hadenan_beberapa metodologi penulisan syeikh daud

14
1 BEBERAPA METODOLOGI PENULISAN SYEIKH DAUD BIN „ABDULLAH AL-FATANI DALAM KITAB FURU„ AL-MASA‟IL DENGAN TUMPUAN KEPADA FIQH MU„AMALAT 1 Hadenan bin Towpek* & Profesor Dr. Joni Tamkin bin Borhan** Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya Kuala Lumpur Malaysia [email protected] ; [email protected] Abstrak Kitab Furu‘ al-Masa’il karangan Syeikh Daud bin „Abd Allah al-Fatani, sebagai karya agung dalam bidang fekah pada zaman kemunculannya sudah tentu mempunyai ciri-ciri kehebatan dan keistimewaan tertentu yang berpaksikan kepada kemantapan metodologi penulisannya. Kenyataan ini mencetuskan konsekuan persoalan apakah metodologi penulisan yang diaplikasikan dalam karya tersebut? Bagaimanakah metodologi penulisannya disusun-tadbir? Bertitik-tolak daripada persoalan itu, maka tulisan ini dibentuk bagi mengupas dan membincangkan mengenai beberapa metodologi penulisan dalam kitab ini dengan tumpuan khusus kepada bab fiqh al-mu‘amalah yang terdapat di jilid kedua, halaman 2-134 (cetakan Matba„ah Bin Halabi, Petani, Thailand). Tulisan ini menggunakan pendekatan kajian perpustakaan untuk mengumpul data. Kemudian dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis kandungan, dan kaedah- kaedah lain seperti kaedah komparatif, kontrastif dan penjadualan, yang digabung-jalin secara integratif berdasarkan keperluan dan kesesuaian tulisan ini. Dapatan kajian ini menunjukkan kehebatan Furu‘ al-Masa’il adalah berasaskan kepada kekuatan metodologi penulisannya yang mantap dan pelbagai. Kekunci: Syeikh Daud Fatani, Furu‘ al-Masa’il, fiqh al-mu‘amalat, kitab jawi. PENDAHULUAN Syeikh Daud bin „Abdullah al-Fatani (1133/1720-1265/1847) merupakan salah seorang ulama yang terkenal di Nusantara sekitar abad ke 13 Hijrah atau abad ke 19 Masihi. Beliau adalah seorang ulama Melayu-Patani yang masyhur dan paling produktif sekali di rantau ini kerana banyaknya menghasilkan karyanya dalam tulisan jawi; yang lebih dikenali sebagai kitab jawi (Mohd. Nor bin Ngah, 1983:vii; Roelof Roolvink, 1975:2). Sebagai seorang ulama yang prolifik, beliau berkarya dalam pelbagai disiplin keilmuan Islam seperti Tauhid, Feqah, Tasawuf dan sebagainya, yang diantaranya masih lagi diterbitkan hingga ke hari ini dan menjadi rujukan para ulama, ilmuan, penyelidik, pelajar dan sebagainya. Dalam kertas ini, penulis akan memfokuskan perbincangan kepada beberapa metodologi penulisan Syeikh Daud al-Fatani dalam kitab Furu‘ al-Masa’il dengan tumpuan kepada Fiqh Mu‘amalat. RIWAYAT RINGKAS HIDUP SYEIKH DAUD BIN „ABDULLAH AL-FATANI Syeikh Daud al-Fatani lebih dikenali dengan panggilan “Tok Syeikh Daud Fatani”. Beliau juga mendapat gelaran-gelaran seperti “al-Alim al-‘Allamah al-‘Arif al-Rabbani”, “Syeikh Daud Waliullah”, “Syeikh Daud Keramat” dan “Syeikh Daud Pengarang Kitab”. (Wan Mohd. Shaghir, 1990a:21-22; 1991a:18; Hooker, 1991:73) Terdapat tiga tempat yang dikaitkan dengan tempat kelahiran beliau iaitu Kampung Bendang Gucil (Abdullah al-Qari, 1967:131), Kampung Parit Marhum (Ismail Che Daud, 1989:3; Engku Ibrahim Ismail, 1992:20; Ahmad Fathy al-Fatani, 2002:136), dan Kampung Kerisik (Wan Mohd. Shaghir, 1990a:20; 1991a:8). Tempat ketiga ini adalah lebih kuat hujahnya yang merujuk kepada syair yang ditulis oleh Hj. Muhammad Hussain bin Abd al-Latif al-Fataniy, pada kitab Hidayat al- 1 Artikel ini telah dibentang dalam Konferensi Antarabangsa Islam Borneo III anjuran Pusat Penyelidikan & Pengembangan Islam Borneo UiTM Sarawak bertempat di STAIN Pontianak Kalimantan Barat pada 4-5 Oktober 2010.

Upload: hadenan749232

Post on 03-Jul-2015

264 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Hadenan_beberapa Metodologi Penulisan Syeikh Daud

1

BEBERAPA METODOLOGI PENULISAN SYEIKH DAUD BIN

„ABDULLAH AL-FATANI DALAM KITAB FURU„ AL-MASA‟IL DENGAN

TUMPUAN KEPADA FIQH MU„AMALAT1

Hadenan bin Towpek* & Profesor Dr. Joni Tamkin bin Borhan**

Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Kuala Lumpur Malaysia [email protected]; [email protected]

Abstrak

Kitab Furu‘ al-Masa’il karangan Syeikh Daud bin „Abd Allah al-Fatani, sebagai

karya agung dalam bidang fekah pada zaman kemunculannya sudah tentu mempunyai

ciri-ciri kehebatan dan keistimewaan tertentu yang berpaksikan kepada kemantapan

metodologi penulisannya. Kenyataan ini mencetuskan konsekuan persoalan apakah

metodologi penulisan yang diaplikasikan dalam karya tersebut? Bagaimanakah

metodologi penulisannya disusun-tadbir? Bertitik-tolak daripada persoalan itu, maka

tulisan ini dibentuk bagi mengupas dan membincangkan mengenai beberapa metodologi

penulisan dalam kitab ini dengan tumpuan khusus kepada bab fiqh al-mu‘amalah yang

terdapat di jilid kedua, halaman 2-134 (cetakan Matba„ah Bin Halabi, Petani, Thailand).

Tulisan ini menggunakan pendekatan kajian perpustakaan untuk mengumpul data.

Kemudian dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis kandungan, dan kaedah-

kaedah lain seperti kaedah komparatif, kontrastif dan penjadualan, yang digabung-jalin

secara integratif berdasarkan keperluan dan kesesuaian tulisan ini. Dapatan kajian ini

menunjukkan kehebatan Furu‘ al-Masa’il adalah berasaskan kepada kekuatan

metodologi penulisannya yang mantap dan pelbagai.

Kekunci:

Syeikh Daud Fatani, Furu‘ al-Masa’il, fiqh al-mu‘amalat, kitab jawi.

PENDAHULUAN

Syeikh Daud bin „Abdullah al-Fatani (1133/1720-1265/1847) merupakan salah seorang ulama

yang terkenal di Nusantara sekitar abad ke 13 Hijrah atau abad ke 19 Masihi. Beliau adalah seorang

ulama Melayu-Patani yang masyhur dan paling produktif sekali di rantau ini kerana banyaknya

menghasilkan karyanya dalam tulisan jawi; yang lebih dikenali sebagai kitab jawi (Mohd. Nor bin

Ngah, 1983:vii; Roelof Roolvink, 1975:2). Sebagai seorang ulama yang prolifik, beliau berkarya

dalam pelbagai disiplin keilmuan Islam seperti Tauhid, Feqah, Tasawuf dan sebagainya, yang

diantaranya masih lagi diterbitkan hingga ke hari ini dan menjadi rujukan para ulama, ilmuan,

penyelidik, pelajar dan sebagainya. Dalam kertas ini, penulis akan memfokuskan perbincangan kepada

beberapa metodologi penulisan Syeikh Daud al-Fatani dalam kitab Furu‘ al-Masa’il dengan tumpuan

kepada Fiqh Mu‘amalat.

