t2-b10-kesan perubahan penduduk terhadap alam sekitar

5
2.10.1 Pengenalan 1. Jumlah penduduk dunia melebihi 5 bilion. 2. Kebanyakan negara telah mengalami pertambahan penduduk secara semula jadi. 3. Perubahan penduduk ini akan membawa kesan positif dan kesan negatif terhadap penerokaan sumber terutamanya tanih, hutan, dan air. 2.10.2 Kesan Perubahan Penduduk Terhadap Penerokaan Sumber Tanih Kesan Positif 1. Pertambahan penduduk menyebabkan keperluan terhadap makanan bertambah. 2. Penerokaan tanih untuk penanaman dipertingkatkan. 3. Pertanian dijalankan di kawasan tanah pamah, lembah, delta, dan dataran. 4. Kawasan dataran dan delta sungai yang terdiri daripada tanih aluvium yang subur, sesuai ditanami padi. 5. Contohnya, Dataran Kedah-Perlis, Dataran Kelantan, dan Dataran Terengganu. 6. Padi ditanam secara giat bagi menambahkan bekalan makanan. 7. Hasil pengeluaran padi dipertingkat dengan menggunakan baja kimia, racun serang ga, jentera moden, dan benih bermutu tinggi. 8. Kemudahan pengairan membolehkan padi ditanam dua kali setahun dan kawasan padi diperluas. 9. Kawasan paya ditebus guna bagi penanaman padi dan membolehkan pembukaan kawasan baru, contohnya di Paya Besar, Pahang. 10. Di Malaysia, penanaman tanaman komersial (jualan) seperti kelapa sawit, getah, dan koko di atas tanih laterit dipertingkat kerana mendapat permintaan yang tinggi dari kilang-kilang. 11. Contohnya, minyak kelapa sawit digunakan untuk pelbagai jenis industri seperti membuat sabun dan majerin. Getah asli digunakan untuk membuat tayar. 12. Tanih diteroka untuk mendapatkan pasir dan lempung. 13. Pasir digunakan untuk membuat kaca, manakala lempung digunakan untuk membuat barang- barang tembikar dan pasu. 14. Kegiatan perlombongan juga dipertingkat dan giat dijalankan untuk memperoleh mineral seperti bijih timah dan bijih besi. 15. Kawasan pinggir pantai ditebus guna untuk membina kawasan perumahan, industri, dan pembinaan jalan raya. 16. Contohnya, kawasan Juru dan Perai ditebus guna menjadi tapak perindustrian. 17. Kawasan bekas lombong bijih timah ditebus guna untuk menjadi kawasan perumahan seperti di Kamunting dan Puchong. Kesan Negatif 1. Pertambahan penduduk juga membawa kesan-kesan negatif terhadap penerokaan sumber tanih. 2. Kegiatan penanaman padi secara giat dan berterusan tanpa rehat menyebabkan tanih menjadi tidak subur. 3. Kandungan bahan-bahan mineral dan organan dalam tanih akan berkurang.

Upload: damairin-selangor

Post on 16-Dec-2015

30 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

Kesan pendudukan

TRANSCRIPT

2.10.1 Pengenalan1. Jumlah penduduk dunia melebihi 5 bilion.2. Kebanyakan negara telah mengalami pertambahan penduduk secara semula jadi.3. Perubahan penduduk ini akan membawa kesan positif dan kesan negatif terhadap penerokaan sumber terutamanya tanih, hutan, dan air.

