t2-b1-kedudukan

8
2.01.1 Latitud 1. Latitud dan longitud adalah garisan-garisan yang dilukis di atas glob dan peta yang berskala kecil untuk menunjukkan kedudukan. 2. Latitud ialah garisan yang dilukis secara selari dari barat ke timur di atas glob dan peta. 3. Di atas peta, latitud merupakan garisan timur-barat yang sama panjang. 4. Di atas glob, latitud berbentuk bulatan. 5. Bulatan di atas glob menjadi semakin kecil ke arah Kutub Utara dan Kutub Selatan. 6. Latitud yang terpanjang ialah Garisan Khatulistiwa. 7. Garisan Khatulistiwa membahagikan bumi kepada dua hemisfera, iaitu hemisfera utara dan hemisfera selatan. 8. Latitud lain dilukis selari dengan Garisan Khatulistiwa. 9. Latitud diberi nilai darjah (°). 10. Garisan Khatulistiwa mempunyai nilai 0°. Rajah 2.01.3 Latitud-latitud utama 11. Latitud di utara Garisan Khatulistiwa disebut dengan nilai darjah Utara (°U). 12. Latitud di selatan Khatulistiwa disebut dengan nilai darjah Selatan (°S). Contohnya

Upload: damairin-selangor

Post on 16-Dec-2015

77 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

nota geografi

TRANSCRIPT

2.01.1 Latitud1. Latituddanlongitudadalah garisan-garisan yang dilukis di atas glob dan peta yang berskala kecil untuk menunjukkan kedudukan.2. Latitud ialah garisan yang dilukis secara selari dari barat ke timur di atas glob dan peta.3. Di atas peta, latitud merupakan garisan timur-barat yang sama panjang.4. Di atas glob, latitud berbentuk bulatan.5. Bulatan di atas glob menjadi semakin kecil ke arah Kutub Utara dan Kutub Selatan.6. Latitud yang terpanjang ialahGarisan Khatulistiwa.7. Garisan Khatulistiwa membahagikan bumi kepada dua hemisfera, iaitu hemisfera utara dan hemisfera selatan.8. Latitud lain dilukis selari dengan Garisan Khatulistiwa.9. Latitud diberi nilai darjah ().10. Garisan Khatulistiwa mempunyai nilai 0.

Rajah 2.01.3Latitud-latitud utama11. Latitud di utara Garisan Khatulistiwa disebut dengan nilai darjah Utara (U).12. Latitud di selatan Khatulistiwa disebut dengan nilai darjah Selatan (S).Contohnya

Rajah 2.01.4Menentukan kedudukan latitud

2.01.2 Longitud

Rajah 2.01.5Longitud bertemu di Kutub Utara dan Kutub Selatan

1. Longitudialah garisan yang dilukis dari Kutub Utara ke Kutub Selatan di atas peta dan glob.2. Di atas peta, longitud merupakan garisan utara-selatan yang dilukis selari dan sama panjang.3. Di atas glob, longitud berbentuk separuh bulatan yang bertemu di Kutub Utara dan Kutub Selatan.4. Di atas glob, semua longitud bertumpu di kutub.5. Dua longitud yang bertentangan membentuk bulatan besar.Bulatan besarialah bulatan di permukaan bumi yang mempunyai lilitan yang sama dengan lilitan bumi.6. Longitud dinyatakan dalam unit darjah ().7. Setiap 1 darjah (1) bersamaan dengan 60 minit (60').8. Longitud 0 melalui bandar Greenwich, iaitu dekat dengan London di England.9. Longitud 0 dikenal denganGarisan Meridian Pangkal.10. Bertentangan dengan Garisan Meridian Pangkal ialah longitud 180.11. Longitud 180T dan longitud 180B bertindih menjadiGarisan Tarikh Antarabangsa.12. Longitud di timur Garisan Meridian Pangkal diberi nilai 1T hingga 180T.13. Longitud di barat Garisan Meridian Pangkal diberi nilai 1B hingga 180B.14. Dua longitud yang bertentangan jika dijumlah mempunyai nilai sebanyak 180, misalnya longitud 1B terletak bertentangan dengan longitud 179T.15. Longitud diukur mengikut jarak sudut di pusat bumi ke timur dan ke barat Garisan Meridian Pangkal.ContohnyaMenentukan kedudukan longitud P dan longitud S

1. a. P terletak di longitud 20T, iaitu 20 ke timur.b. Kedudukan P ialah 20T.