RIWAYAT RINGKAS HIDUP SYEIKH DAUD BIN „ABDULLAH AL-FATANI

Syeikh Daud al-Fatani lebih dikenali dengan panggilan “Tok Syeikh Daud Fatani”. Beliau juga

mendapat gelaran-gelaran seperti “al-‘Alim al-‘Allamah al-‘Arif al-Rabbani”, “Syeikh Daud

Waliullah”, “Syeikh Daud Keramat” dan “Syeikh Daud Pengarang Kitab”. (Wan Mohd. Shaghir,

1990a:21-22; 1991a:18; Hooker, 1991:73)

Terdapat tiga tempat yang dikaitkan dengan tempat kelahiran beliau iaitu Kampung Bendang

Gucil (Abdullah al-Qari, 1967:131), Kampung Parit Marhum (Ismail Che Daud, 1989:3; Engku

Ibrahim Ismail, 1992:20; Ahmad Fathy al-Fatani, 2002:136), dan Kampung Kerisik (Wan Mohd.

Shaghir, 1990a:20; 1991a:8). Tempat ketiga ini adalah lebih kuat hujahnya yang merujuk kepada syair

yang ditulis oleh Hj. Muhammad Hussain bin Abd al-Latif al-Fataniy, pada kitab Hidayat al-

1 Artikel ini telah dibentang dalam Konferensi Antarabangsa Islam Borneo III anjuran Pusat

Penyelidikan & Pengembangan Islam Borneo UiTM Sarawak bertempat di STAIN Pontianak

Kalimantan Barat pada 4-5 Oktober 2010.

Page 2: Hadenan_beberapa Metodologi Penulisan Syeikh Daud

2

Muta‘allim wa ‘Umdat al-Mu‘allim iaitu: “Fatani yang masyhur negeri muallifnya; kampungnya itu

Keresik yang hampir sungainya.” (Wan Mohd. Shaghir, 1991a:8) Para penyelidik juga tidak

sependapat dalam menentukan tahun kelahiran beliau sama ada 1133H/1720M atau 1553H/1740M

atau 1183H/1769M (Wan Mohd. Shaghir, 1990a:23). Namun hujah yang lebih kuat berpandukan

kepada Tuan Guru Hj. Abd al-Hamid bin „Abd al-Qadir al-Sanawiy dalam bukunya Risalah Bahasan

Niat Sembahyang telah menyimpulkan bahawa beliau telah dilahirkan pada tahun 1131H/1718M.

(Wan Mohd. Shaghir, 1991a:4-7; 2003:7)

Beliau adalah anak sulong dari enam orang adik beradik iaitu Syeikh Wan „Abd al-Qadir,

Syeikh Wan „Abd al-Rasyid, Syeikh Wan Idris, Haji Wan Nik dan seorang perempuan. Di samping

belajar dengan keluarga sendiri beliau juga berguru dengan ulama-ulama setempat yang datang dari

Timur Tengah atau Yaman. Kemudian, beliau juga dikatakan belajar di Acheh selama dua tahun

sebelum beliau berangkat ke Hijaz. Beliau belajar di Mekah selama tiga puluh tahun dan di Madinah

selama lima tahun. (Wan Mohd. Shaghir, 1990a:24-25)

Beliau dikatakan sempat berguru dengan Syeikh Muhammad Zayn bin Faqih Jalal al-Din al-

Asyi, pengarang kitab Bidayat al-Hidayah dan Kasf al-Kiram semasa beliau di Acheh. Beliau juga

berguru dengan Syeikh „Abd al-Rahman bin „Abd al-Mubin Pauh Bok. Sewaktu di Mekah, beliau

telah berguru dengan ulama-ulama Patani yang bermastautin di sana, seperti Syeikh Muhammad Salih

bin „Abd al-Rahman al-Fatani, seorang ulama syariat dan tasawuf, dan Syeikh „Ali bin Ishaq al-

Fatani. Beliau juga berguru dengan Syeikh Muhammad bin „Abd al-Karim Samman al-Mandani,

Syeikh Ali al-Fatani dan lain-lain. (Wan Mohd. Shaghir, 1990a:33-35)

Beliau meninggal dunia di Taif pada tahun 1847M dan dikuburkan bersebelahan dengan kubur

„Abdullah bin „Abbas RA (Wan Mohd. Shaghir, 1990a:24). Namun kajian terkemudian daripada itu

menemukan bukti bahawa beliau sebenarnya meninggal dunia pada 1297H/1879M dalam usia 90

tahun (Wan Mohd. Shaghir, 1991a:9).

PENULISAN SYEIKH DAUD BIN „ABDULLAH AL-FATANI

Syeikh Daud al-Fatani menghasilkan penulisan “kitab jawi” yang merujuk kepada buku-buku

agama Islam yang ditulis dalam bahasa Melayu klasik yang menggunakan huruf-huruf arab. Lantaran

itu, tulisan Melayu yang menggunakan huruf-huruf Arab dikenali sebagai skrip jawi. (Mohd. Nor Bin

Ngah, 1983:vii; Roolvink, 1975:2) Selain itu, beliau juga berkarya dalam bahasa Arab, tetapi ia tidak

tersebar meluas di rantau Asia Tenggara, berbanding dengan bahasa Melayu yang banyak tersebar dan

dipelajari di Alam Melayu, termasuklah karyanya yang disalin oleh murid-muridnya dan diajarkan

kepada orang lain setelah mereka kembali ke tempat masing-masing. Malah beliau sendiri

menyediakan jurutulis untuk menyalin karya-karyanya. (Wan Mohd. Shaghir, 1990a:27)

Menurut sebahagian pengkaji yang bersumberkan daripada Snouck Hurgronje menyatakan

bahawa beliau menghasilkan karya terawal pada 1224H/1809M, dan karya terakhir pada

1258H/1843M (Voorhoeve, 1965:183; Matheson & Hooker, 1988:21-25). Namun, sebenarnya tahun

terawal karya beliau adalah lebih awal daripada tahun tersebut (1224H/1809M) berdasarkan maklumat

tahun-tahun penulisan beliau yang lain iaitu 1204H/1789M, 1215H/1800M dan 1220H/1805M (Wan

Mohd. Shaghir, 1991a:20). Manakala tahun terakhir karya beliau dihasilkan ialah 1259H/1843M

(Wan Mohd. Shaghir, 1995:9). Karya feqah beliau yang paling lengkap sekalian babnya dalam feqah

mazhab al-Syafi‟i ialah Hidayat al-Muta‘allim selesai ditulis pada 1244H/1828M. Sementara Ward

al-Zawahir (1245H/1829M) merupakan karya beliau yang paling lengkap mengenai aqidah. Manakala

Furu‘ al-Masa’il merupakan karya beliau yang paling besar, ditulis sejak 1254H/1838M dan dapat

disiapkan pada 1257H/1841M. (Fauzi Deraman, 2010:42)

Kitab-kitab karangan Syeikh Daud al-Fatani kebanyakannya dicetak untuk pertama kalinya di

Mekah, Mesir, Istanbul dan Turki. Kemudiannya diulang cetak di Nusantara sendiri seperti di Pulau

Pinang, Singapura, Patani, Bangkok, Kota Bharu, Ceribon dan Surabaya. Sebahagian daripada kitab-

kitab beliau kini boleh didapati di pasaran sama ada yang dicetak di Mesir, Arab Saudi dan Malaysia.

Pelanggan di Malaysia boleh mendapatinya di kedai-kedai buku di Pulau Pinang, Kedah, Kelantan,

Kuala Lumpur selain Patani dan Singapura. Berdasarkan katalog manuskrip Perpustakaan Negara

Malaysia, lebih 500 daripada 3500 katalog manuskripnya adalah tulisan karya beliau (Bradley,

2007:122). Menurut Wan Mohd. Shaghir (1990a:55-57; 2003:8-21; 1991a:21), keseluruhan karya

Page 3: Hadenan_beberapa Metodologi Penulisan Syeikh Daud

3

beliau menjangkau 101 judul tetapi hanya 66 judul yang dapat disenaraikan (Wan Mohd. Shaghir,

1995:9; Hadenan bin Towpek, 2010:3-4).

DATA MANUSKRIP DAN CETAKAN KITAB FURU‘ AL-MASA‟IL

Kitab yang berjudul Furu‘ al-Masa’il wa Usul al-Wasa’il ini dihasilkan oleh Syeikh Daud al-

Fatani pada tahun 1254H/1838M dan diselesaikan pada tahun 1257H/1841M (Wan Mohd. Shaghir,

2003:20). Kitab ini adalah karya yang besar Syeikh Daud al-Fatani dalam bidang perundangan dan

pemikiran Islam yang boleh didapati di Mekah sejak tahun 1880an lagi (Matheson & Hooker,

1988:22).