2.10.2Kesan Perubahan Penduduk Terhadap Penerokaan Sumber Tanih

Kesan Positif1. Pertambahan penduduk menyebabkan keperluan terhadap makanan bertambah.2. Penerokaan tanih untuk penanaman dipertingkatkan.3. Pertanian dijalankan di kawasan tanah pamah, lembah, delta, dan dataran.4. Kawasan dataran dan delta sungai yang terdiri daripadatanih aluviumyang subur, sesuai ditanami padi.5. Contohnya,Dataran Kedah-Perlis,Dataran Kelantan, danDataran Terengganu.6. Padi ditanam secara giat bagi menambahkan bekalan makanan.7. Hasil pengeluaran padi dipertingkat dengan menggunakan baja kimia, racun serang ga, jentera moden, dan benih bermutu tinggi.8. Kemudahan pengairan membolehkan padi ditanam dua kali setahun dan kawasan padi diperluas.9. Kawasan paya ditebus guna bagi penanaman padi dan membolehkan pembukaan kawasan baru, contohnya di Paya Besar, Pahang.10. Di Malaysia, penanaman tanaman komersial (jualan) seperti kelapa sawit, getah, dan koko di atas tanih laterit dipertingkat kerana mendapat permintaan yang tinggi dari kilang-kilang.11. Contohnya, minyak kelapa sawit digunakan untuk pelbagai jenis industri seperti membuat sabun dan majerin. Getah asli digunakan untuk membuat tayar.12. Tanih diteroka untuk mendapatkan pasir dan lempung.13. Pasir digunakan untuk membuat kaca, manakala lempung digunakan untuk membuat barang-barang tembikar dan pasu.14. Kegiatan perlombongan juga dipertingkat dan giat dijalankan untuk memperoleh mineral seperti bijih timah dan bijih besi.15. Kawasan pinggir pantai ditebus guna untuk membina kawasan perumahan, industri, dan pembinaan jalan raya.16. Contohnya, kawasan Juru dan Perai ditebus guna menjadi tapak perindustrian.17. Kawasan bekas lombong bijih timah ditebus guna untuk menjadi kawasan perumahan seperti di Kamunting dan Puchong.Kesan Negatif1. Pertambahan penduduk juga membawa kesan-kesan negatif terhadap penerokaan sumber tanih.2. Kegiatan penanaman padi secara giat dan berterusan tanpa rehat menyebabkan tanih menjaditidak subur.3. Kandungan bahan-bahan mineral dan organan dalam tanih akan berkurang.4. Keadaan tanih menjadi tidak subur menyebabkan petani membakar jerami padi untuk dijadikan baja organik.5. Reputan jerami membebaskan gas metana dan meningkatkan suhu di atmosfera.6. Penggunaan baja kimia dan racun serangga (untuk meningkatkan pengeluaran hasil tanaman) secara berlebihan dan tidak terkawal akan membawa kesan negatif.7. Bahan-bahan tersebut dibawa oleh air hujan ke sungai dan laut, lalu menyebabkanpencemaran. Akibatnya tumbuhan dan hidupan akuatik musnah.8. Pembukaan kawasan bagi penanaman juga menyebabkan hakisan tanih permukaan.9. Hasil hakisan dibawa ke sungai dan menyebabkan dasar sungai menjadi cetek dan banjir mudah berlaku apabila hujan lebat.

2.10.3Kesan Perubahan Penduduk Terhadap Penerokaan Sumber Hutan

Kesan Positif1. Penerokaan sumber hutan telah dipertingkat akibat pertambahan penduduk.2. Penduduk menerokai hutan untuk memperoleh sumber kayu balak.3. Pengeksportan pokok kayu keras mendapat pendapatan, dan penting untuk industri membuat perabot.4. Perabot negara kita dieksport ke Amerika Syarikat dan United Kingdom.5. Kawasan hutan yang ditebang dan dibersihkan dijadikan kawasan pertanian, penternakan, perumahan, pejabat, jaringan pengangkutan, dan pusat rekreasi.Kesan Negatif1. Penebangan yang berlebihan dan tidak terancang menyebabkan kepupusan flora dan fauna.2. Proses larut-resap juga menyebabkan tanih hilang kesuburannya dan menjaditandus.3. Hakisan tanih berlaku dan bahan hakisan akan dibawa oleh air hujan ke sungai.4. Pencemaran air sungaioleh bahan terhakis akan berlaku dan bahan ini akan dimendapkan ke dasar sungai dan menjadikannyacetek.5. Apabila hujan lebat turun,banjirakan berlaku kerana isi padu sungai bertambah dan melimpahi kawasan sekitarnya.6. Penebangan hutan secara tidak terancang menyebabkan kemusnahan sumber hutan dan menjejaskan bekalan kayu balak pada masa depan kerana pokok yang ditebang mengambil masa yang lama untuk digantikan.7. Hutan juga ditebang untuk membina empangan hidroelektrik bagi memenuhi peningkatan permintaan terhadap tenaga elektrik.8. Hal ini menyebabkan hutan yang luas musnah dan ditenggelami air.9. Contohnya pembinaan Empangan Kenering yang merentasi Sungai Perak.10. Penerokaan hutan di kawasan tanah tinggi akan menjejaskan kawasan tadahan hujan dan mengakibatkan penjejasan sumber bekalan air.

