2019). Biodata Penulis

Upload: others

Post on 03-Oct-2021

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Ibrahim bin Talib yang dilahirkan di Muar,

Johor mendapat pendidikan awal di Sekolah

Kebangsaan Parit Pechah. Kemudian, beliau

menyambung pengajian menengah di Sekolah

Menengah Kebangsaan Seri Menanti, Sekolah

Menengah Kebangsaan Tengku Mahkota dan

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Seri

Amar Diraja, Muar, Johor. Beliau mengikuti

pengajian Sijil Perguruan Asas (1984-1987) dan

Sijil Perguruan Khas Drama (1994) di Institut

Bahasa. Beliau juga melanjutkan pelajaran

dalam Ijazah Pendidikan Bahasa Melayu di

Open Universiti Malaysia (2007). Beliau pernah

mencurahkan bakti sebagai guru Bahasa Melayu

sekolah rendah di Pahang, Johor dan Melaka

selama 25 Tahun. Beliau juga pernah menjawat

jawatan sebagai Pentadbir Sekolah Rendah

dan Pegawai Peperiksaan dan Penilaian di

Jabatan Pendidikan Melaka. Kerjaya akhir beliau

adalah sebagai Jurulatih Pakar Pembangunan

Sekolah (SISC+) di Pejabat Pendidikan Daerah

Melaka Tengah. Dalam dunia penulisan, beliau

telah menghasilkan pelbagai karya kreatif dan

akademik seperti skrip drama radio untuk Radio

Televisyen Malaysia (RTM), novel kanak-kanak,

antologi cerpen dan kritikan sastera dalam

akhbar. Beliau juga mengembangkan kepakaran

dalam bahasa Melayu dengan menghasilkan

beberapa penulisan buku kerja dan buku

model soalan penerbit swasta. Selain itu, beliau

aktif sebagai penceramah peperiksaan dan

penceramah penulisan kreatif di serata negara.

Anisah Azian binti Mohamad Yusub ialah anak kelahiran jati negeri Perak. Beliau mendapat pendidikan awal di

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdullah, Chenderong Balai (1982-1986) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak,

Teluk Intan, Perak (1987-1988). Kemudian, beliau mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Kinta, Ipoh, Perak (1995-1997)

dalam bidang Pengajian Melayu dan seterusnya melanjutkan pengajian pada peringkat ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana

dalam bidang kesusasteraan daripada Universiti Sains Malaysia. Beliau pernah bertugas di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Ara

(1998-2005) dan Sekolah Kebangsaan Seri Iskandar, Perak (2006 -2016). Kini, beliau berperanan sebagai Penolong Kanan Hal

Ehwal Murid di Sekolah Kebangsaan Tanjong Belanja, Parit, Perak. Beliau berpengalaman selama 22 tahun sebagai guru Bahasa

Melayu dan Matematik dan pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Beliau juga penulis buku teks Bahasa Melayu

Tahun 1 SJK (2016) dan Bahasa Melayu Tahun 3 SK (2018).

Hasdi bin Daud anak kelahiran Kampung Sireh, Kota

Bharu, Kelantan. Selepas menamatkan persekolahan

peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan

Ismail Petra, Kota Bharu, beliau mengikuti kursus

perguruan di Maktab Perguruan Batu Lintang, Kuching,

Sarawak dalam bidang Pengajian Melayu. Beliau

berpengalaman mengajar bahasa Melayu selama

22 tahun di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Rinting,

Johor Bahru. Dalam tempoh itu juga, beliau melanjutkan

pengajian pada peringkat Ijazah Sarjana Muda

Teknologi Serta Pendidikan dalam bidang Kemahiran

Hidup (2007–2010) dan Ijazah Sarjana Pendidikan

dalam bidang Teknik dan Vokasional (2010-2011) di

Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru. Beliau pernah

menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sebanyak

tiga kali sepanjang perkhidmatan beliau. Berdasarkan

kepakaran dan pengalaman sebagai pendidik, beliau

diiktiraf sebagai Guru Cemerlang oleh pihak Kementerian

Pendidikan Malaysia (KPM) pada tahun 2005 dan 2015

sehingga kini. Beliau turut menyumbang kepakaran

dalam bidang penerbitan buku, iaitu sebagai Panel

Jawatankuasa Penilaian Teknikal 4 KPM bagi mata

pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi Tahun 4

Masalah Pembelajaran (2013). Beliau juga penulis buku

teks Bahasa Melayu Tahun 3 dan Tahun 4 SK (Tahun 2018

dan 2019).

BiodataPenulis

Penghasilan buku teks Bahasa Melayu Tahun 5 Sekolah Kebangsaan berdasarkan Dokumen

Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP), Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

Semakan 2017. Buku teks ini dihasilkan untuk melahirkan murid yang berketerampilan

dalam kemahiran berbahasa selaras dengan aspirasi pendidikan negara yang menekankan

konsep Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21). Buku teks ini berupaya untuk membantu guru

melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dengan lebih cekap. Kandungan

buku ini mengandungi sembilan tema, iaitu:

Setiap tema dibahagikan kepada tiga unit dan jumlah keseluruhannya 27 unit. Setiap unit

merangkumi Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca, Kemahiran Menulis,

Aspek Seni Bahasa dan Aspek Tatabahasa. Elemen ini disusun daripada aras mudah kepada

aras sukar dengan harapan kemahiran dan pengetahuan tersebut dapat dipelajari secara

ansur maju. Pada akhir setiap tema pula, adanya aktiviti Pemulihan, Pengayaan, Pengukuhan

dan Penilaian.

Kandungan buku teks ini dipersembahkan secara modular untuk memudahkan

murid menguasai Standard Pembelajaran (SP) dalam proses pembelajaran. Elemen

Merentas Kurikulum (EMK) diterapkan bagi mempelbagaikan pengetahuan dan kemahiran

murid. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang dijelmakan dalam bahan pula dapat

menterjemahkan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif murid. Selain itu, elemen PAK-21 melalui

penggunaan peta pemikiran dapat menjanakan kemahiran berfikir murid melalui kerangka

idea yang dicatat.

Buku teks ini juga memaparkan pelbagai bahan berunsurkan didik hibur dengan adunan

teks dan grafik dalam pelbagai reka bentuk dan warna. Persembahan buku ini diharapkan

dapat memberi murid pengalaman yang menyeronokkan semasa proses pembelajaran.

Kemasyarakatan

Perpaduan

Kelestarian Alam

Kesihatan dan Kebersihan

Jati Diri, Patriotisme dan Kewarganegaraan

Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan

Keselamatan

Sains, Teknologi dan Inovasi

Integriti

Kemasyarakatan Kesihatan dan Kebersihan

Keselamatan

Perpaduan Jati Diri, Patriotisme dan Kewarganegaraan

Sains, Teknologi dan Inovasi

Kelestarian Alam

Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan

Integriti

Pendahuluan