Berdasarkan kajian Bradley (2007:136-137), Pusat Manuskrip Melayu Perpustakaan Negara

Malaysia menyenaraikan sebanyak 22 katalog manuskrip kitab Furu‘ al-Masa’il yang terdiri daripada;

pertama, sejumlah 4 naskhah manuskrip yang dicatat nama penyalin dan tahun disalin iaitu MS 553,

1688, 1911 dan 2222; kedua, sejumlah 1 naskhah manuskrip tanpa tarikh/tahun iaitu MS 2041; dan

ketiga, sejumlah 17 naskhah manuskrip yang tidak lengkap iaitu MS 664, 709, 917, 918, 1130, 1166,

1211(1), 1264(1), 1414, 1474, 1945, 2045(1), 2552, 2629, 2639, 2897 dan 3347. Menurut Wan Mohd.

Shaghir (1990a:86), Pusat Islam Kuala Lumpur mempunyai sejumlah 7 naskhah manuskrip kitab

Furu‘ al-Masa’il dengan nombor katalog M.I. 30, 72, 147, 212, 258, 476 dan 478.

Sementara dalam versi bahan bercetak yang terawal, kitab ini mempunyai pelbagai versi

cetakan sebagaimana disenaraikan oleh Wan Mohd. Shaghir (1991b:58-59) seperti berikut: pertama,

Furu‘ al-Masa’il terbitan al-Taraqq al-Majdiyyah al-„Uthmaniyyah al-Kainah Makkah al-Mahmiyyah.

Terbitan ini merupakan lanjutan daripada yang pernah diterbitkan atas usaha tashih Syeikh Ahmad bin

Muhammad Zayn al-Fatani. Kitab ini diterbitkan dalam tahun 1302H/1885M; kedua, Furu‘ al-Masa’il

terbitan Matba„ah al-Masriyah al-Mahmiyyah di Kampung Dandiriyah Muhammad Affandi Mustafa

dalam tahun 1307H/1889M. Kitab ini diterbitkan atas usaha Daud ibn Mahmudin Pangeran al-

Falimbani yang ditashihkan bersama-sama dengan Syeikh Hamzah bin Qasim Kelantani; ketiga, Furu‘ al-Masa’il terbitan Matba„ah Dar Ihya‟ al-Kutub al-„Arabiyyah, Mesir dalam tahun 1348H/1929M

yang ditashih oleh „Uthman Salih al-Azhari. Di bahagian tepinya dicetak kitab Kasyf al-Ghummah

yang merupakan karya Syeikh Daud al-Fatani juga; keempat, Furu‘ al-Masa’il terbitan Matba„ah al-

Ma„ahid bi Jiwar Qism al-Jamaliyah, Mesir dengan perbelanjaan Syeikh Salim bin Saad bin Nabhan

dan saudaranya Ahmad di Surabaya; dan kelima, Furu‘ al-Masa’il terbitan Maktabah wa Matba„ah

Sulayman Mar„i, Singapura pada bulan Ramadan 1347H/1928M. Terbitan ini disemak oleh al-Syeikh

Abdullah Ibrahim al-Kedahi dan Ahmad Saad al-Filfilani.

Dalam penulisan ini, penulis menggunakan versi cetakan Matba„ah Bin Halabi, Patani

Thailand sebagai rujukan utama dan pertama. Sementara versi cetakan Sulayman Mar„i, Singapura

dan versi cetakan Matba„ah Dar Ihya‟ al-Kutub al-„Arabiyyah, Mesir (data penerbit nombor 3 di atas)

dijadikan rujukan kedua sebagai perbandingan dan semakan-silang.

DATA KANDUNGAN KITAB FURU‘ AL-MASA‟IL

Dalam versi cetakan Matba„ah Bin Halabi, kitab ini mengandungi 669 halaman yang

mempunyai dua jilid iaitu Jilid 1 (275 halaman) dan Jilid 2 (394 halaman). Sementara versi cetakan

Sulayman Mar„i pula, kitab ini mengandungi 652 halaman yang mempunyai dua jilid iaitu Jilid 1 (276

halaman) dan Jilid 2 (376 halaman). Kedua-dua terbitan ini memuatkan kitab Kasyf al-Ghummah

yang dicetak di bahagian tepinya.

Terdapat segelintir penyelidik seperti Matheson & Hooker (1988:22) dan Fauzi Deraman

(2010:48), mengklasifikasikan kitab ini sebagai karya terjemahan. Ini berkemungkinan berasaskan

kepada terdapat perkataan “terjemah” di beberapa tempat di bahagian awal kitab ini seperti:

“Furu‘ al-Masa’il terjemah al-Syeikh Dawud bin „Abdullah al-Fatani Alim Mekah al-

Musyarrafah”. (Muka kulit hadapan)

Page 4: Hadenan_beberapa Metodologi Penulisan Syeikh Daud

4

“Inilah juz yang pertama daripada kitab yang bernama Furu‘ al-Masa’il terjemah

Mawlana al-Syeikh Dawud bin „Abdullah …”. (Halaman pendahuluan selepas muka

kulit hadapan)

“Kumulai terjemah ini dengan nama Allah Tuhan yang amat pemurah lagi amat

mengasihani.” (Baris pertama, sesudah basmalah dan disambung dengan “Wa bihi

nasta‘in”)

Namun bagi penyelidik seperti Wan Mohd. Shaghir (1991b:62), beliau berpendapat bahawa

istilah “terjemah” dalam kalimat pada permulaan karangan bukanlah bererti terjemahan secara

langsung daripada sesebuah kitab bahasa Arab kepada bahasa Melayu, melainkan maksud beliau ialah

“menyusun karangan”. Untuk istilah sekarang lebih tepat seperti apa yang diterangkan oleh Syeikh

Daud pada perkataannya: “bahawa aku pungut”. Ungkapan yang seumpama ini pun dipakai:

“memetik dari pelbagai kitab lalu dimuat dalam karyanya”. Dengan itu Wan Mohd. Shaghir

menyimpulkan bahawa kitab Furu‘ al-Masa’il ini adalah sebuah karya yang mempunyai sumber

keaslian daripada kitab bahasa Arab yang dipetik oleh Syeikh Daud.

Kitab ini bersumberkan kitab Fatawa karangan Syeikh Ramli, Muhammad bin Ahmad bin

Hamzah (m. 1004H/1596M) dan kitab Kasyf al-Litham ‘an As’ilah al-Anam oleh Husayn bin Ahmad

al-Mahalla. Hal ini dinyatakan oleh Syeikh Daud al-Fatani pada mukadimah kitab Furu‘ al-Masa’il,

katanya:

“ …pada bicara hukum furu‘ syar‘iyyah yang banyak segala faedahnya yang mardiyyah

aku pungut daripada dua kitab yang besar keduanya Fatawa bagi Syams al-Millah wa

al-Din pegangan bagi segala fuqaha‟ dan muhaqqiqin Syeikh yang „Allamah

Muhammad al-Ramli dan Kitab Kasyf al-Litham ‘an As’ilah al-Anam bagi Syeikh yang

„Allamah lagi muhaqqiq setengah daripada orang muta’akhkhirin Syeikh Husayn anak

Muhammad al-Mahalla.” (Furu‘ al-Masa’il, Jld 1, h. 3)

Kesimpulan yang dirumus oleh Wan Mohd. Shaghir di atas memang berasas. Kenyataan ini

sebenarnya selari dengan dengan pendapat yang dikemukakan oleh Mohammad Zaini bin Yahya dkk

(2001:16) yang mengkaji tentang kitab Sullam al-Mubtadi karya Syeikh Daud yang menggunakan

perkataan “terjemah”pada akhir kitab ini dengan katanya:

“ …telah sempurnalah maksud faqir ila Allah ta‘ala Dawud bin „Abdullah Fatani

daripada menterjemahkan risalah yang bernama Sullam al-Mubtadi fi Bayan Tariq al-

Muhtadi…” (Sullam al-Mubtadi, h. 46)

Mohammad Zaini bin Yahya dkk (2001:16) mengulas bahawa perkataan “terjemah” yang

diutarakan oleh Syeikh Daud al-Fattani bukanlah bermaksud kitab itu asalnya kitab orang lain dan

kemudiannya diterjemah ke dalam bahasa Melayu tetapi sebenarnya “terjemah” itu bermaksud beliau

merujuk sesuatu kitab atau beberapa kitab dan kemudiannya disusun serta diolah dengan gayanya

tersendiri. Oleh itu tohmahan yang mengatakan bahawa kebanyakan kitab beliau bukanlah karangan

atau hasil karyanya sendiri adalah tidak benar.