2.10.4Kesan Perubahan Penduduk Terhadap Penerokaan Sumber Air

Kesan Positif1. Pertambahan penduduk menyebabkan keperluan bekalan sumber air meningkat.2. Sumber air penting untuk kegunaan domestik, pertanian, dan perkilangan.3. Empangan dibina merentasi sungai untuk memperoleh air bagi mengairi kawasan tanaman, menjana kuasa hidroelektrik, memperoleh bekalan air domestik, dan mengawal banjir.4. Empangan Muda menyediakan kemudahan pengairan kepada petani di kawasan penanaman padi, iaitu sekitar Sungai Muda di Kedah.5. Kemudahan pengairan meningkatkan pengeluaran hasil padi.6. Peningkatan permintaan terhadap tenaga elektrik menyebabkan banyak empangan dibina.7. Contohnya, Empangan Kenyir, Empangan Temengor, dan Empangan Batang Ai.8. Sumber tenaga ini tidak kehabisan dan dapat diguna semula dan pencemaran udara tidak berlaku akibat pengeluarannya.9. Tasik yang terbentuk akibat pembinaan empangan dimajukan untuk kegiatan eko-pelancongan dan perikanan. Contohnya, Tasik Kenyir.10. Empangan Klang Gate membekalkan bekalan air domestik kepada penduduk dan kilang di sekitar kawasan Kuala Lumpur.Kesan Negatif1. Pembinaan empangan menyebabkan kawasan hutan atau tanah yang lain ditenggelami air.2. Pemusnahan hutan ini menyebabkan kehilangan sumber kayu balak yang berharga dan mengancamkan kawasan tadahan air.3. Hidupan liar seperti gajah di hutan kehilangan habitat.4. Petempatan orang asli yang ada juga dipindahkan ke kawasan penempatan semula.5. Pencemaran sungai berlaku akibat pembuangan sisa dari rumah dan kilang.6. Contohnya, pencemaran sungai di Sungai Klang, Selangor dan Sungai Juru di Pulau Pinang.