2. a. S terletak di longitud 15B, iaitu 15 ke barat.b. Kedudukan S ialah 15B.

Rajah 2.01.6Menentukan kedudukan longitud

2.01.3Menyatakan Kedudukan Dengan Berdasarkan Latitud dan Longitud

1. Persilangan latitud dan longitud akan menentukan kedudukan sesuatu tempat.2. Apabila menentukan kedudukan, nilai latitud disebut terlebih dahulu.3. Di bahagian belakang atlas terdapat indeks yang mengandungi nama tempat yang disusun mengikut abjad serta kedudukan latitud dan longitud.4. Setiap darjah () dibahagikan kepada 60 minit (') untuk memberikan kedudukan yang lebih tepat.ContohnyaMenentukan kedudukan W dan T dengan menggunakan latitud dan longitud.

1. a. W terletak di latitud 52U dan longitud 37T.b. Kedudukan W ialah 52U 37T

2. a. T terletak di latitud 70S dan longitud 37T.b. Kedudukan T ialah 70S 37T

Rajah 2.01.7Menentukan kedudukan latitud dan longitud

1. Kedudukan Mentakab ialah di persilangan latitud 330'U dan 10220T.2. Kedudukan Mentakab ialah 330'U dan 10220'T.

Peta 2.01.1Menentukan kedudukan bandar Mentakab pada atlas

2.01.4 Longitud dan Waktu1. Waktu berbeza dari satu tempat ke tempat yang lain mengikut longitud.2. Bumi mengambil masa 24 jam untuk membuat satu putaran. Oleh itu, perbezaan waktu antara dua longitud dapat dikira seperti yang berikut:

Bumi berputar 360 dalam masa 24 jam.Perbezaan waktu antara dua longitud yang berselisih 1 ialah:

24 x 60 minit= 4 minit bagi setiap 1 atau 1 jam bagi setiap 15 latitud

360

3. Waktu sesuatu tempat mengikut longitud disebut sebagaiwaktu tempatan.4. Tempat di longitud yang sama mengalami waktu yang sama kerana bumi berputar dari barat ke timur.5. Tempat di timur menerima cahaya matahari terlebih dahulu daripada tempat di barat.6. Oleh itu, waktu di timur adalah lebih awal daripada waktu di barat.7. Pada tahun 1884,waktu piawaidiperkenalkan di semua negara.8. Waktu piawai membahagikan bumi kepada24 zon waktu.9. Waktu di Meridian Greenwich (0) disebut sebagai Waktu Min Greenwich.10. Waktu tempatan di tempat tertentu dikira dengan merujukiWaktu Min Greenwich.11. Jika waktu tempatan di Greenwich ialah 12 tengah hari, waktu tempatan di X yang terletak di 15T ialah 1 petang, manakala waktu tempatan di Y yang terletak di 15B ialah pukul 11 pagi.

Contohnya

Contohnya

12. Hari baru bagi seluruh dunia bermula apabila longitud 180 mengalami keadaan tengah malam.13. Oleh itu, longitud 180 dikenal sebagaiGarisan Tarikh Antarabangsa.14. Terdapat selisih waktu 24 jam (1 hari) di sebelah menyebelahGarisan Tarikh Antarabangsa. Misalnya:Waktu di 179B ialah 12.04 pagi Sabtu, dan di longitud 179T ialah pukul 11.56 hampir tengah malam Ahad.

15. 16. Jika seseorang bertolak dari 179B ke 179T, dia terpaksa mengubah waktu dari 12.04 pagi Sabtu terus kepada 11.56 tengah malam Ahad. Dia telah kehilangan seluruh hari Sabtu.17. Sebaliknya, jika dia bertolak dari 179T ke 179B , dia akan mengalami hari Sabtu sekali lagi. Dia telah untung sebanyak satu hari.Peta 2.01.2Garisan Tarikh Antarabangsa