Oleh itu, dapatlah dirumuskan bahawa kitab Furu‘ al-Masa’il ini adalah karya asli Syeikh

Daud al-Fatani dan dakwaan yang mengatakan kitab ini karya terjemahan beliau adalah kenyataa

yang tidak tepat.

BEBERAPA METODOLOGI PENULISAN DALAM KITAB FURU„ AL-MASA‟IL DENGAN

TUMPUAN KEPADA FIQH MU„AMALAT

Dengan kematangan ilmu dan semangat mengembangkannya kepada umat sejagat khususnya

umat Melayu, Syeikh Daud al-Fatani telah menghasilkan kitab Furu‘ al-Masa’il yang dianggap

sebagai sebuah karya yang lengkap kerana meliputi aspek ibadah, muamalat, munakahat, jinayat dan

berbagai-bagai masalah lain. Dengan itu kitab ini merupakan karya puncak dalam bidang fiqah di

Nusantara pada abad ke-19M (Abdul Rahman Haji Abdullah, 1990:138). Kitab ini juga termasuk

dalam tiga buah kitab jawi lama yang lengkap membicarakan cabang-cabang permasalahan yang nadir

dan halus-halus dalam membicarakan feqah dalam Mazhab Syafi„i (Wan Mohd. Shaghir, 1991b:58).

Beliau juga diangkat sebagai jaguh ulung di bidang feqah dan penulis yang giat dan produktif (Auni

Page 5: Hadenan_beberapa Metodologi Penulisan Syeikh Daud

5

Hj. Abdullah, 1977:109). Di dunia Melayu sejak dulu hingga sekarang memang tidak terdapat tokoh

yang menulis perkara feqah lebih banyak daripada beliau (Wan Mohd. Shaghir, 1991c:2). Justeru

bahagian ini secara khusus membincangkan beberapa metodologi penulisan Syeikh Daud dalam kitab

Furu‘ al-Masa’il dengan tumpuan kepada Fiqh Mu‘amalat yang terdapat dalam jilid kedua.

Sistematika Kandungan Fiqh Mu„amalat

Syeikh Daud menyusun sistematika kandungan Fiqh Mu‘amalat yang terdapat dalam kitab

Furu‘ al-Masa’il ini adalah mengikut susunan tajuk-tajuk utama dalam Fiqh Mu‘amalat dalam

Mazhab Syafi„i. Ia dimulakan selepas basmalah, diikuti terus dengan Kitab al-Bay‘ tanpa muqadimah.

Sebaliknya, tajuk yang terakhir ialah Kitab al-Wadi‘ah pula disertakan dengan kata-kata penutup di

tiga baris terakhir iaitu:

“...(Wa al-Hamdulillah Rab al-‘Alamin) maka dengan dia sempurnalah rubu‘ bay‘ dan

mengiringi rubu‘ yang ketiga daripada Kitab Fara’id hamidan wa musalliyan ‘ala

sayyid al-mursalin wa ‘ala alihi wa sahbih ajma‘in Amin Amin ya Rab al-Alamin.”

Ringkasan kandungan dan penyusunan Fiqh Mu‘amalat ditunjukkan dalam Jadual 1 di bawah.

Jadual 1: Susunan Penulisan Fiqh Mu„amalat dalam kitab Furu‘ al-Masa‟il, Jilid 2

Tajuk-tajuk Mengikut Kitab dan Bab Versi Cetakan

Matba„ah Bin Halabi

(h. 2-134)

Versi Cetakan

Sulayman Mar„i

(h. 2-128)

1. Al-Bay‘ 2-11, 14-19, 27-29,

31-35

2-10, 13-18, 26-28,

30-34

2. Al-Riba 11-14 10-13

3. Al-Khiyar 19-27 19-26

4. Al-Tawliyyah, al-Isyrak wa al-Murabahah 30-31 28-30

5. Al-Ikhtilaf fi Kayfiyyat al-‘Aqd 35-37 34-36

6. Jual Beli Hamba 37-39 36-37

7. Bay‘ al-Salam 39-43 37-42

8. Al-Qard wa al-Salaf 43-47 42-45

9. Al-Rahn 47-58 45-56

10. Al-Taflis 58-62 56-60

11. Al-Hajr 63-67 60-64

12. Al-Sulh 67-71 64-69

13. Al-Hiwalah 71-73 69-70

14. Al-Daman 73-76 70-73

15. Al-Syarikah 76-79 73-76

16. Al-Wakalah 79-86 76-83

17. Al-‘Ariyyah 93-97 90-94

18. Al-Ghasb 98-104 94-100

19. Al-Syuf‘ah 104-107 100-103

20. Al-Qirad 107-110 103-106

21. Al-Musaqah 110-113 106-108

22. Al-Ijarah 113-118 108-114

23. Ihya’ al-Mawat 118-121 114-117

24. Al-Waqf 121-124 117-120

25. Al-Hibah 124-126 120-122

26. Al-Luqatah 126-128 122-123

27. Al-Ju‘alah 129-131 124-126

28. Al-Wadi‘ah 131-134 126-128

Joni Tamkin Borhan (2001:11-12) dalam tulisannya mendapati susunan penulisan bab-bab

Fiqh Mu‘amalat dalam Furu‘ al-Masa’il ini adalah terpengaruh dengan susunan Fuqaha‟ Shafi„i yang

terdahulu terutamanya al-Nawawi dalam Minhaj al-Talibin. Bagi melihat perbandingan pada susunan

bab dan penulisan Fiqh Mu‘amalat dalam Furu‘ al-Masa’il ini, Joni Tamkin Borhan juga membuat

Page 6: Hadenan_beberapa Metodologi Penulisan Syeikh Daud

6

semakan dan rujukan dengan kitab-kitab Fiqh Syafi„i yang lain seperti kitab Mizan al-Kubra oleh al-

Ansari al-Sya„rani (m. 973H), kitab al-Muhadhdhab fi Fiqh al-Imam al-Syafi‘i oleh al-Syirazi (m.

476/1083), kitab Minhaj al-Taliban oleh al-Nawawi (m. 676/1277) dan kitab al-Wajiz fi Madhhab al-

Imam al-Syafi‘i oleh al-Ghazali (m.505/1111). Perkara ini ditunjukkan dalam Jadual 2 berikut:

Jadual 2: Perbandingan Susunan Penulisan Fiqh Mu„amalat dalam kitab Furu‘ al-Masa‟il,

Minhaj, Mizan, al-Wajiz dan al-Muhadhdhab

Furu‘ al-Masa‟il Minhaj Mizan al-Wajiz al-Muhadhdhab

1. Al-Bay‘ 1 1 1 1

2. Al-Riba 2 2 2 2

3. Al-Khiyar 3 X X X

4. Al-Tawliyyah, al-Isyrak wa al-

Murabahah 4

3

al-Murabahah X 3

5. Ikhtilaf al-Mutabayi‘ayn 5 4 4 4

6. Transaksi Hamba 6 X 3 X

7. Bay‘ al-Salam wa al-Qard 7 5 5 5

8. Al-Rahn 8 6 6 6

9. Al-Taflis 9 7 7 X

10. Al-Hajr 10 7 8 7

11. Al-Sulh 11 8 9 8

12. Al-Hiwalah 12 9 10 9

13. Al-Daman 13 10 11 10

14. Al-Syarikah 14 11 12 11

15. Al-Wakalah 15 12 13 12

16. Al-‘Ariyyah 16 14 14 14

17. Al-Ghasb 17 15 15 15

18. Al-Syuf‘ah 18 16 16 16

19. Al-Qirad 19 17 17 17

20. Al-Musaqah 20 18 18 18

21. Al-Ijarah 21 19 19 19

22. Ihya’ al-Mawat 22 20 21 21

23. Al-Waqf 23 21 22 23

24. Al-Hibah 24 22 23 24

25. Al-Luqatah 25 23 24 22

26. Al-Ju‘alah 26 24 20 20

27. Al-Wadi‘ah 27 13 25 13

Sumber: Joni Tamkin Borhan (2001:11)