2.10.5Langkah-langkah Penerokaan Sumber Secara Terancang

Sumber Tanih1. Tanih merupakan sumber yang dapat dibaharui tetapi proses pembentukkannya memerlukan masa yang lama.2. Kesuburan tanih dapat dikekalkan dengan menggunakan baja kimia dan baja organik.3. Pertanian bergilir dan tanaman selingan dapat mengembalikan kesuburan tanih.4. Kawasan terbiar seperti bekas lombong bijih timah dan kawasan paya ditebus guna untuk meluaskan kawasan pertanian.5. Contohnya di Lembah Kinta, sayur-sayuran, ubi kayu, dan kacang tanah ditanam dengan bantuan pengairan.6. Di sekitar Ipoh, bekas lombong bijih timah ditanami buah-buahan seperti limau, belimbing, dan jambu batu.7. Kawasan perumahan di Puchong dan Bandar Sunway di Selangor dibina di kawasan bekas lombong bijih timah yang telah ditebus guna.8. Sebuah taman tema, iaitu Sunway Lagoon yang menjadi tumpuan pelancong dibina juga di kawasan tersebut.9. Paya Besar di Pahang ditebus guna dan ditanami padi.10. Kawasan pinggir laut di Bandar Hilir Melaka ditambak dan dibina hotel, kedai dan tempat beli belah (Mahkota Parade).11. Pinggir pantai di Seberang Perai, ditambak dan didirikan Pelabuhan Butterworth.12. Di Tanah Tinggi Cameron, sayursayuran ditanam di cerun-cerun bukit yang ditereskan. Hal ini menambahkan kawasan penanaman.13. Tanaman secara hidroponik dijalankan juga untuk menambahkan bekalan makanan. Kaedah ini menjimatkan ruang untuk bercucuk tanam.14. Teknik moden dengan penggunaan benih bermutu tinggi, baja kimia, dan racun serangga dapat meningkatkan hasil pertanian.Sumber Hutan1. Pengurusan sumber hutan dapat dijalankan dengan mengadakanamalan silvikultur untuk rawatan hutan,penebangan terpilih,pembukaan ladang-ladang (estet-estet), danmewartakan taman-taman negara.2. Ladang hutan ditanam dengan spesies pokok yang cepat tumbuh dan bermutu sepertiakasia,batai,jati,yemane,sentang, dansesenduk.3. Pokok kayu jati ditanam secara ladang di Mata Air, Perlis kerana keadaan iklim yang sesuai.4. Pokok jati hidup subur di kawasan yang mengalami musim kering antara 3 5 bulan.5. Keadaan ini hanya terdapat di kawasan di utara Semenanjung Malaysia dan Sabah.6. Kawasan bekas lombong juga dapat ditebus guna dan ditanam dengan spesies pokok seperti tembusu, batai, gelam, dan akasia.7. Contohnya, pokok akasia ditanam di kawasan bekas lombong bijih timah di Batang Berjuntai, Selangor.8. Taman negara dan hutan simpan diwartakan untuk mengekalkan kawasan tadahan hujan serta melindungi tumbuhan semula jadi dan hidupan liar.9. Contohnya, Hutan Simpan Endau- Rompin di Pahang dan Taman Negara Banjaran Crocker di Sabah.10. Majlis Perhutanan Negara telah menentukan luas kawasan hutan yang dapat dibalak di setiap negeri pada setiap tahun.11. Langkah ini telah dapat mengawal pembalakan hutan secaraberlebihan.12. Pembalakan haramdikawalkan dan kesedaran tentang pentingnya hutan dipertingkatkan.13. Kempen-kempen mencintai hutan diadakan oleh badan-badan seperti Persatuan Pencinta Alam (MNS) dan FRIM.14. Penduduk digalakkan membantu usaha kitar semula kertas.15. Pokok-pokok di kawasan hutan yang akan ditenggelami air akibat pembinaan empangan perlu ditebangkan supaya tidak kehilangan kayu balak yang berharga.16. Hidupan liar dipindahkan oleh Jabatan PERHILITAN ke kawasan perlindungan seperti Taman Negara.17. Petani pindah digalakkan menjalankan pertanian kekal.Sumber Air1. Hutan di kawasan tadahan hujan tidak dibenarkan ditebang supaya tidak menjejaskan sumber air negara.2. Contohnya, Jabatan Perhutanan mengawal pembangunan di Tanah Tinggi Cameron.3. Sungai-sungai yang tercemar perlu dibersihkan untuk menampung keperluan penduduk yang semakin bertambah.4. Sumber air utama di negara Malaysia diperoleh daripada air di permukaan seperti dari sungai dan tasik.5. Bekalan air dapat ditambahkan dengan penerokaan air bawah tanah secara meluas.6. Rakyat digalakkan menggunakan air secara bijak dan usaha memulihara sungai dijalankan oleh kerajaan negara Malaysia.7. Kempenseperti ''Cintailah Sungai Kita" menggalakkan penduduk negara menjaga sungai dan tidak membuang sampah sarap ke dalamnya.8. Pihak berkuasa air seperti SYABAS (bagi Selangor dan Wilayah Persekutuan) perlu memastikan sistem saluran air bersih ke rumah-rumah dan kilangkilang adalah teratur.9. Masalah kebocoran saluran paip air bawah tanah perlu dielakkan daripada berlaku.