Menurut Wan Mohd. Shaghir (1990b:17-18), Syeikh Daud al-Fatani mengaplikasikan beberapa

kaedah pembahagian tajuk utama, sub tajuk dan tajuk yang lebih kecil dengan istilah-istilah yang

tertentu. Umpamanya, “kitab” dari segi bahasa merujuk kepada berhimpun dan kampung; manakala

dari segi istilah merujuk kepada nama bagi perhimpunan yang tertentu daripada ilmu yang

mengandungi atasnya beberapa “bab” pada ghalibnya. “Bab” pula ditakrifkan dari segi bahasa sebagai

nama bagi lapang yang dapat berhubung dari dalam ke luar dan dari luar ke dalam; manakala dari segi

istilah merujuk kepada nama bagi perhimpunan daripada ilmu yang mengandung atas beberapa

“fasal” pada ghalibnya. Bagi “fasal” pula diertikan dari segi bahasa sebagai nama perselangan antara

dua; manakala pada istilah merujuk kepada nama bagi perhimpunan daripada ilmu yang mengandungi

atas beberapa “masa’lah” pada ghalibnya. Seterusnya “mas’alah” pula ditakrifkan dari segi bahasa

sebagai semata-mata meminta; manakala pada istilah pula merujuk kepada nama bagi yang dituntut

khabar yang ada burhan (dalil) atasnya pada ilmu, iaitu disandarkan musannid kepada musannad ilayh

atau mubtada’ pada khabar. Istilah “far‘un” pula difahamkan pada bahasa sebagai barang yang

cawang yang berdiri atas yang lainnya; manakala pada istilahnya merujuk kepada nama bagi

perhimpunan yang tertentu daripada ilmu yang mengandungi atas beberapa “masa’il”.

Walaupun penjelasan mengenai istilah-istilah penulisan oleh Wan Mohd. Shaghir di atas

dengan merujuk kepada kitab “Bughyah al-Tullab”, namun istilah-istilah tersebut juga diaplikasikan

dalam kitab-kitab Syeikh Daud al-Fatani yang lain termasuklah penulisan Fiqh Mu‘amalat dalam kitab

Furu‘ al-Masa’il. Dalam penulisan Fiqh Mu‘amalat, Syeikh Daud al-Fatani menggunakan sebanyak

Page 7: Hadenan_beberapa Metodologi Penulisan Syeikh Daud

7

17 “kitab”, 14 “bab” dan 9 “fasal” seperti ditunjukkan dalam Jadual 3; sementara istilah “far‘un” dan

“mas’alah” tidak diaplikasikan dalam bahagian ini.

Jadual 3: Taburan Pembahagian Tajuk dalam Fiqh Mu„amalat dalam kitab Furu‘ al-Masa‟il di

bawah Klasifikasi “Kitab”, “Bab” dan “Fasal”

Tajuk-tajuk “Kitab” “Bab” “Fasal”

1. Al-Bay‘ 1 3 3

2. Al-Riba - 1 -

3. Al-Khiyar - 1 2

4. Bab al-Tawliyyah, al-Isyrak wa al-Murabahah - 1 -

5. Al-Ikhtilaf fi Kayfiyyat al-‘Aqd - 1 -

6. Jual Beli Hamba - 1 -

7. Bay‘ al-Salam 1 - -

8. Al-Qard wa al-Salaf - 1 -

9. Al-Rahn 1 - 1

10. Al-Taflis 1 - -

11. Al-Hajr - 1 -

12. Al-Sulh - 1 1

13. Al-Hiwalah - 1 -

14. Al-Daman - 1 -

15. Al-Syarikah 1 - -

16. Al-Wakalah 1 - -

17. Al-‘Ariyyah 1 - -

18. Al-Ghasb 1 - -

19. Al-Syuf‘ah 1 - -

20. Al-Qirad 1 - -

21. Al-Musaqah - 1 -

22. Al-Ijarah 1 - -

23. Ihya’ al-Mawat 1 - -

24. Al-Waqf 1 - 2

25. Al-Hibah 1 - -

26. Al-Luqatah 1 - -

27. Al-Ju‘alah 1 - -

28. Al-Wadi‘ah 1 - -

Jumlah 17 14 9

40

Reka-bentuk Penulisan

Ditinjau dari segi struktur reka-bentuknya, kitab Furu‘ al-Masa’il karya Syeikh Daud al-Fatani

ini adalah kitab feqah yang membincangkan perkara-perkara furu„ atau cabang-cabang fiqhiyyah yang

direka dengan model kitab fatwa iaitu mempunyai soalan dan jawapan dengan kupasan yang

terperinci dan sempurna serta merangkumi semua bab.

Sebelum kemunculan kitab Furu‘ al-Masa’il dengan model kitab fatwa ini, terdapat sebuah

kitab feqah dengan model yang serupa yang berjudul Mir’at al-Tullab karangan Syeikh „Abd al-Ra‟uf

bin „Ali al-Fansuri sudah digunakan oleh penuntut-penuntut ilmu keIslaman dan menjadi rujukan para

mufti di dunia Melayu. Namun kitab Mir’at al-Tullab ini tidak lengkap dan tidak beredar lagi di

pasaran, menyebabkan kitab ini tidak berpengaruh di seluruh Asia Tenggara. Sebaliknya kitab Furu‘ al-Masa’il mendapat tempat dan berpengaruh di kalangan qadhi dan mufti di dunia Melayu sebagai

rujukan dalam masalah furu„-furu„ fiqhiyyah Mazhab Syafi„i, selain daripada kitab ini juga masih

berada di pasaran dan berterusan diulang-cetak sehingga sekarang. Dalam konteks semasa, kitab ini

juga menjadi teks silibus di institusi pengajian tradisional di Malaysia seperti sekolah-sekolah pondok

di Negeri Kelantan (Hadenan bin Towpek, 2010:7-9).

Page 8: Hadenan_beberapa Metodologi Penulisan Syeikh Daud

8

Sebagai sebuah kitab model fatwa, Syeikh Daud al-Fatani mereka-bentuk Furu‘ al-Masa’il

dalam bahagian Fiqh Mu‘amalat telah memuatkan sekurang-kurangnya 724 set soalan-jawapan iaitu

393 set dalam “kitab”, 224 set dalam “bab” dan 107 set dalam “fasal”. Perkara ini ditunjukkan dalam

Jadual 4 di bawah.

Jadual 4: Taburan Set Soalan-Jawapan dalam Fiqh Mu„amalat dalam kitab Furu‘ al-Masa‟il di

bawah klasifikasi Kitab, Bab dan Fasal

Tajuk-tajuk “Kitab” “Bab” “Fasal”

1. Al-Bay‘ 1 [52 set] 3 [67 set] 3 [26 set]

2. Al-Riba - 1 [19 set] -

3. Al-Khiyar - 1 [12 set] 2 [42 set]

4. Al-Tawliyyah, al-Isyrak wa al-Murabahah - 1 [11 set] -

5. Al-Ikhtilaf fi Kayfiyyat al-‘Aqd - 1 [9 set] -

6. Jual Beli Hamba - 1 [15 set] -

7. Bay‘ al-Salam 1 [40 set] - -

8. Al-Qard wa al-Salaf - 1 [27 set] -

9. Al-Rahn 1 [73 set] - 1 [11 set]

10. Al-Taflis 1 [32 set] - -

11. Al-Hajr - 1 [21 set] -

12. Al-Sulh - 1 [12 set] 1 [19 set]

13. Al-Hiwalah - 1 [7 set] -

14. Al-Daman - 1 [14 set] -

15. Al-Syarikah 1 [16 set] - -

16. Al-Wakalah 1 [34 set] - -

17. Al-‘Ariyyah 1 [18 set] - -

18. Al-Ghasb 1 [26 set] - -

19. Al-Syuf‘ah 1 [12 set] - -

20. Al-Qirad 1 [10 set] - -

21. Al-Musaqah - 1 [10 set] -

22. Al-Ijarah 1 [21 set] - -

23. Ihya’ al-Mawat 1 [14 set] - -

24. Al-Waqf 1 [ 6 set] - 2 [9 set]

25. Al-Hibah 1 [11 set] - -

26. Al-Luqatah 1 [5 set] - -

27. Al-Ju‘alah 1 [6 set] - -

28. Al-Wadi‘ah 1 [17 set] - -

Jumlah 17 [393 set] 14 [224 set] 9 [107 set]

40 [724 set]

Teknik Penyampaian Tajuk Perbincangan

Dalam konteks perbincangan teknik ini, penulis mengkategorikan kepada dua peringkat.

Peringkat pertama merujuk kepada teknik penggunaan bahasa Arab dalam menamakan tajuk-tajuk.

Peringkat kedua pula merujuk kepada teknik pengenalan tajuk sama ada mengekalkan penggunaan

bahasa Arab ataupun menterjemahkannya ke bahasa Melayu.

Pada peringkat pertama, dalam bahagian Fiqh Mu‘amalat yang terdapat dalam kitab Furu‘ al-

Masa’il ini, Syeikh Daud telah mengaplikasi teknik penyampaian tajuk perbincangan dalam

penulisannya dengan penggunaan bahasa Arab dalam menamakan kesemua tajuk-tajuk dalam

klasifikasi “kitab” dan “bab”, bermula dengan Kitab al-Bay‘; diikuti dengan Bab al-Riba sehingga

tajuk-tajuk yang akhir iaitu Kitab al-Luqatah; Kitab al-Ju‘alah dan Kitab al-Wadi‘ah.

Sementara peringkat kedua pula, selepas menamakan tajuk-tajuk dalam klasifikasi “kitab” dan

“bab” dalam bahasa Arab, ia diikuti dengan pengenalan tajuk. Biasanya Syeikh Daud dalam Furu‘ al-

Masa’il ini menggunakan tiga pendekatan dalam menulis pengenalan tajuk. Pendekatan pertama,

beliau menukarkan atau menterjemahkan istilah yang ada dalam tajuk ke bahasa Melayu. Dalam

korpus ini terdapat 8 tempat daripada jenis ini iaitu 5 “kitab” dan 3 “bab”. Umpamanya istilah al-Bay‘

Page 9: Hadenan_beberapa Metodologi Penulisan Syeikh Daud

9

diterjemah kepada „jual beli‟; dan Mu‘amalat al-Raqiq ” diterjemah kepada „jual beli sahaya‟; yang

sebagaimana ditunjukkan di bawah:

“ (Kitab al-Bay‘ ) ini suatu kitab pada menyatakan hukum jual beli...”

(Furu‘ al-Masa’il, Jld 2, h. 2, b.1-2)

“ (Bab fi Mu‘amalat al-Raqiq ) ini suatu bab pada menyatakan jual beli sahaya...”

(Furu‘ al-Masa’il, Jld 2, h. 37, b.13-14)

Pendekatan kedua, di bahagian pengenalan tajuk, beliau tidak menukarkan atau

menterjemahkan istilah yang ada dalam tajuk ke bahasa Melayu; bahkan sebaliknya beliau

mengekalkan penggunaan bahasa Arab bagi memelihara maksud dan tujuan istilah tersebut. Dalam

korpus ini terdapat 17 tempat daripada jenis ini iaitu 11 “kitab” dan 6 “bab”. Umpamanya istilah-

istilah seperti riba, khiyar, salam, syuf‘ah dan lain-lain adalah istilah-istilah yang masih dikekalkan

dalam pengenalan tajuk tanpa diterjemah. Antara contohnya ialah:

“ (Bab al-Riba ) ini suatu bab pada menyatakan riba ...”

(Furu‘ al-Masa’il, Jld 2, h. 11, b.4-5)

“ (Bab al-Khiyar ) ini suatu bab pada menyatakan khiyar...”

(Furu‘ al-Masa’il, Jld 2, h. 19, b.26-27)

“ (Kitab al-Salam ) ini suatu kitab pada menyatakan jual salam...”

(Furu‘ al-Masa’il, Jld 2, h. 39, b.8-9)

Sementara dalam pendekatan ketiga pula adalah gabungan daripada pendekatan pertama dan

kedua di mana Syeikh Daud menulis bahagian pengenalan tajuk dengan mengekalkan istilah asal

kemudian diterjemahkan atau dihuraikannya. Pendekatan ini diaplikasikan dalam korpus ini sebanyak

6 tempat iaitu 1 “kitab” dan 5 “bab”. Antara contohnya ialah:

“ (Bab fi Hukm al-Mabi‘ Qabl al-Qabd ) ini suatu bab pada menyatakan hukum mabi„

dahulu daripada diterima yang membeli ...”

(Furu‘ al-Masa’il, Jld 2, h. 27, b.5)

“ (Kitab al-Qirad) ini suatu kitab pada menyatakan qirad yakni bahagi...”

(Furu‘ al-Masa’il, Jld 2, h. 107, b.23)

Ketiga-tiga pendekatan ini ditunjukkan melalui data taburan mengenai kedudukan teknik

pengenalan tajuk dalam Fiqh Mu‘amalat dalam Kitab Furu‘ al-Masa’il di bawah perbandingan silang

antara klasifikasi “Kitab” dan “Bab” dengan menterjemahkannya ke Bahasa Melayu atau pengekalan

penggunaan bahasa Arab ataupun kedua-duanya sekali seperti berikut:

Jadual 5: Taburan Kedudukan Teknik Pengenalan Tajuk

Klasifikasi

Tajuk

(A)

Tukar/Terjemah

(B)

Kekal

(A) + (B)

Tukar/Terjemah

+ Kekal

Jumlah

1. “Kitab”

h.2(b.2)

h.58(b.5)

h.76(b.15)

h.98(b.2)

h.118(b.32)

h.39(b.9)

h.47(b.3)

h.79(b.29)

h.93(b.15-16)

h.104(b.8)

h.113(b.4)

h.121(b.28)

h.124(b.26)

h.126(b.34)

h.129(b.28)

h.131(b.6)

h.107(b.23)

17 Jumlah=5 Jumlah=11 Jumlah=1

2. “Bab”

h.14(b.4)

h.37(b.14)

h.110(b.32)

h.11(b.5)

h.19(b.27)

h.30(b.2)

h.43(b.26)

h.71(b.9)

h.73(b.9)

h.27(b.5)

h.31(b.27)

h.35(b.28)

h.63(b.2-3)

h.67(b.4)

14 Jumlah

Jumlah=3 Jumlah=6 Jumlah=5

Jumlah=8 Jumlah=17 Jumlah=6 31

Nota: h. = halaman, b.=baris

Page 10: Hadenan_beberapa Metodologi Penulisan Syeikh Daud

10

Sementara dalam teknik penyampaian tajuk perbincangan dalam klasifikasi “fasal” pula

terdapat tiga keadaan iaitu pertama, ditulis perkataan “fasal” sahaja dengan diiringi dengan huraian

dalam bahasa Melayu, yang terdapat di satu tempat sahaja iaitu:

“ (Fasal) ini fasal pada tegah yang tiada me[ng]hukumkan fasad jual belinya

setengahnya jual orang negeri bagi orang dusun dan jua atas jualan orang atau beli atas

belian orang sebelum lazimnya dan najasnya iaitu dinaik harga tiada qasadnya hendak

membeli supaya lari orang lain...”

(Furu‘ al-Masa’il, Jld 2, h. 17, b.22-24)

Kedua, ditulis perkataan “fasal” bersama tajuk khusus dalam bahasa Arab diikuti dengan

huraian yang mengekalkan penggunaan istilah tersebut, yang terdapat di 4 tempat iaitu h. 21 (baris 4,

26), h. 33, 68. Antara contohnya ialah:

“ (Fasal fi Khiyar al-Syart) ini suatu fasal pada menyatakan khiyar syarat...”

(Furu‘ al-Masa’il, Jld 2, h. 21, b.4)

Ketiga, ditulis perkataan “fasal” bersama tajuk khusus dalam bahasa Arab diikuti dengan

huraian yang berupa terjemahan atau tafsiran istilah tersebut, yang terdapat di 4 tempat iaitu h. 18, 56,

123 (baris 12, 33). Contohnya ialah:

“ (Fasal fi Tafriq al-Safaqah) ini suatu fasal pada menyatakan diceraikan antara dua

perjualan...”

(Furu‘ al-Masa’il, Jld 2, h. 18, b.30)

Maklumat mengenai ketiga-tiga keadaan ini ditunjukkan dalam Jadual 6 seperti berikut:

Jadual 6: Taburan Kedudukan Teknik Penjelasan Tajuk

Perkara Kekal Istilah

Dalam Huraian

Terjemah Istilah

Dalam Huraian

Huraian Sahaja

(Tanpa Istilah) Jumlah

1. Fasal Dengan

Tajuk

h.21(b.4)

h.21(b.26)

h.33(b.34-35)

h.68(b.26)

h.18(b.30)

h.56(b.19-20)

h.123(b.12)

h.123(b.33)

- 8

2. Fasal Tanpa Tajuk - - h.17(b.22-24) 1

Jumlah 4 4 1 9

Teknik Pengolahan Soalan-Jawapan Dari Sudut Kuantiti

Ditinjau dari segi pembentukan soalan dalam korpus kajian iaitu bahagian Fiqh Mu‘amalat

yang terdapat dalam kitab Furu‘ al-Masa’il ini, penulis mendapati secara umumnya ia dibina secara

bebas iaitu tanpa menghadkan panjang-pendeknya atau kadar kompleksiti-ringkasnya sesuatu soalan.

Namun, hampir keseluruhannya adalah terdiri daripada soalan yang pendek dan ringkas iaitu dalam

lingkungan satu baris hingga tiga baris. Hanya terdapat beberapa soalan yang paling ringkas iaitu

mengandungi tiga atau empat patah perkataan seperti contoh-contoh berikut:

“ ... (su’ila radiyAllah ‘anh) apa arti tawliyah (maka dijawabnya)...”

(Furu‘ al-Masa’il, Jld 2, h.30, b.2-3)

“ ... (su’ila radiyAllah ‘anh) apa arti makna salam (maka dijawabnya)...”

(Furu‘ al-Masa’il, Jld 2, h.39, b.9)

“ ... (su’ila radiyAllah ‘anh) apa syarat sah daman (maka dijawabnya)...”

(Furu‘ al-Masa’il, Jld 2, h.73, b.11)

Penelitian yang lebih lanjut mendapati juga terdapat beberapa soalan yang diolah dengan

panjang yang menampakkan kedetailan soalannya ataupun menampakkan kompleksitinya soalan

tersebut. Setakat yang ditemui, soalan yang paling panjang mengandungi 10 baris (h.22, b.11-20) iaitu

Page 11: Hadenan_beberapa Metodologi Penulisan Syeikh Daud

11

salah satu soalan di bawah perbincangan Fasal fi Khiyar al-‘Aiyb; kemudian diikuti dengan soalan-

soalan yang mengandungi 6 baris di empat tempat yang terletak di bawah persoalan Kitab al-Bay‘

iaitu h.3(b.33-34)-h.4(b.4); h.4(b.31-34)-h.5(b.2); h.10(b.9-14) dan h.10(b.29-34).

Sementara dalam pembentukan jawapan pula, kebanyakan jawapan adalah lebih panjang

daripada soalan. Kebanyakan soalan dalam korpus ini adalah dalam lingkungan empat hingga sepuluh

baris. Namun didapati juga jawapan yang paling pendek dan ringkas yang mengandungi dua patah

perkataan di bawah tajuk Kitab al-Bay‘ iaitu:

“ ... (maka dijawabnya) batal akadnya (su’ila radiyAllah ‘anh)...”

(Furu‘ al-Masa’il, Jld 2, h.19, b.13)

Sementara jawapan yang paling panjang yang mengandungi 21 baris boleh didapati di dua

tempat iaitu jawapan di bawah tajuk Kitab al-Wakalah (h.84,b.9-29) dan jawapan di bawah tajuk Kitab

Ihya’ al-Mawat (h.119,b.1-21). Selain itu, terdapat juga jawapan-jawapan yang lain yang termasuk

dalam kategori jawapan panjang iaitu jawapan yang mengandungi 16 baris seperti jawapan di bawah

tajuk Bab al-Hajr (h.63,b.3-18); dan jawapan yang mengandungi 15 baris seperti jawapan di bawah

tajuk Kitab al-Wakalah (h.83,b.13-27).

Teknik Pengolahan Soalan-Jawapan Dari Sudut Kandungan

Dengan meneliti kandungan sebanyak 724 set soalan-jawapan daripada 40 klasifikasi “kitab”,

“bab” dan “fasal” dalam korpus kajian ini, didapati bahawa antara teknik pengolahan soalan-jawapan

dari sudut kandungannya adalah mengaplikasikan teknik pentakrifan iaitu huraian yang ringkas dan

tepat tentang sesuatu seperti makna perkataan dan lain-lain (Kamus Dewan, 2005:1577), atau dikenali

juga sebagai teknik pendefinisian iaitu kenyataan yang ringkas dan padat bagi menjelaskan konsep

atau makna sesuatu sesuatu kata, frasa dan lain-lain (Kamus Dewan, 2005:326).

Dalam korpus kajian ini, Syeikh Daud telah mengaplikasikan teknik pentakrifan secara

langsung boleh dilihat dalam contoh-contoh pentakrifan istilah bay’, ijab dan qabul, dan riba seperti

berikut:

“ ... (su’ila radiyAllah ‘anh) apa makna bay‘ yang dikehendak di sini (maka

dijawabnya) adalah makna bay‘ pada lughah muqabalah suatu dengan suatu dan pada

syarak bertukar-tukaran [h]arta atas wajah yang tertentu...”

(Furu‘ al-Masa’il, Jld 2, h.3, b.5-6)

“ ... (su’ila radiyAllah ‘anh) apa ijab dan qabul itu pada jual beli di sini (maka

dijawabnya) maka ijab perkataan yang menunjukkan atas memilik suatu bagi seorang

dengan suatu tanda menunjukkan yang nyata[,] ada kalanya dengan lafaz yang sarih

tiada berkehendak lagi kepada niat[,] keduanya kinayah yang berkehendak kepada niat

yang disertakan dengan lafaznya ...”

(Furu‘ al-Masa’il, Jld 2, h.3, b.10-13)

“ ... (su’ila radiyAllah ‘anh) maka apa makna riba ... (maka dijawabnya) maka riba pada

lughah berlebih-lebih pada suatu dan pada syarak aqad atas bertukar-tukar dengan tukar

yang tertentu tiada mengetahui ia akan bersamaan antara keduanya pada sukatan syarak

pada tatkala aqadnya ...”

(Furu‘ al-Masa’il, Jld 2, h.11, b.9-12)

Selain dari tiga tempat di atas, teknik ini juga digunakan oleh pengarang di tempat-tempat yang

lain seperti ditunjukkan dalam Jadual 7 berikut:

Page 12: Hadenan_beberapa Metodologi Penulisan Syeikh Daud

12

Jadual 7: Taburan Teknik Pentakrifan dalam Fiqh Mu„amalat dalam kitab Furu‘ al-Masa‟il

Istilah Fiqh al-Muamalat Lokasi

1. Makna bay‘ ‘asb al-fahl h.14,b.14-17

2. Makna jual habl al-hublah h.14,b.18-21

3. Erti makna malaqih h.14,b.22-24

4. Erti makna bay‘ mulasamah atau bay‘ munabazah h.14,b.25-31

5. Erti bay‘ al-hasat h.14,b.31-35

6. Erti makna bay‘ ‘aribun h.15,b.1-3

7. Erti bay‘atayn fi bay‘ah h.15,b.16-18

8. Erti makna bay‘ wa syart h.15,b.19-32

9. Erti khiyar h.19,b.28

10. Erti tawliyah h.30,b.3-6

11. Erti syarikah h.30,b.12-16

12. Erti bay‘ al-murabahah h.30,b.17-20

13. Erti bay‘ al-muhatah h.30,b.21-24

14. Erti badwu salah h.34,b.17-20

15. Erti salam h.39,b.10

16. Erti qirad h.43,b.27-33

17. Erti rahn h.47,b.4-5

Nota: h. = halaman, b.=baris

Teknik pentakrifan ini turut diaplikasikan dalam bahagian „pengenalan tajuk‟. Umpamanya

Syeikh Daud telah mentakrifkan al-tarikah sebagai „peninggalan orang mati‟ sebagaimana berikut:

“ (Fasal fi ta‘alluq al-dayn bi al-tarikah) ini suatu fasal pada menyatakan bergantung

(h)utang dengan tarikah yakni orang mati...”

(Furu‘ al-Masa’il, Jld 2, h. 56, b.19-20)

Begitu juga dengan istilah al-hajar dalam korpus ini yang ditakrifkan oleh Syeikh Daud

sebagaimana berikut:

“ (Bab al-hajar) ini suatu bab pada menyatakan hajar maknanya pada lughah tegah dan

pada syarak yaitu menegahkan seseorang daripada memerintahkan yang bangsa

maliyah...”

(Furu‘ al-Masa’il, Jld 2, h. 63, b.1-3)

Antara contoh yang lain ialah al-sulh yang ditakrifkan sebagai berdamai (h.67,b.4) dan al-qirad

ditakrif sebagai bahagi (h.107,b.23).

PENUTUP

Daripada perbincangan di atas dapatlah disimpulkan bahawa Syeikh Daud al-Fatani

merupakan seorang ulama tersohor di Alam Melayu pada waktunya hingga sekarang yang telah

memberikan sumbangan dan warisan yang besar dalam pelbagai bidang termasuk fiqh muamalah.

Sementara karyanya, Furu‘ al-Masa’il, merupakan sebuah karya agama yang dianggap sebagai karya

agung dalam bidang fekah pada zaman kemunculannya. Kehebatan dan keistimewaan karyanya ini

sudah tentu berpaksikan kepada kemantapan metodologi penulisannya. Perbincangan ini hanya

berkesempatan meneliti empat aspek metodologi penulisan beliau iaitu sistematika kandungan Fiqh

Mu‘amalat, reka-bentuk penulisan, teknik penyampaian tajuk perbincangan, dan teknik pengolahan

soalan-jawapan dari sudut kandungan. Sesungguhnya penulis mengakui bahawa masih banyak lagi

dimensi metodologi penulisan beliau yang belum diterokai sepenuhnya. Ini bermakna masih banyak

lagi khazanah keilmuan beliau belum diketahui, apatah lagi ditakluki.

Page 13: Hadenan_beberapa Metodologi Penulisan Syeikh Daud

13

_____________________________________

* Hadenan bin Towpek adalah Pegawai Hal Ehwal Islam, Bahagian Penyelidikan dan

Pembangunan, Jabatan Agama Islam Sarawak, yang sedang mengikuti program PhD di Jabatan

Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya Kuala Lumpur, Malaysia.

** Dr. Joni Tamkin bin Borhan adalah Profesor Dr. di Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi

Pengajian Islam, Universiti Malaya Kuala Lumpur, Malaysia.

Rujukan:

Abdul Rahman Hj. Abdullah (1990), Pemikiran Umat Islam di Nusantara: Sejarah dan

Perkembangannya Hingga Abad ke-19, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah al-Qari Hj. Salleh (1967), “Pujangga Syeikh Daud Fatani”, Majalah Dian, Bil. 10, Kota

Bharu.

Ahmad Fathy al-Fatani (2002), Ulama Besar Dari Patani, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan

Malaysia.

Auni Hj. Abdullah (1977), “Penulisan ilmu fiqh di Nusantara”, Dian Daiges, bil. 103.

Bradley, Francis R. (2007), “Sheikh Daud bin Abdullah al-Fatani‟s writing contained in the National

Library of Malaysia”, Jurnal Filologi Melayu, J. 15, h. 121-141.

Daud bin Abdullah, Syeikh (t.th), Sullam al-Mubtadi, Petani: Matba„ah Bin Halabi

Daud bin Abdullah, Syeikh (t.th), Furu‘ al-Masa’il, Petani: Matba„ah Bin Halabi

Daud bin Abdullah, Syeikh (t.th), Furu‘ al-Masa’il, Beirut: Dar al-Fikr

Daud bin Abdullah, Syeikh (1347H/1928M), Furu‘ al-Masa’il, Singapura: Maktabah wa Matba„ah

Sulayman Mar„i.

Engku Ibrahim Ismail (1992), Syeikh Dawud al-Fatani: Satu Analisis Peranan dan Sumbangannya

Terhadap Khazanah Islam di Nusantara, Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu, Universiti

Malaya.

Fauzi Deraman (2010), Hadith dalam Karya Syeikh Daud al-Fatani, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka

Hadenan bin Towpek (2010), “Beberapa sumbangan Syeikh Daud al-Fatani dalam sistem pengajian

pondok di Kelantan”, Seminar Keintelektualan Islam, anjuran Pusat Pemikiran dan Kefahaman

Islam, UiTM Cawangan Kelantan, dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri

Kelantan, 31 Mei-1 Jun.

Hooker, M.B. (1991), Undang-undang Islam di Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Ismail Che Daud (1989), Tokoh Ulama’ Semenanjung Melayu, Kota Bharu: Majlis Ugama Islam dan

Adat Istiadat Melayu Kelantan.

Joni Tamkin Borhan (2001), “Sumbangan Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani dalam Fiqh al-

Mu„amalah: tumpuan kepada Furu‘ al-Masa’il”, Nadwah Ulama Nusantara I: Peranan dan

Sumbangan Ulama Patani, anjuran Fakulti Pengajian Islam, UKM dan Kolej Pengajian Islam,

Prince of Songkla University, Thailand dengan kerjasama Persatuan Kakitangan Akademik,

UKM dan Majlis Agama Islam Wilayah Patani, Thailand, 19-20 Mei.

Kamus Dewan (2005), Edisi Keempat, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Matheson, V. & Hooker, M.B. (1988), “Jawi literature in Patani: the maintenance of an Islamic

tradition”, JMBRAS, 1988, Vol. 61, Part 1, h. 1-86.

Mohd. Nor bin Ngah (1983), Kitab Jawi: Islamic Thought of the Malay Muslim Scholars, Singapore:

Institute of Souhteast Asian Studies

Mohammad Zaini bin Yahya dkk (2001), “Penulisan fiqh Sheikh Daud al-Fatani”, Nadwah Ulama

Nusantara I: Peranan dan Sumbangan Ulama Patani, anjuran Fakulti Pengajian Islam, UKM

dan Kolej Pengajian Islam, Prince of Songkla University, Thailand dengan kerjasama Persatuan

Kakitangan Akademik, UKM dan Majlis Agama Islam Wilayah Patani, Thailand, 19-20 Mei.

Roelof Roolvink (1975), Bahasa Melayu, Leiden: Universitaire Pers Leiden

Voorhoeve, P. (1965), “Dawud b. „Abd Allah al-Fatani”, Encyclopeadia of Islam, vol. 11, Leiden: E.J.

Brill.

Wan Mohd. Shaghir Abdullah (1990a), Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani: Ulama dan Pengarang

Terulung Asia Tenggara, Shah Alam: HIZBI.

________ (1990b), “Tiga zaman pembentukan istilah ilmu keIslaman di Asia Tenggara”, Persidangan

Perancangan Peristilahan Antarabangsa, anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, 20-22 November.

Page 14: Hadenan_beberapa Metodologi Penulisan Syeikh Daud

14

________ (1991a), “Sejarah ringkas Syeikh Daud bin Abdullah Al-Fatani dan karya-karyanya”,

Nadwah Ilmiah Tokoh Ulama Peringkat Kebangsaan Kali Keempat, anjuran Bahagian Hal

Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Akademi Islam Universiti Malaya, 17-

19 Disember.

________ (1991b), “Mengkaji gaya bahasa dalam kitab Furu„ al-Masa‟il Syeikh Daud bin Abdullah

al-Fatani”, Jurnal Dewan Bahasa, J. 35 Bil. 1, Januari, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

________ (1991c), “Sumbangan Syeikh Daud bin Abdullah al Fatani kepada pengajian fiqhi Syafi„i di

Asia Tenggara”, Nadwah Tokoh Ulama Peringkat Kebangsaan Kali Keempat (Syeikh Daud

Abdullah al-Fatani), anjuran BAHEIS JPM dengan kerjasama Akademi Islam Universiti

Malaya, 17-19 Disember.

________ (1995), “Manuskrip Islam dunia Melayu ditinjau dari pelbagai aspek”, Forum Ilmiah,

anjuran Jabatan Pengajian Melayu Universiti Malaya, 27 September.

________ (2003), Mun-yatul Mushalli Syeikh Daud al-Fathani: pengetahuan sembahyang masyhur,

Cet. Keenam, Kuala Lumpur: Khazanah Fathaniyah.